folio pendidikan agama islam sem 1
DESCRIPTION
agmTRANSCRIPT
PENGHARGAAN
Kami bertiga, Amiera Amani Binti Ahmad, Anis Nadhirah Binti Khairul Anuar dan
Arifa Shaheera Binti Mohd Salim ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
guru Pendidikan Islam kami, Ustazah Siti Aisyah Binti Musa atas segala bimbingan dan
sokongannya dalam menghasilkan folio ini. Penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan
seperjuangan kami yang sudi membantu dan berkongsi maklumat untuk menyempurnakan
folio ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberi dorongan untuk
melakukan yang terbaik dalam menerbitkan folio ini.
1 | P a g e
ISI KANDUNGAN
BI
L
TAJUK M/S
1 Penghargaan 1
2 Pendahuluan Tajuk 3
3 Isi
Tumbuhan-tumbuhan yang disebut di dalam Al-Qur'an
Percambahan Benih
Peranan Kolorofil Dalam Tumbuhan
Pembiakan Tumbuhan
Kebaikan Madu
Hujan dan Tumbuhan
Buah Kurma
4-17
18
19
20
21
22
23
4 Rumusan 24
6 Bibliografi 25-26
2 | P a g e
PENDAHULUAN TAJUK
Al-Qur’an sebagai sebuah kitab yang diutuskan oleh Allah s.w.t sudah pasti
mempunyai banyak keunikan. Ia mencakupi keistimewaan dalam pelbagai disiplin ilmu yang
bermanfaat untuk kegunaan manusia. Antaranya ialah Ilmu Botani yang mengkaji struktur,
fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan tumbuhan. Terdapat banyak ayat di dalam
al-Qur’an yang telah menyentuh tentang ilmu ini. Penerokaan sains moden telah berjaya
menyingkap keunikan beberapa isu yang telah dinyatakan dalam kitab suci ini dari perspektif
sains. Kajian ini menampilkan beberapa contoh ayat al-Qur’an yang dilihat penjelasannya
dari sudut beberapa bidang botani yang berkaitan dengan percambahan benih, tumbuh-
tumbuhan yang membawa khasiat dan peranan klorofil dalam tumbuhan. Hasil dari kajian
menunjukkan bahawa terdapat banyak ayat yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t ini
memberi isyarat terhadap Ilmu Botani1, setelah dilakukan kajian dan pemerhatian oleh
penyelidik zaman moden. Botani didefinisikan sebagai kajian saintifik untuk hidupan
tumbuhan. Menurut Islam semua tumbuhan merupakan ciptaan Allah s.w.t yang terdiri
daripada pelbagai bentuk yang melibatkan struktur yang menakjubkan.
1 Wikipedia, ensiklopedia bebas, Botani, http://www.wikipedia.org/wiki/Botani
3 | P a g e
TUMBUHAN-TUMBUHAN YANG DISEBUT DI DALAM AL-QUR'AN
1) Buah Anggur2
Info tentang buah anggur:
Nama dalam Al-Qur'an: "A'nab" atau اب�� �ع�ن أ
Nama saintifik: Vitis vinifera
Famili: Vitaceae
Taburan asal: Wilayah Mediterranean, Eropah tengah dan Asia Barat Daya
Khasiat buah anggur:3
Kandungan vitamin C yang tinggi
Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2
Mempunyal kalori yang rendah
Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium
Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia
daripada bahan dan penyakit jantung
Petikan Ayat dari Al-Quran
2 N.A. Rahman, Tumbuhan dalam Al-Qur’an, http://diskusibotani.blogspot.com/2010/02/tumbuhan-dalam-al-quran.html, 26 Februari 2010 3 Ugin Olegune, Manfaat Buah Anggur Bagi Kesehatan, http://manfaatdaunku.blogspot.com/2013/10/manfaat-buah-anggur-bagi-kesehatan.html, 27 Jun 2014
4 | P a g e
Surah Yaasin Ayat 34
“Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya
beberapa mata air.”
Surah Al Mu’minun Ayat 19
“Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan
anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang
banyak dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.”
Surah Al Kahfi Ayat 32
“Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah
seorang di antaranya, dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kebun-kebun itu
dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman
yang lain.”
Surah An Nahl Ayat 67
“Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram
dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat
satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu
menggunakan akalnya.”
