forum 1 asas ukuran

4
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini 4hb. Mac 2013, jam 4.40 petang, saya mula menjawab soalan forum pertama ini. Jelas sekali masa dan waktu begitu seiring dengan perjalanan kehidupan seharian kita. Masa adalah merujuk kepada tempoh sesuatu kejadian. Contoh konsep masa ialah masa yang ditetapkan untuk menjawab soalan kertas 1 ialah 1 jam. Manakala waktu pula merujuk kepada bila sesuatu kejadian atau peristiwa berlaku. Contohnya ialah pukul 7.30 pagi bermulanya waktu persekolahan. Dalam mengenal waktu ini, murid-murid akan akan dibimbing oleh guru mengenal waktu pagi, tengah hari , petang, malam dan tengah malam melalui pelbagai aktivti contohnya gambar-gambar waktu aktiviti. Selain itu, murid-murid akan diperkenalkan dengan hari dalam seminggu, bulan dalam setahun, mengenal jarum minit dan jarum jam, membaca jadual waktu dan kalendar, menyatakan hubungan antara unit masa seperti hari dan jam, tahun dan hari serta dekad dan tahun. seterusnya dekatnya masa dalam kehidupan kita adalah kerana ia melibatkan penukaran unit masa yang melibatkan jam, hari, bulan, tahun dan dekad. Ukuran panjang juga begitu meliputi kegunaannya dalam kehidupan kita dan merupan satu nilai. Istilah seperti panjang pendek, tinggi rendah, jauh dekat, dalam cetek sentiasa kita gunakan dan ianya merupakan kemahiran ukuran secara pengamatan. Minda pelajar akan lebih kreatif jika pengamatan ini adalah betul pada jangkaanya. Nilai ukuran untuk sedikit sebanyak, lebih kurang menggambarkan ketepatan dan perincian ukuran mengira unit ukuran yang digunakan. Semua ukuran adalah anggaran. Ini adalah kerana sesetengah ukuran lebih tepat dari yang lain tetapi ianya buka satu nilai yang teramat tepat hingga boleh dikatakan ukuran yang tepat. Kehidupan kita hari ini telah berubah kepada keperluan unit piawai ukuran panjang iaitu kita menggunakan unit System International (SI) atau Sistem Metrik iaitu kilometer (km), meter(m), sentimeter (cm), dan milimeter (mm). Timbangan berat juga merupakan satu nilai. Dalam sains, istilah jisim dan berat adalah dua pengertian yang berbeza. Jisim ialah ukuran jumlah jirim dalam sesuatu objek manakala berat ialah tindakan graviti ke atas jisim. Istilah paling dekat dalam kehidupan seharia kita ialah 'lebih ringan', 'lebih berat'.Timbangan berat juga merupakan satu anggaran. Sesetengah timbangan lebih tepat dari yang lain tetapi ianya bukan satu nilai yang teramat tepat hingga boleh dikatakan sebagai timbagan yang tepat. Hari ini kita menggunakan Sistem Metrik untuk semua timbangan berat kilogram (kg) dan gram (g). Isipadu cecair juga merupakan kegunaan dalam kehidupan seharian kita. Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi di

Upload: rahimah-rosnita

Post on 25-Jun-2015

1.111 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Forum 1 asas ukuran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini 4hb. Mac 2013, jam 4.40 petang, saya mula menjawab soalan forum pertama ini. Jelas sekali masa dan waktu begitu seiring dengan perjalanan kehidupan seharian kita. Masa adalah merujuk kepada tempoh sesuatu kejadian. Contoh konsep masa ialah masa yang ditetapkan untuk menjawab soalan kertas 1 ialah 1 jam. Manakala waktu pula merujuk kepada bila sesuatu kejadian atau peristiwa berlaku. Contohnya ialah pukul 7.30 pagi bermulanya waktu persekolahan.  Dalam mengenal waktu ini, murid-murid akan akan dibimbing oleh guru mengenal waktu pagi, tengah hari , petang, malam dan tengah malam melalui pelbagai aktivti contohnya gambar-gambar waktu aktiviti. Selain itu, murid-murid akan diperkenalkan dengan hari dalam seminggu, bulan dalam setahun, mengenal jarum minit dan jarum jam, membaca jadual waktu dan kalendar, menyatakan hubungan antara unit masa seperti hari dan jam, tahun dan hari serta dekad dan tahun. seterusnya dekatnya masa dalam kehidupan kita adalah kerana ia melibatkan penukaran unit masa yang melibatkan jam, hari, bulan, tahun dan dekad. 

