folio kerjaya-kejuruteraan kimia
TRANSCRIPT
Tajuk: Kejuruteraan Kimia
Nama: Amir Azri B.Azami
No.Maktab: 10533
Kelas: 407
Penghargaan
Pertama sekali saya ingin mengucapkan Alhamdulillah kerana ALLAH telah member saya
kekuatan untuk melaksanakan folio kerjaya ini dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan
folio kerjaya ini.Ibu dan bapa saya banyak membantu seperti mengeluarkan modal untuk saya
pergi ke tempat-tempat yang berkaitan dengan folio kerjaya saya ini.Mereka jugalah yang
membenarkan saya tidur lewat malam kerana mereka inginkan saya menyiapkan folio
tersebut dengan lengkap dan kemas.
Seterusnya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan saya
yang sanggup meluangkan masa bersama saya menyiapkan folio ini walaupun mereka juga
sibuk menyiapkan folio mereka tersendiri.Mereka juga telah menemani saya sewaktu saya
pergi mencari maklumat.
Akhirnya,folio kerjaya saya telah siap hasil daripada usaha-usaha mereka yang sudi
membantu saya menyiapkan.Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan.
PendahuluanSaya telah diwajibkan untuk menyiapkan folio berkenaan kejuruteraan kimia.Saya dapat
hasilkan folio ini kurang daripada seminggu.Saya mendapat bahan tentang projek ini melalui
laman web dan juga majalah-majalah dan artikel.
Saya memilih kerjaya kejuruteraan kimia kerana saya amat meminati subjek yang berkaitan
kimia,matematik,dan subjek kira-kira yang lain.
Melalui folio ini saya dapat ketahui banyak maklumat tentang kejuruteraan kimia yang bakal
saya terajui setelah tamat pengajian nanti.Saya juga dapat mengetahui tentang sejarah
kejuruteraan kimia.Tanpa membuat folio ini sudah tentu sukar untuk saya memahami apa
sebenarnya kejuruteraan kimia tersebut.
Di samping itu,saya juga dapat mengetahui tentang cabaran dan dugaan yang bakal menimpa
seseorang jurutera kimia itu yang mana setiap hari mereka berhadapan dengan maut.Akhir
sekali,saya dapat tahu tentang kelebihan seorang pekerja kejuruteraan kimia tersebut.
Bidangkerjaya(kejuruteraan kimia)
Apakah Kejuruteraan Kimia sebenarnya?
Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan
kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan,
kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus
mengikut spesifikasi.
Mengkaji proses-proses yang sedia ada atau alat kelengkapan yang digunakan, kecekapan dan
tahap pengeluarannya.
Menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik, dan kaji dayagerak haba untuk
mencipta proses-proses baru.
Memperbaiki rekabentuk alat kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran.
Menyelia pemasangan alat kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skel yang besar bagi
tujuan komersial.
Mengkaji sifat-sifat kimia yang berbagai atau barang-barang kimia seperti asid, rayon,
pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan mencipta proses-proses dan alat kelengkapan
untuk membuatnya.
Menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin pencanai,
penyembur, pencelup, reaktor dan lain-lain alat kelengkapan untuk mempastikan bahan-
bahan mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan proses-
proses lain.
Kejuruteraan kimia merupakan applikasi sains, mathematik, dan ekonomi kepada proses
menukarkan bahan mentah atau kimia kepada bentuk yang lebih berguna atau berharga.
Kejuruteraan kimia merangkumi reka bentuk dan baik pulih proses kimia untuk pengilangan
besar-besaran. Nama sebenar adalah tidak normal (misnomer) disebabkan kerja jurutera
kimia termasuk lebih kepada pengatahuan fizikal berbanding kimia. Disebabkan gelaran
'jurutera kimia' menyumbang kepada salah faham ini, ramai jurutera kimia digaji di bawah
gelaran 'jurutera proses'.
Perbezaan antara kejuruteraan kimia dengan kimia boleh digambarkan dengan melihat contoh
proses penghasilan jus oren. Pakar kimia menyelidik di dalam makmal menyiasat dan
menjumpai pelbagai jalan untuk mengeluarkan jus dari oren. Mekanisma termudah adalah
memotong buah oren kepada separuh dan menekan oren menggunakan mesin jus manual.
Cara yang lebih rumit dijumpai adalah dengan mengupas dan menggelek oren untuk
mendapatkan jus.
