garis panduan internship ppg - pelajar.pdf

25
1 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’  Ruj. K ami : IPRM 05/04 Jld.32 ( 55 )  Tarikh : 10 FEBRUARI 2015 Tuan, PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) INTERNSHIP AMBILAN JUN 2011 30 MAC 2015 hingga 24 APRIL 2015 (4 MINGGU) Dengan hormat perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah tuan merupakan penempatan bagi guru Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar untuk menjalani Interns hip bagi tahun 2015. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat awal mengenai bilangan guru yang ditempatkan di sekolah tuan dan Garis Panduan Ringkas Pelaksanaa n Internship untuk persediaan pihak sekolah. 3. Sehubungan itu, pihak tuan diharapkan dapat mencalonkan guru yang berkelayakan sebagai Mentor dengan melengkapkan Borang Maklumat Mentor (LAM-PT- 05-10) seperti yang dilampirkan. Borang Pencalonan Mentor tersebut hendaklah dikembalikan kepada Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, Seremban (u.p.: Ketua Unit Praktikum) pada atau sebelum 27 FEBRUARI 2015 (Jumaat). Untuk makluman pihak tuan, Mentor yang dilantik akan diberikan Taklimat Pengurusan Internship oleh Unit Praktikum IPGKRM. 5. Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila hubungi En. Badrul Hisham bin Ghazali, Ketua Unit Praktikum, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, Seremban di talian 06-7624543/019-3446126. Kerjasama, perhatian dan tindakan pihak tuan amat kami sanjung tinggi dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. . Sekian. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" ‘Cintai Bahasa Kita’ Saya yang menurut perintah, ( DR. MEHANDER SINGH A/L NAHAR SINGH ) Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban.  

Upload: khuzairi-atan

Post on 06-Jul-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 1/25

1

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’ 

Ruj. Kami : IPRM 05/04 Jld.32 ( 55 )

  Tarikh : 10 FEBRUARI 2015

Tuan,

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) INTERNSHIP AMBILAN JUN 2011

30 MAC 2015 hingga 24 APRIL 2015 (4 MINGGU)

Dengan hormat perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah tuan merupakan penempatan bagi guru

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja

Melewar untuk menjalani Internship bagi tahun 2015. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat

awal mengenai bilangan guru yang ditempatkan di sekolah tuan dan Garis Panduan Ringkas

Pelaksanaan Internship untuk persediaan pihak sekolah.

3. Sehubungan itu, pihak tuan diharapkan dapat mencalonkan guru yangberkelayakan sebagai Mentor dengan melengkapkan Borang Maklumat Mentor (LAM-PT-

05-10) seperti yang dilampirkan. Borang Pencalonan Mentor tersebut hendaklah dikembalikan

kepada Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, Seremban (u.p.: Ketua Unit

Praktikum) pada atau sebelum 27 FEBRUARI 2015 (Jumaat). Untuk makluman pihak tuan,Mentor yang dilantik akan diberikan Taklimat Pengurusan Internship oleh Unit Praktikum

IPGKRM.

5. Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila

hubungi En. Badrul Hisham bin Ghazali, Ketua Unit Praktikum, Institut Pendidikan Guru,

Kampus Raja Melewar, Seremban di talian 06-7624543/019-3446126. Kerjasama, perhatian dan

tindakan pihak tuan amat kami sanjung tinggi dan didahului dengan ucapan jutaan terima

kasih.

.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

‘Cintai Bahasa Kita’ 

Saya yang menurut perintah,

( DR. MEHANDER SINGH A/L NAHAR SINGH )

Timbalan Pengarah

Institut Pendidikan Guru

Kampus Raja Melewar, Seremban. 

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 2/25

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 3/25

3

Pemantauan : Proses mengesan pelaksanaan Internship oleh ahli

JKIAPIPGK/JKIPIPGK. 

Gagal : Markah kurang 50 % atau gagal mematuhi garis panduan

I nternship. 

Senarai Singkatan 

IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia

IPGK : Institut Pendidikan Guru Kampus

JKIAPIPGK/ JKIPIPGK : Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut

Pendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk Praktikum

Institut Pendidikan Guru Kampus

JPN : Jabatan Pendidikan Negeri

PPD : Pejabat Pendidikan Daerah

PPG : Program Pensiswazahan Guru

PPPBS : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah

SM : sekolah menengah

PdP : pengajaran dan pembelajaran

RPH : Rancangan Pengajaran Harian

RPI : Rancangan Pengajaran Individu

TMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 4/25

4

INT E RN S H IP  

1. KONSEP 

Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang ser ta

mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang

guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yangberkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini,

pelajar perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Internship  juga memberi peluang kepada pelajar untuk

meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sif at

kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru

yang berinovasi. 

