formula membina kredibiliti seorang pendidik
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 Formula Membina Kredibiliti Seorang Pendidik
1/12
Panduan Khas Warga Pendidik:Ketahui Langkah & Teknik Bagaimana Meningkatkan Kredibiliti Seorang Pendidk
Hakcipta Terpelihara Cikgu Azros | Team IMalaysia 1
-
7/27/2019 Formula Membina Kredibiliti Seorang Pendidik
2/12
Panduan Khas Warga Pendidik:Ketahui Langkah & Teknik Bagaimana Meningkatkan Kredibiliti Seorang Pendidk
Hakcipta Terpelihara Cikgu Azros | Team IMalaysia 2
PPAANNDDUUAANN KKHHAASS WWAARRGGAA PPEENNDDIIDDIIKK
BBAAGGAAIIMMAANNAA MMEENNIINNGGKKAATTKKAANNKKRREEDDIIBBIILLIITTII
SSEEOORRAANNGG PPEENNDDIIDDIIKK
-
7/27/2019 Formula Membina Kredibiliti Seorang Pendidik
3/12
Panduan Khas Warga Pendidik:Ketahui Langkah & Teknik Bagaimana Meningkatkan Kredibiliti Seorang Pendidk
Hakcipta Terpelihara Cikgu Azros | Team IMalaysia 3
SSYYAARRAATT && TTEERRMMAA
Dengan memiliki produk ini, pengguna telah bersetuju dan mengakui
untuk mematuhi syarat dan terma penggunaan produk ini. Produk ini
diterbitkan oleh Amir Azros dan dilindungi dibawah Akta Hak Cipta
1987. Pengguna tidak dibenarkan untuk menyalin ulang mana mana
bahagian dalam produk ini tanpa kebenaran daripada pihak penerbit.
Sebarang perlakuan atau perbuatan penyalinan produk ini tanpa
kebenaran sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja akan
menyebabkan pengguna akan dikenakan tindakan undang undang.
Sesetengah nama produk, syarikat atau perkhidmatan yang dinyatakan
di dalam produk ini adalah dilindungi oleh hak cipta atau trademark
tersendiri. Pengguna haruslah mematuhi segala syarat dan terma yang
telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan.
-
7/27/2019 Formula Membina Kredibiliti Seorang Pendidik
4/12
Panduan Khas Warga Pendidik:Ketahui Langkah & Teknik Bagaimana Meningkatkan Kredibiliti Seorang Pendidk
Hakcipta Terpelihara Cikgu Azros | Team IMalaysia 4
PENAFIAN
Pihak penerbit dan pengedar telah berusaha sedaya upaya untuk
memastikan informasi dan material yang dibekalkan adalah tepat serta
lengkap sewaktu produk ini dicipta namun tiada jaminan bahawa segala
kandungan yang telah disediakan akan dapat digunapakai selamanya
kerana dunia informasi sentiasa berubah mengikut perubahan masa.
Pihak penerbit dan pengedar tidak akan bertanggungjawab diatas
sebarang maklumat yang disalahgunakan, risiko kerugian, kehilangan
liabiliti sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang
penggunaan material serta informasi di dalam produk ini.
Tiada jaminan bahawa produk ini mampu mengubah kehidupan
pengguna sama ada dari segi pendapatan, kepakaran, kebolehan dan
sebagainya kerana ia adalah bergantung kepada usaha yang diletakkan
oleh pengguna. Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya diatas
tindakan sendiri yang dilakukan berdasarkan kandungan di dalam
produk ini.
Pengguna memahami bahawa pihak penerbit dan pengedar tidak
terlibat dalam kegiatan khidmat nasihat secara professional. Pengguna
adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak yang bertauliah dan
professional jika diperlukan. Tujuan utama material yang diberikan
adalah untuk perkongsian informasi semata - mata. Informasi yang
dibekalkan tidak ada kena mengena dengan mana mana pihak sama
ada yang masih hidup mahupun yang telah mati.
