folio sejarah sekolah skts
DESCRIPTION
SEKOLAH KITA TANGGUNGJAWAB KITATRANSCRIPT
Bentuk : Bentuk Perisai
Lambing : Obor, buku, dan bikar
Cogan kata : Ilmu Suluh Hidup
Warna : Hijau, putih,merah dan kuning
PENGERTIAN
Buku dan bikar : Ilmu Pengetahuan
Obor : Ilmu menerangi kehidupan
Warna hijau : Penerapan nilai-nilai Islam
Warna putih : Nilai-nilai rohani
Warna Merah : Cita-cita rakyat dan masyarakat
Warna kuning : Kesetiaan kepada Raja dan Negara
1
Lagu sekolah
Kami murid - muridSekolah tanjong sepat
Berazam belajar bagi menimba ilmu
Ilmu menjamin Di kala kami dewasa
Untuk Negara bangsa juga agama
Ilmu suluh hidupItulah cogankata
2
Senarai guru besar
Sekolah kebangsaan tanjung sepat
1. En. Ab. Rashid bin Doya 14.10.1951 ~ 27.11.1965
2. En. Jamian bin Hj Ikhsan 27.11.1965 ~ 03.04.1977
3. En. Safatano bin Jayus 01.05.1977 ~ 16.08.1982
4. En. Subohi bin Hj. Sirah 16.08.1982 ~ 30.09.1985
5. En. Ismail bin Ab. Wahid 01.10.85
3
PengenalanSekolah Kebangsaan Tanjung Sepat (Sekolah Melayu) telah diasaskan pada
tahun 1948 oleh Encik Misron bin Taib. Beliau merupakan Ketua Kampung
Tanjung Sepat pada ketika itu. Pada mulanya, sekolah ini menumpang
dibangunan surau. Murid yang belajar pada ketika itu seramai 25 orang
sahaja. Encik Miswan bin Rambli merupakan tenaga pengajar sukarela yang
pertama mengajar di sekolah ini. Pada waktu itu, amat sukar untuk
mendapatkan tenaga pengajar kerana rata-rata penduduk di situ tidak tahu
membaca dan menulis.
Penubuhan sekolah ini, adalah atas dasar kesedaran penduduk
Kamung Tanjung Sepat sendiri yang ingin melihat anak-anak mereka
mempunyai pendidikan yang baik tidak seperti mereka. Anak-anak
penduduk Kampung Tg Sepat ramai yang tidak ke sekolah kerana jarak
sekolah daripada rumah mereka agak jauh. Anak-anak yang hendak ke
sekolah, mereka ditempatkan di Sekolah Melayu Batu Laut (Sekolah
Kebangsaan) yang jaraknya kira-kira 4 batu atau di Sekolah Melayu Tumbuk
yang jaraknya kira-kira 4 batu juga daripada rumah mereka.
Walaupun jaraknya sekadar 4 batu tetapi pada ketika itu, jalan
perhubungan untuk ke sekolah tersebut tiada. Jalan yang menghubungkan
kedua-dua sekolah hanyalah lorong-lorong kecil (denai) yang dikenali
4
sebagai lorong tikus. Keadaan lorong tersebut lecah dan perlu melalui
pinggir hutan.
Walaupun sekolah yang ditubuhkan oleh penduduk kampung tidak
menerima pengiktirafan kerajaan, namun sekolah itu tetap beroperasi. Ini
kerana penduduk kampung ingin melihat anak-anak mereka tahu membaca,
menulis dan mengira. Atas usaha gigih penduduk kampung, akhirnya telah
mengiktiraf Sekolah Melayu Tanjung Sepat pada 14 Oktober 1951. Lantaran
itu, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah menempatkan dua orang guru
yang terlatih di Sekolah Melayu Tanjung Sepat (Sekolah Kebangsaan). Guru
tersebut ialah En. Ab. Rashid bin Doya selaku guru besar di sekolah tersebut
dan En. Idris bin Kahar sebagai guru penolong kanan.
