fitnah -abajid

4
FITNAH : SIFAT YANG MEROSAKKAN PERPADUAN Pernahkan anda nilai definisi dan maksud fitnah yang seringkali menjadi asam garam media hari ini? Pernahkah anda terfikir suatu hari nanti anda juga akan terkena fitnah yang halusnya ibarat virus di dalam sesebuah jasad? Pernahkah juga anda tahu tentang isu fitnah yang telah dihuraikan oleh ulama terdahulu lalu menjadikannya sebagai pengajaran dan modal perisai diri di akhir zaman ini? Apa-apapun jawapan anda, pasti persoalan hukum fitnah & kesannya adalah suatu yang diketahui umum. Bahawa fitnah itu hukumnya berdosa & kesannya sangat merbayaha. Syabas buat anda! Dari sini kita berbincang. Fitnah adalah perkataan arab yang asasnya merujuk kepada ujian. Fitnah juga pada bangsa melayu merujuk kepada perbuatan menyebarkan berita palsu. Kerana dengan dituduh sesorang itu sebenarnya sedang diuji. Justeru, fitnah yang tersebar pada hari ini merupakan ujian untuk kita semua. Sama ada ujian kepada mereka yang mnyebarkan fitnah mahupun ujian buat mereka yang difitnah. Inilah kehidupan yang disebutkan dalam pemulaan surah al-Mulk ayat kedua : "Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan ini untuk menguji kalian, siapakah dari kalangan kalian yang terbaik amalannya?" YANG TERBAIK AMALANNYA! Satu persoalan yang sangat menarik untuk dirungkaikan. Kerana pada hari ini mereka yang menyebar fitnah juga inginkan yang terbaik. Terbaik pada mereka ialah apabila orang yang difitnah itu mendapat balasan setimpalnya. Jika mereka pelajar maka sepatutnya mereka dibuang dari tempat pengajian, jika mereka pekerja maka sepatutnya mereka dibuang kerja dan jika mereka penduduk sebuah negeri yang sama dengan pemfitnah maka meraka (yang difitnah) sepatutnya dinyahkan dari negeri tersebut. Seolah-olah "IPT" atau "Syarikat" atau "Negara" tersebut milik mereka. { لاَ مَ عُ نَ سْ حَ ْ مُ كُ ّ يَ ْ مُ كَ وُ لْ بَ يِ لَ ! اةَ يَ حْ ل َ وَ ! تْ وَ مْ ل َ ! قَ لَ , خ يِ , ذَ ّ ل } ه وب ص صه و ل, خ : ي Namun, Imam Hassan al-Basri dalam menafsirkan ayat kedua surah al-Mulk ini beliau menyatakan bahawa yang terbaik itu ialah yang paling ikhlas amalannya dan yang paling betul amalannya. Ikhlas merujuk kepada niat atau tujuan amalan dulakukan manakala betul merujuk kepada teknik atau cara ibadah tersebut dilaksanakan. Maknanya, ia mestilah seperti apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Justeru, dalam melakukan apa jua ibadah kita haruslah meneliti 2 syarat utama ini iaitu: 1- keikhlasan 2- ketepatan (betul seperti yang diajarkan) Para pembaca yang budiman, Persoalan fitnah sangat berkait rapat dengan faktor-faktor asas sebelum fitnah bermula. Ia ibarat perencah sesebuah masakan atau lebih tepat ibarat zarah- zarah halus yang menghasilkan satu-satu virus. Faktor tersebut ialah: 1. kepercayaan 2. hasad dengki 3. kebencian

Upload: aba-jid

Post on 12-Nov-2015

3 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Fitnah atau ujian dalam kehidupan.Hidup ini penuh dengan ujian. Justeru, bagaimanakah caranya untuk memahami konsep fitnah dan ujian ini selaras dengan apa yang dipandu oleh agama.

