garis panduan pertandingan membuat video ......garis panduan pertandingan membuat video, melukis dan...
TRANSCRIPT
GARIS PANDUAN PERTANDINGAN
Membuat Video, Melukis dan Mewarna
1. Membuat draf karya.
Anak-anak boleh fikirkan tentang apa itu Ramadan, persediaan dan ibadah-ibadah yang
sesuai dilakukan sepanjang Ramadan tahun ini. Anak-anak bebas menggunakan apa
sahaja peralatan melukis dan mewarna untuk melukis dan mewarna di karya mereka di
templat ini.
2. Video Slogan bagi Kategori C sahaja.
Bagi penyertaan Katergori C, sebagai tambahan, anak-anak perlu membuat video slogan
dengan ciri-ciri berikut:
a. Menyebut slogan ‘Saya berazam Ramadan tahun ini untuk…’
b. Tempoh masa 1 hingga 2 minit sahaja.
c. Memperkenalkan diri hanya dengan nama panggilan SAHAJA. (Untuk
keselamatan anak-anak)
d. Ibu bapa/penjaga mempromosikan video slogan tersebut di media sosial (FB &
IG) dengan cara berkongsi video slogan dari FB dan IG Haluanita dan
meletakkan #azamramadanku2020 DAN #haluanita.
e. Sebahagian markah akan di ambil kira dari ‘Like’ yang terkumpul di video
slogan yang di muatnaik oleh pihak penganjur di FB dan IG Haluanita sahaja.
3. Hantar karya anda:
Imbas (scan) atau ambilkan gambar karya anda. Peserta Kategori C perlu menghantar
gambar/imbasan karya mereka beserta video slogan. Hantarkan gambar/imbasan karya
ke pautan link berikut: https://www.haluan.org.my/event/ramadan-muslim-cilik/
selewat-lewatnya pada 5 Mei 2020 (Selasa).
4. Keputusan
Pemenang akan diumumkan di Facebook dan Instagram Haluanita pada 10 Mei 2020.
Pihak penganjur akan menghubungi ibubapa/penjaga pemenang tersebut bagi urusan
penyerahan hadiah. Hadiah akan diedarkan (pos atau kaedah yang sesuai) pada 11 Mei
2020.
Kategori A ( 4 - 6 Tahun )
Pertandingan Ramadhan Muslim Cilik Dianjurkan oleh: Biro Haluanita, Haluan