fiber fanatic
DESCRIPTION
cara diet buahTRANSCRIPT
-
Fiber Fanatic! 2014
1
Fiber Fanatic akan membuatkan anda teruja dengan buah-buahan.
Serius! Anda akan lebih menghargai kewujudan buah-buahan setelah
anda tahu apa khasiatnya buat diri anda. Lebih-lebih lagi apabila anda
MERASAI KESAN dan PERBEZAAN hebat buah terhadap badan anda itu
En. Ben
www.dietkamikaze.com
-
Fiber Fanatic! 2014
2
Jangan pandang rendah pada buah-buahan ya kerana di situlah
terletaknya vitamin dan fiber yang memberikan banyak faedah kepada
tubuh anda!
Wahhhh hebatnya ciptaan yang Maha Kuasa! Cuma kadang-kala kita
tak ambil kisah pun pada buah sedangkan ia mempunyai satu tonik
hebat untuk badan kita.
Semoga dengan adanya ebook Fiber Fanatic ini bakal mengubah
persepsi anda terhadap buah, macam biasa yang En. Ben cakap,
Tahniah.. Anda telah temui kawan baik yang baru, ucapkan selamat
pada En. Buah
-
Fiber Fanatic! 2014
3
Fiber Fanatic!
V1 April 2014
-
Fiber Fanatic! 2014
4
Pengenalan
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang hebat sekalian,
Ni saya nak cerita sikit ni. Buah bukan calang-calang makanan ya, ia
makanan hebat, ia mempunyai nutrien hebat buat tubuh kita.
Sebenarnya anda telah pun tahu buah itu memberi banyak manfaat
kepada tubuh anda tetapi mungkin anda tidak tahu secara spesifik. Jadi,
makan buah bukan menjadi satu rutin harian anda. Anda ambil sambil
lewa sahaja. Saya agak lah
Kalau ada kenduri, barulah kita makan oren. Kalau dalam peti ais tu ada
buah, belum tentu kita makan. Iyalah, malas nak potong. Kalau ada
orang potong, barulah kita makan.. kan.. kan.. kan.. Nak beli buah?
Hurrmmm.. tunggu mak beli lah agaknya.
-
Fiber Fanatic! 2014
5
Anda tahu buah itu banyak khasiatnya TETAPI kenapa masih tidak
amalkannya?
Saya tahu sebabnya, saya juga sudah kenal pasti apa puncanya anda
tidak makan buah selain daripada ehem-ehem sifat malas nak potong
buah tu.
Puncanya terbit daripada kurangnya pendedahan dan pengetahuan
anda terhadap manfaat buah secara spesifik. Anda tahu oren
mempunyai vitamin C, itu pun sebab ada iklan SunQ*ick di TV. Anda
tahu anggur mempunyai 4 kali ganda lebih banyak vitamin C
berbanding Oren. Itu pun sebab ada iklan Rib*na kat TV. Kan.. kan.. kan
Cuba kita buat air SunQ*ick dan Rib*na, betapa sedapnya air dia kan.
Tapi cuba kita blend oren atau anggur buat air, kenapa tak rasa manis
sedap macam SunQ*ick dan Rib*na. Benda sama juga kan, oren dan
anggur TAPI kenapa rasanya lain? Ke kita dah kena tipu dengan iklan ni?
Hehehehe..
-
Fiber Fanatic! 2014
6
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Rasa lain bermaksud mesti ada perisa tambahan lain tu, mesti ada
bahan lain yang anda tak tahu tu.
Tak salah pun nak minum SunQ*ick dan Rib*na, sila lah minum TETAPI
buah wajib juga makan ya.
Untuk membuat anda percaya, ini saya ceritakan Mengapa Buah?
1. Buah adalah RENDAH KALORI dan RENDAH LEMAK. Namun jaga-
jaga, bukan semua buah itu RENDAH KALORI ya.. Anda tahu mana
satu buah yang patut anda amalkan dan anda tahu mana buah
yang patut anda kurang kan.. Eleehhhh.. jangan buat buat tak
tahu.. Durian, Rambutan jangan pi melantak tak tentu pasal ya.
Saya telah pun senaraikan buah-buahan yang patut anda amalkan
dihujung pembacaan anda. Ya! Amalan setiap hari selepas anda
bermula FASA 2.
2. Kenal kolestrol jahat? Ya, tak kenal.. saya pun tak kenal juga.
Banyak dengar namanya sahaja. Jangan tak tahu sebenarnya ada
-
Fiber Fanatic! 2014
7
juga kolestrol baik tetapi itu tak penting. Yang lebih penting ialah
bagaimana untuk kita buangkan kolestrol jahat dari tubuh kita.
Makan buah adalah caranya. Paling best ialah ia juga mampu
menendang LEMAK JAHAT dari tubuh anda.
3. Kebanyakan buah lebih banyak ANTIOKSIDAN, MINERAL dan
VITAMIN berbanding sayuran. Dah lah sedap, lagi pula tu ia
mampu membaiki sel-sel, tisu-tisu dan organ yang dengan lebih
cepat.
-
Fiber Fanatic! 2014
8
Warna Warni = KECERIAAN!
