fonetik dan fonorlogi

Upload: muhd-hilmi-akhir

Post on 03-Apr-2018

284 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    1/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 1

    1.0 PENGENALAN

    Bahasa Melayu di Malaysia (BM) diakui sebagai bahasa nasional berdasarkan

    Peraturan 152 Pasal 1. Undang-undang ini baru disahkan pada tahun 1968 M, atau

    sembilan tahun pasca kemerdekaan negara itu. Meskipun di dalam Undang-undang

    itu digunakan istilah Bahasa Melayu, Bahasa Melayu berulangkali berganti nama

    rasmi. Dari pertama bernama Bahasa Melayu, diganti menjadi Bahasa Malaysia,

    kemudian berganti lagi menjadi Bahasa Melayu, dan terakhir pada tahun 2007, nama

    rasmi bahasa ini kembali menjadi Bahasa Malaysia.

    Penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia tidak begitu disambut secara etnik

    oleh warga ketika bahasa itu disahkan sebagai bahasa nasional. Justeru bahasa

    Inggris yang sering digunakan, terutama di kalangan etnik Cina dan India walaupun

    mereka termasuk warga minoriti. Hal ini membuat pemerintah berusaha

    menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu melalui beberapa peraturan, misalnya

    pada tahun 1961 dikeluarkan Akta Pelajaran dan pada tahun 1963 dikeluarkan Akta

    Bahasa Kebangsaan. Namun demikian, peraturan-peraturan ini dinilai secara

    keseluruhan oleh sebagian kalangan seperti pernyataan seorang Ketua HakimNegara pada tahun 1979, bahawa Bahasa Melayu tidak mungkin digunakan di

    mahkamah (pengadilan) kerana berbagai keterbatasan yang dimiliki Bahasa Melayu.

    Perubahan baru terjadi pada dekad 80-an, yakni ketika Bahasa Melayu

    berhasil menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah, bermula taman kanak-kanak

    sampai perguruan tinggi. Perubahan ini seiring dengan peranan Dewan Bahasa dan

    Pustaka (DBP dirasmikan pada tahun 1956) yang semakin lancar kemasyarakatan

    Bahasa Melayu.

    Pasca perubahan ini, Bahasa Melayu akhirnya berhasil menduduki lima fungsi

    yang harus dimiliki oleh sebuah bahasa nasional: fungsi sebagai bahasa nasional itu

    sendiri, sebagai bahasa rasmi, sebagai bahasa perpaduan, sebagai bahasa ilmu

    pengetahuan dan terakhir sebagai bahasa pendidikan.

    Bahasa Melayu yang memiliki wilayah sebar tutur di sebuah negara yang luas

    seperti Malaysia, tentunya, memiliki perbezaan cara tutur. Masing-masing Negeri

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    2/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 2

    (daerah) hampir memiliki satu dialek tersendiri, yang berbeza dengan daerah lainnya.

    Dialek-dialek BM yang masyhur di Malaysia antara lain, dialek Johor di Negeri Johor

    yang terletak paling selatan, dialek Perak di Perak Darul Ridzuan, dialek Melaka di

    Negeri Melaka sebelah utara Johor, dialek Kedah yang terdapat di Negeri Kedah

    Darul Aman, dan terakhir dialek Sarawak yang terletak di Malaysia Timur atau di

    Pulau Kalimantan yang disebut juga dengan Pulau Borneo.

    Kata /kapal/ yang terdapat di dalam Bahasa Melayu Piawai (standard) dapat

    dijadikan sebagai contoh yang jelas. Meski tetap direalisasikan menjadi /kapal/ di

    Johor, Melaka dan Sarawak, di Perak ia malah direalisasikan (baca; diucapkan)

    menjadi /kap

    / dan di Kedah direalisasikan menjadi /kapaj/. Contoh lain yang lebihmendalam perbezaannya adalah kata /pagar/. Di Johor orang menyebutnya /paga/,

    di Perak orang menyebut /pag/, akan tetapi di Melaka malah disebut /pagaw/, di

    Kedah disebut /paga?/ (dengan glotis atau hamzah di akhir) dan di Sarawak menjadi

    /pagaR/. /r/ yang terdapat di akhir kata /pagar/ ternyata direalisasikan dengan cara

    yang berbeza oleh dialek-dialek ini dan justeru kerana perbezaan kecil nan khas

    inilah mereka menjadi dialek.

