garis panduan rekabentuk dan kandungan portal kuktem
TRANSCRIPT
BAHAGIAN KHIDMAT PELANGGAN & LATIHAN
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN
& TEKNOLOGI MALAYSIA
POLISI: PENGGUNAAN KOMPUTER
DP.BKPL.PTMK (01)
DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH
Nama & Jawatan
Abdullah Fairuzullah bin Ahmad Tajuddin Pegawai Sistem Maklumat
Bahagian Baikpulih & Pelayan
Masmuliadi bin Jarjis
Pen. Pegawai Sistem Maklumat
Bahagian Khidmat Pelanggan & Latihan
Wan Maizurina bt Wan Othman Pegawai Undang-undang
Pejabat Rektor Mimi Rabita bt Abd Wahit Penolong Pegawai Tadbir
Pejabat Rektor
Hasnizam bt Mohamed @ Kasim Pegawai Kewangan
Pejabat Kewangan
Norfarizan bt Mohd Daud Pegawai Sistem Maklumat
Bahagian Khidmat Pelanggan & Latihan
Tarikh
NO. DOKUMEN DP.BKPL.PTMK(01)
NO. KELUARAN 01
NO. PINDAAN 00
TARIKH KUATKUASA
POLISI
PENGGUNAAN KOMPUTER
MUKA SURAT 1/13
1. TUJUAN
Polisi ini menyatakan tanggungjawab dan peranan pengguna dan pihak Kolej
Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) di dalam
menggunapakai komputer.
2. SKOP Melibatkan semua komputer yang dimiliki atau diguna atau berada di dalam
simpanan pengguna, bagi tujuan penggunaan hal-hal berkaitan universiti
sama ada dalam aspek pembelajaran dan pengajaran ataupun urusan
pentadbiran, tidak kira di mana ia berada.
3. TAKRIFAN
3.1 Komputer ialah termasuk satu peralatan elektrik, elektronik megnatik,
optik, elektrokimia atau lain-lain pemprosesan data atau apa-apa
kumpulan yang berkaitan komputer riba (laptop), komputer meja (desktop)
dan harta rasmi milikan serta penyelenggaraan sepenuhnya oleh Kolej
Universiti yang digunakan untuk menjalankan tugas-tugas rasmi.
3.2 Internet adalah aplikasi, kumpulan atau jaringan dari jaringan komputer
yang ada di seluruh dunia di luar Kolej Universiti dan dapat berhubungan
langsung dengan host-host atau komputer-komputer yang lainnya.
NO. DOKUMEN DP.BKPL.PTMK(01)
NO. KELUARAN 01
NO. PINDAAN 00
TARIKH KUATKUASA
POLISI
PENGGUNAAN KOMPUTER
MUKA SURAT 2/13
3.3 Intranet adalah aplikasi, kumpulan atau jaringan dari jaringan komputer
yang berada di dalam Kolej Universiti dan dapat berhubungan langsung
dengan host-host atau komputer-komputer yang ada di dalamnya.
3.4 Pengguna dan/atau pengguna sementara ialah termasuk semua staf
yang dilantik secara rasmi sebagai pekerja di Kolej Universiti termasuk
Ahli Lembaga Pengarah, Profesor Tamu, Profesor Pelawat, Konsultan-
Konsultan dan orang yang dilantik secara rasmi dari semasa ke semasa
oleh Kolej Universiti sama ada secara sementara, kontrak, pinjaman atau
tetap.
3.5 Tempoh penggunaan ialah penggunaan komputer secara sementara,
berkala dan tetap merujuk kepada kebenaran Kolej Universiti.
3.6 Kehilangan ialah kehilangan komputer yang disebabkan oleh kecurian,
penipuan atau kecuaian pengguna yang menyebabkan hasil yang tidak
boleh didapatkan dan perbelanjaan yang sia-sia.
3.7 Laporan ialah laporan kehilangan yang disediakan oleh pengguna secara
bertulis kepada Polis, Ketua Jabatan serta pihak –pihak terlibat.
3.8 Surcaj ialah jumlah wang yang tidak melebihi wang yang tidak dikutip,
pembayaran, kekurangan atau kerugian atau nilai harta benda yang telah
musnah mengikut mana-mana yang berkenaan dan berhubung dengan
kegagalan untuk menyimpan akaun-akaun atau rekod dengan teratur atau
gagal membuat pembayaran atau kelewatan membuat pembayaran.
3.9 Lembaga ialah Badan Berkanun itu sendiri atau Lembaga Pengarah yang
menjalankan fungsi Badan Berkanun itu (pengurusan dan pentadbiran).
3.10 Pihak Jawatankuasa Pelupusan adalah terdiri daripada staf yang
dilantik untuk menganggotai jawatankuasa pelupusan untuk suatu tempoh
tertentu bagi memutuskan barang milik Kolej Universiti itu wajar/perlu
dilupuskan mengikut syarat/terma pelupusan yang sedia ada.
3.11 Mel Elektronik ialah aplikasi yang membolehkan pengguna
berkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej elektronik
(sama ada teks, imej/gambar atau lain-lain medium berasakan elektronik).
Ianya digunakan secara meluas dan menggunakan komunikasi lebih dua
hala, dengan cara yang pantas dan lebih sesuai untuk penulisan yang
pantas.
3.12 E-mel Rahsia Rasmi ialah e-mel yang mengandungi maklumat,
perkara rahsia rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan,
keselamatan yang dikelaskan mengikut pengelasan sama ada terhad,
sulit, rahsia atau rahsia besar.
3.13 E-mel Bukan Rahsia Rasmi ialah e-mel yang tidak mengandungi
maklumat atau perkara rahsia rasmi yang melibatkan bidang tugas.
4. DASAR PENGGUNAAN
4.1 Pengguna yang dibenarkan menggunakan komputer Kolej Universiti
adalah pengguna yang telah mendapat kebenaran Kolej Universiti secara
bertulis.
4.2 Pengguna mestilah mematuhi ;
i) Akta Jenayah Komputer (Computer Crimes Act)1997 (Akta 563)
NO. DOKUMEN DP.BKPL.PTMK(01)
NO. KELUARAN 01
NO. PINDAAN 00
TARIKH KUATKUASA
15 November 2006
POLISI
PENGGUNAAN KOMPUTER
MUKA SURAT 3/13
ii) Akta Badan –Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)
iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Official Secrets Act 1972) (Semakan –
1998)
iv) Akta Tandatangan Digital 1997 (Digital Signature Act 1997)
v) Akta Prosedur Kewangan 1957
vi) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 (Garis
Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik
di Agensi-agensi Kerajaan)
vii) Pekeliling Am Bil.3 tahun 2000 (Rangka Dasar Keselamatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi Kerajaan)
viii)Garis Panduan Pelupusan, Harta Tetap, Inventori dan Stor
ix) Garis Panduan Kehilangan Harta
x) E-Management Policy
xi) Knowledge Management System General Policy
xii) Menggunapakai Arahan – arahan dan pekeliling kerajaan serta
peruntukan terkini undang-undang dari masa ke semasa.
5. TANGGUNGJAWAB 5.1 PENGGUNA 5.1.1 Pengguna adalah bertanggungjawab untuk menggunakan kemudahan
dan memelihara keselamatan komputer yang diguna atau dipinjamkan
mengikut sebagaimana peraturan yang ditetapkan oleh Kolej
Universiti. Peranan dan tanggungjawab pengguna adalah seperti
berikut;
NO. DOKUMEN DP.BKPL.PTMK(01)
NO. KELUARAN 01
NO. PINDAAN 00
TARIKH KUATKUASA
POLISI
PENGGUNAAN KOMPUTER
MUKA SURAT 4/13
a) menggunakan akaun atau alamat E-mel yang diperuntukkan oleh
universiti;
b) memaklumkan kepada Pegawai ICT dengan segera sekiranya
mengsyaki akaun telah disalahgunakan;
c) menggunakan kata laluan yang baik dengan ciri–ciri keselamatan
yang bersesuaian merujuk Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan
(Lampiran A);
d) memastikan setiap fail yang dimuat turun bebas dari virus sebelum
digunakan;
e) berhenti dan memutuskan talian dengan serta-merta sekiranya
menerima dan disambungkan ke laman internet yang mengandungi
unsur-unsur tidak menyenangkan ;
f) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan fail
elektrronik termasuk E-mel di dalam akaun sendiri. Dengan ini
pengguna perlu bertindak bijak, professional dan berhati-hati
apabila berkomunikasi menerusi elektronik;
g) mengadakan salinan atau penduaan (data backup) pada media
storan kedua elektronik seperti disket atau thumbdrive dan
sebagainya bagi tujuan keselamatan dan bagi mengelakkan
kehilangan data. Sekiranya salinan atau penduaan tidak dibuat,
Pegawai ICT tidak akan bertanggungan ke atas kehilangan data
disebabkan oleh kecuaian, kerosakan atau akibat serangan virus;
h) memastikan kemudahan aplikasi e-Community digunakan
sepenuhnya pada keseluruhan waktu bekerja supaya E-mel dan
NO. DOKUMEN DP.BKPL.PTMK(01)
NO. KELUARAN 01
NO. PINDAAN 00
TARIKH KUATKUASA
POLISI
PENGGUNAAN KOMPUTER
MUKA SURAT 5/13
memo yang dialamatkan sampai tepat pada masanya dan tindakan
dapat disegerakan;
i) menggunakan kemudahan password screen saver atau log keluar
apabila hendak meninggalkan komputer;
j) memaklumkan kepada pegawai ICT sekiranya berada di luar
pejabat dalam tempoh waktu yang panjang, bercuti atau bertukar;
k) memaklumkan kepada pegawai ICT atau pengawal keselamatan
ICT sekiranya berlaku atau mengesyaki berlakunya insiden
keselamatan ICT;
5.1.2 Pengguna hendaklah bertanggungjawab secara langsung atau tidak
langsung ke atas kehilangan, kerosakan, kemusnahan, salah guna
dan mengambil tindakan pencegahan dari berlakunya kerugian kepada
Kolej Universiti.
