gema februari 2015
TRANSCRIPT
Februari 2015 / Rabiulawal 1436 / Jamadilawal 1436 Jilid: 15 Bil: 1 / 2015
SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN KE-31
23 Feb, Bandar Seri Begawan – Setiap bahagian dari RTB seperti
Kejuruteraan, Radio, TV dan Berita dan Hal Ehwal Semasa telah
bekerjasama untuk membuat liputan terbaik bagi majlis gemilang dan
bersemangat dalam Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari
Kebangsaan ke 31 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali
Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Suasana patriotik, ketaatan dan hormat setia dengan tema ‘Generasi Berwawasan’ dari lebih 22, 000 peserta
jelas terlihat daripada paparan televisyen yang disiarkan secara langsung di semua saluran TV melalui Van OBHD.
Sementara itu, di samping TV, laungan takbir “Allahuakbar” sebanyak tiga kali juga jelas terdengar di rangkaian radio
Nasional FM dan Pilihan FM.
Semua yang terlibat berdiri megah dan penyertaan serta perbarisan daripada semua peserta mencerminkan
kecintaan, perpaduan, kemuafakatan, jati diri seta jiwa patriotik generasi Brunei dan segenap peringkat masyarakat
kepada negara, raja, bangsa dan ugama yang jitu dan luhur.
Sehubungan dengan itu, seramai 11 orang peserta dari Radio Televisyen Brunei telah mengikuti Perbarisan
Lalu sempena Hari Kebangsaan ke-31 bagi pasukan Jabatan Perdana Menteri. Sejak bermulanya latihan perbarisan,
para peserta telah menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi bagi persediaan perbarisan tersebut.
Mereka ialah:
BIL
NAMA JAWATAN
1. Awang Mohd Khairuddin bin Jaya
Jurutera
2. Awang Mohd Amirul Farhan bin Abd Pakar
Pelukis Tingkat II
3. Awang Mohd Khairi @ Mohd Zaim bin Awang Zulkipli
Pelukis Tingkat II
4. Mohd Razali bin Ibrahim
Penolong Rancangan (TV)
5. Awang Mohd Zulkifliah bin Jefri
Pembantu Pejabat
6. Nor Hairman Shah bin Osman
Tukang Elektrik
7. Dayang Noor Sa’ariyah Haziqah binti Mohd Ramli
Pelukis Tingkat II
8. Dayangku Norjariah binti Pengiran Aliudin
Penolong Juruteknik Pemeliharaan
9. Dayang Mariana binti Salleh
Penolong Juruteknik Pemeliharaan
10. Dayang Siti Nuratiqah binti Rambli
Penolong Sarikata
11. Dayang Nur Fatin Amalina binti Awang Salleh
Penolong Perpustakaan (Filem dan Pita)
SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN KE-31
Suasana dalam ruang penerbitan dan sound
control room Unit Siaran Luar OBHD .
Pengarah RTB bersama Penerbit bagi siaran langsung sambutan Hari Kebangsaan ke 31,
Awang Haji Hadis bin Haji Lakim
Awang Sharizan bin Masri, Dayang Rohani binti Yusof, Dayang Nooridahaniwaty binti Hj Abd Hamid Selaku Juruacara semasa Hari Kebangsaan Ke-31
Para penyampai bagi rangkaian-rangkaian Radio Nasional dan Pilihan membuat laporan siaran secara langsung
Para Pelapor daripada bahagian Rancangan Rancangan Radio dan TV
Penyampai daripada rangkaian Nur Islam turut
bertugas semasa perhimpunan agung
RTB KOMITED KE ARAH RTB KOMITED KE ARAH
PERALIHAN DIGITALPERALIHAN DIGITAL
14 Feb, Kuala Belait – Dalam meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap sistem digital yang
mampu menyalurkan siaran berkualiti tinggi, RTB terus komited dan berusaha memberigakan perihal
tatacara penggunaan dan penerimaan sistem tersebut di daerah Kuala Belait setelah berjaya
mengadakan Jerayawara Peralihan Ke Era Pentiaran Digital di daerah Temburong pada 31 Januari
yang lalu.