Perkembangan sekolah
Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat telah berkembang semenjak ianya
ditubuhkan. Sebelum diambil alih oleh kerajaan, sekolah ini mempunyai
seorang tenaga pengajar sukarela yang tidak terlatih. Beliau merupakan
penduduk kampung yang tahu menulis dan membaca. Tiada sukatan
tertentu bagi mata pelajaran yang diajar. Pelajaran yang diajar ialah
membaca, menulis dan mengira. Waktu belajar pula bermula disebelah
petang dari pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang.
5
Setelah diambil alih pentadbirannya oleh kerajaan mulai 14hb
Oktober 1951, sekolah ini mulai berkembang dengan pesat. Bilangan murid
bertambah begitu juga dengan bilangan kelasnya dari tahun ke tahun.
Sekarang (1989) ini, murid SKTS seramai 432 orang, belajar dalam 14 buah
kelas dengan tenaga pengajarnya seramai 23 orang.
Perkembangan murid, kelas dan guru
Jadual 1: Perkembangan Murid, Kelas & Guru Dari Tahun 1950
Tahun Murid Kelas Guru
1950 30 1 1
1951 43 2 2
1952 50 3 3
1953 58 4 4
1954 65 5 4
6
1955 71 6 5
1956 76 6 5
1957 80 6 6
1958 85 6 6
1959 90 6 6
1960 95 6 6
1961 102 6 6
1962 114 6 6
1963 127 6 6
1964 137 6 6
1965 145 6 6
1966 164 6 6
1967 177 6 6
1968 195 8 10Tambah 2 kelas murid
asli
1969 202 8 10
1970 215 8 10
1971 242 9 12
1972 264 9 12
1973 272 9 12
1974 271 9 12
1975 273 9 12
1976 291 10 13
7
1977 293 10 13
1978 298 10 14
1979 312 10 14
1980 320 12 16
1981 315 12 16
1982 319 12 17Tambah 1 guru
pemulihan
1983 320 12 17
1984 341 13 19
1985 374 13 19
1986 393 14 21
1987 405 14 21
1988 420 14 23
1989 432 14 23
Perkembangan kemudahan asas
8
Paip AirPaip air telah dibekalkan ke sekolah ini dalam tahun 70-an. Walaupun saluran paip telah dipasang tetapi air paip tidak keluar sehingga awal tahun 1988. Sepanjang masa tersebut, pihak Jabatan Bekalan Air telah memberikan bantuan air. Selain dari itu, pihak sekolah memasang pam air untuk keperluan membasuh atau menyiram pokok bunga.
Bekalan ElektrikSekolah ini mendapat bekalan elektrik pada tahun 1984. Sebelum mendapat bantuan bekalan elektrik, sekolah ini dibekalkan sebuah jenerator untuk pengajaran TV pendidikan.
Kantin SekolahKantin Sekolah telah dibina pada tahun 1969 atas peruntukan YB Encik Lim Tuan Siong, Ahli Dewan Undangan Batu Laut.
9
Sejarah Perkembangan fizikal sekolah
Setelah menumpang dibangunan surau selama dua tahun,
pada awal tahun 1950 penduduk kampung telah bergotong
royong membina sebuah bangunan untuk dijadikan sekolah. Bangunan
sepanjang 30 kaki dan lebar 20 kaki dibina menggunakan kayu hutan yang
banyak terdapat disekitar kampung. Tujuan pembinaan bangunan sekolah
ini, untuk mengatasi masalah pembelajaran murid di surau terutamanya
murid-murid perempuan.
Usaha untuk mendapatkan pengiktirafan kerajaan dan guru-guru
yang terlatih terus dijalankan. Pihak Jabatan Pendidikan Selangor meminta
supaya penduduk kampung membina bangunan sekolah yang lebih
sempurna sebelum mendapatkan pengiktirafan kerajaan dan juga guru
terlatih. Pada Mei, 1951 penduduk kampung telah bergotong – royong
membina bangunan baru di sebidang tanah kepunyaan Encik Samat bin
Marzuki. Bahan binaan dan peralatan diambil dari bangunan Sekolah Melayu
Tumbuk yang telah dirobohkan kerana penduduknya dipindahkan ke tempat
lain bagi mengelakkan ancaman komunis. Pada ketika itu (masa darurat)
Kampung Tumbuk merupakan kampung sasaran pihak Komunis. Bangunan
baru ini siap dan mula digunakan pada bulan Ogos 1951 dengan muridnya
seramai 43 orang sahaja.10
Pada 14 Oktober 1951, kerajaan telah mengambil alih pentadbiran
Sekolah Melayu Tanjung Sepat (Sekolah Kebangsaan) ini dengan
menempatkan dua orang guru iaitu En. Ab. Rashin bin Doya dan En. Idris bin
Kahar. En. Ab. Rashid bin Doya merupakan guru besar yang pertama di
sekolah tersebut.
