garis panduan pengelasan & pengelasan semula mengikut akta ... · akta rahsia rasmi 1972 (akta...
TRANSCRIPT
GARIS PANDUAN PENGELASAN & PENGELASAN SEMULA MENGIKUT AKTA RAHSIA RASMI 1972 DANSURAT PEKELILING AM Bil. 2 TAHUN 1987
TUJUAN
Garis panduan ini disediakan sebagai satu panduan untuk semua penjawat awam di
Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan apabila menguruskan tindakan bagi mengelas
dan mengelaskan semula suratan, maklumat dan bahan rasmi mengikut peruntukan
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987 bertarikh
20 Februari 1987.
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROSEDUR PENGELASAN RAHSIA RASMI
2. Garis panduan untuk mengelaskan suratan rasmi, maklumat atau bahan adalah
berasaskan kepada tafsiran rahsia rasmi mengikut Seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi 1972.
“rahsia rasmi” ertinya apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual dan
apa-apa maklumat dan bahan perhubungan dengannya dan termasuklah
apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang
dikelaskan sebagai ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’, atau ‘Terhad’, mengikut
mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua
Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di
bawah Seksyen 2B.
3. Apa-apa perkara dinyatakan dalam Jadual Akta Rahsia Rasmi 1972 dan apa-apa
maklumat dan bahan berhubungan dengannya secara langsung menjadi rahsia rasmi.
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:
3.1 Suratan, rekod keputusan dan pertimbangan Jemaah Menteri
termasuklah juga suratan, rekod keputusan dan pertimbangan
jawatankuasa-jawatankuasa Jemaah Menteri.
3.2 Suratan, rekod keputusan dan pertimbangan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri termasuklah juga suratan, rekod keputusan dan
pertimbangan jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Kerajaan Negeri.
3.3 Suratan berkenaan dengan keselamatan negara, pertahanan dan
perhubungan antarabangsa.
4. Huraian mengenai keselamatan negara, pertahanan dan perhubungan
antarabangsa adalah dihuraikan mengikut perkara-perkara berikut:
4.1. Keselamatan Negara
Apa-apa maklumat yang berkenaan dengan mana-mana agensi
atau jabatan yang terlibat dalam operasi atau aktiviti-aktiviti
keselamatan negara termasuklah apa-apa perkara yang berhubung
dengan sifat kerjanya yang terselindung, pengekalan keamanan
dan keharmonian, pembelian, modus operandi, pengagihan
bantuan teknik serta juga maklumat yang berhubung dengan
kertas-kertas penyiasatan yang serius dan sensitif sifatnya yang,
jika tidak dilindungi, akan menyentuh kesentosaan negara.
4.2. Pertahanan
Pertahanan termasuklah:-
a. saiz, bentuk, susunan, logistik, perintah tempur,
pengagihan, operasi, keadaan bersedia dan latihan Angkatan
Tentera Malaysia;
b. senjata, stor atau kelengkapan lain angkatan itu dan pereka
ciptaan, pembangunan, pengeluaran dan pengendalian
kelengkapan itu serta penyelidikan yang berhubungan
dengannya;
c. dasar dan strategi pertahanan serta perancangan dan
perisikan ketenteraan;
d. rancangan-rancangan dan langkah-langkah bagi
penyelenggaraan bekalan-bekalan dan perkhidmatan-
perkhidmatan penting yang diperlukan atau mungkin akan
diperlukan semasa peperangan.
4.3. Perhubungan Antarabangsa
Hubungan antarabangsa ertinya hubungan antara negara, antara
organisasi antarabangsa atau di antara satu atau lebih negara
dengan satu atau lebih organisasi sedemikian dan termasuklah
apa-apa perkara yang berhubungan dengan sesuatu negara selain
daripada Malaysia atau sesuatu organisasi antarabangsa yang
berupaya menyentuh hubungan Malaysia dengan sesuatu negara
lain atau dengan sesuatu organisasi antarabangsa.
5. Apa-apa suratan rasmi, maklumat atau bahan selain daripada perkara-perkara
dalam Jadual, hanya akan menjadi rahsia rasmi sekiranya dikelaskan sebagai Rahsia
Besar, Rahsia, Sulit atau Terhad oleh orang atau pihak yang diberi kuasa untuk
mengelaskannya. Orang atau pihak yang diberi kuasa ialah:
5.1. Menteri;
5.2. Menteri Besar atau Ketua Menteri
5.3. Timbalan Perdana Menteri*, Timbalan Menteri*, Timbalan Menteri
Besar* atau Timbalan Ketua Menteri*;
5.4. seseorang Pegawai Awam yang dilantik di bawah seksyen 2B Akta
Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
* Catatan: Sebagaimana penjelasan oleh Jabatan Peguam Negara
melalui surat bil. JPN(S)26/135/3 bertarikh 25 April 2005.
6. Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987 menerangkan pelantikan pegawai awam
untuk mengelaskan suratan rasmi, maklumat dan bahan seperti berikut:
6.1. Peringkat Persekutuan
6.1.1 Kementerian
(i) Ketua Setiausaha Kementerian
(ii) Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian
(iii) Setiausaha-setiausaha Bahagian
6.1.2 Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan
(i) Ketua Jabatan
(ii) Timbalan Ketua Jabatan
(iii) Ketua-ketua Bahagian terdiri daripada Pegawai Gred
KP 48 dan ke atas
6.2. Peringkat Negeri
6.2.1 Negeri
(i) Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
(ii) Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri
(iii) Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri
terdiri daripada pegawai Gred 48 dan ke atas
6.2.2 Jabatan
(i) Ketua Jabatan
(ii) Timbalan Ketua Jabatan
6.2.3 Daerah
(i) Pegawai Daerah
(ii) Ketua Jabatan
7. Pelantikan pegawai awam bagi perkhidmatan Persekutuan sama ada di peringkat
Ibu Pejabat, Pejabat Cawangan di Negeri atau Daerah, pelantikan adalah dibuat oleh
Y.B. Menteri atau Y.B Timbalan Menteri mengikut Kementerian yang mana berkenaan.
