guna tenaga dan produktiviti buruh dalam sektor · pdf fileprosiding persidangan kebangsaan...
TRANSCRIPT
PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012) 942 - 958
ISSN: 2231 962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII),
Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah Negara Maju,
Ipoh, Perak 4 6 Jun 2012
Guna Tenaga dan Produktiviti Buruh dalam Sektor Pembuatan di
Malaysia
Employment and Labor Productivity in Malaysian Manufacturing Sector
Noor Hasmahani Mohamad Hanipah [email protected]
Poo Bee Tin [email protected]
Noorasiah Sulaiman [email protected]
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Pertumbuhan produktiviti merupakan penentu bagi pertumbuhan ekonomi negara dan ianya dicapai
melalui tahap input modal insan yang lebih tinggi, menggunakan teknologi baru dan pembangunan
keusahawanan bagi mendorong inovasi dan kreativiti. Bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara
yang lebih mampan, pertumbuhan produktiviti buruh adalah penting, di mana peningkatan dalam
produktiviti buruh akan meningkatkan pertumbuhan sesuatu sektor seterusnya meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara. Secara umumnya, pencapaian produktiviti buruh di Malaysia adalah
lebih tinggi jika dibandingkan dengan pencapaian produktiviti buruh di negara Indonesia, Vietnam dan
Filipina. Namun, perbezaan pencapaian produktiviti buruh di Malaysia dan negara-negara tersebut
dilihat semakin berkurang dan menampakkan jurang yang semakin mengecil. Oleh itu, kajian ini
adalah bertujuan untuk mengkaji pertumbuhan gunatenaga dan produktiviti buruh dalam sektor
pembuatan di Malaysia. Kajian ini menggunakan Jadual Input-Output tahun 2000 dan 2005 yang
diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS). Secara keseluruhannya, hasil keputusan
menunjukkan bahawa pertumbuhan produktiviti buruh di sektor pembuatan masih berada pada tahap
yang rendah. Hasil kajian juga menunjukkan sektor pembuatan dilihat memberikan impak kepada
penjanaan pekerjaan kepada masyarakat. Manakala, keputusan kajian bagi pertumbuhan guna tenaga
mengikut komponen permintaan akhir menunjukkan eksport mendominasi pertumbuhan guna tenaga di
dalam sektor pembuatan bagi tahun 2000 dan 2005. Jesteru itu, lebih tumpuan harus diberikan dalam
melatih lebih ramai guna tenaga mahir dan berkemahiran tinggi supaya kualiti dan kecekapan buruh
dapat ditingkatkan seterusnya dapat merangsang pertumbuhan produktiviti negara.
Kata Kunci: Produktiviti buruh, pembuatan, input-output, guna tenaga
ABSTRACT
Productivity growth is a determinant of economic growth and the level of input is achieved through
greater human capital, new technology and entrepreneurial development to encourage innovation and
creativity. For more sustainable economic growth, labor productivity growth is important, where an
increase in labor productivity will increase the growth of a sector, thus enhancing economic growth.
Generally, the performance of Malaysias labor productivity is higher than Indonesia, Vietnam and
Philippines. However, differences in labor productivity performance in Malaysia and these countries
show the shrinking gap. Therefore, this study aimed to examine the employment and labor productivity
growth in Malaysian manufacturing sector. This study utilizes data of Malaysian Input-Output Tables
in 2000 and 2005, obtained from the Department of Statistics (DOS). The results show that labor
productivity in manufacturing sector remained at a low level. The results also showed the
manufacturing sector is seen an impact on employment generation to the community. Meanwhile, the
result of employment growth by final demand components shows the export dominate employment
growth in manufacturing sector for 2000 and 2005. Thereby, more attention should be given to
training more high skilled labor to improved quality and efficiency of labor, then can stimulate the
growth of national productivity.
Keywords: Labor productivity, manufacturing, input-output, employment
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012 943
PENGENALAN
Malaysia telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan apabila telah berjaya merubah
negara daripada sebuah ekonomi yang berasaskan pertanian dan komoditi kepada ekonomi yang
berasaskan industri. Sejak beberapa dekad yang lalu, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah
menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan sektor pembuatan merupakan pemacu kepada
pertumbuhan ekonomi. Sektor pembuatan dilihat sebagai tunjang utama bagi pertumbuhan ekonomi
negara disebabkan kemampuan sektor tersebut dalam menghadapi daya saing yang tinggi di peringkat
global. Sektor pembuatan telah mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan terutamanya
menjelang 1990-an sehingga kini. Sektor pembuatan juga dikatakan dapat mewujudkan peluang
pekerjaan, menyerap lebihan buruh dalam sektor pertanian, meningkatkan output perkapita dan taraf
hidup dan berupaya melakukan perubahan dari segi sosial, budaya dan institusi melalui kesan
modenisasi dalam kaedah dan teknologi (Nor Aini et al., 2004).
Bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, adalah penting
bagi mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi pertumbuhan yang didorong oleh input kepada
strategi yang didorong oleh produktiviti. Produktiviti buruh merupakan penentu bagi kebolehsaingan
negara dalam pasaran global. Jesteru, bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik,
pembangunan sumber manusia adalah penting dan perlu diberikan lebih tumpuan. Pada masa kini,
strategi pertumbuhan ekonomi lebih tertumpu kepada pelaburan modal manusia menerusi pendidikan
dan juga latihan. Oleh itu, strategi pembangunan sumber manusia yang lebih berkesan perlu dijalankan
bagi meningkatkan lagi produktiviti buruh selaras dengan matlamat pertumbuhan ekonomi negara
melalui peningkatan dalam pertumbuhan produktiviti.
Secara umumnya, produktiviti buruh di Malaysia menunjukkan peningkatan dari 1.8 peratus
pada tempoh 1995-2005 kepada 2.8 peratus pada tempoh 2000-2005. Walau bagaimanapun,
produktiviti buruh di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan
produktiviti buruh di negara China, Korea dan Singapura. Manakala, tahap produktiviti buruh di
Malaysia masih lagi tinggi jika dibandingkan dengan tahap produktiviti buruh di negara Filipina,
Vietnam, Thailand dan Indonesia (Labour and Social Trends in ASEAN, 2007). Secara umumnya,
pencapaian produktiviti buruh di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah jika dibandingkan
dengan tahap produktiviti buruh yang telah dicapai oleh negara China, Singapura dan Korea. Walaupun
pencapaian produktiviti buruh di Malaysia adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan pencapaian
produktiviti buruh di negara Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina, namun perbezaan pencapaian
produktiviti buruh bagi Malaysia dan negara-negara tersebut dilihat semakin berkurang dan
menampakkan jurang yang semakin mengecil. Oleh itu, dengan pencapaian produktiviti tersebut,
adakah sasaran Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dapat
direalisasikan? Jadi, bagi menjawab persoalan ini, kajian ini dilakukan untuk mengkaji tentang
produktiviti buruh dan sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Sehubungan itu, objektif
umum kajian ini adalah mengkaji pertumbuhan guna tenaga dan produktiviti buruh di dalam sub-sektor
pembuatan di Malaysia. Manakala, objektif khusus adalah menganalisis pertumbuhan guna tenaga dan
produktiviti buruh di dalam sub-sektor pembuatan dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan guna tenaga di dalam sub-sektor pembuatan.
KAJIAN LEPAS
Sektor pembuatan merupakan tunjang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pertumbuhan produktiviti
sektor pembuatan adalah penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi terus ditingkatkan. Kajian
yang dijalankan Lee (2011) untuk mengkaji hubungan antara perdagangan, produktiviti dan inovasi
dengan menggunakan data di peringkat firma bagi tempoh 1997-2004 mendapati bahawa hubungan
antara eksport dan produktiviti adalah lemah di Malaysia. Menurut beliau, produktiviti sektor
pembuatan di negara Malaysia perlu ditingkatkan dan pertumbuhan produktiviti yang agak rendah bagi
kebanyakan industri pembuatan akan melembabkan aktiviti eksport. Oleh itu, dasar-dasar yang
berkaitan dengan intensiti modal dan pembangunan modal insan adalah perlu untuk meningkatkan
produktiviti dalam sektor-sektor yang mempunyai potensi eksport. Manakala, Castellani (2002),
mengkaji kesan eksport terhadap pertumbuhan produktiviti di firma pembuatan negara Itali. Kajian
yang dijalankan adalah bagi tempoh 1989-1994 dan hasil menunjukkan bahawa pertumbuhan
produktiviti dipengaruhi oleh eksport. Ini selaras dengan kajian yang dijalankan di Slovenia, di mana
firma yang terlibat dalam eksport akan membawa kepada tahap produktiviti yang tinggi dan firma
tersebut akan kekal produktif dan berdaya saing dalam pasaran (Loecker, 2007). Selain itu, Suyanto et
al. (2009) menjalankan kajian untuk melihat samaada pelaburan langsung asing (FDI) memberi
944 Noor Hasmahani Mohamad Hanipah, Poo Bee Tin, Noorasiah Sulaiman
sumbangan kepada pertumbuhan produktiviti bagi sektor kimia dan produk farmaseu