Mei 1960, kerajaan telah membina bangunan baru mengandungi tiga
bilik darjah dan sebuah pejabat guru besar. Bangunan ini dibina pada sebuah
tapak yang berkeluasan 4.3 ekar, di Lot No.1164. Tapak ini telah dibeli oleh
kerajaan. Pemindahan sekolah ini dibuat kerana tapak lama yang
didermakan oleh En. Samat bin Marzuki terlalu sempit dan tidak sesuai
kedudukannya. Pada akhir tahun 1960, bangunan baru ini telah mula
digunakan dengan murid seramai 95 orang.
Oleh kerana, hanya terdapat tiga buah bilik darjah sahaja sedangkan
terdapat 6 buah kelas yang sepatutnya maka sekolah ini terpaksa beroperasi
untuk dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Keadaan ini berterusan
sehingga tahun 1975. Pada Januari 1975, kerajaan telah membina sekolah
tambahan empat bilik darjah dan juga pejabat guru besar bagi menampung
seamai 271 orang murid.
Pada tahun 1983, YB Datin Paduka Hajah Aishah Ghani telah memberi
peruntukan untuk membina pentas. Keadaan ini telah menyebabkan bilik
darjah berkurangan dan ditambah pula dengan bilangan murid yang semakin
bertambah. Pada tahun 1984, murid sekolah ini meningkat seramai 341
11
orang menyebabkan bilik darjah yang ada tidak dapat menampung jumlah
murid tersebut. Dua buah kelas terpaksa menumpang di Balai Raya. Pada 8
Januari 1985, kerajaan telah membina bangunan tambahan yang
mempunyai dua bilik darjah atas peruntukan Projek Kilat. Pada 12 Jun 1985
kerajaan sekali lagi membina 2 bilik darjah atas peruntukan Projek kilat juga.
Pada 21 Februari 1986, bangunan 3 bilik darjah yang dibina pada
tahun 1960 terpaksa dikosongkan kerana keadaannya yang terlalu uzur dan
membimbangkan. Bangunan tersebut dikosongkan atas arahan Jurutera
Jabatan Kerja Raya setelah beliau membuat lawatan dan kajian. Kesan
daripada hal tersebut, 3 buah kelas terpaksa ditumpangkan di Sekolah
Agama Tanjung Sepat. Sehingga sekarang (1989), 5 buah kelas telah
ditumpangkan di Sekolah Agama Tanjung Sepat bagi mengatasi masalah
persekolahan dua sesi.
PRESTASI SEKOLAH DIBIDANG AKADEMIK BERDASARKAN PEPERIKSAAN PENILAIAN DARJAH LIMA (PPDL) DAN UPSR DARI
TAHUN 1967 – 1988
Pencapaian prestasi akademik sekolah ini begitu merosot sekali dalam tahun
1960an dan 1970an. Hanya pada tahun 1972, pencapaian akademik
mencapau 56.6%. untuk mengatasi masalah ini, pada tahun 1982 telah
dilancarkan projek Kempen Kesedaran yang melibatkan ibubapa, guru-guru,
jabatan-jabatan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan, Jabatan
12
Masyarakat dan juga Pejabat Daerah. Hasilnya mulai tahun 1983,
pencapaian akademiknya makin meningkat.
