halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan … · latihan di salah sebuah institut latihan...
TRANSCRIPT
HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI
SALAH SEBUAH INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN DI NEGERI
TERENGGANU
NOR SYUHADA BINTI RAMLAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI SALAH SEBUAH INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN DI NEGERI
TERENGGANU
NOR SYUHADA BINTI RAMLAN
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang
Syukur Atas Segala Kurniaan-Mu
Selawat dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.
Khas Buat Ayah dan Ibu Yang Tersayang...
Ramlan Bin Masri dan Jamilah binti Berawod
Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian
Segala Jasa Dan Pengorbananmu Tidak Akan Anakanda
Lupakan Hingga Ke Akhir Hayat.
Buat Penyelia Yang Dikagumi..
Dr.Mohd Khata bin Jabor
Terima Kasih di Atas Segala Tunjuk Ajarmu
Buat Kakak, Abang dan Adik-Adikku Yang Dikasihi…
Roshaimi, Lukman, Hanisah, Ridzuan, Izham, Ashikin dan Nabihah
Janganlah Leka Dengan Kenikmatan Hidup Yang Sementara Ini
Semoga Kita Menjadi Kebanggaan Ayahanda dan Bonda Tercinta
Buat Tunang Yang Dikasihi…
Ahmad Safwan Bin Ahmad Yusof
Terima kasih di atas sokonganmu
Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Pendidikan Yang Disanjungi..
Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa dan Bakti Yang Dicurahkan
Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi…
Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya
Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama
Amin...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat
dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat
serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan
untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
Dr. Mohd Khata bin Jabor selaku penyelia dan pembimbing penyelidik
kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan
panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam
menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T.
melimpahkan rahmat-Nya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.
Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga
yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang
penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah
Zanariah, Pusat Sumber Fakulti Pendidikan
dan lain-lain kerana menyediakan bahan-bahan ilmiah yang berguna kepada
penyelidik.
Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan
kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada
penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.
Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang
dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah
S.W.T. Sekian Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat
latihan di salah sebuah Institut Latihan Perindustrian di negeri Terengganu. Terdapat
3 persoalan yang dikaji iaitu halatuju masa depan untuk pelajar untuk menceburi
bidang keusahawanan, melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan
juga untuk mendapatkan pekerjaan. Seramai 108 orang dipilih sebagai sampel
kajian. Responden terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan tahun akhir. Kajian
ini dilakukan secara diskriptif dengan menggunakan satu set soal selidik sebagai
instrumen kajian yang dibahagikan kepada A, B, C dan D. Data-data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) for
window version 16.0. Hasil kajian ini digambarkan menerusi jadual-jadual yang
mengandungi kekerapan, peratusan dan nilai min. Nilai alpha cronbach yang
diperolehi dalam kajian ini ialah 0.921. Hasil daripada kajian ini menunjukkan
halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di ILP untuk persoalan kajian
pertama iaitu melanjutkan pelajaran adalah pada tahap paling tinggi berdasarkan
nilai min yang diperolehi iaitu 4.31. Manakala nilai min keseluruhan responden pada
persoalan kajian kedua ialah 4.29 menunjukkan bahawa pelajar mempunyai halatuju
masa depan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan. Nilai min bagi persoalan
kajian yang ketiga juga adalah tinggi iaitu 3.81 yang menunjukkan pelajar
mempunyai halatuju masa depan untuk menceburi bidang keusahawanan. Kajian ini
diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada
pihak-pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan
pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to identify the future directions of a student in a one of the
Institut Latihan Perindustrian (ILP) in Terengganu after their being graduated. There
were three aspects will be studied which is future direction for student get into
entrepreneurship field, continuing study to a higher level, and to get a job. A total of
108 people were selected as a study sample. The respondents were male and female
of a last year’s students. This research is a descriptive research using a questionnaire
as a study instrument that divided into A, B, C and D. Data had been obtained were
then analyzed by using Statistical Package for Social Science (SPSS) for window
version 16.0. Research’s result then presented using tables that shows frequencies,
percentage and mean. The reliability value of this research is 0.921 of Cronbach’s
alpha. Result of the research shows that student’s future direction after their being
graduated from ILP for the first aspect that was continuing study get the highest
level based on the mean obtained that is 4.31. For second aspect shows that 4.29 of
mean that is future direction respondents want to get a job after graduated. Mean
value for the third aspect is also high that is 3.81 shows that students also prefer to
get involved in entrepreneur field after their graduated. This study ends with
recommendation from researcher for some relevant parties for their intentions.
