format laporan big - refleksi individu

12
1 BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers) LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2 PISMP AMBILAN JAN 2014 Nama : BELINDA HII LU ING Opsyen : PISMP BAHASA MELAYU (SJKC) AMBILAN JANUARI 2014 No. Kad : 940731-12-5342 Pengenalan No. Matrik : IPGKG/PISMP/BM(SJKC) /2014/01/001 Tarikh BIG : 28-08-2014 Tempat : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan program yang dirangka oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Program Bina Insan Guru (BIG) IPG Kampus Gaya Fasa Dua merupakan aktiviti yang wajib diadakan dan disertai oleh PISMP Ambilan Januari 2014. Program Bina Insan Guru pada tahun ini telah disertai oleh empat opsyen iaitu PISMP TESL Semester 2, PISMP Pendidikan Seni Visual Semester 2, dan PISMP Bahasa Melayu Semester 2 dan PISMP Matematik Semester 3 yang telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Aktiviti khidmat masyarakat yang diadakan adalah bertujuan untuk mempersiapkan para peserta untuk menjadi bakal guru yang berwibawa dan berkualiti. Program ini merupakan salah satu komponen latihan yang penting dan perlu didedahkan kepada guru pelatih dalam membentuk jati diri, semangat kerjasama, nilai dan akhlak murni serta memberi pengetahuan selaras dengan pelaksanaan dan perkembangan program. Dalam usaha melahirkan tenaga pendidik yang memiliki personaliti unggul, program Bina Insan Guru (BIG) telah memainkan peranan sebagai suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014

Upload: lydia-

Post on 26-Jan-2016

1.269 views

Category:

Documents


45 download

DESCRIPTION

IPG Format for writing a report (BIG)

TRANSCRIPT

Page 1: Format Laporan BIG - Refleksi Individu

1

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2 PISMP

AMBILAN JAN 2014

Nama : BELINDA HII LU ING

Opsyen : PISMP BAHASA MELAYU (SJKC) AMBILAN

JANUARI 2014

No. Kad : 940731-12-5342Pengenalan

No. Matrik : IPGKG/PISMP/BM(SJKC) /2014/01/001

Tarikh BIG : 28-08-2014

Tempat : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan program yang dirangka oleh Bahagian

Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Program Bina Insan Guru (BIG)

IPG Kampus Gaya Fasa Dua merupakan aktiviti yang wajib diadakan dan disertai oleh

PISMP Ambilan Januari 2014. Program Bina Insan Guru pada tahun ini telah disertai oleh

empat opsyen iaitu PISMP TESL Semester 2, PISMP Pendidikan Seni Visual Semester 2,

dan PISMP Bahasa Melayu Semester 2 dan PISMP Matematik Semester 3 yang telah

menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Aktiviti khidmat masyarakat yang diadakan adalah

bertujuan untuk mempersiapkan para peserta untuk menjadi bakal guru yang berwibawa

dan berkualiti.

Program ini merupakan salah satu komponen latihan yang penting dan perlu

didedahkan kepada guru pelatih dalam membentuk jati diri, semangat kerjasama, nilai dan

akhlak murni serta memberi pengetahuan selaras dengan pelaksanaan dan perkembangan

program. Dalam usaha melahirkan tenaga pendidik yang memiliki personaliti unggul,

program Bina Insan Guru (BIG) telah memainkan peranan sebagai suatu wahana ke arah

pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini

melibatkan semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.

Program ini yang dilaksanakan di tempat masing–masing dalam sepanjang tempoh

pengajian.  Melalui  aktiviti yang dirancang, pelajar didedahkan mengenai pengenalan diri

secara mendalam dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014

Page 2: Format Laporan BIG - Refleksi Individu

1

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

diperolehi  ke arah pembangunan diri sebagai pembina modal insan secara berterusan.

Program ini diharapkan dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan

etika profesional yang tinggi serta sentiasa bersiap siaga menempuhi pelbagai cabaran yang

mendatang.

Pelaksanaan program Bina Insan Guru  menekankan pembelajaran di luar bilik

darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan

ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan guru pelatih. Di

samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru

juga diperkasakan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan

beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru yang berpaksikan

kepada prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan guru adalah asas pembentukan

masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa.

MATLAMAT

Program ini merupakan satu usaha pencetus, pembinaan insan guru yang berahlak mulia,

bersemangat juang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri,

keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

OBJEKTIF

Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:-

1. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,

bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.

2. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan

sosial.

3. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta

perpaduan masyarakat.

4. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.

5. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui

amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi

kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014

Page 3: Format Laporan BIG - Refleksi Individu

1

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara

berterusan.

7. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang

berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian

budaya.

8. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak

keguruan.

9. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil

peranan secara aktif dalam kumpulan.

STRATEGI PERLAKSANAAN

Pelaksanaan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa Ke-2 Institut Pendidikan Guru Kampus

Gaya 2014 ini merupakan satu program perkhidmatan awam yang dilaksanakan berfokus

kepada aktiviti gotong-royong. Lokasi yang dipilih iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus

Gaya menepati kehendak program yang mana para pelajar dikehendaki untuk

membersihkan tapak dan kawasan institut.

Program perkhidmatan awam ini memberi peluang kepada peserta untuk

mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat perancangan, persediaan,

dan pengendalian aktiviti. Melalui kursus ini, para peserta diuji keupayaan daya tahan

mereka di dalam aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial semasa melaksanakan

aktiviti. Di samping itu, program ini memupuk kesedaran dalam kalangan peserta tentang

kepentingan melalui penglibatan langsung dalam aktiviti.

Beberapa strategi pelaksanaan telah dilaksanakan, antaranya ialah merancang

dengan teliti aktiviti perkhidmatan awam bagi mencapai matlamat yang dikehendaki dan

menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan serta memberi penghargaan

dan pengiktirafan kepada semua pihak terutamanya pihak pekerja pembersihan institut dari

semasa ke semasa.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014

Page 4: Format Laporan BIG - Refleksi Individu

1

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

REFLEKSI INDIVIDU

Pada 25 Ogos 2014 (Isnin), kami telah diberi taklimat mengenai program Bina Insan Guru

Fasa Ke-2 di Dewan Utama IPG Kampus Gaya. Kami telah membina jawatankuasa dan

Ahli Jawatankuasa  telah menjalankan tugas masing-masing sepanjang proses persediaan

Progam BIG kali ini.  Pada 28 Ogos 2014 bersamaan dengan Khamis, kami seramai 74

orang guru pelatih PISMP Semester 2 Ambilan Januari 2014 dan PISMP Semester 3

Ambilan Jun 2013 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya di bawah bimbingan Encik

Ladius Emor telah melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekitar Institut Pendidikan Guru

Kampus Gaya sepanjang 2 jam dari pukul 2 petang hingga 4 petang sebagai salah satu

aktiviti khidmat masyarakat bagi Program Bina Insan Guru (B.I.G) Fasa 2.

Tujuan program aktiviti khidmat masyarakat membersihkan IPG Kampus Gaya ini

bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang

seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme,

aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada

komuniti, berkauntabiliti dan amanah dan krativiti dan inovatif. Selain itu, tujuan aktiviti B.I.G

ini juga ialah membentuk pelajar untuk menabur khidmat bakti kepada masyarakat selaras

dengan nilai-nilai keguruan dan mejadi pemangkin ke arah perubahan masyarakat yang

cemerlang. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk guru pelatih yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Kami mula pada pukul 2 petang yang mana kami diagihkan kepada kumpulan

mengikut opsyen masing-masing. Pada mulanya, kami mendengar ucapan alu-aluan yang

diberikan oleh pensyarah kami, iaitu Encik Ladius Emor. Beliau menegaskan kami supaya

menjaga keselamatan semasa melakukan kerja amal membersihkan kawasan institut.

Selepas itu, kami diberi tugas oleh pekerja pembersihan mengikut kawasan tertentu.

Pekerja-pekerja pembersihan telah menjawab soalan yang kami kemukakan dan memberi

bantuan kepada kami untuk menjalankan tugas gotong-royong.

Selepas itu, kami pun mula melakukan kerja amal membersihkan kawasan institut.

Kami telah membahagikan tugas berdasarkan kumpulan masing-masing. Terdapat tugas

iaitu menyapu lantai, membersihkan longkang, mengelap tingkap-tingkap dan juga

membuang sampah-sarap. Saya yang merupakan opsyen dari kumpulan PISMP Bahasa

Melayu Semester 2 telah diarah untuk membersihkan kawasan dari GERKO ke Pengurusan

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014

Page 5: Format Laporan BIG - Refleksi Individu

1

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

Am. Dengan ini, kami berusaha membuat kerja pembersihan dengan menggunakan alatan

yang telah disediakan oleh pihak pekerja pembersihan untuk digunakan sepanjang program

tersebut.