5.1.3 Pengguna hendaklah bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi
sekiranya berlaku kerosakan, kemusnahan atau kehilangan yang
berpunca daripada kecuaian sendiri.
5.1.4 Pengguna bertanggungjawab memaklumkan sekurang-kurangnya ½
jam sebelum membuat pinjaman dan memulangkan komputer yang
dipinjamkan dalam keadaan baik;
5.1.5 Pengguna tidak dibenar membuat perubahan perkakasan tanpa
kebenaran bertulis daripada pegawai ICT yang
dipertanggungjawabkan dan tidak menyalahgunakan atas kepentingan
peribadi.
NO. DOKUMEN DP.BKPL.PTMK(01)
NO. KELUARAN 01
NO. PINDAAN 00
TARIKH KUATKUASA
POLISI
PENGGUNAAN KOMPUTER
MUKA SURAT 6/13
5.2 PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT ICT
5.2.1 Pegawai dan/atau orang yang mengurus dan membangunkan sistem
ICT adalah bertanggungjawab;
a) menentukan setiap akaun yang diwujudkan atau dibatalkan telah
mendapat kelulusan ketua jabatan. Pembatalan akaun (pengguna
yang berhenti, bertukar atau melanggar dasar) perlulah dilakukan
dengan segera atas tujuan keselamatan maklumat;
b) menggunakan perisian kata laluan yang dibenarkan untuk
mengenal pasti kata laluan pengguna yang lemah dan
kemudiannya mencadang dan memperakukan ciri-ciri kata laluan
yang lebih baik kepada pengguna;
c) menghalang kemasukan maklumat dan laman internet yang
berunsur ganas, lucah, permainan elektronik atas talian, judi dan
lain-lain yang dilarang;
d) menyimpan jejak audit (audit trail) selama sekurang-kurangnya 2
bulan di dalam pelayan E-mel berkenaan, tertakluk kepada
kemampuan ruang storan dan tiga tahun dalam media storan lain;
e) menjalankan pemantauan dan penapisan kandungan fail elektronik
dan E-mel secara berkala jika difikirkan perlu tanpa terlebih dahulu
NO. DOKUMEN DP.BKPL.PTMK(01)
NO. KELUARAN 01
NO. PINDAAN 00
TARIKH KUATKUASA
POLISI
PENGGUNAAN KOMPUTER
MUKA SURAT 7/13
merujuk kepada pengguna. Ini memastikan perlaksanaannya
mematuhi dasar dan tatacara yang ditetapkan;
f) melaksanakan jadual penstoran dan pengarkiban E-mel Universiti.
Penyimpanan media storan sama ada di luar atau di dalam
kawasan mestilah mempunyai ciri-ciri keselamatan fizikal yang
terjamin bagi mengelak daripada sebarang risiko seperti kehilangan
maklumat bernilai;
g) memaklumkan kepada Ketua jabatan sekiranya mengalami insiden
keselamatan seperti pencerobohan system, serangan virus atau
sebarang masalah kerosakan. Pegawai ICT hendaklah mengurus
dan menangani insiden yang berlaku dengan segera dan sistematik
sehingga keadaan kembali pulih.
h) Pegawai ICT perlu menentukan sistem E-mel Rahsia Rasmi yang
disambungkan kepada internet atau intranet mesti mempunyai
sistem keselamatan yang mencukupi seperti Firewall dan Virtual
Private Network.