8. Pelantikan pegawai awam bagi perkhidmatan Negeri sama ada di Pejabat Y.B.
Setiausaha Kerajaan, Jabatan Negeri atau Daerah adalah dibuat oleh Y.A.B. Menteri
Besar atau Y.A.B. Ketua Menteri atau Y.B. Timbalan Menteri Besar atau Y.B. Timbalan
Ketua Menteri mengikut Negeri-Negeri yang mana berkenaan.
9. Pelantikan pegawai awam adalah dibuat mengikut format seperti mana
ditetapkan di Lampiran ‘B’, Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987 bertarikh 20
Februari 1987 iaitu berdasarkan kepada nama dan jawatan.
10. Suratan, maklumat atau bahan mesti berkait dengan perkhidmatan awam seperti
mana tafsiran “perkhidmatan awam” dalam Akta Rahsia Rasmi 1972.
11. Suratan, maklumat atau bahan dikelaskan sebagai Rahsia Besar, Rahsia, Sulit
atau Terhad berpandukan tafsiran dalam Buku Arahan Keselamatan Kerajaan.
12. Suratan rahsia rasmi di dalam atau di luar Jadual perlu diberikan tanda
keselamatan mengikut perkara 48, 49 dan 50 dalam Buku Arahan Keselamatan iaitu di
penjuru kiri sebelah atas dan penjuru kanan sebelah bawah di setiap muka surat yang
mengandungi perkara bertulis, bercetak atau bercap.
13. Suratan rasmi, maklumat atau bahan seperti mana perkara-perkara dalam Jadual
hendaklah direkodkan dalam Buku Daftar Suratan Rasmi Di bawah Jadual Dan
Berhubungan Dengannya (Borang Am 492).
14. Suratan rasmi, maklumat atau bahan di luar Jadual hendaklah direkodkan dalam
Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi Di Luar Jadual dan Berhubungan dengannya yang
dikelaskan (Borang Am 492 A).
15. Suratan rahsia rasmi di dalam atau di luar Jadual perlu direkodkan dalam daftar
surat keluar dan diuruskan penghantaran mengikut peraturan yang ditetapkan dalam
arahan keselamatan kerajaan.
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROSEDUR PENGELASAN SEMULA RAHSIA
RASMI
16. Apa-apa suratan yang dinyatakan dalam jadual atau apa-apa perkara di luar
jadual yang telah dikelaskan akan terhenti menjadi rahsia rasmi selepas pengelasan
semula mengikut peruntukan seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 iaitu :
“Seseorang Menteri atau pegawai awam yang dipertanggungkan dengan
apa-apa tanggungjawab terhadap mana-mana Kementerian, Jabatan atau
mana-mana perkhidmatan awam atau Menteri Besar atau Ketua Menteri
sesuatu Negeri atau Ketua Pegawai yang menjaga hal ehwal pentadbiran
sesuatu Negeri boleh, pada bila-bila masa, mengelaskan semula apa-apa
suratan yang dinyatakan dalam Jadual atau apa-apa suratan rasmi,
maklumat atau bahan sebagaimana yang telah dikelaskan dan selepas
pengelasan semula itu, suratan, maklumat atau bahan tersebut hendaklah
terhenti menjadi rahsia rasmi.”
17. Orang atau pihak yang berkuasa untuk mengelaskan semula dokumen rahsia
rasmi ialah :
17.1. Menteri;
17.2. Menteri Besar atau Ketua Menteri
17.3. Pengelasan Semula oleh Pegawai Awam yang bertanggungjawab terhadap
mana-mana Kementerian, Jabatan atau Perkhidmatan Awam (Ketua
Setiausaha Negara, semua Ketua Setiausaha, Ketua-Ketua Pengarah dan
Jabatan termasuk di peringkat Negeri); dan
17.4. Ketua Pegawai yang menjaga hal ehwal pentadbiran sesuatu negeri (Y.B.
Setiausaha Kerajaan Negeri).
18. Sebelum pengelasan semula dibuat suratan rahsia rasmi disemak bagi
menentukan:
18.1. bahawa suratan berkaitan dimulakan (originated) oleh Jabatan tersebut
sahaja;
18.2. bahawa suratan berkaitan ialah suratan rahsia rasmi sama ada dalam
Jadual Akta Rasmi 1972 ataupun di luar Jadual;
18.3. bahawa kandungan suratan berkaitan tidak lagi menyebabkan:
(i) kerosakan yang amat besar kepada negara; atau
(ii) membahayakan keselamatan negara; atau
(iii) keadaan serba-salah kepada kerajaan.
19. Selepas pengelasan semula dokumen tersebut tidak lagi menjadi dokumen rahsia
rasmi tetapi sebaliknya telah menjadi dokumen terbuka.
20. Suratan rasmi, maklumat atau bahan dinyatakan dalam Jadual dan berhubung
dengannya, apabila dikelaskan semula butirannya hendaklah direkodkan dalam Buku
Daftar Suratan Rahsia Rasmi (Borang Am 492).
21. Suratan rasmi, maklumat atau bahan di luar Jadual sebagaimana yang telah
dikelaskan dan selepas pengelasan semula dibuat, butirannya hendaklah direkodkan
dalam Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi (Borang Am 492B).
22. Pelaksanaan garis panduan pengelasan semula rahsia rasmi ini hendaklah
merujuk kepada Prosedur Pengelasan Semula Dokumen Terperingkat Di Jabatan Dan
Agensi Kerajaan di Lampiran ‘A1’.
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
23. Ketua Jabatan hendaklah menentukan pelaksanaan kawalan keselamatan
suratan-suratan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 dengan mengambil kira perkara-
perkara berikut:
23.1. menentukan pelantikan pegawai awam yang layak untuk mengelaskan
suratan rasmi;
23.2. melaksanakan pendaftaran suratan rasmi yang dikelaskan dan dikelaskan
semula dalam Am 492, 492A & 492B mengikut yang mana berkenaan;
23.3. kesemua buku daftar ini perlu dikawal dan disimpan dengan selamat dan
perlu di tender dalam mahkamah sebagai bahan bukti mengenai
pengelasan semula rahsia rasmi yang ditetapkan;
23.4. memaklumkan semua pihak terlibat mengikut suratan asal tersebut untuk
memaklumkan bahawa suratan tersebut telah dikelaskan semula dan
terhenti menjadi rahsia rasmi;
23.5. menghubungi Jabatan Arkib Negara Malaysia dan Pejabat Ketua Pegawai
Keselamatan Kerajaan bagi mengkaji urusan pengelasan semula atau
penurunan taraf peringkat atau pelupusan sewajarnya.