Semasa menjalankan program ini, kami telah dipantau oleh pekerja pembersihan

yang bekerjasama dengan kami menjalankan aktiviti gotong-royong tersebut.   Selepas

memahami rutin harian pekerja pembersihan, saya melaksanakan tugas saya untuk

membersihkan kawasan institut dengan sedaya upaya dan program ini memberi iltizam

kepasa saya untuk berusaha menjaga kebersihan kawasan institut. Aktiviti khidmat

masyarakat merupakan aktiviti yang sangat seronok di samping memberi latihan kepada

kami sebagai persediaan untuk menggalas tugas sebagai seorang guru kelak.

Dengan kerjasama setiap pasukan kerja, kami menyiapkan tugasan pembersihan

kami dalam tempoh masa lebih kurang 2 jam. Kami berjaya menghabiskan semua aktiviti

yang telah dirancangkan. Sepanjang  menyertai program ini, saya rasa sangat

beruntung kerana mendapat pelbagai pengalaman baru sepanjang program ini berlangsung

dan menganggap ini peluang untuk mempersiapkan diri untuk menempuh masa hadapan.

Saya turut berasa bersyukur atas jasa para pekerja pembersihan yang bertungkus-lumus

menjaga kebersihan dan keindahan kawasan institut kami. Penghargaan yang setinggi-

tingginya diucapkan kepada mereka yang sentiasa menjaga kawasan persekitaran institut

dalam keadaan yang kondusif sepanjang masa kami menuntut ilmu di institut.

Saya sempat bersembang dengan pekerja pembersihan tentang kawasan yang perlu

dibersihkan dan perincian-perincian mengenai kerjanya. Seacara tidak langsung melalui

perbualan kami, saya rasa guru-guru di sekolah perlu lebih prihatin kepada semua pihak

terutama pihak pekerja pembersihan dan memahami mereka dari pelbagai segi khususnya

dari segi latar belakang. Hal ini mampu memupuk sifat penyayang guru ketika berurusan

dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Melalui pengalaman gotong-royong ini, saya mendapati bahawa betapa pentingnya

semangat bekerjasama antara satu pasukan kerja. Semangat ini amat diperlukan ketika

para guru bertugas di sekolah. Kerjasama antara guru dengan pihak pentadbir, rakan

sekerja, ibu bapa para pelajar dan masyarakat setempat. Rakan-rakan yang lain turut

menjalankan tugas yang telah diagihkan dengan penuh semangat. Selain itu, ketika

menjalankan persediaan sebelum melaksanakan program ini, saya menyedari bahawa

peranan ketua sangat penting untuk menggerakkan ahli-ahlinya agar program ini dapat

berjalan dengan lancar. Saya berharap semoga suatu hari nanti saya juga boleh menjadi

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014

Page 6: Format Laporan BIG - Refleksi Individu

1

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

pemimpin yang baik dan mempertingkatkan lagi keyakinan dalam diri saya. Sifat-sifat ini

sebenarnya amat penting bagi seorang guru kerana banyak tugasan yang diberikan oleh

pihak pentadbir di sekolah yang perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan

tanggungjawab.

Di samping itu, pengalaman baru yang sangat berharga telah saya terokai melalui

program ini mengenai aktiviti perkhidmatan awam khususnya dalam memberi khidmat

kepada masyarakat. Sememangnya amalan bergotong-royong ini sebenarnya merupakan

satu gambaran sebenar mengenai hidup seorang guru yang berada di sekitar masyarakat.

Apabila sudah mengajar kelak guru haruslah bekerjasama dengan masyarakat dalam

apapun aktiviti dan menjadi teladan kepada masyarakat di sekeliling. Bekerjasama dengan

masyarakat adalah sikap yang murni dan harus dicontohi oleh setiap guru pelatih apabila

menjadi pendidik kelak.

Setelah menjalani program ini, saya dapat mengenalpasti kelemahan dan kelebihan

yang ada pada diri saya. Dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan daya ketahanan mental,

rohani dan fizikal, semua cubaan dan dugaan yang saya hadapi mampu memberi saya

suatu anjakan paradigma terhadap perubahan sikap saya. Saya amat berpuas hati setelah

menjalani program BIG ini kerana program ini telah memberikan pelbagai pengalaman

bermakna kepada saya yang sememangnya perlu ditempuhi oleh setiap guru pelatih.

