garis panduan pelaksanaan internship ppg.pdf

Upload: mia-aleesya

Post on 06-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    1/21

    1

    Definisi Istilah

    IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia iaitu bahagian di bawahKementerian Pendidikan Malaysia yang melaksanakanProgram Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan DalamPerkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam AktaPendidikan 1996. IPGM juga merancang dan memantau

    Perkhidmatan Pendidikan Guru yang dilaksanakan olehIPG.

    IPG : Institut Pendidikan Guru yang melaksanakan ProgramPendidikan Guru Praperkhidmatan dan DalamPerkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam AktaPendidikan 1996.

    Senat : Senat Institut-institut Pendidikan Guru adalah badanakademik yang ditubuhkan di bawah Perkara 6,Peraturan-peraturan Pendidikan (Institut-institutPendidikan Guru) 2010.

    PPG : Program Pensiswazahan Guru adalah kesinambungandaripada rancangan pembangunan pendidikan dalamRancangan Malaysia Ke-9 yang dilaksanakan dalamRancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) untuk PegawaiPerkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah mengikutipengajian peringkat ijazah pertama secara PendidikanJarak Jauh.

    Internship : Satu latihan amali bertujuan mengaitkan pengalamanamalan profesional perguruan pelajar yang terdahulu

    dengan dapatan pengetahuan baharu untuk diaplikasidalam perkhidmatan pendidikan.

    Penilai : Pensyarah IPG dan mentor yang dilantik oleh PengarahIPGK dan Pengarah JPN masing-masing untuk menilaiprestasi pelajar semasa Internship.

    Mentor : Penolong Kanan/Ketua Panitia/Guru sekolah yangberpengalaman dalam mata pelajaran sekolah dandilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

    Pengurus Sekolah : Pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Besar dan

    Guru Penolong Kanan.

    Pelajar : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah(PPPBS) yang sedang mengikuti ProgramPensiswazahan Guru (PPG).

    Murid : Murid sekolah tempat Internshipdilaksanakan.

    Bilik Darjah : Tempat sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal.

    Sekolah : Institusi pendidikan tempat Internship dilaksanakan.

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    2/21

    2

    Pemantauan : Proses mengesan pelaksanaan Internshipoleh ahliJKIAPIPGK/JKIPIPGK.

    Gagal : Markah kurang 50 % atau gagal mematuhi garispanduanInternship.

    Senarai Singkatan

    IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia

    IPGK : Institut Pendidikan Guru Kampus

    JKIAPIPGK/ JKIPIPGK : Jawatankuasa Induk Amalan Profesional InstitutPendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk PraktikumInstitut Pendidikan Guru Kampus

    JPN : Jabatan Pendidikan Negeri

    PPD : Pejabat Pendidikan Daerah

    PPG : Program Pensiswazahan Guru

    PPPBS : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah

    SM : sekolah menengah

    PdP : pengajaran dan pembelajaran

    RPH : Rancangan Pengajaran Harian

    RPI : Rancangan Pengajaran Individu

    TMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    3/21

    3

    INTERNSHIP

    1. KONSEP

    Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang sertamengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang

    guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yangberkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini,pelajar perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran danpembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untukmeningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifatkepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guruyang berinovasi.

    2. OBJEKTIF

    Melalui Internship, pelajar dapat:

    i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajarandan pembelajaran di dalam bilik darjah.

    ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti danintegriti dalam melaksanakan tugas.

    iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawabyang diberikan.

    iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komuniti

    sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi.

    v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendakprogram pendidikan semasa.

    vi. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran sertaprojekinovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yangberterusan.

    vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dankreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secaraberterusan.

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    4/21

    4

    3. PROSEDUR PELAKSANAAN

    i. Tempoh

    Pelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu dengan

    peruntukan sebanyak dua (2) kredit dalam Semester 8.

    ii. Penempatan Internship

    Pelajar wajib menjalani Internshipdi sekolah rendah sahaja.

    iii. Bilangan Waktu Mengajar

    Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada GuruBesar/Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolahrendah adalah tertakluk kepada pihak sekolah.

    Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang tidak mengajar di sekolahrendah seperti PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian diKPM/JPN/PPD/SM adalah sebanyak 2 - 4 waktu seminggu di sekolahrendah.

    iv. Mata Pelajaran

    Pelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja disamping melaksanakan tugas hakiki dalam tempoh Internship.

    v. Taklimat Internship

    Pelajar wajib menghadiri taklimat Internship yang dikendalikan oleh UnitPraktikum IPGK.

    vi. Portfolio

    Pelajar mesti menyediakan portfolio Internship (rujuk Lampiran 3).

    .4. PROJEK INTERNSHIP

    i. Pelajar wajib melaksanakan satu (1) projek inovasi dalam pengajaran danpembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan major masing-masing. Projek

    tersebut perlu dibuat rakaman video berdurasi 2030 minit (satu waktu)

    ii. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan inovasi tersebut dalam satu sesi

    pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

    iii. Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas pembiayaansendiri.

    iv. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif,

    strategi dan pelan tindakan projek inovasi.

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    5/21

    5

    v. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesananprojek inovasi dalam PdP yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu,penulisan perancangan dan laporan perlu melibatkan output, outcome,aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi.

    vi. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 10 muka surat(tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahan

    grafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya)mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan(rujuk Lampiran 1).

    vii. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio internshipberserta rakaman video pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklahdiserahkan kepada mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) mingguselepas tamat Internshipuntuk dinilai.

    5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

    i. Pelajar

    a. Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK.

    b. Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat danobjektif Internship.

    c. Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas diBahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM):

    i. maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakanInternship

    ii. mentor yang telah dilantik oleh pengurusan sekolahberkenaan

    d. Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakansebelum menjalani Internship.

    e. Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untukmencapai persetujuan bersama tentang projek inovasi yang akandilaksanakan.

    f. Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah,guru/pegawai dan staf sokongan.

    g. Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan, EtikaKerja Kementerian Pendidikan Malaysia, peraturan IPG, dan peraturansekolah.

    h. Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuransekolah/tempat bertugas sepanjang tempoh Internship. PelajarkategoriPPPBSyang bertugas di Bahagian-bahagian diKPM/JPN/PPD/SM dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuksesi persekolahan dalam seminggu.

    i. Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/bertugas.

    j. Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship kepada UnitPraktikum IPGK.

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    6/21

    6

    k. Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secaraindividu. Projek inovasi dalam PdP hendaklah berkaitan dengan matapelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalammasa empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidakmemplagiat inovasi terdahulu. Walau bagaimanapun,penambahbaikan terhadap projek inovasi sedia ada adalah

    dibenarkan.Contoh Projek Inovasi dalam PdP:

    i. Kaedah Baca Cepat Dalam Pengajaran Jawi (bidangPendidikan Islam)

    ii. Rekreasi Matematik (bidang Matematik)iii. Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial)

    l. Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projekinovasi tersebut berdurasi selama 20-30 minit (1 waktu) dalam bentukcakera padat (CD) beserta RPH perlu disediakan untuk tujuanpenilaian. (Pelajar dinasihatkan membuat salinan rakaman dalam fail

    peribadi)

    m. Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungiantaranya laporan bertulis projek inovasi serta menghantar kepadamentor/penilai

    n. Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat penulisan refleksi padasetiap minggu sepanjang tempoh Internshipberpandukan format yangditetapkan.(rujuk Lampiran 2 dan 2a).

    o. Pelajar kategori PPPBS yang bertugas sebagai guru di sekolahrendah perlu menghantar rakaman video, RPH dan portfolio internship

    untuk dinilai oleh mentor yang dilantik oleh pihak sekolah dalamtempoh satu (1) minggusetelah tamat internship.Seterusnya bahan-bahan yang telah dinilai oleh mentor perlu di hantar ke Unit PraktikumIPGK untuk proses penilaian oleh pensyarah selewat-lewatnya dua(2) mingguselepas tamat Internship.