NO. DOKUMEN DP.BKPL.PTMK(01)
NO. KELUARAN 01
NO. PINDAAN 00
TARIKH KUATKUASA
POLISI
PENGGUNAAN KOMPUTER
MUKA SURAT 8/13
6. ETIKA DAN TATACARA PENGGUNAAN KOMPUTER SERTA APLIKASI
INTERNET DAN INTRANET 6.1 Pengguna hendaklah memastikan;
a) Penggunaan Memo adalah bagi urusan rasmi yang berkaitan dengan
universiti sahaja dan setiap lampiran (attachment) hendaklah dihantar
melalui E-mel atau Files Bank (Rujuk Garis Panduan Penggunaan
Tatacara Memo dan Pekiling Kemajuan Pentadbiran Am Bil. 1 Tahun
2003: Garis Panduan Mengenai Tatacara Internet & Mel Elektronik di
Agensi Kerajaan);
b) Maklumat yang diperolehi daripada pangkalan data (database)
hendaklah dirahsiakan dan digunakan untuk urusan rasmi yang
berkaitan dengan Kolej Universiti sahaja (hanya terpakai kepada
pegawai ICT yang mempunyai autoriti untuk berbuat demikian);
c) Pegawai ICT yang telah diberi kuasa boleh menutup laman web
tertentu tanpa notis dengan sebab Criminal Skill, Pornografi, Perjudian
dan lain-lain yang memberi kesan negatif seperti Gambling (gm),
Dating (mm), Cults (oc), Mature(mt), Nudity(nd), Sex(sx)
berdasarkan senarai di dalam web caching engine;
d) Pegawai ICT berhak menutup sementara penggunaan komputer yang
terlibat jika didapati dalam satu kumpulan pengguna komputer terdapat
beberapa komputer yang bermasalah dan boleh menyebabkan
gangguan dari segi teknikal kepada individu lain seperti gangguan
capaian kepada intranet dan internet, penyebaran virus dan lain-lain
dalam kumpulan yang sama;
NO. DOKUMEN DP.BKPL.PTMK(01)
NO. KELUARAN 01
NO. PINDAAN 00
TARIKH KUATKUASA
POLISI
PENGGUNAAN KOMPUTER
MUKA SURAT 9/13
e) Pengguna dipertanggungjawabkan untuk membayar gantirugi jika
kerosakan dan masalah komputer adalah diakibatkan oleh
penggunaan sama ada memuat naik (upload) atau memuat turun
(download) perisian cetak rompak;
f) Pengguna dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika disaman oleh
pihak tertentu jika didapati telah menggunakan perisian cetak rompak;
6.2 Pengguna adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang
melanggar tatacara penggunaan intranet dan internet seperti;
a) memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian
tidak berlesen;
b) menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa
gangguan;
c) menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks
ucapan atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah;
d) menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat
internet dan menggunakan aplikasi intranet yang melibatkan sebarang
penyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan
menjatuhkan imej;
e) menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar atau
teks yang bercorak penentangan yang boleh melibatkan keadaan
hura-hara dan menakutkan pengguna;
NO. DOKUMEN DP.BKPL.PTMK(01)
NO. KELUARAN 01
NO. PINDAAN 00
TARIKH KUATKUASA
POLISI
PENGGUNAAN KOMPUTER
MUKA SURAT 10/13
f) memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk
hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagu;
g) menggunakan kemudahan chatting melalui internet;
h) menggunakan kemudahan internet untuk kemudahan peribadi;
i) menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan politik;
j) melakukan aktiviti-aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang
membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas;
k) memuat naik, memuat turun dan menyimpan menghantar kad
elektronik, video lagu dan kepilan fail melebihi 2 megabait (2MB) yang
mengakibatkan kelembapan sistem computer;
l) menggunakan kemudahan modem peribadi untuk membuat capaian
terus ke internet ditempat kerja;
m) tidak menceroboh atau cubaan menceroboh pangkalan data
(database) yang dibenarkan oleh pegawai ICT yang diberi
tanggungjawab.
n) menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi
kata nama / kata laluan akaun kepada orang lain;
o) menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar
maklumat yang sah;
p) menggunakan aplikasi untuk tujan komersial atau politik;
q) menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah disisi undang-
undang seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah;
r) menyebarkan kod perosak seperti Virus, Worm, Trojan horse dan trap
door yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat
pengguna lain;
NO. DOKUMEN DP.BKPL.PTMK(01)
NO. KELUARAN 01
NO. PINDAAN 00
TARIKH KUATKUASA
POLISI
PENGGUNAAN KOMPUTER
MUKA SURAT 11/13
s) membenarkan pihak ketiga untuk menjawab aplikasi seperti E-mel
atau memo kepada penghantar asal bagi pihaknya.
6.3 Jika kesalahan di bawah Bahagian 4 dilakukan oleh pengguna yang
melibatkan pihak ke 3, pihak Kolej Universiti tidak akan bertanggungan ke
atas kesalahan yang dilakukan oleh pengguna terbabit sekiranya dapat
dikesan.
