geran... · web viewbidang-bidang promosi kesihatan yang diberi keutamaan atau prioriti untuk...
TRANSCRIPT
LPKM(G)001/07(Pind.1)
TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN GERAN PROJEK
1. Geran projek promosi kesihatan ini terbuka kepada semua pertubuhan-bukan kerajaan yang berkaitan yang berdaftar secara rasmi sepertimana yang ternyata di dalam Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651).
2. Pertubuhan-pertubuhan bukan-kerajaan (NGO) yang layak memohon geran adalah seperti berikut:
i. Pertubuhan yang tidak bermotifkan keuntungan (non-profit)ii. Pertubuhan yang berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysiaiii. Persatuan sukan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sukaniv. Syarikat berhad menurut jaminan (companies limited by guarantee)
(tidak bermotifkan keuntungan) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
v. Pertubuhan-pertubuhan amanah/yayasan.
3. Permohonan geran hendaklah dibuat menggunakan borang rasmi. Borang permohonan juga boleh dimuat turun dari laman web LPKM: www.healthpromo.gov.my
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada: Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) Peti Surat 12833 Jalan Cenderasari 50790 KUALA LUMPUR
5. Semua permohonan yang diterima akan diproses dan pemohon yang berjaya akan dimaklumkan dalam tempoh tertentu mengikut kategori seperti berikut:
Kategori Geran (RM) Tarikh Penyerahan Tempoh Kelulusan
1. Di bawah 50,000 Bila-bila masa sebelum 30 September setiap tahun
Dalam masa 1 bulan
2. Lebih dari 51,000 – 100,000 Januari dan Jun setiap tahun 2 - 3 bulan
3. Lebih dari 101,000 Januari dan Jun setiap tahun 3 – 4 bulan
Borang Permohonan Geran LPKM 1
PERMOHONAN GERAN PROJEKLEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA
BIDANG KEUTAMAAN PROMOSI KESIHATAN
Bidang-bidang promosi kesihatan yang diberi keutamaan atau prioriti untuk sesuatu permohonan adalah seperti yang terkandung di dalam Peraturan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2007 (Geran), iaitu:
a. Kawalan dan pencegahan tembakau dan alkohol
b. Promosi cara hidup sihat seperti promosi senaman atau aktiviti fizikal dan makan secara sihat
c. Kesihatan persekitaran
d. Kesihatan mental
e. Pencegahan kanser
f. Pencegahan diabetes
g. Pencegahan penyakit kardiovaskular
h. Pencegahan obesiti (kegemukan)
i. Kesihatan seksual (termasuk HIV/AIDS)
j. Penyelidikan di bidang promosi kesihatan
k. Promosi kesihatan melalui aktiviti-aktiviti sukan dan kebudayaan
Catatan:Walau bagaimanapun Lembaga berhak untuk mempertimbang dan meluluskan mana-mana projek atau aktiviti di bidang-bidang kesihatan tertentu yang dirasakan penting kepada pembangunan kesihatan awam masa kini atau di masa hadapan.
Borang Permohonan Geran LPKM 2
PROJEK YANG LAYAK DIBERI PERTIMBANGAN UNTUK MENERIMA GERAN
i. Aktiviti atau program inovatif yang mempromosikan kesihatan dan pencegahan penyakit di kalangan masyarakat .
ii. Aktiviti atau program perintis yang kemudiannya boleh diguna atau dilaksanakan sebagai contoh di sektor, tempat atau di dalam masyarakat lain.
iii. Aktiviti atau program yang menggunakan pendekatan asas masyarakat atau penduduk, bagi menangani isu-isu kesihatan dan untuk sesuatu kumpulan sasar tertentu.
iv. Aktiviti atau program yang memberi tumpuan kepada isu-isu ketaksaksamaan kesihatan dari segi jantina, umur, kumpulan etnik, ketakupayaan, status sosio-ekonomi dan isu-isu lain yang berkaitan dengan kesihatan.
v. Aktiviti atau program yang dapat menambahbaik kesihatan persekitaran seperti mewujudkan persekitaran yang sihat di sekolah, tempat kerja, kampung/mukim, pasar atau dalam masyarakat tertentu di samping aktiviti atau program yang dapat membentuk perkongsian di kalangan kumpulan-kumpulan atau pertubuhan-pertubuhan tertentu.
vi. Aktiviti atau program yang mempromosikan kesihatan melalui program atau aktiviti-aktiviti sukan dan kebudayaan/seni.
vii. Aktiviti atau program yang dahulunya dibiayai atau ditaja oleh syarikat-syarikat tembakau dan alkohol.
viii. Aktiviti atau program yang berasaskan-bukti (evidence-based) yang selaras dengan objektif Lembaga.
ix. Aktiviti atau program yang melibatkan kerjasama atau perkongsian di antara pelbagai agensi atau pertubuhan.
