fiqh siyasah syariyyah

85
Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari Fiqh Siyasah Syar’iyyah : Fokus Terhadap Beberapa Isu Kontemporari Disediakan Oleh : Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman B.A ( Hons ) Usuluddin, Univ Malaya, Malaysia M.A ( Jayyid Jiddan ) Fiqh & Usul Fiqh, Univ Al-Yarmouk, Jordan email : [email protected] MUQADDIMAH Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan SAW serta para keluarganya dan sahabatnya yang terpillih dan seluruh mukminin dan mukminat yang menuruti jalannya dengan haq. Penulisan ini menyentuh beberapa aspek siyasah dalam sudut pandangan Islam, antara aspek yang disentuh : 1. Kewujudan Politik di dalam Islam. 2. Cabaran Pemisahan Islam dan Politik. 3. Perbincangan tentang Dawlah Islam dan konsep asas pemerintahan Islam. 1

Upload: hakim-miswan

Post on 06-Aug-2015

410 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

by Ust Zaharuddin Abd Rahman

TRANSCRIPT

Page 1: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Fiqh Siyasah Syar’iyyah : Fokus

Terhadap Beberapa Isu Kontemporari

Disediakan Oleh :

Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

B.A ( Hons ) Usuluddin, Univ Malaya, Malaysia

M.A ( Jayyid Jiddan ) Fiqh & Usul Fiqh, Univ Al-Yarmouk, Jordan

email : [email protected]

MUQADDIMAH

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan SAW serta para

keluarganya dan sahabatnya yang terpillih dan seluruh mukminin dan mukminat yang

menuruti jalannya dengan haq.

Penulisan ini menyentuh beberapa aspek siyasah dalam sudut pandangan Islam, antara

aspek yang disentuh :

1. Kewujudan Politik di dalam Islam.

2. Cabaran Pemisahan Islam dan Politik.

3. Perbincangan tentang Dawlah Islam dan konsep asas pemerintahan Islam.

4. Hak wanita sebagai pemimpin dan politik dan lain-lain.

5. Hak bukan Islam di dalam Pemerintahan Islam.

6. Demokrasi serta pendirian Islam terhadapnya.

7. Sikap Islam terhadap Pilihanraya, Demonstrasi dan Parlimen.

8. Syarat Penggunaan Maslahat.

1

Page 2: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Demikian beberapa persoalan yang cuba disentuh secara ringkas.

Persoalan Fiqh Dawlah dan Siyasah Syar’iyyah semakin mendapat perhatian ramai

apabila kefahaman Islam berkembang dan menyerapi pemikiran umat manusia yang

selama ini gersang ditutupi oleh kezaliman ideology amalan para pemerintah moden.

Benarlah sabda Nabi Saw :

وبر وال مدر بيت الله يترك وال والنهار الليل بلغ ما األمر هذا ليبلغن

به الله يعز عزا ذليل بذل أو عزيز بعز الدين هذا الله أدخله اال

Mafhum : “ Pasti akan sampai urusan ini (Islam) ke mana sahaja sampainya malam

dan siang, Allah tidak akan tinggalkan satu rumah si kaya mahupun miskin pun,

kecuali akan dimasukkan oleh Allah Agama ini…” 1

Sejak beberapa lama setelah kejatuhan khilafah Islam terakhir pada tahun 1924m,

maka dengan bersendikan pemikiran mujaddid-mujaddid kurun ini, seperti Syeikh al-

Imam Muhammad Abduh, Syeikh Rashid Ridha serta ramai lagi, lahirlah mujaddid

haraki seperti Imam As-Shahid Hasan Al-Banna (1906-1949 M) pengasas jamaah

Ikhwan Muslimin bagi mengharungi perancangan licik Yahudi serta sekutunya di

seluruh dunia. Perjuangan demi menegakkan negara kebajikan Islam , kini menjadi

tugas serta kewajiban semasa bagi seluruh umat Islam. Ulama’ contoh kini seperti

Syeikh Prof. Dr.Yusoff Al-Qaradhawi, , Syeikh as-Syahid Abdullah ‘Azzam (1989

m), Syeikh Muhd Al-Ghazali(1916-1996m), Syeikh Abul A’la al-Maududi(1903-

1979m), Syeikh Mustafa As-Siba’ie (1964 m), Syeikh Syahid abd Qadir ‘Awdah

( 1954m), Syeikh Muhd Qutb, Dr Hammam Said, Dr Abd Qadir Abu Faris, Dr. Solah

1. Riwayat Al-Hakim dan al-Baihaqi ; Berkata Al-Hakim : Hadith ini Shohih menurut syarat al-Bukhari & Muslim, ia juga diperstujui oleh Imam Az-Zahabi.

2

Page 3: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Abd Fatah al-Khalidi serta ramai lagi boleh memandu kita ke arah peranan yang

sebenarnya.

Kalau dahulu, kita dapat melihat dengan jelas peranan ulama besar dalam melakukan

pembaharuan. Imam Abu Hanifah an-Nu’man (80-150H) merupakan individu

utama dalam meletakkan kaedah mengeluarkan hukum Islam terhadap isu-isu baharu

yang tidak terdapat nas khusus, iaitu melalui menggunakan kaedah ‘analogy’ hokum

baru kepada hokum asal yang terdapat nas, ia dinamakan Qiyas. Jelasnya itulah

keperluan utama di zamannya iaitu menyelesaikan isu-isu baru hasil perkembangan

masa dan zaman. Manakala Imam Malik Bin Anas (93-178 H) pula merupakan

individu utama yang menekankan persoalan ilmu jarh dan ta’dil sebagai keutuhan

sumber perundangan Islam dan keshahihan hadith. Ia tepat di zamannya yang

menyaksikan timbul pelbagai hadith-hadith palsu tatkala itu.

Imam Muhammad Bin Idris al-Syafie (150-204 H) dengan peranan utamanya iaitu

berperanan sebagai individu utama menyusun kaedah Usul Fiqh dalam gaya gabungan

ahli Hadis dan Ahli ra’yi. Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal (164-241 H) pula

merupakan individu pertama dalam menggabung dan mengumpulkan hadith-hadith

Rasulullah SAW agar umat Islam tidak tercari-cari rujukan kelak, itulah Musnad

Ahmad yang mengandungi lebih 40,000 hadith Rasulullah Saw. Peranan mereka

semua amat bertepatan dengan kalam Rasulullah SAW yang menegaskan : Dari Abu

Hurairah ra.

دينها لها يجدد من سنة مائة كل رأس على األمة هذه إلى يبعث الله إن

3

Page 4: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Mafhum : “Sesungguhnya Allah membangkitkan kepada umat ini, di setiap

permulaan seratus tahun, seseorang yang melakukan tajdid bagi Agama” (riwayat

Abu Daud)2

Justeru, adalah menjadi tuntutan kepada setiap individu Islam bagi memikirkan

apakah keperluan Islam pada zamannya sesuai dengan hadith tersebut. Tidak dapat

diingkari bahawa, semasa kewujudan Khilafah Islam sehingga tahun 1924 M

sememangnya keperluan untuk mewujudkan gerakan Islam yang berjuang untuk

menegakkan kembali sebuah negara kebajikan Islam secara khusus kurang releven,

tetapi setelah kejatuhannya, tanpa syak ia sepatutnya menjadi salah satu tuntutan

utama dalam Islam hari ini.

Bagi melicinkan tugas ini, menjadi kewajiban bagi umat untuk memahami selok belok

politik Islam bagi memperkenalkannya kembali kepada manusia hari ini. Selaras

dengan sebuah athar dari Sayyidina ‘Ali KW :

قضل ذو إال الفضل ألهل الفضل يعرف ال

Mafhum : Orang yang tidak mempunyai kelebihan tidak akan dapat mengenali orang

yang memiliki kelebihan”

Demikian begitu juga bak kata pepatah Melayu “Tak Kenal Maka Tak Cinta”

Bagaimana mungkin manusia akan yakin serta cinta kepada system Islam sekiranya

mereka tidak diperkenalkan dengan keindahan dan kemantapan sistem kenegaraan

Islam dan politik Islam.

2 Riwayat Abu Daud , no 4291 ; Hadith Shohih menurut Syeikh Albani.

4

Page 5: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

TAKRIF SIYASAH ATAU POLITIK

Siasah menurut bahasa :

“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah,

mengetuai ( Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)

Manakala menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada dua, iaitu :

1. Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan

syariat Deen. Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :

به الدنيا وسياسة الدين حراسة في وسلم عليهم الله صلى الله رسول عن نيابة

Mafhum : “Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir

Dunia dengan berpaksikan agama”

2. Makna Khas : Tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam (Pemerintah)

berdasarkan sumber-sumber, bertujuan untuk menghalang kerosakan dan mencegah

kerosakan yang belum melanda atau suatu langkah pemulihan. 3

Sebagai contoh tindakan seumpama ini adalah tindakan yang dilakukan oleh Khalifah

Abu Bakar As-Siddiq r.a yang membakar peliwat, Khlaifah Umar Al-Khattab ra pula

pernah mencukur rambut Nasar bin hajjaj akibat digilai oleh perempuan Madinah.

Semua tindakan ini berubah menurut kepentingan maslahat setempat dan zaman.

3 As-Siyasah As-Syar’iyyah – Dr Yusof Al-Qaradawi, Muassasah al-Risalah, hlm 31

5

Page 6: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Menurut As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : ‘Siasah adalah kajian tentang persoalan

umat Islam samada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian

semata-mata” 4

Perkataan asal siyasah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya :

سيكون انه بعدي نبي ال وانه نبي خلفه نبي هلك كلما األنبياء تسوسهم إسرائيل بنوا كانت

فيكثرون خلفاء

Mafhum : “Dahulunya Bani Israel dipimpin oleh para Nabi, tatkala wafat seorang

Nabi maka dibelakangnya terdapat Nabi (lagi) dan sesungguhnya tiada seorang pun

lagi Nabi selepas Aku( Rasulullah ), dana diikuti oleh para pemimpin…” 5

DALIL KEWUJUDAN POLITIK DI DALAM ISLAM

Sejak berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai

menjadi terkeliru dengan istilah-istilah seperti ‘politik kotor’, tiada politik dalam

Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.

Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan

oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya, malah juga terdiri dari kalangan umat

Islam sendiri. As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh Amerika

dan kepimpinannya di Timur Tengah, bukanlah Islam yang menentang penjajahan,

kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu Islam memerintah,

mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja,

4 Mabadi’ al-Usul Fi Mu’tamarat al-Khassah, Muassasah al-Islamiyyah, 1980, hlm 104 5. Riwayat Bukhari no 3268 , Muslim no 1842, Ahmad no 7947, Ibnu Majah 2871. Hadith Shahih

6

Page 7: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

dan bukan persoalan ekonomi Islam, Politik Islam, Masyarakat Islam dan Kewangan

Islam.

Bagi mengembalikan kefahaman umat, menjadi kewajiban bagi merujuk kepada

rujukan utama Islam dalam hal kesempurnaan Islam dalam kepelbagaian bidang

kehidupan.

Dalil Pertama : Dari Al-Quran

Firman Allah SWT :

عن ونهوا بالمعروف وأمروا الزكاة وآتوا الصالة أقاموا األرض في مكناهم إن الذين

المنكر

: الحج ( األمور عاقبة )41ولله

Mafhum : Sesungguhnya orang yang kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas

muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan,

melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung sgl

usaha” (Al-Haj : 41)

Ayat di atas dengan jelas lagi terang menerangkan fungsi dan peranan pemimpin. Ia

secara langsung menyentuh isu politik.

: النحل ( للمسلمين وبشرى ورحمة وهدى شيء لكل تبيانا الكتاب عليك )89ونزلنا

7

Page 8: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Mafhum : Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya

mengandungi penerangan terhadap semua perkara serta menjadi petunjuk dan

rahmat dan membawa berita gembira bagi muslimin" ( An-Nahl : 89)

Ayat di atas pula menerangkan bahawa semua urusan kehidupan manusia telah pun

diterangkan dasarnya di dalam Al-Quran, justeru ia adalah satu penegasan bahawa

dasar yang melibatkan hal ehwal politik juga terkandung di dalamnya.