5 | P a g e
2) Bawang Merah4
Info tentang bawang merah:
Nama dalam Al-Qur'an: 'Basal' atau ص�ل� ب
Nama saintifik: Allium cepa
Famili: Alliaceae
Taburan asal: Tidak diketahui
Khasiat bawang merah:5
Bawang merah mengandungi vitamin C
Mengandungi potassium, serat dan asid folik
Mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi
Petikan Ayat dari Al-Quran
Surah Al Baqarah Ayat 61
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu)
dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami,
supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-
sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta
bawang merahnya"”
4 N.A. Rahman, Tumbuhan dalam Al-Qur’an, http://diskusibotani.blogspot.com/2010/02/tumbuhan-dalam-al-quran.html, 26 Februari 20105 Wikipedia, ensiklopedia bebas, Bawang Merah, http://ms.wikipedia.org/wiki/Bawang_merah, 6 April 2014
6 | P a g e
3) Bawang Putih6
Info tentang bawang putih:
Nama dalam Al-Qur'an: 'Fum' atau ف�وم
Nama saintifik: Allium sativum
Famili: Alliaceae
Taburan asal: Tidak diketahui
Khasiat bawang putih:7
Membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan
Perbaiki sistem penghadaman
Mempunyai kandungan tenaga yang rendah
Petikan Ayat dari Al-Quran
Surah Al Baqarah Ayat 61
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu)
dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami,
supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-
sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta
bawang merahnya"”
6 N.A. Rahman, Tumbuhan dalam Al-Qur’an, http://diskusibotani.blogspot.com/2010/02/tumbuhan-dalam-al-quran.html, 26 Februari 20107 Wikipedia, ensiklopedia bebas, Bawang Putih, http://ms.wikipedia.org/wiki/Bawang_putih, 31 Mac 2013
7 | P a g e
4) Biji sawi atau 'black mustard'8
Info tentang biji sawi:
Nama dalam Al-Qur'an: 'Khardal' atau د�ل� خ�ر�
Nama saintifik: Brassica nigra
Famili: Brassicaceae
Taburan asal: Selatan wilayah Mediterranean di Eropah
Khasiat biji sawi:9
Membersihkan paru-paru
Melancarkan pengaliran darah haid
Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat
Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha
Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat
Petikan Ayat dari Al-Quran
Surah Al Al Anbiyaa’ Ayat 61
“Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil, untuk (menimbang
amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya
sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan
mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.”
8 N.A. Rahman, Tumbuhan dalam Al-Qur’an, http://diskusibotani.blogspot.com/2010/02/tumbuhan-dalam-al-quran.html, 26 Februari 20109 Kadazan Boy, Khasiat Biji Sawi, http://boykadazan.blogspot.com/2012/06/khasiat-biji-sawi.html, 16 Jun 2012
8 | P a g e
5) Buah Tin10
Info tentang buah tin:
Nama umum: Buah tin atau 'fig'
Nama dalam Al-Qur'an: 'At-Tiin' atau ين� الت
Nama saintifik: Ficus carica
Famili: Moraceae
Taburan asal: Asia Barat Daya dan selatan wilayah Mediterranean
Khasiat buah tin:11
Menjaga tekanan darah tinggi dan serangan Jantung koroner.
Membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah asupan insulin
Meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia
Membantu mengurangi risiko kanser payudara
Petikan Ayat dari Al-Quran
Surah At Tin Ayat 1
“Demi buah Tiin dan Zaitun”
10 N.A. Rahman, Tumbuhan dalam Al-Qur’an, http://diskusibotani.blogspot.com/2010/02/tumbuhan-dalam-al-quran.html, 26 Februari 201011 hariff71, Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin, http://santaihariff71.blogspot.com/2013/09/khasiat-dan-kelebihan-buah-tin.html, 24 September 2013
9 | P a g e
6) Buah Delima12
Info tentang buah delima:
Nama umum: Delima atau 'pomegranate'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Ar-Rumman' atau ان��م �الر
Nama saintifik: Punica granatum
Famili: Lythraceae
Taburan asal: Timur Tengah
Khasiat buah delima:13
Mengandungi antioksidan
Menurunkan kadar kolesterol
Mencegah dan mengubati kanser
Mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer
Petikan Ayat dari Al-Quran
Surah Al An’aam Ayat 99
12 N.A. Rahman, Tumbuhan dalam Al-Qur’an, http://diskusibotani.blogspot.com/2010/02/tumbuhan-dalam-al-quran.html, 26 Februari 201013 MaduDanKurma, Khasiat Buah Delima, http://madudankurma.blogspot.com/2012/10/khasiat-buah-delima.html, 20 Oktober 2012
10 | P a g e
“Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu
segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang
menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus;
dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-
tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur
dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak
bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan
Kami) bagi orang-orang yang beriman.”