Borang Permohonan Geran LPKM 3
AKTIVITI, PROGRAM ATAU PERTUBUHAN YANG TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENERIMA GERAN
i. Pertubuhan atau anggota gabungan yang menerima sebarang bentuk bantuan kewangan daripada mana-mana syarikat tembakau atau alkohol atau agen mereka.
ii. Permohonan daripada individu, kumpulan yang membuat keuntungan, perunding persendirian atau pertubuhan/badan yang tidak berdaftar secara rasmi.
iii. Aktiviti yang objektif utamanya adalah untuk mengumpul dana, menganugerah, membeli atau memberi hadiah.
iv. Kerja utama dan perolehan barang atau peralatan utama seperti kenderaan, bangunan peralatan perubatan, komputer dan sebagainya
v. Perbelanjaan keluar negara, menghadiri persidangan atau pameran perdagangan.
vi. Aktiviti-aktiviti yang menyokong mana-mana pertubuhan politik di semua peringkat.
vii. Aktiviti-aktiviti yang menjadi aktiviti teras agensi kerajaan atau merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Negeri, Daerah atau pihak berkuasa tempatan.
viii. Projek atau aktiviti rawatan, pemulihan, terapi atau perkhidmatan kesihatan seperti imunisasi dan sebagainya.
ix. Aktiviti atau program yang tidak selaras dengan objektif Lembaga.
Borang Permohonan Geran LPKM 4
SYARAT-SYARAT GERAN UNTUK PELAKSANAAN PROJEK :
1. Projek hendaklah dilmulakan dalam masa sebulan selepas penyerahan ansuran geran yang pertama.
2. Projek hendaklah disiapkan mengikut tempoh yang dicadangkan. Walau
bagaimanapun, Lembaga boleh mempertimbangkan sebarang perlanjutan mana-mana projek. Permohonan untuk melanjutkan tempoh projek hendaklah diserahkan kepada Lembaga sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tamatnya tarikh menyiapkan projek. Ia hendaklah disertakan bersama laporan kemajuan terkini dan penyata perbelanjaan.
3. Ketua Projek hendaklah bertanggung jawab ke atas keseluruhan projek. Beliau perlu menghantar laporan kemajuan bertulis kepada Lembaga mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Lembaga.
4. Lembaga boleh menjalankan pengauditan ke atas projek yang telah diluluskan jika dan apabila perlu.
5. Pemohon hendaklah menjalankan penilaian projek dan menyerahkan laporan dalam tempoh 2 (dua) bulan selepas selesainya projek tersebut.
6. Bayaran ansuran geran seterusnya akan diserahkan setelah pihak Lembaga berpuas
hati terhadap kemajuan projek. Penyerahan ansuran geran yang terakhir akan hanya dilakukan setelah laporan projek yang mengandungi laporan penilaian dan penyata kewangan yang disahkan (oleh pihak pertubuhan berkenaan) diserah kepada Lembaga.
7. Pemohon dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:7.1. Menggunakan geran untuk tujuan yang diluluskan sahaja.
7.2. Mengamalkan polisi bebas dari asap rokok (BEDAR) di kawasan premis di bawah kawalan mereka.
7.3. Mengiktiraf Lembaga secara lisan atau melalui penggunaan papan tanda atau logo di dalam semua upacara/acara atau aktiviti projek yang dibiayai oleh LPKM.
7.4. Mendapatkan kelulusan Lembaga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perubahan atau pindaan kepada projek atau peruntukan belanjawan yang telah diluluskan oleh Lembaga.
7.5. Mengembalikan peruntukan yang belum digunakan jika berlakunya pelanggaran perjanjian atau pembatalan kontrak.
7.6. Menjemput pegawai/wakil dari Lembaga untuk melawat aktiviti-aktiviti projek.
8. LPKM berhak menghentikan geran jika:
8.1 maklumat yang diberi di dalam borang permohonan adalah palsu.
8.2 projek atau aktiviti tidak dilaksanakan mengikut cadangan yang dipersetujui atau tidak mengikut syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
Borang Permohonan Geran LPKM 5
CARA PENYERAHAN BORANG PERMOHONAN
1. Permohonan geran hendaklah diserahkan kepada Lembaga menggunakan borang rasmi yang ditetapkan.
2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan dalam bentuk satu salinan asal. Permohonan boleh dihantar melalui mesin faks atau e-mail tetapi salinan asalnya perlu diserahkan sama ada melalui pos atau serahan tangan. Surat sokongan, VCD, CD, gambar, disket atau apa-apa bentuk dokumen lain yang relevan, jika ada, hendaklah disertakan bersama borang permohonan.
