goldland capital sdngoldland.my/downloadnew/laporanseptember2017.pdf · laporan kemajuan bulan...
TRANSCRIPT
September 30, 2017 GOLDLAND CAPITAL SDN.BHD SULIT
LAPORAN KEMAJUAN BULAN SEPTEMBER 2017
KERJA – KERJA PENDALAMAN DI MUARA SUNGAI KUALA BESAR JAJAHAN KOTA BHARU
BIL PERKARA STATUS LAMPIRAN 1. PENTADBIRAN DAN
DOKUMENTASI/ ADMINISTRATION & DOCUMENTATION
HIZ KSEDC Sdn. Bhd. melalui suratnya yang bertarikh 5hb September 2017 (HKSB/MGMT/GEN(04)) telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Goldland Capital Sdn. Bhd. dalam proses mengeksport pasir ke luar negara. Walaubagaimanapun, berkuatkuasa 26hb September 2017, YBM. Dato’ Tengku Pengerusi, YM. Datuk Pengarah dan YABrs. Pengarah Eksekutif telah berkunjung ke Pejabat YB. Dato’ SUK dan menyampaikan titah bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah mengampuni perkenan menitahkan Goldland Capital Sdn. Bhd. meneruskan kerja-kerja pendalaman muka kuala, pengorekan dan pemindahan pasir ke luar negara tanpa melibatkan syarikat perantaraan. Baginda menitahkan agar semua pihak/agensi kerajaan yang terlibat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam perkara ini. Bagi penyelesaian jangka pendek/segera, pihak Goldland Capital Sdn. Bhd. telah memberikan persetujuan untuk JPS membantu pihak Persatuan Nelayan Kota Bharu sekurang-kurangnya dapat meredakan perasaan dan keresahan nelayan. Tempoh 6 bulan yang telah diberikan kepada Goldland Capital Sdn. Bhd. adalah untuk memulakan aktiviti pengorekan. Walaubagaimanapun Goldland Capital Sdn. Bhd. berdepan dengan beberapa kekangan/birokrasi iaitu :- 1. Perlu melakukan pengukuran (keratan rentas) terlebih
dahulu sebagaimana kehendak JPS Kelantan dan kebenaran diperolehi kami bertarikh 13hb April 2017 (JPS.KN.BSP.5101/1(15)).
2. Kerja telah dimulakan dan tempat pengumpulan sedimen serta kelodak daripada hadapan jeti LKIM tidak dapat didaratkan ditapak kerana kawasan yang terhad sebagaimana perkara (3) dibawah
3. Tiada kawasan stockpile yang mencukupi diberikan kepada Goldland Capital Sdn. Bhd. untuk tapak pengumpulan lumpur daripada kawasan jeti LKIM.
4. Terpaksa bersaing dengan pihak Liziz Standaco Sdn Bhd. (kawasan stockpile yang telah dikhaskan pada awalnya kepada Goldland Capital Sdn. Bhd. telah diberikan kepada pihak berkenaan)
Demi menjaga hubungan baik dan kepentingan semua pihak maka Goldland Capital Sdn. Bhd. memberikan kerjasama dan bersetuju untuk JPS melaksanakan kerja-kerja jangka pendek tersebut. Goldland Capital Sdn. Bhd. telah mematuhi syarat-syarat agensi kerajaan dan sebenarnya tiada istilah tidak
-
September 30, 2017 GOLDLAND CAPITAL SDN.BHD SULIT
mampu dan kami memerlukan sokongan pihak kerajaan dalam memastikan kerja-kerja ini dilaksanakan bukan bersendiri dan secara bersama. Sehingga kini sebanyak RM8,000,000.00 telah dibelanjakan bagi kerja-kerja pendalaman ini.
2. KERJA – KERJA SURVEI/ SURVEY WORKS
Kerja-kerja survei untuk semua fasa (Fasa 1 – Fasa 5) seluas 70 hektar serta kawasan hadapan jeti LKIM seluas 5.47 hektar telah siap. Bayaran penuh telah dibuat kepada pihak berkenaan daripada Goldland Capital Sdn. Bhd. Kerja-kerja survei hidrografi untuk kawasan laluan masuk kapal korek telah siap pada awal bulan September 2017.
-
3. PENYELESAIAN SETEMPAT/ LOCAL SETTLEMENT (KOTA BHARU LAND OFFICE)
Berlaku pencemaran sisa buangan hasil dari operasi pemunggahan pasir di Pulau Pok Mat Janggut daripada syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. Sisa bahan yang telah dipotong (kayu, ranting, buluh dan lain-lain) telah dibuang ke dalam Sungai Kelantan dengan sewenangnya. Pihak Goldland Capital Sdn. Bhd. MENGGESA tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa terhadap sikap yang tidak bertanggungjawab oleh pihak Liziz Standaco dn. Bhd. Pihak Goldland Capital Sdn. Bhd. menuntut JPS, JAS dan Pejabat Tanah Kota Bharu untuk memberhentikan kerja-kerja pihak mereka sebagaimana janji oleh Timbalan Ketua Jajahan Kota Bharu sebelum ini bahawa tempoh masa yang diberikan kepada syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. adalah sehingga bulan Oktober 2017.