Dalil Kedua : Dari Al-Hadith

1. Sabda Nabi SAW :

سعيد ( أبي عن والطبراني داود ابو رواه أحدهم اعليهم فليؤمرو سفر في ثالثة كان إذا

( صحيح بإسناد مسعود وإبن هريرة أبي و

Mafhum : “Apabila keluar tiga orang semasa bermusafir maka telah mesti ke atasnya

melantik seorang darinya sebagai ketua” ( Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani,

dengan sanad yang shohih) 6

2. ( النووي ( وصححه النسائي جائر سلطان عند حق كلمة الجهاد أفضل

Mafhum : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang haq dihadapan pemerintah yang

zalim”

وصححه ( .3 الحاكم فقتله ونهاه فأمره جائر إمام إلي قام رجل ثم حمزة الشهداء سيد

األلباني)

Mafhum : “ Penghulu para syuhada; adalah Hamzah ra, kemudian lelaki yang

bangun kepada pemerintah yang zalim lalu mengajaknya kepada kebenaran dan

6 Nailul Awtar, As-Syawkani, Kitab Aqdhiyah wa al-ahkam, 8/608

8

Page 9: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

melarangnya dari kemungkaran lalu ia dibunuh kerana itu” ( Al-Hakim

mentashihkan hadith ini)

4. ( مسلم جاهلية ) رواه ميتته فإن بيعة عنقه في وليس مات من

Mafhum : “Barangsiapa yang mati, dalam keadaan tiada padanya suatu

bai’ah( iqrar janji taat kepada pemimpin Islam) maka matinya seumpama dalam

keadaan Jahiliyyah” (Riwayat Muslim) 7

5. Piagam Madinah yang mengandungi 47 fasal, merupakan intipati sebuah

perlembagaan negara. Antara lain isinya menyebut isu-isu politik kenegaraan,

pentadbiran Rasulullah SAW terhadap Muhajirin, Ansar dan Yahudi. 8

6. Berikut beberapa contoh tindakan siyasah syar’iyyah yang dilakukan di zaman

Baginda SAW :-

Nabi SAW bersungguh-sungguh mengecam untuk membakar rumah mereka yang

tidak bersolat jemaah. 9

Menggandakan denda ke atas pencuri yang tidak cukup nisabnya untuk dipotong

tangan, malah dilaksanakan hukuman sebat sebagai pengajaran. 10

Merampas harta individu yang tidak mahu mengeluarkan zakat. 11

Memecahkan bekas-bekas arak dan juga periuk-periuk yang dimasak di dalamnya

daging yang haram..kemudian dinasakh hukum memecahkannya kepada basuh.12

7. Shohih Muslim dengan Syarh Imam Nawawi, 12/2408. As-Sirah An-Nabawiyyah As-Shohihah, Prof Dr Akram al-Umari, 1/282 ; Lihat juga analisa keshohihan piagam ini dari sudut sanad dalam kitab yang sama. Kesimpulan:- Sirah Ibn Ishak : tiada sanad ; Sanad oleh al-Bayhaqi : Terdapat perawi maqbul sahaja; Sanad oleh Ibn Abi Khaithamah , terdapat perawi mawdu’ ; Sanad oleh Abu Ubayd ; Terputus ; Maka secara keseluruhan piagam Madinah tidak mencecah darjat shohih, kecuali terdapat beberapa fasal yang diriwayatkan dalam sunan sittah termasuk Bukhari dan Muslim mencecah darjat Hasan.9. Riwayat Muslim (no 652)10. Riwayat Abu Daud (no 4390) dan At-Tirmidzi ( no 1289)11. Riwayat Abu Daud (no 1575 )12. Riwayat Bukhari (no 5496 ) , Muslim (no 1930 ) , At-Tirmidzi ( no 1293)

9

Page 10: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Memerintahkan wanita yang mencaci dan melaknat untanya, agar

melepaskannya.13

Memerintahkan agar dihukum bunuh bagi peminum arak bagi kali ke 4, hukum ini

dinasakhkan selepas itu. 14

Memerintah agar ditangkap Yahudi yang menghentak kepala seorang hamba

wanitanya dengan batu, Nabi menerima dakwaan wanita tadi lalu menghukum

memukul kepala si Yahudi. 15

Semua sunnah qawliyah dan fe’liyah baginda SAW di atas, menjurus kepada hal

ehwal pentadbiran dan politik Islam.

Dalil Ketiga : Dari Athar Sahabat & para ulama mujtahidin

1. Berkata Saidina Umar al-Khattab : , إمارة وال بإمارة إال جماعة وال بجماعة إال إسالم ال

بالطاعة إال

Mafhum : Tiada Islam kecuali dengan Jemaah, tiada Jemaah kecuali dengan

Kepimpinan, Tiada Kepimpinan kecuali dengan Ketaatan.16 (Lihat)

2. Imam As-Syafie berkata : “ الشرع وافق ما إال سياسة “ ال

Ertinya : “Tidak diiktiraf siyasah kecuali pentadbiran yang menepati syara’” 17

3. Berikut adalah contoh amalan siyasah syar’iyyah oleh para sahabat 18 : -

13. Riwayat Muslim (no 2595)14. Riwayat Abu Daud (no 4482 ) , At-Tirmidzi (no 1444)15. Riwayat Bukhari (no 2413) , Muslim (no 1672) 16. Mawsu’ah an-Nuzum wa al-Hadharah al-Islamiyyah, Ahmad Syalabi, 2/29 17. At-Turuq al-Hukmiah, Ibn al-Qoyyim , hlm 41 ; tafsiran erti kalam As-Syafie tadi, adalah menurut tafsiran Ibn qoyyim.18. At-Turuq al-Hukmiah, Ibn al-Qoyyim, hlm 45-47

10

Page 11: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Saidina Abu Bakar membakar para peliwat.

Saidina Umar membakar kedai-kedai arak dan membakar kampung yang

menjual arak di dalamnya.

Saidina Umar mencukur rambut Nasar bin Hajjaj serta dibuang daerah kerana

ketampanannya terlalu memikat wanita hingga ramai yang berhajat melakukan

maksiat dengannya.

Saidina Umar memukul Sobi’ bin ‘Asal kerana bertanya soalan yang tidak

sepatutnya.

Mengarahkan sahabat tidak memperbanyakkan meriwayat Hadith ketika

mereka sibuk dengan Al-Quran.

Saidina Uthman mengumpulkan Al-quran dengan satu qira’at.

Berdasarkan beberapa ayat, hadith serta athar tadi, jelas bahawa aspek siyasah (politik

pemerintahan) semestinya terkandung di dalam Islam bahkan Nabi SAW juga

merupakan seorang pemimpin politik apabila baginda menjadi Ketua Negara di

Madinah. Penulis merasakan adalah tidak perlu untuk memanjangkan bahagian ini

kerana meyakini kejelasannya di pemikiran para pembaca.

ILMU SIYASAH ISLAM DALAM SEJARAH PEMBUKUAN

Perkembangan ilmu politik Islam tidak terlepas daripada pandangan para pimpinan

Islam sejak kewafatan Rasulullah SAW. Antaranya tandanya bolehlah kita melihat

kepada buku-buku yang dikarang berkaitan tajuk ini, antaranya fiqh Umar al-khattab

ra yang begitu banyak membuat pembaharuan dan ijtihad dalam perkara-perkara umat

Islam (Mausu’ah Fiqh Umar Al-Khattab oleh Dr. Muhd Rawwas Qal’ah Ji), mankala

11

Page 12: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

antara buku terawal mengenai siyasah ditulis oleh al-Qadhi Abu Yusof Ya’qub B

Ibrahim al-hanafi ( m 183 H) bertajuk Al-Kharraj, Yahya Adam al-Quraisy (m 204 H)

bertajuk Al-Kharraj, Abu Ubaid al-Qasim ( 224 H) bertajuk Kanzul al-amwal,

seterusnya Imam Ibn Qutaibah ( 267 H) bertajuk ‘Al-Imamah wa al-Siyasah’

‘,setersunya al-Madinah al-Fadhilah, oleh Abu Ali Bin Sina ( 428 H). Manakala

penulisan oleh Imam al-Mawardi as-Syafie (m 450 H) bertajuk adab al-wazir’ dan

juga al-ahkam as-sultaniyah, Abu Ya’la al-Farra al-hanbali (458 H) bertajuk al-

ahkam as-sultaniyah, Imam haramian al-syafie (476 H) bertajuk Ghiasu al-umam,

penulisan oleh Shihabuddin al-Qarafi bertajuk ihkam al-ahkam fi tamyiz al-Fatwa ,

seterusnya Imam Ibnu Taimiyah al-Hanbali (728 H) bertajuk al-siyasah al-syariyyah

fi islah al-ra’ wa al-raiyyah, Imam Ibnu Qayyim al-hanbali (749 H) Turuq al-

hukmiah dan Al-Ahkam Ahli Dzimmah, Imam Ibnu Rejab al-hanbali (795 H) bertajuk

al-istikhraj fi ahkam al-kharraj dan banyak lagi, sehinggalah ke hari ini. Ini

membuktikan bahawa ilmu siyasah Islam bertali arus dari sudut perhatian para ulama’

terdahulu sehinggalah sekarang.

CABARAN SEKULARISME DALAM FAHAMAN POLITIK SEMASA

Akibat pegangan fahaman pemisahan Ad-Deen (Islam) daripada urusan kehidupan

serta menyerahkan urusan ad-deen kepada individu, serta tidak menjadi tanggung

jawab pemerintah maka sehingga kini bentuk-bentuk sekular semakin berkembang

biak memasuki bidang pendidikan, kemasyarakatan, politik, ekonomi dan hampir

menyelinap di semua aspek kehidupan umat Islam masakini. Keadaan ini

menyebabkan ilmu Islam dipandang remeh, sampingan, tiada harga, second class dan

12

Page 13: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

sebagainya. Harta dan pangkat keduniaan dilihat dengan penuh liuran dan rakus,

sekiranya keadaan ini berterusan, pasti akan lahir masyarakat perosak, keamanan

lenyap sedikit demi sedikit, Islam hanya di masjid, itu pun hanyalah persoalan tertentu

daripada juzu’ kecil ilmu Islam.

Alangkah malang, sekiranya golongan terpelajar dari generasi muda, terutamanya

yang mempelajari Islam juga terhanyut jauh dalam suasana tersebut tanpa memahami

tuntutan semasa Islam. Kerana itulah, memahami Politik Islam sepatutnya menjadi

‘compulsory subject’ bagi kita samada suka atau tidak, kerana tiadalah kuat Islam

tanpa politik dan politik akan hancur tanpa aqedah.

Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah ( m 728 H ) :

بها إال قيام ال بل الدينية الواجبات أعظم من الناس والية أن يعرف أن يجب

Mafhum : “ Wajib diketahui bahawa kekuasan ke atas manusia adalah sebesar-besar

tuntutan agama, bahkan tiada dpt mendirikan agama kecuali dengannya” 19

Aqidah sebagai asas kekuatan manusia, tanpanya generasi manusia pasti menyesal di

akhirat nanti. Firman Allah SWT

: ) عمران ال الخاسرين من اآلخرة في وهو منه يقبل فلن دينا اإلسالم غير يبتغ )85ومن

Mafhum : sesiapa yang mengikuti selain Islam sbagi cara hidupnya maka tidak akan

sekali2 diterima oleh Allah dan ia di akhirat akan menjadi org2 yang rugi” ( Al-

Imran : 85)

19. As-Siyasah as-Syar’iyyah Fi Islah ar-Ra’ie wa ar-Ra’iyyah, Ibn Taimiyah, hlm 217

13

Page 14: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Bagi tujuan tersebut, pembaca harus memahami bahawa Islam akan sentiasa

diperintah selagi mana Islam tidak menguasai tampuk pemerintahan, tujuan

menerajui pemerintahan tidak akan terlaksana tanpa politik. Justeru penyertaan politik

semasa bagi umat Islam adalah juga suatu kewajiban, sebagaimana wajibnya

membawa Islam ke tampuk kekuasaan penuh demi kebaikan seluruh rakyat.

