guru kelas pendidikan khas

6
TUGAS GURU KELAS PENDIDIKAN KHAS Pengurusan Dokumen 1. Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari. 2. Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas, 3. Menutup jadual kedatangan murid pada setiap akhir bulan. 3. Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua murid lengkap. Pengurusan Hal Ehwal Murid 1. Bertanggungjawab terhadap kebajikan dan disiplin murid- murid pendidikan khas di kelasnya. 2. Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru. 3. Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya. 4. Menguruskan pengeluaran elaun murid (dapatkan tandatangan Guru Besar) 5. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang kesulitan. 6. Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas. Pengurusan Data 1. Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat. 2. Mengemaskini data SMM, APDM dan SPS murid. Pengurusan Kewangan 1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit. Pengurusan Kelas 1. Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,

Upload: md-yussoff

Post on 29-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Kelas Pendidikan Khas

TUGAS GURU KELAS PENDIDIKAN KHAS

Pengurusan Dokumen1.    Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari.2.    Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas,3. Menutup jadual kedatangan murid pada setiap akhir bulan.3.    Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua murid lengkap.Pengurusan Hal Ehwal Murid1.    Bertanggungjawab terhadap kebajikan dan disiplin murid-murid pendidikan khas di kelasnya.2.    Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru.3.    Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya.4. Menguruskan pengeluaran elaun murid (dapatkan tandatangan Guru Besar)5.    Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang kesulitan.6.    Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas.Pengurusan Data1.    Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.2. Mengemaskini data SMM, APDM dan SPS murid.Pengurusan Kewangan1.    Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit.Pengurusan Kelas1.    Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas, 2.    Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan carta tersebut,4.    Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas.Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran1.    Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani,2.    Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut.

* GURU KELAS BOLEH MENDAPATKAN BANTUAN DARIPADA PPM UNTUK KELANCARAN PENGURUSAN KELAS PPKIBP (SEPAKAT MEMBAWA BERKAT)

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

__________________________ ___________________(NOR ASMAH BINTI DERAHMAN) (NUA’MAN BIN HARUN)PENYELARAS PPKIBP GURU BESARSK KUALA DUNGUN SK KUALA DUNGUN

Page 2: Guru Kelas Pendidikan Khas

BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID PPKI

Pengurusan Kelas Akademik Pendidikan Khas1. Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas2. Pengurusan Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan Khas3. Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas4. Perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran5. Pengurusan / Pergerakan dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas (Mobiliti)6. Tugas Sewaktu Cuti Sekolah

PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID1. RINGKASAN TUGAS1.1 Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas akademik pendidikan khas di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:-2.1 Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas2.2 Mengawasi murid semasa perubahan P&P2.3 Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga/ semasa urusan ke hospital.2.4 Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid.2.5 Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah.2.6 Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.2.7 Membantu menguruskan murid baru.2.8 Membantu mengambil dan menghantar buku rekod kedatangan murid ke pejabat.2.9 Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat.

3. PENGURUSAN BILIK DARJAH/ BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum dan selepas P&P.3.1 Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.3.2 Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas.3.3 Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lain-lain.3.4 Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/ bangunan Pendidikan Khas.3.5 Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini papan kenyataan dari semasa ke semasa.3.6 Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.3.7 Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.3.8 Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih boleh digunakan.

4. PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS4.1 Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah diperolehi.4.2 Membantu dalam pengurusan surat menyurat.

Page 3: Guru Kelas Pendidikan Khas

4.3 Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.4.4 Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.4.5 Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas.

5. PERJALANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN5.1 Membantu menyediakan bahan,peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi P & P.5.2 Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa P&P sekiranya perlu.5.3 Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu.5.4 Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.

6. PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS Membantu:6.1Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke sesuatu tempat .6.2 Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda, senamrobik, terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan.6.3 Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktivitim kokurikulum.6.4 Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.

7 TUGAS SEWAKTU CUTI SEKOLAH7.1 CUTI PENGGAL Memastikan:7.1.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.7.1.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.7.1.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.7.1.4 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

7.2 CUTI AKHIR TAHUN Memastikan:7.2.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.7.2.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak7.2.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.7.2.4 Menyemak stok dan inventori.7.2.5 Melabel dan mengemaskini sistem fail.7.2.6 Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru.7.2.7 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras atau Guru Pendidikan Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

8. MEMBANTU TUGAS-TUGAS RASMI LAIN YANG DIARAHKAN DARI SEMASA KE SEMASA.

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:__________________________ ___________________(NOR ASMAH BINTI DERAHMAN) (NUA’MAN BIN HARUN)PENYELARAS PPKIBP GURU BESARSK KUALA DUNGUN SK KUALA DUNGUN

Page 4: Guru Kelas Pendidikan Khas