Kesimpulannya, saya berasa sangat bangga kerana memperolehi banyak faedah

dan menimba banyak pengalaman melalui pelaksanaan aktiviti program B.I.G ini. Sepanjang

aktiviti program ini, saya banyak memperolehi pengajaran dan juga ilmu pengetahuan yang

saya tidak ketahui sebelum ini. Saya berharap bahawa program ini bukanlah merupakan

suatu penamat tetapi permulaan yang baik serta perlu diteruskan pada masa yang akan

datang seterusnya dapat menjadi panduan danbekalan kepada diri saya sebagai persediaan

untuk menjadi seorang pendidik anak bangsa kelak.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014

Page 7: Format Laporan BIG - Refleksi Individu

1

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

LAMPIRAN

Rajah 1.0: Kumpulan kami sedang melaksanakan tugas masing-masing dalam usaha

membersihkan kawasan Unit GERKO.

Rajah 2.0: Saya menjalankan tugas menyapu lantai seperti yang telah diagihkan dengan

menggunakan alatan yang disediakan.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014

Page 8: Format Laporan BIG - Refleksi Individu

1

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

Rajah 3.0: Saya sedang melaksanakan tugas menyapu tangga di kawasan Unit GERKO.

Rajah 4.0: Kumpulan kami bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha membersihkan

kawasan institut.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014

Page 9: Format Laporan BIG - Refleksi Individu

1

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

Rajah 5.0 dan 6.0: Kumpulan kami mengambil gambar dengan pekerja pembersihan yang

membimbing kami sepanjang pelaksanaan program Bina Insan Guru ini sebagai kenangan.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014

Page 10: Format Laporan BIG - Refleksi Individu

1

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

PENUTUP

Sepanjang pelaksanaan program Bina Insan Guru ini, kerjasama dan sokongan yang

dicurahkan daripada para pensyarah terutamanya Encik Ladius Emor dan pihak pekerja

pembersihan kepada peserta telah berjaya melaksanakan program ini. Pelaksanaan

program Bina Insan Guru ini sememangnya berupaya membina insan guru yang berakhlak

mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal selain bermanfaat

kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Selain

itu, pelaksanaan program ini membentuk para peserta untuk menabur khidmat bakti kepada

masyarakat selaras dengan nilai-nilai keguruan dan mejadi pemangkin ke arah perubahan

masyarakat yang cemerlang.

Di samping itu, program B.I.G membuka peluang kepada para peserta untuk melatih

dan membuat keputusan rasional berasaskan pengetahuan diri, pengalaman dan situasi

semasa dan membantu para peserta menjadi fleksibel semasa mengatasi masalah supaya

dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

Program ini sememangnya memberi pendedahan kepada saya untuk membina sifat-

sifat pendidik dan pemimpin yang penting dalam diri untuk menjadi seorang guru yang

berkaliber pada masa yang akan datang. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang

program BIG Fasa Ke-2 ini berupaya membina kemantapan jasmani dan kekuatan rohani

serta ketahanan mental dan sosial para pelajar. Melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran

serta pengalaman yang diterapkan dalam kalangan pelajar, wujudlah seorang bakal guru

yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang berjiwa merdeka dan perkasa, berakauntabiliti

dan amanah, berdaya tahan yang tinggi dan kreatif serta berinovatif.

Akhir kata, jutaan terima kasih ingin saya rakamkan kepada semua pensyarah dan

pihak pekerja pembersihan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang

bermanfaat sepanjang tempoh pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan

mereka sudah tentu program ini dilaksanakan dengan kurang sempurna. Program ini amat

berguna kepada saya sebagai seorang  bakal guru agar mampu memperbaiki diri saya dari

semasa ke semasa. Saya akan berusaha memanfaatkan segala ilmu yang saya peroleh

semasa melaksanakan program ini dengan sebaik mungkin dan melengkapkan diri dengan

pelbagai ilmu supaya dapat mendidik dan melahirkan anak bangsa yang merupakan modal

insan pada kelak nanti. Saya berjanji akan mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan

untuk kebaikan diri saya sendiri dan juga orang lain. Sekian, terima kasih.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014

Page 11: Format Laporan BIG - Refleksi Individu

1

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

Laporan disediakan oleh,                                      

...............................................................

(BELINDA HII LU ING)

Guru Pelatih

PISMP BM Semester 2

Ambilan Januari 2014

IPG Kampus Gaya. 

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014

Page 12: Format Laporan BIG - Refleksi Individu

1

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014