Terdapat Qaedah Fiqhiyyah yang menyebut :-

المقاصد حكم للوسائل

Ertinya : “ Hukum bagi jalan-jalan dan alat, adalah sama dan menurut hukum

tujuan” 20

له حريم هو ما حكم له الحريم

Ertinya : “Apa yang berada disekeliling yang haram maka hukumnya juga adalah

haram” 21

Menurut Imam Jalaluddin as-Suyuti As-Syafie dan al-Syeikh Muhd Zarkasyi al-

Syafie (pengarang kitab al-Bahrul Muhit) berkata ‘al-harim’ termasuk dalam perkara

wajib lalu timbullah kaedah :

واجب فهو به إال الواجب يتم ال ما

Mafhum : Kewajiban yang tidak dapat disempurnakan, kecuali dengan adanya ‘ia’,

maka ‘ia’ juga menjadi wajib (sebagaimana perkara wajib itu)” 22

20. ‘I’lam al-Muwaqqi’ein , Ibnu al-Qoyyim, , 3/108 , cet Dar al-Kutub al-‘Ilmiah21 Al-Asbah Wa An-Nazair, Jalaluddin As-Suyuti, hlm 16222. Tabyinul Haqaiq Syarh Kanz ad-daqaiq, Az-Zayla’ie , 2/97 ; Al-Inayah Syarh al-Hidayah, Muhd Bin Mahmud Al-Babirti, 1/20 ; Al-Bahr Al-Raiq, Ibn Nujaim, 1/64 ; Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi , hlm 106 , cet . Dar al-Qalam

14

Page 15: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Ia juga diistinbadkan dari ayat

: اإلسراء ( سبيال وساء فاحشة كان إنه الزنى تقربوا )32وال

Mafhum : “ Janganlah kamu menghampiri zina, kerana sesungguhnya ia adalah

pekerjaan yang teramat buruk dan seburuk-buruk jalan” ( Al-Isra’ : 32 )

Justeru ‘jalan-jalan’ kepada tertegaknya sebuah negara adil Islam juga menjadi wajib

sebagaimana wajibnya menegakkan negara tersebut. Kita tidak boleh meredhai situasi

Islam diperintah, ketidak keredhaan itu merupakan suatu keimanan dan keyakinan .

Perihal sifat ini iman pernah dinayatakan di dalam sebuah Hadith :

العمل وصدقه القلب في وقر ما ولكن والتحلي بالتمني اإليمان ليس

Mafhum : Tidaklah iman itu dengan angan-angan dan perhiasan, tetapi ia adalah

apa yang teriqrar di dalam hati dan dibenarkan oleh amalan” ( dari Anas Bin Malik,

dikeluarkan oleh ad-Dailami dan Ibn Najar) 23

Sesungguhnya keredhaan kepada sesuatu beerti keredhaan kepada hasil yang timbul

darinya, sebagaimana kaedah fiqhiyyah :

منه يتولد بما رضى بالشيئ الرضا

Mafhum : Redha dengan sesuatu bermaksud, redha jua dengan apa yang bakal terbit

darinya”

Justeru, redha dengan kekufuran boleh membawa hukum kufur jua, manakala redha

dengan sistem yang bertentangan dengan Islam memerintah Islam, bermakna redha

Islam diperintah. Sabda Nabi SAW :

23. Imam As-Suyuti mengatakan hadith ini Dhoif, tetapi Al-Albani mengatakan ianya mawdu’. Lihat Dhoif al-Jami’ as-Shoghir wa ziyadatihi, hlm 700

15

Page 16: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

النار , إلى ساقه ظهره خلف القرآن جعل ومن الجنة إلى قاده أمامه القرآن جعل من

Ertinya : “Barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya ( ikutannya ),

maka ia akan membawa pengikutnya ke Syurga, dan barangsiapa yang menjadikan

al-Quran di belakangnya, nescaya ia akan mengheretnya ke neraka”( Riwayat Ibn

Hibban)24

DAWLAH ISLAMIYYAH

Para Ulama Islam mempunyai pelbagai takrifan berkenaannya, justeru adalah baik

jika kita dapat melihat ta’rifannya menurut ulama silam dan mutakhir terlebih dahulu.

Ta’rif Dawlah Islamiyyah

Berikut adalah takrifannya menurut para ulama :-

Imam Al-Sarakhasi : Menurut Imam Abu Hanifah: “Ianya tempat yang berada di

bawah pemerintahan orang Islam, tandanya ialah apabila orang Islam aman di

bawahnya”

Imam Abu Yusuf dan Muhd al-Hasan al-Hanafi & Mazhab Hanafi secara umum

: “Sebuah negara di mana hukum Islam terzahir secara jelas di dalamnya “ 25

24. Sohih Ibn Hibban, no 1793 ; sohih menurut Ibn Hibban ; hasan menurut al-qaradawi di dalam al-Muntaqa Min Kitab at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, no 779, 1/419 (cet Dar al-Wafa)25. Badai’ as- Sanoi’ , Al-Kasani, 7/130

16

Page 17: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Al-Khatib al-Baghdadi (429 H) : Negara yang masyarakatnya dapat menyeru

dakwah Islam tanpa ada rasa takut dan bimbang, dilaksanakan hukum-hakam Islam,

manakala ahli Bid’ah tidak bermaharajalela menekan ahli Sunnah” 26

Imam Abu Hasan As-Sya’ari (324 H) : “Negara Islam ialah negara yang berada di

bawah penguasaan Islam dan dilaksanakan setiap hukum-hakam dan Syiar Islam” 27

Syeikh Islam Imam Ibn Taymiah (728 H) : “Status negara sebagai Islam dan Kufur

tidak tetap , bahkan ia adalah sifat yang ditentukan oleh sifat penduduknya, maka

setiap negara yang mana penduduknya bertaqwa dan beriman, ia adalah negara Islam

ketika itu,” 28

Imam Ibn Al-Qoyyim (751 H) : “ Ia adalah negara yang diduduki oleh kaum

muslimin dan terlaksana hukum Islam di dalamnya” 29

Syeikh As-Syahid Sayyid Qutb (1969m): “Setiap negara yang melaksanakan hukum

Islam , dan Syariah Islam menguasai negara, samada ahlinya semua muslim mahupun

majmu’ 30

Syeikh Sa’id Hawwa (1989 M) : “Negara yang meletakkan undang-undang Islam

yang tunggal untuk mentadbir negara, ia dipimpin oleh orang Islam yang komited

dengan ajaran agamanya..” 31

26. Usuluddin, al-Khatib, hlm 27027. Maqalat al-Islamiyyin wa aikhtilaf al-Musollin, hlm 2228. Fatawa, 18/18229. Ahkam Ahli Dzimmah, 1/26630. Fi Zilal Al-Quran, 2/82231. Jundullah thaqafatan wa akhlaqan, hlm 35

17

Page 18: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Syeikh Muhammad Abu Zahrah (1974 M) : “Ia adalah negara yang pemerintahnya

adalah muslim, dan kuasa kententeraan dan keamanan di tangan orang Islam” 32

Syeikh Abul A’la al-Maududi (1979 M) : "Negara yang dibentuk berasaskan Al-

Quran dan Sunnah Rasullullah SAW, kedua-dua sumber ini berfungsi sebagai

pembimbing negara yang memberi keadilan kepada rakyat” 33

Prof. Dr Muhd Salam Madkur 34 : Para Fuqaha mentakrifkan Dar Islam sebagi

sebuah negara yang dipandu oleh hukum Islam, hukum-hakam Islam juga diamalkan

di dalamnya. Sekiranya tidak, maka ia tidak boleh digelar Dar Islam yang sempurna”

35.

Para Fuqaha’ juga telah membahagikan Negara Islam ini kepada beberapa jenis 36 :

a. Darul ‘adl wa madan : Negara yang diperintah berlandaskan syariat Islam

dengan adilnya serta membangunkan negara melalui

tatacara yang sihat dan nilai murni.

b. Darul Bagh : Negara yang diperintah oleh umat Islam yang

menderhaka kepada kerajaan Islam yang adil.

c. Darul Bid’ah : Negara yang diperintah oleh orang Islam yang

bercanggah dengan ajaran sebenar Islam

d. Darul Maslubah : Negara umat Islam yang dijajah oleh orang bukan

Islam.

32 . Al-‘Alaqoh al-Dawliyyah, hlm 333. Nazariyat al-Islamiyyah, hlm 41 34 Beliau merupakan Profesor dan Ketua Jabatan Syariah Kaherah, Mesir. Juga merupakan prof di Kuwait.35. Ma’alim ad-Dawlah al-Islamiyyah, hlm 60 36. Sistem Pemerintahan Negara Islam, Abd Hadi Awang.

18

Page 19: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Apapun takrifan bagi negara Islam, hakikatnya tiada ertinya sebuah negara Islam

tanpa pelaksanaan syariat Islam didalamnya kerana ia tidak akan mampu

mengembalikan Islam ke mercunya yang sebenar.

DAWLAH ISLAMIAH MADANIAH

Ciri –ciri utama

Al-Imam Al-Mawardi As-Syafie (450 H) di dalam Al-Ahkam as-Sultaniyah37.

Bersumberkan kefahaman dari Nas Quran dan Sunnah Nabawiyah, beliau

menggariskan tugas-tugas di dalam sebuah kerajaan Islam tulen antaranya :

1) Menjaga agama di atas usul-usulnya yang tetap dan yang diijmakkan ulama’ salaf

soleh, serta menjalankan kewajiban hak-hak, hudud agar agama terjaga daripada

kehancuran.

2) Melaksanakan hukum di antara dua kumpulan berpecah dan menamatkan

permusuhan sengketa

3) Menjalankan hukum hudud bagi menjaga larangan Allah daripada dicerobohi

serta menjaga hak manusia.

4) Jihad menentang pengingkar Islam setelah dakwah.

Pemfokusan penulisan ini meringkaskan kepada beberapa aspek sahaja dari

keutamaan sebuah negara kebajikan Islam.

1. Perlembagaan Dan Kekuasan Perundangan

Hanya al-Quran dan al-Sunah menjadi rujukan utama selain Ijma’ dan Qiyas.

37. Hlm 27

19

Page 20: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Sesungguhnya penurunan syariat Islam adalah demi menjaga kepentingan manusia

dan kebajikan mereka 38. Justeru, semua pihak samada muslim atau non-muslim tidak

perlu takut terhadap pelaksanaan ini, tiada sebarang kezaliman akan berlaku terhadap

semua pihak, malah kebajikan mereka akan lebih terjamin.

2. Pemerintah

Pemerintah bagi sesebuah negara Islam akan dilantik dari kalangan mereka umat

Islam yang berilmu, komited dalam ajaran Islam, mempunyai kekuatan fizikal dan

mental dan lain-lain. Imam Al-Mawardi menggariskan sebanyak 7 sifat, Imam al-

Ghazali menyebut 10 sifat, Ibnu Khaldun dan Al-Baghdadi menetapkan 4 sifat.

Secara umumnya semuanya menyebut perkara :

i. Berugama Islam.

ii. Mujtahid atau berilmu dalam hukum syarak dan memahami masalah

semasa.

iii. Adil (menurut Imam Bukhari iaitu wara’ dan taat serta iltizam dengan

perintah Allah)

iv. Berkemampuan mental dan fizikal

v. Lelaki (Bagi kepimpinan tertinggi atau wilayah ‘ammah dengan ikhtilaf di

kalangan ulama’)

vi. Berpengaruh (mendapat sokongan rakyat)

3. Kaedah Pemerintahan

i. Secara Syura (input dua hala antara pemerintah-pemerintah dan

pemerintah-rakyat )

38. I’lam al-Muwaqqi’ien, Ibn Al-Qoyyim, 3/11 cet dal kutub al-ilmiah

20

Page 21: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Dawlah Islamiyyah bukan sebuah negara teokrasi yang menindas rakyat atas

nama ketuhanan. Bahkan ia sentiasa membuka ruang daripada rakyat samada

dari kalangan Islam mahupun bukan Islam untuk mengkritik kepimpinan apabila

melakukan kezaliman serta terpesong dari landasan keadilan hakiki.

Konsep ini ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika :

Membuka ruang pandangan para sahabat ketika ingin memutuskan

tindakan perang atau tidak semasa kisah peperangan badar sebagaimana

sabda baginda : الناس أيها علي Mafhum : berikan pandangan ) أشيروا

kamu wahai para sahabatku) sebanyak beberapa kali bagi memastikan

wakil sahabat-sahabat besar, wakil kaum Muhajirin serta Ansar

memberikan pandangan mereka sebelum meneruskan rancangan

merampas kembali hak umat Islam dari rombongan Abu Sufyan.