KHIDMAT NASIHAT PENGURUSAN RAHSIA RASMI
24. Sekiranya Ketua Jabatan atau mana-mana penjawat awam mempunyai sebarang
masalah mengenai pengurusan rahsia rasmi atau mengenai keselamatan perlindungan,
sila rujuk kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan
Perdana Menteri atau mana-mana Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
Malaysia Cawangan Negeri.
25. Pegawai-Pegawai Keselamatan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
Malaysia boleh dihubungi melalui:
Telefon: 03 8888 1230
03 8888 4039
03 8888 1188 atau
Faks: 03 88883258 atau
Portal: http://www.cgso.gov.my/
Alamat: Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Aras –1,1,2, Blok B7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Disediakan oleh:
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
28 November 2005
LAMPIRAN A1
PROSEDUR PENGELASAN SEMULA DOKUMEN TERPERINGKAT DI JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN
1. PENDAHULUAN
1.1 Prosedur ini dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia mengenai tatacara pengelasan semula rahsia rasmi kerajaan.
1.2 Garis panduan tatacara pengelasan semula rahsia rasmi Kerajaan disediakan untuk diguna pakai oleh Ketua-Ketua Jabatan di semua Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri.
1.3 Garis panduan ini dikeluarkan untuk memudahkan dan memastikan tindakan pengelasan semula dokumen, maklumat dan bahan terperingkat dilaksanakan mengikut peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 (AKTA 88)
2. LATAR BELAKANG
2.1 Pertambahan aktiviti-aktiviti di Jabatan dan Agensi Kerajaan dari masa ke semasa membuatkan dokumen, bahan dan maklumat terperingkat terhimpun dalam kuantiti yang banyak.
2.2 Tanpa adanya kawalan dan tindakan susulan akan menyebabkan satu beban yang terpaksa dihadapi di jabatan dan Agensi Kerajaan terutama dari segi keselamatan dokumen terperingkat dan masalah ruang pejabat untuk menempatkan fail-fail terperingkat tersebut.
2.3 Semua dokumen, maklumat dan bahan terperingkat sama ada untuk tindakan pelupusan atau dihantar ke Jabatan Arkib Negara Malaysia bagi tujuan penyelidikan dan sebagainya mengikut peruntukan di bawah Akta Arkib Negara Malaysia 2003 (Akta 629) mestilah dikelaskan semula sebelum tindakan selanjutnya diambil.
2
3. PROSEDUR PENGELASAN SEMULA DOKUMEN TERPERINGKAT
3.1 Prosedur pengelasan semula dokumen terperingkat boleh dibahagikan kepada tiga (3) peringkat seperti berikut:-
3.1.1 Peringkat Pertama : Pra Pengelasan Semula
3.1.2 Peringkat Kedua : Semasa Pengelasan Semula
3.1.3 Peringkat Ketiga : Selepas Pengelasan Semula
3.2 Peringkat Pertama : Pra Pengelasan Semula
3.2.1 Langkah Pertama - Kuasa Mengelaskan Semula
i. Dokumen, maklumat atau bahan terperingkat hendaklah dikelaskan semula sebagaimana di peruntukan di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (AKTA 88). Seksyen ini memperuntukkan;
“seseorang Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri atau pegawai awam yang dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab terhadap mana-mana Kementerian, jabatan atau mana-mana perkhidmatan awam atau mana-mana ketua pegawai yang menjaga hal-ehwal pentadbiran sesuatu Negeri boleh, pada bila-bila masa, mengelaskan semula apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual atau apa-apa suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagaimana yang telah dikelaskan dan selepas pengelasan semula itu, suratan, maklumat atau bahan tersebut hendaklah terhenti menjadi rahsia rasmi”.
ii. Pengelasan Semula Oleh Menteri Dan Sebagainya
Seseorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri boleh mengelaskan semula apa-apa suratan yang dinyatakan dalam jadual atau sebagaimana yang telah dikelaskan sebelumnya.
3
iii. Pengelasan Semula Oleh Pegawai Awam.
Pegawai awam yang bertanggungjawab terhadap mana-mana Kementerian, Jabatan atau perkhidmatan awam atau ketua pegawai yang menjaga hal ehwal pentadbiran sesuatu negeri boleh mengelaskan semula apa-apa suratan yang dinyatakan dalam jadual atau sebagaimana yang telah dikelaskan sebelumnya. Seksyen 2C memberi kuasa secara automatik kepada pegawai awam berkaitan mengelaskan semula rahsia rasmi kerajaan.
iv. Tindakan pengelasan semula dokumen, bahan dan maklumat rahsia rasmi hendakah dijalankan sendiri oleh Menteri/Pegawai Awam yang berkaitan dan beliau tidak boleh mewakilkan kuasanya bagi melaksanakan tugas tersebut kepada pegawai bawahannya (Sebagaimana penjelasan oleh Jabatan peguam Negara melalui surat bil. JPN( R ) 1135 Jld.5 bertarikh 17 Januari 2005).
3.2.2 Langkah Kedua - Dokumen/Bahan/Maklumat Jabatan
i. Dokumen, maklumat atau bahan yang hendak dikelaskan semula MESTI merupakan dokumen Kementerian atau Jabatan itu sendiri sahaja.
3.2.3 Langkah Ketiga - Jawatankuasa Menyemak.
i. Proses pengelasan semula yang hendak dilaksanakan perlulah membentuk satu jawatankuasa Menyemak yang terdiri daripada mereka yang boleh akses kepada dokumen, maklumat atau bahan terperingkat dan ahli-ahlinya terdiri;
a. Pengerusi – Setiausaha Bahagian atau Pengarah Bahagian Pentadbiran
b. Ahli Jawatankuasa :-
i. Bahagian Pendaftar Rahsia/Pendaftar Pejabatii. Pegawai Rekod Kementerian/Jabataniii. Pegawai Keselamatan Kerajaan (Selaku Penasihat)
4
3.3 Peringkat Kedua : Semasa Pengelasan Semula
3.3.1 Langkah Pertama - Penilaian Jawatankuasa Menyemak.
i. Jawatankuasa ini menilai akan kandungan dokumen rahsia rasmi itu dan menentukan bahawa kandungannya tidak akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada negara atau tidak membahayakan keselamatan negara ataupun tidak boleh membuatkan Kerajaan dalam keadaan serba salah.
ii. Jawatankuasa Menyemak mengemukakan syor mereka kepada Menteri/Ketua Jabatan untuk membuat pengelasan semula perkara terperingkat tersebut, setelah penilaian yang dibuat tidak lagi mendatangkan kesan yang buruk kepada Kerajaan seperti di Para i.