2. OBJEKTIF 

Melalui Internship, pelajar dapat: 

i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan

integriti dalam melaksanakan tugas. 

iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab

yang diberikan. 

iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komuniti

sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi. 

v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak

program pendidikan semasa. 

vi. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran ser ta

projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang

ber terusan. 

vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan

kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara

ber terusan.

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 5/25

5

3. PROSEDUR PELAKSANAAN 

i. Tempoh 

Pelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu denganperuntukan sebanyak dua (2) kredit dalam Semester 8.

ii. Penempatan In ternsh ip  

Pelajar wajib menjalani Internship di sekolah rendah saha ja. 

iii. Bilangan Waktu Menga jar  

•  Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru

Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah

rendah adalah tertakluk kepada pihak sekolah. 

•  Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang tidak mengajar di sekolah

rendah seperti PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di

KPM/JPN/PPD/SM adalah sebanyak 2 - 4 waktu seminggu di sekolah

rendah. 

iv. Mata Pela jaran 

Pelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja di

samping melaksanakan tugas hakiki dalam tempoh Internship. 

v. Taklimat In ternsh i p  

Pelajar wajib menghadiri taklimat Internship yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK. 

vi. Portfolio 

Pelajar mesti menyediakan portfolio Internship (rujuk Lampiran 3). 

4. PROJEK INT E RN S H IP  

i. Pelajar wajib melaksanakan satu (1) projek inovasi dalam pengajaran dan

pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan major masing-masing. Projektersebut perlu dibuat rakaman video berdurasi 20 – 30 minit (satu waktu)

ii. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan inovasi tersebut dalam satu sesi

pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. 

iii. Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas pembiayaan

sendiri. 

iv. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif,

strategi dan pelan tindakan projek inovasi.

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 6/25

6

v. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan

projek inovasi dalam PdP yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu,

penulisan perancangan dan laporan perlu melibatkan output, outcome,

aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi. 

vi. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 – 10 muka surat

(tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahan

grafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya)mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan

(rujuk Lampiran 1). 

vii. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio int ernship

berserta rakaman video pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklah

diserahkan kepada mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) minggu

selepas tamat In ternship untuk dinilai. 

5. PENETAPAN MENTOR/PENILAI DAN PENGURUS SEKOLAH  YANG

MENGESAHKAN MARKAH PENILAIAN BAGI PELAJAR YANG MENGIKUTI

INT E RN S H IP  

i. Ketetapan mentor dan pengurus sekolah/tempat bertugas yang

mengesahkan markah penilaian bagi pelajar yang mengikuti Internship

adalah seperti berikut :-

Kategori Pela jar   Mentor  /Penilai 

Pengurus

Sekolah /Tempat

Bertugas  Yang

Mengesahkan Markah

Penilaian 

Guru

Penolong Kanan/Ketua Panitia

ATAU 

Guru yang berpengalaman

sekurang-kurangnya tiga (3) tahun

dalam mata pelajaran major yang

diajar di sekolah di tempat pelajar

menjalani Internship. 

DAN 

Pensyarah IPGK 

Guru Besar &

Ketua Jabatan

Ketua Panitia Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar &

Ketua Jabatan

Penolong Kanan Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar &

Ketua Jabatan

Guru Besar Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Kanan &

Ketua Jabatan

PPPBS yang

bertugas di

Bahagian-bahagian

di KPM/JPN/PPD/SM

Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar &

Ketua Jabatan

Jadual 1: Penetapan Mentor/Penilai Dan Pengurus Sekolah Yang Mengesahkan 

Markah Penilaian Bagi Pelajar Yang Mengikuti In ternship  

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 7/25

7

6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

(i) Pela jar  

a) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK. 

b) Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif  

I nternship. 

c) Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas di

Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM): 

i. maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakanI nternship 

ii. mentor yang telah dilantik oleh pengurusan sekolah

berkenaan

d) Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakan

sebelum menjalani I nternship. 

e) Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untuk

mencapai persetujuan bersama tentang projek inovasi yang akan

dilaksanakan.

f) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah,

guru/pegawai dan staf sokongan. 

g) Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan, Etika

Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, peraturan IPG, dan peraturan

sekolah. 

h) Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuransekolah/tempat bertugas sepanjang tempoh Internship. Pelajar

kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di

KPM/JPN/PPD/SM dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuk

sesi persekolahan dalam seminggu. 

i) Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/ber tugas. 

 j) Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship kepada Unit Praktikum IPGK. 

k) Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secara

individu. Projek inovasi dalam PdP hendaklah berkaitan dengan matapelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalam

masa empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak

memplagiat inovasi terdahulu. Walau bagaimanapun, penambahbaikan

terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan.

