fonem segmental dalam bahasa melayu
TRANSCRIPT
FONEM SEGMENTAL
DALAM BAHASA MELAYU
DISEDIAKAN OLEH : WEE WEI CHUAN : FATIN AIN NABILA BINTI NORMI
KONSONAN SENGAUANBunyi sengau dihasilkan apabila
lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar melalui rongga hidung.
Semua bunyi sengau adalah bersuara.Empat bunyi konsonan sengau dalam
bahasa Melayu iaitu :[m][n][ᶮ][ᵑ]
KONSONAN SENGAUAN• Dihasilkan apabila bibir bawah
dirapatkan kepada bibir atas• Lelangit lembut dalam keadaan
biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung
• Contoh perkataan : makan, rimba, malam
Sengau dua bibir bersuara
[m]• Dihasilkan dengan hujung lidah
dirapatkan kepada gusi• Lelangit lembut dalam keadaan
biasa• Contoh perkataan : nasi,
bandar, taman
Sengau gusi
bersuara [n]
KONSONAN SENGAUAN• Dihasilkan dengan depan
lidah dirapatkan kepada lelangit keras gusi
• Lelangit lembut dalam keadaan biasa
• Contoh perkataan : nyiru, senyap, nyamuk
Sengau lelangit keras gusi
bersuara [ᶮ]
• Dihasilkan belakang lidah diangkat dan dirapatkan kepada lelangit lembut
• Contoh perkataan : nganga, bunga, lalang
Sengau lelangit lembut
bersuara [ᵑ]
KONSONAN SENGAUANSengau dua bibir bersuara [m] Sengau gusi bersuara [n]
Sengau lelangit keras gusi bersuara [ᶮ]
Sengau lelangit lembut bersuara [ᵑ]
KONSONAN SISIAN• Bahasa Melayu mempunyai hanya satu bunyi konsonan
sisian iaitu [l].• Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian gusi
bersuara.• Bunyi konsonan sisian ini dihasilkan apabila udara
dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah.• Cara membunyikan [l] ialah:
Hujung lidah diangkat ke tengah gusi.Lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak.Udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi kanan
dan kiri lidah dan menggetarkan pita suara.• Contoh perkataan: lari, baldi, katil
KONSONAN SISIAN
KONSONAN SEPARUH VOKAL• Bunyi ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi
vokal ini tidak dihasilkan dalam keadaan yang sempurna.
• Bunyi ini tidak dapat dikatakan sebagai bunyi vokal kerana semasa ia dilafazkan berlaku sekatan kepada aliran udara.
• Semasa pengucapannya, kedudukan lidah sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi keadaan ini hanya separuh jalan sahaja.
KONSONAN SEPARUH VOKAL [w]• [w] merupakan separuh vokal dua bibir bersuara.• Cara membunyikan [w] ialah:
Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.
Lelangit lembut terangkat ke bahagian rongga tekak.
Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah.
• Contoh perkataan: wayang, kawan, haiwan
KONSONAN SEPARUH VOKAL [y]• Fonem [y] merupakan separuh vokal lelangit keras
bersuara.• Cara membunyikan [j] ialah:
Depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan.
Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak.
Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah.
• Contoh perkataan: yang, tayang, bayar
KONSONAN PINJAMAN• Merupakan konsonan yang dipinjam dari
bahasa lain.• Ada lapan konsonan pinjaman dalam bahasa
Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
• Semua konsonan pinjaman adalah fonem konsonan geseran.
• Banyak konsonan dalam kata pinjaman yang telah digantikan dengan konsonan Melayu.
KONSONAN PINJAMAN
f v Ɵ (th)
ð (dh) Ṧ (sy) γ (gh)
x(kh) z
KONSONAN PINJAMANHuruf Fonem Contoh penggunaan
f /f/ fakir
v /v/ variasi
th /Ɵ/ mithal (misal)
dh /ð/ dharab (darab)
z /z/ zaman
sy /Ṧ/ masyarakat
kh /x/ khas
gh /γ / ghaib