Sesebuah syarikat kemudiannya akan menggaji jurutera kimia untuk mereka kilang untuk
menghasilkan beberapa tan jus oren setiap tahun. Jurutera kimia akan menyiasat semua cara
yang ada untuk menghasilkan jus oren dan menilai kesemua cara tersebut mengikut daya
ekonomi (economical viability). Jadi, walaupun kaedah jus secara manual adalah mudah, ia
tidak ekonomi untuk menggaji beberapa ribu orang untuk menghasilkan jus oren secara
manual. Oleh itu, cara yang lebih murah digunakan (kemungkinannya teknik kupas dan
gelek.) Kaedah termudah bagi penghasilan di dalam makmal tidak semestinya cara paling
ekonomi untuk sesebuah kilang.
Proses yang digunakan oleh jurutera kimia (contoh. penyulingan atau penambahan klorin)
dikenali sebagai operasi unit dan mengandungi reaksi kimia dan/atau proses pemisahan.
Dua hukum fizik yang menjadi asas reka bentuk kejuruteraan kimia adalah pemeliharaan
jisim ( Conservation of mass ) dan pemeliharaan tenaga ( Conservation of energy ) . Pergerakan
jisim dan tenaga melalui proses kimia dipertimbangkan menggunakan imbangan jisim dan
tenaga yang menggunakan hukum ini pada keseluruhan kilang, unit operasi, atau bahagian
peralatan tertentu. Dalam melakukan ini, jurutera kimia menggunakan prinsip termodinamik
( thermodynamics ) , reaksi kinetik ( reaction kinetics ) dan fenomena pengangkutan ( transport
phenomena ) . Kerja melakukan tugasan ini pada masa kini dibantu oleh simulator proses,
yang merupakan model aturcara rumit yang mampu menyelesaikan imbangan jisim dan
tenaga, dan biasanya mempunyai model dalaman untuk simulasi unit operasi biasa.
Cabang-cabang bidang Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan kimia merupakan bidang yang paling luas pada masa kini yang merangkumi
bidang bioteknologi dan nanoteknologi sehingga pemprosesan mineral.
Kejuruteraan biokimia Kejuruteraan bioperubatan ( Biomedical Engineering ) Bioteknologi ( Biotechnology ) Seramik Alam sekitar Dinamik cecair ( Fluid Dynamics ) Pemindahan haba ( heat transfer ) Sejarah kejuruteraan kimia Pemindahan jisim ( Mass transfer ) Sains mineral Teknologi nano Reaktor Proses penceraian ( separation processes ) (lihat juga: Penceraian campuran
( Separation of mixture ) ) o Proses membrane ( Membrane Processes ) o Proses penyulingan ( Distillation Processes ) o Proses pengkristalan ( Crystallization Processes )
termodinamik Teknologi partikel ( particle technology ) Polymer Kawalan proses ( process control ) Rekabentuk proses ( process design ) Pulp dan kertas ( Pulp and Paper )
Perkara yang perlu dilakukan untuk menceburi bidang tersebut
Sebelum menceburi bidang kejuruteraan kimia saya perlulah belajar bersungguh-sungguh
dan harus mendapat gred tertinggi dalam subjek yang berkaitan bidang kejuruteraan
kimia iaitu kimia,fizik,matematik dan matematik tambahan.Subjek-subjek ini merupakan
subjek yang perlu di kuasai oleh saya dan harus diberi penekanan kerana subjek ini
membantu saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia.Subjek
yang perlu saya dapat A untuk membolehkan saya mengambil bidang ini.Tambahan
pula,untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di luar negara.
Subjek yang perlu dapat gred A:
-Matematik
-Matematik tambahan
-Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Fizik
-Kimia(Wajib)
-Sejarah
-Pendidikan Islam
-Subjek-subjek lain seperti (Reka cipta)
Keterangan Tugas
Menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat serta membangunkan reka bentuk proses
dan peralatan kimia secara komersil untuk menapis minyak mentah, cecair atau gas yang
lain;
Mengeluarkan bahan dan benda seperti bahan terbitan petroleum, letupan, produk
makanan, minuman, ubat atau bahan sintetik;
Menentukan aspek yang berkaitan dengan pembinaan loji perkilangan kimia;
Menentukan kaedah, bahan dan piawaian kualiti pengeluaran serta memastikannya selaras
dengan spesifikasi;
Menyediakan piawaian kawalan dan prosedur kawalan bagi memastikan keselamatan,
perlindungan alam sekitar dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan;
Mengesan dan membaiki kerosakan;
Mengatur dan memberi nasihat berhubung dengan penyelenggaraan dan pembaikan
peralatan yang sedia ada;
Mengkaji dan memberi nasihat berkenaan aspek teknologi bahan, produk serta proses-
proses berkaitan;
Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaitan;
Menyediakan laporan analisis dan lain-lain tugas yang berkaitan
Ciri-ciri personaliti seorang jurutera kimia
-Meminati bidang kejuruteraan kimia.