7) Halia14
Info tentang buah delima:
Nama Umum : Halia
Nama dalam Al-Quran : Zanjabil
Nama saintifik : Zingiber officinale
Famili : Zingiberaceae
Taburan asal : Asia
Khasiat Halia:15
Merawat masalah perut seperti angin dan kembung perut, cirit-birit, sakit perut
dan masalah penghadaman.
14 N.A. Rahman, Tumbuhan dalam Al-Qur’an, http://diskusibotani.blogspot.com/2010/02/tumbuhan-dalam-al-quran.html, 26 Februari 201015 Wikipedia, ensiklopedia bebas, Halia, http://ms.wikipedia.org/wiki/Halia, 7 Mac 2013
11 | P a g e
Merawat masalah respiratory seperti jangkitan saluran pernafasan, bronkitis dan
batuk.
Halia mentah digunakan untuk merawat malaria, gigitan ular, radang sendi
(rheumatism dan arthritis) dan migraine dan sakit gigi.
Menurut kajian University of Michigan, Gingerol, minyak volatile yang terdapat
dalam halia, mampu membunuh sel kanser ovari.
Petikan Ayat Dari Al-Quran
Surah al-Insan Ayat 17
“Dan mereka di dalam syurga itu diberi minuman sejenis minuman yang campurannya
daripada Zanjabil.”
Dalam Surah Al-Insaan ayat ke 17, ada diceritakan tentang sejenis minuman dari
syurga yang dinamakan Salsabil. Air minuman ini ialah air yang dicampurkan
Zanjabil.
Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein,
gentian, niasin,asid amino dan lain-lain lagi.
8) Kacang Dal16
Info tentang kacang dal:
16 N.A. Rahman, Tumbuhan dalam Al-Qur’an, http://diskusibotani.blogspot.com/2010/02/tumbuhan-dalam-al-quran.html, 26 Februari 2010
12 | P a g e
Nama Umum : Kacang dal atau lentil
Nama dalam Al-Quran : ‘Adas’
Nama saintifik : Lens cullinaris
Famili : Fabaceae
Taburan asal : Timur Dekat
Khasiat Kacang Dhal:17
Meningkatkan metabolisme buah pinggang.
Kandungan protein sebanyak 26%.
Mengekalkan fungsi otot dan kepadatan buah pinggang.
Melancarkan perjalanan darah ke jantung.
Petikan ayat dari Al-Quran
Surah Al Baqarah Ayat 61
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu)
dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami,
supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-
sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta
bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang
kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di
sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan
kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah.
Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-
perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula
membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah
disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
17 Encik Octant, Apa Khasiat 5 Jenis Kekacang Ini untuk Anda?, http://petuasejagat.blogspot.com/2010/10/khasiat-5-kacang-untuk-anda.html, 12 Oktober 2012
13 | P a g e
9) Pokok Kapur18
Info tentang Pokok Kapur:
Nama umum : Kapur, ‘camphor tree’ atau ‘Malay Camphor’
Nama dalam Al-Quran : ‘Kafur’
Nama saintifik : Dryobalanops aromatic
Famili : Dipterocarpaceae
Taburan asal : Semenanjung Malaysia, Borneo, Sumatra
Petikan ayat Al-Quran
Surah Al-Insaan Ayat 5
“Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari
piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "kafur",”
Nota: Dua spesies tumbuhan yang berlainan family menjadi sumber kapur atau ‘camphor’
pada masa silam. Salah satu daripadanya adalah pokok dari Malaysia iaitu Dryobalanops
aromatica daripada family Dipterocarpaceae dan yang satu lagi ialah pokok dari China dan
Jepun iaitu Cinnamomum camphora daripada family lauraceae. ‘Camphor’ diperolehi
18 N.A. Rahman, Tumbuhan dalam Al-Qur’an, http://diskusibotani.blogspot.com/2010/02/tumbuhan-dalam-al-quran.html, 26 Februari 2010
14 | P a g e
daripada pokok Dryobalanops aromatica melalui kulit kayu, manakala ‘camphor’bagi pokok
Cinnamomum camphor diperolehi melalui kayu ( setelah damar pada kayu dibekukan)
10) ‘Camphor tree’19
Info tentang ‘Camphor tree’:
Nama umum : ‘Camphor tree atau ‘camphor laurel’
Nama dalam Al-Quran : ‘kafur’
Nama saintifik : Cinnamomum camphora
Famili : Lauraceae
Taburan asal ; Taiwan, selatan Jepun, tenggara China, Indonesia
Khasiat Kapur:20
Sebagai penawar kaki bersisik
Menghindarkan nafas berbau
Menghalau tikus
Kekabu bantal tetap segar
Petikan ayat Al-Quran
19 N.A. Rahman, Tumbuhan dalam Al-Qur’an, http://diskusibotani.blogspot.com/2010/02/tumbuhan-dalam-al-quran.html, 26 Februari 201020 Dokter Cantik, Manfaat Kapur Sirih, http://www.doktercantik.com/191/manfaat-kapur-sirih.html#_, 19 Julai 2012
15 | P a g e
Surah Al-Insaan Ayat 5
“Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari
piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "kafur”.”