TRANSCRIPT

FITNAH : SIFAT YANG MEROSAKKAN PERPADUAN

Pernahkan anda nilai definisi dan maksud fitnah yang seringkali menjadi asam garam media hari ini? Pernahkah anda terfikir suatu hari nanti anda juga akan terkena fitnah yang halusnya ibarat virus di dalam sesebuah jasad? Pernahkah juga anda tahu tentang isu fitnah yang telah dihuraikan oleh ulama terdahulu lalu menjadikannya sebagai pengajaran dan modal perisai diri di akhir zaman ini? Apa-apapun jawapan anda, pasti persoalan hukum fitnah & kesannya adalah suatu yang diketahui umum. Bahawa fitnah itu hukumnya berdosa & kesannya sangat merbayaha. Syabas buat anda! Dari sini kita berbincang.

Fitnah adalah perkataan arab yang asasnya merujuk kepada ujian. Fitnah juga pada bangsa melayu merujuk kepada perbuatan menyebarkan berita palsu. Kerana dengan dituduh sesorang itu sebenarnya sedang diuji. Justeru, fitnah yang tersebar pada hari ini merupakan ujian untuk kita semua. Sama ada ujian kepada mereka yang mnyebarkan fitnah mahupun ujian buat mereka yang difitnah. Inilah kehidupan yang disebutkan dalam pemulaan surah al-Mulk ayat kedua : "Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan ini untuk menguji kalian, siapakah dari kalangan kalian yang terbaik amalannya?"

YANG TERBAIK AMALANNYA! Satu persoalan yang sangat menarik untuk dirungkaikan. Kerana pada hari ini mereka yang menyebar fitnah juga inginkan yang terbaik. Terbaik pada mereka ialah apabila orang yang difitnah itu mendapat balasan setimpalnya. Jika mereka pelajar maka sepatutnya mereka dibuang dari tempat pengajian, jika mereka pekerja maka sepatutnya mereka dibuang kerja dan jika mereka penduduk sebuah negeri yang sama dengan pemfitnah maka meraka (yang difitnah) sepatutnya dinyahkan dari negeri tersebut. Seolah-olah "IPT" atau "Syarikat" atau "Negara" tersebut milik mereka.

{ } :

Namun, Imam Hassan al-Basri dalam menafsirkan ayat kedua surah al-Mulk ini beliau menyatakan bahawa yang terbaik itu ialah yang paling ikhlas amalannya dan yang paling betul amalannya. Ikhlas merujuk kepada niat atau tujuan amalan dulakukan manakala betul merujuk kepada teknik atau cara ibadah tersebut dilaksanakan. Maknanya, ia mestilah seperti apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Justeru, dalam melakukan apa jua ibadah kita haruslah meneliti 2 syarat utama ini iaitu: 1- keikhlasan2- ketepatan (betul seperti yang diajarkan)

Para pembaca yang budiman,Persoalan fitnah sangat berkait rapat dengan faktor-faktor asas sebelum fitnah bermula. Ia ibarat perencah sesebuah masakan atau lebih tepat ibarat zarah-zarah halus yang menghasilkan satu-satu virus. Faktor tersebut ialah:1. kepercayaan2. hasad dengki3. kebencian

Dari ramuan inilah fitnah itu lahir, kemudian membesar, membiak dan tersebar menular ke seluruh sasarannya yang tidak mampu ditentukan. Ia akan terkena pada sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja. Bahkan ia juga akan melibatkan aspek-aspek lain yang di luar jangkaan orang yang melahirkan fitnah tersebut.

Kenapa seseorang sanggup menyebarkan fitnah?1) Kepercayaan bahawa menyalurkan berita yang dapat memuaskan hatinya atau dapat memenangkan kumpulannya atau dapat mengembalikan haknya adalah suatu yang terbaik.2) Hasad atau dengki. Mengharapkan agar kelebihan yang dimiliki orang lain berpindah kepadanya. Sama ada kelebihan tersebut berbentuk harta atau pangkat atau pengaruh. Kerana dengan harta, pangkat & pengaruh ini mereka boleh memperjuangkan kepercayaan mereka.3) Kebencian. Ia sebenarnya didasari oleh peristiwa hitam atau perselisihan pendapat atau pergaduhan kecil yang berlaku sebelumnya.

Justeru, dapat disimpulkan di sini bahawa dari kepercayaan yang salah, sesorang biasanya akan mudah berdengki lalu ia mengundang sifat benci dari dalam hati. Dari faktor dalaman ini terzahirlah sifat bermasam muka dan akhirnya berlakulah fitnah.