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    3/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 3

    2.0 MENYEDIAKAN SATU RAKAMAN PERBUALAN DALAM DIALEK DAERAH

    TERTENTU DAN TULISKAN TRANSKRIPSI FONETIK RAKAMAN

    TERSEBUT. PANJANG RAKAMAN ADALAH ANTARA 7-10 MINIT.

    2.1 TULISAN TRANSKRIPSI FONETIK DARIPADA RAKAMAN YANG DIAMBIL

    (DIALEK PERAK DAN PATANI)

    Hasil temu bual bersama En Hamid Bin Saleh atau dikenali sebagai Pakcu

    a)Transkripsi asal

    Name Pakcu , Name betol Abdul Hamid bin Saleh. Kampong Banggol Batu. No

    no ghumah tak ingat.Umor lapan puloh empat.Tak de pe anok tige.Peghempuan

    sume. Tapi kalo kite berjalan hok anok buah ghamai hok bele ghamai hok bele kecik

    tige oghang. sughpe kite cekgu, makan jangan kighe malam kadang tige oghang

    makan, kadang oghang maghi daghi jaoh makan. Beghas adedue kampit, ade

    sekampit lagi. Batu, di Batu ghing nu sang kedembai tegurnye, Sang Kedembai tu

    asal-usulnye die tu ngan gergasi ceghiternye tu. Boleh paham jugok

    cikit.ngangergasi, gergasi kate aku nok beloh gunong aa ceghiternye, kate dek Sang

    Kedembai aku nok tegor oghang jadi batu puncenye, lepas tu adele oghang Batu

    Ghing. Batu Ghing tu oghang belaroghle aghi kemagho,panasnye tak ujan-ujan tak

    ujan ni tadi, lelame oghang belaghokle anjing ngan kucing. Ha tula cheghiternye

    asalnye dari situ. Sang Kedembai le mule dengan tutu ngan gergasi.Gergasi kate

    aku tak nok, nok makan. Kate dek Sang Kedembai aku nak teghor.Ang tengok aku

    teghor,itula kendughi di Batu Ghing belaghak anjing ngan kucing belaghok mujor

    oghang tu dok atas lesung batu. Buting SulongButing Sulong tadi deme tengah

    belaghak Sang Kedembai pon lalu la.Lalu lalunye tegor abis, tinggal oghang atas

    lesong tak jadi batu. Nasible Sang Kedembai tu takdok, kalo ade abisle kite jadi batu.

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    4/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 4

    Tegor jadi batu, tegor jadi batu tula Batu Puteghi die teghur. Boleh pinjam mangkok

    Sang Kedembai jugak, lepas deme tok antar hok pecah lansong tak dapat.

    Haagua tule gua Batu Puteri hak dok dalam nu deme panggil pecah batu.

    b)Transkripsi simbol fonetik

    [Nam] [Pakcu] , [Nam] [betol] [Abdul Hamid] [bin Saleh]. [Kampo] [Bagol

    Batu] . [No] [no umah] [tak] [iat]. [Umor] [lapan] [puloh] [mpat]. [ Tak d p]

    [anok] [tig]. [Pmpuan] [sum]. [ Tapi] [kalo] [kit] [brjalan] [hok] [anok]

    [buah] [amai] [hok] [bl] [amai] [hok] [bl] [kcik] [tig] [oa]. [sup] [kit]

    [cekgu], [makan] [jaan] [kigh] [malam] [kada] [tig] [oa] [makan], [kada]

    [oa] [mai] [dai] [jaoh] [makan]. [Beas] [ad] [du] [kampit], [ad] [skampit]

    [lagi]. [Batu], [di] [Batu] [i] [nu] [sa] [kdmbai] [tgur e], [Sa Kdmbai] [tu]

    [asal-usule] [di tu] [an] [grgasi] [citer tu]. [Boleh] [paham] [jugok] [cikit].