Further study also included in the recommendation for future study.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENDAHULUAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Kesimpulan 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pendidikan Teknikal dan Vokasional 13
2.3 Sejarah Perkembangan Pendidikan Teknikdan Vokasional 15
2.4 Peranan Pendidikan Teknikal dan Vokasional 17
2.5 Maklumat Institut Latihan Perindustrian (ILP) 19
2.6 Halatuju Masa Depan Pelajar Selepas Tamat Latihan 22
2.6.1 Kecenderungan Menjadi Usahawan 24
2.6.2 Kecenderungan Melanjutkan Pelajaran ke Peringkat
Lebih Tinggi 26
2.6.3 Kecenderungan Mendapatkan Peluang Pekerjaan 26
2.7 Peningkatkan Taraf Hidup 28
2.8 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Halatuju
Masa Depan Pelajar 29
2.8.1 Faktor Minat 29
2.8.2 Faktor Kursus 30
2.8.3 Faktor Ibubapa 31
2.8.4 Faktor Rakan 31
2.8.5 Faktor Ekonomi Keluarga 32
2.9 Kajian Lepas 33
2.10 Kesimpulan 34
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
ix
3.3 Lokasi Kajian 36
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 38
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 38
3.5.1.1 Soal Selidik 39
3.5.1.1.1 Bahagian A 40
3.5.1.1.2 Bahagian B, Bahagian C dan
Bahagian D 40
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 42
3.6 Prosedur Kajian 43
3.7 Kesahan Soal Selidik 44
3.8 Kajian Rintis 45
3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 46
3.10 Kaedah Pengumpulan Data Kajian Sebenar 47
3.11 Analisis Data 47
3.12 Kesimpulan 48
4. PENGANALISAAN DATA KAJIAN
4.1 Pengenalan 49
4.2 Analisis Bahagian A 50
4.2.1 Jantina 50
4.2.2 Bangsa 50
4.2.3 Umur 51
4.2.4 Kursus 51
4.2.5 Pekerjaan Ibu Bapa 52
4.2.6 Pendapatan Ibu Bapa 53
4.3 Analisis Bahagian B 53
4.3.1 Halatuju Masa Depan Pelajar dalam bidang
Keusahawanan 55
4.3.2 Halatuju Masa Depan Pelajar dalam Melanjutkan
Pelajaran. 59
x
4.3.3 Halatuju Masa Depan Pelajar Untuk Mendapatkan
Pekerjaan 63
4.4 Analisis Keseluruhan 66
4.5 Kesimpulan 67
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 68
5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 69
5.3 Perbincangan
5.3.1 Bahagian A 70
5.3.2 Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D 71
5.3.2.1 Adakah Menceburi Bidang Keusahawan
Merupakan Halatuju Masa Depan Pelajar
Selepas Tamat Latihan di ILP? 72
5.3.2.2 Adakah Melanjutkan Pelajaran Merupakan
Halatuju Masa Depan Pelajar Selepas Tamat
Latihan di ILP? 74
5.3.2.3 Adakah Mendapatkan Pekerjaan Merupakan
Halatuju Masa Depan Pelajar Selepas Tamat
Latihan di ILP? 76
5.4 Rumusan. 78
5.5 Cadangan 79
5.4.1 Pelajar 79
5.4.2 Jabatan Tenaga Manusia (JTM) 80
` 5.4.3 Institut Latihan Perindustrian (ILP) 81
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan. 82
5.7 Kesimpulan 83
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 2.1 Peratusan Lepasan Pelatih Yang Mencari Kerja 25
Jadual 2.2 Peratusan Lepasan Pelajar ILP Yang Berkerja 27
Jadual 3.1 Skala Likert, bahagian B dan bahagian C 41
Jadual 3.2 Ringkasan Skala Likert 41
Jadual 3.3 Klasifikasi Item Mengikut Kajian 42
Jadual 3.4 Tahap Penilaian Min 42
Jadual 3.5 Nilai Alpha Cronbach Bagi Item Dalam Kajian Rintis 46
Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 50
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 50
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 51
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus 51
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa 53
Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa 55
Jadual 4.7 Jadual Taburan Responden Terhadap Bidang
Keusahawanan 55
Jadual 4.8 Jadual Taburan Responden Terhadap Melanjutkan
Pelajaran 59
Jadual 4.9 Jadual Taburan Responden Pekerjaan 63
Jadual 4.10 Jadual Taburan Analisis Keseluruhan 66
xiii
SENARAI SINGKATAN
Bil - Bilangan
K - Kekerapan
KS - Kurang Setuju
SPSS - Statical Package for the Social Sciences
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
ILP - Institut Latihan Perindustrian
RMK10 - Rancangan Malaysia Ke-sepuluh
PSM - Pembangunan Sumber Manusia
KSM - Kementerian Sumber Manusia
IKBN - Institusi Kemahiran Belia Negara
JTM - Jabatan Tenaga Manusia
ILPKL - Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
JMTI - Institut Teknikal Jepun-Malaysia
ADTEC - Pusat Latihan Teknologi Tinggi
RMK-9 - Rancangan Malaysia Ke-9