Apabila fitnah tersebar maka kesannya:- permusuhan- pergaduhan- saling fitnah memfitnah- pertumpahan darah- hilang kepercayaan sesama muslim- maruah orang Islam tercemar

Apakah indicator atau kayu ukur sesebuah berita yang sahih?- disampaikan oleh penyampai yang boleh dipercayai- maklumat yang disertakan bukti- bertepatan dengan apa yang berlaku atau yang dibuat oleh pelaku

Apakah ubat yang paling mujarab dalam menyelesaikan masalah fitnah yang menular hari ini? Nabi Muhammad s.aw lebih 14 abad lalu telahpun mendidik kita dengan beberapa kata nasihat darinya. Khasnya dalam soal menyatupadukan ummatnya dan menjauhkan ummatnya dari bergelumang dalam dunia fitnah. Antara mutiara kata baginda ialah:

" ""Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah beliau mengasihi saudaranya sebagaimana beliau mengasihi dirinya sendiri."

" ""tidak sepatutnya orang yang suka mengumpat itu masuk Syurga"

" ""Dan barangsiapa yang menutupi aib (kemaluan atau kesilapan seseorang muslim, maka Allah akan melindunginya di dunia juga Akhirat. - Direkod oleh Imam Muslim.

" " "sesungguhnya salah seorang dari kalian akan melakukan amalan ahli Syurga sehinggalah tiada penghalang antaranya dengan Syurga melainkan sejengkal lalu tertulis di catatannya bahawa beliau melakukan pula amalan ahli Neraka maka masuklah dia kedalamnya (Neraka), manakala seorang lagi melakukan amalan ahli Syurga sehinggalah tiada penghalang antaranya dengan Neraka melainkan sejengkal lalu tertulis di catatannya bahawa beliau melakukan pula amalan ahli Syurga maka masuklah dia kedalamnya (Syurga)." direkod oleh Imam BUkhari & Muslim.

" ""Di antara tanda keindahan Islam sesorang ialah tatkala beliau meninggalkan perkara yang tak berkaitan degnanya." Hadis Hasan riwayat Imam Tirmizi.

" : "Usahlah berdendam, usahlah saling menaikkan harga, usahlah bermusuhan, usahlah saling berpaling dan usahlah memotong urusan orang lain (dalam soal jual beli atau urusan lain) tetapi jadilah kalian sebagai hamba Allah yang bersaudara! Orang muslim itu saudara bagi muslim yang lain, dia tidak sepatutnya menzalimi saudaranya, tidak merendah-rendahkan saudaranya, tidak mendustakan saudaranya, tidak pula menghina saudaranya. (yakinilah bahawa ) ketaqwaan itu di sini (lalu baginda menunjukkan dadanya sebanyak tiga kali) seraya bersabda lagi: cukuplah bagi sesorang muslim itu dinilai buruk (sifat & sikapnya) jika dia memandang rendah terhadap saudaranya. Setiap muslim ke atas muslim itu haram baginya (mencemarkan) : darahnya, hartanya dan maruahnya." direkod oleh Imam Muslim

Di dalam al-Quran juga Allah mengingatkan kita tentang cara kita berinteraksi supaya fitnah dapat dielakkan. Antara ayat-ayat tersebut ialah:

" ""Seandainya kedua-dua pihak itu bertelagah (bermusuh-musuhan, berbalah, berbeza pendapat) maka damaikanlah antara kedua-duanya." (49:9)

" ""Dan usahlah kalian hendap-menghendap (mengintai perbuatan orang lain) dan usahlah juga kalian saling umpat-mengumpat" (Surah al-Hujurat 49:12)

Kerana sesungguhnya kita adalah satu. Sepertimana yang ditetapkan oleh Allah.

" "" sesungguhnya sesame orang yang beriman itu bersaudara, maka perelokkanlah hubungan antara dua pihak saudara kalian" Surah al-Hujurat ayat 10. (49:10)

*abajid tak sempat tulis ending dengan baik. Harap amy dapat edit sikit. Semoga menjadi sesuatu yang berguna & bermakna buat semua.