11) Labu Air21
Info tentang Labu Air
Nama umum: Labu air, ‘bottle guard’ atau calabash
Nama dalam Al-Quran: Yaqtin
Famili: Cucurbitaceae
Taburan Asal: Old World Tropika
Khasiat Labu Air:22
Mampu mendinginkan suhu tubuh yang panas.
Membantu menyembuhkan penderita demam yang sangat tinggi.
Mengatasi penyakit flu.
Mengubati sariawan
Menyembuhkan penyakit typus.
Mengobati penyakit asma.
21 N.A. Rahman, Tumbuhan dalam Al-Qur’an, http://diskusibotani.blogspot.com/2010/02/tumbuhan-dalam-al-quran.html, 26 Februari 201022 aal alfi, Manfaat Buah Labu Untuk Kesehatan, http://manfaattumbuhanbuah.blogspot.com/2013/12/manfaat-buah-labu-untuk-kesehatan.html, 30 Disember 2013
16 | P a g e
Bagi perokok, labu air juga mampu membersihkan paru- paru akibat pengaruh
nikotin.
Petikan Ayat Al-Quran
Surah Saba Ayat 16
“Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang
membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan
dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-
pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.”
12) Percambahan Benih23
“Sesungguhnya Allah jualah yang menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-
buahan. Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang
hidup. Demikianlah kekuasaan Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari
menyembah-Nya? Allah jualah yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar),
dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan
23 Mohamed Akhiruddin Ibrahim, M.Y.Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff & Azniwati Abdul Aziz, KEMUKJIZATAN BIOLOGI DALAM AL-QUR’AN DARI PERSPEKTIF SAINS: SATU TINJAUAN, http://ejum.fsktm.um.edu.my/article/1305.pdf, 2012
17 | P a g e
untuk mengira waktu. Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Mengetahui”
Surah Al-An’am Ayat 95-96
Menurut kajian saintifik, terdapat hubungan yang kukuh antara terbitnya cahaya matahari
dengan pembentukan benih dan tumbuhan kerana cahaya matahari merupakan perkara
asas dalam pembesaran tumbuhan dan pokok. Benih dan tumbuhan yang terbentuk
memerlukan makanan yang terdiri daripada unsur-unsur bumi iaitu cahaya matahari.
Cahaya matahari bertindak dengan wujudnya klorofil yang terhasil dari tumbuhan untuk
menghasilkan makanan yang menyerap masuk cahaya matahari ke dalam akar tumbuhan.
Hal ini penting untuk menghidupkan tumbuhan dan persenyawaannya. Oleh itu, cahaya
matahari menjadi elemen yang penting dalam proses percambahan benih bagi membantu
proses tumbesaran tumbuhan, sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut.
13) Peranan Kolorofil Dalam Tumbuhan24
“Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu
segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang
menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus;
dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-
tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur
dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak
24 Ummah Madani, Peranan Klorofil Dalam Tumbuhan Menurut Al Qur'an Dan Sains, http://kaunselingsyarie.blogspot.com/2013/07/peranan-klorofil-dalam-tumbuhan-menurut.html, 22 Julai 2013
18 | P a g e
bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan
Kami) bagi orang-orang yang beriman.”