Melalui taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah RTB, Pg Haji Mahari bin Pg Hj Abd
Rajak di Stesen Daerah Belait, orang ramai khususnya Pegawai-Pegawai Kerajaan, Penghulu-Penghulu
Mukim dan Ketua-Ketua kampong, Pengetua-pengetua serta Penuntut-Penuntut Sekolah dan Penduduk
daerah Belait telah dapat memahami lebih lanjut mengenai persediaan RTB ke arah siaran digital,
kebaikan siaran digital berbanding siaran analog dan tatacara pemasangan aerial yang betul.
Hadir selaku tetamu-tetamu khas ialah Pegawai Daerah Belait Awang Haji Haris bin Haji
Othman,; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awg Haji Mohd Shafiee bin Ahmad selaku
Ketua Kampong Lumut 1; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awg Haji Mohd Yusof bin Haji
Dulamin selaku Ketua Kampong Mumong; Yang Dimuliakan Pehin Datu Paduka Raja Mejar Jeneral (B)
Dato Paduka Seri Awg Haji Shari bin Ahmad dan Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Dewa Awang
Haji Mohd Ali bin Abdullah, Pemangku Penghulu Mukim Melilas.
Turut hadir, Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) Jabatan Perdana Menteri Awang Haji Mohd.
Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos, dan Pengarah Radio Televisyen Brunei Haji Muhammad
Suffian bin Haji Bungsu.
Di samping itu, RTB juga mengadakan aktiviti sampingan iaitu mini booth dari setiap Bahagian
RTB, memberigakan perkhidmatan dan program RTB; Melancarkan Penubuhan Kelab Radio yang
dirasmikan oleh Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri; Mengadakan persembahan pentas dan
aktiviti permainan ■
Para Jemputan yang hadir semasa sesi Taklimat
PETAK BAHAGIAN KEJURUTERAAN
Audition Penyampai Berita juga turut di adakan oleh Bahagian Berita Hal Ehwal Semasa dan Sukan.
PETAK BAHAGIAN BERITA HAL EHWAL SEMASA DAN SUKAN
PETAK BAHAGIAN RANCANGAN RADIO
PETAK BAHAGIAN RANCANGAN-RANCANGAN TV
PETAK SEKSYEN PERHUBUNGAN AWAM DAN ANTARABANGSA
PETAK SEKSYEN PERDAGANGAN
PAMERAN DAN JUALAN SATU KAMPONG SATU PRODUK
Para Tetamu Khas melawat ke petak-petak yang
mempamerkan barang-barang ‘Satu Produk Satu Kampong’
Majlis Perundingan Kampong (MPK) Daerah Belait.
Sebahagian ahli-ahli dari Kelab
Radio membuat persembahan
pentas yang menunjukkan bakat
masing-masing dalam bidang
nyanyian, lakonan dan berpuisi.
AKTIVITI SAMPINGAN: PELANCARAN PENUBUHAN KELAB RADIO
Dalam ucapan, Pemangku Ketua Bahagian Rancangan Radio,
Pengiran Ahmad bin Pengiran Haji Mahmud, menjelaskan bahawa
tujuan penubuhan kelab Radio adalah untuk menyokong aspirasi
negara ke arah Wawasan 2035 dalam memajukan belia untuk
meningkatkan kreativiti dan inovasi yang mencerminkan falsafah
Brunei berasaskan kepada konsep Melayu Islam Beraja (MIB).
Juara Pertandingan karaoke
Persembahan Artis Tempatan
Acara diserikan lagi dengan
persembahan dari Bahagian
Rancangan-Rancangan TV
iaitu Pertandingan Nyanyian
yang diiringi pemain-pemain
muzik dari Orkestra RTB.