IMP3 - Pelan Induk Perindustrian Ketiga Negara
(MLVK) - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
JTM - Jabatan Tenaga Manusia
JKR - Jabatan Kerja Raya
xiv
KTM - Keretapi Tanah Melayu
CAB - Central Apparenticeship Board
LLPPKK - Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan
Kebangsaan
S.W.T - Subhanahuwataala
S.A.W - Sallallahualaiwassalam
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Pengesahan Instrumen I
C Pengesahan Instrumen II
D Surat Pengesahan Menjalankan Kajian
(Fakulti Pendidikan)
E Surat Kelulusan Menjalankan Kajian di
Institut Latihan Perindustrian (ILP)
F Surat Pengesahan Telah Menjalankan Kajian
di Institut Latihan Perindustrian (ILP)
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada masa kini, perkembangan industri di Malaysia semakin berkembang
maju dan telah menyebabkan negara memerlukan lebih ramai pekerja mahir dan
separuh mahir bagi menampung keperluan ini. Permintaan keperluan yang semakin
meningkat terhadap keperluan pekerja mahir merupakan salah satu masalah terhadap
sistem pendidikan yang terdapat di Malaysia. Hal ini kerana golongan belia
memainkan peranan penting dalam pembentukan negara yang maju dan sesebuah
industri bergantung kepada belia yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan
berketrampilan.
Misi Nasional yang diperkenalkan seiring dengan Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMK-10) iaitu membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf
dunia merupakan prasyarat yang penting bagi mencapai tahap modal insan bertaraf
dunia menjelang tahun 2020. Disamping memberi penekanan terhadap peningkatan
keupayaan dan pengetahuan dalam memupuk minda kelas pertama dan
mengupayakan belia untuk masa hadapan (Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-
2
2015, 2010). Ini jelas menunjukkan bahawa tenaga kerja yang berkemahiran di
kalangan belia adalah diperlukan untuk meningkatkan produktiviti dan keupayaan
negara dalam persaingan global terutamanya dalam sektor perkilangan,
perkhidmatan dan pembinaan
Pendidikan dan pembangunan sumber manusia (PSM) adalah elemen penting
kepada kemajuan daya saing negara. Sistem pendidikan yang diperkenalkan
haruslah memenuhi kehendak komersial dan industri disamping boleh melahirkan
pekerja mahir yang inovatif, produktif dan berkemahiran tinggi. Pekerja mahir ini
merupakan input yang sangat penting kepada pembangunan ekonomi bagi sesebuah
negara dan jika tiada pekerja mahir ini, pertumbuhan ekonomi negara akan menjadi
mundur (Hasnah Ali, et al., 2009)
Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara yang membangun
sepenuhnya ialah dengan memberi penekanan kepada pembangunan sumber
manusia. Negara perlu mengeluarkan lebih ramai modal insan berkualiti yang
berkemahiran dan berpengetahuan, inovatif, dan mampu menghadapi saingan global
serta relevan dengan keperluan semasa melalui latihan dan kemahiran. Oleh itu,
fokus pembangunan tenaga manusia ialah untuk meningkatkan seramai mungkin
sumber tenaga kerja bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian iaitu sebanyak
4.8 juta tempat disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi
Pembangunan Sumber Manusia. (Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015, 2010)
Bagi mengatasi isu kekurangan pekerja mahir ini, pelbagai usaha telah
dilakukan oleh kerajaan melalui program pendidikan dan latihan kemahiran teknik
dan vokasional dengan menambah pengambilan pelajar, bilangan institusi latihan,
pembaikan dan penyelenggaraan institusi sedia ada bagi memenuhi permintaan
Negara dalam menuju wawasan 2020. Hal ini terbukti apabila pelbagai program
latihan dan kemahiran yang lebih komprehensif untuk belia telah diperkenalkan bagi
meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya. Program latihan kemahiran
3
diperluaskan lagi merangkumi pelbagai bidang baru selain memperkenalkan
program teknikal dan vokasional yang baru bagi menampung sejumlah 100,000
tempat disediakan di beberapa institusi latihan kemahiran seperti Institusi
Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pusat Giat Mara, Institusi Latihan Perindustrian
(ILP) dan sebagainya. Pengambilan 100,000 tempat bagi pelajar ini akan diuruskan
oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi mulai
tahun 2011 (Utusan Malaysia, 28/10/2010).