Surah Al-An’am Ayat 99
Ayat ini menegaskan bahawa pigmen hijau yang merupakan sebahagian daripada struktur
tumbuhan yang “Kami tumbuhkan dengannya segala macam tumbuh-tumbuhan” merupakan
zat hijau daun yang dikenali sebagai klorofil terdapat pada salah satu sel tumbuhan iaitu
kloroplas.
19 | P a g e
14) Pembiakan Tumbuhan25
“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-
ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-
buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam
silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi
kaum yang (mahu) berfikir.
Surah Ar-Ra’d Ayat 3
Kebanyakan spesies tumbuhan mempunyai ciri-ciri seks, iaitu pengeluaran sel-sel seks
khusus atau dikenali sebagai gamet. Gabungan sel-sel ini adalah secaara berpasangan dan
dikenali sebagai proses persenyawaan. Dalam tumbuh-tumbuhan berbunga, gamet
dihasilkan di dalam bunga. Dalam bahagian betina tumbuhan, telur membentuk satu bonjol
dan ini adalah ovum beserta benih kecil yang bulat. Sperma dihasilkan dalam tiub debunga
dan kemudian dibawa oleh angin atau serangga atau ejen lain daripada organ-organ bunga
yang menghasilkan debunga ke stigma. Di dalam pistil terdapat ovul, dan dalam setiap satu
ovul, sel seks wanita (telur) dihasilkan. Telur yang telah disenyawakan berkembang menjadi
embrio, dan akhirnya menjadi benih yang matang. Bijian debunga dengan tiub dan
kandungannya adalah bahagian lelaki bagi tumbuhan yang berbunga manakala tisu pusat
(pundi embrio) dengan telur merupakan bahagian betina tumbuhan yang berbunga.
25 Harun Yahya, Sex In Plants, http://www.quranandscience.com/quran-science/plants/176-sex-in-plants, 9 Mei 2009
20 | P a g e
15) Kebaikan Madu26
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau
sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya
kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang
berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai
penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan
kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”
Surah Al-Nahl Ayat 69
Ayat ini membuktikan bahawa madu boleh menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit
seperti Asthma.
16) Hujan dan tumbuhan27
26 Faisal, KELAS 11. AL-QUR'AN SELARI DENGAN SAINS MODEN,http://teaching4muallaf.blogspot.com/2010/12/kelas-11-al-quran-selari-dengan-sains.html, 15 Disember 2010
27 Dr. Zaghloul El-Naggar, Is the Likeness of a Garden on a Height, http://www.quranandscience.com/quran-science/plants/171-is-the-likeness-of-a-garden-on-a-height, 19 November 2010
21 | P a g e
“Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah
dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah
seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan
hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun
(cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu
lakukan.”
Surah Al-Baqarah Ayat 256
Apabila hujan turun dengan lebat di kawasan yang tinggi, tanah dan tumbuhan yang tumbuh
diatasnya akan menyerap air sebanyak mana yang diperlukan. Lebihan air hujan tersebut
akan mengalir ke kawasan yang lebih rendah. Kandungan air di dalam tanah yang
mencukupi dapat membantu akar tumbuhan untuk berkembang jauh ke dalam tanah. Oleh
yang demikian, lebih banyak elemen dan nutrient tanah yang dapat diserap oleh akar. Di
samping itu, perkembangan akar dapat mengukuhkan tumbuhan daripada angina yang kuat
serta faktor alam yang lain. Buah- buahan juga turut berbuah berlipat kali ganda apabila
hujan turun dengan lebat dan sekiranya kelembapan berkurangan dan hujan turun dengan
sedikit, tumbuh-tumbuhan di kawasan yang tinggi masih boleh berbuah.
22 | P a g e
17) Buah Kurma28
“Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan
makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu
tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan
akalnya.”
Surah Al-Nahl Ayat 67
Ayat ini memberitahu bahawa buah kurma dan buah anggur boleh dijadikan minuman yang
haram iaitu arak. Walau bagaimanapun, buah- buah tersebut juga boleh dijadikan minuman
dan makanan yang halal seperti jus buah, jem dan pelbagai lagi jenis makanan dan
minuman.