PERSEMBAHAN PENTAS
ACARA BOLASEPAK
Perlawanan persahabatan muhibbah antara RTB
dengan gabungan Jabatan Daerah dan Jabatan
Bandaran, Daerah Belait dalam Kejohanan 9 orang
sapasukan ini diadakan bagi memeriahkan lagi aktiviti
-aktiviti Jerayawara. Hadir
menyampaikan hadiah kepada
pasukan yang berjaya ialah
Ketua Stesen RTB Daerah
Belait, Hj Mozni bin Hj Anuar ■
NAMA SYARIKAT TEMPAT
1 Syarikat Zyrus Pemasangan Commissioning , Latihan Pemeliharaan
Security Surveillance Camera System , and Door Access
Control System for RTB Sungai Akar
2 Restaurant Mutiara Permai Menyewa dan mula beroperasi di Kantin RTB Sungai
Akar
18 Feb, Bandar Seri Begawan - Penandatanganan kontrak diadakan di bilik Iltizam Radio Televisyen
Brunei (RTB) yang ditandatangani oleh Pengarah RTB Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji
Bungsu bersama 2 buah syarikat yang berjaya iaitu:
PENANDATANGAN KONTRAK
KURSUS DALAM BIDANG PENERBITAN BAGI PEGAWAI-PEGAWAI BARU
25 Feb, Bandar Seri Begawan - Seramai lapan orang Pegawai Penerbitan Radio Televisyen Brunei (RTB)
menjalani kursus dalam bidang penerbitan yang diadakan selama 7 minggu bermula dari 25 Februari 2015
hingga 10 April 2015 di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Malaysia. Pegawai-
pegawai tersebut mengikuti kursus dalam penerbitan TV selama lima minggu dan penerbitan Radio selama
dua minggu. Kursus ini meliputi latihan amali dan juga praktikal dalam bidang penerbitan.
Latihan ini merupakan satu langkah strategik RTB dalam meningkatkan lagi tahap profesionalisme
tenaga kerja penerbitan serta menaikkan lagi kualiti program/rancangan yang diterbitkan dengan
memberikan latihan yang intensif dan komprehensif kepada pegawai-pegawai RTB yang berupakan tunggak
dan asset kepada jabatan. Ini adalah selaras dengan pengemaskinian struktur RTB untuk memberikan
latihan intensif kepada pegawai-pegawai yang baru berkhidmat melalui program pembangunan kapasiti dan
pengatahuan dalam bidang penerbitan.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa bagi mengucapkan selamat belayar ialah Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Dato Paduka Awang Haji Abd Wahab bin Juned. Turut hadir
ialah Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet), Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Awang Haji Yunos,
Pengarah RTB, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu, serta pegawai-pegawai kanan JPM dan
RTB ■
ADAT ISTIADAT DAN BAHASA DALAM PENTING KEPADA PENYIAR DAN PIHAK YANG
BERKEPENTINGAN
11 Feb, Bandar Seri Begawan – Lebih 200 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan
kerajaan serta para pengamal media swasta di negara ini telah berkumpul untuk menghadiri
seminar/taklimat Adat Istiadat dan Penggunaan Bahasa Dalam yang dianjurkan oleh Radio
Televisyen Brunei dengan kerjasama Jabatan Adat Istiadat Negara.
Seminar yang diadakan di Dewan Raya RTB itu antara lain bertujuan sebagai persediaan
bagi sama-sama mempertahankan dan melengkapkan diri dengan keolahan serta tingkah laku
dan percakapan yang baik, halus, berbudi, beradab dan bersantun sesuai dengan orang yang
beristiadat dan selaku individu-individu yang terlibat dalam kerja-kerja beristiadat.
Hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) Jabatan Perdana
Menteri Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos; Pengarah Radio
Televisyen Brunei Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu dan Pemangku Pengarah
Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad.
Menurut Pengarah RTB, Adat Istiadat dan Penggunaan Bahasa Dalam memainkan
peranan penting kepada penyiar dan semua pihak yang berkepentingan sama ada di sektor
Kerajaan mahupun swasta.
Beliau menambah, “Adat Istiadat dan Penggunaan Bahasa Dalam bukan sahaja kepada
semua peringkat pegawai dan kakitangan kerajaan tetapi juga kepada institusi pengajian tinggi
dan sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam.”
Penolong Yang Dipertua Adat Istiadat Negara,
Pengiran Dr Hidup bin Pengiran Haji Samsuddin
Pada seminar tersebut, Penolong Yang
Di-Pertua Adat Istiadat Negara,
Pengiran Dr. Hidop bin Pengiran Haji
Samsuddin menyampaikan ceramah
bertajuk ‘Adat Istiadat’. Manakala,
ceramah bertajuk ‘Penggunaan Bahasa
Dalam’ pula disampaikan oleh Pegawai
Adat Istiadat, Awangku Mohd Noor
Hammadi bin Pengiran Ahmad.
