garis panduan melanjutkan pelajaran keinstitusi … · prosedur penghant aran permohonan...
TRANSCRIPT
GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARANKE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
SECARA SEPENUH MASA DAN S.EPARUH MAS AMAKTAB KOPERASI MALAYSIA
l. PENDAHULUAN
Garis Panduan ini bertujuan untuk menetapkan syarat dan peraturan bagi kakitangan
Maktab Koperasi Malaysia (MKM) untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi
Pengajian Tinggi (lPT) secara sepenuh masa atau separuh masa.
2. PELAKSANAAN
2.1. MKM berhasrat untuk menyedia dan memastikan perkhidmatan yang
berkualiti, efisien dan berkesan di samping membentuk warga MKM yang
berilmu, terlatih dan berkebolehan serta mempunyai nilai-nilai mumi dalam
menghadapi cabaran dan keperluan semasa yang sentiasa berubah-ubah.
2.2. Selain daripada latihan dan kursus jangka pendek yang telah disediakan,
MKM juga merancang dan menggalakkan kakitangannya untuk melanjutkan
pelajaran ke tahap yang lebih tinggi iaitu Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana
Muda dan Diploma secara sepenuh mas a atau separuh masa. Sehubungan
itu, bilangan pegawai dan kakitangan yang dibenarkan untuk melanjutkan
pelajaran ke IPT setiap tahun adalah berdasarkan kepada keperluan dan
perancangan Jabatan.
3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKANPELAJARAN
3.1. Pegawai atau kakitangan yang memohon untuk melanjutkan pelajaran secara
sepenuh masa atau separuh masa hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti
berikut:
i) Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan
yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
ii) telah disahkan dalam perkhidmatan;
iii) telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun bagi pengajian
sepenuh masa;
iv) telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun bagi pengajian
separuh masa;
v) mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Gred A dengan purata
markah minimum 85% bagi tiga (3) tahun ke belakang;
vi) bersih daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib serta bebas daripada
dakwaan mahkamah;
vii) telah mengisytiharkan harta mengikut Akta Badan-Badan Berkanun
(Tatatertib dan Sureaj) 2000 (Akta 605);
viii) bagi pemohon pengajian seeara separuh masa, pegawai hendaklah
telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat
Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah seeara separuh
masa di IPT A/IPTS yang diiktiraf; dan
ix) kursus yang diikuti berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan untuk
kepentingan perkhidmatan.
3.2. Syarat had umur melanjutkan pelajaran adalah seperti berikut:
i) Belajar Sepenuh Masa dengan pembiayaan JPA berumur tidak lebih
daripada 43 tahun bagi peringkat Doktor Falsafah dan 45 tahun bagi
peringkat Sarjana pada tarikh tutup permohonan. Walau bagaimanapun
syarat ini tertakluk kepada peraturan had umur yang ditetapkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari semasa ke semasa.
ii) Belajar Separuh Masa bagi pembiayaan sendiri Tidak tertakluk kepada
had umur.
iii) Belajar separuh masa dengan pembiayaan MKM atau lain-lain agensi
hendaklah berumur tidak lebih daripada 46 tahun bagi peringkat Doktor
2
Falsafah dan 50 tahun bagi peringkat Sarjana, Sarjana Muda dan
Diploma pada tarikh tutup permohonan tertakluk kepada umur persaraan
wajib.
4. PROSEDUR PENGHANT ARAN PERMOHONAN KE INSTITUSIPENGAJIAN TINGGI DI BAWAH TAJAAN MKM, Kumpulan WangAmanah Pendidikan Koperasi (KWAPK), JPA AT AU LAIN-LAIN AGENSI
4.1. Semua permohonan untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa atau
separuh masa ke peringkat Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan
Diploma hendaklah menghantar surat kepada Ketua Pengarah MKM yang
diperakui oleh PengarahiPenolong PengarahiPengurus/Ketua Audit Dalaman
pada atau sebelum 31 Disember setiap tahun.