3.3.2 Langkah Kedua - Kandungan Dokumen/Bahan/Maklumat.
i. Pengelasan semula diasaskan kepada kandungan dokumen, maklumat atau bahan rahsia rasmi sama ada suratan rahsia rasmi dalam Jadual atau Luar Jadual yang dikelaskan.
3.3.3 Langkah Ketiga - Tempoh DokumenTerperingkat Disemak
i. Semua dokumen, maklumat atau bahan terperingkat yang disemak oleh Jawatankuasa Menyemak bagi sesuatu dokumen tidak ditetapkan tempoh penyemakan sesuatu dokumen harus dilakukan. Ulang kaji ke atas suratan terperingkat hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sekali.
3.3.4 Langkah Keempat - Senarai Dokumen/Maklumat/Bahan.
i. Pengelasan semula dokumen, maklumat atau bahan hendaklah disenaraikan dengan menggunakan format seperti di Lampiran A dan ditandatangani oleh mereka yang diberi kuasa di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (AKTA 88).
5
3.3.5 Langkah Kelima - Suratan Sebelum Pindaan AktaRahsia Rasmi 1986
i. Status suratan sebelum pindaan Akta Rahsia Rasmi pada tahun 1986. Kajian semula suratan yang bertaraf Rahsia Besar, Rahsia, Sulit atau Terhad untuk mengesahkan pengelasan asal sama ada perlu dijadikan suratan/dokumen rahsia rasmi atau sebaliknya.
3.4 Peringkat Ketiga : Selepas Pengelasan Semula
3.4.1 Langkah Pertama - Cop ‘TERBUKA’
i. Fail terperingkat berkaitan hendaklah di cop menggunakan cop getah yang saiznya bersesuaian dengan perkataan ‘TERBUKA’ ke atas;
a. Kulit fail hadapan dan belakang kulit fail.
b. Cop lima (5) helaian hadapan, tengah dan belakang pada setiap suratan yang telah dikelaskan semula.(Sila lihat Lampiran B).
3.4.2 Langkah Kedua - Daftar Am 492 atau 492B
i. Tindakan mendaftar ke dalam buku daftar Am 492 atau 492B yang mana berkenaan hendaklah dilaksanakan dan ditandatangani oleh mereka yang diberi kuasa di bawah Seksyen 2C. (Sila lihat Lampiran C dan D).
3.4.3 Langkah Ketiga - Tanggungjawab Ketua Jabatan
i. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memaklumkan kepada Jabatan/Agensi Kerajaan yang mana dokumen, maklumat atau bahan yang dahulunya terperingkat kini telah bertaraf terbuka untuk tindakan selanjutnya Jabatan/Agensi Kerajaan berkenaan.
6
4. UMUM
4.1 Dokumen, maklumat atau bahan yang telah dibuat pengelasan semula dan kini bertaraf ‘TERBUKA’ sahaja yang boleh dihantar ke Jabatan Arkib Negara Malaysia untuk tindakan selanjutnya pihak Jabatan Arkib Negara.
4.2 Tindakan pelupusan oleh pihak Kementerian/Jabatan dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut:-
i. Semua dokumen, maklumat atau bahan rasmi Kerajaan hendaklah disenaraikan dengan menggunakan format seperti di Lampiran E.
ii. Tindakan pemusnahan dokumen, maklumat atau bahanhendaklah dijalankan mengikut Para 74 ArahanKeselamatan dan diselia oleh pegawai yang dibenarkanekses bagi mengendalikan dokumen, maklumat atau bahantersebut.
iii. Sijil pemusnahan hendaklah dikeluarkan oleh pegawai yangmenjalankan penyeliaan pemusnahan dokumen RahsiaBesar mengikut Para 72 Arahan keselamatan seperti diLampiran F.
Disediakan oleh :
PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIAJABATAN PERDANA MENTERIPUTRAJAYA
OKTOBER 2005
LAMPIRAN ‘A’CONTOH
BORANG PENGELASAN SEMULA MENGIKUT SEKSYEN 2CAKTA RAHSIA RASMI 1972
BIL RUJUKAN FAIL TARIKH SURATAN PERKARA PENGELASAN
SURATAN CATATAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
KPKK(S)525/3 Jld.1(2)
KPKK(S)525/3 Jld.1(4)
KPKK(S)525/3 Jld.1(8)
KPKK(S)525/3 Jld.1(20)
KPKK(S)525/3 Jld.1(25)
KPKK(S)525/3 Jld.1(30)
KPKK(S)525/3 Jld.1(40)
KPKK(S)525/3 Jld.1(60)
2.2.2000
5.2.2000
15.2.2000
21.3.2000
25.5.2000
5.8.2000
7.10.2000
12.11.2000
TINDAKAN DISIPLIN KE ATAS EN. ABU KASIM
TINDAKAN DISIPLIN DENGAN DENDA PENURUNAN PANGKAT KE ATAS EN. ABU
KASIM ALI
SURAT TUNJUK SEBAB MENGAPA TINDAKAN DISIPLIN TIDAK BOLEH DIAMBIL
KE ATAS EN. BAKAR ALI
PERAKUAN TINDAKAN DISIPLIN PEMBUANGAN KERJA TERHADAP EN. ALI
KASIM
PERAKUAN TINDAKAN DISIPLIN KERANA GAGAL BERTUGAS TANPA SEBAB KE ATAS
CIK. ROZITA ALI
PERAKUAN TINDAKAN DISIPLIN PEMOTONGAN GAJI KE ATAS EN. ALI
AHMAD
TINDAKAN DISIPLIN MENYEKAT KENAIKAN GAJI TAHUNAN
TINDAKAN PEMBUANGAN KERJA KE ATAS EN. ALI AHMAD
SULIT
SULIT
SULIT
SULIT
SULIT
SULIT
SULIT
SULIT
Surat ulangan ke dua kali
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (AKTA 88), saya…………………………………..….(Menteri/Ketua Jabatan) dengan ini mengelaskan semula rahsia rasmi di atas dan kini menjadi ‘TERBUKA’ .