28 N.A. Rahman, Tumbuhan Dalam Al-Quran, http://diskusibotani.blogspot.com/2010/02/tumbuhan-dalam-al-quran.html, 26 Februari 2010
23 | P a g e
RUMUSAN
Melalui perbincangan yang telah dibuat, jelas menunjukkan bahawa al-Quran
mempunyai pelbagai keunikan khususnya dalam bidang botani. Ayat-ayat yang terkandung
dalam Kitab Suci ini mempunyai makna yang sangat mendalam dan mempunyai nilai yang
sangat unik serta sudah pastinya membawa makna yang signifikan untuk kehidupan
manusia. Bagi mendapatkan hasil yang efektif sudah tentu kajian terhadapnya perlu
dilakukan melalui integrasi teknologi dan ilmu moden. Seharusnya satu kajian yang lebih
komprehensif dalam pelbagai bidang ilmu moden terhadap sains al-Quran perlu dilakukan
ke arah transformasi ilmu demi faedah umat sejagat.
24 | P a g e
BIBLIOGRAFI
1. Wikipedia, ensiklopedia bebas, Botani, http://www.wikipedia.org/wiki/Botani
2. N.A. Rahman, Tumbuhan dalam Al-Qur’an,
http://diskusibotani.blogspot.com/2010/02/tumbuhan-dalam-al-quran.html, 26 Februari
2010
3. Ugin Olegune, Manfaat Buah Anggur Bagi Kesehatan,
http://manfaatdaunku.blogspot.com/2013/10/manfaat-buah-anggur-bagi-kesehatan.html,
27 Jun 2014
4. Wikipedia, ensiklopedia bebas, Bawang Merah,
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bawang_merah, 6 April 2014
5. Wikipedia, ensiklopedia bebas, Bawang Putih,
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bawang_putih, 31 Mac 2013
6. Kadazan Boy, Khasiat Biji Sawi, http://boykadazan.blogspot.com/2012/06/khasiat-biji-
sawi.html, 16 Jun 2012
7. hariff71, Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin,
http://santaihariff71.blogspot.com/2013/09/khasiat-dan-kelebihan-buah-tin.html, 24
September 2013
8. MaduDanKurma, Khasiat Buah Delima,
http://madudankurma.blogspot.com/2012/10/khasiat-buah-delima.html, 20 Oktober 2012
9. Wikipedia, ensiklopedia bebas, Halia, http://ms.wikipedia.org/wiki/Halia, 7 Mac 2013
10. Encik Octant, Apa Khasiat 5 Jenis Kekacang Ini untuk Anda?,
http://petuasejagat.blogspot.com/2010/10/khasiat-5-kacang-untuk-anda.html, 12 Oktober
2012
11. Dokter Cantik, Manfaat Kapur Sirih, http://www.doktercantik.com/191/manfaat-kapur-
sirih.html#_, 19 Julai 2012
25 | P a g e
12. aal alfi, Manfaat Buah Labu Untuk Kesehatan,
http://manfaattumbuhanbuah.blogspot.com/2013/12/manfaat-buah-labu-untuk-
kesehatan.html, 30 Disember 2013
13. Mohamed Akhiruddin Ibrahim, M.Y.Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff & Azniwati AbdulAziz,
KEMUKJIZATAN BIOLOGI DALAM AL-QUR’AN DARI PERSPEKTIF SAINS: SATU
TINJAUAN, http://ejum.fsktm.um.edu.my/article/1305.pdf, 2012
14. Ummah Madani, Peranan Klorofil Dalam Tumbuhan Menurut Al Qur'an Dan Sains,
http://kaunselingsyarie.blogspot.com/2013/07/peranan-klorofil-dalam-tumbuhan-
menurut.html, 22 Julai 2013
15. Harun Yahya, Sex In Plants, http://www.quranandscience.com/quran-science/plants/176-
sex-in-plants, 9 Mei 2009
16. Faisal, KELAS 11. AL-QUR'AN SELARI DENGAN SAINS MODEN,
http://teaching4muallaf.blogspot.com/2010/12/kelas-11-al-quran-selari-dengan-
sains.html, 15 Disember 2010
17. Dr. Zaghloul El-Naggar, Is the Likeness of a Garden on a Height,
http://www.quranandscience.com/quran-science/plants/171-is-the-likeness-of-a-garden-
on-a-height, 19 November 2010
26 | P a g e