Contoh Projek Inovasi dalam PdP: 

i. Kaedah Baca Cepat Dalam Pengajaran Jawi (bidang

Pendidikan Islam)

ii. Rekreasi Matematik (bidang Matematik)

iii. Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial)

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 8/25

8

l) Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projek

inovasi tersebut berdurasi selama 20 hingga 30 minit (1 waktu) dalam

bentuk cakera padat (CD) beserta RPH. Pelajar perlu membuat dua

salinan rakaman video tersebut di mana satu salinan masing-masing

untuk diserahkan kepada mentor dan Unit Praktikum IPG untuk proses

penilaian dalam tempoh satu minggu selepas tamat I nternship. (Pelajar juga dinasihatkan membuat 1 salinan rakaman dalam f ail

peribadi)

m) Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungi

antaranya laporan bertulis projek inovasi serta menghantar kepada

mentor /penilai

n) Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat penulisan refleksi pada

setiap minggu sepanjang tempoh Internship berpandukan format yang

ditetapkan. (rujuk Lampiran 2 dan 2a). 

o) Menghantar portfolio internship untuk dinilai oleh mentor yang dilantik

pihak sekolah dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship.

Seterusnya portfolio internship yang telah dinilai oleh mentor perlu di

hantar ke Unit Praktikum IPGK untuk proses penilaian oleh pensyarah

selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas tamat Internship. 

(ii) Pengurus Sekolah 

a) Memahami, menghayati dan bekerjasama dengan IPGK ke arah

pencapaian matlamat dan objektif I nternship. 

b) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK. 

c) Memastikan dan membantu pelajar melaksanakan tanggungjawab dan

tugasan yang dipersetuju bersama oleh pihak sekolah sepanjang

tempoh I nternship. 

d) Mencalonkan mentor dalam kalangan Penolong Kanan/Ketua

Panitia/guru untuk dilantik oleh JPN bagi membimbing pelajar semasa

Internship. Seorang mentor dibenarkan membimbing maksimum dua

orang pelajar . 

e) Memaklumkan kepada IPGK jika terdapat kes-kes disiplin dan pelajar

berpotensi gagal. 

f) Mengesahkan markah penilaian Internship yang dibuat oleh mentor . 

g) Menghantar markah penilaian Internship (Borang PR5) kepada Unit

Praktikum IPGK dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat

Internship . Semua dokumen pemarkahan adalah SULIT. 

h) Melaporkan kepada IPGK secara bertulis kes gagal I nternship

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 9/25

9

(iii) Mentor  

a) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK. 

b) Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakan projek

inovasi yang dijalankan. 

c) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yangcemerlang, kompeten dan berjiwa pendidik.

d) Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai perkembangan

dan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa. 

g) Menilai pelaksanaan projek inovasi pelajar semasa Internship dengan

menggunakan Borang PR5 dalam tempoh satu (1) minggu selepas

tamat In ternship untuk disahkan oleh pengurus sekolah. Sila rujuk

Lampiran 4 dan Lampiran 4a. 

(iv) Pensyarah 

a) Menerima surat pelantikan sebagai penilai daripada Pengarah IPGK.

b) Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum. 

c) Menyemak dan menilai portfolio serta rakaman pelaksanaan projekinovasi pelajar dalam PdP. 

d) Melengkapkan dan menyerahkan Borang Penilaian (PR5) kepada Unit Praktikum. 

(v) Unit Praktikum 

a) Melaksanakan garis panduan Internship yang dikeluarkan oleh IPGM. 

b) Menguruskan pelantikan mentor/pensyarah yang telah dicalonkan oleh

pengurus sekolah/Ketua Jabatan dengan kerjasama Jabatan

Pendidikan Negeri/IPGK. 

c) Merancang dan menguruskan dokumen berkaitan pelaksanaan

I nternship. 

d) Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan Internship kepada

pelajar . 

e) Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen/rekod

I nternship. 

f) Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes Internship (jika ada) untuk

dibawa ke mesyuarat JKPIPGK/JKIAPIPGK. 

g) Mengurus dan membentang keputusan Internship untuk disahkan oleh

JKPIPGK/JKIAPIPGK sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan

dan Penganugerahan Institut Pendidikan Guru.