Menerima pandangan Salman Al-Farisi dalam tektik perang dengan

menggali parit ketika perang Khandaq (Ahzab)

Menerima pandangan sahabat bernama al-Habbab Ibn Munzir ketika

perang Badar dalam menentukan kawasan terbaik untuk berkubu.

Menerima pandangan sahabat untuk keluar dari Madinah ketika perang

Uhud walaupun Rasulullah lebih berat untuk berkubu di Madinah.

Menerima pandangan Umm Salamah dalam isu ber’tahallul’ keluar dari

ihram haji selepas perjanjian Hudaibiyah termeterai.

Dr Sadiq Abd Al-Azim Abu Hasan dalam kajiannya yang mendalam berkenaan Syura

berkata : ..“ dari pelbagai bentuk syura yang di amalkan oleh Rasulullah SAW di

dalam keadaan yang pelbagai, ia membuktikan bahawa Nabi SAW sengaja

21

Page 22: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

membiarkan agar pelaksanaan konsep syura dibuat dalam bentuk yang bersesuaian

menurut keadaan dan keperluannya“ 39

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula menegaskan bahawa

persitiwa-peristiwa sejarah tersebut telah meletakkan satu bentuk asas yang amat

penting dalam sesebuah negara adil Islam. Iaitu prinsip mendengar pandangan rakyat

sebelum bertindak 40. Malah Hadith dari Abu Hurairah menyatakan :

"( البيهقي ( و البخاري رواه الله رسول من ألصحابه مشاورة أكثر رأيت ما

Mafhum : “Tiadalah aku melihat manusia yang lebih banyak bermesyuarat dengan

sahabatnya lebih dari Rasulullah SAW” ( Riwayat Al-Bukhari)

Hasilnya, menurut Imam al-Qurtubi al-Maliki, telah berlaku ijmak (persepakatan)

seluruh umat mujtahid dalam perkara kewajiban syura, sebagaimana diriwayatkan

dari Ibnu Atiyyah : “Syura adalah dari asas syariat dan ketepatan hukum barangsiapa

tidak bermesyuarat dengan ahli ilmu maka berpisah dengannya wajib” 41

b. Mendokong Keadilan Buat Semua

Firman Allah :

.. بالعدل تحكموا أن الناس بين حكمتم وإذا أهلها إلى األمانات تؤدوا أن يأمركم الله إن

)58النساء( :

39. As-Syura Al-Islamiyyah Wa Ad-Demokratiah al-Mu’asiroh, Majallah As-Shariah Wa Ad-Dirasat Al-Islamiyah, Bil 22, 1995, hlm 3340. Min Tawjihat al-Islam, hlm 52241. Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, Jld 4, hlm 249

22

Page 23: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Mafhum : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah terhdp manusia,

dan apabila kamu berhukum maka hendaklah kamu menghukum dengan seadil-

adilnya..” ( An-Nisa’ : 58)

Manusia adalah sama dari apa jua bangsa, warna kulit, bahasa dan sebagainya,

perbezaan hanya terletak pada ketaqwaan kepada Allah SWT, itulah neraca perbezaan

mereka di sisi Allah.

Sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran dan hadith-hadith yang mashyur, Malah

terdapat juga Athar yang menyebut : المشط كأسنان سواسية الناس

Ertinya : “Manusia adalah sama sebagaimana samanya gigi-gigi sikat” 42

Keadilan yang disebut ini juga telah diterjemahkan secara praktikal oleh Rasulullah

SAW serta para sahabat baginda tanpa dipengaruhi oleh harta, pangkat atau apa jua

perhiasan dunia, ia dapat dilihat dalam peristiwa berikut:-

1. Rasullullah memberi peluang kepada sahabat bernama Sawad Bin Ghaziah untuk

membalas apabila Rasulullah SAW menolak perutnya dengan busar panah hingga

menyakitinya apabila ingin meluruskan saf pembarisan tentera. 43

2. Ibnu Qayyim mencatatkan di dalam kitabnya ‘Turuq Hukmiah’. Khalifah Umar al-

Khattab semasa menjadi amir al-mukminin bertanya kepada rakyat apakah pandangan

mereka sekiranya seorang amir sepertinya melihat maksiat dilakukan oleh seorang

42. Al-Lali’ al-Masnu’ah, As-Suyuti, 2/156 ; Tarikh al-Baghdad, 7/57 ; Albani menyatakannya ia hadith Dhoif (As-Silsilah ad-Dho’ifah, 596)43. As-Sirah An-Nabawiyyah, Ibn Hisham, 1/626

23

Page 24: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

perempuan. Berkata Ali KW bahawa beliau wajib menghadirkan empat (4) orang

saksi atau akan disebat dengan had Qazf, Ali KW akhirnya berkata

المسلمين سائر شأن ذلك في شأنه

Mafhumnya : “Urusannya ( khalifah dalam hal kehakiman) adalah sama seperti

seluruh muslimin yang lain ( tanpa imuniti atau kelebihan).”

Jelas, tiada perbezaan dan kekebalan bagi pemimpin, walaupun Khalifah Umar r.a

ketika itu bertaraf Perdana Menteri atau Presiden bagi seluruh umat Islam.

3. Khalifah Ali KW pernah dibawa ke mahkamah akibat pertikaiannya dengan

seorang Yahudi berkenaan baju besi miliknya yang didakwa dicuri oleh si Yahudi,

apabila mahkamah menjalankan perbicaraan Ali KW gagal mengemukakan bukti

jelas akhirnya, Yahudi berhak ke atas baju tersebut walaupun sememangnya ia adalah

milik Khalifah Ali KW. Keadilan kehakiman Islam yang tegas tanpa membezakan

samada ketua negara Islam yang dibicarakan, bahkan walaupun tertuduh merupakan

seorang Yahudi, dakwaan tetap memerlukan bukti jelas 44. Dalam Islam juga, seorang

Qadhi boleh untuk menolak hujjah Khalifah sekiranya hujjahnya tidak memuaskan

sebagaimana yang berlaku kepada Ali KW, juga Umar ra.

Pemerintahan Islam juga berdiri tegas terhadap tuduhan-tuduhan jenayah atau

seumpamanya sebagaimana hadith Nabi SAW :

أنكر من على واليمين المدعي على البينة

Mafhum : Bukti yang jelas bagi mereka yang mendakwa, serta sumpah ( hak

pembelaan) bagi mereka yang ingin menafikannya” 45

44. Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Abu Ya’la Al-Farra’ : hlm 6645. Riwayat At-Tirmidzi, (no 1341); Pada sanadnya terdapat komentar di kalangan ulama hadith; bagaimanapun Syeikh Albani menyatakan hadith ini shohih.

24

Page 25: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Demikianlah Islam mengganggap bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga

dibukitikan bersalah : Ini juga dapat dilihat dari sebuah kaedah fiqhiyyah yang

menyebut 46 :

الذمة براءة األصل

Mafhum : Asal (dalam tuduhan jenayah) adalah tiada bersalah (kecuali setelah

dibuktikan)”

Jelas sekali bahawa Islam serta sistem kehakimannya yang begitu adil dengan

menjaga hak individu, tiada siapa yang terkecuali dari sebarang hukuman (jika benar-

benar bersalah) hatta ia seorang ketua negara.

Ketua Negara Islam juga dituntut oleh Allah SWT untuk melaksanakan keadilan di

kalangan rakyatnya sebagaimana firman Allah :

عن فيضلك الهوى تتبع وال بالحق الناس بين فاحكم األرض في خليفة جعلناك إنا داوود يا

الله سبيل

: ص ( الحساب يوم نسوا بما شديد عذاب لهم الله سبيل عن يضلون الذين )26إن

Mafhum : “ Wahai Daud, sesungghunya kami telah menjadikan kamu sbagi

pemerintah di atas muka bumi, maka wajiblah kamu menghukumi mereka dengan

kebenaran dan jangnlah kamu mengikuti hawa nafsu, ( kalau kamu mengikuti nafsu)

nescaya nanti ia menyesatkan kamu dari jalan Allah, ….”

Kewajiban juga tertanggung di atas bahu pemerintah untuk MENASIHATI RAKYAT

KEPADA KEBAIKAN ISLAM, sebagaimana sabda Nabi SAW :

46. Asbah wa an-Nazair, Imam Jalaluddin as-Sayuti, hlm 74

25

Page 26: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

الجنة رائحة يجد لم إال بنصحه يحطها فلم رعية الله يسترعيه عبد من ما

Ertinya : “Tiadalah seseorang yang Allah berikannya kuasa sebagai pimpinan,

kemudian ia tidak memberikan rakyatnya nasihat-nasihat Islam kecuali ia tidak akan

mendapat kmencium bau syurga di akhirat kelak “ 47

Dengan ini juga, negara kebajikan Islam bukan sebuah negara teokrasi tetapi adalah

negara madani yang sentiasa membangun rohani dan fizikal negara. Ia bukan negara

yang hanya hanyut dalam mengejar tamadun ‘maddiyah’ bahkan sebuah negara yang

sedar bahawa kebangunan material mesti dibina atas keutuhan, kejujuran iman dan

hati rakyat kepada penciptanya. Dengan itu negara pasti mencapai kebahagian hakiki.

c. Persamaan Hak ( المساواة )

Firman Allah SWT :

أجرهم ولنجزينهم طيبة حياة فلنحيينه مؤمن وهو أنثى أو ذكر من صالحا عمل من

بأحسن

: ) النحل يعملون كانوا )97ما

Mafhum : “Barangsiapa yang membuat amalan soleh dari kalangan lelaki atau

wanita dalam keadaan mereka beriman, nescaya pastilah kami menghidupkan mereka

kelak (di akhirat) dengan hidup yang baik, dan kami kurniakan balasan sebagaimana

sebaiknya amalan yang telah mereka lakukan” ( An-Nahl : 97)

Ayat di atas dengan jelas menyebut bahawa hak individu lelaki dan wanita Islam

dalam merebut kedudukan di sisi Allah SWT adalah sama. Justeru, bahagian ini akan

cuba menyentuh beberapa isu berkaitan persoalan persamaan ini.

47. Riwayat al-Bukhari , no 6731

26

Page 27: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Topik persamaan berkisar tentang beberapa kumpulan manusia antaranya:

i. Hak wanita

Menurut Islam, lelaki dan wanita adalah sama dari sudut kehormatan diri, hak

pemilikan harta benda, moral, beragama. Persoalan semasa yang sering berbangkit

berkenaan wanita adalah:

Adakah mereka berhak menjadi pimpinan utama bagi sesebuah negara?

Sabda Nabi SAW :

امرأة إلى أمرهم ا ولو قوم يفلح لن

Mafhum :” Tiada akan berjaya ( selama2nya) suatu kaum yang dipimpin urusan

negara mereka oleh wanita” 48

Mengimbas sebab ‘wurud’ hadith ini (sebab hadith ini diungkapkan oleh Rasul

SAW) adalah apabila Rasul diberitahu bahawa kerajaan Rom telah diterajui oleh

wanita ; lalu sebagai respond Rasulullah SAW menyebut seperti hadith di atas. Ini

jelas menunjukkan bahawa konteks hadith di atas adalah ditujukan kepada persoalan

kepimpinan negara bagi wanita.

Bagi menjelaskan topik ini, perlu disedari bahawa bentuk kepimpinan dalam sebuah

negara Islam dibahagi kepada :-

48. Riwayat al-Bukhari (Kitab al-Maghazi dan Kitab Fitan), al-Tirmizi dalam bab Fitan, An-Nasa’ie bab Qadha (kehakiman) dan Riwayat Ahmad. Bagaimanapun terdapat perbezaan lafaz serba sedikit, tetapi makna yang sama.

27

Page 28: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

1) Wazarah at-tafwid (التفويض) yang membawa maksud kepimpinan yang

menentukan dasar atau mereka yang dilantik oleh Imam untuk melaksanakan

tugas pentadbiran dengan kebijaksanaannya dan ijtihadnya 49 . Kepimpinan

Tafwid memegang bahagian :

Wilayah al-Mazalim (tugasnya mengambil tindakan ke atas pemerintah,

pegawai tinggi kerajaan yang tidak termasuk dalam bidang kuasa mahkamah

biasa).

Wilayah al-Jihad (Berperanan dalam bidang ketenteraan).

Wilayah al-hisbah (menjaga kewajiban amar makruf nahi mungkar samada

berkaitan pemerintah atau rakyat).