1
4. PENYEDIAAN TAPAK/ SITE CLEARANCE
Sebanyak 90% daripada kawasan operasi di darat telah digunakan sebagai kawasan stockpile pasir. Anggaran jumlah pasir stockpile di tapak adalah melebihi 500,000 MT. Goldland Capital Sdn. Bhd. sebelum ini telah memohon tapak stockpile seluas 20 ekar namun pihak Pejabat Tanah Kota Bharu melalui Timbalan Ketua Jajahan telah mengeluarkan surat memohon laluan kepada syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. dan sekaligus memberi kebenaran kepada syarikat tersebut untuk tapak stockpile mereka. Surat PTJKB bertarikh 8hb Jun 2017 (Ruj : LSSB/ADM-kca/PJKB/L447) adalah berkaitan. Syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. melalui surat mereka yang disalinkan oleh PTJKB bertarikh 11hb April 2017 (Ruj : LSSB/ADM-kca/PTKB/L437) telah merujuk bahawa pihak berkenaan telah memberikan kebenaran kepada mereka tanpa berbincang dengan pihak kami. Perkara ini amat dikesali dan perlu tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa. Kami telah membantah perkara ini melalui surat Goldland Capital Sdn. Bhd. bertarikh 13hb Jun 2017 (Ruj : GLC/PKB/2017 Jld 7(197)) yang telah dihantar kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu dan sehingga kini tiada maklumbalas diterima.
2
September 30, 2017 GOLDLAND CAPITAL SDN.BHD SULIT
5. INFRASTRUKTUR/ INFRASTRUCTURE WORKS
Pembinaan pejabat tapak dan pejabat OSC agensi penguatkuasa (Kastam, Maritim, Jabatan Laut, Imigresen) 100% siap. Pembinaan Teniat D’Raja – 100% siap. Kerja- kerja pengubahsuaian persiapan dalaman akan dimulakan untuk keberangkatan. Pembinaan makmal analisa pasir telah dimulakan. Goldland Capital Sdn. Bhd. telah melantik syarikat makmal bertauliah.
-
6. KERJA – KERJA PENDALAMAN (PAM)/ DREDGING BY SAND PUMP
2 unit pam pasir berkapasiti tinggi sedang beroperasi di tapak projek bagi Fasa 1 dan 5 buah kapal korek dan pengangkut yang telah memiliki Domestic Shipping License (DSL) sedang beroperasi. Kami memerlukan kawasan tambahan untuk tapak stockpile dengan SEGERA memandangkan keperluan penggunaan yang sangat kritikal.
3
7. KERJA – KERJA PENDALAMAN (KAPAL)/ DREDGING BY DREDGERS
Kerja – kerja pembukaan muka kuala sungai Kelantan sedang berjalan. Aset yang ditambah adalah 1 unit kapal korek 2 in 1 berkapasiti 1500 tan untuk kerja-kerja pengerukan muka kuala. 3 unit asset dijangka tiba pada pertengahan bulan Oktober 2017 untuk melipatgandakan usaha pembukaan muka kuala.
4
8. KAJIAN EIA & HIDRAULIK/ EIA & HYDRAULIC STUDY
Kajian telah dimulakan dan sedang berjalan. -
9. PERANCANGAN JADUAL DAN MATLAMAT/ PLANNING & OBJECTIVES
Rujuk Lampiran 5. (Pembukaan muka kuala - Fasa 1) (Pembukaan muka kuala – Fasa 2) – akan dikemukakan pada laporan Oktober 2017
5
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
MOHD FITRY BIN ABD RAZAK AIRIN HAFZAINY BIN ADNAN
Setiausaha Urusetia / Geologist Pengurus Kanan Operasi Goldland Capital Sdn. Bhd. Goldland Capital Sdn. Bhd.
September 30, 2017 GOLDLAND CAPITAL SDN.BHD SULIT
LAMPIRAN 1
September 30, 2017 GOLDLAND CAPITAL SDN.BHD SULIT
Sisa buangan dari kerja pemunggahan Pulau Pok Mat Janggut hanyut dan
berkumpul di hadapan kawasan stockpile Goldland Capital Sdn. Bhd.
Sisa buangan dari kerja pemunggahan Pulau Pok Mat Janggut hanyut dan
berkumpul di hadapan kawasan stockpile Goldland Capital Sdn. Bhd.
September 30, 2017 GOLDLAND CAPITAL SDN.BHD SULIT
LAMPIRAN 2
September 30, 2017 GOLDLAND CAPITAL SDN.BHD SULIT
Kawasan tapak operasi yang telah digunakan untuk tujuan stockpile pasir
Kawasan tapak operasi yang telah digunakan untuk tujuan stockpile pasir
September 30, 2017 GOLDLAND CAPITAL SDN.BHD SULIT
LAMPIRAN 3
September 30, 2017 GOLDLAND CAPITAL SDN.BHD SULIT
2 unit pam pasir berkuasa tinggi sedang beroperasi di hadapan tapak operasi
2 unit pam pasir berkuasa tinggi sedang beroperasi di hadapan tapak operasi
September 30, 2017 GOLDLAND CAPITAL SDN.BHD SULIT
LAMPIRAN 4
September 30, 2017 GOLDLAND CAPITAL SDN.BHD SULIT
Kapal korek 2 in 1 berkapasiti 1500 tan untuk kerja-kerja pengerukan
September 30, 2017 GOLDLAND CAPITAL SDN.BHD SULIT
LAMPIRAN 5
September 30, 2017 GOLDLAND CAPITAL SDN.BHD SULIT