    [an] [grgasi], [grgasi] [kat] [aku] [nok] [beloh] [guno] [aa] [citr ], [kat]

    [dk] [Sa Kedembai] [aku] [nok] [tegor] [oa] [jadi] [batu] [punc], [lpas tu]

    [adl] [oa] [Batu] [ing]. [Batu] [i] [tu] [oa] [blarole] [ai] [kmao],

    [panas] [tak] [ujan-ujan] [tak] [ujan] [ni] [tadi], [llam] [oa] [blaokl] [anji]

    [an] [kuci]. [Ha] [tula] [chitr ] [asal ] [dari] [situ]. [Sa Kdmbaile] [mul]

    [dan] [tu][tu] [an] [grgasi].[Grgasi] [kat] [aku] [tak] [nok], [nok]

    [makan].[Kat] [dek] [Sa Kdmbai] [aku] [nak] [tor].[A] [tengok] [aku]

    [tor],[itula] [kndui] [di] [Batu] [i] [blaak] [anji] [an] [kuci] [blaok]

    [mujor] [oa] [tu] [dok] [atas] [lsu] [batu]. [Buti] [Sulo][Buti] [Sulo] [tadi]

    [dem] [tah] [blaak] [Sa Kdmbai] [pon] [lalu] [la].[Lalu] [lalu ] [tgor]

    [abis],[tigal] [oang] [atas] [lso] [tak] [jadi] [batu].[Nasibl] [Sa Kdmbai] [tu]

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    5/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 5

    [takdok],[kalo] [ad] [abisl] [kit] [jadi] batu]. [tgor] [jadi] [batu],[tgor] [jadi]

    [batu] [tula] [Batu Putei] [di] [teur]. [Boleh] [pinjam] [mangkok] [Sa Kdmbai]

    [jugak], [lpas] [dem] [tok] [antar] [hok] [pecah] [lanso] [tak]

    [dapat].[Haa][gua] [tul] [gua] [Batu] [Putri] [hak] [dok] [dalam] [nu] [dem]

    [pagil] [pcah] [batu].

    c)Bahasa Standard

    Nama pakcu yang sebenar ialah Abdul Hamid Bin Saleh. Tinggal di kampung

    Banggol Batu,no rumah tak ingat. Pakcu berumur lapan puluh empat tahun.Anak ada

    tiga orang dan kesemuanya ialah perempuan.Tetapi kalau kita pergi berjalan, anak

    buah ada ramai, begitu juga dengan yang dibela semasa kecil iaitu seramai tiga

    orang. Kita kalau pasal makan jangan berkira, kadang-kadang waktu malam orang

    mari dari jauh singgah rumah kita sediakan makanan. Beras di rumah ni biasanya

    ada dua kampit, habis guna sekampit ada simpan sekampit lagi. Cerita pasal batu,

    Sang Kelembai yang tegur. Asalnya Sang Kelembai tu berkawan dengan gergasi.

    Boleh dijadikan cerita, gergasi memberitahu kepada Sang Kelembai yang dia nak

    belah gunung,sementara itu Sang Kelembai pula kata aku mahu menegur orang

    supaya menjadi batu. Peristiwa ini bermula di Batu Ring, orang kampung semua

    belarak sebab hari kemarau.Kata gergasi aku nak makan. Jawab Sang Kelembai

    aku nak tegur, hang tengok aku tegur. Sebab itulah kenduri di Batu Ring orang

    bawa anjing dengan kucing untuk belarak masa kemarau. Nasib baik ada seorang

    yang duduk atas batu lesung semasa belarak tu. Namanya Buting Sulong. Masa

    tengah belarak Sang Kelembai lalu, semasa lalu tu habis semua dia tegur. Kecuali

    Buting Sulong yang duduk atas lesung batu tadi yang lain semua jadi batu. Nasib

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    6/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 6