Ukuran panjang juga begitu meliputi kegunaannya dalam kehidupan kita dan merupan satu nilai. Istilah seperti panjang pendek, tinggi rendah, jauh dekat, dalam cetek sentiasa kita gunakan dan ianya merupakan kemahiran ukuran secara pengamatan. Minda  pelajar akan lebih kreatif jika pengamatan ini adalah betul pada jangkaanya. Nilai ukuran untuk sedikit sebanyak, lebih kurang menggambarkan ketepatan dan perincian ukuran mengira unit ukuran yang digunakan. Semua ukuran adalah anggaran. Ini adalah kerana sesetengah ukuran lebih tepat dari yang lain tetapi ianya buka satu nilai yang teramat tepat hingga boleh dikatakan ukuran yang tepat. Kehidupan kita hari ini telah berubah kepada keperluan unit piawai ukuran panjang iaitu kita menggunakan unit System International (SI) atau Sistem Metrik  iaitu kilometer (km), meter(m), sentimeter (cm), dan milimeter (mm).

 Timbangan berat juga merupakan satu nilai. Dalam  sains, istilah jisim dan berat adalah dua pengertian yang berbeza. Jisim ialah ukuran jumlah jirim dalam sesuatu objek manakala berat ialah tindakan graviti ke atas jisim. Istilah paling dekat dalam kehidupan seharia kita ialah 'lebih ringan', 'lebih berat'.Timbangan berat juga merupakan satu anggaran. Sesetengah timbangan lebih tepat dari yang lain tetapi ianya bukan satu nilai yang teramat tepat hingga boleh dikatakan sebagai timbagan yang tepat. Hari ini kita menggunakan Sistem Metrik untuk semua timbangan berat kilogram (kg) dan gram (g).

Isipadu cecair juga merupakan kegunaan  dalam kehidupan seharian kita. Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi di dalam sebuah bekas.

Page 2: Forum 1 asas ukuran

Satu ciri cecair ialah isipasunya tetap tidak berubah walaupun bentuk bekasnya berubah. Menerusi isipadu cecair kita sebenarnya sudah boleh membuat perbandingan objek seperti 'lebih sedikit', 'lebih banyak',dan 'sama banyak'. Paling penting kita telah mampu menggunakan pelbagai benda disekeliling kita dengan menggunakan unit sembarangan dan unit rujukan seperti tin. gelas , baldi dan sebagainya. Alat penyukat ini dinamakan unit sebarangan untuk mengukur isipadu cecair. Unik rujukan pula ialah alat penyukat yang digunakan khusus untuk menyukat isipadu cecair. Akhir sekali ialah Sistem metrik digunakan untuk menyukat semua unit isipadu cecair iaitu liter(l) dan mililiter (ml).

Setelah diketahui konsep-konsep masa dan waktu, panjang, timbangan berat,dan isipadu cecair, ianya begitu dekat dengan kehidupan kita kerana lingkungan kehidupan kita ke semua istilah-istilah yang telah dibincangkan, kita menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Assalammualaikum salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

1) Masa dan Waktu

Pertama sekali masa dan waktu amat penting dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh waktu persekolaha yang bermula pukul 7.45 pagi dan berakhirnya pukul 1.35 petang. Selain itu kita dapat menentukan masa dalam kehidupan kita dengan pagi, petang tengahari dan malam. Adanya waktu tersebut kita akan mengenal aktiviti yang sesuai dilakukan pada waktu-waktu tertentu selain dapat membaca dan menulis tarikh dengan betul dan juga membaca waktu pada jam serta menentukan tempoh masa. Seterusnya ialah mengetahui bilangan 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 12 bulan dalam setahun.