Berhak menjalankan tugas perlaksaan sesuatu dasar.

Berhak mewakili kepimpinan utama.

Berhak mendapat kebajikan sebagaimana yang diperolehi oleh ketua negara.

Tetapi mereka tidak mempunyai hak dalam bidang :

1. Wilayah al-‘ahd iaitu kuasa ‘melantik’, mereka tidak mempunyai kuasa

melantik seseorang lain bagi melaksanakan urusan khalifah.

2. Kuasa mengampun.

3. Hak menyingkir individu yang dilantik sebagai khalifah.

Contoh semasa di Malaysia bagi kepimpinan ini adalah Perdana Menteri, Presiden,

Ketua Hakim atau Hakim, Menteri-menteri yang memegang dasar dan

menjalankan tugas yang diberikan oleh Perdana Menteri menurut ijtihad dan

pemikirannya termasuk juga Menteri Besar (menurut ijthad adalah dalam perkara

49. Al-ahkam as-Sultaniyyah, al-mawardi, hlm 33

28

Page 29: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

ijtihadiyah atau tidak mempunyai dalil yang qat’ie). Menurut Al-Mawardi juga

wazarah (kementerian) ini terbahagi kepada dua:

i. Wazarah Tafwid ‘Ammah

ii. Wazarah Tafwid Iqlimiah (yang bertanggung jawab dalam pentadbiran

sesebuah iqlim) iaitu seperti menteri besar di sesebuah negeri)

2) Wazarah at-tanfiz (التنفيذ ) iaitu kepimpinan yang melaksanakan dasar yang

telah ditentukan, mereka cuma mempunyai kuasa dalam mempelbagaikan kaedah

perlaksanaan kepada dasar tadi tapi tidak dalam mengubah polisi. Mereka menjadi

orang tengah di antara rakyat dan pemerintah 50. Contoh semasa seperti Ketua

Setiausaha Kementerian, Setiausaha Parlimen, Pegawai Daerah, Ketua Jabatan-

jabatan Kerajaan.

STATUS WANITA SEBAGAI PEMIMPIN MENURUT PARA ULAMA

Imam Al-Mawardi r.a 51 (450 H) menjelaskan jawatan seperti Perdana Menteri atau

juga menteri ketenteraan adalah tidak dibolehkan bagi wanita serta tidak sesuai

dengan kemampuan sifat mereka terutama apabila melibatkan ketenteraan. Beliau

juga menyenaraikan sifat ‘lelaki’ sebagai salah satu daripada 10 syarat kepada

kepimpinan di peringkat ‘tafwid’ tetapi tidak di peringkat ‘tanfiz’.

Menurut Imam Hasan Al-Banna 52, wanita tidak dibenarkan menjawat apa-apa

jawatan di wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti kepimpinan ketenteraan

50. Al-Ahkam as-Sultaniyyah, hlm 3651. Ibid, hlm 22 52. Fiqh Siyasah ‘inda Al-Imam Hasan Al-Banna, Dr Muhd Abd Qadir Abu Faris

29

Page 30: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

(wilayah jihad), wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan

lain-lain bentuk umum. Selain dalil-dalil biasa dari Al-quran dan al-Hadtih, beliau

juga berdalilkan ijma’ amali yang menunjukkan bahawa sejak zaman Rasul SAW,

baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum di kalangan wanita dan hal ini

berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam Uthmaniyyah. Malah Rasulullah SAW

dan para sahabat juga tidak pernah melantik ahli kenggotaan syura ( ahl al-hal wal aqd

) dari kalangan wanita.

Dr. Abd Qadir Abu Faris (Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin Jordan sekarang) juga

berpandangan seperti Imam Hasan Al-Banna. Beliau menguatkan pandangan Imam

Hasan dengan membawakan persitiwa Bai’ah Aqabah Kedua dimana Rasulullah

SAW telah memilih 12 orang ketua dan tidak pun melantik wanita sekalipun mereka

hadir berbaiah. Begitu juga ketika Rasul SAW menghimpun sahabat dalam

memutuskan keputusan dalam peperangan Uhud, Ahzab, “Fath Makkah” , Perang

Hunain dll, Rasul tidak pun meminta pandangan dari kaum wanita. Dr. Abd Qadir

bukan sahaja tidak menyetujui kepimpinan wanita di peringkat tafwid malah juga

pringkat tanfiz. 53.

Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai

pandangan yang sedikit berbeza, beliau berpandangan bahawa dalam konteks

kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang

kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri dengan beberapa syarat.

Antara hujjah Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dan mereka yang mempersetujui keharusan

ini adalah seperti berikut :-

53 An-Nizom As-Siyasi Fil Islam, hlm 335

30

Page 31: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

1. Kisah kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan

sebagai seorang pemimpin wanita tertinggi negara yang berwibawa serta mampu

membawa kaumnya kepada kebaikan dunia akhirat. Firman Allah SWT:

النمل ( : تأمرين ماذا فانظري إليك واألمر شديد بأس وأولوا قوة أولوا نحن )33قالوا

: النمل ( العالمين رب لله سليمان مع وأسلمت نفسي ظلمت إني رب )44قالت

Mafhum : Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami

serahkan urusan ini kepdamu ( ratu balqis) …” berkatalah Balqis “ Demi Tuhanku

sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhdp diriku nescaya kini aku akan beriman

kepada Allah bersama Nabi Sulaiman” ( An-Naml 33 dan 44)

2. Mempertikai sifat umum pada hadith riwayat Bukhari tadi dengan hujjah :

a. Beliau menyatakan bahawa perkara menggunakan umum hadith untuk

melarang kepimpinan dari kalangan wanita adalah tidak disepakati sepenuhnya.

Selain itu, sekiranya ia diambil dengan pengertian umum lafaz sahaja maka akan

bertentangan dengan kisah tawladan Ratu Balqis sebagai pemimpin tertinggi yang

berjaya. Ratu Balqis digambarkan oleh Allah sebagai berkata :

) تشهدوني حتى أمرا قاطعة كنت ما أمري في أفتوني المأل ياأيها )32قالت

Mafhum : “Wahai pembesar berikanlah pandangan kepadaku dalam urusan ini, aku

tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat

dan mempersetujuinya” ( An-Naml 32)

31

Page 32: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

b. Mengambil kaedah fiqhiyyah محكمة dan bersandarkan kepada fiqh العادة

waqi’ , reality hari ini kebanyakan wanita menyumbang kebaikan yang banyak untuk

negara malah adakalanya lebih daripada lelaki, bahkan mereka juga ada yang lebih

berkelayakan dari pelbagai sudut berbanding lelaki. Ini bermakna, kita perlu

memahami hadith dan sunnah fi’liyah Rasulullah SAW berdasarkan ‘mulabasat’ atau

suasana zaman dan kemampuan wanita ketika itu. Hasilnya, Al-Qaradhawi seolah-

olah cuba memberi isyarat di sini, bahawa isu hukum kepimpinan wanita adalah isu

furu’ yang boleh berubah menurut peredaran zaman, apa yang penting adalah syarat

KEMAMPUAN DARI PELBAGAI SUDUT tanpa menjadikan JANTINA SEBAGAI

PUNCA PERBEZAAN UTAMA DAN KELAYAKAN.

3. Hadith tadi juga memberi kefahaman bahawa ketika wujudnya Khilafah

Islamiyyah, wanita memang kelihatan amat kurang sesuai menjadi imamah uzma

iaitu khalifah walaupun di ketika zaman ini. Hal ini sememangnya disepakati

larangannya, tetapi selepas ketiadaan khilafah tahun 1924 M, sebahagian ulama’

telah meng‘qias’ kan kepimpinan ratu Balqis sebagai Presiden yang punyai kuasa

dalam memberi persetujuan terhadap sebarang pelaksanaan dasar. Justeru, dalam

ketiadaan khilafah, negara-negara umat Islam hanyalah bertaraf seperti Gabenor di

wilayah yang terhad. Sehubungan dengan itu, wanita boleh memegang jawatan

menteri, Qadhi atau lain-lain.

4. Dalam masyarakat di bawah system demokrasi hari ini, apabila wanita dilantik ke

jawatan kementerian, Parlimen, Pentadbiran atau lainnya, ia tidak bermakna ia

memegang jawatan ini secara veto, hakikatnya ia adalah kepimpinan secara kolektif,

32

Page 33: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

yang mempunyai sebuah institusi dalam menentukan tindakan. Justeru, menurut al-

Qaradhawi, ia tidak bertentangan dengan Hadtih walau menurut apa jua tafsiran.

Prof Dr. Mohammad Hashim Kamali (UIA) pula berpandangan wanita dibenarkan

memegang apa-apa jawatan kecuali Perdana Menteri dan jawatan hakim. Manakala

jawatan-jawatan lain seperti gabenor, wilayah hisbah, wilayah mazalim adalah

perkara yang diperselisihkan antara ulama’. 54

Al-Imam As-Syawkani (1255 H) di dalam Nailul Awtar menyatakan selain hadith di

atas yang menjadi dalil tidak harus wanita memegang tampuk tertinggi pemerintahan,

fuqaha’ juga berdalilkan satu hadith lain iaitu Mafhumnya :

Dari Buraidah dari Nabi SAW : “Qadhi (hakim) itu tiga, satu di dalam syurga, dau

darinya di dalam neraka, maka mereka adalah lelaki yang mengetahui kebenaran

lalu menghukum dengan nya,…..” ( Riwayat Ibn Majah, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie

dan al-Hakim 55)

Lafaz kalimah “Qadhi” ( kalimah khas untuk lelaki sahaja dalam bahasa arab) yang

diguna di dalam hadith ini membuktikan jawatan qadhi dan hakim terhad hanya untuk

kaum lelaki, demikian juga pemerintah.

KESIMPULAN PENULIS

54. Freedom, Equality and Justice In Islam, hlm 89 55 Nailul awtar, As-Syawkani, 8/617, cet : Dar al-Fikr

33

Page 34: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Demikianlah serba sedikit perbezaan pandangan para ulama’ Islam dalam

menentukan kedudukan wanita di peringkat tertinggi, ia adalah berpunca daripada

perbezaan pandangan mereka dalam menentukan kaedah terbaik dalam menjaga

maslahat umat, sebagai kesimpulan, penulis berpandangan seperti berikut :-

1) Urusan pendidikan anak-anak, adalah terlalu amat penting sebenarnya. Ia

hakikatnya satu medan yang sangat sesuai dengan fitrah wanita. Justeru sekiranya

wanita yang berkelayakan ini memimpin institusi keluarga, dan lelaki yang

berkelayakan pula memimpin sebuah negara dan rakyatnya, inilah bentuk ideal

dan menurut Islam, sunnah Rasul SAW dan tepat pula menurut hukum logik aqal.

Tambahan pula lelaki secara semulajadi cukup sesuai untuk menanggung tugas

tersebut jika diteliti dari sudut tenaga, mental dan fizikal mereka, manakala

wanita pula sememangnya sangat sesuai untuk memimpin institusi keluarga

bersendikan seni halus mereka, terutamanya apabila kepada kemampuan fizikal

yang terhad, serta maruah sebagai wanita yang sangat mudah tercemar dan

dicemari, lalu amat sesuai kiranya difokuskan ke bidang tersebut, dan sekiranya

antara dua bidang (keluarga oleh wanita dan rakyat oleh lelaki) ini gagal dijaga

dengan baik maka sudah tentu negara amat sukar memperolehi kebaikan.

Bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga

WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar,

mungkin hampir menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh

terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga

terlalu berhasrat menjaga negara sedangkan anak-anaknya menjadi perosak

Negara akibat terlepas dari jagaan yang terbaik.

34

Page 35: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

2) Isu halangan wanita dari menjadi pemimpin tertinggi adalah merupakan perkara

cabang yang dibenarkan untuk berijtihad dalam menentukan hukumnya, Jika

dilihat daripada umum lafaz hadith, menurut jumhur ulama’ usul fiqh (kecuali

menurut ulama’ Hanafiah), lafaz umum ini membawa ‘Dalalah Zanniyyah’, maka

adalah harus untuk berikhtilaf dalam menentukan hukumnya, ini bermakna

pendapat ulama yang melarang tidaklah bersifat qat’ie (putus) 56.