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 10/25

10

(v) Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru

Kampus/Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan

Guru Kampus (JKIPIPGK /JKIAPIPGK) 

a) Memastikan pelaksanaan garis panduan Internship dipatuhi. 

b) Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkantempoh Internship, disiplin dan gagal serta mengambil tindakan

susulan yang sewajarnya. 

c) Mengesahkan kehadiran dan keputusan Internship pelajar . 

7. KEHADIRAN INT E RN S H IP  

a) Pelajar wajib hadir 100% kecuali dengan kebenaran Pengarah JPN/

Pengarah IPGK /Pegawai Pendidikan Daerah /Pengetua/Guru Besar /

Ketua Jabatan tempat bertugas tetapi tidak melebihi 30% daripada

 jumlah hari internship adalah atas sebab-sebab berikut: 

• Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan. 

• Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah. 

•  Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian.

(Nyatakan ahli keluarga terdekat. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan

 Awam – Bab Cuti)

• Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan. 

b) Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa

kebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak jawatankuasatatatertib IPGK untuk tindakan seperti yang berikut: 

Kehadiran 

In ternsh ip  Tindakan 

90 % ke atas

JKIPIPGK/JKIAPIPGK akan menentukan sama ada

pelajar perlu melengkapkan kehadiran I nternshipatau tidak. 

70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran I nternship. 

Kurang daripada

69.9%Pelajar wajib mengulang keseluruhan I nternship. 

Jadual 2: Tindakan Bagi Kes Kehadiran Internship Tanpa 

Sebab Atau Tanpa Kebenaran dan Kurang Daripada 100%

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 11/25

11

8. PENANGGUHAN INT E RN S H IP  

a) Semua permohonan penangguhan Internship hendaklah dibuat kepada

Rektor IPGM melalui Pengarah IPGK. 

b) Kelulusan penangguhan Internship tertakluk kepada keputusan yang

dibuat oleh Rektor IPGM. 

c) Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempoh

pengajian.

d) Internship yang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dan

sebelum boleh dianugerahkan ijazah. 

e) Pelajar mesti melaporkan diri ke IPGK asal mereka selepas tamat tempoh

penangguhan yang dimohon untuk meneruskan I nternship. 

f) Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecuali

dengan kelulusan Pengarah IPGK. 

g) Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPGK ketika melaksanakan I nternship 

kecuali dengan kebenaran Rektor IPGM. 

9. PENILAIAN INT E RN S H IP  

a) Penilaian oleh mentor/pensyarah terhadap projek inovasi dalam

pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan selepas tamat internship. 

b) Penilaian pelajar dalam Internship melibatkan aspek-aspek perancangan,

pelaksanaan dan penilaian projek inovasi yang dijalankan, penulisan

ref leksi. 

c) Penilaian Internship pelajar PPG dilakukan oleh mentor (50%) dan

Pensyarah (50%) menggunakan Borang PR5 (Rujuk Lampiran 4 dan 

4a). 

d) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh mentor dilakukan oleh

Guru Besar . 

e) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh Pensyarah dilakukan

oleh Ketua Jabatan di IPGK. 

f) Wajaran bagi penilaian pelajar adalah seperti berikut: 

Kategori Pela jar  Wajaran Penilaian 

Sekolah  IPG 

PPPBS yang ber tugas

sebagai guru di sekolah

rendah50% 50%

PPPBS (Guru Besar ,

Penolong Kanan, pegawai

bertugas Bahagian-

bahagian di KPM/ JPN/

PPD/SM

50% 50%

Jadual 3: Wajaran Penilaian In ternsh ip 

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 12/25

12

g) Komponen Penilaian Internship adalah seperti berikut :-

Aspek Penilaian  Ru jukan  Markah 

 A. Perancangan Projek

InovasiPortfolio Internship/RPH 20%

B. Pelaksanaan ProjekInovasi Portfolio Internship/RPHdan

rakaman video projek

inovasi dalam PdP. 

30%

C. Penilaian Projek Inovasi 30%

D. Penulisan Ref leksi Portfolio Internship  20%

JUMLAH  100% 

Jadual 4: Komponen Penilaian In ternsh ip  

10. SYARAT LULUS ATAU GAGAL INT E RN S H IP  

a) Syarat penentuan keputusan

Prestasi pelajar dalam Internship diputuskan mengikut gred seperti yang

ditetapkan dalam syarat dan peraturan sistem peperiksaan, penilaian dan

penganugerahan pendidikan guru yang dikeluarkan oleh Senat. 

b) Penentuan lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-

• Kehadiran 100 %. 