Tandatangan :……………………………………………………
Nama Pegawai :……………………………………………………
Jawatan :……………………………………………………
Tarikh :………………………………………………….…
Cop Rasmi Jabatan :……………………………………………………
Catatan : Borang ini hendaklah disediakan dalam 4 salinan dan disimpan, iaitu;1. Dalam fail Pengelasan Semula.2. Dalam fail berkenaan.3. Dalam fail pegawai yang mengelaskan semula.4. Simpanan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
TERHADKPKK( S )200/40 Klt.45 (91)
Jun 2007
Tuan,
BUKU ARAHAN KESELAMATAN
Dengan hormatnya adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat tuan
bil ……………. bertarikh ………………….. adalah berkaitan.
2. Bersama-sama ini dibekalkan sebanyak 600 naskah Buku Arahan Keselamatan (Nombor Siri: --) untuk kegunaan pihak tuan. Sila kembalikan Borang Akuan Terima yang disertakan untuk tindakan pejabat ini selanjutnya.
3. Ketua Jabatan atau mana-mana pegawai awam yang berkenaan adalah bertanggungjawab ke atas Buku Arahan Keselamatan ini, kawalan ke atasnya adalah seperti di Lampiran ‘A’.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(………………………………….)Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysiab.p. Ketua Setiausaha Negara
TERHAD
LAMPIRAN ‘B’
PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIAJABATAN PERDANA MENTERIARAS 1 & 2 BLOK B7 Telefon : 03-88881957PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62502 PUTRAJAYA Fax : 03-88883258
LAMPIRAN ‘B’
SULIT CONTOH KULIT FAIL BELAKANG
SULIT
LAMPIRAN ‘C’DAFTAR SURATAN RAHSIA RASMI DI BAWAH JADUAL
AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN BERHUBUNGAN DENGANNYA(CONTOH MENGISI BUKU DAFTAR)
Am 492
Bil. Tarikh Surat
Rujukan Surat Perkara Dikeluarkan oleh Kem/Jab
Pengelasan Dikelaskan Semula Oleh
Tarikh Tandatangan Catatan
1 1.1.2OOO JLSK(RB)123
Klt.1(22)
Kertas Mesyuarat Kerajaan
Negeri – Pencerobohan
penangkapan ikan laut
dalam oleh nelayan asing.
(Dasar utama kerajaan
negeri yang sangat penting
berkaitan dengan ekonomi)
Jabatan Laut
Sarawak
Rahsia Besar Menteri yang
bertanggungjawab
ke atas Jabatan
Laut Sarawak
6.9.2004 Tandatangan
Menteri yang
bertanggungjawab
ke atas Jabatan
Laut Sarawak
Pengelasan semula
dokumen terperingkat
Eg Rahsia Besar,
Rahsia, Sulit atau
Terhad hanya boleh
dibuat oleh mereka yang
dibenarkan mengikut
Sek. 2C Akta Rahsia
Rasmi 1972
2 1.2.2000 JLSK(S)111
Klt.2(23)
Kertas Mesyuarat Kerajaan
Negeri – Laporan Operasi
Penangkapan Nelayan
Asing Di Perairan
Sarawak.
Jabatan Laut
Sarawak
Sulit
Dokumen ini belum
dikelaskan semula
3 1.9.2003 JLSK(R)222
Klt.3(24)
Kertas Mesyuarat Kerajaan
Negeri – Arahan-Arahan
Penting Untuk Perwakilan-
Perwakilan Negeri
Sarawak Yang Membuat
Perundingan dengan
Negara Asing
Jabatan Laut
Sarawak
Rahsia Ketua Pengarah
Jabatan Laut
Sarawak
Tandatangan
Ketua Pengarah
Jabatan Laut
Sarawak
Pengelasan semula
dokumen terperingkat
Eg Rahsia Besar,
Rahsia, Sulit atau
Terhad hanya boleh
dibuat oleh mereka yang
dibenarkan mengikut
Sek. 2C Akta Rahsia
Rasmi 1972
LAMPIRAN ‘D’
DAFTAR SURATAN RAHSIA RASMI DI LUAR JADUALAKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN BERHUBUNGAN DENGANNYA
YANG DIKELASKAN SEMULA(CONTOH MENGISI BUKU DAFTAR)
Am 492B
Bil. Tarikh Surat
Rujukan Surat Perkara Pengelasan Dikelaskan Semula Oleh
Tarikh Dikelaskan
Semula
Tandatangan Catatan
1. 22.6.2000 JLSK(RB)123 Klt.1(22) Surat menyurat dengan
Kerajaan Negara Asing
mengenai aspek perdagangan
(eg. Dasar Kerjasama
menangkap ikan di laut dalam
yang sangat penting)
Rahsia Besar
Ketua Pengarah Jabatan Laut Sarawak
15.1.2004 Tandatangan
Ketua Pengarah Jabatan Laut Sarawak
Mengikut Sek. 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 Ketua Pengarah Jabatan Laut Sarawak adalah merupakan seorang pegawai awam yang dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab terhadap Jabatannya boleh mengelaskan semula dokumen terperingkat dan selepas itu ia menjadi terbuka.
2. 1.9.2003 JLSK(R)222 Klt.2(26) Kajian semula Dasar Penangkapan Ikan di Laut Dalam di Perairan Negeri Sarawak Untuk Pertimbangan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
Rahsia Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Laut Sarawak
16.6.2004 Tandatangan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Laut Sarawak
Mengikut Sek. 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 Menteri yang berkaitan dengan sesuatu Kementerian, Jabatan layak mengelaskan semula sesuatu dokumen, bahan dan maklumat terperingkat.
3. 15.8.2004 JLSK(S)111 Klt.2(27) Laporan aktiviti pencerobohan penangkapan ikan di perairan laut Negeri Sarawak oleh nelayan- nelayan asing.
