guru sejarah

Upload: rubini-ribena

Post on 17-Oct-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ciri-ciri guru

TRANSCRIPT

SEJARAH 3103.Definisi,ciri-ciri guru sejarah yang efektif dan cara memupuk semangat patriotime di kalangan murid.PendahuluanSudah terhantuk baru tengadah begitulah bunyi pepatah yang sering diungkapkan apabila kita sedar daripada kesilapan yang dilakukan. Selagi tidak terhantuk, selagi itulah kita alpa dan berasa selesa dengan situasi semasa, tanpa beringat akan pengalaman lepas atau pengalaman individu lain.Di sinilah letaknya fungsi sejarah. Namun, kebanyakan daripada masyarakat hari ini tidak lagi memandang pada mata pelajaran Sejarah di sekolah, apatah lagi generasi muda yang mula melabel subjek ini sebagai tiada nilai ekonominya.Dalam perkembangan globalisasi yang berteraskan liberalisasi ekonomi, generasi muda semakin khayal dengan keseronokan teknologi. Dengan alasan gaya hidup terkini, mereka tidak lagi memandang pada mata pelajaran Sejarah. Sebaliknya, melihat mata pelajaran berteras Sains dan Matematik seperti Fizik, Biologi, Kimia, Matematik tambahan, kejuruteraan, dan Perakaunan, berupaya menjamin masa depan kerjaya mereka.Kepesatan perkembangan teknologi yang sememangnya diakui bercambah seiring perkembangan ilmu sains dan matematik telah menutup mata sebahagian masyarakat terhadap mata pelajaran kemanusiaan seperti Geografi dan Sejarah khususnya.Mereka melihat pembangunan tamadun Barat berkembang pesat dimangkin oleh ilmu sains semata-mata. Oleh itu, untuk mencapai taraf pembangunan yang sama, masyarakat di sini juga perlu menguasai ilmu sains. Hal ini memang tidak dapat dinafikan ada relevannya. Namun, kehebatan sesebuah tamadun bukanlah terletak pada pencapaian gemilang ilmu sains sahaja. Sebaliknya, ia perlu diimbangi dengan keutuhan jati diri rakyat yang datangnya daripada ilmu kemanusiaan.Kita sering membuat perbandingan tentang betapa indahnya kota cinta Paris, hebatnya teknologi penyiasatan CSI di New York, dan kecanggihan sistem pengangkutan awam di kota London. Kemudian kita persoalkan kenapa ia tidak berlaku di negara kita? Ditambah lagi persoalan, walaupun mereka hebat berteknologi, namun masyarakatnya punya jati diri yang utuh. Perlu diingat mereka ini pewaris bangsa penjajah. Ketamadunan mereka dibina dengan keserasian ilmu sains dan ilmu kemanusiaan juga. Teori-teori ilmu kemanusiaan dan sains sosial berkembang di negara mereka. Lantas kita di sini juga menghantar para pelajar mempelajari pengalaman mereka.Barat dapat diperhatikan perkembangan kedua-dua bidang ilmu, iaitu sains dan kemanusiaan. Hal ini bagi mereka penting kerana proses pembinaan jati diri sebagai rakyat perlu diimbangi. Maka tidak hairanlah, dalam sistem pendidikan mereka mata pelajaran Geografi dan Sejarah menjadi keutamaan bermula di peringkat rendah lagi.Hal ini demikian kerana menurut mereka bagi melahirkan generasi yang bangga dengan negaranya, mereka perlu didedahkan dengan keagungan tamadun bangsa mereka yang diwarisi zaman-berzaman. Mereka juga didedahkan dengan dunia luar di peringkat sekolah rendah lagi. Mereka perlu menjadi pewaris bangsa penjajah juga, tetapi dalam konteks dunia yang baharu, iaitu globalisasi.Persoalannya, di manakah mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan kita? Sementelahan kita asyik mempersoalkan generasi muda merupakan pewaris generasi masa depan negara. Kita perlukan perubahan minda dalam kalangan masyarakat tentang mata pelajaran Sejarah.Memang tidak dapat dinafikan, proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah bermula di peringkat sekolah rendah lagi, iaitu menerusi subjek Kajian Tempatan kepada para pelajar di tahap dua (tahun 4 hingga 6). Kemudian, di peringkat menengah diteruskan dengan mata pelajaran Sejarah dari tingkatan satu hingga lima. Di peringkat rendah, para pelajar didedahkan dengan konsep asas sejarah, bermula yang dekat dengan diri mereka, keluarga, masyarakat, kawasan setempat dan peristiwa penting sejarah negara. Di peringkat sekolah menengah pula, mereka mempelajari sejarah politik, ekonomi dan sosial negara berlatar belakang zaman prasejarah, Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan, perang dunia, prakemerdekaan, sehinggalah negara mencapai kemakmuran pada hari ini. Jika dilihat secara kasar, kurikulum sejarah itu amat tuntas dan holistik sifatnya. Namun di manakah kecacatan yang menjadi punca pengabaian mata pelajaran sejarah ini? Adakah guru yang kurang kemahiran dipaksa mengajar sejarah atau pun penggubalan kurikulum itu kurang menarik perhatian pelajar? Sememangnya persoalan ini kritis untuk dijawab. Pakar pedagogi dan mereka yang terlibat dengan pembinaan kurikulum ini sahaja yang boleh merungkaikannya. Tetapi, itu persoalan yang terus berlaku dan akan terus berlaku, selagi kesan pembinaan generasi yang prihatin sejarah tidak dapat dilahirkan.Anjakan paradigma masyarakat tentang kepentingan ilmu sejarah perlu dilakukan. Sejarah bukanlah suatu mata pelajaran yang bersifat metafora, sebaliknya berdiri di atas fakta yang kukuh. Setiap perkara yang berlaku sama ada berkaitan dengan diri sendiri, masyarakat atau negara, perlu disedari ada kaitan dengan sejarah. Sekurang-kurangnya kita pernah berkata, tidak ingatkah apa yang telah berlaku dahulu. Hal ini merujuk kepada peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini. Ini juga suatu disiplin dalam sejarah. Masyarakat perlu ada kefahaman bahawa Sejarah itu bukanlah suatu mata pelajaran yang perlu menghafal semata-mata tentang sesuatu peristiwa. Sebaliknya, jika ditelusuri banyak kemahiran yang cuba digarap melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Para pelajar diajar tentang kemahiran Kajian Masa Depan. Melalui kemahiran ini, para pelajar dilatih menggunakan fakta yang sedia ada untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Selain itu, semangat ingin tahu disemaikan ke dalam jiwa pelajar. Mereka dididik dengan kemahiran Inkuiri Penemuan. Kemahiran ini penting bagi melahirkan insan pelajar yang sentiasa mempersoalkan fakta yang diperoleh, lantas mereka mencari kebenaran ke atas fakta tersebut. Ini merupakan sebahagian daripada penerapan yang ada dalam mata pelajaran sejarah yang mungkin tidak disedari oleh para ibu bapa.Kita tidak mahu generasi muda pada hari ini terus alpa dengan kemodenan yang dicanang oleh liberalisasi ekonomi. Secara tidak sedar, kita mungkin dijajah kembali dalam bentuk yang baharu. Musuh dalam selimut, atau gunting dalam lipatan begitulah boleh diibaratkan kepada perkembangan teknologi moden seperti Internet dan 3G, sekiranya rakyat tiada jati diri yang kukuh. Janganlah kita menjadi seperti kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Pembinaan jati diri ini hanya dapat dipupuk melalui kesedaran terhadap kepayahan generasi terdahulu membina sebuah negara bangsa. Mata pelajaran Sejarah merupakan faktor penting dalam mencapai usaha tersebut.