• Lulus dalam penilaian Internship (rujuk PR5)•  Tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan

disabitkan kesalahan. 

c) Penentuan gagal Internship berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-

•  Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam syarat

penentuan lulus. 

d) Pelajar yang lulus/gagal perlu disahkan oleh JKIPIPGK/JKIAPIPGK.

e) Pelajar yang gagal diberi peluang mengulang sekali sahaja.

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 13/25

 

LAMPIRAN 

12

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 14/25

LAMPIRAN 1 

13

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP  (Laporan antara 8  – 10 muka surat) 

NAMA PELAJAR : ………………………………………………………………………

NO. KAD PENGENALAN : ………………………………………………………………………

PROGRAM :………………………………………………………………………

NAMA SEKOLAH :………………………………………………………………………

NAMA PROJEK :………………………………………………………………………

TEMPOH PELAKSANAAN :………………………………………………………………………  

1. OBJEKTIF 

…………………………………………………………………………………………………

.. ………………………………………………………………………………………………… .. 

………………………………………………………………………………………………… ... 

…...………………………………………………………………………………………………  

2. STRATEGI PELAKSANAAN 

…………………………………………………………………………………………………………  

…………………………………………………………………………………………………………  

…………………………………………………………………………………………………………  

…………………………………………………………………………………………………………  

…………………………………………………………………………………………………………

 

3. REFLEKSI 

a) Kekuatan Projek: 

………………………………………………………………………………………………………  

………………………………………………………………………………………………………  

………………………………………………………………………………………………………  

………………………………………………………………………………………………………  

………………………………………………………………………………………………………  

b) Kelemahan Projek: 

…………………………………………………………………………………………………………  

………………………………………………………………………………………………………

 ………………………………………………………………………………………………………  

………………………………………………………………………………………………………  

……………………………………………………………………………………………… .. 

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 

…………………………………………………………………………………………………………  

…………………………………………………………………………………………………………  

…………………………………………………………………………………………………………  

…………………………………………………………………………………………………………  

…………………………………………………………………………………………………………  

5. KESIMPULAN 

…………………………………………………………………………………………………………  

…………………………………………………………………………………………………………

 …………………………………………………………………………………………………………

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 15/25

14

LAMPIRAN 2 

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 

1. Isu / Perkara yang dif okus: 

2. Analisis isu / perkara yang dif okus: 

2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan: 

3. Cadangan penambahbaikan: 

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 16/25

15

LAMPIRAN 2a 

PENULISAN REFLEKSI 

1. Definisi Ref leksi 

•  Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan

untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)

•   Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman

pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat.

Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta  – 

pemerhatian, temu bual dan soal selidik. 

•  Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul,

memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian

kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan

meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif. 

2. Tujuan Ref leksi: 

•  Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang

dilaksanakan.

•  Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambah baik dan

meningkatkan kualiti setiap tugasan secara ber terusan.

•  Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti

dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.

• Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan . 

3. Ciri-Ciri Refleksi 

• Bermula dengan mengingat kembali

• Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu

• Menentukan usaha secara sedar (conscious eff or t )

• Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku posi tif  

4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam In ternsh ip  

a) Satu proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh

pelajar sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan.

b) Antara panduan yang boleh diikuti ialah:-

i). Hendaklah dibuat selepas projek inovasi dalam PdP yang dijalankan oleh

PPPBS selesai dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang dicadangkan

adalah seperti berikut: 

•  Sejauh manakah objektif projek yang dirancang dan dilaksanakan

tercapai?

•  Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti?

•  Jelaskan langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki

pelaksanaan aktiviti tersebut ?

•   Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan

atau menambah baikkan pelaksanaan projek tersebut?

ii) Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di

Lampiran 2 dan 2a.

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 17/25

16

LAMPIRAN 3 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO INTERNSHIP PPG

Bahagian No. Perkara Tandakan

( / )

A Maklumat

Diri

A01 Biodata Pelajar

A02 Surat Pengenalan Diri

A03 Salinan Borang Kehadiran Internship

(LAM-PT05-09)

B

Maklumat

Projek

Inovasi

B01 Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam PdP

B02 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

B03 Menyediakan Laporan Projek Inovasi

B04 Cadangan Penambahbaikan

C

Amalan

Refleksi

C01 Catatan Refleksi Mingguan

D Lain-lain

D01 Maklumat Tambahan Projek Inovasi PdP

D02 Rakaman video yang disimpan dalam cakera padat

(CD)

D03 Borang Refleksi Amalan Profesional

(LAM-PT05-12)

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 18/25

17

LAMPIRAN 4 

BORANG PR5 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU:  KAMPUS

BORANG PENILAIAN INTERNSHIP  

Perhatian: Borang ini digunakan untuk penilaian In ternship yang perlu dilengkapkan oleh

mentor/pensyarah dan pengurus sekolah. 