Sulit Ketua Pengarah Jabatan Laut Sarawak
5.9.2004 Tandatangan
Ketua Pengarah Jabatan Laut Sarawak
-sama di atas-
CATATAN:
1. AM 492 - DAFTAR SURATAN RAHSIA RASMI DI BAWAH JADUAL
1.1 Sila rujuk ‘JADUAL’ dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 (AKTA 88)1.2 Suratan Rahsia Rasmi di bawah Jadual secara automatik menjadi Rahsia Rasmi walau bagaimanapun ia harus di
tanda dengan salah satu tanda pengelasannya.1.3 Dokumen, maklumat atau bahan yang hendak dikelaskan mestilah dokumen, maklumat atau bahan yang dikeluarkan
oleh Jabatan sendiri.1.4 Mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 memperuntukkan seseorang Menteri atau pegawai awam yang
dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab terhadap mana-mana Kementerian, Jabatan atau mana-mana perkhidmatan awam atau Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau ketua pegawai yang menjaga hal-ehwal pentadbiran sesuatu negeri boleh, pada bila-bila masa, mengelaskan semula apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual atau apa-apa suratan rasmi,maklumat atau bahan sebagaimana yang telah dikelaskan dan selepas pengelasan semula itu, suratan, maklumat atau bahan tersebut hendaklah terhenti menjadi rahsia rasmi.
2. AM 492A - DAFTAR SURATAN RAHSIA RASMI DI LUAR JADUAL YANG DIKELASKAN
2.1 Dokumen, maklumat dan bahan yang hendak dikelaskan mestilah milik Jabatan sendiri.2.2 Pegawai awam yang hendak mengelaskan dokumen, maklumat dan bahan mestilah dilantik sebagai pegawai
pengelas mengikut Seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972
3. AM 492B - DAFTAR SURATAN RAHSIA RASMI DI LUAR JADUAL YANG DIKELASKAN SEMULA
3.1 Hanya dokumen, maklumat dan bahan terperingkat Jabatan sendiri sahaja yang boleh dikelaskan semula.3.2 Kuasa mengelaskan semula diberi di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 dan selepas pengelasan semula
dokumen, maklumat dan bahan tersebut terhenti menjadi rahsia rasmi.
4. PERKARA UMUM:-
4.1 Bila ia didaftar – Ia perlu didaftar dengan segera sebaik sahaja ia dikelaskan dan sebelum ia dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan.
4.2 Apakah jenis dokumen yang perlu didaftar – Semua dokumen, maklumat, bahan yang telah dikelaskan sebagai ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’ mengikut salah yang berkenaan.
4.3 Buku-buku daftar yang digunakan – Buku daftar yang digunakan mestilah menepati tajuk-tajuk buku daftar tersebut dan ia telah diperjelaskan berpandukan contoh-contoh mengisi buku daftar seperti di atas.
LAMPIRAN ‘E’CONTOH
BORANG SENARAI PELUPUSAN SURATAN TERPERINGKAT BAGI TAHUN 2005
Nama Kementerian :
Nama Jabatan :
BIL. TAJUK FAILNO.
RUJUKAN FAIL
TARIKH DARIPADA-
KEPADABIL. FOLIO PENGELASAN MUSNAH /
SIMPAN CATATAN
1
2
3
4
5
PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN
PEGAWAI PENGELASAN SEK. 2B
LAPORAN SIASATAN KEBOCORAN SURATAN RAHSIA RASMI
LAPORAN SASARAN PENTING SELURUH NEGARA
TINDAKAN DISIPLIN KE ATAS PENJAWAT AWAM
KPKK(RB)123/1 Jld.1
KPKK(RB)124/1 Jld.1
KPKK(R)125/2 Jld.2
KPKK(R)126/2 Jld.1
KPKK(S)127/2 Jld.2
2.1.2000 – 15.5.2001
15.5.2000 – 30.12.2000
2.1.2000 – 30.12.2000
16.6.2001 – 30.12.2002
10.2.1995 – 1.5.1997
100
85
95
90
100
RAHSIA BESAR
RAHSIA BESAR
RAHSIA
RAHSIA
SULIT
Musnah
Musnah = 45JANM = 40
Musnah = 90JANM = 5
Musnah = 80Jabatan Sendiri = 10
Musnah
Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelupusan dengan ini memperakui bahawa perkara terperingkat di atas boleh dilupuskan/dimusnahkan mengikut cara-cara yang telah ditetapkan di Perkara 74 Arahan Keselamatan.
Tandatangan :Nama Pegawai : Catatan :Jawatan : Borang ini hendaklah disediakan dalam 4 salinan dan disimpan, iaitu ;
1. Dalam fail pelupusan.Tarikh : 2. Untuk Pengerusi Jawatankuasa Pelupusan.
3. Dalam simpanan Ketua Jabatan yang berkenaan.4. Simpanan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
LAMPIRAN ‘F’
CONTOH
SIJIL PEMUSNAHAN DOKUMEN RAHSIA BESAR(Para 72 Arahan Keselamatan)
Saya………………………………………………………………………………….berjawatan sebagai………………………………………………………………………………...dengan ini mengesahkan bahawa saya telah menyelia kerja-kerja pemusnahan dokumen Rahsia Besar seperti di Lampiran ‘E’ dengan cara;
i. Mengoyakkan secara kecil-kecilan.
ii. Merincih dengan menggunakan mesin perincih.
iii. Mengoyakkan dan membakarnya.
iv. Merincih dan membakarnya.
v. Cara-cara lain – Nyatakan ………………………………..
Tandatangan :
Nama Pegawai :
Jawatan :
Tarikh :
Cap Jabatan :
Catatan:Borang ini hendaklah disediakan dalam 4 salinan dan disimpan, iaitu ;1. Dalam fail pelupusan.2. Dalam fail pengelasan semula.3. Dalam simpanan Ketua Jabatan yang berkenaan.4. Simpanan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
JABATAN PERDANA MENTERIMALAYSIA,JALAN DATO’ ONN,50502 KUALA LUMPUR
Telefon : 2321957
KAWAT : PERDANA
Ruj. Kami : PM(R)10308/3/(24)
Tarikh : 20 Februari 1987
Ketua-ketua Setiausaha KementerianKetua-Ketua Jabatan PersekutuanKetua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan
SURAT PEKELILING AM BIL. 2 TAHUN 1987
Peraturan Pengurusan Rahsia Rasmi SelarasDengan Peruntukan-Peruntukan Akta Rahsia
Rasmi (Pindaan) 1986
1. TUJUAN
1.1. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menetap dan menjelaskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap Jabatan dan Agensi Kerajaan dalam pengurusan rahsia rasmi selaras dengan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986.