Jadual 2: Pencapaian Akademik PPDL dan UPSR
Tahun PPDL UPSR
1967 0.0 %
1968 0.0 %
1969 8.0%
1970 5.0%
1971 5.2%
1972 56.6%
1973 12.1%
1974 21.2%
1975 25.8%
1976 26.1%
1977 11.3%
1978 22.7%
1979 29.7%
1980 5.3%
1981 6.2%
1982 8.3%
1983 23.2%
1984 56.8%
13
1985 63.8%
1986 57.3%
1987 Tiada peperiksaan
1988 -
Sejarah PENTADBIRAN sekolah
14
Pada 1 Februari 1969, Sekolah Asli Tanjung Sepat yang terletak kira-kira 1.5
km dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat telah dicantumkan
pentadbirannya mengikut surat Pejabat Pelajaran Selangor –JPS (149) dalam
Pej.Pel.Sel.1096. Sekolah asli tersebut menempatkan murid asli Tahun Satu
dan Tahun Dua. Manakala murid asli Tahun Tiga dan seterusnya belajar di
Sekolah Kebangsaan Tanjun Sepat bersama-sama dengan murid-murid lain.
Berikut adalah nama-nama Guru Besar yang telah bertugas di Sekolah
Kebangsaan Tanjung.
1. En. Ab. Rashid bin Doya 14.10.1951 ~ 27.11.1965
2. En. Jamian bin Hj Ikhsan 27.11.1965 ~ 03.04.1977
3. En. Safatano bin Jayus 01.05.1977 ~ 16.08.1982
4. En. Subohi bin Hj. Sirah 16.08.1982 ~ 30.09.1985
5. En. Ismail bin Ab. Wahid 01.10.85
Nama-nama yang tercatit di atas merupakan guru besar yang telah
memberikan sumbangan untuk memajukan bidang pendidikan semasa
perkhidmatan mereka di Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat.
PENGERUSI LEMBAGA PENGURUS15
Tuan Haji Ismail bin Haji Omar telah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga
Pengurus pada tahun 1970. Beliau telah berkhidmat hingga sekarang.
Sumbangan beliau terhadap kemajuan sekolah terlalu banyak.
PENGERUSI PERSATUAN IBU BAPA & GURU
Encik Pamanin bin Misron telah dilantik menjadi Pengerusi PIBG pada tahun
1976. Beliau masih berkhidmat hingga sekarang. Beliau adalah Ketua
Kampung Tanjung Sepat dan anak kepada Encik Misron bin Hj Taib, Pengasas
Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat. Beliau telah memberikan sumbangan
berupa khidmat, kewangan dan lain-lain lagi bagi menjayakan dan
meningkatkan prestasi sekolah.
16
PERISTIWA BERSEJARAH SK TANJUNG SEPAT
1. Pada bulan Ogos 1977, satu rombongan seramai 40 orang terdiri dari
Pegawai-pegawai Kerajaan dan Ketua-ketua Kampung dari Negeri
Pahang, Terengganu dan Kelantan telah melawat sekolah ini bagi
meninjau perlaksanaan A.M.P di sekolah ini.
2. Pada 25.5.1978, satu pengambaran filem anjuran Jabatan Perdana
Menteri dilakukan di sekolah ini. Pengambaran tersebut dilakukan oleh
Syarikat Sabah Film tentang kegiatan Projek A.M.P di sekolah ini
seperti kegiatan berkebun sayur, ternakan ayam dan makanan
tambahan.
3. Pada 1.6.1979, YB timbalan Perdana Menteri Besar Selangor, Dato’ Haji
Ahmad Razali bin Hj Mohd Ali telah hadir untuk merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG. Beliau telah mendermakan sebuat mesin rumput kepada
sekolah.
4. 8 April 1983, YB Datin Paduka Hajjah bt Ab Ghani, telah datang ke
sekolah ini untuk merasmikan pentas sumbangan beliau.
5. 9 November 1985, Ahli Jawatan Kuasa PIBG dan guru-guru Sekolah
Rendah Kebangsaan Perempuan Bukit Bintang I, Kuala lumpur datang
melawat ke sekolah ini untuk meninjau kemajuan sekolah luar Bandar.
17
Ditulis pada : 29 oktober 1989Di tulis semula pada 14 april2015Oleh: pn norzuliana bt superman
Gpm skts 2015
18