globalisasi dalam pendidikan

28
GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN

Upload: lim-may-ti

Post on 18-Jan-2016

470 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU 3109 ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA- GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Globalisasi dalam pendidikan

GLOBALISASI DAN

CABARAN PENDIDIKAN

Page 2: Globalisasi dalam pendidikan

Globalisasi Pendidikan

Adanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), ilmu dapat diperoleh dengan tidak terbatas dalam bangku sekolah sahaja, tetapi dapat berlaku pada peringkat antarabangsa melalui internet.

Perjanjian Perkhidmatan Pendidikan GATS (general Agreement on Trade and Services : 1999) yang telah ditandatangani oleh kebanyakan negara maju, bersetuju menghapuskan pendemokrasian pendidikan dan

Membuka peluang untuk pertukaran pakar pendidikan, penubuhan institusi pendidikan dan institusi pendidikan,serta..

Mengiktirafkan sijil-sijil dari semua peringkat persekolahan dan institusi pendidikan tinggi di antara anggota-anggota.

MAKNA GLOBALISASI

Merentasi sempadan dan media

Page 3: Globalisasi dalam pendidikan

Prof Michael Gibbons Samb.

Setiausaha Agong persatuan Universiti Komonwel (ACU)

• Proses berterusan dalam perindustrian pendidikan telah berlaku sejak lama dahulu.

Globalisasi

• Proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti.

Globalisasi pendidikan

Page 4: Globalisasi dalam pendidikan

Ia menggalakkan penyelidikan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bidang methodologi, psikologi serta pengujian dan penilaian.

Beliau menegaskan ; globalisasi bukan membawa budaya homegeniti, tetapi menjana diversiti.

Globalisasi membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada yang baru, mengikut hasil dapatan penyelidikan yang terkini.

Page 5: Globalisasi dalam pendidikan

Fungsi Utama Globalisasi PendidikanMenghasilkan sumber-sumber yang diperlukan

untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman seseorang.

Malaysia mengambil beberapa langkah positif untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan:Menubuhkan Multimedia Super

Corridor(MSC).

Page 6: Globalisasi dalam pendidikan

Mengembangkan sekolah-sekolah bestari.

Mereformasikan kurikulum sekolah; menukar bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains.

Memberi peluang untuk penubuhan kolej-universiti swasta dalam negeri (penswastaan pendidikan tinggi).

Page 7: Globalisasi dalam pendidikan

IMPLIKASI GLOBALISASI PENDIDIKAN TERHADAP GURUDalam alaf baru, guru hendaklah bersifat

dinamik.Guru dinamik adalah guru yang sentiasa

responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan dari masa ke masa.

Guru dinamik sahaja dapat mengatasi cabaran baru yang sering timbul.

Page 8: Globalisasi dalam pendidikan

Hanya sekolah dinamik berkebolehan memainkan peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

Guru pada asasnya : * Mempunyai pengetahuan yang mendalam

tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.

* Mengetahui dan menguasai kaedah dalam pengajarannya.

* Mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh pelajar.

Page 9: Globalisasi dalam pendidikan

Kebanyakan kualiti kecekapan dan sahsiah serta kecerdasan emosi guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan.

Latihan ini termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.

Page 10: Globalisasi dalam pendidikan

Peranan guru yang lain :• Diharapkan menjadi pengganti ibu bapa. • Penasihat dan pembimbing dalam

pembentukan sahsiah pelajar. • Menjadi kaunselor kepada mereka.• Menjadi pengamal dan penyebar nilai

kebudayaan yang elok seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik dalam masyarakat.

• Agen pembaharuan bagi masyarakatnya.

Page 11: Globalisasi dalam pendidikan

Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru mengikut matlamat pendidikan negara serta nilai dan kehendak masyarakat.

Di bawah konteks profesionalisme keguruan, pengetahuan yang diperolehi, kemahiran dan kefahaman tugas dan tanggungjawab serta sikap seseorang guru merupakan faktor – faktor penentu yang penting.

Page 12: Globalisasi dalam pendidikan

Meningkatkan mutu perkhidmatan : * ilmu pengetahuan yang lengkap serta

mendalam. * menguasai kemahiran mengajar. * kefahaman terhadap tugas dan

tanggungjawab diamanahkan. * sikap positif terhadap pekerjaanya. ( Ciri – ciri profesionalisme keguruan alaf

baru)

Page 13: Globalisasi dalam pendidikan

CIRI – CIRI GURU DALAM CABARAN GLOBALISASI PENDIDIKAN

1.Seorang yang beriltizamKeterlibatan diri secara bersungguh-sungguh serta

penuh dengan tanggungjawab dalam pelaksanaan tugasnya sebagai pendidik di sekolah.

2.Guru yang berorientasikan maklumatBersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat

baru yang berkaitan dengan pendidikan melalui sebarang media.

3.Guru yang berwawasanBerpandangan jauh dan mempunyai visi yang berkaitan

dengan perkembangan pendidikan, demi mencapai kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru.

Page 14: Globalisasi dalam pendidikan

4.Guru perlu berpandangan globalMelihat perspektif pendidikan bukan lagi

terhad dalam negeri tetapi juga secara global, agar berjaya menangkis cabaran pendidikan yang berlaku dalam proses globalisasi yang kian meningkat.

Perubahan kurikulum yang mendadak; pertukaran bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris bagi matapelajaran Matematik dan Sains mulai dari 2003 (salah satu usaha menghadapi proses globalisasi dalam pendidikan).