1.0. CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG EFEKTIF DAN PERANAN GURU DALAM BILIK DARJAHMenurut Yaakub Isa (1994), guru yang baik. Mampu mengajar atau mendidik dengan baik lalu pendidikannya menjadi berkesan sementara objektif pengajarannya tercapai.Menurut Michael Marland, seorang guru dapat dikatakan efektif apabila ia memiliki sikap tajam perhatian dan pantang menyerah, penjelasannya mudah difahami oleh murid-muridMenurut Ryans (1964) guru yang efektif ialah guru yang memiliki ciri-ciri peribadi berikut:-1. Bersikap adil dan tidak memilih kasih.2. Bertimbang rasa dan baik hati.3. Bertanggungjawab dan suka menolong individu yang lain.4. Tenang dan stabil emosinya.5. Mudah dihampiri, berpatutan dan berupaya untuk berjenaka.6. Berpersonaliti dinamik iaitu menarik, tangkas dan mampu menghidupkan suasana kelas.7. Bersabar.8. Mempunyai imaginasi yang tinggi yang membolehkannya memberikan pelbagai jenis contoh yang mampu membantu para pelajarnya memahami sesuatu perkara dengan cepat dan mudah.9. Mempunyai kecerdasan yang tinggi yang membolehkannya memahami serta mengajar sesuatu dari sudut pandangna yang luas.10. Bersuara lantang, dan bertingkahlaku yang sopan.11. Bersikap terbuka, jujur dan ikhlas.12. Bersikap tegas bagi membolehkan pengajaran-pengajaran dapat berjalan dengan baik.13. Berdedikasi dan rajin.14. Mementingkan ketepatan masa.15. Sedia membrirkan galakan dan pujian.16. Bersikap demokratik.

17. Bersifat ingin belajar.

Minda Sejarah: Ciri-ciri Guru Sejarah CemerlangSalam perjuangan buat semua guru Sejarah yang dihormati lagi disegani meski di manapun kalian semua sedang berkhidmat kini demi membangun jiwa anak bangsa agar menjadi insan terpimpin dan memimpin peradaban ke mercu kegemilangan.

