hadis-hadis berkaitan kelebihan hafazan al-quran

14
Hadis-Hadis berkaitan kelebihan hafazan Al-Quran

Upload: fytt-ree

Post on 18-Jan-2016

277 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

hadis kelebihan hafazan

TRANSCRIPT

Page 1: Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

Hadis-Hadis berkaitan kelebihan hafazan Al-

Quran

Page 2: Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT

Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

• Sabda Rasulullah s.a.w: "Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.

Page 3: Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI

Sabda rasulullah s.a.w:• "Daripada Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari

nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, "Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."

Page 4: Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA

• Sabda rasulullah s.a.w "Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,"

Page 5: Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA

• Sabda rasulullah s.a.w.• " DaripadaAbdullah Bin Mas'ud ra. Daripada

nabi s.a.w. baginda bersabda: " bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran.

• Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira."

Page 6: Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

DISAYANGI RASULULLAH S.A.W

• .• Sabda rasulullah s.a.w.:• "Daripada Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w

menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.

• Kemudian nabi s.a.w. bertanya, "dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?" apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad."

Page 7: Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

diangkat sebagai pemimpin

• Selain itu orang yang menghafal Al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin seperti di dalam maksud hadith riwayat muslim “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.”

Page 8: Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

Ibu bapanya mendapat kemuliaan

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

• Hadith ini jika diteliti telah mengaitkan suatu kelebihan yang amat besar kepada ibu bapa. Secara logiknya adalah sesuatu yang tidak wajar apabila orang yang tidak ada kena mengena telah mendapat suatu kelebihan yang berpunca dari amalan orang lain. Tetapi inilah dia method yang telah digunakan oleh Nabi s.a.w dalam menceritakan kelebihan yang dijanjikan Allah kepada seorang penghafaz Al-Quran.

Page 9: Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi

Muhammad S.A.W

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

Page 10: Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

Penghafaz al-Quran mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Page 11: Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

Begitulah kelebihan-kelebihan bagi orang yang menghafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran itu wajib dipelajari bagi kita umat islam kerana didalam sembahyang pun kita membaca Al-Quran.

Page 12: Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

• “ Sebaik-baik kamu adalah orang yang menghafaz Al-Quran dan mengajarkannya”

• Ada dua pendapat ulama’ berkenaan hadith ini, iaitu huruf ‘wau’ yang menghubungkan antara kata ‘belajar’ dan ‘mengajar’. Ada yang mengatakan seseorang itu akan mencapai darjat sebaik2 manusia apabila dia bukan sahaja belajar tetapi diikuti dengan mengajar dan menyebarkan Al-Quran tersebut. Manakala selebihnya mengatakan memadai dengan menunaikan satu sahaja.

Page 13: Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

“ Barangsiapa yang menghafaz Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, maka Allah akan memakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat, suatu mahkota yang mana kilauannya lebih cerah berbanding cahaya matahari ”.

• Hadith ini jika diteliti telah mengaitkan suatu kelebihan yang amat besar kepada ibu bapa. Secara logiknya adalah sesuatu yang tidak wajar apabila orang yang tidak ada kena mengena telah mendapat suatu kelebihan yang berpunca dari amalan orang lain. Tetapi inilah dia method yang telah digunakan oleh Nabi s.a.w dalam menceritakan kelebihan yang dijanjikan Allah kepada seorang penghafaz Al-Quran.