7. KEROSAKAN, KEHILANGAN DAN PELUPUSAN KOMPUTER
7.1 Jika berlaku kerosakan komputer:-
a) Kos kerosakan hendaklah ditanggung oleh pengguna jika kerosakan
tersebut disebabkan oleh kecuaian semasa tempoh penggunaan,
maka kos kerosakan hendaklah ditanggung oleh pengguna;
b) Pengguna adalah bertanggungan terhadap kerosakan yang berpunca
daripada kecuaian secara langsung atau tidak langsung;
c) Pengguna adalah bertanggungjawab untuk membuat pembayaran
sekiranya berlaku kerosakkan yang berpunca daripada kecuaian
pengguna berdasarkan laporan yang diterima daripada pusat servis
komputer.
d) Jika pengguna gagal membuat bayaran, tindakan surcaj dan tatatertib
boleh dikenakan. Prosedur pembayaran adalah sepertimana prosedur
pembayaran kewangan.
NO. DOKUMEN DP.BKPL.PTMK(01)
NO. KELUARAN 01
NO. PINDAAN 00
TARIKH KUATKUASA
POLISI
PENGGUNAAN KOMPUTER
MUKA SURAT 12/13
7.2 Jika berlaku kehilangan komputer:-
a) Jika kehilangan berlaku semasa di dalam milikan dan pengawasan
pengguna tersebut, pemakluman hendaklah dibuat oleh pengguna
dengan kadar segera dan mengikut Tatacara Menguruskan
Kehilangan Harta di Kolej Universiti & Teknologi Malaysia (Lampiran
B).
8. SERAHAN, PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN KOMPUTER
8.1 Borang Daftar Harta, Akujanji dan surat kuasa penyerahan hendaklah
diisi dan ditandatangani oleh pengguna semasa penyerahan komputer
bagi tempoh penggunaan yang melebihi sebulan.
8.2 Bagi pengggunaan sementara rekod serahan dan penghantaran perlu
diisi oleh pengguna sementara secara manual atau sistem. Pengguna
sementara tidak dibenarkan memberi pinjam kepada mana-mana pihak
tanpa kebenaran ICT. Pengguna sementara bertanggungjawab di atas
kerosakan atau kehilangan yang berlaku dalam tempoh peminjaman.
8.3 Pengguna yang membuat pinjaman komputer dalam tempoh jangkamasa
pendek dan kurang daripada 7 hari bekerja hendaklah mengambil dan
memulangkan semula komputer pada waktu pejabat dalam masa yang
ditetapkan. Sekiranya komputer tersebut tidak dapat dipulangkan dalam
tempoh tersebut adalah menjadi tanggungjawab pengguna tersebut
untuk menjaga keselamatan komputer tersebut.
NO. DOKUMEN DP.BKPL.PTMK(01)
NO. KELUARAN 01
NO. PINDAAN 00
TARIKH KUATKUASA
POLISI
PENGGUNAAN KOMPUTER
MUKA SURAT 13/13
8.4 Pengguna perlu menandatangani rekod serahan komputer dan
mengemaskini data penggunaan semasa penyerahan tersebut. Pegawai
ICT boleh untuk membuang mana-mana tugasan yang disimpan dalam
komputer tersebut.
8.5 Pegawai ICT boleh untuk menarik balik komputer yang dipinjam kepada
pengguna sekiranya timbul keperluan penggunaan kepada aktiviti Kolej
Universiti dengan tempoh notis dan masa yang munasabah.
8.6 Pengguna yang telah menamatkan perkhidmatan di Kolej Universiti
hendaklah menyerahkan komputer yang dipinjam kepada Kolej
Universiti selewat-lewatnya 1 minggu sebelum meninggalkan Kolej
Universiti.
8.7 Bagi pengguna yang mendapat kebenaran untuk cuti belajar hendaklah
menyerahkan komputer seminggu sebelum meninggalkan Kolej
Universiti kecuali mendapat kebenaran bertulis untuk menggunakan
komputer tersebut dalam tempoh cuti belajar. Pertimbangan untuk
membenarkan penggunaan komputer tersebut dalam tempoh cuti
belajar boleh diberikan jika pengguna tersebut menyambung pengajian
sepenuh masa atau separuh masa di Kolej Universiti.
Nota :
Polisi ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan dan budibicara
pihak Pengurusan Tertinggi Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia.
