gejala rempit

20

Upload: joshua-duanik

Post on 14-Jul-2016

68 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Gejala Rempit

TRANSCRIPT

Page 1: Gejala rempit
Page 2: Gejala rempit

Punca-punca Rempit• Sikap Ibu Bapa• Sikap Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka menyebabkan

anak-anak terjebak dengan gejala-gejala yang tidak baik.• Contoh:• Sikap ibu bapa Roger yang terlalu pentingkan kerja menyebabkan

kehidupan Roger semakin terabai. Akibatnya, Roger terpengaruh dengan rakannya dan terlibat dalam gejala rempit

Page 3: Gejala rempit

• Pengaruh Rakan• rakan-rakan adalah lebih rapat jika dibandingkan dengan ibubapa atau

keluarga.Pengaruh ini secara tidak langsung membentuk sahsiah diri remaja itu sendiri

• Contoh:• Kolob yang dulunya baik kini berubah menjadi perempit akibat

berkawan dengan Elson dan Lok yang juga perempit

Page 4: Gejala rempit

• Kurang didikan agama• Kekurangan didikan agama akan mengakibatkan seseorang itu tidak

dapat membezakan antara yang salah dan betul.• Contoh:• Oleh kerana tidak mendapat didikan agama yang cukup, Thelma tidak

dapat membezakan mana yang salah dan betul sehingga dia terjebak dengan rempit

Page 5: Gejala rempit

Kesan Merempit Kepada Masyarakat

• Mengganggu masyarakat• Mat rempit juga boleh mengganggu kehidupan masyarakat.

Masyarakat berasa tidak selamat lagi apabila berada di jalan raya kerana takut bertembung dengan aktiviti merempit.

• Contoh:• Joshua menjadi takut untuk keluar rumah semenjak kehadiran

kumpulan mat rempit di kawasan rumahnya

Page 6: Gejala rempit

• Menyebabkan Kemalangan• Aktiviti mat rempit juga telah mengakibatkan pertambahan dalam

bilangan kemalangan jalan raya di seluruh negara. Kemalangan jalan raya ini akan menyebabkan kerosakan harta benda, kenderaan dan kehilangan nyawa.

• Contoh• Wenop cedera teruk setelah bertembung dengan mat rempit di jalan

raya.

Page 7: Gejala rempit

• Merosakan imej Negara• Kegiatan mat rempit juga boleh menjejaskan imej golongan remaja

dan imej negara. Kegiatan mat rempit yang berleluasa ini jelas menunjukkan bahawa golongan remaja di negara kita menghadapi masalah sosial yang agak serius.

• Contoh:• Setelah melihat video aksi mat rempit di Malaysia, Yong melihat

masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang bermasalah

Page 8: Gejala rempit
Page 9: Gejala rempit

UTUSAN MALAYSIA, 2009

Page 10: Gejala rempit

MELAKA 13 Sept,2015 - Sekumpulan mat rempit bertempiaran lari membuat pu singan U apabila menyedari se pasukan polis dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Me laka Tengah menjalankan operasi jalan raya di laluan tempat mereka merempit di Lebuh Ayer Keroh dan Lebuh Alor Gajah -Melaka - Jasin (AMJ) Melaka Sentral di sini malam tadi.Dalam operasi itu, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Kolej Yayasan Melaka (KYM) kerana bertindak melawan arus bagi me larikan diri dan membuat aksi berbahaya ketika dikejar pihak polis.Difahamkan, operasi tiga jam bermula pukul 12 tengah malam itu menyaksikan seorang daripada mat rempit yang ditahan bertindak biadab ketika dikejar anggota polis trafik dengan mempamer aksi berbahaya sebelum motosikal ditunggang terbabas sendiri di tepi jalan.

