guru rotan dan halau

Upload: sarahandi-api-abdullah

Post on 06-Jul-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 Guru Rotan Dan Halau

    1/8

    Pengenalan

    Pendidikan adalah teras pembentukan semangat kenegaraan kita bersama dan

    pembinaan tamadun. Oleh yang demikian, sistem dan proses pendidikan yang

    berkesan dan berkualiti merupakan asas usaha membina negara. Pada setiap hari

    persekolahan, seorang guru terpaksa berdepan dengan murid-murid yang berlainan

    perwatakan, maka ia tidak dapat elak daripada seribu satu masalah. Dalam usaha guru

    melayan keperluan, kehendak dan keperihatinan murid-muridnya, menghadapi pelbagai

    kebimbangan, tekanan dan desakan emosi. Seseorang guru juga terpaksa menghadapi

    isu-isu dan cabaran-cabaran yang timbul dari semasa ke semasa. Oleh itu, memang

    tidak dapat dinafikan wujudnya masalah stres di kalangan guru. Masalah stres perlu

    diambil perhatian yang serius. ika dapat dikenal pasti puncanya daripada awal, maka

    bolehlah diatur strategi untuk membantu guru menangani masalah stres. Dengan itu,

    guru berkenaan tidak tergolong dalam golongan guru-guru yang tidak bersemangat,

    tiada moti!asi, kecewa, atau tiada kepuasan kerja.

    "uru juga dituntut untuk menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk perubahan dan

    pembaharuan yang berlaku dari masa ke semasa. #abaran ini boleh mengakibatkan

    guru berhadapan dengan tanggungjawab yang semakin kompleks, amat getir serta

    lebih mencabar. $pabila teknologi semakin berkembang, perubahan semasa di

    kalangan arus modenisasi dan globalisasi menjadikan keperluan bidang pendidikan

    perlu dipertingkat dan mendesak para pendidik untuk bekerja keras demi

    merealisasikan hasrat negara melahirkan guru yang bertaraf dunia. %ahap stres guru di

    negara ini semakin membimbangkan ekoran beban tugas yang meningkat. Menurut

     $hmad $&hari '())*+, masalah disiplin pelajar, hubungan dengan rakan sekerja, gaji

    yang rendah, peluang kenaikan pangkat, persekitaran sekolah yang tidak selesa dan

    kurang kemudahan yang disediakan menyebabkan guru merasa bosan dan tertekan.

    Isu

    Menurut keratan akhbar Sinar arian atas talian bertarikh ( ebruari /0(, didapati

    seorang murid telah mendakwa seorang murid tahun enam trauma akibat dirotan dan

    dihalau oleh seorang guru wanita. Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami

    1

  • 8/16/2019 Guru Rotan Dan Halau

    2/8

    tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah

    kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. 1ejadian tersebut telah menyebabkan murid

    tersebut trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah. Malah guru tersebut juga didakwa

    telah mengarahkan murid tersebut untuk mengambil borang tukar sekolah dan

    berpindah sekolah. 1ejadian tersebut dikatakan berlaku kerana murid terbabit tidak

    menyiapkan kerja sekolah.

    2apa pelajar tersebut juga kesal kerana tindakan menghalau murid tersebut dari

    sekolah menyebabkan murid tersebut bersembunyi bersendirian di hujung kampung.

    Pengarah Pendidikan 3egeri pula menyatakan bahawa guru tersebut mungkin

    mengambil tindakan mengikut emosi dan tidak berdasarkan prinsip pendidikan guru.

    Cabaran

    Maka isu berkaitan dengan tekanan

    emosi merupakan satu cabaran

    kepada guru. Sekiranya guru tidak

    cuba mengawal emosi yang kurang

    stabil apabila masuk ke dalam kelas,

    la&imnya murid yang hanya

    melakukan kesalahan kecil akan

    dimarahi dan menjadi mangsa

    melepaskan kemarahan. 1elas yang diajar pula akan menjadi suram dan tidak ceria.

    1esannya adalah terhadap murid 4 murid yang tidak dapat belajar dalam suasana yang

    ceria dan membantutkan kemahiran sosial mereka.