3. Dokumen-dokumen sokongan yang dihantar bersama borang permohonan hendaklah sesuai untuk dibuat salinan fotokopi.
4. Pihak Lembaga tidak bertanggungjawab di atas kehilangan borang permohonan atau apa-apa bentuk dokumen sokongan yang dikirim melalui pos.
Borang Permohonan Geran LPKM 7
BORANG PERMOHONAN GERAN PROJEK
A. MAKLUMAT PERTUBUHAN
1. Nama pertubuhan:
2. Kategori pertubuhan :
2.1. Pertubuhan bukan-kerajaan:
2.1.1. Profesional
2.1.2. Sukan
2.1.3. Kebudayaan/Seni
2.1.4. Sosial
2.1.5. Kesihatan
2.1.6. Persekitaran
2.1.7. Lain-lain (nyatakan):_____________________________
2.2. Syarikat berhad menurut jaminan (tidak bermotifkan keuntungan)
2.3. Pertubuhan amanah/yayasan
3. No. pendaftaran pertubuhan_____________________Tarikh didaftar____________________
(Sila sertakan satu salinan sijil pendaftaran pertubuhan yang disahkan)
Borang Permohonan Geran LPKM 8
LPKM (G)001/07
4. Alamat pertubuhan :
a) Alamat rasmi:
Poskod :
Bandar/Daerah: Negeri:
b) No. telefon:
- c) No. faks:
d) Alamat e-mail:
e) Laman web:
5. Nama ahli jawatankuasa pertubuhan yang terkini:
Penaung (jika ada) ___________________________________________________________
Pengerusi/Presiden/Ketua institusi:_______________________________________________
Timbalan Pengerusi/Timbalan Presiden:___________________________________________
Naib Pengerusi/Naib Presiden:___________________________________________________
Setiausaha Kehormat:__________________________________________________________
Timbalan Setiausaha:__________________________________________________________
Bendahari:___________________________________________________________________
Timbalan Bendahari:___________________________________________________________
Ahli Jawatankuasa: __________________________________________________________Borang Permohonan Geran LPKM
-
9
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
6. Nama orang yang boleh dihubungi:
No. Tel: No. Telefon Bimbit:
- -
7. Objektif pertubuhan: i) _________________________________________________________
ii) ________________________________________________________
iii) ________________________________________________________ iv) ________________________________________________________ v) ________________________________________________________
8. Senaraikan projek- projek yang berkaitan dengan kesihatan yang pernah dijalankan dalam tempoh 5 tahun yang lepas (jika ada):
Tajuk Projek
Penjelasan Projek
Status Projek
PenerbitanHasil Projek
Tarikh/Tahun
B. MAKLUMAT KEDUDUKAN KEWANGAN
9. Jumlah keseluruhan pendapatan tahun lepas: RM_______________________
Borang Permohonan Geran LPKM 10
10. Sila nyatakan pendapatan tahun lepas mengikut pecahan seperti di bawah:
Sumber RMBantuan geran yang diterima dari KerajaanSumbangan pertubuhan/agensi antarabangsaSumbangan dari organisasi tempatanYuran keahlianSumbangan/Kutipan dermaKutipan sewa/dividen/faedah simpananLain-lain sumber(sila nyatakan)
JUMLAH KESELURUHAN
11. Jumlah perbelanjaan tahun lepas :__________________________________
C. MAKLUMAT MENGENAI PROJEK
12. Bidang keutamaan yang berkaitan dengan projek (sila tandakan dikotak berkenaan)
Pencegahan dan kawalan tembakau dan alkohol
Promosi cara hidup sihat seperti promosi senaman atau aktiviti fizikal dan makan secara sihat.