LAMPIRAN A: AMALAN BAIK KESELAMATAN KATA LALUAN
a) Rahsiakan kata laluan anda dari pengetahuan orang lain. Pendedahan
kepada yang tidak berhak adalah satu kesalahan di bawah Akta Jenayah
Komputer 1997.
b) Sekiranya kata laluan telah dikompromi atau disyaki dikompromi,
hendaklah dilaporkan kepada pentadbir sistem ICT dan kata laluan sedia
ada diubah dengan serta merta.
c) Kata laluan hendaklah diubah sekurang-kurangnya sekali dalam 30 hari
(sebulan).
d) Kata laluan hendaklah mempunyai saiz sekurang-kurangnya sepuluh (10)
aksara dengan gabungan alphanumerik dan simbol khas. Contoh kata
laluan yang baik adalah “j2-yU!pa”. (AMARAN: Jangan guna kata laluan
ini kerana ianya telah diketahui umum).
e) Elakkan dari menggunakan semula empat (4) kata laluan yang terdahulu.
f) Kata laluan hendaklah dihafal dan jangan sekali-kali disalin di mana-mana
media.
LAMPIRAN B TATACARA MENGURUSKAN KEHILANGAN HARTA DI KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI MALAYSIA Tatacara ini bertujuan untuk menerangkan cara – cara menguruskan kehilangan harta di Kolej Universiti yang perlu dipatuhi oleh semua Bahagian / Fakulti. 1.0 Pengenalan
1.1 Tatacara Menguruskan Kehilangan
1.1.1 Kehilangan adalah bermaksud kehilangan wang Kolej
Universiti atau seumpama, setem, Harta Tetap Kolej Universiti dan lain-lain harta yang berharga serta rekod penting disebabkan oleh kecurian, penipuan atau kecuaian pegawai, kekurangan, bayaran terlebih, pembayaran tanpa kuasa, hutang yang tidak boleh dapat balik, hasil yang tidak boleh didapatkan dan perbelanjaan yang remeh. Kehilangan juga meliputi kemusnahan yang disengajakan.
1.1.2 Tatacara melaporkan kehilangan yang dilaksanakan di Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia ini adalah juga mengambilkira Arahan Perbendaharaan 314 hingga 328 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 1990.
2.0 Tanggungjawab Ketua Bahagian/Dekan
2.1 Melaporkan Kehilangan Kepada Timbalan Rektor
2.1.1 Ketua Bahagian / Dekan yang mana sesuatu kehilangan telah berlaku hendaklah dengan serta-merta dalam tempoh seminggu dari tarikh kehilangan diketahui menghantar satu Laporan Awal (Lampiran A) terus kepada Timbalan Rektor.
2.1.2 Salinan laporan tersebut hendaklah dihantar kepada pihak-pihak yang berikut : (a) Bendahari (b) Pegawai Keselamatan
2.1.3 Pegawai Keselamatan atau lain-lain Pegawai Penyiasat yang dilantik oleh Timbalan Rektor akan menyiasat wang/barang yang dilaporkan hilang.
2.2 Melaporkan Kehilangan kepada Pihak Polis 2.2.1 Sekiranya Ketua Bahagian/Dekan ada alasan untuk
mempercayai bahawa sesuatu kehilangan atau kesalahan jenayah berlaku, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Bahagian/Dekan selepas berunding dengan Pegawai Keselamatan/Bendahari untuk melaporkan seberapa segera kepada pihak polis.
2.2.2 Selepas laporan tersebut dibuat, (selaras dengan Arahan Perbendaharaan 315b) pihak polis akan membuat laporan kepada pihak pelapor sebaik sahaja penyiasatan selesai dibuat atau empat bulan daripada tarikh laporan itu jika sekiranya penyiasatan belum selesai.
2.2.3 Salinan laporan polis hendaklah dimajukan segera kepada Timbalan Rektor dan Bendahari sebaik sahaja diterima oleh Ketua Bahagian/Dekan.
3.0 Tanggungjawab Timbalan Rektor
3.1 Timbalan Rektor adalah bertanggungjawab melantik Pegawai
Penyiasat atau Pegawai Keselamatan secara bertulis (Lampiran B) bagi menyiasat tentang kehilangan di Kolej Universiti. Pegawai Penyiasat yang dilantik hendaklah terdiri daripada pegawai yang tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kehilangan itu.
3.2 Jika difikirkan perlu bahawa pegawai yang berkenaan dengan kehilangan patut ditahan kerja, Ketua Bahagian/Dekan hendaklah membuat suatu laporan segera kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk mendapat kelulusan menahan kerja pegawai tersebut. Sementara menunggu kelulusan Ketua Bahagian/Dekan boleh menukarkan tempat kerja pegawai berkenaan bagi memudahkan Pegawai Penyiasat membuat penyiasatan.