2. LATARBELAKANG
2.1. Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986 telah mendapat persetujuan
Di Raja pada 29hb. Disember, 1986 dan diterbitkan dalam
Warta pada 31hb. Disember, 1986 berkuatkuasa pada 1hb.
Januari, 1987.
2.2. Akta tersebut telah dipindah bertujuan menentukan :
2.2.1. Satu tafsiran yang jelas mengenai rahsia rasmi ; 2.2.2. Perlantikan dan kuasa pegawai awam untuk
mengelaskan suratan rasmi;
2.2.3. Kuasa untuk mengelaskan semula rahsia rasmi
supaya ianya terhenti menjadi rahsia rasmi;
2.2.4. Perakuan oleh pegawai awam menjadi keterangan
yang konklusif ;
2.2.5. Pembelaan kepada pegawai awam ;
2.2.6. Pindaan peruntukan-peruntukan penalti kepada
hukuman mandatori penjara tidak kurang daripada
satu tahun.
2.3. Adalah menjadi harapan Kerajaan bahawa dengan pindaan ini
orang ramai akan lebih terlindung daripada dituduh
membocorkan rahsia kerajaan dan seterusnya kepentingan
negara akan lebih terpelihara.
2.4. Aspek utama terhadap pindaan Akta tersebut ialah tafsiran
rahsia rasmi yang melibatkan keseluruhan pengurusan
pengelasan suratan-suratan rasmi, maklumat dan bahan.
Mengikut tafsiran tersebut, hanya perkara-perkara tertentu
sahaja adalah rahsia rasmi.
2.5. Dengan terpindanya Akta tersebut, tafsiran baru rahsia
rasmi mengikut Subseksyen (1) Seksyen (2) Akta Rahsia Rasmi
1972 adalah seperti berikut :-
‘ “rahsia rasmi” ertinya apa-apa suratan yang dinyatakan
dalam Jadual dan apa-apa suratan yang dinyatakan dalam
Jadual apa-apa maklumat dan bahan berhubung dengannya dan
termasuk apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain
sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai Rahsia Besar,
Rahsia, Sulit atau Terhad, mengikut mana yang berkenaan,
oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri
sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di
bawah Seksyen 2B’.
2.6. Perkara-perkara yang dinyatakan dalam Jadual adalah sepertiberikut :-
JADUAL
“Suratan, rekod keputusan dan pertimbangan Jemaah Menteri
termasuklah juga suratan, rekod keputusan dan pertimbangan
jawatankuasa-jawatankuasa Jemaah Menteri;
Suratan, rekod keputusan dan pertimbangan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri termasuk juga suratan, rekod keputusan dan
pertimbangan jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri;
Suratan berkenaan dengan keselamatan negara, pertahanan dan
perhubungan antarabangsa.”
2.7. Mengikut Seksyen 2B Akta tersebut perlantikan pegawai awam
untuk mengelaskan suratan rasmi, maklumat atau bahan adalah
seperti berikut :-
“Seseorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri
sesuatu Negeri boleh melantik mana-mana pegawai awam
melalui suatu perakuan dibawah tandatangannya untuk
mengelaskan apa-apa suratan rasmi, maklumat atau bahan
sebagai Rahsia Besar, Rahsia, Sulit atau Terhad, mengikut
mana yang berkenaan.”
2.8. Seksyen 2C Akta tersebut memperuntukkan kuasa untuk
mengelaskan semula suratan rahsia rasmi seperti berikut :
“ Seseorang Menteri atau pegawai awam yang dipertanggungkan
dengan apa-apa tanggungjawab terhadap mana-mana
Kementerian, Jabatan atau mana-mana perkhidmatan awam atau
Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau ketua
pegawai yang menjaga hal-ehwal pentadbiran sesuatu Negeri
boleh, pada bila-bila masa, mengelaskan semula apa-apa
suratan yang dinyatakan dalam Jadual atau apa-apa suratan
rasmi, maklumat atau bahan sebagaimana yang telah
dikelaskan dan selepas pengelasan semula itu, suratan,
maklumat atau bahan tersebut hendaklah terhenti menjadi
rahsia rasmi.”
3. TATACARA PERLAKSANAAN
3.1. Selaras dengan pindaan yang terkandung dalam Akta tersebut
maka peraturan mengenai pengelasan dan pengelasan semula
suratan rasmi, maklumat atau bahan seperti berikut
hendaklah dipatuhi.
3.1.1. Perlantikan pegawai awam untuk mengelaskan suratan Rasmi, maklumat atau bahan
(a) Selaras dengan peruntukan Seksyen 2B Akta Rahsia
Rasmi 1972, pegawai-pegawai awam yang menjawat
jawatan-jawatan seperti di Lampiran ‘A’ boleh
dilantik untuk mengelaskan apa-apa suratan rasmi,
maklumat atau bahan sebagai Rahsia Besar, Rahsia,
Sulit atau Terhad.
(b) Satu (1) salinan perakuan perlantikan tersebut
hendaklah dibuat mengikut format di lampiran ‘B’
atas nama pemegang jawatan yang disenaraikan di
Lampiran ‘A’. Perakuan tersebut hendaklah
disimpan dalam fail peribadi pegawai awam
berkenaan.
(c) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian atau Y.B.
Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri adalah
bertanggungjawab menentukan perlantikan tersebut
serta menyelenggarakan senarainya dengan
kemaskini.