Kesihatan persekitaran Kesihatan mentalPencegahan kanserPencegahan diabetesPencegahan penyakit kardiovaskularPencegahan obesiti (kegemukan)Kesihatan seksual (termasuk HIV/AIDS)Penyelidikan di bidang promosi kesihatanMempromosi kesihatan melalui aktiviti sukan dan kebudayaanBidang-bidang lain (sila nyatakan)
13. Tajuk projek:_________________________________________________________________
Borang Permohonan Geran LPKM 11
14. Ketua Projek:(Sila sediakan Curriculum Vitae Ketua Projek dalam lampiran yang berasingan)
Nama
No. Tel: No. Telefon Bimbit:
- -
Alamat e-mail:
Jawatan dalam pertubuhan:
15. Penjelasan projek: (Sila sertakan Lampiran berasingan jika ruang tidak mencukupi)
15.1. Jenis Projek:a. Kesihatan
i. Promosi Kesihatan
ii. Sukan
iii. Kebudayaan
b. Penyelidikan*
(* Pemohon perlu menyediakan Kertas Protokol Penyelidikan yang berasingan mengikut format di Lampiran A)
15.2. Definasi masalah mengenai isu kesihatan yang dipilih
Borang Permohonan Geran LPKM 12
15.3. Rasional pemilihan projek:
15.4. Penjelasan kawasan projek
15.5. Pelan projek:
a. Objektif Am:
b. Objektif khusus:
c. Kumpulan sasar:
d. Kaedah dan aktiviti projek:
Borang Permohonan Geran LPKM 13
e. Tempoh projek:
f. Jadual pelaksanaan: (Sertakan Gantt Chart Pelan Pelaksanaan anda).
g. Pelan Pelaksanaan projek:
Tarikh(Bulan) Tempat Aktiviti Utama Kaedah Penilaian
h. Kaedah pemantauan dan penilaian:
i. Tahap kemajuan (milestones):
j. Sumber yang diperlukan:
k. Rakan kongsi projek:
Borang Permohonan Geran LPKM 14
D. PENGURUSAN GERAN
16. Anggaran belanjawan atau bajet yang dicadangkan:(Sila berikan maklumat yang terperinci mengikut butiran berikut di lampiran yang berasingan)
Bil. Butir-butir perbelanjaan Tahun I
Tahun II
Tahun III
Jumlah (RM)
1. Upah/Elaun/Yuran2 Perjalanan dan Pengangkutan3. Sewaan4. Alat tulis/bahan-bahan pendidikan /promosi
kesihatan 5. Khidmat khas yang berkaitan dengan projek
seperti, bayaran khidmat perundingan, latihan dll
6. Lain-lain (nyatakan)
JUMLAH
17. Jumlah geran yang dipohon dari LPKM: RM __________________
18. Sumbangan yang diterima dari sumber-sumber lain :
Bil.
Nama Sumber Jumlah (RM)
JUMLAH
Borang Permohonan Geran LPKM 15
19. Nama bank untuk disalurkan geran:
Alamat bank:
Poskod :
Bandar/Daerah : Negeri :
20. Nombor akaun:
E. PERISYTIHARAN
Kami dengan ini mengakui bahawa maklumat yang diberi di dalam borang ini adalah benar dan geran ini dipohon adalah semata-mata untuk tujuan yang diluluskan sahaja. Kami bersetuju untuk menjemput wakil-wakil dari Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia melawat projek pada bila-bila masa dan apabila perlu.
Tandatangan _________________________ ___________________________(Ketua Projek) (Pengerusi/Presiden)
(NAMA: ) (NAMA: ) (No. K/P: ) (No. K/P: )
Cop Pertubuhan
Borang Permohonan Geran LPKM
16
SENARAI SEMAK : Adakah anda telah:
memastikan projek yang dipohon mematuhi garis panduan LPKM?
melengkapkan perkara 1 hingga 20?
menyertakan satu salinan sijil pendaftaran pertubuhan anda?
memberi maklumat kedudukan kewangan yang betul?
menandatangani borang permohonan ini dan disahkan oleh Presiden/Pengerusi ?
UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
Sila hubungi pengurus program kami yang berkenaan untuk mendapat penjelasan lanjut mengenai apa-apa aspek di dalam borang permohonan anda.
Nombor Telefon: 03-26982500/26981500
Nombor faks: 03-26981600
E-mail:
Laman Web: www.healthpromo.gov.my
Atau datang sendiri ke Pejabat Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia:Di Aras Bawah, Blok D,Kompleks Kementerian Kesihatan Malaysia
Jalan CenderasariKuala Lumpur.
Borang ini boleh dimuat turun dari laman web kami: www.healthpromo.gov.my
mym/LPKM/061008(Latest5)
Borang Permohonan Geran LPKM 17
Lampiran A
Format Kertas Cadangan Penyelidikan
1. Penyataan Keperluan ( Statement of Need )
2. Objektif/Penyelidikan ( Objectives/Research )Soalan/Hipothesis (Questions/hypotheses)
3. Latar belakang/Literature (Background /Literature)
4. Kaedah/Rekabentuk Kajian(Methods/Study Design)
5. Pemilihan sampel/Saiz data (Sample selection/ Data size)
6. Pengukuran Data (Data Measurement)
7. Pungutan Data (Data Collection)
8. Analisis Data (Data Analysis)
9. Bajet (Budget)
Borang Permohonan Geran LPKM 18