geseran 2012
TRANSCRIPT
GESERAN1. Geseran ialah daya yang menentang
pergerakan.2. Geseran wujud apabila dua permukaan
bersentuhan antara satu sama lain.3. Arah daya gegeran sentiasa bertentangan
dengan arah gerakan objek.4. Contohnya, bola yang sedang bergolek di atas
lantai akhirnya akan berhenti.
5. Bola seperti yang ditunjukkan di atas bergerak semakin perlahan dan akhirnya berhenti.
6. Ini berlaku kerana wujud geseran antara permukaan bola dan lantai.
7. Geseran menentang pergerakan bola, menyebabkan bola bergerak lebih perlahan dan akhirnya berhenti.
KESAN GESERAN
1. Apabila kita menggosokkan kedua-dua tapak tangan, tapak tangan kita akan berasa hangat kerana geseran menghasilkan haba.
2. Jika kita cuba mengerakkan objek yang berat, kita akan dapati ianya amat sukar dilakukan. Ini kerana gegaran menentang pergerakan.
1. Jika kita menggosokkan pemadam ke atas suatu permukaan, kita akan dapati pemadam menjadi lebih kecil.ini kerana geseran menghauskan permukaan objek.
2. Sekiranya geseran tidak wujud, sesuatu objek tidak akan dapat ditetapkan di suatu tempat.
3. Geseran menstabilkan kedudukan objek di atas sesuatu permukaan ini membolehkan objek menjadi pegun.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GESERAN
1. Faktor-faktor yang mempengaruhi geseran ialah:a. Keadaan permukaan yang bersentuhanb. Berat objek
2. Permukaan yang kasar menghasilkan geseran yang lebih besar daripada permukaan licin.a. Contohnya,lebih sukar menolak atau menarik kotak yang berat di atas permaidani berbanding di atas lantai marmar.
b. Permaidani menghasilkan daya geseran yang lebih besar daripada permukaan marmar.c. Daya geseran yang besar ini menghalang menghalang pergerakan kotak dan menyebabkan kotak sukar digerakkan.
3. Kita lebih mudah tergelincir semasa berjalan di lantai yang basah. Ini kerana lantai yang basah
adalah licin dan menghasilkan kurang geseran.4. Geseran juga bergantung kepada berat objek.
a. Objek yang lebih berat mempunyai daya geseran yang lebih besar.b. Oleh itu, kotak yang lebih besar dan lebih berat sukar digerakkan daripada kotak yang lebih kecil dan lebih ringan.