Nama Pelajar  :  No. K.P.: 

Kursus  :   Ambilan : 

Major  :  Elektif   : 

Nama Sekolah : 

RUMUSAN UNTUK INTERNSHIP  

Petunjuk Tahap 

Tahap  1 :  Terdapat banyak kelemahan 

Tahap  2 :  Terdapat beberapa kelemahan 

Tahap  3 :  Pencapaian sederhana 

Tahap  4 :  Baik dalam banyak aspek 

Tahap  5 :  Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek 

KRITERIA PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAP 

TAHAP  10%  20%  30% 

1 2 

0.0 - 1.9 2.0 - 3.9 

4.0 - 6.4 

6.5 - 7.9 

8.0 - 10.0 

0.0 - 3.9 4.0 - 7.9 

8.0 - 12.9 

13.0 - 15.9 

16.0 - 20.0 

0.0 - 5.9 6.0 - 11.9 

12.0 - 19.4 

19.5 - 23.9 

24.0 - 30.0 

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 19/25

18

BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5) 

Arahan: Sila bulatkan angka yang berkenaan 

Aspek  Tahap  Ulasan 

A. PERANCANGAN PROJEK INOVASI PdP(20 MARKAH) 

- Objektif jelas dan sesuai - Pelan tindakan disediakan 

- Sasaran pelajar dinyatakan 

- Inovasi sesuai dengan sasaran 

1 2 3 4 5 

Markah A = 

B. PELAKSANAAN PROJEK INOVASI DALAM

PdP 

(30 MARKAH) 

- Mengikut kesesuaian jadual perancangan - Penglibatan aktif murid 

- Impak kepada murid 

1 2 3 4 5 

Markah B = 

C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP 

(rujuk portfolio) 

(30 MARKAH) 

- Menyediakan laporan projek inovasi 

- Cadangan penambahbaikan 

- Laporan akhir pelaksanaan projek inovasi 

1 2 3 4 5 

Markah C = 

D. CATATAN REFLEKSI (rujuk portfolio) 

(20 MARKAH) 

- Isu/perkara difokus 

- Analisis kekuatan/kelemahan 

- Cadangan penambahbaikan 

- Rumusan 

1 2 3 4 5 

Markah D = 

Jumlah Keseluruhan Markah = (A + B + C + D) = % 

RUMUSAN KESELURUHAN 

Tandatangan Mentor/Pensyarah Tandatangan Pengurus Sekolah/Ketua 

Jabatan 

(Nama: ) (Nama: ) 

Tarikh:  Tarikh:   _

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 20/25

19

LAMPIRAN 5a 

PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5) 

1. Borang PR5 digunakan untuk membuat penilaian Internship. 

2. Pengurus sekolah dan mentor perlu membuat perbincangan sebelum membuat rumusan dan

penilaian pada borang PR5. 

3. Empat komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus membuat

rumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar. 

4. BORANG RUMUSAN PR5 INI TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA PELAJAR. 

A. PERANCANGAN INOVASI DALAM PdP 

Tahap 1  Tahap 2  Tahap 3  Tahap 4  Tahap 5 

Perancangan tidak jelas,tidak teratur, strategi

tidak sesuai, tidak adasumber rujukan,persembahan sangatlemah

Perancangan projekinovasi kurang jelas,

kurang teratur, strategikurang sesuai, sumberrujukan sangat terhad,persembahan lemah

Perancangan projekinovasi jelas, tetapi

kurang teratur, strategisesuai, sumber rujukanterhad, persembahanmengikut format

Perancangan projekinovasi jelas dan teratur,

strategi sesuai, sumberrujukan sesuai dengantajuk, persembahanmengikut format

Perancangan projekinovasi sangat jelas dan

teratur, strategi sesuai,sumber rujukan pelbagaidan sesuai dengan tajuk,persembahan kreatif danmengikut format

B. PELAKSANAAN INOVASI DALAM PdP 

Tahap 1  Tahap 2  Tahap 3  Tahap 4  Tahap 5 

Penglibatan muridtidak jelas, tidak teraturdan tidak mengikut jadual perancangan.

Projek inovasi tidakmemberi Impak kepadamurid

Penglibatan muridkurang jelas, kurangteratur dan kurangmengikut jadualperancangan.

