gerakan nasionalisme di mesir

11

Click here to load reader

Upload: liza83tintabahasa

Post on 09-Jul-2016

279 views

Category:

Documents


37 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gerakan Nasionalisme Di Mesir

GERAKAN NASIONALISME DI MESIR

PendidikanIntelektual

Pengaruh Luar

Page 2: Gerakan Nasionalisme Di Mesir

FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GERAKAN NASIONALISME DI MESIR

1.1 PENGARUH PENDIDIKAN

1.2 GOLONGAN INTELEKTUAL

1.3 PENGARUH LUAR

Page 3: Gerakan Nasionalisme Di Mesir

1.1 Pengaruh Pendidikan British mengabaikan pendidikan sekolah tajaan kerajaan

di mesir walaupun mereka mampu membiayainya.Hal ini memberi kesan kepada golongan muslim di Mesir untuk membaiki taraf kehidupan mereka.

Titik perubahan yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh pegawai dari Britain yang kurang berkelayakan daripada diberikan kepada penduduk tempatan.

Gaji yang diberikan adalah tinggi berbanding gaji yang diberikan kepada penduduk tempatan.

• Pada tahun 1907, rakyat mesir dipimpin oleh menteri pendidikan (Saad Zaghlul) yang menggalakkan penggunaan bahasa Arab dalam pendidikan.

• Graduan pula diberi suntikan semangat anti-British oleh guru dan pensyarah mereka.

Page 4: Gerakan Nasionalisme Di Mesir

Peranan pendidikan tidak dapat disangkal menyumbang kepada gerakan nasionalisme di mesir terutamanya lulusan dari sekolah undang-undang.

Ramai daripada bijak pandai berhujah serta bercita-cita tinggi menyertai sekolah undang-undang.

Graduan ini telah terdedah dengan nilai politik dan kebudayaan barat semasa tempoh pembelajaran mereka.

Selain itu,mereka juga disuntik sikap anti-british melalui guru-guru mereka yang berbangsa perancis.

Guru-guru ini merupakan saki-baki daripada pendidik perancis yang masih berkhidmat di mesir,dan mereka masih berdendam dengan british yang berkomplot dengan empayar Turki Uthmaniyah untuk merampas Mesir dari perancis

Page 5: Gerakan Nasionalisme Di Mesir

1.2 GOLONGAN INTELEKTUAL Golongan intelektual dalam meniup semangat nasionalis menentang

kuasa barat di mesir terbahagi kepada dua, iaitu 1. Golongan ulama. 2. Golongan intelektual berorientasikan barat.

Golongan ini mempunyai matlamat yang hampir sama iaitu memerdekakan Mesir.

Antara tokoh intelektual yang muncul dari bidang undang-undang ialah Mustafa Kamil .

Beliau menyokong nasionalisme sekular  seperti yang berlaku di dunia barat,dan cuba meraih sokongan daripada golongan intelektual daripada keturunan qibti.

Cita-cita Mustafa kamil adalah untuk merebut kemerdekaan daripada British dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-barat.

Page 6: Gerakan Nasionalisme Di Mesir
Page 7: Gerakan Nasionalisme Di Mesir

Sheikh Hassan al-Banna telah mempelopori golongan intelektual Islam untuk bangkit menetang British melalui penubuhan Ikhwanul Muslimin.

Pertubuhan ini merupakan sebuah organisasi yang teratur dan mempunyai cawangan di seluruh mesir sehingga sekarang.

Melalui ikhwanul muslimin, Sheikh Hassan al-Banna melaksanakan program-program keislaman yang komprehensif untuk membetulkan akidah umat islam di Mesir dengan tujuan untuk membina sebuah kerajaan Islam.

Page 9: Gerakan Nasionalisme Di Mesir

Info Ikhwanul Muslimin

~ Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin adalah suatu bahagian dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun

lamanya. Ia telah dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.

~ Sheikh Hassan Al-Banna dan pengikutnya pada asalnya telah bersatu-padu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir, dan membersihkan negara

tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai "kerosakan" akibat dari pengaruh-pengaruh Barat.

~ Dalam tahun-tahun awal penubuhan, kumpulan Al-Ikhwan hanya menumpukan kepada isu-isu keagaamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi

penyertaan keahlian semakin meningkat, ia beralih kedalam sfera politik, dan mengajurkan protes kepada

kerajaan Mesir.

Page 10: Gerakan Nasionalisme Di Mesir

1.3 Pengaruh Luar~ Pengaruh luar paling besar yang berjaya membuatkan

penduduk Mesir bangkit melawan kuasa asing ialah perang dunia pertama.

~ Para petani di mesir dikerah secara paksa oleh British untuk meninggalkan ladang-ladang mereka dan

menyertai Perang Dunia Pertama dengan membantu pertubuhan Palang Merah dan menjadi kuli kepada tentera British di Palestin,Gallipoli serta Perancis.

~ Banyak nyawa rakyat mesir terkorban dalam peperangan yang tidak mereka mahukan ini.

Page 11: Gerakan Nasionalisme Di Mesir

2.0 KesimpulanGabungan faktor-faktor yang dibincangkan

tadi menimbulkan gerakan nasionalisme di mesir pada abad ke-20 Masihi. Bagaimanapun, faktor pengaruh agama, peranan golongan intelektual dan peranan pendidikan memberi sumbangan yang ketara terhadap gerakan nasionalisme di negara sungai Nil.