    Murid yang datang ke sekolah untuk belajar dan mengharapkan ilmu daripada guru

    akhirnya perlu berhadapan dengan kerenah guru yang beremosi dan tidak dapat belajar 

    dengan suasana tenang dan berkesan. Selain membantutkan mood murid untuk

    belajar, murid juga akan mempunyai satu persepsi baharu yang negatif terhadap guru

    tersebut dan menggambarkan personaliti guru dalam diri murid setiap kali masuk ke

    dalam kelas.

    2

  • 8/16/2019 Guru Rotan Dan Halau

    3/8

    Dalam transformasi pendidikan, guru menghadapi pelbagai cabaran. $ntaranya adalah

    guru dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin

    pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemaskinikan

    kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan

    peperiksaan, memberi bimbingan dan sebagainya bagi memajukan pelajarnya.

    %ugasan guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain terpaksa membawa

    kerja balik ke rumah, guru kadang kala terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan

    dengan tugas mengajar seperti menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program

    peringkat daerah atau peringkat negeri atau wakil pengetua atau guru besar. Di

    samping itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan bimbingan akti!iti

    kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan beruniform. 5ni tidak termasuk

    mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah yang mungkin mengambil masa

    beberapa jam mahupun beberapa hari. 5ni menyebabkan guru terpaksa melakukan

    tugas yang bertentangan dengan kehendak mereka.

    #abaran daripada pihak sekolah merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh guru.

    Sistempendidikan yang berorientasikan peperiksaan melihat kejayaan sekolah

    berdasarkan prestasi peperiksaan yang dicapai oleh muridnya. enomena ini

    mencetuskan persaingan akademik dalam kalangan pentadbir sekolah untuk

    mendapatkan pengiktirafan umum dengan mengarahkan guru mengadakan program

    akademik seperti kelas tambahan termasuk dalam masa cuti dan menambah bilangan

    buku rujukan serta menjalankan akti!iti bercorak moti!asi untuk menjana

    kecemerlangan murid dalam peperiksaan.

    al ini memberikan tekanan kepada guru serta menambahkan lagi beban tugas

    mereka. 2eban kerja menjadi salah satu penyumbang utama kepada stres di kalangan

    guru. Dalam kajian beliau mendapati guru terpaksa melakukan kertas kerja yang terlalubanyak, persediaan kelas, membuat laporan dan menghantar laporan mengikut tarikh

    akhir yang telah ditetapkan. Di samping itu, guru juga terlibat dengan peperiksaan dan

    laporan bertulis oleh pelajar. %ambahan pula jumlah bilangan pelajar yang terlalu ramai

    dalam satu kelas. 1eadaaan ini menyumbang stres kepada guru.

    3

  • 8/16/2019 Guru Rotan Dan Halau

    4/8

    Sekiranya peratusan kelulusan yang disasarkan tidak dicapai, maka guru akan

    dianggap sebagai guru yang tidak komited dan kurang berjaya. Selain daripada itu,

    masalah kekurangan guru,kekurangan prasarana dan kemudahan pengajaran dan

    pembelajaran yang dihadapi oleh sesetengahsekolah turut memberikan tekanan

    kepada guru. 1ekurangan tenaga guru menyebabkan guru sedia ada terpaksa memikul

    tanggungjawab tambahan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya.

    al ini menyebabkan guru terpaksa mengorbankan masa rehatnya untuk membuat

    persediaan rapi dengan merujuk kepada bahan pembelajaran mata pelajaran yang

    bukan opsyennya. 2ilangan murid yang ramai, keadaan bilik darjah yang sesak

    memburukkan keadaan. Pengurusan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah

    merupakan cabaran kepada guru. Pelbagai kerenah yang dijelmakan oleh murid

    daripada pelbagai latar belakang, tahap pencapaian dan kebolehan merupakan situasi

    yang sering dihadapi oleh guru.

    1ewujudan keperluan yang berbe&a dalam kalangan murid merupakan cabaran kepada

    guru yang menuntut usaha yang lebih daripada pihak guru untuk memahami serta

    memenuhi kepelbagaian murid serta keperluan mereka. Dalam hal ini, guru perlu

    mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam aspek memahami keperluan murid

    serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik supaya proses

    pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

    "uru juga terbeban dengan masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan murid.