    baikla sekarang Sang Kelembai sudah tiada, kalau tidak habisla kita ditegurnya

    menjadi batu. Apabila dia tegur jadilah batu.Pinggan mangkuk Sang Kelembai boleh

    dipinjam tetapi selepas orang yang meminjam itu tidak pulangkan semula yang

    pinggan yang pecah langsung Sang Kelembai tidak meminjamkan lagi pinggan

    mangkuknya.Terdapat gua di mana tempat Sang Kelembai tegur menjadi batu Puteri

    dan orang ramai menggelarkannya Pecah batu.

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    7/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 7

    3.0 MENGHURAIKAN FAKTOR-FAKTOR DAN KESAN KESILAPAN

    PENGGUNAAN SEBUTAN BAKU DALAM KALANGAN PENUTUR BAHASA

    MELAYU.

    3.1 FAKTOR-FAKTOR KESILAPAN PENGGUNAAN SEBUTAN BAKU DALAM

    KALANGAN PENUTUR BAHASA MELAYU

    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya kesilapan

    penggunaan sebutan bahasa baku di dalam kalangan penutur Bahasa Melayu ini.

    Antaranya ialah masalah globalisasi. Menurut Kamus Dewan, globalisasi

    didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil daripada

    segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi

    maklumat. Era globalisasi ini mula berkembang di seluruh pelusuk dunia.

    Perkembangan ini membawa banyak kesan positif walaupun kesan negatif yang

    diperoleh melalui perkembangan ini tidak dapat dinafikan.

    Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam menerima kesan negatif akibat

    daripada perkembangan globalisasi ini. Hal ini kerana perkembangan ini membawa

    kepada penggunaan telefon bimbit secara berleluasa dan ini membawa kepada

    penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara

    dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, sebenarnya mencemarkan

    bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan sering berlaku dalam

    SMS. Tujuaan penggunaan singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu

    adalah untuk menggantikan maksud sebenar. Hal ini berlaku disebabkan ruang yang

    disediakan cukup terhad. Kadang-kala ayat yang ditulis bercampur aduk antara

    Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih

    pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam

    ruang terhad itu, contohnya Nxt week blk umah tak? Bahasa SMS ini terbawa-bawa

    kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo hingga

    menyebabkan kesilapan penggunaan bahasa ini.

    Di samping itu, budaya asing yang meresap masuk ke negara kita juga

    merupakan salah satu punca kesilapan bahasa ini berlaku. Hal ini dapat dikaitkandengan budaya hip-hop yang semakin popular dalam kalangan remaja di Malaysia.

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    8/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 8

    Budaya hip-hop ini merupakan muzik jalanan yang muncul di New York, Amerika

    pada tahun 70-an. Muzik ini popular di Malaysia dengan kemunculan kumpulan-

    kumpulan muzik seperti Too Phat, The Rebel Scum dan sebagainya. Kemunculan

    muzik ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana penciptaan lirik lagu

    menggunakan bahasa pasar. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan ketua

    kumpulan The Rebel Scum yang mengatakan bahawa, Pada kami, perumpamaan

    dan istilah bahasa pasar lebih senang untuk ditulis dan yang mendengar memahami

    mesej yang nak disampaikan. Perbuatan ini membawa kepada pencemaran bahasa

    kerana para pendengar lagu hip-hop ini akan terbawa-bawa gaya tersebut dalam

    percakapan seharian seperti Yo,yo,yo, buat pe bro walaupun gaya ini dianggap

    sebagai bahasa seni dalam genre hip-hop.

