forum krp sem 2

Upload: harda-mgs

Post on 06-Oct-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

forum

TRANSCRIPT

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) diperkenalkan dan mengisi proses transformasi pendidikan oleh KPM bagi memastikan system pendidikan Malaysia standing dengan piawaian antarabangsa. Kurikulum baru ini diharap berupaya mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK bagi menjamin kejayaan Negara menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020. Pentaksiran baru ini tidak lagi bergantung kepada peperiksaan semata-mata tetapi merangkumi pencapaian murid-murid secara total dan holistic kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk ( indicator ) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.Transformasi Kurikulum Kebangsaan yang membawa cadangan perubahan kepada konsep, bentuk, struktur dan operasi kurikulum persekolahan kebangsaan. Struktur kurikulum baru KSSR memperkenalkan konsep tunjang satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang berfokus kepada pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Enam tunjang dikenalpasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Enam tunjang tersebut ialah tunjang komunikasi yang memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi ini boleh berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang kemanusiaan pula menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Tunjang kemanusiaan juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Tunjang ketrampilan diri ialah pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan ( Towering Personality ). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya.