garis panduan amalan profesional pismp internship

22
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL PROGRAM IJAZAH DARJANA MUDA PERGURUAN ( PISMP ) INTERNSHIP

Upload: choy-maeyeng

Post on 08-Dec-2015

302 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

你,kvjghdfsfdxgfchgjklkl;nmbhvjgdrstexchvjhbknl

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

MELAKA

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL

PROGRAM IJAZAH DARJANA MUDA PERGURUAN ( PISMP )

INTERNSHIP

Page 2: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship

PENGENALAN

Garis Panduan Amalan Profesional Latihan Perguruan Praperkhidmatan digubal sebagai

panduan dalam melaksanakan Amalan Profesional bagi pelajar yang mengikuti Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Garis Panduan Amalan Profesional ini mengandungi

maklumat berkaitan dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan Internship.

Maklumat tentang struktur program, prosedur pelaksanaan, peranan dan tanggungjawab semua

pihak yang terlibat, panduan penggunaan borang dan kaedah penilaian dinyatakan secara

jelas.Dalam bahagian lampiran dimuatkan pelbagai borang bimbingan dan penilaian serta

dokumen lain yang berkaitan bagi membantu melaksanakan program ini dengan berkesan dan

mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan oleh pelajar, pensyarah pembimbing, guru

pembimbing dan pengurus sekolah, bagi memahami dan menghayati peranan serta

tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan Amalan Profesional. Di samping itu, garis

panduan ini juga dapat membantu pembimbing dalam melaksanakan tugas bimbingan,

penyeliaan dan penilaian pelajar.

Selain itu, pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru (IPGM) khasnya Pasukan Pengurusan

Praktikum, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri boleh menggunakan garis

panduan ini untuk membantu mereka melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran

yang berkaitan dengan Amalan Profesional. Tugas-tugas yang dimaksudkan ini meliputi urusan

pelantikan, penempatan (praktikum dan PBS), pemantauan dan kerja-kerja penyelarasan

Amalan Profesional.

Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan untuk membantu usaha menjayakan Amalan

Profesional ke arah memberi sumbangan bermakna dalam menyempurnakan sistem latihan

perguruan kendalian Bahagian Pendidikan Guru. Usaha ini adalah selaras dengan hasrat dan

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi

Pendidikan Guru serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

DEFINISI ISTILAH

Page 3: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship

Pensyarah Pembimbing : Merujuk kepada pensyarah IPGM yang dilantik oleh Pengarah untuk membimbing, menyelia dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum.

Guru Pembimbing : Merujuk kepada guru sekolah yang berpengalaman dalam mata pelajaran major/elektif dan dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) sebagai pembimbing kepada pelajar.

Pengurus Sekolah : Merujuk kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang.

Pelajar : Merujuk kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan sepenuh masa yang sedang mengikuti latihan praperkhidmatan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Murid : Merujuk kepada murid sekolah rendah tempat Amalan Profesional dilaksanakan.

Institut Pendidikan Guru Malaysia

: Merujuk kepada institut perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan program latihan perguruan.

Bilik Darjah : Merujuk kepada tempat sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal.

Sekolah : Merujuk kepada sekolah-sekolah rendah yang ditadbir di bawah KPM.

Pemantauan : Merujuk kepada proses mengesan pelaksanaan Amalan Profesional oleh ahli JKIPIPGM.

Rentasan : Merujuk kepada proses pengesahan kes gagal/ cemerlang dalam Amalan Profesional.

Cemerlang : Merujuk kepada markah 90 peratus dan ke atas dalam penilaian akhir praktikum.

Gagal : Merujuk kepada markah kurang 40 peratus atau gagal mematuhi prosedur-prosedur Amalan Profesional atau melanggar Akta 174 / Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

JKIPIPGM : Merujuk kepada Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru Malaysia.

JKPPIPGM : Merujuk kepada Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Page 4: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship

BAHAGIAN 1 AMALAN

PROFESIONAL AMALAN PROFESIONAL

1. PENDAHULUAN

Amalan Profesional adalah komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan

praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru serta Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan. Program ini sebagai landasan untuk pelajar mengaplikasikan ilmu

dan kemahiran yang diterima semasa pengajian di IPGM dalam pengajaran dan pembelajaran

sebenar di bilik darjah.

2. KONSEP

Amalan Profesional perlu dilihat sebagal satu kontinum dalam program latihan perguruan

praperkhidmatan di IPGM. Program ini terbahagi kepada tiga bahagian:

(i) Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

(ii) Praktikum (Pengajaran makro dan mikro dijalankan sebelum praktikum oleh Jabatan Ilmu

Pendidikan/Jabatan Pengkhususan/Jabatan Major)

Page 5: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship

(iii) Internship

Pembahagian ini dapat digambarkan seperti rajah berikut:

3. RASIONAL

Amalan Profesional menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori dalam

amalan pengajaran pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran pembelajaran yang tersendiri.

Hasil daripada pengalaman, proses refleksi dan penambahbaikan secara berterusan, pelajar akan

menggunakan kreativiti bagi menghasilkan iImu binaan (situational knowledge) dan inovasi yang menjadi

asas kepada pembinaan ilmu profesional perguruan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Melalui program latihan praktik yang sistematik, berasaskan sekolah dan bersifat developmental, pelajar

dapat membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional perguruan untuk menjadi guru

permulaan yang berkesan.\

Semasa pelaksanaan amalan profesional, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada penilaian.

Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pintar antara IPGM dan sekolah.

Permuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu perkembangan sistem latihan

terutamanya dari segi peningkatan profesionalisme keguruan.

Page 6: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship

4. MATLAMAT Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip,

teori, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang profesional. Amalan

Profesional juga membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya mempunyai

daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.

Program ini juga adalah untuk melahirkan insan guru yang profesional, dan memiliki sahsiah

guru yang unggul dan bukan sebagai guru di bilik darjah semata-mata. Oleh yang demikian,

Amalan Profesional perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu serta melibatkan

usaha sama antara IPGM, JPN dan sekolah.

5. OBJEKTIF 5.1 Melalui Amalan Profesional, diharapkan pelajar akan dapat:

(i) memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal nilai

profesional perguruan;

(ii) membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta dan kreativiti; (iii) meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;

Page 7: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship

(iv) menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; (v) menyepadukan teori dengan amali dalam pengajaran pembelajaran; (vi) menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran; (vii) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran, seterusnya

memperkembangkan potensi mereka sebagai guru; (viii) membuat refleksi, penilaian kendiri dan penambahbaikan dalam semua aspek tugas

guru; dan (ix) membina teori tersendiri (peribadi), ilmu binaan, dan seterusnya ilmu profesional

perguruan. 5.2 Melalui Amalan Profesional ini juga, pihak IPGM dan sekolah dapat: (i) memberi bimbingan secara menyeluruh yang merangkumi semua aspek

pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah;

(ii) mengeratkan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolah

melalui perbincangan dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam konteks pengajaran pembelajaran dan;

(iii) menilai prestasi pelajar semasa Amalan Profesional. 6. PELAKSANAAN PROGRAM AMALAN PROFESIONAL Program Amalan Profesional bagi latihan perguruan praperkhidmatan dilaksanakan seperti dalam Jadual

1.1.

Page 8: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship

7. PENILAIAN AMALAN PROFESIONAL Wajaran bagi penilaian Amalan Profesional pelajar adalah seperti dalam Jadual 1.2. Perincian bagi setiap

aktiviti PBS, praktikum dan internship dihuraikan dalam bahagian yang berkaitan.

7.1 Syarat Penentuan Keputusan

Prestasi pelajar dalam Amalan Profesional diputuskan mengikut gred yang ditetapkan

dalam Syarat dan Peraturan Sistem Peperiksaan dan Penilaian Pendidikan Guru yang

dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru (LPPG).

(i) Penentuan lulus adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

- Kehadiran 100% dalam Amalan Profesional

- Mencapai tahap minimum dalam penilaian akhir setiap praktikum dan internship

- Menunjukkan sikap positif terhadap profesion perguruan

(ii) Penentuan gagal adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

- Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang disenaraikan dalam kategori lulus.

- Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan bimbingan

yang diberikan.

- Pelajar masih tidak menghiraukan amaran secara bertulis sebanyak tiga kali.

- Pelajar tidak menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebanyak tiga kali

sepanjang tempoh praktikum.

Page 9: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship

- Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan kesalahan. BAHAGIAN 2

INTERNSHIP

Page 10: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship
Page 11: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship
Page 12: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship
Page 13: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship
Page 14: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship
Page 15: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship
Page 16: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship
Page 17: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship
Page 18: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship
Page 19: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship
Page 20: Garis Panduan Amalan Profesional Pismp Internship