5. CARA-CARA PERMOHONAN
Cara -cara permohonan adalah seperti berikut :
5.1. Pemohon hendaklah mengisi Borang JPA atau MKM atau lain-lain agensi
dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah MKM berserta
dokumen-dokumen berkaitan bagi menyokong permohonan tersebut sebelum
tarikh tutup permohonan.
5.2. Bagi pemohon yang telah diterima masuk ke IPT, mereka dikehendaki
menghantar salinan surat tawaran dan surat permohonan cuti belajar melalui
PengarahiPenolong PengarahiPengurus/Ketua Audit Dalaman untuk tindakan
seterusnya.
6. KURSUS-KURSUS YANG DIPERAKUKAN
6.1. Pegawai-pegawai yang memohon untuk melanjutkan pelajaran perlulah
memohon untuk mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang tugas
pegawai berkenaan dan diperakui oleh Jabatan. Bagi kursus-kursus yang lain,
pertimbangan akan diberi mengikut kepentingan Jabatan.
3
~~-----------
6.2. Pegawai-pegawai yang telah diluluskan untuk melanjutkan pelajaran bagi
kursus yang telah dipohon, tidak dibenarkan menukar kursus.
7. PERMO HONAN MELANJUTKAN PELAJARAN MELALUI KETUAJABATAN
7.1. Permohonan melanjutkan pelajaran ke IPT hendaklah melalui Ketua Jabatan
bagi mendapatkan apa-apa kemudahan cuti belajar.
7.2. Bagi pemohon yang telah diterima masuk ke IPT, mereka dikehendaki
menghantar salinan surat tawaran dan surat permohonan cuti belajar melalui
Pengarah/Penolong Pengarah/Pengurus/Ketua Audit Dalaman untuk tindakan
seterusnya.
8. TEMPOHSAHTAWARAN
8.1. Pegawai yang mendapat tajaan dari JPA, tempoh sah tawaran adalah tertakluk
kepada peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.
8.2. Pegawai yang mendapat tajaan daripada MKM atau lain-lain agensi tempoh
sah tawaran adalah selama dua belas (12) bulan daripada tarikh surat tawaran
dikeluarkan.
9. PENANGGUHAN APABILA TELAH DITAWARKAN BAGI TAJAANMKM ATAU LAIN-LAIN AGENSI
9.1. Pegawai hendaklah mengemukakan surat permohonan penangguhan kepada
Ketua Pengarah MKM melalui Pengarah/Penolong Pengarah/Pengurus/Ketua
Audit Dalaman sebulan sebelum tamat tempoh sah tawaran tajaan tersebut.
Penangguhan adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran daripada
Jawatankuasa Latihan dan Perjawatan MKM.
10. PEGAWAI YANG BERHENTI ATAU DIBERHENTIKAN ATAU GAGAL
10.1. Pegawai yang menerima tajaan daripada JPA adalah tertakluk kepada syarat
4
dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari semasa
ke semasa.
10.1. Pegawai yang menerima tajaan daripada MKM atau lain-lain agensi, berhenti
sebelum tamat tempoh pengajian atau diberhentikan atau gagal kecuali atas
sebab-sebab tertentu yang diterima oleh Jawatankuasa Latihan hendaklah
membayar balik keseluruhan perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh
Jabatan.
11. TEMPOH TAJAAN
11.1. Pegawai yang menerima tajaan daripada JPA adalah tertakluk kepada syarat
dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari semasa
ke semasa.
11.2. Pegawai yang menenma tajaan dari MKM atau lain-lain agensi, tempoh
tajaan adalah tertakluk kepada jadual berikut :
Tempoh Tajaan Tempoh TajaanPROGRAM Bagi Pengajian Bagi Pengajian
Sepenuh Masa Separuh MasaDoktor Falsafah 3 tahun 5 tahun
Sarjana 1 Yz tahun 3 tahun
Sarjana Muda 3 tahun 4 tahun
Diploma Tidak ditawarkan 4 tahun
12. TEMPOH CUTI BELAJAR
12.1. Pegawai yang menerima tajaan daripada JPA adalah tertakluk kepada syarat
dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari semasa
ke semasa.
12.2. Pegawai yang menerima tajaan daripada MKM atau lain-lain agensi, tempoh
cuti belajar bagi pegawai yang melanjutkan pelajaran adalah mengikut
5
tempoh tajaan yang telah diluluskan.
13. TEMPOH KONTRAK
13.1. Pegawai yang menerima tajaan daripada MKM atau lain-lain agensi, tempoh
kontrak adalah tertakluk kepada jadual berikut:
Pegawai Tempoh Ikatan Tempoh IkatanPerjanjian Sepenuh Perjanjian Separuh
Masa MasaKursus Kursus Kursus KursusBukan Bukan
Program Profesional Profesional Profesional Profesional
Doktor Falsafah 5 6 4 5
Sarjana 4 5 3 4
Sarjana Muda 4 6 2 3
Diploma - - 2 3
13.2. Pelanggaran Kontrak bagi pegawai yang menenma tajaan daripada JPA
adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.
13.3. Pelanggaran Kontrak bagi pegawai yang menerima tajaan daripada MKM
atau lain-lain agensi dikehendaki membayar ganti rugi mengikut kos sebenar
yang telah ditanggung oleh Jabatan.
13.4. Pegawai diwajibkan menghabiskan kontrak sebelum melanjutkan pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun MKM boleh
mempertimbangkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan syarat
mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Latihan dan Perjawatan MKM.
14. KEMUDAHAN ELAUN BUKU
14.1. Pegawai yang melanjutkan pelajaran separuh masa diberi kemudahan elaun
buku sebanyak RM300.00 setahun atau maksimum RM1,OOO.OOsepanjang
6
tempoh pengajian. Pegawai dikehendaki memulangkan kesemua buku yang
dibeli dengan menggunakan elaun buku yang diberikan setelah tamat
pengajian ke Perpustakaan MKM.
15. KEMUDAHAN ELAUN PERJALANAN
15.1. Pegawai yang melanjutkan pelajaran separuh masa diberi kemudahan
tuntutan elaun perjalanan dari rumah atau pejabat ke institusi pengajian tinggi
terhad kepada RM500.00 setahun.
16. SUMBANGAN KEPADA MKM DALAM TEMPOH PENGAJIAN
16.1. Pegawai yang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa di dalam Malaysia
adalah diwajibkan menyumbang sekurang-kurangnya empat puluh (40) jam
setahun kepada MKM dalam bentuk antara yang berikut:
i) Membuat penulisan atau membentang kertas kerja dalam mana-mana
majlis rasmi MKM.
ii) Bertugas rasmi sarna ada dalam jabatan atau luar jabatan.
17. PELANGGARANSYARAT
17.1. Pegawai yang melanggar syarat seperti yang ditetapkan dalam perjanjian
dikehendaki membayar balik keseluruhan kos yang telah dibelanjakan oleh
MKM ke atas pengajian tersebut.
18. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
18.1. Pegawai yang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa atau separuh masa
dikehendaki menghantar sesalinan keputusan peperiksan setiap semester
kepadaMKM.
7
18.2. Pegawai yang mendapat tajaan MKM dikehendaki mencapai atau
mengekalkan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) mengikut program
seperti di Jadual 1. Pihak MKM boleh menarik semula tajaan kepada
Pegawai yang gagal mengekalkan PNGK tersebut.
Jadual1:
PROGRAM PURA TA NILAIAN GREDKUMULATIF (PNGK)
Doktor Falsafah -Sarjana 3.00Sarjana Muda 2.50Diploma 2.00
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(HAJ~~ ISMAIL)Ketua PengarahMaktab Koperasi Malaysia
1 Mei 2012
8