3.1.2. Pengelasan Suratan Rasmi, Maklumat atau bahan
Rahsia Rasmi adalah terbahagi kepada dua (2)
kategori yang mana pengelasannya ditentukan
seperti berikut :-
(i) Perkara-Perkara Dalam Jadual Dan Berhubungan Dengannya
Suratan rasmi, maklumat atau bahan yang
dinyatakan dalam Jadual dan berhubungan dengannya
adalah rahsia rasmi. Namun demikian pemula
suratan rasmi, maklumat atau bahan hendaklah
mengelaskannya sebagai Rahsia Besar, Rahsia,
Sulit atau Terhad mengikut Buku Arahan
Keselamatan seperti yang dinyatakan dalam Surat
Pekeliling Am Sulit Bil.1 Tahun 1985.
(ii) Perkara-Perkara Di Luar Jadual Dan Berhubungan Dengannya
Suratan rasmi, maklumat atau bahan selain
daripada yang terkandung dalam Jadual dan
berhubungan dengannya yang dikelaskan sebagai
Rahsia Besar, Rahsia, Sulit atau Terhad mengikut
perenggan 3.1.1 di atas adalah juga rahsia rasmi.
3.1.3. Suratan Rahsia Rasmi Yang Dikelaskan Sebelum Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986
Suratan rasmi, maklumat dan bahan selain daripada yang
terkandung dalam Jadual dan berhubungan dengannya yang
dahulunya dikelaskan sebagai Rahsia Besar, Rahsia, Sulit
atau Terhad hendaklah dikaji semula oleh pegawai awam yang
dilantik mengikut perenggan 3.1.1. di atas dengan tujuan
mengekalkan pengelasannya atau sebaliknya.
3.1.4. Daftar Suratan Rahsia Rasmi
Semua dan Kementerian dan Jabatan adalah dikehendaki
menyediakan tiga (3) jenis daftar untuk merekod suratan-
suratan seperti berikut : -
(i) Suratan rahsia rasmi di bawah Jadual dan berhubung dengannya- Sila rujuk Lampiran ‘C’
(ii) Suratan rahsia rasmi di luar Jadual dan berhubung dengannya yang dikelaskan -Sila rujuk Lampiran ‘D’
(iii) Suratan rahsia rasmi di luar Jadual dan berhubung dengannya yang dikelaskan semula-sila rujuk Lampiran ‘E’.
4. TARIKH KUATKUASA
4.1. Tarikh kuatkuasa peraturan ini adalah dari tarikh Surat Pekeliling ini.
5. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
5.1. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling ini, Ketua
Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan adalah
bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan peraturan-
peraturan yang termaktub dalam Surat Pekeliling ini.
Sebarang kemusykilan yang timbul dari Surat Pekeliling ini
hendaklah dirujukkan kepada :
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Wisma Damansara, Jalan Damansara, 50524 KUALA LUMPUR
Tel.: 2543658 2543777 2547229 2547378 2547571
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
( TAN SRI DATO’ SALLEHUDDIN BIN MOHAMED ) Ketua Setiausaha Negara.
s.k.
Y.B. Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri.
LAMPIRAN ‘A’
PERLANTIKAN PEGAWAI AWAM UNTUK MENGELASKANSURATAN RASMI, MAKLUMAT ATAU BAHAN MENGIKUT
SEKSYEN 2B AKTA RAHSIA RASMI
1. Peringkat Persekutuan
1.1 Kementerian - Ketua Setiausaha Kementerian
- Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian
- Setiausaha-Setiausaha Bahagian
1.2 Jabatan dan Badan - Ketua Jabatan
Berkanun Persekutuan- Timbalan Ketua Jabatan
- Ketua Bahagian terdiridaripada Pegawai TingkatanTertinggi ‘G’ dan ke atas
2. Peringkat Negeri
2.1 Negeri - Y.B. Setiausaha KerajaanNegeri
- Timbalan Setiausaha KerajaanNegeri
- Ketua Penolong SetiausahaKerajaan Negeri terdiridaripada Pegawai TingkatanTertinggi ‘G’ dan ke atas
2.2 Jabatan dan Badan - Ketua JabatanBerkanun Negeri
- Timbalan Ketua Jabatan
2.3 Daerah - Pegawai Daerah
- Ketua Jabatan
LAMPIRAN ‘B‘
AKTA RAHSIA RASMI 1972PERAKUAN DI BAWAH SEKSYEN 2B
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), saya ………………………………………………………………………(nama menteri)………………………………………………………………………………………………………………………
Menteri/Menteri Besar/Ketua Menteri ………………………(nama Kementerian atau negeri)………………………………………………………………………………………………………………
Dengan ini melantik …………………………………………………………..…(nama pegawai yang dilantik)……………………………………………………………………………………………………………
seorang pegawai awam yang memegang jawatan………………………………(nama jawatan pegawai yang dilantik )…………………………………………………………………………………………
di dalam Kementerian/Jabatan ……………………………………………………………………(nama Kementerian atau Jabatan)………………………………………………………………………………………
untuk mengelaskan apa-apa suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagai ‘Rahsia Besar‘,‘Rahsia‘,‘Sulit‘ atau ‘Terhad’.
Bertarikh :
Cop rasmi Jabatan :
(Nama)
Menteri/Menteri Besar/Ketua Menteri
……………………………………………………………………
LAMPIRAN ‘C’
DAFTAR SURATAN RAHSIA RASMI DI BAWAH JADUALAKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN DAN BERHUBUNGAN DENGANNYA
(CONTOH BUKU MENGISI DAFTAR)
AM 492
Bil. Tarikh Surat
Rujukan Surat Perkara
Dikeluarkan Oleh
Kem/JabPengelasan
Dikelaskan Semula
OlehTarikh Tandatangan Catatan
LAMPIRAN ‘D’
DAFTAR SURATAN RAHSIA RASMI DI LUAR JADUALAKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN BERHUBUNGAN DENGANNYA
YANG DIKELASKAN(CONTOH MENGISI BUKU DAFTAR)
Am 492A
Bil. Tarikh Surat Rujukan Surat Perkara Pengelasan Dikelaskan Oleh
Tandatangan Catatan
LAMPIRAN ‘E’
DAFTAR SURATAN RAHSIA RASMI DI LUAR JADUALAKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN BERHUBUNGAN DENGANNYA
YANG DIKELASKAN SEMULA(CONTOH MENGISI BUKU DAFTAR)
AM 492B
Bil. Tarikh Surat Rujukan Surat
Perkara Pengelasan Dikelaskan Semula Oleh
Tarikh Dikelaskan
Semula
Tandatangan Catatan