    Disamping itu juga ditambah lagi dengan masalah murid yang tidak minat untuk

    mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. 5ni merupakan masalah yang perlu

    ditangani oleh guru secara berkesan. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan

    berkesan, implikasi terhadap murid bermasalah dan murid lain akan menjadi lebih

    serius.

    Dalam hal ini, sokongan daripada ibubapa dan masyarakat adalah amat diperlukan bagi

    menangani masalah yang timbul. Masyarakat dan ibu bapa dapat membantu dari aspek

    pemantauan akti!iti anak-anak mereka di rumah. 1olaborasi di antara pihak sekolah,

    4

  • 8/16/2019 Guru Rotan Dan Halau

    5/8

    masyarakat dan ibu bapa sudah tentu akan dapat membantu mengurangkan masalah

    yang dihadapi oleh guru dalam memberikan pendidikan yang berkualiti.

    Profesion keguruan sentiasa terdedah kepada kritikan masyarakat. %anggungjawab

    mendidik seringkali diserahkan sepenuhnya oleh ibu bapa kepada guru. 1ehendak ibu

    bapa yang mahukan guru mendidik anak mereka dan membentuk sahsiah dan

    keperibadian serta kebolehan intelektual anak mereka merupakan tanggungjawab dan

    cabaran yang amat berat bagi guru. 5bu bapa juga cepat menyalahkan dan

    mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang

    kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka.

    "uru ialah golongan yang menjadi harapan negara dalam proses pembentukan modal

    insan demi kemajuan negara di masa hadapan. Peranan guru dalam merealisasikan

    misi dan !isi negara tertakluk kepada bentuk warga yang dihasilkan melalui sistem

    pendidikan negara. Dalam konteks ini, guru perlu memahami aspirasi masyarakat dan

    negara terhadap golongan guru. #abaran yang dihadapi oleh guru melalui perubahan

    kurikulum yang bersifat dinamik selaras dengan keperluan semasa menuntut guru

    untuk melakukan penyesuaian agar segala objektif yang disasarkan melalui perubahan

    kurikulum akan dapat dicapai. Perubahan secara mendadak boleh memberi tekanan

    kepada guru.

    Cara Penyelesaian

    Sebagai seorang umat islam, kita hendaklah melakukan perkara yang wajib

    dilaksanakan dan meninggalkan perkara yang salah. Dirikanlah solat lima waktu dan

    tingkatkan ibadah sunat akan membuat hati menjadi lebih tenang. 2erdoa lah kepada

    %uhan agar diberikan petunjuk dan masalah duniawi dapat diselesaikan dengan baik.

    5ni akan membantu dalam mengatasi stress di dalam diri saya.

    Semua orang senang untuk mengatakan 6saya seorang yang positif7 tapi sebenarnya

    susah hendak dilakukan. 8ntuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan

    semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. ikirlah yang baik

    dan jadikan lah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah

    5

  • 8/16/2019 Guru Rotan Dan Halau

    6/8

    untuk menjadi lebih baik. %ambahan lagi, tiada siapa yang dapat mengubah diri anda

    selain daripada kemahuan anda sendiri.

    1awal emosi amat penting ketika menghadapi stress. 2iasanya, tekanan akan

    menyebabkan mood menjadi tidak menentu. $dakalanya anda bermasam muka dan

    ada masanya anda akan marah secara tiba-tiba. Situasi tersebut adalah bergantung

    apa yang kita hadapi dan alami. 3amun, semua itu tidak akan menyelesaikan masalah

    oleh itu adalah lebih baik jika kita mengawal emosi agar diri menjadi lebih tenang dan

    tidak mengikut perasaan.

    Dalam masa yang sama, tindakan bersendirian juga membantu dalam mengawal

    tekanan. 5ni boleh dilakukan dengan pergi ke tempat yang dirasakan boleh

    menenangkan fikiran anda disamping mencari penyelesaian terhadap situasi yang

    berlaku. Dengan bersendirian seserong akan mampu berfikir dengan lebih baik dan

    mengurangkan perasaan tekanan tersebut.