Page 15: Globalisasi dalam pendidikan

5.Guru yang berpandangan positifMemperlihat reformasi dan inovasi

pendidikan serta perubahan kurikulum dalam perspektif positif atau yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara.

Ciri berpandangan positif dalam kualiti profesion keguruan:

Peka kepada perubahan.Sedar tentang keperluan negara.Bersikap positif terhadap pembelajaran.Mempunyai inovasi dalam tugas.

Page 16: Globalisasi dalam pendidikan

6. Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan.

Hendaklah menguasai kemahiran belajar untuk melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran dan ilmu pengetahuan.

Menyesuaikan diri dalam peranan dan tugas baru dari semasa ke semasa serta dalam persekitaran sosial.

Page 17: Globalisasi dalam pendidikan

Ciri fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial:Mempunyai inovasi dalam perhubungan

sosialBerperkerti muliaMudah suaikan diriBerdaya kepimpinanKesedaran terhadap persekitaranMengamalkan sikap toleransi

Page 18: Globalisasi dalam pendidikan

7. Mahir dalam teknologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran (p&p) :

Membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentabiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.

Perkembangan sekolah bestari dalam alaf aliran dan perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia, berikut diakui bahawa sekolah bestari merupakan sekolah yang satu-satunya dapat melahirkan pelajar-prlajar yang cerdik dan berpengetahuan dan dijangka akan cukup mampu bersaing menghadapi cabaran wawasan negara.

Page 19: Globalisasi dalam pendidikan

Bagi menentukan kejayaan pencapaian matlamat sekolah bestari, guru bestari hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran penggunaan komputer dan alat teknologi terkini serta pedagogi baru untuk mengahdapi cabaran di sekolah bestari.

Guru bestari bukan sahaja melaksanakan tugas mengajar sahaja dan memberi limu pengetahuan tetapi berperanan mendidik pelajar mengikut matlamat wawasan 2020 yakni melahirkan teknokrat-teknokrat yang bertaraf dunia serta bermoral di samping membentuk generasi cemerlang yang mempunyai daya kreativiti dan daya saing seterusnya menjadikan Malaysia sebuah pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia.

Page 20: Globalisasi dalam pendidikan

8. Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan

• Amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan.

• Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah apabila menggunakan proses refleksi.

Page 21: Globalisasi dalam pendidikan

9. Merebut peluang pendidikan terbuka (open education)

• Pendidikan terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan masyarakat atau aktiviti pendidikan di luar sekolah.

• Pendidikan jenis ini tidak perlu kelayakan akademik tinggi untuk didaftarkan sebagai pelajar.

• Segala aktiviti pendidikan boleh dijalankan di tempat-tempat bekerja atau dikelolakan oleh kerajaan, badan – badan berkanun atau pihak swasta di kebanyakan negara-negara maju.

Page 22: Globalisasi dalam pendidikan

Di antaranya ialah : • Pendidikan jarak jauh• Pendidikan universiti virtual • Pendidikan universiti terbuka

o Pada tahun 2000, Malaysia telah menubuhkan sebuah universiti terbuka (UNITEM) dan sebuah universiti virtual (UNITAR).

o Kedua-duanya ialah universiti swasta yang menggunakan teknologi terkini termasuk video-conferencing, internet dan televisyen masing-masing untuk menyampaikan kuliah.

Page 23: Globalisasi dalam pendidikan

UNITAR mula dibuka pada Julai 1999 menggunakan ruang udara RTM 2 untuk menyampaikan kuliah kepada orang ramai yang mengikuti kursus-kursus ijazah di luar kampus dalam masa-masa tertentu.

International Medical University (IMU) merancang untuk menubuhkan Virtual medical University (VMU) yang membolehkan pelajar mengikuti kursus perubatan melalui internet.

Page 24: Globalisasi dalam pendidikan

Pada peringkat antarabangsa, selain universiti terbuka di UK, Masachusetts Institute Technology (MIT) di Amerika Syarikat menawarkan 100 kursus pengajian dalam internet dengan percuma melalui pada bulan September, 2002.

Mengikut Rancangan 10 Tahun pada bulan Mac 2003, MIT akan menawarkan lagi 250 kursus pengajian diikuti 500 kursus lagi pada bulan September untuk pekerja-pekerja ilmu antarabangsa yang berminat.

Page 25: Globalisasi dalam pendidikan

Pemerolehan ilmu pengetahuan pada hari ini tidak lagi hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja. Pendidikan hari ini sememangnya telah merentasi sempadan media. Ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat diperoleh di sempadan luar sekolah dalam negeri tetapi juga di luar negeri melalui penggunaan komputer sebagai media.

Page 26: Globalisasi dalam pendidikan

10. Mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat untuk menghadapi cabaran

globalisasi pendidikan

• Perkembangan kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa.

• Malaysia sejak awal pembentukannya pernah memainkan peranannya di arena antarabangsa dalam usaha menjamin keamanan, keadilan dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat.

Page 27: Globalisasi dalam pendidikan

Usaha kerjasama sejagat ini akan terus dipikul oleh generasi-generasi mendatang.

Sehubungan ini, program pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia bukan sahaja berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara tetapi juga berupaya memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.

Page 28: Globalisasi dalam pendidikan

Guru hendaklah berusaha mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat ;

Menjalin hubungan dengan pendidik luar negeri melalui internet atau e-mail. Menghadiri konferens dan seminar pendidikan antarabangsa seperti Konferens Pendidikan yang dianjurkan oleh Pusat Wilayah UNESCO. Menyertai rombongan pendidikan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan atau Persatuan Guru untuk membuat lawatan sambil belajar di institusi pendidikan di luar negeri.