    Disamping itu, Sektor pendidikan juga merupakan penyebab kepada kesilapan

    penggunaan bahasa ini. Keadaan ini berlaku berikutan Kementerian Pelajaran

    Malaysia yang menyarankan bahawa unsur-unsur tatabahasa mestilah diajarkan

    secara tidak formal. Penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar menjurus ke

    arah penggunaan ayat yang tercemar bahasanya dari segi tatabahasa, misalnya

    Saya berasal daripada Negeri Sembilan. Ayat ini tercemar dari segi penggunaan

    tatabahasa kerana sepatutnya kata sendi dari yang harus digunakan dalam ayat

    tersebut untuk menunjukkan tempat. Mohd Zaki bin Zakaria (2001) dalam kajiannya

    mendapati ada sebilangan guru yang langsung tidak mengajar tatabahasa dalam

    pengajaran berikutan saranan kementerian tersebut. Hal ini merupakan salah satu

    punca berlakunya pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia pada

    masa ini kerana perkara yang diajarkan di sekolah akan dijadikan ikutan sepanjang

    hidup dan sukar diubah seperti ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?

    Seterusnya, buku yang berbeza huraian atau pegangan juga mengakibatkan

    kesilapan penggunaan Bahasa Melayu. Perkara ini disebabkan perbezaan pendapat

    tokoh itu sendiri. Di negara kita ini, ada pelbagai buku, baik buku tatabahasa

    mahupun buku teks Bahasa Melayu, yang digunakan di sekolah. Bagi pengguna

    bahasa yang mendalami bidang Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, mereka

    pernah didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Za'ba, Asmah Omar dan

    lain-lain. Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek tatabahasa berdasarkan

    buku tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan. Hal ini mengakibatkan

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    9/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 9

    kekeliruan kerana ketidakseragaman huraian daripada segi ejaan, golongan kata dan

    tatabahasa. Sebagai contoh, ayat yang berfungsi untuk menjemput dinamakan

    sebagai ayat silaan dalam Tatabahasa Dewan manakala Arbak Othman pula

    menamakannya sebagai ayat ajakan dalam Tatabahasa Bahasa Malaysia.

    Tambahan lagi, penggunaan dialek oleh guru dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran Bahasa Melayu juga merupakan penyebab berlakunya pencemaran

    bahasa ini. Mengikut Kamus Dewan, dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang

    digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada

    bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Penggunaan dialek

    ini menjadi punca pencemaran Bahasa Melayu kerana guru-guru mengambil jalan

    mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa

    penghantar dengan alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang

    disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta

    mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan pelajar. Namun, tanpa

    disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam

    penguasaan bahasa. Para pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia

    yang akan memegang jawatan yang penting dan berpengaruh seperti pentadbir,

    penulis editor, pemimpin politik dan sebagainya. Sebagai contoh, penggunaan dialek

    adalah seperti berikut:

    1. Nogori Sembilan mempunyai sembilan daerah.

    2. Saya suka makang rambutan.

    Selain itu, media massa juga merupakan salah satu punca yang

    menyebabkan kesilapan penggunaan bahasa ini berlaku secara berleluasa pada

    masa ini. Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi

    ikutan pengguna bahasa, misalnya drama-drama ataupun rancangan yang disiarkan

    di kaca televisyen kebanyakannya menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran

    antara Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Di samping itu, sebilangan orang

    besar dan juga orang ramai termasuk yang membuat ulasan apabila diwawancara di

    kaca televisyen turut menggunakan bahasa rojak. Perkara-perkara seperti ini

    membawa kepada berlakunya pencemaran Bahasa Melayu kerana orang ramai akan

    mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media.

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    10/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 10

    Punca seterusnya adalah kerana pengguna Bahasa Melayu yang tidak

    mengetahui sistem Bahasa Melayu dengan betul. Setiap bahasa di dunia ini

    mempunyai sistem bahasa yang tersendiri. Sistem Bahasa Melayu pula terdiri

    daripada dari segi ejaan, morfologi dan sintaksis. Oleh sebab pengguna bahasa tidak

    mengetahui sistem bahasa ini, mereka melakukan kesalahan yang mencemarkan

    bahasa. Sebagai contoh, apitan pe-...-an selalu disalahgunakan.