 2) Panjang

Bagi ukuran panjang pula dalam kehidupan kita ialah dengan contohnya jarak perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain. Sebagai contoh kita ingin balik ke kampung di Terengganu. Ini boleh diukur dengan ukuran km bagi satu perjalanan. Seorang tukang jahit pakaian mengukur panjang kain untuk dipotong sesuai dengan panjang langsir yang ingin dijahit yang akan dibuat dengan menggunakan pita ukur. Seorang pekebun tradisional mungkin melakukan pengukuran panjang dan lebar sawahnya menggunakan hektar tanah yang ingin diusahakannya. Seorang juruukur mengukur keluasan tanah menggunakan alatan pengukur meter untuk mendapatkan bacaan meter dan kilometer. Sebelum adanya pita   pengukur,   manusia   mengukur menggunakan   jari, lengan, tangan  dan  kaki dalam unit ukuran jengkal, hasta, depa dan kaki.

3) Timbangan Berat

Page 3: Forum 1 asas ukuran

Ia adalah salah satu kemahiran yang berkait rapat dengan kehidupan harian kita terutamanya dalam urusan jual beli. Penjual ikan menimbang berat ikan mengikut keperluan pembelinya dengan menggunakan timbangan dacing atau elektronik.. Bacaan penimbang yang digunakan ada dua unit utama iaitu kilogram dan gram. Bagi objek yang jisimnya ringan, unit timbangan yang digunakan biasanya ialah gram. Contoh : tepung, gula, dan garam. Bagi objek yang jisimnya lebih berat, unit timbangan yang digunakan ialah kilogram. 

4) Isipadu Cecair

Dalam kehidupan seharian selalu kita gunakan bahan yang mengandungi kapasiti atau kandungan cecair seperti air minuman dan minyak masak. Isipadu cecair dapat diukur menggunakan ukuran bukan piawai dan ukuran piawai. Ukuran piawai dalam sistem metrik seperti mililiter (mℓ) dan liter (ℓ)

Sekian terima kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah membaca pandangan saudara tentang konsep-konsep yang melibatkan masa dan waktu, ukuran panjang, timbang berat dan isipadu cecair dalam kehidupan seharian kita, maka dapatlah saya rumuskan bahawa amalan pengajaran kita dalam memperkenalkan konsep bagi setiap tajuk  adalah penting untuk memastikan setiap anak didik kita mencapai apa yang sepatutnya mereka pelajari. Menurut Ernest (1998) menyenaraikan amalan guru matematik dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu :

1. Sistem kepercayaan guru tentang matematik.

2. Konteks sosial bagi situasi pengajaran matematik.

3. Aras refleksi yang dibuat oleh guru. 

Jadi konsep matematik hendaklah dibina melalui interaksi bersahaja di dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Aktiviti pengukuran, timbangan dan sukatan seharusnya memberi peluang kepada murid-murid membina dan memahami konsep dan proses-proses asas. Sebahagian daripada pengalaman mengenai konsep dan proses dalam kehidupan   ialah perbendaharaan kata perbandingan seperti 'lebih/ kurang/sama/sebelum/ selepas/paling besar/ kecil/ separuh/ setengah dan paling mustahak ialah murid-murid menguasai empat operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Maka, isyaAllah lebih banyak pengalaman dalam kehidupan sehariannya akan menjadikan murid-murid ini lebih bersifat fleksibel dan dapat menyelesaikan setiap masalah yang dihadapinya.

Page 4: Forum 1 asas ukuran