Projek inovasi kurangmemberi Impak kepadamurid

Penglibatan murid jelas, tetapi kurangteratur dan kurangmengikut jadualperancangan.

Projek inovasi kurangmemberi Impak kepadamurid

Penglibatan murid jelas, teratur danmengikut jadualperancangan.

Projek inovasi jelasmemberi Impak kepadamurid

Penglibatan muridsangat jelas, sangatteratur dan mengikut jadual perancangan.

Projek inovasi sangat jelas memberi Impakkepada murid

C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP 

Tahap 1  Tahap 2  Tahap 3  Tahap 4  Tahap 5 

Tidak jelas dan tidakteratur dalammenyediakan laporanprojek inovasi

Tidak jelas dan tidakteratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi

Kurang jelas dan kurangteratur dalammenyediakan laporanprojek inovasi

Kurang jelas dan kurangteratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi

Jelas tetapi kurangteratur dalammenyediakan laporanprojek inovasi

Jelas tetapi kurangteratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi

Jelas dan teratur dalammenyediakan laporanprojek inovasi

Jelas dan teratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi

Sangat jelas dan sangatteratur dalammenyediakan laporanprojek inovasi

Sangat jelas dan sangatteratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 21/25

 

D. CATATAN REFLEKSI 

Tahap 1  Tahap 2  Tahap 3  Tahap 4  Tahap 5 

Kurang berusaha untukmenilai diri

Tidak dapatmenghubungkaitkansebab dan akibat tentangtindakan yang telahdiambil.

Tidak menunjukkanusaha untukmenghubung kait dalammerancang danmembuat tindakansusulan.

 Ada usaha untuk menilaikekuatan dan kelemahandiri.

Kurang dapatmenghubungkaitkansebab dan akibat tentangtindakan yang telahdiambil.

Kurang mengaitkansituasi dan pengalamanuntuk membuat inferens.

Sentiasa berusahamenilai kekuatan dankelemahan diri.

Dapatmenghubungkaitkansebab dan akibat yangtelah diambil.

Dapat mengaitkan situasidan pengalaman untukmembuat inferens.

Berjaya menilai kekuatandan kelemahan diri.

Berjayamenghubungkaitkansebab dan akibat tentangtindakan yang diambil

Berjaya mengaitkansebab dan akibat untukmembuat inferens.

Berjaya meramal kesansesuatu tindakan danbertindak berlandaskanbukti, seterusnyamerancang langkah

susulan.

Sangat berjaya menilaikekuatan dan kelemahandiri.

Sangat berjayamenghubungkaitkansebab dan akibat tentangtindakan yang diambil

Sangat berjayamengaitkan sebab danakibat untuk membuatinferens.

Sangat berjaya meramalkesan sesuatu tindakandan bertindakberlandaskan bukti,seterusnya merancang

langkah susulan.

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 22/25

 

BORANG KEHADIRAN INTERNSHIP BAGI BULAN …………………………..TAHUN 2015 

NAMA SEKOLAH: .............................................................................................................................

ALAMAT: .............................................................................................................................................. No. Telefon: ...................................

PERHATIAN: Sila tanda kehadiran dengan tanda ( / ) di dalam ruang yang berkenaan.

TARIKH / HARIBULAN PERSEKOLAHAN

MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5

BIL NAMA MAJOR

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

CATATAN : ....................................................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................................................................................

Tandatangan Pelajar : Tandatangan Pengetua/Guru Besar:

..............................................................( )

Tarikh:

.......................................................................( )

Tarikh:

Catatan: Setiap cuti sakit mestilah disertakan dengan salinan surat akuan doktor (MC) atau surat kebenaran. 

Julai 2014

PPG AMBILAN JUN 2011LAM-PT05-09

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 23/25

 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

REFLEKSI AMALAN PROFESIONAL

Nama Sekolah: ………………………………………………………………...............

Pengkhususan: …………………………………………………………………………. 

Pensyarah Pembimbing : ....................................................................................

Guru Pembimbing : ............................................................................................

Saudara/Saudari GDL,

Soalan-soalan berikut bertujuan membantu anda membuat refleksi mengenai pengalaman Amalan Profesional yang telah anda lalui. Sila jawabsemua soalan dengan jujur dan ikhlas. Semua maklumat yang anda beri akan dirahsiakan.

Untuk menjawab soalan-soalan berikut, sila bulatkan angka di hujung setiap pernyataan yang anda rasa paling tepat menggambarkan pandangananda mengenai kualiti penyeliaan yang diterima daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Sila guna Ruang Pensyarah  untukpenilaian ke atas Pensyarah Pembimbing dan Ruang Guru  untuk Guru Pembimbing. Angka "1" menunjukkan anda sangat tidak puas hatidengan kenyataan tersebut dan angka "5" pula menunjukkan anda sangat berpuas hati.

Bagi menjawab pernyataan di bahagian 1, 2, 3, 4 dan 5, sila gunakan skala Likert 5 poin berikut serta bulatkan pada jawapan yang bertepatan

dengan pendapat anda.

Sangat TidakPuas Hati

TidakPuas Hati

 Agak PuasHati

PuasHati

SangatPuas Hati

1 2 3 4 5

Kualiti Penyeliaan dan bimbingan yang diterima:

Pernyataan Pensyarah Penyelia Guru Pembimbing

1 PERANCANGAN

a Menulis hasil pembelajaran dengan tepat. 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 

b Menulis isi pembelajaran yang sesuai dengan hasil pembelajaran 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 

c Merancang kaedah dan strategi p&p yang sesuai 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 

d Memilih sumber p&p yang sesuai dan menarik 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 

e Memilih nilai-nilai murni yang sesuai 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 

f Menyenaraikan unsur-unsur yang sesuai (kemahiran pelbagai kecerdasan) 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 

2 PELAKSANAAN

a Melaksanakan set induksi 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 

b Menjelaskan perkembangan pengajaran mengikut urutan/langkah 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 

c Melaksanakan kaedah pengajaran yang berkesan 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

d Menguasai teknik penyoalan 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

e Mengendalikan aktiviti pengayaan dan pemulihan 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

f Menguruskan bilik darjah yang kondusif 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

g Menerap nilai-nilai murni di bilik darjah 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

h Mengurus masa pembelajaran dengan berkesan 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

i Membuat penilaian di akhir p&p 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

3 AMALAN REFLEKSI

a Membimbing penulisan refleksi p&p secara berkesan 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

b Membina pemikiran reflektif terhadap p&p 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

c Menyemak dan menilai portfolio Amalan Profesional secara berterusan 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

4 SIKAP DAN SAHSIAH

a Penampilan saya semasa bertugas 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

b Keprihatinan saya terhadap GDL 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

c Pemilikan budi pekerti semasa interaksi di kelas 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

d Sifat profesional semasa bertugas 1 2 3 4 5  1 2 3 4 5 

LAM-PT05-12 PPG AMBILAN JUN 2011

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 24/25

 

5. Pada keseluruhannya, bimbingan yang diberi berkesan untuk membantu saya dalam :

PernyataanPensyarahPenyelia

Guru Pembimbing

a Merancang pengajaran saya. 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 

b Melaksana pengajaran saya 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 

c Memupuk nilai keguruan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 

6. Nyatakan perkara-perkara lain yang anda ingin luahkan atau sebarang cadangan.

 ___ __________________________________________________________________________________________________

 ____________________________________________________________________________________________________

 ____________________________________________________________________________________________________

 ____________________________________________________________________________________________________

 ____________________________________________________________________________________________________

 ____________________________________________________________________________________________________  

20Julai 2014

8/17/2019 Garis Panduan Internship PPG - Pelajar.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/garis-panduan-internship-ppg-pelajarpdf 25/25

 

AHLI PANEL PENGGUBAL: 

Dr. Mohd. Nordin bin Abu BakarPusat Pembangunan AkademikInstitut Pendidikan Guru Malaysia

En. Muhammad bin IbrahimPusat Pembangunan AkademikInstitut Pendidikan Guru Malaysia

Tn. Hj. Aleas bin Hj. Md. IsaInstitut Pendidikan GuruKampus Ilmu Khas

Tn. Syed Hamid bin Syed AlwiInstitut Pendidikan GuruKampus Pendidikan Islam

En. Ahmad Tarmizi bin SallehKetua Unit PraktikumInstitut Pendidikan GuruKampus Pendidikan Islam

Tn. Hj. Azhar bin HashimKetua Unit PraktikumInstitut Pendidikan GuruKampus Pendidikan Teknik

En. Johari bin JonedKetua Unit Praktikum

Institut Pendidikan GuruKampus Bahasa Melayu

Pn. Hjh. Hasnah bt. RazaliKetua Unit Praktikum

Institut Pendidikan GuruKampus Bahasa Antarabangsa

Dr. Syed Ismail bin Syed MustafaKetua Unit PraktikumInstitut Pendidikan GuruKampus Ilmu Khas

En. Mohd. Izan bin YusopKetua Unit PraktikumInstitut Pendidikan GuruKampus Raja Melewar 

 

21