3.3 Timbalan Rektor hendaklah mengaturkan penyiasatan sepenuhnya mengenai kehilangan itu dan memberi satu Laporan Akhir (Lampiran C) yang lengkap dan laporan itu hendaklah mengandungi jika berkenaan, satu salinan Laporan Polis yang lengkap dan suatu ringkasan pembicaraan mahkamah kepada Rektor atau Jawatankuasa Tetap Kewangan dan hendaklah disalinkan kepada : 3.3.1 Bendahari 3.3.2 Pendaftar
3.4 Laporan Akhir di atas hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan Rektor / Jawatankuasa Tetap Kewangan dalam tempoh empat bulan dari Laporan Awal dikemukakan, walaupun hasil penyiasatan polis belum lagi diperolehi.
3.5 Timbalan Rektor / Rektor setelah menerima sebarang syor tindakan tatatertib daripada Rektor / Lembaga Pengarah Kolej Universiti, hendaklah merujuk kes tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Kolej Universiti. Timbalan Rektor / Rektor perlu dimaklumkan kepada Ketua Bahagian/Dekan dan Bendahari untuk tujuan pelarasan akaun mengenai keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib Kolej Universiti serta memastikan keputusan itu dilaksanakan dengan sewajarnya.
3.6 Keputusan Rektor/Lembaga Pengarah mengenai hapuskira perlu dimaklumkan kepada Ketua Bahagian/Dekan dan Bendahari.
4.0 Kuasa Menghapuskira
4.1 Rektor berkuasa untuk menghapuskira kehilangan wang kurang
dari RM1,000.00 dan kehilangan peralatan kurang dari RM10,000.00.
4.2 Jawatankuasa Tetap Kewangan adalah pihak berkuasa menghapuskira bagi kehilangan wang sejumlah RM1,000.00 atau lebih dan kehilangan peralatan bernilai RM10,000.00 atau lebih.
5.0 Kecuaian Pegawai Mengenai Kehilangan
5.1 Sebarang pertuduhan mengenai kecuaian pegawai perlu
dikemukakan oleh Ketua Bahagian/Dekan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Kolej Universiti dan hukumannya tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib berdasarkan kepada keputusan dan kaedah tatatertib staf Kolej Universiti
5.2 Kegagalan melaporkan kehilangan merupakan satu kesalahan dan Pegawai Bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan berpandukan Kaedah Tatatertib Kolej Universiti.
6.0 Tanggungjawab Bendahari 6.1 Setelah kelulusan hapuskira diterima, penyelarasan akaun dan
rekod harta Kolej Universiti perlu dibuat.
6.2 Sekiranya kehilangan ini melibatkan wang tunai, selepas laporan awal dikemukakan, Timbalan Rektor boleh meminta Bendahari mendapatkan pendahuluan bagi menggantikan jumlah yang hilang buat sementara waktu.
LAMPIRAN A LAPORAN AWAL KEPADA TIMBALAN REKTOR MENGENAI KEHILANGAN WANG ATAU HARTA KOLEJ UNIVERSITI 1. Jenis kehilangan.
2. Anggaran amaun wang tunai atau anggaran semasa nilai harta yang
hilang. 3. Tempat sebenar di mana kehilangan berlaku. (Disokong dengan
gambarfoto jika berkenaan). 4. Tarikh dan masa kehilangan berlaku. 5. Cara bagaimana kehilangan berlaku. 6. Nama dan jawatan pegawai yang akhir sekali menyimpan wang atau harta
yang hilang itu. 7. Sama ada seorang pegawai prima facie difikirkan bertanggungjawab atas
kehilangan itu dan jika ya, nyatakan nama dan jawatannya. 8. Sama ada seseorang pegawai telah ditahan kerja. 9. Sama ada laporan dibuat kepada Polis atau Timbalan Pendakwa Raya
dan jika tidak sebab-sebab mengapa tidak dibuat. 10. Apakah langkah-langkah berjaga-jaga yang diambil untuk mengelakkan
kehilangan ini. 11. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mencegah berulangnya
kejadian ini. 12. Lain-lain hal. ............................................................. ……………………………………… Tandatangan Pegawai Tandatangan Ketua Bahagian/Dekan Nama : Nama : Jawatan: Tarikh : Tarikh : Chop :
LAMPIRAN B Kepada : Pegawai Keselamatan/ Pegawai Penyiasat Yang Dilantik. Tuan/Puan, LANTIKAN PEGAWAI PENYIASAT BERHUBUNG DENGAN KEHILANGAN WANG DAN HARTA KOLEJ UNIVERSITI Selaras dengan Peruntukan Arahan Perbendaharaan 317(a), saya bagi pihak Rektor, dengan ini melantik Tuan/Puan untuk menyiasat kehilangan ………………………………………………………………………………………… (Jumlah wang/barang awam) yang telah dilaporkan berlaku di ………………………………………………………....................................................