3) Menurut pengamatan penulis terhadap hujjah Dr Yusoff Al-Qaradhawi, ia

kelihatan agak kukuh dan lebih sesuai menurut suasana hari ini, di samping

ternyata ia adalah hasil kefahaman mendalam terhadap Ruh Tasyri’ serta tidak

jumud di hadapan lafaz nusus. Justeru penulis menyokong pandangan yang

membenarkan wanita menjadi pemimpin dengan syarat-syarat tertentu. Antara

syarat yang diletakkan oleh beliau adalah (dan setengahnya adalah tambahan

penulis) :-

a- Dr. Yusof al-Qaradhawi menyatakan syarat kepimpinan wanita, adalah

mereka tidak gagal dalam mentadbir anak-anak hinggakan beliau meletakkan

umur sekitar 45 ke atas adalah umur yang sesuai.

b- Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut

pada ketika tersebut.

c- Pemimpin wanita ini mestilah tidak membuat keputusan secara peribadi dalam

memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara

kolektif dan syura bersama pemimpin pelbagai peringkat.

d- Wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan sudah tentu akan berlaku

percampuran yang banyak dengan kaum lelaki maka, menjadi kewajiban

56 Rujuk Al-Ihkam fi usul al-Ahkam, Syeikh Saifuddin Al-Amidi

35

Page 36: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti

menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian berdasarkan hadith :-

زانية "“ عين وكل زانية فهي ريحها ليجدوا قوم على فمرت استعطرت امرأة أيما

Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian lalu keluar rumah dan lalu di

hadapan satu kaum (lelaki) dengan sengaja untuk menarik perhatian mereka,

maka dosanya adalah seperti dosa zina” 57

e- Mendapat kebenaran suami untuk berbuat demikian.

Apapun, kesesuaian persekitaran merupakan faktor penting dalam menentukan

keharusan wanita samada dalam menjadi pemimpin (bukan peringkat tertinggi dan

bukan qadhi, hakim – menurut sesetengah ulama), calon, ahli parlimen dan

sebagainya, kerana WALAUPUN IA BOLEH DIKATAKAN HARUS PADA

ASASNYA, tetapi ia mungkin menjadi haram kerana sebab-sebab luaran yang

mendatang, ia disebut ‘Haram Li Ghairihi’ di dalam ilmu Usul Fiqh. Penulis juga

merasakan, meletakkan hukum yang umum merangkumi semua jenis wanita dalam

hal ini adalah kurang sesuai di waktu ini, sebaliknya keharusan tertakluk kepada

kriteria syarat-syarat yang ditetapkan.

Adakah Wanita Boleh Berpolitik, Menjadi Calon dan seumpamanya?

Menurut pandangan Al-Qaradhawi dalam Min Fiqh ad-dawlah Fil Islam, dibenarkan

bagi wanita untuk keluar rumah (syarat dengan redha suami jika sudah bersuami dan

ayah jika belum) dengan syarat menjaga adab dan malu, serta memakai pakaian yang

menutup aurat serta tidak memakai perhiasan seumpama golongan Jahiliyyah.

57. Riwayat At-Tirmidzi, no 2786 ; Ibn Hibban , no 4424 ; Ibn Khuzaimah , no 1681 ; Hadith bertaraf Hasan Sohih menurut Imam At-Tirmidzi, Shohih menurut Ibh Hibban dan Ibn Khuzaimah , Syeikh Syu’ib mengakui kekuatan sanad hadith, Hadith bertaraf Hasan menurut Syeikh Albani.

36

Page 37: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Ummul mukminin Saidatina A’isyah ra, selaku isteri nabi yang paling cekap di

dalam hal ehwal fiqh serta merupakan wanita terbanyak yang meriwayatkan hadith

Nabi SAW telah di riwayatkan bahawa beliau telah keluar dari rumahnya di Madinah

untuk bermusafir ke Basrah, bagi mengetuai bala tentera, bersamanya sahabat-sahabat

besar termasuklah 2 orang sahabat yang dijanjikan syurga iaitu Talhah dan Zubair al-

awwam, mereka berdua juga merupakan calon khalifah yang diletakkan oleh Khalifah

Umar ra. Dalam hal ini, jelas bahawa A’isyah keluar berdasarkan maslahat umat

Islam, lalu tindakan ini sudah tentu menggambarkan betapa wanita dibenarkan

berperanan tetapi dalam batas-batas yang dijaga. Maka dalam hal keluar untuk

berdakwah, berpolitik untuk memenangkan kemaslahatan Islam sudah tentu itu juga

mempunyai alasan dan menepati maksud syarak.

Manakala dalam bab wanita menjadi calon, asasnya adalah dibenarkan sebagaimana

hujjah-hujjah di atas. Dalam hal ‘ijtihadiyyah’ ini dan keadaan semasa yang

mengizinkan wanita untuk menjadi calon, maka adalah sewajarnya wanita dapat

memainkan peranan dalam bidang ini. Terutamanya dalam keadaan masa begitu

ramai wanita-wanita terpelajar yang keliru dan ragu akan hak yang diberikan oleh

Islam terhadap kaum Hawa. Kita bimbang, kejumudan ijtihad serta taqlid hukum

tanpa meninjau keperluan semasa dalam perkara yang termasuk maslahah mursalah

akan menjauhkan manusia dari Islam.

Imam Al-Qarafi al-Maliki mengingatkan umat Islam bahawa hukum ijtihadi

bertukar menurut zaman dan masa, bersesuaian dengan maslahat untuk Islam di

zaman tersebut, kejumudan akan membawa kesesatan dalam agama 58, lalu dengan

58. Al-Furuq, Imam al-Qarafi, jld 1, hlm 118

37

Page 38: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

berdalilkan ‘maslahat mursalah’, dan ‘maslahat muktabarah’ wanita seharusnya

dibenarkan mengetuai sekelompok masyarakatnya dalam bentuk penampilan yang

diterima syarak dan jalan pelaksanaan tugas yang dibantu oleh kaum adam. Hal

perubahan hukum dengan perubahan maslahat juga ditegaskan oleh Imam Ibnu

Qayyim 59 dan Az-Zaila’ie al-Hanafi 60.

Malah, di bidang pekerjaan juga, wanita diberi hak untuk turut serta, tetapi dengan

beberapa syarat (malah lelaki juga dikenakan syarat-syarat) seperti agar menjaga

tatasusila sebagai sebagai seorang wanita muslimat serta tidak menyalahi syarak dari

sudut. Bagaimanapun, yang menjadi masalah hari ini adalah majoriti wanita yang

keluar bekerja TIDAK MENJAGA ADAB MUSLIMAH, maka dalam keadaan

tersebut pandangan yang melarang adalah lebih wajar diambil bagi menjaga maslahat

yang lebih besar, walaupun ia pasti menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan

wanita. Ini bermakna hukum ini berubah mengikut sejauh mana seseorang wanita itu

mampu menjaga hak Allah SWT (yang berupa hukum-hukum) dan juga hak

suaminya. Wallahu ‘alam.

ii. Hak Bukan Islam di dalam negara Islam

Hak mereka yang tidak beragama Islam di dalam sebuah negara yang mendawlatkan

hukum-hakam Islam adalah seperti berikut secara ringkas 61 :

i. Dipelihara daripada permusuhan dari luar negara.

ii. Dipelihara daripada kezaliman dalam negara.

59. ‘A’lam al-Muwaqqi’ien, Ibn Qoyyim, jld 1, hlm 19660. Tabyin al-haqaiq, Az-Zaila’ie , jld 161. Ahkam ahli Zimmah, Ibnu Qayyim, juga kitab Ghairal Muslimin fi mujtama’ al-Islam, oleh Dr Yusof al-Qaradhawi, juga kitab Sistem Pemerintahan Negara Islam Hj Abd Hadi Awang

38

Page 39: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

iii. Dipelihara darah dan tubuh mereka dari disakiti.

iv. Dipelihara harta benda mereka.

v. Dipelihara maruah mereka.

vi. Diberi hak kebebasan beragama dan mengamalkan agama mereka.

vii. Diberi hak kebebasan dalam kerjaya.

viii. Diberi hak memegang jawatan dalam negara.

ix. Jaminan penunaian hak-hak yang tersebut di atas.

x. Jaminan mendapat pengadilan seadilnya di dalam bidang kehakiman

serta tidak dikenakan hudud kecuali apabila diminta dengan rela mereka

sendiri.

Manakala kewajiban mereka di dalam sebuah negara kebajikan Islam :

i. Membayar cukai jizyah (cukai perlindungan diri menurut kadar

kemampuan diri– seperti zakat bagi umat Islam) dan kharaj (cukai harta ke

atas tanah atau cukai tanah).

ii. Redha dan iltizam dengan hukum-hakam Islam dalam bidang urus niaga

dan yang berkaitan kepentingan bersama terhadap negara dan masyarakat.

iii. Menghormati syiar-syiar Islam dan perasaan umat Islam.

Mereka yang dibenarkan menjadi ahli zimmah adalah Yahudi, Nasrani, Majusi

menurut ittifaq ulama’ berdalilkan ayat ke 29 surah at-taubah. Manakala orang-orang

Murtad dibatalkan kerakyatannya dan tidak diterima menjadi ahli zimmah, jalan

keluar bagi mereka hanyalah kembali kepada Islam. Manakala golongan kafir yang

lain seperti as-sobi’in, Musyrikin, Dahriyyah (atheis) dan lain-lain, terdapat ikhtilaf di

kalangan ulama’ tentang status mereka 62.

62. Sistem Pemerintahan Negara Islam, Ab. Hadi Awang, hlm 208

39

Page 40: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Adakah Kafir Dzimmi dibenarkan menjadi pemimpin?

Harus bagi kafir dzimmiyy dalam sesebuah pemerintahan Islam untuk memegang

tampuk kepimpinan selain kepimpinan peringkat Tafwid. Bagaimanapun mestilah ia

mempunyai kelayakan yang cukup untuk tugas yang bakal diberikan. 63 Mereka juga

dibenarkan untuk menjatuhkan hukuman di antara kumpulan bukan Islam dengan

syarat ia mempunyai kelayakan, walaupun demikian menurut Prof Dr Salam

Madkur di dalam kitabnya al-Qadha Fil Islam mereka tidak dibenarkan

menjatuhkan hukuman kiranya ia berkaitan dengan urusan Muslimin.

ISLAM DAN DEMOKRASI

Persoalan semasa yang setersunya adalah berkisar berkenaan Demokrasi iaitu adakah

Islam menerima demokrasi atau ia bertentangan dengan Islam secara total?

Sebuah Hadith menyatakan :

بها أحق فهو وجدها فحيث المؤمن ضالة الحكمة

Mafhum : “Kebijaksanaan adalah seperti barang tercicir bagi umat Islam, lalu

dimana muslim menjumpai kebijaksaan, maka mereka yang paling layak untuk

mengambilnya” 64

63. Al-Ahkam As-Sultaniyah, Al-Mawardi, hlm 20 ; Ma’alim Ad-Dawlah Islamiyyah, Dr Md Salam Madkur hlm, 10464. Riwayat At-Tirmidzi, no 2687 ; Hadith ini lemah dari sudut sanad ; Syeikh Nasirudin al-Albani menyatakan bahawa hadith ini sangat lemah ; bagaimanapun menurut Al-Qaradhawi, maksud hadith adalah tepat dan disokong oleh dalil-dalil shohih dari al-quran dan hadith lain. Justeru, ini boleh dipegang (Lihat : Thaqafatuna ; Bayna al-Infitah wal Inghilaq , hlm 41)

40

Page 41: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Islam sentiasa berpendirian terbuka dalam setiap pekara-perkara baru, penelitian yang

terperinci akan dilakukan bagi memastikan adakah ia terkandung dalam bidang

hukum haram, halal, harus atau sebagainya. Antara dalil sokongan yang membuktikan

bahawa Islam menuntut penelitian dan penerimaan dibuat terhadap sesuatu idea baru

(sebelum menerima dan menolaknya), walaupun ia datang dari luar Islam adalah

seperti berikut :-

1) Pengakuan dan pengesahan Nabi SAW terhadap anjuran Syaitan kepada Abu

Hurairah r.a agar membaca Ayat Kursi bagi mengelakkan diri dari gangguan

Syaitan. Nabi bersabda : الشيطان ذاك كذوب وهو صدقك

Ertinya : “Ia telah berkata benar, pdahal ia terlalu amat banyak berbohong ,

itulah Syaitan” 65

Saidina Ali KW pula pernah berkata : “Ilmu adalah barang hilang dari mukmin,

ambillah ia walau dari si musyrik “ 66

2) Kisah Nabi Allah Sulaiman yang menerima maklumat dari burung Hud Hud 67

dan lain-lain.