Bahasa Dalam adalah bahasa
hormat yang digunakan untuk
berkomunikasi antara dua pihak daripada kelas yang berlainan, seperti di kalangan bangsawan
atau antara bangsawan dan bukan bangsawan. Interaksi ini digunakan bagi kedua-dua majlis
rasmi atau tidak rasmi. Majlis-majlis rasmi adalah seperti upacara yang dihadiri oleh Raja dan
orang-orang kenamaan.
Dari segi fungsinya, Bahasa Dalam berfungsi untuk mengakui peranan yang dimainkan
oleh Keluarga Diraja, bangsawan dan pembesar-pembesar dan untuk memudahkan komunikasi
dengan mereka dan antara mereka. Ini menunjukkan bahawa selagi sistem Beraja wujud di
Brunei, penggunaan Bahasa Dalam akan diteruskan, walaupun penggunaannya adalah terhad
kepada golongan tertentu.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada kedua-dua
penceramah yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) Jabatan Perdana
Menteri ■
Pegawai Adat Istiadat, Awangku Mohd Noor Hamaddi
bin Pengiran Ahmad
“Bahasa Dalam” bukanlah bahasa
lontaran atau bahasa yang diucapkan
dengan emosi. “Bahasa Dalam” adalah
bahasa yang penuh kias yang memiliki
makna yang mendalam. Seseorang
penutur “Bahasa Dalam” tidak akan
melontarkan atau melepaskan kata-
kata yang ‘bukan-bukan’ (tidak sepatut-
nya) selagi pun dalam keadaan kesal
dan marah.
MAJLIS PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH
24 Feb, Bandar Seri Begawan - Majlis perpisahan dan
persaraan Timbalan Pengarah Radio Televisyen Brunei
iaitu Pengiran Haji Mahari bin Pg Hj Abd Rajak telah
diadakan di Bilik Mesyuarat Iltizam. Majlis diserikan lagi
dengan kehadiran Pengarah RTB, Haji Muhammad Suffian
bin Haji Bungsu, Ketua-ketua bahagian dan kakitangan
RTB.
Pg Mahari mula berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen
Brunei pada tahun 1979. Setelah berjaya melanjutkan
pelajaran, pada tahun 1985 beliau ditugaskan semula di
Stesen Pemancaran sehingga tahun 2005. Sebelum itu,
beliau juga pernah ditempatkan di Bahagian IT selama 2
tahun dan seterusnya setelah 18 tahun bertugas di Stesen
Pemancaran, beliau dipindahkan ke bahagian rancangan-
rancangan Tv dan seterusnya menjawat jawatan
selaku Timbalan Pengarah RTB.
Berucap di majlis perpisahan, Pg Mahari bin Pg Hj Abd Rajak berkata, “Selama berkhidmat
dengan Jabatan Radio Televisyen Brunei, terdapat banyak kenangan-kenangan manis yang tidak
dapat dilupakan sehingga ke akhir hayat. Disamping itu, ada juga cabaran-cabaran perlu dihadapi
yang secara langsung memperkaya pengalaman dan memperkuatkan semangat untuk terus maju.”
“Jadi dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak RTB
kerana menjemput saya ke majlis ini, dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji
Muhammad Suffian di atas bimbingan dan nasihat beliau dalam menjayakan apa jua program atau
projek.”katanya lagi.
Timbalan Pengarah seterusnya bekata, “kepada pegawai serta kakitangan RTB yang pernah
bertugas di bawah saya, dipohonkan maaf jika sekiranya ada terkasar bahasa dalam menjalankan
tugas dan apa yang penting, sokongan dan kerjasama biskita dalam sama- sama melaksanakan
tugas adalah sangat-sangat dihargai.”
Beliau berharap pihak RTB akan sentiasa bergerak maju dan
setanding dengan stesen-stesen penyiaran dirantau ini dengan
memfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu teknologi, perisian dan
sumber manusia (Human Resource).
Timbalan Pengarah berkata bahawa negara ini dalam peralihan dari sistem analog kepada era
penyiaran digital seleras dengan perkembangan penyiaran seluruh dunia. Melalui peralihan tersebut,
terdapat elemen-elemen penting yang berkaitan dengan teknologi, contohnya dari segi penerbitan,
pasca penerbitan dan pemancaran.