Menurut sumber Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015 (2010), usaha
berterusan akan diambil untuk melatih dan menggilap tenaga kerja supaya menepati
keperluan pasaran. Disamping itu, kerajaan juga telah memperuntukkan RM504 juta
bagi membina dan menaik taraf serta menyelenggarakan peralatan di Institusi
Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi. Hal ini kerana,
pertambahan bilangan pelajar dari semasa ke semasa yang lebih cenderung ke arah
bidang kemahiran bersesuaian dengan peningkatan sektor perindustrian yang
memerlukan lebih ramai tenaga kerja.
Bagi malahirkan lebih ramai tenaga kerja yang mempunyai kemahiran yang
tinggi dalam pelbagai industri terutamnya industri pembuatan dan perindustrian,
kerajaan telah menubuhkan beberapa pusat kemahiran iaitu institusi kemahiran
dibawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Pusat ini bertujuan bagi memenuhi
keperluan guna tenaga dalam sektor pembuatan dan perindustrian yang semakin
meningkat sejak akhir-akhir ini.
JTM adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) merupakan
peneraju utama latihan kemahiran di Malaysia yang menjalankan program latihan
bagi mewujudkan tenaga kerja perindustrian yang berkemahiran dan berdaya saing.
Bermula dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) yang
beroperasi pada tahun 1964 sehingga kini JTM memiliki 27 Institut Latihan
merangkumi 22 Institut Latihan Perindustrian (ILP), 4 Pusat Latihan Teknologi
4
Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). (Meeting
Skills Workforce Demand, 2009)
1.2 Latar Belakang Masalah
Seseorang individu yang melangkah ke institusi sama ada yang berbentuk
kemahiran atau sebaliknya, sudah pasti setiap individu tersebut mempunyai sasaran
atau halatuju masa depan yang ingin dikecapi apabila tamat pengajian nanti.
Menurut Saiful Bahari Johar (2002), menyatakan setiap individu selepas tamat
pengajian mempunyai matlamat untuk bekerja, keinginan untuk menjawat jawatan
yang tinggi, keinginan untuk menjadi ketua dan terdapat juga individu yang ingin
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Lantaran itu, sebelum sesuatu keputusan diambil untuk menentukan halatuju
mana yang perlu difokuskan adalah wajar bagi mengetahui kemampuan, kebolehan,
minat dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi individu untuk membuat pemilihan
kerjaya. Pemilihan ini haruslah tidak akan menimbulkan masalah dan secara tidak
langsung akan meningkatkan lagi produktiviti seseorang itu bekerja. Perkara ini
disokong oleh Parson (Crities.J, 1969) yang mengatakan pemilihan kerjaya adalah
satu keputusan yang paling penting dalam kehidupan seseorang individu. Hal ini
kerana setiap keputusan yang dilakukan dalam pemilihan kerjaya akan menentukan
halatuju masa depan seseorang individu pada masa kelak.