Justeru, dalam masalah sistem pemerintahan cara demokrasi yang merupakan kaedah

pemerintahan yang sangat meluas kini. Sebarang penerimaan atau penolakkannya

mestilah merujuk kepada intipati system tersebut. Berikut adalah perbincangan

ringkas mengenainya:

CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA

1) Pemerintah dari kalangan rakyat.

65. Riwayat al-Bukhari , no 3101 66. Riwayat Ibn Abd Barr, Jami’ Bayan al-Ilm , 1/12167. Surah an-Naml : ayat 20-22

41

Page 42: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Asas ini diterima oleh Islam sebagaimana Sabda Nabi SAW :

أئمتكم وشرار عليكم ويصلون عليهم وتصلون ويحبونكم تحبونهم الذين خيارأئمتكم

تبغضونهم الذين

يلعنونكم و وتلعنونهم ويبغضونكم

Mafhum : Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan

mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga

mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan

mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu”

(Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan hadith 68 :

).. .. له وهم قوما أم رجل أولهم وذكر شبرا روؤسهم فوق صالتهم ترتفع ال ثالثة

ماجه) - إبن رواه كارهون

Mafhum : “Tiga kumpulan yang tidak diangkat solatnya walapaun sejengkal di atas

kepala mereka, …disebut pertamanya, lelaki yang mengimamkan kaum, dalam

keadaan kaum membencinya”

Jelas dari hadith tadi, Islam juga menitik beratkan kepimpinan rakyat yang disukai

oleh rakyat, justeru realiti semasa bagi mengetahui kesukaan rakyat kepada seseorang

pimpinan adalah melalui kaedah pengundian.

2) Pemerintah bekerja untuk rakyat.

68. Al-Bushairi berkata di dalam ‘al-zawaid’: sanadnya shahih dan para rijalnya thiqah, juga riwayat Ibn Hibban. Diriwayatkan dr Ibnu Abbas ra

42

Page 43: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Pemerintah bekerja untuk kebaikan rakyat. Ciri ini juga telah diterima oleh Islam

sebagaimana konsep kepimpinan dalam Islam, dimana pemimpin hakikatnya menjadi

petugas yang bersusah payah bagi kebaikan rakyat. Di sebut di dalam sebuah Hadith :

خادمهم القوم سيد

Mafhum : “Pemimpin kaum adalah org yang berkhidmat (khadam) bagi kaum.” 69

Khalifah Abu Bakar as-siddiq, berkata : Wahai manusia, aku bekerja untuk

keluargaku maka aku mencari penghasilan untuk makanan mereka, sekarang aku

bekerja untuk kamu, maka tetapkanlah buatku dari Baitul Mal kamu” 70

Khalifah Uthman ra juga pernah menegaskan bahawa : “ Urusan aku adalah menuruti

urusan kamu”

Abu Muslim al-khawalani, seorang faqih tabi’ein masuk menemui Muawiyyah ra. lalu

berkata :

األج أيها عليكم ريالسالم

Mafhum : “Asallamualaikum wahai org gaji”

Malah pemimpin Islam bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya dengan

memberikan bantuan apabila mereka dalam kesusahan sebagaimana firman Allah

dalam ayat 33, Surah al-maidah. Malah kewajiban utama para pemimpin Islam adalah

memberikan nasihat-nasihat keagamaan terhadap rakyatnya sebagaimana disebut di

dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang masyhur. Tugas mereka juga adalah

69 Misykatul al-Masabih, At-Tabrizi , no 3925 ; Kanzul ‘Ummal, Al-Muttaqi Al-Hindi , no 17516 ; Tarikh Bagdad, Al-Khatib, 10/187 ; Arbai’en as-Sufiyyah, Abu Nuaim ; Kasyful Khifa’ , Al-‘Ajlouni , 1/561 ; Albani mengatakan hadith ini Dhoif, ms 48770. Musykilatuna al-Dakhiliyyah fi Dhaw I al-Nizam al-Islami, Imam Hasan al-Banna, Darul Andalus, Beirut, hlm 360

43

Page 44: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah keburukan dunia dan akhirat

dari menimpa rakyatnya.

Sabda Nabi SAW :

: ( ) : رعية الله استرعاه عبد من ما يقول ص النبي سمعت قال يسار بن معقل عن

يحطها فلم

الجنة رائحة يجد لم إال بنصيحة

Mafhum : “Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa

pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat Islam (kepada rakyatnya)

kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) 71

Sebuah hadith lagi menyebut : ملوكهم دين على الناس

Ertinya : “Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin

mereka” 72

Cuma perbezaan terzahir jika dilihat dari cara kerja pemimpin dalam sistem Islam dan

demokrasi. Pemimpin dalam system Islam bekerja untuk rakyat kerana Allah

manakala pemimpin demokrasi tidak bekerja untuk Allah pada konsep asalnya tetapi

bebas menurut pengamal demokrasi tersebut.

3) Suara majoriti adalah terpakai.

71. Riwayat Bukhari dan Muslim, Lihat al-Lu’lu’ wa al-Marjan no 1200 hlm 469 72. Al-Asrar al-Marfu’ah , Ali al-Qari , hlm 367

44

Page 45: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Asalnya Islam tidak meletakkan suara majority sbagi pemutus dalam semua pekara. Ia

tidak tepakai dalam perkara-perkara thawabit 73. Ia tidak boleh berubah menurut

zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti dilakukan serta tiada ruang ihtimal.

Manakala perkara mutaghayyirat adalah perkara dr Nusus Zanniyyah seperti Nas

umum (menurut jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara

ijtihadiyyah dan baru 74. serta perkara-perkara bersifat strategi kepimpinan dan politik

yang tiada nas qati’e.

Firman Allah SWT :

هم وإن الظن إال يتبعون إن الله سبيل عن يضلوك األرض في من أكثر تطع وإن

يخرصون إال

: )116األنعام(

Mafhum : “Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mereka

akan menyesatkan kamu, mereka tiada menurut kecuali sangkaan…” ( Al-

An’am :116)

Justeru, Islam menerima suara majority dalam hal ‘mutaghayyirat’ tetapi dengan

syarat-syarat tertentu, menurut keadaan dan maslahat seperti hanya undian di

kalangan ‘ ahl al-hal wal al-‘aqd ’ 75 atau dalam menentukan bentuk-bentuk tindakan

dan bukannya bersifat hukum. Juga dalam urusan melantik pimpinan atau juga

urusan kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh raya dan menetapkan cukai tol.

73. Ia adalah perkara2 yang dinaqalkan secara qat’ie dr nusus al-quran dan sunnah serta thabit dengan ijma’ seperti perkara aqidah, ghaibiyyat, amar makruf nahi mungkar, menegakkan keadilan, menyebarkan ilmu, menjaga 5 perkara dharuriyat Islam dll. 74. Ia seperti mengumumkan peperangan, menentukan cukai, isytihar darurat, had tempoh Presiden,peraturan jalan raya, pembinaan kilang dsbagi. Begitu juga dalam hal menggunakan pilihanraya, demontrasi, dalam menegakkan dawlah Islam. Jelasnya ia tiada nas syarak yang melarang secara qat’ie. 75. Iaitu kumpulan berkelayakan seperti ahli majlis syura di zaman Nabi yang dilantik dr kalangan mereka yang berkelayakan ilmu dan pengalaman. Imam Hasan al-Banna meletakkan 3 kumpulan manusia yang layak menduduki jawatan ini iaitu Ulama’, Pakar dalam sektor awam dan ketua-ketua qabilah, kampung atau pemimpin kecil masyarakat.

45

Page 46: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam, cuma dalam ruang lingkup yang

terhad, ini kerana aqal manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuk

manusia, hanya Allah swt yang mengetahui kebaikan sebenar untuk manusia. Perlu di

ingat bahawa Allah tidak menafikan fungsi aqal dalam menentukan tindakan terhadap

perkara baru selagi mana tidak melanggar nas atau ‘maqasid syariat’.

4) Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.

Islam juga mengiktiraf kebebasan individu samada dalam menegur pemerintah,

kerjaya yang halal, beragama dan mengamalkan, pemilikan harta dan banyak lagi.

Bagaimanapun demi menjaga ketenteraman manusiawi samada rohani dan jasmani

maka kebebasan yang dianjur oleh Islam mempunyai batasannya. Secara ringkas

batasannya terkandung dalam 5 perkara dharuriyyat :

i. Aqidah : Bermakna disekat kebebasan bagi keluar atu menggugat aqidah Islam

samada murtad atau memerangi Islam. Juga tidak dibenarkan merosakkan aqidah

umat.

ii. Nyawa : Kebebasan Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh

diri, menyakiti individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang

sesama manusia tanpa sebab.

iii. Aqal : Kebebasan Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya

samada dengan meminum arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga

bebas melihat atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aqal.

46

Page 47: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

iv. Keturunan/Maruah: Kebebasan Islam juga tidak membenarkan mencabul

kehormatan sesama manusia, tidak juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa

saksi, mengumpat, memfitnah, dan mencari-mancari kesalahan manusia.

v. Harta : Kebebasan Islam tidak membenarkan merampas harta, curi,

rompak, memeras, menipu, menindas secara riba dan seumpamanya.

Lalu, secara teori umum, Islam menerima kaedah ini tapi diperincikan bersama

pengecualian-pengecualian demi kemaslahatan manusia.

5) Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak

menjatuhkannya.

Item ini jelas, bertepatan dengan Islam, ia bertitik tolak dari kepimpinan adalah

amanah dan tangung jawab, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat.

Rasulullah sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa

persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan

kubu terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran suad dalam kes

ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak lagi.

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu

Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur76:

... الله أطعت ما أطيعوني و فأعينوني أحسنت فإن بخيركم ولست عليكم وليت

ورسوله

عليكم لي طاعة فال الله عصيت فإذا

76. Turuq hukmiyah, Ibnu Qayyim dan Kanzul Amwal, Abu Ubaid al-Qasim hlm 11

47

Page 48: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Mafhum : “Sesungguhnya aku hanya dilantik dr klgn kamu, bukanlah aku yang

terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku,

taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku

menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku”

Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik

atau diktator. Sabda Nabi SAW 77:

( الموصلي ( يعلى أبو رواه جائر إمام القيامة يوم عذابا الناس أشد

Mafhum : “Sekeras2 manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adlh pemimpin

yang zalim”

Bagaimanapun rakyat yang ingin menegur pimpinan negara Islam seeloknya menjaga

adab-adab teguran yang sesuai tetapi jika ia tidak diendahkan, Islam membenarkan

pimpinan tersebut diturunkan kerana ia dianggap kepimpinan negara Islam yang

menyeleweng, demikianlah pandangan Syeikh Sa’id Hawwa di dalam kitabnya

Jundullah hlm 380. Beliau juga menambah bahwa proses menurunkan perintah itu

boleh dibuat secara aman. Prof. Dr. Muhd Salam Madkur78 menegaskan adalah

suatu kewajiban untuk menurunkan pemimpin fasiq dengan syarat kita mempunyai

bukti tentang kefasiqan serta pemimpin tersebut tidak lagi boleh diberi nasihat.

Demikian juga pandangan Imam Abu Hanifah79, Imam al-Qurtubi80 , Imam Abu

Hamid al-Ghazali81 (505 H) , Imam as-Syawkani82 (1255 H) dan Dr. Yusoff Al-

77. Minhaj as-Solihin, hlm 44478. Ma’alim al-Dakwah al-Islamiyyah, hlm 290. Beliau merupakan seorang Profesor di Universiti Kaherah suatu ketika dahulu.79. Abu Hanifah, Muhd Abu Zuhrah, hlm 9-1080. Al-Jami’ li ahkam al-Quran, jld 1, hlm 23281. Ihya’ ulumiddin, hlm 17982. Nailul awtar, Jld 7, hlm 185

48

Page 49: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Qaradhawi83. Manakala Abu Yu’la al-Farra al-hanbali84 menuruti pandangan

Imam Ahmad Hanbal yang tidak menentang dan menjatuhkan khalifah Makmun

dan Mu’tasim. Imam Al-Mawardi ( 450 H) menyebut dalam sesebuah negara Islam

yang menyeleweng seorang khalifah itu boleh diturunkan jika berlaku kezaliman dan

fasiq85.

