friedrich wilhelm froebel

3
Friedrich Wilhelm Froebel (1782-1852) Usaha Froebel yang dibanggakan adaah sebagai pengasas taman kanak-kanak atau kindergartens- children s gardens dan beliaudikenali sebagai father of kindergarten. Beliau belajar dengan Pestalozzi tetapi percaya bahawa Pestalozzi tidak mendalami kesesuaian pengajaran dengan konsep semula jadi kanak-kanak. Beliau telah memulakan sekolah untuk kanak-kanak di Blankenburg, German pada tahun 1837. Baginya, semua yang ada di alam ini berfungsi sebab Tuhan dan setiap orang mempunyai tujuan tertentu untuk dipenuhi dalam kehidupan ini. Kepentingan setiap individu dan penghormatan yang perlu dianugerahkan kepada seseorang merupakan pusat pemikiran Froebel. Froebel percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu dan menganggap kindergarten sebagai jambatan dari rumah ke sekolah. Beliau yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak

Upload: canny-lu

Post on 13-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Friedrich Wilhelm Froebel

TRANSCRIPT

Page 1: Friedrich Wilhelm Froebel

Friedrich Wilhelm Froebel (1782-1852)

Usaha Froebel yang dibanggakan adaah sebagai pengasas taman kanak-

kanak atau kindergartens- children’s gardens dan beliaudikenali sebagai father of

kindergarten. Beliau belajar dengan Pestalozzi tetapi percaya bahawa Pestalozzi

tidak mendalami kesesuaian pengajaran dengan konsep semula jadi kanak-kanak.

Beliau telah memulakan sekolah untuk kanak-kanak di Blankenburg, German

pada tahun 1837. Baginya, semua yang ada di alam ini berfungsi sebab Tuhan dan

setiap orang mempunyai tujuan tertentu untuk dipenuhi dalam kehidupan ini.

Kepentingan setiap individu dan penghormatan yang perlu dianugerahkan kepada

seseorang merupakan pusat pemikiran Froebel.

Froebel percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari

sesuatu dan menganggap kindergarten sebagai jambatan dari rumah ke sekolah.

Beliau yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak

Page 2: Friedrich Wilhelm Froebel

Froebel( 1782-1852), yang belajar bersama Pestalozzi, berpendapat semua benda

dalam dunia berfungsi memenuhi kehendak Tuhan. Setiap manusia juga berfungsi

memenuhi ini. Mengikut beliau, pendidikan membimbing manusia ke arah

memahami dan menerima diri sendiri, serta menyatukannya dengan alam semula

jadi dan Tuhan.

Froebel percayai setiap manusia, walaupun masih kecil, perlu dihormati dan

dianggap sebagai penting. Taman kanak-kanak merupakan suatu taman yang

mengaitkan rumah dengan sekolah formal. Pada tahun 1837, beliau memulakan

program kindergarten yang pertama di Jerman. Taman permainan ini diwujubkan

untuk kanak-kanak berumur empat hingga lima tahun , berasaskan konsep “bermain

sambil belajar.” Taman ini bertujuan menyediakan kanak-kanak bagi memasuki

tahun pertama dalam sekolah biasa. Taman ini menyediakan suatu turutan aktiviti

yang terancang dan membenarkan kanak-kanak bergerak daripada satu aktiviti ke

aktiviti yang lain secara bebas.

Froebel percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu

yang berlaku dalam keadan yang mengembirakan. Bermain adalah suatu aktiviti

pilihan sendiri untuk kanak-kanak. Apabila kanak-kanak memilih sesuatu aktiviti

bermain, mereka pasti akan memlih sesuatu yang menggembirakan. Dalam

keadaan bermain, secara tidak langsung, kanak-kanak berpeluang melatih

kemahiran yang sedang berkembangan. Foebel menegaskan dua ciri yang penting

dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal, iaitu kebebasan

dan kreativiti.

Setiap kanak-kanak itu unik. Oleh yang demikian, mereka harus diberi

kebebasan memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan

semasa dan minat mereka. Apabila mereka dibenarkan membuat pilihan sediri,

mereka lebih cenderung menghasilkan sesuatu yang istimewa dan mengalami

proses pembelajaran yang bermakna.

Aktiviti bermain adalah asas dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti

bermain yang sesuai membantu kanak-kanak dalam memikirkan perhubungan

antara aktiviti kendiri dan soal hidup, perbuatan dan pemikiran, perwakilan dan

pengetahuan serta pemahaman serta kebolehan.

Page 3: Friedrich Wilhelm Froebel

Bahan permainan yang beliau namakan ‘hadiah’ boleh didapati dalam

persekitaran semula jadi kanak-kanak. Hadiah tersebut, yang wujud dalam bentuk

tiga segi, empat segi, bulat, garis, kiub, silinder dan sfera membantu kanak-kanak

meneroka ciri-ciri semula jadi objek dan memahami perhubungan antara objek yang

wujud dalam alam sekitar kanak-kanak. Aktiviti berbentuk hadiah seperti blok binaan

membantu perkembangan konsep matematik dan corak. Perkembangan konsep

melalui hadiah diperkukuhkan oleh ‘pekerjaan’ seperti melukis, menganyam, menulis

puisi ataupun lagu dan aktiviti bercerita dan perbincangan.

Froebel membezakan aktiviti berbentuk pekerjaan daripada aktiviti berbentuk

hadiah. Aktiviti berbentuk hadiah membantu memahami sesuatu konsep, manakala

aktiviti berbentuk pekerjaan membantu kanak-kanak membentuk semula sesuatu

idea(bukan setakat meniru tanpa berfikir).

Menurut Froebel, bagi mengajar kanak-kanak secara berkesan, seorang guru

perlu menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Apabila perhatian dan perasaan

ingin tahu kanak-kanak terusik, secara tidak langsung, mereka terdorong belajar

sesuatu yang baru. Misalnya, aktiviti menghafal lagu ataupun puisi membantu

kemahiran bahasa.