    Seterusnya, kepelbagaian etnik di Malaysia juga merupakan salah satu punca

    kepada kesilapan penggunaan bahasa. Hal ini kerana terdapat orang bukan Melayu

    yang tidak fasih berbahasa Melayu dan ini menyebabkan mereka

    mencampuradukkan bahasa ibunda dengan Bahasa Melayu. Bahasa ini juga dikenali

    sebagai bahasa pasar. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu oleh pelbagai etnik di

    Malaysia juga membawa kepada pencemaran bahasa ini. Sebagai contoh,

    penggunaan bahasa pasar adalah seperti berikut:

    1. Saya punya anak hari-hari dia surat khabar baca.

    2. Tauke, itu ikan parang, belapa halga sekilo?

    3.2 KESAN-KESAN KESILAPAN PENGGUNAAN SEBUTAN BAKU DALAM

    KALANGAN PENUTUR BAHASA MELAYU

    Kesilapan penggunaan sebutan bahasa yang semakin berleluasa ini sudah pasti

    akan memberikan kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Kesan yang paling ketara

    adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan

    merosot. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam

    kalangan pelajar. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak

    dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada

    seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan

    dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa

    yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa

    yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan

    sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah

    pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri, iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    11/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 11

    daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar

    pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan

    pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair. Begitu juga

    pencemaran bahasa dalam bidang pentadbiran akan menyebabkan mutu Bahasa

    Melayu sama ada lisan atau tulisan merosot. Sekiranya pihak pentadbir

    menggunakan bahasa rojak ketika menyampaikan ucapan atau menggunakan

    bahasa rojak dalam urusan surat menyurat, sudah pasti akan menyebabkan mutu

    Bahasa Melayu itu merosot.

    Selain itu, kesilapan penggunaan sebutan bahasa juga menyebabkan

    kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan

    tergugat. Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan

    Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selaras

    dengan bahasa kebangsaan negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, maka

    Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di semua sekolah. Penggunaan

    bahasa rojak seperti percampuran Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam

    perbualan harian secara tidak langsung telah menggugat kedudukan Bahasa Melayu

    di negara ini. Hal ini kerana, penggunaan bahasa rojak yang melibatkan bahasa

    Inggeris dalam perbualan dianggap satu standard yang tinggi dalam kalangan

    masyarakat. Ditambah lagi, bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ekonomi dan

    pendidikan peringkat antarabangsa. Oleh hal yang demikian kerajaan mula

    melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam

    bahasa Inggeris. Pelaksanaan ini telah mengubah bahasa pengantar daripada

    Bahasa Melayu Kepada Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik

    yang sama sekali bertentangan dengan bahasa kebangsaan dalam Dasar

    Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa

    pengantar utama disekolah.

    Kesan daripada kesilapan penggunaan bahasa ini juga akan menyebabkan

    Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu. Bahasa Melayu

    merupakan satu bahasa yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Hal ini

    bermaksud, Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan bagi masyarakat Melayu

    untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu mempunyai peranan

    yang sangat penting, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pentadbiran, bahasa

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    12/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 12

    pengantar, bahasa rasmi dan sebagainya. Melalui peranan yang dinyatakan, kita

    seharusnya memahami dan mengaplikasikan peranan Bahasa Melayu dalam

    kehidupan seharian kita. Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian, kita

    seharusnya menggunakan Bahasa Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu tidak

    ditelan arus pemodenan atau globalisasi.

    Walau bagaimanapun, pada masa ini, Bahasa Melayu kian dilupakan dan

    semakin kurang penggunaannya dalam pertuturan seharian. Pada masa ini, Bahasa

    Melayu telah tercemar disebabkan oleh wujudnya bahasa lain dan pencampuran

    bahasa. Bahasa Melayu yang indah kian dilupakan oleh generasi-generasi pada

    zaman ini, khususnya generasi muda. Mereka telah terpengaruh dengan bahasa

    asing. Dengan menggunakan bahasa asing, mereka berfikir mereka adalah orang

    yang paling terkenal dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Mereka juga

    beranggapan bahawa mereka akan sentiasa dipandang tinggi kerana mempunyai

    pengetahuan bertutur dalam bahasa asing. Tanpa mereka sedari, tindakan mereka

    ini akan menyebabkan mereka kian lupa dengan satu bahasa yang sangat penting,

    iaitu Bahasa Melayu.

    Kesilapan penggunaan sebutan bahasa ini akan menyebabkan masyarakat Melayu

    mengagung-agungkan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dan berasa malu

    untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa Inggeris kini

    memonopoli semua urusan di bidang komunikasi, pendidikan dan sebagainya.

    Perkara ini akan melahirkan satu tanggapan dalam diri mereka bahawa orang lain

    akan memandang tinggi terhadap mereka jika menggunakan bahasa Inggeris. Oleh

    itu, pelbagai golongan masyarakat seperti mahasiswa, pihak pentadbiran dan juga

    pemimpin lebih suka bertutur menggunakan bahasa Inggeris di khalayak ramai. Hal

    ini juga menyebabkan para ibu bapa pada masa ini lebih suka mengajar anak-anak

    mereka bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama sehingga

    melupakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Perbuatan ini akan meletakkan

    bahasa Inggeris bukan lagi sebagai bahasa kedua tetapi mengatasi Bahasa Melayu

    sebagai bahasa kebangsaan

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    13/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 13

    4.0 KESIMPULAN

    Kesimpulannya, kesilapan pengunaan sebutan bahasa ini merupakan suatu

    isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-

    pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap,

    tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap

    terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak yang

    mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa menekankan

    penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan

    rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau

    sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi

    ikutan kepada orang bawahannya.

    Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara

    meluaskan walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa

    bahasa rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan

    bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara

    meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan

    pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka

    terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda kini juga kerap

    membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar.

    Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar

    yang mereka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan

    dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan

    tanggungjawab patriotisme diabaikan. Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar

    menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa

    Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif andainya di keliling

    mereka penuh dengan perkara positif. Sebagaimana kata-kata periBahasa Melayu

    iaitu bagaimana acuannya, begitulah kuihnya. Kata-kata ini sudah cukup

    memberitahu kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah

    dari atas atau pemimpin dahulu. Jika pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-

    sungguh dalam hal memartabatkan bahasa kebangsaan, rakyat juga akan

    mengikutinya.

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    14/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 14

    REFLEKSI

    MUHAMMAD HILMI BIN MD AKHIR

    Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana limpah dan kurnianya dapat

    juga saya menyiapkan tugasan projek BMM 3108 iaitu Fonetik dan Fonologi Bahasa

    Melayu dengan masa yang ditetapkan hasil usaha kawan-kawan dan tidak lupa juga

    pada pensyarah saya sendiri iaitu, Tn Haji Hamdan Bin Haji Yaakub. Dalam tempoh

    perlaksaan yang diberikan selama 4 minggu ini, Alhamdulillah ia membuahkan hasil

    juga semasa saya menyiapkan tugasan projek ini. Semasa menyiapkan tugasan

    projek ini, saya mempunyai masalah yang menyukarkan untuk menghabiskan

    tugasan ini, antaranya ialah, saya tidak langsung memahami apa yang dikatakan

    dengan penulisan fonemik ini memandangkan tajuk bagi bab ini terlalu sukar bagi diri

    saya apatah lagi kawan-kawan saya. Namun ia tidak mematahkan semangat saya

    untuk menyiapkan tugasan ini dengan kadar yang segera. Terlebih dahulu, saya

    ingin berterima kasih kepada pensyarah saya kerana banyak membantu saya dan

    rakan-rakan menyiapkan tugasan projek ini dengan kadar masa yang ditetapkan.