    Selain daripada meluangkan masa secara bersendirian, meluangkan masa dengan

    keluarga dan rakan adalah cara untuk mengatasi tekanan. 1etika menghadapi tekanan,

    keluarga adalah penyembuh utama segala kedukaan di hati kita. 1eluarga sentiasa ada

    di sisi kita ketika susah dan senang oleh itu bersama mereka adalah sesuatu yang

    membahagiakan dan mengembirakan. Selain itu, meluangkan masa bersama rakan

    seperti beriadah dan makan malam bersama. Dengan itu, hati akan menjadi lebih ceria

    dari sebelumnya.

    2ersenam dan melakukan latihan jasmani dapat membantu manusia melupakan

    tekanan yang dihadapi. 2adan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas. Dengan

    cara ini, mereka yang berkenaan dengan tekanan dapat memikirkan cara yang sesuai

    untuk berhadapan dengan tekanan tersebut tanpa diri mereka tersekat dalam suasana

    yang tertekan. Para guru perlu ditegaskan oleh 1ementerian atau pihak sekolah untuk

    terlibat dalam akti!iti sukan seperti 9umba dan beberapa jenis sukan ringan yang

    diwajibkan pada hari tertentu dengan jadual tertentu.

    6

  • 8/16/2019 Guru Rotan Dan Halau

    7/8

    Penutup

    Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha

    pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua bidang

    mampu menyebabkan tekanan kepada indi!idu. %etapi tidak bermakna bahawa tekanan

    pada tahap tinggi sehingga menyebabkan gangguan pada operasi pendidikan itu perlu

    dipandang sebagai suatu insiden biasa. Perkara ini perlu diberi perhatian

    sekurangkurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara

    berperingkat.

    5su ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa diperbaharui

    dan dipertingkatkan mutunya ini dapat selari dengan keperluan dan kepentingan semua

    pihak yang terlibat. Meningkatkan mutu pendidikan bukan bermakna perlu

    mengorbankan atau menuding hanya kepada sesuatu pihak. %etapi perlu dengan usaha

    serta penglibatan semua pihak dan memenuhi kepentingan setiap pihak yang terlibat.

    Penyelesaian yang ditekankan perlu merangkumi penglibatan semua pihak termasuk

    kementerian, sekolah dan indi!idu guru itu sendiri. Segalanya adalah usaha demi

    mempertingkat dan memartabatkan status pendidikan Malaysia.

    Rujukan

    7

  • 8/16/2019 Guru Rotan Dan Halau

    8/8

    Sinar arian '/0(+ Murid tahun enam trauma akibat dirotan dan dihalau guru diakses daripada

    http:;;www.sinarharian.com.my;semasa;murid-tahun-enam-trauma-akibat-dirotan-dan-

    dihalau-guru-(.(0*)<

    =e $h Meng'())>+. Psikologi dalam 2ilik Darjah. 1uala ?umpur : Penerbitan ajar 2akti.

    atta Sidi dan Mohammed atta Shaharom '/00/+Mengurus Stres,Pendekatan yang praktikal

    1uala ?umpur : Dewan 2ahasa dan Pustaka

    1amarudin j. usin'())+.Pedagogi : Penggunaan Psikologi dalam 2ilik Darjah. Selangor 

    Darul =hsan: ?ongman Malaysia.

    ?ee Shok Mee'())>+.$sas Pendidikan /: Psikologi dalam 2ilik Darjah. 1uala ?umpur:

    1umpulan 2udiman.

    Mok Soon Sang'/00/+. Psikologi pendidikan untuk 1urses Diploma Perguruan Semester .

    Subang jaya: 1umpulan 2udiman.

    3oor adayah 2inti j. $hmad '/00+. aktor-faktor yang menyebabakan Stres kerja di

    1alangan "uru Sekolah Menengah : Satu 1ajian di Daerah ohor 2ahru, ohor. Projek

    Sarjana Muda 8ni!ersiti %eknologi Malaysia.

    @amle 2in aji $bdul @ahman '/00+. Masalah Stres Di 1alangan "uru Pertukangan di

    Sekolah Menengah %eknik Di Daerah Melaka %engah : Satu 1ajian Mengenai Punca dan

    %ahap Stres "uru. Projek Sarjana Muda 8ni!ersiti %eknologi Malaysia.

    @ohani Md. Sharif '())(+. Pengaruh aktor Sekolah 1e $tas %ekanan "uru. Projek Sarjana

    Muda 8ni!ersiti Malaya

    Sapora Sipon '/00