Pada kali ini Minda Sejarah akan berkongsi satu tajuk penting ke arah merealisasikan matlamat melahirkan ciri-ciri guru sejarah yang berkesan.

Apakah rasionalnya guru sejarah perlu mempunyai ciri-ciri cemerlang? Jawapannya adalah sangat mudah iaitu seorang murid akan lebih cemerlang jika dibimbing oleh seorang guru yang cemerlang.

Tidaklah bermakna penulis merupakan pencinta dan pembimbing sejarah yang berkesan apatah lagi cemerlang, namun sekadar berkongsi serba sedikit pengalaman diri dan rakan-rakan guru sejarah lain yang telah mencipta kecemerlangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru sejarah berkesan memiliki ciri-ciri personal, profesional, sosial dan interpersonal yang unggul. Selain daripada mendapat latihan yang baik dan berpengalaman dalam mata pelajaran sejarah, guru sejarah berkesan juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam merancang kurikulum, mengurus kurikulum dan melaksanakan kurikulum sejarah dengan berkesan dalam pelan tindakan organisasi pembelajaran di sekolah. Pada umumnya seorang guru sejarah berkesan mempunyai ciri-ciri berikut :

(1) Dapat mengembangkan stail, kaedah, pendekatan, strategi pengajaran yang berkesan bagi mencorakkan pembelajaran yang bermakna, memupuk minat dan mengembangkan potensi murid-murid.

(2) Dapat menyusun dan merancang pembelajaran yang mencabar kebolehan murid ke arah pengembangan pemikiran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis, analitikal dan kreatif.

(3) Dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang menarik dan menjadikan mata pelajaran sejarah relevan, penting dan berguna kepada pembangunan dan perkembangan diri murid.

(4) Mempunyai kebolehan istimewa seperti kebolehan bercerita, berlakon, daya imaginasi, kemahiran berkomunikasi, berjenaka, daya intelektual yang tinggi, disegani dan dihormati murid.

(5) Mempunyai personaliti yang disenangi oleh murid, menjadi pendorong dan 'role model' kepada para pelajar.

(6) Mengamalkan pembelajaran aktif (active learning), mendorong penglibatan aktif murid dan memberi peluang yang luas kepada murid mengembangkan kebolehan dan potensi mereka.

(7) Kreatif dan inovatif, khususnya dari segi pengajaran, pembelajaran, personaliti dan penggunaan pelbagai inivasi media dan teknologi pembelajaran.

(8) Patriotik dan 'Cinta Tuhan', iaitu satu kualiti kebolehan guru sejarah membangkitkan semangat, memupuk kesedaran, menyuburkan idealisme, dan membina wawasan bersama dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di bilik darjah.

(9) Mempunyai kewibawaan dan karisma sebagai guru dan pemimpin pendidikan yang berkesan dalam pengajaran mata pelajaran sejarah.

(10) Menonjolkan ciri-ciri personal yang berkesan seperti ikhlas, mesra, penyayang, ceria, tenang, berfikiran positif dan terbuka, bijak, bertimbang rasa, bermotivasi tinggi, mempunyai wawasan dan inspirasi serta berkebolehan menjana perubahan dan kemajuan diri murid.

(11) Mempunyai kebolehan berhujjah, kemampuan menjana dan mencetuskan pemikiran aras tinggi, berpengetahuan yang luas, dedikasi terhadap tugas pengajaran, minat dan dorongan profesional bagi memaju dan meningkatkan kualiti pengajaran, semangat berusaha menjadikan diri cemerlang dan pakar bidang yang diajar serta sentiasa berusaha memajukan diri dalam profesion perguruan yang diceburi.

Tuntasnya, kegagalan dan keengganan guru sejarah mengekalkan sifat-sifat guru sejarah yang berkesan, cemerlang dan bermotivasi tinggi boleh memberi impak yang buruk kepada kemajuan dan perubahan pendidikan yang perlu berlaku di peringkat sekolah.

Perlaksanaan kurikulum sejarah di sekolah mungkin tidak berlaku secara dinamik dan progresif sekiranya kurang kesediaan dalam kalangan guru sejarah bagi melaksanakan pembaharuan, selaras dengan perkembangan arus pendidikan semasa.

Faktor-faktor penentu seperti perubahan sikap guru, penguasaan aplikasi inovasi dan teknologi maklumat, latihan dalam pengurusan dan perlaksanaan, memperkenalkan teknik dan strategi baru yang efektif dan mampu dilaksanakan, pemberian insentif kepada guru, pembentukan 'teamwork' dalam organisasi sekolah dan sebagainya perlu diambilkira dalam perlaksanaan pembaharuan dan perubahan ke arah merealisaikan lebih ramai guru sejarah yang mempunyai ciri-ciri guru sejarah cemerlang.