Menurut Faizah Sharip (2004), menyatakan pekerjaan merupakan sesuatu
keperluan bagi setiap individu untuk menyara kehidupan. Dengan adanya pekerjaan
terutamanya kepada pelatih lepasan institusi kemahiran menjadikan latihan yang
diperolehi semasa di pusat latihan dapat memberikan faedah kepada kehidupan
5
mereka. Oleh hal yang demikian, pelatih seharusnya perlu menetapkan apa yang
pelatih inginkan apabila melanjutkan pengajian di sesebuah institusi supaya sasaran
sebenar pelatih tercapai.
Menurut Ishak Yusuf et.al, (84:1997), lulusan dari pendidikan teknik dan
vokasional seharusnya dipertingkatkan dan diberi penekanan yang serius. Hal ini
kerana, program latihan vokasional merupakan satu usaha penting dalam
membekalkan pekerja-pekerja mahir kepada industri dan pembangunan negara.
Sejarah pembangunan latihan vokasional di Malaysia yang diperolehi melalui
dokumen Rancangan Malaysia telah menunjukkan program latihan vokasional telah
diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan bagi memenuhi keperluan negara
bermula sejak Rancangan Malaysia Pertama (1965-1970) sehingga kini.
Bagi merealisasikan keperluan tenaga mahir negara, JTM berupaya
melahirkan lebih 40,000 tenaga mahir setahun menjelang 2015 dengan pembinaan 8
lagi institusi latihan dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) yang akan
disiapkan sepenuhnya pada tahun 2011 (Meeting Skills Workforce Demand, 2009).
Menurut Menteri Sumber Manusia S. Subramaniam dalam Latihan dan
Kursus Sidang Dua (2009), menyatakan Pelan Induk Perindustrian Ketiga Negara
(IMP3) mensasarkan pengeluaran tenaga kerja mahir seramai 3 juta orang menjelang
tahun 2020 bagi memenuhi keperluan 20 sektor industri dan sebanyak 5,000 jenis
pekerjaan juga telah dikenalpasti untuk dibangunkan dalam bentuk Standard
Pekerjaan Kemahiran Kebangsaan atau NOSS sehingga tahun 2020 bagi memenuhi
keperluan 20 sektor tersebut.
Menurut Laporan Kaji Selidik Pengesanan Graduan Institut Latihan Jabatan
Tenaga Manusia (2009), hasil dapatan yang diperolehi daripada maklum balas
pelajar ILP keluaran sesi 2/2008 dan sesi 1/2009 mendapati seramai 3,333 (50.3%)
6
graduan sudah bekerja dan 1,799 (27%) orang graduan masih mencari pekerjaan
sehingga November 2009. Perangkaan yang diperolehi ini jelas menunjukkan
kurangnya keinginan pelajar yang telah tamat pengajian untuk meningkatkan diri ke
tahap yang lebih baik dengan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
atau menceburi bidang keusahawanan sebagai alternatif bagi graduan yang masih
belum mempunyai pekerjaan.
Persoalan yang timbul disini ialah berkaitan dengan halatuju masa depan
pelatih tersebut yang berkemungkinan tidak mengetahui peluang mereka untuk
melanjutkan pengajian atau mereka tidak mempunyai kemahiran yang boleh di
tingkatkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Pelatih yang masih tidak mendapat
pekerjaan seharusnya diberi pendedahan untuk menceburi bidang keusahawanan
yang dilihat sebagai bidang yang dapat menjana pendapatan yang lumayan.
Disamping itu juga, kerajaan telah banyak menubuhkan pelbagai institusi kemahiran
yang boleh pelatih teruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di samping
menyediakan bantuan kepada pelatih yang ingin meneruskan kerjaya sebagai
usahawan.
1.3 Penyataan Masalah
Latihan vokasional dan teknikal telah dilihat sebagai satu pendekatan positif
dalam usaha untuk menangani masalah kekurangan tenaga kerja yang berkemahiran.
Penambahan bilangan sektor perindustrian di Malaysia telah mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan selaras dengan peningkatan ekonomi semasa. Penubuhan
institusi-institusi latihan baru secara berterusan di bawah kelolaan pelbagai
kementerian termasuk penambahan bilangan ILP dilihat sebagai salah satu usaha
dalam menarik lebih ramai golongan belia dilengkapi dengan kemahiran vokasional
dan teknikal.