-Tidak mudah putus asa apabila mengalami kegagalan
-Memahami masalah yang timbul dan selesaikannya dengan cara yang mudah.
-Sering membuat research tentang kandungan kimia dalam sesuatu peralatan itu.
-Sanggup menerima tomahan apabila membuat kesilapan yang besar ataupun kecil.
-Sentiasa mengambil peluang untuk mendapat projek yang lebih besar.
- Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa
-Mempunyai kemahiran komputer
-Tekun dan bekerja keras
-Mempunyai keinginan untuk berjaya
- Seorang yang dinamik
- Dapat bekerja secara berkumpulan
Prospek pada masa hadapan
Syarikat yang terbabit dalam industri petroleum, gas, petrokimia, pulpa dan kertas paling
banyak menggaji Jurutera Kimia. Pengeluaran bahan kimia dan produk kimia juga
memerlukan Jurutera Kimia.
Ramai jurutera bekerja di bahagian penyelidikan dan pembangunan, namun mereka juga
diambil bekerja dalam indutri yang berkaitan dengan pengeluaran makanan, tenaga, plastic,
fiber sintetik, farmaseutikal dan logam.
Sektor kerajaan menggaji Jurutera Kimia untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan
dan menguatkuasakan piawai dan peraturan Syarikat-syarikat kimia menggaji Jurutera Kimia
dalam bidang pemasaran atau pengurusan. Universiti dan kolej pula menawarkan kerjaya
pensyarah kepada Jurutera Kimia yang mempunyai kelayakan yang tinggi.
Pelajar lepasan Kejuruteraan Kimia mula bekerj sebagai jurutera rendah, ditempatkan bekerja
di samping jurutera berpengalaman. Jurutera Kimia yang mempunyai pengalaman dan
pendedahan dapat naik kapada kedudukan pengurusan dalam kerja penyelidikan, rekaan,
pengeluaran, pembinaan, jualan dan rundingan.
Oleh kerana pengambilan kerja Jurutera Kimia berkait rapat dengan pembangunan sumber
dan sector tenaga, peluang kerja lebih banyak berubah mengikut keadaan oekonomi
berbanding kejuruteraan pengkhususan lain. Pengembangan ke bidang baru boiteknologi dan
bahan-bahan yang lebih maju mungkain meningkatkan pengambilan kerja Jurutera
Kimia.Kerumitan dan penggunaan jenyetra yang semakin bertambah dalam proses kimia
akan beransur-ansur meningkatkan keperluan lebih ramai Jurutera Kimia untuk mereka,
menjaga dan menguruskan kilang-kilang yang prnting itu.
Kejuruteraan Kimia ialah profession yang sentiasa berubah. Peranan tradisional Jurutera
Kimia berkembang ke dalam sains biologi, sains komputer, elektronik dan botani. Ini
bermakna profesion ini menjadi semakin luas. Jurutera Kimia akan dating hendaklah peka
dalam menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.
Sebagai kesimpulannya peluang kerja untuk Jurutera Kimia sungguhpun terhad buat masa ini,
namun ia menunjukkan trend untuk bertambah pada masa depan akibat pertambahan
penduduk, penggantian jurutera yang meninggalkan kerjaya ini, peralihan negara kepada
perindustrian dan ekonomi yang berkembang pesat.
Anggaran Pendapatan:
Walaupun kerjaya ini mencabar tetapi mampu memberi kepuasan kepada mereka.
Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan dan mampu menarik minat pelajar
untuk menceburi kerjaya ini. Buat masa ini, gaji permulaan seorang jurutera kimia
ialah di antara RM 2000.00 hingga RM 2500.00 sebulan
Kerjaya sebagai seorang Jurutera kimia sangat mencabar kerana sebagai
seorang Jurutera kimia anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis masalah dan
cabaran yang berlainan setiap hari. Setiap tugasan adalah unik kerana anda akan
berhadapan dengan pelbagai situasi , tempat dan orang.
Untuk mencapai cita-cita ini calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang
kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara. Lulusan kejuruteraan perlu
menjadi ahli :
Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of
Engineers Malaysia (BEM).
Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam
bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera
kimia profesional.