-
7/27/2019 Formula Membina Kredibiliti Seorang Pendidik
5/12
Panduan Khas Warga Pendidik:Ketahui Langkah & Teknik Bagaimana Meningkatkan Kredibiliti Seorang Pendidk
Hakcipta Terpelihara Cikgu Azros | Team IMalaysia 5
PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya memanjatkan sepenuh
kesyukuran kehadrat Allah s.w.t dengan limpah dan kurniaNya, dapatsaya menerbitkan Ebook Panduan Khas Warga Pendidik : Bagaimana
Meningkatkan Kredibiliti Seorang Pendidik ini dengan penuh jayanya.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri, keluarga
dan rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan
Ebook ini samada secara langsung atau secara tidak langsung.
Amir Azros | Cikgu Azros
Pendidik | Penulis Ebook
http://facebook.com/amirazros
http://facebook.com/amirazrospage
-
7/27/2019 Formula Membina Kredibiliti Seorang Pendidik
6/12
Panduan Khas Warga Pendidik:Ketahui Langkah & Teknik Bagaimana Meningkatkan Kredibiliti Seorang Pendidk
Hakcipta Terpelihara Cikgu Azros | Team IMalaysia 6
Pendahuluan
Dewasa ini terdapat pelbagai tanggapan yang seringkali kita lihat mengenai
dunia pendidikan. Tidak kiralah, samaada ianya berbentuk positif mahupun
negatif. Nama seorang guru yang sangat dihormati dan disegani suatu ketika
dahulu, kian hilang dimamah zaman di mana ia kian rakus dek masalah-masalah
yang dihadapi oleh seluruh masyarakat.
Proses pengajaran dan pembelajaran daripada seorang tenaga pengajar, tidak
lagi seperti dahulu. Banyak cabaran dan juga dugaan yang perlu mereka
tempuhi dalam menabur bakti yang murni lagi suci ini. Tugas seorang guru
dahulunya dianggap sebagai pembakar jiwa dalam membentuk modal insan yanggemilang dan terbilang kini kian terpadam sedikit demi sedikit.
Jadi, adalah suatu yang sangat mendukacitakan kita sekiranya terdapat
berita-berita yang mengatakan bahawa tugas guru kini tidak lagi dipandang
mulia malah dihujani pelbagai tomahan yang dilemparkan oleh sesetengah
golongan yang hanya mahu mendengar sebelah pihak sahaja.
Ketika ini, terlalu banyak situasi dan masalah yang perlu guru hadapi,
sehinggakan meragut sedikit demi sedikit kredibiliti seorang guru. Nama
seorang guru tidak lagi seperti dahulu yang dianggap sebagai insan yang sangat
dihormati dan dipuji. Oleh itu, diharapkan panduan ini dapat memberi jalan
penyelesaian, bagaimana cara seorang pedidik dapat membentuk kredibiliti agar
profesion perguruan ini dapat kembali ke era kegemilangannya suatu ketika
dahulu di mana masyarakat sangat menghormati individu yang bernama
PENDIDIK.
Cikgu Amir
-
7/27/2019 Formula Membina Kredibiliti Seorang Pendidik
7/12
Panduan Khas Warga Pendidik:Ketahui Langkah & Teknik Bagaimana Meningkatkan Kredibiliti Seorang Pendidk
Hakcipta Terpelihara Cikgu Azros | Team IMalaysia 7
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan 6
Maksud Seorang Guru / Pendidik
i. Guru Teras Pelaksanaan Pendidikan .. 10
ii. Guru Sebagai Role Model .. 11
iii. Guru Sebagai Perbentuk Akhlak ... 14
ivl. Pakar Dalam Ilmu Pengetahuan .. 15
Maksud Kredibiliti dalam Perspektif Pendidikan
i. Definisi Kredibiliti . 17
Bagaimana Membina Kredibiliti?