(Tempat) pada ……………………………………................. Sesalinan laporan awal berkenaan (Tarikh) disertakan bersama-sama ini untuk rujukan tuan/puan. Tuan/Puan adalah diberi kuasa untuk menjalankan tugas bagi mendapatkan maklumat mengenai kes kehilangan tersebut daripada mana-mana pegawai yang berkenaan. Laporan Akhir penyiasatan mengenai kehilangan tersebut hendaklah berpandukan format Lampiran C kepada Arahan Perbendaharaan yang mengandungi semua maklumat berkaitan secara terperinci. Laporan ini mestilah dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Rektor sebelum ……………………………..
(Tarikh) …………………………………………………. Timbalan Rektor Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia Tarikh : ………………………………………… s.k. i) Rektor ii) Bendahari iii) Pendaftar
LAMPIRAN C LAPORAN AKHIR (KEPADA REKTOR/JAWATANKUASA TETAP KEWANGAN)
MENGENAI KEHILANGAN WANG ATAU HARTA KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI MALAYSIA
1. a) Berkenaan dengan wang awam, nyatakan sama ada wang tunai, cek, wang pos atau kiriman wang dan sebagainya.
b) Berkenaan dengan harta, nyatakan bagi tiap-tiap satu harta (atau kumpulan harta) : (i) tarikh dibeli seberapa yang boleh dipastikan; (ii) harga asal; (iii) sama ada telah digunakan atau tidak; (iv) anggaran nilai pada masa kehilangan.
c) Berkenaan dengan lain-lain harta Kolej Universiti, nyatakan jenis, harga, sama ada harta alih atau tak alih, dan sebagainya serta lain-lain butir yang berkaitan.
2. Tempat, tarikh dan masa sebenarnya kehilangan itu berlaku.
3. Cara sebenar bagaimana kehilangan itu berlaku. (Suatu keterangan yang
ringkas tetapi lengkap adalah dikehendaki).
4. Tarikh dan bagaimana kehilangan diketahui dan nombor rujukan Laporan Awal.
5. a) Nama pegawai yang : (i) secara langsung menjaga wang atau barang-barang stor
atau harta; (ii) bertanggungjawab secara langsung sebagai penyelia; (iii) dengan apa-apa cara lain bertanggungjawab terhadap
kehilangan itu.
b) Mengenai tiap-tiap seorang pegawai di atas nyatakan : (i) Jawatan hakiki pada masa kehilangan itu; (ii) Tugasnya (sertakan Senarai Tugas); (iii) Taraf-Bahagian (Tetap/Berpencen/Tidak Berpencen/Dalam
Percubaan/Sementara/Kontrak) ; (iv) Sama ada digantung kerja atau ditahan kerja dan tarikhnya;
(v) Tarikh bersara atau penamatan perkhidmatan jika berkenaan, dan lain-lain wang (gaji, elaun atau pencen) yang kena dibayar kepadanya oleh Kerajaan;
(vi) Apa-apa kesalahan dan luar aturan dahulu serta hukumannya, dengan memberi butir-butir ringkas dan rujukan bagi tiap-tiap satunya.
6. a) Jika laporan telah dibuat kepada Polis, nyatakan hasil penyiasatan
polis yang diketahui pada masa laporan itu ditulis.
b) Jika laporan tidak dibuat kepada Polis, nyatakan sebab-sebabnya.
7. Nyatakan sama ada kes ini tidak mematuhi langkah berjaga-jaga dan aturan keselamatan sebagaimana yang dikehendaki oleh Pekeliling Rasmi, Perintah Am, Peraturan Kewangan dan Arahan Jabatan yang menyebabkan kehilangan itu.
a) Jika ya, nyatakan apakah pekeliling dan sebagainya yang telah dilanggar dan oleh siapa.
b) Jika tidak, apakah aturan jabatan yang telah dibuat untuk
mencegah kehilangan itu dan siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan aturan itu diikuti.
8. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mencegah berulangnya
kejadian ini.
9. Syor-syor, jika ada, untuk meminda pekeliling dan sebagainya bagi mengawal daripada berulangnya kejadian ini.
10. Syor mengenai tindakan tatatertib, dengan memberi sebab-sebab mengapa ia difikirkan patut atau tidak.
Disediakan oleh : …………………………………. [Pegawai Penyiasat] Nama : No. Rujukan : …………………….. Jawatan : Tarikh : …………………….. Ulasan dan syor Timbalan Rektor : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………. [Timbalan Rektor] Nama : No. Rujukan : …………………….. Jawatan : Tarikh : ……………………….