Berhubung dengan perisian, Pg Hj Mahari menyatakan terdapat dua perkara yang perlu
dikembangkan iaitu Perisian Konvensional dan Multimedia. Perisian Konvensional adalah berubah-
rubah mengikut selera penonton dan kaedah penerbitan yang digunakan 20 tahun dahulu mungkin tidak
lagi sesuai dan memerlukan repackaging atau kaedah baru sesuai dengan selera masa kini. Perkara ini
perlu mendapat perhatian dalam menggerakkan RTB supaya sentiasa maju dan relevan.
Seterusnya, berkenaan dengan sumber tenaga manusia, beliau berharap lebih ramai lagi
pegawai dan kakitangan RTB khususnya penerbit-penerbit dan kejuruteraan akan mengikuti latihan-
latihan atau kursus yang lebih bersistemetik (structured training) kerana dengan adanya latihan tersebut
para penerbit dan jurutera diharapkan akan berhasil mendapatkan satu formula untuk memajukan aspek
teknologi dan perisian konvensional.
Yang Mulia Pg Hj Mahari bin Pg Hj Abd Rajak, bersara secara rasminya pada 27 Februari 2015■
12 Feb, Bandar Seri Begawan - Seramai 27 kakitangan Radio Televisyen Brunei yang terdiri daripada
Wartawan, Penyunting Berita Tv, Penyunting Kamera ENG, Penyiar Berita, dan Rancangan-Rancangan
TV serta Pegawai dari Seksyen Perdagangan menerima sijil setelah menamatkan Kursus Thomson
Reuters For Radio Television Brunei TV Broadcasting
Now & Beyond selama 5 hari bermula 7 Februari hingga
11 Februari 2015 di Hotel Radisson, Bandar Seri
Begawan.
Hadir menyempurnakan penyampaian sijil ialah
Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri Awang
Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.
Turut hadir ialah Pengarah RTB, Haji Muhammad
Suffian bin Haji Bungsu.
Antara objektif kursus tersebut adalah untuk
mempelajari bagaimana menulis bahan berita dengan baik, menghalusi teknik-teknik pengambilan
kamera, mengetahui jenis-jenis berita terkini, dan menggunakan teknologi seperti handphone untuk
menyalurkan maklumat dengan cepat dan efisyen.
Selain itu, sebagai latihan praktikal, para peserta kursus diarahkan untuk keluar bagi mencari
bahan berita untuk dijadikan bahan berita berdasarkan kursus
dan teori yang diajarkan.
Dalam menjayakan Kursus ini, dua orang pakar dari
United kingdom, Lloyd Watson dan Bard Noonan telah
diundang bagi mengendalikan kursus ini. Mereka berkongsi
pengalaman mengenai topik-topik yang berkenaan dengan
berita termasuk cara penggambaran dan penulisan skrip berita
yang baik dan padat ■
27 PESERTA BERJAYA TAMATKAN KURSUS
Penyuntingan │ Rekabentuk │ Jurufoto Seksyen Perhubungan Awam & Antarabangsa Telefon │ 2243111 samb: 212 / 378 Faksimili │ 2220674 Laman Web │ www.rtb.gov.bn
Bahagian Pentadbiran Bahagian Rancangan-Rancangan TV Bahagian Rancangan-Rancangan Radio Bahagian Kejuruteraan Bahagian Latihan dan Perkembangan Bahagian Berita, Hal Ehwal Semasa dan Sukan Seksyen Perhubungan Awam dan Antarabangsa Seksyen Latihan dan Perkembangan
PEGAWAI PEGAWAI -- PEGAWAI YANG MELAPOR DIRI PEGAWAI YANG MELAPOR DIRI
PADA BULAN PADA BULAN FEBRUARI 2015FEBRUARI 2015
Awang Suhaimi bin Haji Abas Penolong Pentadbir
Awang Mohd Khairuddin bin Jaya Jurutera
Awang Muhammad Syahmi Ikhwan bin Haji Matamid
Juruteknik Pemeliharaan
Awangku Muhd Farhan bin Pengiran Sahdon Pelatih Teknik