Tempat Pengajian di Dalam Negara
dan luar negara
Institusi pengajian tinggi dalam negara:
-Diploma Kejuruteraan Kimia(Loji proses),UMP(Universiti Malaysia Pahang)
-Diploma Kejuruteraan Kimia,UiTm(Universiti Teknologi Mara)
-UKM(Universiti Kebangsaan Malaysia)
-USM(Universiti Sains Malaysia)
-Universiti Malaya
Program Luar Negara:
Di luar negara pula, kursus ini banyak ditawarkan oleh universiti-universiti di sana seperti
di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Jerman, Jepun,
Korea dan Singapura. Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis
Amanah Rakyat (MARA)—untuk pelajar lepasan SPM/SPMV. Ia merupakan program
prauniversiti dan ijazah pertama di universiti-universiti di Amerika Syanikat, United
Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Jerman, Jepun dan Korea. Program-program
yang dimaksudkan ialah American Associate Degree (AAD), American Degree Programme
(ADP), A-Level, Program Australian Matriculation (AUSMAT) dan International
Baccalaureate (IB).
Langkah-Langkah menuju ke arah seorang jurutera
kimia:
Syarat Kemasukan
Syarat kelayakan bagi diploma:
FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIAMemenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program
BIL
KODPROGRAM DAN TEMPOH
PENGAJIAN SYARAT MINIMUM
UiTMUPU
TERBUKA KEPADA ALIRAN
NAMA PROGRAMTEMPOH PENGAJIAN
Untuk Bumiputera Sahaja
SYARAT AM UNIVERSITI
Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.
1.
EH110E2440
Terbuka kepada pemohon aliran Sains/Teknikal Diploma Kejuruteraan Kimia(3 tahun / 6 Semester ) Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.
GRED SPMsebelum
2010mulai 2010
- A+1A A2A A-3B B+4B B5C C+6C C7D D8E E9G G
SYARAT KHAS PROGRAM 1. LEPASAN SPM DAN SETARAF
Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
Matematik Matematik Tambahan Fizik Kimia / Biologi / Pengajian
Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Reka Cipta
DAN
Lulus Bahasa Inggeris
ATAU
2. LEPASAN SIJIL POLITEKNIK/IKM/INSTITUSI
LAIN Lulus Sijil Politeknik / IKM / Institusi
lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat gred B ke atas dalam mata
pelajaran Matematik dan Sains Kejuruteraan dan EMPAT (4) mata pelajaran lain.
DAN
Lulus Bahasa Inggeris
ATAU3. LEPASAN PRA DIPLOMA UiTM
Lulus program Pra Diploma Sains (PD008) dari UiTM dengan keputusan (semester 1 : HPNG 3.00 atau semester 2 : HPNG 2.50).
Nota:
Bagi lulusan sijil sahaja, salinan permohonan dan salinan sijil yang telah disahkan perlu dihantar kepada Dekan, Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM, 40450 Shah Alam (selewat-lewatnya satu minggu selepas tarikh tutup permohonan).
Syarat Kelayakan untuk Ijazah Sarjana Muda:
FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIAMemenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program
BIL
Nama Program / Kod UiTM / Kod UPU /
Tempoh Pengajian / Syarat Am Universiti
Syarat Khas Program
Minimum CGPA/PNG
KLepasan / Syarat Khas
Lepasan Diploma UiTM
1 2 3
Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia) KepujianEH220/ EK008 Semester Sarjana MudaKejuruteraan (Kimia dan Proses) KepujianEH221/ EK648 semester Sarjana Muda Kejuruteraan (Minyak dan Gas) KepujianEH223/ EK888 semester Syarat Am Universiti
Lulus SPM / setaraf dengan baik.
Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
Lulus Diploma dari IPT Lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Malaysian University English Test (MUET) Band 1
2.50
Diploma Kejuruteraan Kimia DAN
CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI
2.75
Diploma Sains DAN
CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI
Lepasan Diploma Institusi Pengajian Tinggi Lain Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Malaysia
3.00
Diploma Kejuruteraan Kimia DAN Lulus SPM / Setaraf DAN Lulus Bahasa Inggeris DAN
CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI
Lepasan Asasi UiTM/ PASUM / Matrikulasi
2.75 Dua (2) Gred B- (2.67) dalam dua (2)
mata pelajaran dan satu (1) Gred C (2.00) dalam mana-mana mata pelajaran berikut:
Mathematics / Engineering Mathematics
Physics / Engineering Physics / Biology
Chemistry / Engineering Chemistry
DAN
Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam matapelajaran berikut:
Fizik Kimia
DAN Lulus Bahasa Inggeris
CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI
Lepasan STPM/ Setaraf2.75
Gred B- (NGMP 2.67) dalam dua (2) mata dan Gred C (NGMP 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran dari mata pelajaran berikut:
Mathematics T / Further Mathematics T
Physics / Biology Chemistry
DAN
Fizik Kimia
Lulus SPM / Setaraf denga n kepujian dalam mata pelajaran berikut:
DAN
CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI
BIL
Nama Program / Kod UiTM / Kod UPU /
Tempoh Pengajian / Syarat Am Universiti
Minimum CGPA/PNG
KLepasan / Syarat Khas
4
Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia dan Bioproses) KepujianEH222/ EK938 semester Syarat Am Universiti
Lulus SPM / setaraf dengan baik.
Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
Lulus Diploma dari IPT Lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Malaysian University English Test (MUET) Band 1
Lepasan Diploma UiTM
2.50
Diploma Kejuruteraan Kimia DAN
CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI
2.75
Diploma Sains DAN
Mendapat kepujian dalam matapelajaran Biologi dalam SPM
DAN
CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI
Lepasan Diploma Institusi Pengajian Tinggi Lain Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Malaysia
3.00 Diploma Kejuruteraan Kimia DAN
Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian mata pelajaran Biologi
DAN Lulus Bahasa Inggeris DAN
CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI
Lepasan Asasi UiTM/ PASUM / Matrikulasi
2.75
Dua (2) Gred B- (2.67) dalam dua (2) mata pelajaran dan satu (1) Gred C (2.00) dalam mana-mana mata pelajaran berikut:
Mathematics / Engineering Mathematics
Physics / Engineering Physics / Biology
Chemistry / Engineering Chemistry
DAN
Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam matapelajaran berikut:
Fizik Kimia Biologi
DAN Lulus Bahasa Inggeris
CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI
Lepasan STPM/ Setaraf
2.75
Gred B- (NGMP 2.67) dalam dua (2) mata dan Gred C (NGMP 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran dari mata pelajaran berikut:
Mathematics T / Further Mathematics T
Physics / Biology Chemistry
DAN
Fizik Kimia Biologi
Lulus SPM / Setaraf denga n kepujian dalam mata pelajaran berikut:
DAN
CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI
Suasana tempat kerja
Persekitaran tempat kerja:
-Haruslah sentiasa bersih
-tidak mempunyai dokumen-dokumen yang berselerak kerana akan menyebabkan pekerjaan
menjadi bercelaru dan sukar untuk siap dengan lengkap
-terhindar daripada gangguan kanak-kanak kecil kerana takut bahan kimia terjatuh atas
kanak-kanak tersebut.
-harus dilakukan dengan cermat.
Tempat untuk bekerja:
Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang
berkaitan.
Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan
Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar.
Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi
pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau
Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.
Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik.
Terdapat di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian.
Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian
Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus
Besar.
Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi
atau lain-lain badan berkanun.
Penutup
Pada pandangan saya,kejuruteraan kimia bukanlah satu bidang yang sukar untuk dikecapi
kerana bak kata pepatah,di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Mahu tak mahu haruslah
saya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya itu.Tanpa usaha tiadalah
kejayaan.Saya juga akan cuba mempertingkatkan subjek yang penting untuk pengajian
kejuruteraan kimia walaupun saya tahu saya amat lemah dalam subjek-subjek yang
dikehendaki untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia.Kejuruteraan
kimia sememangnya satu bidang yang menyeronokkan bagi saya kerana kita bekerja dengan
mengkaji lantas menolong dunia untuk memudahkan proses mendapatkan bahan kimia.
Lampiran
Jurutera Kimia
Tempat Galian
Minyak
Jurutera Kimia ini sedang melakukan kajian ke atas
bahan kimia tersebut
Bibliografi
http://www.esyarat.uitm.edu.my/index.php?
option=com_content&view=section&id=10&Itemid=59
- http://cms.icheme.org/MainWebSite/Homepage3bf36337.aspx?
Map=1B65ED76D4B00E9E78817E89DC003264
- http://www2.mrsmkm.edu.my/bpulau/images/stories/pdf/iPROGRAM%20SELEPAS
%20SPM%202010.pdf
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kejuruteraan_kimia
Tajuk Muka suratPenghargaan 3
Pengenalan 4
Penerangan Bidang Kerjaya 5-12
Tempat Pengajian 13-14
Syarat Kemasukan/Kelayakan 15-22
Suasana tempat kerja 23-24
Penutup 25Bibliografi 26-28
29