UTUSAN MALAYSIA, 2015

Page 11: Gejala rempit

GEORGE TOWN, JANUARI 1,2016: Empat anggota polis seorang daripadanya wanita cedera akibat dirempuh penunggang motosikal yang dipercayai mat rempit dalam satu operasi selepas sambutan ambang Tahun Baru di Pulau Pinang, awal pagi Jumaat.

Kejadian kira-kira jam 4.40 pagi tadi di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, berhampiran susur keluar Jambatan Pulau Pinang itu berlaku apabila sekumpulan penunggang motosikal cuba membuat pusingan 'u' ketika cuba meloloskan diri dari sekatan jalanraya.Empat anggota polis yang cedera adalah dari Cawangan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut.Semua mangsa termasuk dua penunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.

MALAYSIA KINI, 2016

Page 12: Gejala rempit
Page 13: Gejala rempit

KUALA LUMPUR, Januari 26,2016 - Empat remaja lelaki maut apabila bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 12.8 Lebuhraya Guthrie di sini, malam tadi. Mereka dikenali sebagai Shariffudin Zailani dan Syawalnizam Azman, masing-masing berumur 21 tahun, Mohd Zaki Yahya, 23, serta Muhammad Habiibullah Ruslan, 20.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Rozi Jidin berkata dalam kejadian jam 11.32 malam itu, kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian."Dipercayai kumpulan penunggang motosikal berkenaan sedang mengadakan konvoi dari Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) sebelum memasuki Lebuhraya Guthrie."Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh treler yang berada di hadapan mereka," katanya ketika dihubungi pemberita.Mohd Rozi berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat sementara pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

SINAR ONLINE, 2016

Page 14: Gejala rempit

Apakah yang boleh kita belajar daripada gejala merempit?1) Janganlah memandu kenderaan dengan laju- Orang cenderung untuk hilang kawalan jika memandu kenderaan

pada satu tahap kelajuan yang tinggi

Page 15: Gejala rempit

2) Merempit akan menyusahkan diri- Jika ditangkap merempit di jalan raya, pesalah itu akan dikenakan

hukuman yang agak berat seperti ditahan dalam sel ataupun disebat. Hukuman ini bukan sahaja menyakitkan dan menjatuhkan maruah keluarga, malah juga akan menyebabkan pesalah tersebut tercicir dalam pendidikan serta pekerjaan.

Page 16: Gejala rempit

3) Merempit akan membawa kepada masalah lain yang lebih serius- Jika kamu merempit, kamu akan cenderung untuk terjebak dalam

gejala sosial lagi yang lebih serius seperti menagih dadah, bohsiah , rogol dan sebagainya.- Sebagai contoh, pada tahun 2009 di Kuantan. Seorang gadis berumur

17 tahun dirogol oleh 15 mat rempit.

Page 17: Gejala rempit

4) Kos hidup meningkat• Hal ini adalah kerana merempit mudah merosakkan motosikal dan

menyebabkan kemalangan seperti patah kaki. Wang yang digunakan untuk menyelenggara motosikal dan merawat kaki akan meningkatkan kos hidup sekaligus membebankan ibu bapa.

Page 18: Gejala rempit

5)Perasaan ibu bapa • Perasaan ibubapa marah apabila mengetahui anaknya terlibat dalam

kegiatan mak rempit ini.• Perasaan ibu bapa akan berasa sedih apabila mengetahui anaknya

meninggal dunia semasa kegiatan mak rempit dijalankan.• Sesetengah ibu bapa akan berasa menyesal apabila mengetahui

bahawa anaknya terlibat dalam kegiatan ini.

Page 19: Gejala rempit

6) Merbahayakan pengguna jalan raya yang lain

• Secara umumnya, pertandingan berlumba motosikal berlaku di jalan raya yang sunyi dan kelihatan jalan raya yang gelap.• Kelihatan pengguna jalan raya yang lain yang memandu di jalan raya

tersebut yang kurang jelas.• Mat rempit yang kurang mematuhi peraturan di jalan raya.

Page 20: Gejala rempit