i. Mengutamakan Akhlak . 27
ii. Mengutamakan Pembelajaran 33
Penutup 40
-
7/27/2019 Formula Membina Kredibiliti Seorang Pendidik
8/12
Panduan Khas Warga Pendidik:Ketahui Langkah & Teknik Bagaimana Meningkatkan Kredibiliti Seorang Pendidk
Hakcipta Terpelihara Cikgu Azros | Team IMalaysia 8
BAB 1
DEFINISI GURU
-
7/27/2019 Formula Membina Kredibiliti Seorang Pendidik
9/12
Panduan Khas Warga Pendidik:Ketahui Langkah & Teknik Bagaimana Meningkatkan Kredibiliti Seorang Pendidk
Hakcipta Terpelihara Cikgu Azros | Team IMalaysia 9
Guru merupakan pendidik professional dengan tugas utama mendidk, mengajar,
membimbing, mengarahkan, melatih, menilai dan mengevaluasi peserta didik
pada pada pendidikan anak usia dini, jalur pendidikan formal, pendidikan dasar
dan pendidikan menengah. Dari pengertian di atas jelaslah bahawa seseorang
guru itu memiliki peranan yang strategik dan merupakan kunci keberhasilan
untuk mencapai tujuan kelembagaan sekolah, kerana guru adalalah pengelola
bagi para pelajarnya. Kegiatan belajar mengajar akan efektif apabila tersedia
guru yang sesuai dengan kelayakannya.
-
7/27/2019 Formula Membina Kredibiliti Seorang Pendidik
10/12
Panduan Khas Warga Pendidik:Ketahui Langkah & Teknik Bagaimana Meningkatkan Kredibiliti Seorang Pendidk
Hakcipta Terpelihara Cikgu Azros | Team IMalaysia 10
Guru Teras Pelaksanaan Pendidikan
Secara umumnya dapat dikatakan bahawa guru merupakan teras kepada
pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan boleh berlangsung
secara tanpa guru. Terdapat persamaan yang perlu dimainkan oleh guru dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik. Antara lain
peranannya yang utama ialah sebagai role model; pembentuk akhlak yang
mulia; pakar dalam pengetahuan yang dimilikinya dan mahir dalam beberapa
kemahiran khususnya yang ia ajar kepada para pelajarnya.
-
7/27/2019 Formula Membina Kredibiliti Seorang Pendidik
11/12
Panduan Khas Warga Pendidik:Ketahui Langkah & Teknik Bagaimana Meningkatkan Kredibiliti Seorang Pendidk
Hakcipta Terpelihara Cikgu Azros | Team IMalaysia 11
Guru Sebagai Role Model
Guru ialah seorang pendidik. Tugas utama sebagai seorang pendidik ialah
mendidik. Tugas ini dijalankan bukan sahaja di dalam bilik darjah tetapi juga di
luar bilik darjah dan seterusnya di luar sekolah. Guru ialah role model dan
uswatun hasanah bukan sahaja terhad kepada pelajarnya tetapi juga kepada
semua termasuk seluruh anggota masyarakat. Sebagai pendidik, guru
mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan terhadap pelajar, ibubapa,
masyarakat, Negara, rakan sejawat dan profesion perguruan itu sendiri.
Profesion perguruan ialah profesion yang mulia.
Namun, tahap kemuliaannya pada pandangan
masyarakat bergantung kepada sejauh mana
guru dapat meletakkan diri mereka di peringkat
yang tinggi dan terhormat.
-
7/27/2019 Formula Membina Kredibiliti Seorang Pendidik
12/12
Panduan Khas Warga Pendidik:Ketahui Langkah & Teknik Bagaimana Meningkatkan Kredibiliti Seorang Pendidk
Hakcipta Terpelihara Cikgu Azros | Team IMalaysia 12
Peribadi dan sahsiah seseorang akan menentukan kedudukannya di mata
masyarakat. Justeru, guru perlu mempunyai sifat profesionalisme yang tinggi.
Sebagai pendidik, guru perlu mejadi contoh dan teladan kepada para pelajar
dalam perlakuan sehariannya supaya pendidik menjadi anggota masyarakat yang
dihormati dan disegani. Pendidik sendiri harus mejadi pengamal disiplin
cemerlang seperti bekerja keras, menepati waktu, berakhlak mulia, mempunyai
emosi yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Etika dan Tatasusila
Profesion Perguruan yang menadi pegangan harus sentiasa difahami, dihayati
seterusnya diamalkan.
By learning you will teach;
by teaching you will understand.
Latin Proverb