Cuba lihat pelangi, cantik.. tenang dan penuh dengan keceriaan, bukan?
Sama sahaja dengan diet kita, perlu ditambah dengan warna-warni..
barulah adanya keceriaan di tubuh kita, di muka kita.
Jadi, saya perlu tambah warna-warni dalam menu saya lah En. Ben?..
Kari, Masak Lemak, Sambal Sotong, penuh dengan warna-warni.. Sedap
tu
Hallooo.. kita dalam ebook Fiber Fanatic ni.. bukan warna-warni itu
yang saya maksudkan dalam diet anda. Ia berkenaan warna-warni
buah! Setiap warna pada buah mempunyai KHASIAT berbeza-beza ya.
Pastikan di dalam sehari anda makan buah mempunyai warna-warna
berikut, paling senang ialah kasi BLEND buat air.
-
Fiber Fanatic! 2014
9
Rasa macam tak boleh nak fikir buah apa nak makan kan bila saya
hanya tunjuk warna-warna begitu.. Ahah!!! Malam esok pergi ke pasar
malam rumah anda, saya nak bagi homework suruh buat. Pilih buah
anda mengikut warna dan amalkan.
-
Fiber Fanatic! 2014
10
Fiber Fanatic!
Nampak muka anda tu macam malas je nak buat homework yang saya
berikan tadi. OK tak mengapa, ini saya sudah listkan amalan harian
buah-buahan yang patut anda buat setiap hari.
Ia merangkumi keperluan anda untuk 7 hari, contoh begini, hari Isnin
anda amalkan Anti Aging, hari selasa Anti kanser dan begitulah
berikutnya untuk seumur hidup anda. Saya cadangkan anda BLEND
sahaja buah-buah ini nanti:
Anti-Aging Kulit akan menjadi lebih tegang, gebu dan inner
shine anda akan timbul!
Anti Kanser Kita takkan taha apa yang bakal berlaku di masa
hadapan, setidak-tidaknya kita ada berusaha untuk
mengurangkan risiko kanser kan kan kan
Detox & Cleansing Cuba bayangkan longkang yang tak pernah
di cuci selama 1 tahun. Berlumut, kotor. Cuba banyangkan pula
bagaimana agaknya usus kita yang selama 30 tahun tu. Entah
ada apa jenis bakteria lah kat dalam tu.
Slim Down Makan lunch atau dinner boleh aja ganti dengan
buah buah ini.
-
Fiber Fanatic! 2014
11
Super Juice Gabungan-gabungan buah-buahan dan sayuran.
Err.. saya tersebut sayur? Aaaa.. sengaja saya campurkan ye.
Refresh nak kelihatan bertenaga dan segar? Cuba jus-jus ini.
Immune Booster Menguatkan sistem imun badan terhadap
virus-virus dan penyakit (Demam, selesema, batuk dan sakit
tekak) yang sering terjadi akibat panas dan lembab sepanjang
tahun.
-
Fiber Fanatic! 2014
12
Hari Fiber Fanatic! Sila BLEND buat air
Isnin Anti Aging
resepi 1 : apple, pears, blueberry resepi 2 : timun, carrot, apples resepi 3 : delima, carrot, celery
Selasa Anti Kanser
resepi 1 : carrot, apples resepi 2 : spinach, timun, celery resepi 3 : nenas, blueberry, halia resepi 4 : tembikai, tomato lebih, lemon
Rabu Detox & Cleansing resepi 1 : halia, carrot, apple. resepi 2 : papaya, halia, pear, timun
Khamis Slim Down resepi 1 : orange, Almonds, apple resepi 2 : pisang, orange
Jumaat Super Juice resepi 1 : blueberry, strawberry, mangga resepi 2 : tomato, celery, cucumber, carrot, parsley, spinach
Sabtu Refresh resepi 1 : celery, mint, parsley
resepi 2 : kiwi, mint, strawberry
Ahad Immune Booster resepi 1: orange, Kiwi , grapes, garlic resepi 2 : apples, carrot, parsley, ginger
-
Fiber Fanatic! 2014
13
Penutup
Fiber Fanatic ini simple je tulisannya. Insyallah, saya cuba tambah
beberapa lagi perkara dalam version 2 nanti. Disamping usaha anda nak
kurus ni, pastikan betul-betul bahawa anda tahu bahawa kesihatan
adalah anugerah paling patut kita hargai.
Jangan main sedap je makan, tau-tau sahaja lah makanan orang kita ni.
Nak sedap dimulut sahaja kan. Bukan tak boleh nak makan tapi pastikan
ada 2 benda yang patut anda amalkan iaitu DIET SIHAT dan SENAMAN.
Dah bosan dengar kan.. hehehe .. tak habis-habis benda sama je.
Selagi anda tak kurus-kurus, saya akan pastikan anda bermimpi tentang
Diet Sihat dan Senaman ini bila waktu malam. Biar dia menghantui diri
anda selagi perut anda tu macam gendang gendut tali kecapi, kenyang
perut suka hati.. suka hati dan tak ada rasa bersalah bila perut macam
tong dram. Tiada penyesalan langsung.. Cehhh.. susah betul nak ubah
tabiat makan tu, anda ada bela jin ke? Haissshhhh..