    p. Pelajar kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian diKPM/JPN/PPD/SM pula rakaman video, RPH dan portfolio internshipperlu menghantar terus ke Unit Praktikum IPG untuk proses penilaianoleh pensyarah dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamatInternship.

    ii Pengurus Sekolah

    a. Memahami, menghayati dan bekerjasama dengan IPGK ke arahpencapaian matlamat dan objektif Internship.

    b. Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.

    c. Memastikan dan membantu pelajar melaksanakan tanggungjawabdan tugasan yang dipersetuju bersama oleh pihak sekolah sepanjangtempoh Internship.

    d. Mencalonkan mentor dalam kalangan Penolong Kanan/KetuaPanitia/guru untuk dilantik oleh JPN bagi membimbing pelajar semasa

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    7/21

    7

    Internship. Seorang mentor dibenarkan membimbing maksimum duaorang pelajar.

    e. Memaklumkan kepada IPGK jika terdapat kes-kes disiplin dan pelajarberpotensi gagal.

    f. Mengesahkan markah penilaian Internshipyang dibuat oleh mentor.

    g. Menghantar markah penilaian Internship (Borang PR5) kepada UnitPraktikum IPGK dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamatInternship. Semua dokumen pemarkahan adalah SULIT.

    h. Melaporkan kepada IPGK secara bertulis kes gagal Internship

    iii Mentor

    a. Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.

    b. Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakan projekinovasi yang dijalankan.

    c. Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yangcemerlang, kompeten dan berjiwa pendidik.

    d. Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai perkembangandan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa.

    e. Menilai pelaksanaan projek inovasi pelajar semasa Internshipdenganmenggunakan Borang PR5dalam tempoh satu(1) minggu selepas

    tamat Internshipuntuk disahkan oleh pengurus sekolah. Sila rujukLampiran 4 danLampiran 4a.

    iv Pensyarah

    a. Menerima surat pelantikan sebagai penilai daripadaPengarah IPGK.

    b. Menerima maklumat berkaitan Internshipdaripada Unit Praktikum.

    c. Menyemak dan menilai portfolio serta rakaman pelaksanaan projekinovasi pelajar dalam PdP.

    d. Melengkapkan dan menyerahkan Borang Penilaian (PR5) kepada UnitPraktikum.

    v Unit Praktikum

    a. Melaksanakan garis panduan Internshipyang dikeluarkan oleh IPGM.

    b. Menguruskan pelantikan mentor/pensyarah yang telah dicalonkan olehpengurus sekolah/Ketua Jabatan dengan kerjasama JabatanPendidikan Negeri/IPGK.

    c. Merancang dan menguruskan dokumen berkaitan pelaksanaanInternship.

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    8/21

    8

    d. Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan Internshipkepadapelajar.

    e. Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen/rekodInternship.

    f. Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes Internship(jika ada) untukdibawa ke mesyuarat JKPIPGK/JKIAPIPGK.

    g. Mengurus dan membentang keputusan Internshipuntuk disahkan olehJKPIPGK/JKIAPIPGK sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaandan Penganugerahan Institut Pendidikan Guru.

    v Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan GuruKampus/Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut PendidikanGuru Kampus (JKIPIPGK/JKIAPIPGK)

    a. Memastikan pelaksanaan garis panduan Internshipdipatuhi.

    b. Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkantempoh Internship, disiplin dan gagal serta mengambil tindakansusulan yang sewajarnya.

    c. Mengesahkan kehadiran dan keputusan Internshippelajar.

    6. KEHADIRAN INTERNSHIP

    a. Pelajar wajib hadir 100% kecuali dengan kebenaran Pengarah JPN/Pengarah IPGK /Pegawai Pendidikan Daerah /Pengetua/Guru Besar/Ketua Jabatan tempat bertugas tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlahhari internshipadalah atas sebab-sebab berikut:.

    Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan.

    Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.

    Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian.(Nyatakan ahli keluarga terdekat. Rujuk Pekeliling PerkhidmatanAwamBab Cuti)

    Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    9/21

    9

    b. Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpakebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak jawatankuasa tatatertibIPGK untuk tindakan seperti yang berikut:

    Kehadiran

    Internship

    Tindakan

    90 % ke atasJKIPIPGK/JKIAPIPGK akan menentukan sama adapelajar perlu melengkapkan kehadiran Internshipatau tidak.

    70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran Internship.

    Kurang daripada69.9%

    Pelajar wajib mengulang keseluruhan Internship.

    Jadual 2: Tindakan Bagi Kes Kehadiran InternshipTanpaSebab Atau Tanpa Kebenaran dan Kurang Daripada 100%

    7. PENANGGUHAN INTERNSHIP

    a. Semua permohonan penangguhan Internship hendaklah dibuat kepada

    Rektor IPGM melalui Pengarah IPGK.

    b. Kelulusan penangguhan Internship tertakluk kepada keputusan yang

    dibuat oleh Rektor IPGM.

    c. Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempoh

    pengajian.

    d. Internshipyang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dansebelum boleh dianugerahkan ijazah.

    e. Pelajar mesti melaporkan diri ke IPGK asal mereka selepas tamat tempoh

    penangguhan yang dimohon untuk meneruskan Internship.

    f. Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecualidengan kelulusan Pengarah IPGK.

    g. Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPGK ketika melaksanakan Internshipkecuali dengan kebenaran Rektor IPGM.

    9. PENILAIAN INTERNSHIP

    a. Penilaian oleh mentor/pensyarah terhadap projek inovasi dalampengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan selepas tamat internship.

    b. Penilaian pelajar dalam Internship melibatkan aspek-aspek perancangan,

    pelaksanaan dan penilaian projek inovasiyang dijalankan, penulisanrefleksi.

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    10/21

    10

    c. Penilaian Internship pelajar PPG dilakukan oleh mentor (50%) danPensyarah (50%) menggunakan Borang PR5 (Rujuk Lampiran 4 dan

    4a).

    d. Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh mentor dilakukan oleh

    Guru Besar.

    e. Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh Pensyarah dilakukan

    oleh Ketua Jabatan di IPGK.

    f. Wajaran bagi penilaian pelajar adalah seperti berikut:

    Kategori PelajarWajaran Penilaian

    Sekolah IPG

    PPPBS yang bertugassebagai guru di sekolahrendah

    50% 50%

    PPPBS (Guru Besar,

    Penolong Kanan, pegawaibertugas Bahagian-bahagian di KPM/ JPN/PPD/SM

    50% 50%

    Jadual 3: Wajaran Penilaian Internship

    g. Komponen Penilaian Internshipadalah seperti berikut :-

    Jadual 4: Komponen Penilaian Internship

    10. SYARAT LULUS ATAU GAGAL INTERNSHIP

    a. Syarat penentuan keputusan

    Prestasi pelajar dalam Internship diputuskan mengikut gred seperti yangditetapkan dalam syarat dan peraturan sistem peperiksaan, penilaian dan

    penganugerahan pendidikan guru yang dikeluarkan oleh Senat.

    Aspek Penilaian Rujukan Markah

    A. Perancangan Projek Inovasi Portfolio Internship/RPH 20%

    B. Pelaksanaan Projek Inovasi Portfolio Internship/RPHdan rakaman video projekinovasi dalam PdP.

    30%

    C. Penilaian Projek Inovasi 30%

    D. Penulisan Refleksi Portfolio Internship 20%

    JUMLAH 100%

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    11/21

    11

    b. Penentuan lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-

    Kehadiran 100 %.

    Lulus dalam penilaian Internship(rujuk PR5)

    Tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkankesalahan.

    c. Penentuan gagal Internship berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-

    Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam syarat

    penentuan lulus.

    d. Pelajar yang lulus/gagal perlu disahkan oleh JKIPIPGK/JKIAPIPGK.

    e. Pelajar yang gagal diberi peluang mengulang sekali sahaja.

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    12/21

    12

    LAMPIRAN

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    13/21

    13

    LAMPIRAN 1LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    (Laporan antara 8 10 muka surat)

    NAMA PELAJAR :

    NO. KAD PENGENALAN :

    PROGRAM :

    NAMA SEKOLAH :

    NAMA PROJEK :

    TEMPOH PELAKSANAAN :

    1. OBJEKTIF..

    ..

    ...

    ...

    2. STRATEGI PELAKSANAAN

    3. REFLEKSI

    a) Kekuatan Projek:

    b) Kelemahan Projek:

    4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

    5. KESIMPULAN

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    14/21

    14

    LAMPIRAN 2

    CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

    1. Isu / Perkara yang difokus:

    2. Analisis isu / perkara yang difokus:

    2.1 Kekuatan:

    2.2 Kelemahan:

    3. Cadangan penambahbaikan:

    (sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    15/21

    15

    LAMPIRAN 2a

    PANDUAN PENULISAN REFLEKSI

    1. Definisi Refleksi

    Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan

    untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)

    Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalamanpelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat.Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

    Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul,memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaiankendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati danmeningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

    2. Tujuan Refleksi:

    Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yangdilaksanakan.

    Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik danmeningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.

    Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativitidan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.

    Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan.

    3. Ciri-Ciri Refleksi

    Bermula dengan mengingat kembaliMelibatkan perasaan(domain afektif) terhadap sesuatu

    Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)

    Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

    4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri DalamInternship

    a) Satu proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship olehpelajar sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan.

    b) Antara panduan yang boleh diikuti ialah:-

    i) Hendaklah dibuat selepas projek inovasi dalam PdP yang dijalankan olehPPPBSselesai dilaksanakan.Antara perkara-perkara yang dicadangkanadalah seperti berikut:

    Sejauh manakah objektif projek yang dirancang dan dilaksanakantercapai?

    Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti?

    Jelaskan langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaikipelaksanaan aktiviti tersebut ?

    Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkanatau menambahbaikkan pelaksanaan projek tersebut?

    ii) Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti diLampiran 2 dan 2a.

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    16/21

    16

    LAMPIRAN 3

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ______________________________SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO INTERNSHIPPPG

    Bahagian No. PerkaraTandakan

    (

    )

    AMaklumat

    Diri

    A01 Biodata Pelajar

    A02 Surat Pengenalan Diri

    A03 Salinan Borang Kehadiran Internship

    BMaklumat

    ProjekInovasi

    B01 Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam PdP

    B02 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

    B03 Menyediakan Laporan Projek Inovasi

    B04 Cadangan Penambahbaikan

    CAmalanRefleksi

    C01 Catatan Refleksi Mingguan

    D Lain-lain

    D01 Maklumat Tambahan Projek Inovasi PdP

    D02Rakaman video yang disimpan dalam cakera padat

    (CD)

    D03

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    17/21

    17

    LAMPIRAN 4

    BORANG PR5

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU: KAMPUS_______________________________

    BORANG PENILAIANINTERNSHIP

    Perhatian: Borang ini digunakan untuk penilaian Internshipyang perlu dilengkapkan olehmentor/pensyarah dan pengurus sekolah.

    Nama Pelajar : ____________________________________ No. K.P.: ______________________

    Kursus : ________________________________ Ambilan : _____________________

    Major : _________________________________ Elektif : _____________________

    Nama Sekolah : ________________________________________________________________

    RUMUSAN UNTUK INTERNSHIP

    Petunjuk Tahap

    Tahap 1 : Terdapat banyak kelemahan

    Tahap 2 : Terdapat beberapa kelemahan

    Tahap 3 : Pencapaian sederhana

    Tahap 4 : Baik dalam banyak aspek

    Tahap 5 : Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek

    KRITERIA PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAP

    TAHAP 10% 20% 30%

    12345

    0.0 - 1.92.0 - 3.94.0 - 6.46.5 - 7.98.0 - 10.0

    0.0 - 3.94.0 - 7.98.0 - 12.9

    13.0 - 15.916.0 - 20.0

    0.0 - 5.96.0 - 11.9

    12.0 - 19.419.5 - 23.924.0 - 30.0

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    18/21

    18

    BORANG PENILAIAN INTERNSHIP(PR5)

    Arahan: Sila bulatkan angka yang berkenaan

    Aspek Tahap Ulasan

    A. PERANCANGAN PROJEK INOVASI PdP(20 MARKAH)

    1 2 3 4 5

    - Objektif jelas dan sesuai- Pelan tindakan disediakan- Sasaran pelajar dinyatakan- Inovasi sesuai dengan sasaran

    Markah A =

    __________

    B. PELAKSANAAN PROJEK INOVASI DALAMPdP

    (30 MARKAH)

    1 2 3 4 5

    - Mengikut kesesuaian jadual perancangan Markah B =- Penglibatan aktif murid- Impak kepada murid __________

    C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP(rujuk portfolio)

    (30 MARKAH)1 2 3 4 5

    - Menyediakan laporan projek inovasi- Cadangan penambahbaikan- Laporan akhir pelaksanaan projek inovasi Markah C =

    __________

    D. CATATAN REFLEKSI (rujuk portfolio)(20 MARKAH) 1 2 3 4 5

    - Isu/perkara difokus

    - Analisis kekuatan/kelemahan- Cadangan penambahbaikan Markah D =- Rumusan

    __________

    Jumlah Keseluruhan Markah = (A + B + C + D) = _______%

    RUMUSAN KESELURUHAN________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Tandatangan Mentor/Pensyarah Tandatangan Pengurus Sekolah/KetuaJabatan

    ________________________________ ________________________________(Nama: ) (Nama: )

    Tarikh: _________________________ Tarikh: _________________________

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    19/21

    19

    LAMPIRAN 5a

    PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PENILAIAN INTERNSHIP(PR5)

    1. Borang PR5 digunakan untuk membuat penilaian Internship.

    2. Pengurus sekolah dan mentor perlu membuat perbincangan sebelum membuat rumusan danpenilaian pada borang PR5.

    3. Empat komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus membuatrumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar.

    4. BORANG RUMUSAN PR5 INI TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA PELAJAR.

    A. PERANCANGAN INOVASI DALAM PdP

    Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

    Perancangan tidak jelas,tidak teratur, strategitidak sesuai, tidak adasumber rujukan,persembahan sangatlemah

    Perancangan projekinovasi kurang jelas,kurang teratur, strategikurang sesuai, sumberrujukan sangat terhad,persembahan lemah

    Perancangan projekinovasi jelas, tetapikurang teratur, strategisesuai, sumber rujukanterhad, persembahanmengikut format

    Perancanganprojekinovasi jelas danteratur, strategi sesuai,sumber rujukan sesuaidengan tajuk,persembahan mengikutformat

    Perancanganprojekinovasi sangatjelas dan teratur, strategisesuai, sumber rujukanpelbagai dan sesuaidengan tajuk,persembahan kreatif danmengikut format

    B. PELAKSANAAN INOVASI DALAM PdP

    Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

    Penglibatan muridtidak jelas, tidak teraturdan tidak mengikutjadual perancangan.

    Projek inovasi tidakmemberi Impak kepadamurid

    Penglibatan muridkurang jelas, kurangteratur dan kurangmengikut jadualperancangan.

    Projek inovasi kurangmemberi Impak kepadamurid

    Penglibatan muridjelas, tetapi kurangteratur dan kurangmengikut jadualperancangan.

    Projek inovasi kurangmemberi Impak kepadamurid

    Penglibatan muridjelas, teratur danmengikut jadualperancangan.

    Projek inovasi jelasmemberi Impak kepadamurid

    Penglibatan muridsangat jelas, sangatteratur danmengikutjadual perancangan.

    Projek inovasi sangatjelas memberi Impakkepada murid

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    20/21

    20

    C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP

    Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

    Tidak jelas dan tidakteratur dalammenyediakanlaporan

    projek inovasi

    Tidak jelas dan tidakteratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaanprojekinovasi

    Kurang jelas dan kurangteratur dalammenyediakan laporan

    projek inovasi

    Kurang jelas dan kurangteratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi

    Jelas tetapi kurangteratur dalammenyediakan laporan

    projek inovasi

    Jelas tetapikurangteratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi

    Jelas dan teratur dalammenyediakan laporanprojek inovasi

    Jelas dan teratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi

    Sangat jelas dan sangatteratur dalammenyediakan laporan

    projek inovasi

    Sangat jelas dan sangatteratur dalammenyediakan cadanganpenambahbaikan danlaporan akhirpelaksanaan projekinovasi

    D. CATATAN REFLEKSI

    Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

    Kurang berusaha untukmenilai diri

    Tidak dapatmenghubungkaitkansebab dan akibat tentangtindakan yang telahdiambil.

    Tidak menunjukkanusaha untukmenghubung kait dalammerancang danmembuat tindakansusulan.

    Ada usaha untuk menilaikekuatan dan kelemahandiri.

    Kurang dapatmenghubungkaitkansebab dan akibat tentangtindakan yang telahdiambil.

    Kurang mengaitkansituasi dan pengalamanuntuk membuat inferens.

    Sentiasa berusahamenilai kekuatan dankelemahan diri.

    Dapatmenghubungkaitkansebab dan akibat yangtelah diambil.

    Dapat mengaitkan situasidan pengalaman untukmembuat inferens.

    Berjaya menilai kekuatandan kelemahan diri.

    Berjayamenghubungkaitkansebab dan akibat tentangtindakan yang diambil

    Berjaya mengaitkansebab dan akibat untukmembuat inferens.

    Berjaya meramal kesansesuatu tindakan danbertindak berlandaskanbukti, seterusnyamerancang langkahsusulan.

    Sangat berjaya menilaikekuatan dan kelemahandiri.

    Sangat berjayamenghubungkaitkansebab dan akibat tentangtindakan yang diambil

    Sangat berjayamengaitkan sebab danakibat untuk membuatinferens.

    Sangat berjaya meramalkesan sesuatu tindakandan bertindakberlandaskan bukti,seterusnya merancanglangkah susulan.

  • 7/21/2019 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PPG.pdf

    21/21

    21

    AHLI PANEL PENGGUBAL:

    Dr. Mohd. Nordin bin Abu BakarPusat Pembangunan AkademikInstitut Pendidikan Guru Malaysia

    En. Muhammad bin IbrahimPusat Pembangunan AkademikInstitut Pendidikan Guru Malaysia

    Tn. Hj. Aleas bin Hj. Md. IsaInstitut Pendidikan GuruKampus Ilmu Khas

    Tn. Syed Hamid bin Syed AlwiInstitut Pendidikan GuruKampus Pendidikan Islam

    En. Ahmad Tarmizi bin SallehKetua Unit PraktikumInstitut Pendidikan GuruKampus Pendidikan Islam

    Tn. Hj. Azhar bin HashimKetua Unit PraktikumInstitut Pendidikan GuruKampus Pendidikan Teknik

    En. Johari bin JonedKetua Unit Praktikum

    Institut Pendidikan GuruKampus Bahasa Melayu

    Pn. Hjh. Hasnah bt. RazaliKetua Unit Praktikum

    Institut Pendidikan GuruKampus Bahasa Antarabangsa

    Dr. Syed Ismail bin Syed MustafaKetua Unit PraktikumInstitut Pendidikan GuruKampus Ilmu Khas

    En. Mohd. Izan bin Hj. YusopKetua Unit PraktikumInstitut Pendidikan GuruKampus Raja Melewar