Kata al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith soheh muslim, “Adapun

keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya (dengan senjata) adalah

haram dengan Ijma’ al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua

jelas terbukti didalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan?

Kata para ulama? :” Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah

kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka

menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.?

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: “ Sesungguhnya tidak

harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak

mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam. 86( Syarh Soheh Muslim oleh an-

Nawawi m.s. 540,552/jilid 12 cetakan dar al-khair beirut)

Ad-Dawudi pula menyebut: “yang menjadi pegangan para ulama, mengenai para

pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah

dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar” (Fath al-Bari

oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

83. Min Fiqh ad-Dawlah fil Islam, Dar as-Syuruq, Beirut, 1997, hlm 12684. Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Abu Yu’la al-Farra, Mustapa bab al-halabi, 1987, hlm 22 dan lihat juga Imam Ahmad Ibn Hanbal oleh Syeikh Muhammad Abu Zahrah85. Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Al-Mawardi, hlm 2786. Fathul Bari, Ibn Hajar Al-Asqolani, Dar Al-Fikr, Beirut, 14/498

49

Page 50: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Ibn ‘Atiyyah pula menyatakan : “As-Syura adalah prinsip syariah, mana-mana

pemimpin yang tidak ber’syura’ bersama ahli agama , maka menjatuhkannya adalah

WAJIB” 87

Maka kaedah Pilihanraya yang ada pada hari ini tanpa syak lagi, adalah suatu kaedah

yang berkesan untuk memecat pemimpin zalim dan mengabaikan tanggung jawab

Islam dengan aman, tanpa fitnah dan pembunuhan. Selain itu, wajib pula berusaha

mengubah kemungkaran melaluinya.

Rasulullah SAW juga telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan

sebagaimana hadithnya :

به الله ينفعك بحديث حدث الله أصلحك قلنا مريض وهو الصامت بن عبادة على دخلنا

وسلم عليه الله صلى النبي دعانا قال وسلم عليه الله صلى النبي من سمعته

ومكرهنا منشطنا في والطاعة السمع على بايعنا أن علينا أخذ فيما فقال فبايعناه

علينا وأثرة ويسرنا عندكم وأنوعسرنا بواحا كفرا ترو أن إال أهله األمر ننازع ال

برهان فيه الله )من الشيخان ( رواه

Mafhum : Kami telah berbai’ah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam

keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin)

lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut

kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’

(kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi allah (kami juga

berbai’ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah

kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. 88

87. Tafsir Al-Qurtubi, 4/24988. Riwayat al-Bukhori, no 7199, Muslim no. 1836

50

Page 51: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Jelas dari hadith di atas tahap untuk kesabaran dan tindakan yang perlu diusahakan

oleh individu Islam terhadap pemerintah mereka yang terang-terang melakukan

maksiat serta menggalakkannya.

Sikap Islam terhadap :

Pilihanraya

Ia adalah suatu proses meraih sokongan dan keyakinanan rakyat bagi membolehkan

seseorang pimpinan dipilih mengetuai sesebuah negara atau kawasan-kawasan

tertentu atau organisasi-organisasi tertentu. Islam melihat perkara ini kepada maqasid

atau maksud sesuatu pelaksanaan itu dibuat. Lalu dalam hal ini maksud pilihanraya

yang utama adalah proses melantik pimpinan yang diyakini rakyat. Sikap Islam

dalam hal ini adalah jelas menerima dan sememangnya Rasulullah di permulaan

dakwah juga melakukan kempen serta lobi bagi menerangkan kepada rakyat Mekah

malah luar Mekah agar meyakini baginda dan seterusnya menganut Islam.

Mengenai kaedah mengundi bagi urusan pilihanraya, ia juga diterima oleh Islam

memandangkan ia merupakan satu perkara baru dalam hal keduniaan serta tiada nas

qat’ie yang melarang, maka Islam tiada masalah dalam menerima kaedah baru ini

apatah lagi ia boleh di ‘qias’ kan dalam perkara KESAKSIAN. Firman Allah :

: الطالق ..( منكم عدل ذوى )2وأشهدوا

Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dr kalangan kamu”

51

Page 52: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Undi merupakan satu kesaksian rakyat terhadap penerintah yang dipilihnya dari sudut

Islam, kebaikan dan kelayakan si calon, dan Islam meletakkan pertimbangan undian

atau kesaksian tidak boleh kerana lain dr Allah sbagimn firman Allah :

يجعل الله يتق ومن اآلخر واليوم بالله يؤمن كان من به يوعظ ذلكم لله الشهادة وأقيموا

الطالق ( : مخرجا )2له

Mafhum : “Berikanlah penyaksian kerana Allah….”

Maka tidak boleh pula rakyat tidak keluar mengundi apabila berkemampuan

sebagaimana tidak harus saksi-saksi enggan memberikan penyaksian sbagimn firman

allah :

البقرة ( : عليم تعملون بما والله قلبه آثم فإنه يكتمها ومن الشهادة تكتموا )283وال

Mafhum : “Juganlah kamu enggan memberikan penyaksian, brgsp yang

menyembunyikannya maka berdosa hatinya …”

Amat jelas terang lagi nyata, sikap Islam dalam hal undian dan pilihanraya adalah

harus malah mungkin sampai ke tahap wajib menyertainya dan keluar mengundi

apabila keengganan itu boleh menyebabkan ketewasan calon yang bertaqwa dan ingin

melaksanakan Islam. Manakala sekiranya Islam memerintah, sistem tersebut boleh

diteruskan, cuma perlu diletak beberapa syarat dan panduan, insyaAllah ia akan

bertepatan dengan Islam sepenuhnya.

Demontrasi Aman

Imam Hasan al-banna pernah mengeluarkan arahan kepada semua cawangan Ikhwan

agar keluar berdemonstrasi dalam kes Perdana Menteri Mesir, al-Nuhas Baysa yang

52

Page 53: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

enggan langsung masuk campur dalam hal revolusi di Palestin. Ia dilakukan demi

memprotes sikap Nuhas dan kenyataannya yang melemahkan umat Islam Palestin.

Dari sudut Islam, demonstrasi aman adalah tidak lain seumpama ibadat haji. Bermula

di zaman Nabi, umat Islam berpakaian ihram (membuka sebelah bahu) sambil

melaungkan slogan2 membesarkan Allah, dan berlari-lari anak (3 pusingan pertama

sahaja), tidak lain hanyalah untuk membesarkan Allah dr segala sesuatu serta

menunjukkan kehebatan Islam. Qias dalam perkara ibadah yang ‘mempunyai logik’

(ma’qul al-ma’na) adalah harus menurut mazhab Syafie dan mazhab-mazhab lain. Hal

ini boleh dirujuk dengan lebih lanjut di dalam kitab Nihayat al-Sul Syrah Minhaj lil

Badhawi oleh Al-Qadhi Jamaluddin Al-Asnawi, di dalam Bab Qias

Maka jika maksud itu sama dalam siri-siri demonstrasi aman maka ia jelas diterima

Islam seperti demonstrasi menuntut pemerintah yang lupa agar kembali ingat kepada

Allah. Cuma pelaksanaannya sahaja yang perlu aman serta tidak mencederakan

sesiapa dan merosakkan harta benda. Sekiranya hanya berkumpul, tanpa senjata,

tanpa melakukan apa-apa kerosakkan tetapi hanya laungan slogan dan takbir yang

merupakan syiar kekuatan Islam, sudah tentu ia tidak bermasalah.

Ahli Parlimen & Konsep ‘Al-Hakimiah Lillah’

Ahli Parlimen adalah seorang pimpinan seumpama gabenor wilayah di zaman

khilafah Islam, Cuma bezanya ahli parlimen akan berkumpul di Dewan Rakyat bagi

mewakili rakyat dalam beberapa perkara:

i. Menggubal dan memperbahaskan undang-undang baru.

ii. Mengawasi undang-undang yang digubal.

53

Page 54: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Kedua-dua perkara tersebut adalah termasuk didalam tugas pemerintah di bawah

sebuah kerajaan Islam. Sudah tentu gabenor-gabenor wilayah akan bertindak sebagai

‘ahli al halli wal aqd’ iaitu kabinet utama khalifah. Tugasnya juga sama iaitu

menggubal undang-undang baru yang tidak ditentukan oleh Allah secara qa’tie dan

juga mengawasi undang-undang iaitu amar makruf nahi mungkar.

Cuma titik perbezaan ketara yang WAJIB DIFAHAMI ADALAH, Ahli Parlimen

yang ada hari ini mungkin bertindak menafikan ‘al-Hakimiyah Lillah’ iaitu

menafikan kuasa undang-undang utama dan asas adalah hanya dari ALLAH.

Inilah titik yang menyebabkan terdapat para ulama semasa yang mengharamkan

penyertaan pilihanraya. Bagaimanapun Al-Qaradhawi berijtihad menyatakan harus

menyertainya bahkan wajib jika dengannya boleh mengurangkan mudarat terhadap

Islam.. DENGAN SYARAT HANYA MENGAMBILNYA SEBAGAI ALAT,

TANPA REDHA DENGAN SISTEM INI, DAN SENTIASA BERUSAHA AGAR

DAPAT MENGUASAI SUASANA PARLIMEN AGAR TIDAK MENAFIKAN

HAK PERUNDANGAN MILIK ALLAH. 89

Syarat Hujjah Maslahat dalam Pentadbiran Politik Negara

Satu perkara yang menjadi ‘permainan’ utama beberapa kerat puak pemerintah

sekular, ketika berhadapan dengan hujjah kumpulan Islam, adalah dengan

menggunakan dalil Maslahat.

Maka secara ringkas, dinyatakan di sini beberapa syarat untuk beramal dengan

‘maslahat’ ;-

89. Min Fiqh Ad-Dawlah Fil Islam, Al-Qaradhawi, hlm 140

54

Page 55: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

Menurut Imam al-Ghazali beberapa syarat bagi membolehkan berhujjah dengan

masalahat adalah 90 :-

1) Ia mestilah bersifat umum, iaitu faedahnya untuk rakyat umum, bukan

sekelompok tertentu.

2) Ia mestilah bersifat pasti, dan bukannya agakan-agakan kosong dan andaian jauh

dan lemah.

3) Ia mestilah bersifat dharurat, iaitu keterpaksaan yang sekiranya ditinggalkan maka

membawa kerosakan terhadap 5 unsur dharuriyat secara pasti.

Manakala Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam

meletakkan ‘dhawabid’ berikut 91 :-

1) Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti

maslahat ukhrawi juga.

2) Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.

3) Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.

4) Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Prof Dr Said Ramadhan Al-Buti dalam tesis PhD nya yang mendapat tahap mumtaz

kepujian kelas satu, juga meletakkan beberapa syarat asas maslahat, ianya seperti

berikut 92 :-

1) Mestilah ia terkandung tujuannya dalam prinsip asas tujuan Syariat.

2) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat’ie Dalalah dari al-Quran.

90. Al-Mustasfa , Abu Hamid Al-Ghazali, hlm 29391. Al-Muwafaqat , As-Syatibi, 2/315, 318,32492. Dhawabid al-Maslahat, Dr Said Ramadhan Al-Buti, hlm 110-279

55

Page 56: Fiqh Siyasah Syariyyah

Fiqh Siyasah Syar’iyyah, Isu Kontemporari

3) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat’ie Dalalah dan thubut dari

Hadith.

4) Mestilah tidak bertentangan dengan Qias yang shohih.

5) Tidak menafikan Maslahat yang lebih utama darinya.

Demikianlah, perbincangan secara padat dan ringkas sebagai muqaddimah terhadap

tajuk yang panjang ini, malah ia berkait dengan pelbagai tajuk-tajuk kecil yang lain,

justeru, penulisan ini hanya mampu menumpukan beberapa aspek sahaja. Semoga ia

dapat dimanfaatkan oleh para pembaca bagi membuka jalan kepada perbincangan

yang lebih lanjut.

Segala yang benar dari Allah, yang silap adalah dari kelemahan diri dan gangguan

syaitan.

Sekian, Wassalam.

Kuala Lumpur

26 Ogos 2005

56