    Apakah yang dikatakan dengan penulisan fonemik ini? Perkataan ini telah

    bermain difikiran saya untuk menerangkan erti-erti yang tersirat dalam menyelami

    penulisan fonemik ini disamping kajian kesilapan penggunaan sebutan bahasa baku

    dalam memantapkan Bahasa Melayu di Malaysia ini. Fonemik merupakan satu

    ujaran dimana akan di transkripsikan dalam bentuk tulisan. Mula-mulanya ia amat

    memeningkan tetapi bila diperhatikan satu persatu, Alhamdulillah saya dapat

    melakukan dengan baik sekali dengan bantuan kawan-kawan saya dan pensyarah

    saya.

    Dari segi kesilapan penggunaan bahasa baku dimana ia dapat mencacatkan d

    dalam Bahasa Melayu dari segi penggunaan dialek iaitu bahasa dapat digunakan di

    dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Contohnya dari segi dialek orang

    Kelantan lebih pekat berbanding bahasa-bahasa biasa. Barang siapa yang tidak

    faham akan bahasa Kelatan ini akan runsing pemikiran bagi yang tidak tahu menahu

    dalam konteks bahasa Kelantan ini. Fungsi yang kedua pula ialah dari segi status

    penggunaannya. Contohnya penggunaan bahasa slanga,bahasa kasar dan bahasa

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    15/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 15

    basah. Dari segi bahasa slanga ialah bahasa yang baru dan mempunyai maksud

    yang tersendiri. Bahasa ini banyak diujarkan oleh anak-anak muda zaman sekarang

    ini. Contohnya ialah, lu apa hal bro, mat rempit dan minah rempit dan sebagainya.

    Bahasa slanga ini juga lebih kurang sama dengan bahasa kasar sedikit.

    Intihanya, penulisan fonemik dan kesilapan penggunaan sebutan bahasa baku

    ini amat penting sekali dalam memastikan bahasa yang digunakan ini dapat difahami

    oleh orang ramai tidak kira penutur mahupun pendengar. Oleh itu, penggunaan

    penulisan fonemik dan sebutan bahasa baku yang betul ini perlu diterapkan kepada

    generasi muda pada zaman sekarang ini, supaya mereka tidak akan lupa dimana

    asal usul mereka berada dan dapat menyebarkan bahasa kita dimata dunia.

  • 7/29/2019 fonetik dan fonorlogi

    16/16

    IPG KAMPUS PERLIS 2012

    PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 16

    BIBLOGRAFI

    BUKU

    Asmah Hj Omar, Prof., Dr. (1977), Kepelbagaian Fonologi Dialek- dialek Melayu,

    Kuala Lumpur, DBP.

    James T.Collins. (1983). Dialek Ulu Terengganu . Selangor : Penerbitan UKM

    James T.Collins. (1986).Antologi Kajian Dialek Melayu . Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Nor Hashimah Jalaluddin. (2007).Asas Fonetik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    INTERNET

    http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm

    http://www.myterengganu2.com/10heritage/106_3.html

    http://www.geocities.com/Athens/Agora/5816/ragambahasa.html

    http://melayuonline.com/culture/?a=b3Vxei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx

    http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htmhttp://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htmhttp://www.myterengganu2.com/10heritage/106_3.htmlhttp://www.myterengganu2.com/10heritage/106_3.htmlhttp://www.geocities.com/Athens/Agora/5816/ragambahasa.htmlhttp://www.geocities.com/Athens/Agora/5816/ragambahasa.htmlhttp://melayuonline.com/culture/?a=b3Vxei9zVEkvUXZ5bEpwRnNxhttp://melayuonline.com/culture/?a=b3Vxei9zVEkvUXZ5bEpwRnNxhttp://melayuonline.com/culture/?a=b3Vxei9zVEkvUXZ5bEpwRnNxhttp://www.geocities.com/Athens/Agora/5816/ragambahasa.htmlhttp://www.myterengganu2.com/10heritage/106_3.htmlhttp://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm