garis panduan pembangunan kurikulum dan … panduan pembangunan program... · tambahan berbangkit...
TRANSCRIPT
GPPB V2: 2015 (BPPA)
1 1
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN PENYEDIAAN
DOKUMEN PERMOHONAN PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU
1. Tujuan
Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada Fakulti dan Pusat di UNIMAS
tentang proses pembangunan kurikulum dan penulisan dokumen permohonan
penawaran program akademik baharu di peringkat Pra-Siswazah, Pra-Universiti dan
Pasca Siswazah.
2. Pengenalan
Pembangunan kurikulum program akademik adalah satu proses perancangan,
pelaksanaan dan penilaian peluang-peluang pembelajaran yang bertujuan untuk
membolehkan pelajar menghasilkan perubahan yang dikehendaki.
Proses perancangan melibatkan pengumpulan maklumat tentang keperluan
penawaran program akademik baharu dan penjelasan tentang rekabentuk
program yang dicadang berdasarkan analisa maklumat yang diperolehi dan
disusun atur mengikut format kertas kerja yang tertentu.
Proses pelaksanaan melibatkan keputusan tentang pemilihan kaedah
pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang mempunyai sifat penjajaran
konstruktif (constructive alignment) bagi memastikan hasil pembelajaran yang
dihasratkan akan dapat dicapai oleh pelajar dengan jayanya.
Proses penilaian melibatkan pemantauan dan semakan kurikulum program
akademik yang dijalankan secara berkala bagi tujuan penambahbaikan kualiti
berterusan.
Pembangunan kurikulum program akademik dan penulisan dokumen
permohonan penawaran program akademik baharu adalah di bawah
tanggungjawab Fakulti dan Pusat.
Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Akademik (BPPA) berperanan sebagai
urus setia dalam menyelaras proses pembangunan kurikulum program baharu
dan perolehan akreditasi sementara (provisional accreditation) oleh
Fakulti dan Pusat mengikut ketetapan UNIMAS, Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA), dan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JPT) di Kementerian Pendidikan
Malaysia.
GPPB V2: 2015 (BPPA)
2 2
3. Makluman Terkini Berkenaan Penawaran Program Akademik Baharu oleh
IPTA daripada Jabatan Pengajian Tinggi
a. Penawaran program akademik baharu hendaklah selari dengan bidang tujahan
atau niche area IPTA masing-masing.
b. Program akademik sedia ada yang tidak relevan dan tidak berdaya maju kepada
negara dan industri perlu dijumudkan. Program yang dijumudkan hendaklah
dimaklumkan kepada JKPT.
c. Sebelum sesuatu program akademik baharu diwujudkan, perkara seperti
peratusan graduate employability (GE) bagi fakulti yang ingin menawarkan
program baharu dan peratus GE keseluruhan bagi IPTA yang memohon mestilah
diambilkira.
d. Program akademik baharu yang dicadangkan perlulah ada libatsama dengan
pihak industri. IPTA hendaklah mendapatkan laporan daripada pihak
industri sama ada industri tempatan atau antarabangsa terhadap program yang
hendak dilaksanakan.
e. Pelaksanaan program akademik baharu hendaklah mengambil kira implikasi
kewangan, perjawatan dan fizikal secara terperinci dan tuntas dengan
menggunapakai sumber dalaman sedia ada tanpa melibatkan keperluan
tambahan berbangkit pada masa hadapan. Misalnya kos untuk menghasilkan
seorang graduan, kos jangka panjang dan pulangan kepada negara (return of
investment-ROI) hendaklah diperincikan di dalam kertas cadangan.
(Surat Jabatan Pendidikan Tinggi, rujukan JPT(A) 1000/013/013/02 Jld 15 (39)
bertarikh 12 Disember 2014)
4. Aktiviti Penting Pembangunan Kurikulum dan Penyediaan Dokumen
Permohonan Penawaran Program Akademik Baharu
Fakulti dan Pusat yang berhasrat untuk menawarkan program akademik baharu
perlu membuat perancangan dan persediaan rapi yang melibatkan aktiviti-aktiviti di
bawah:
a. Menubuhkan Jawatankuasa Akademik Program Baharu Fakulti/Jabatan dan
melantik Ketua JK Akademik Program Baharu beserta ahli.
b. Mengumpulkan maklumat tentang keperluan dokumentasi dengan merujuk
kepada dokumen-dokumen berikut
Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme
Accreditation, COPPA) - MQA-01 (Permohonan Akreditasi Sementara)*
Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum
(MQA)
Garis Panduan Penulisan Program Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi
Standard Disiplin Program/Keperluan Badan Professional (jika berkaitan)
(* Maklumat MQA-01: Bahagian A disediakan oleh BPPA)
c. Mengadakan siri perbincangan/mesyuarat Jawatankuasa Akademik Program
Baharu bagi memastikan kandungan dokumen lengkap dan disediakan mengikut
format MQA-01.
GPPB V2: 2015 (BPPA)
3 3
d. Melantik ahli lembaga pengajian program (contoh: ahli akademik, badan
professional, pakar bidang pengajian dari dalam dan luar negara*) untuk menilai
dan memberi ulasan tentang kesesuaian dan kerelevanan cadangan kandungan
dan pelaksanaan kurikulum. (*Surat lantikan lembaga pengajian program (Board of Studies) adalah daripada
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Fakulti/Pusat perlu
memajukan senarai nama calon beserta CV yang lengkap dan justifikasi pencalonan
untuk kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
e. Menyediakan kertas kerja** dan membentang cadangan penawaran program
akademik baharu di peringkat Fakulti/Pusat untuk pengesahan dan kelulusan
pada peringkat tersebut. (** Ringkasan Eksekutif perlu disertakan mengikut templat seperti di Lampiran 1).
f. Memajukan satu (1) salinan dokumen cadangan penawaran program akademik
baharu ke Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) untuk
semakan dan pengesahan.
(Nota: Semakan dilakukan oleh BPPA setelah mendapat pengesahan Timbalan Naib
Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan perbincangan hasil semakan akan diadakan
bersama Ketua JK Akademik Program Baharu).
g. Membentang kertas kerja** cadangan penawaran program akademik baharu
pada Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Akademik
(JPPA) bagi program Pra-Siswazah atau Jawatankuasa Pascasiswazah (JKPS)
bagi program pasca siswazah untuk pertimbangan dan perakuan pada peringkat
tersebut. (** Ringkasan Eksekutif perlu disertakan mengikut templat seperti di Lampiran 1).
h. Membentang kertas kerja** cadangan penawaran program akademik baharu
pada Mesyuarat SENAT untuk kelulusan pada peringkat tersebut. (** Ringkasan Eksekutif juga perlu disertakan)
i. Membentang kertas kerja** cadangan penawaran program akademik baharu
pada Mesyuarat LPU untuk pengesahan pada peringkat tersebut. (** Ringkasan Eksekutif juga perlu disertakan).
j. Memajukan memo permohonan rasmi ke Timbalan Naib Canselor (Akademik
dan Antarabangsa) untuk tujuan permohonan ‘Perakuan Memenuhi Kualiti
Untuk Tujuan Menawarkan Program’ (Certification of Quality Compliance –
CQC) daripada MQA beserta tujuh (7) salinan dokumen cadangan penawaran
program akademik baharu dan tujuh (7) cakera padat. (Nota: Penghantaran permohonan ke MQA beserta dokumen berkaitan adalah melalui
Pejabat TNC (AA) dan diselaraskan oleh BPPA, termasuk pembayaran fi).
k. Memaklumkan penerimaan Perakuan Memenuhi Kualiti Untuk Tujuan
Menawarkan Program’ (Certification of Quality Compliance – CQC) daripada
MQA pada Mesyuarat Senat dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU).
(Nota: Turut dilampirkan bersama Surat CQC adalah Borang Lampiran B untuk
tujuan Permohonan Akreditasi Sementara yang perlu dimajukan ke MQA SETELAH
kelulusan pengendalian program diterima daripada JPT).
GPPB V2: 2015 (BPPA)
4 4
l. Menyediakan dokumen cadangan penawaran program akademik baharu
mengikut format JPT (rujuk format kertas kerja di Bab 3: Garis Panduan
Penulisan Program Akademik, JPT).
m. Memajukan memo permohonan rasmi ke Timbalan Naib Canselor (Akademik
dan Antarabangsa) untuk tujuan permohonan kelulusan pengendalian program
daripada JPT beserta tujuh (7) salinan dokumen cadangan penawaran program
akademik baharu dan tujuh (7) cakera padat.
(Nota: Penghantaran permohonan ke JPT beserta dokumen berkaitan adalah melalui
Pejabat TNC (AA) dan diselaraskan oleh BPPA).
n. Memohon Perakuan Akreditasi Sementara (Provisional Accreditation)
daripada MQA dengan memajukan Borang Lampiran B SETELAH menerima
surat kelulusan pengendalian daripada JPT.
(Nota: Penghantaran permohonan ke MQA beserta dokumen dan fi berkaitan adalah
melalui Pejabat TNC (AA) dan diselaraskan oleh BPPA)
Rujuk Lampiran 2 untuk Carta Alir Proses Kerja Penawaran Program Baharu
5. Hal-Hal Lain
Pembangunan kurikulum program perlu berasaskan kepada pendekatan
Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE). (Nota: Rujuk Bab 1: Garis Panduan
Penulisan Program Akademik, JPT untuk maklumat lanjut tentang perkara ini)
Rujuk Garis Panduan Penggunaan Abjad Kod Kursus dan Tafsiran Angka Kredit
untuk penetapan maklumat kod dan kredit kursus yang dicadangkan dalam
pembangunan kurikulum bagi kursus-kursus dalam program baharu.
Rujuk Garis Panduan Penulisan Rangka Kursus untuk penetapan maklumat
khusus untuk setiap kursus yang dicadangkan.
Fakulti/Pusat adalah bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat lanjutan
(sekiranya diperlukan) sebagai maklumbalas kepada hal-hal yang dibangkitkan
oleh MQA dalam surat CQC (Lampiran A) atau/dan surat makluman kelulusan
JPT.
Fakulti/Pusat adalah bertanggungjawab untuk memastikan struktur ayat, ejaan
dan format yang digunakan adalah betul dalam dokumen permohonan
penawaran program akademik baharu.
Permohonan Akreditasi Penuh (Full Accreditation) adalah di bawah
tanggungjawab Fakulti/Pusat dan proses ini juga diselaraskan oleh Bahagian
Pembangunan dan Pengurusan Akademik.
6. Tarikh Berkuatkuasa
Garis panduan ini berkuat kuasa bermula dari tarikh ia diluluskan oleh Mesyuarat
Senat Bil 01/2015 ke138 iaitu pada 28 Januari 2015.