hasil kajian pbs bahasa melayu stpm baharu
DESCRIPTION
Kajian penggunaan bahasa slanga dlm kalangan pelajar (SMKDMM), Pahang.TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
1.1 Latar belakang
Komunikasi ialah satu proses ke arah mewujudkan kesamaan. Apabila kita
berkomunikasi kita akan berusaha untuk membentuk kesamaan dengan cara bertukar
dan berkongsi maklumat secara lisan dan tulisan. Komunikasi boleh ditakrifkan
sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang
individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Menurut Cragan &
Sheilds (1998: 7) komunikasi ialah satu hubungan antara konsep teorikal yang
memberi penerangan, penilaian ataupun ramalan, tindakan manusia berdasarkan orang
yang berkomunikasi.
Sehubungan dengan itu, pengkaji mendapati sebahagian besar pelajar SMK
Dato’ Mahmud Mat menggunakan bahasa slanga dalam komunikasi khususnya dalam
kalangan pelajar menengah atas. Bahasa kasar turut digunakan dalam komunikasi
pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat tetapi pengkaji memilih untuk membuat kajian
berkaitan penggunaan bahasa bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK Dato’
Mahmud Mat.
Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh atau cara pelajar
mengatahui bahasa slanga tersebut. Di samping itu, pengkaji turut membincangkan
kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja pada masa akan datang.
1.2 Definisi konsep
Menurut Asmah Haji Omar dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, bahasa slanga ialah
kata dan frasa yang digunakan dalam situasi yang tidak formal dan tidak boleh
dikatakan sebagai halus.
1
Nik Safiah Karim mendefinisikan bahasa slanga sebagai bahasa terhad (restricted
language) kerana mempunyai ciri tertentu dan hanya digunakan dan difahami oleh
golongan tertentu sahaja.
Bagi Teo Kok Seong pula, bahasa slanga ialah gaya atau fesyen pertuturan oleh
sesuatu kumpulan atau golongan.
Sterkenburg pula mentakrifkan bahasa slanga sebagai label penggunaan yang
menandakan item leksikal yang tidak dianggap sebahagian daripada bahasa persuratan
yang standard, dan selalunya terhad kepada pekerjaan, kelas dan kumpulan sosial
yang tertentu.
Ajid Che Kob (1998), berpendapat “key word” atau kata kunci dalam pengujaran
bahasa slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya bertujuan menguat, memberi lebih
makna sambil mengetengahkan identiti kelompok sosialnya.
Secara umumnya, bahasa slanga ialah bahasa yang digunakan oleh golongan
remaja. Bahasa ini dikenal juga sebagai bahasa kutu atau bahasa rocker. Bahasa ini
merupakan bahasa yang tidak rasmi yang digunakan oleh kelompok tertentu. Antara
ciri utama bahasa slanga ialah kosa kata yang kelihatan seperti perkataan biasa tetapi
diberikan pengertian khusus atau bentuk ciptaan baharu mengikut kumpulan tertentu.
Kosa kata tersebut hanya difahami dan diketahui oleh kumpulan masyarakat atau
daerah tertentu.
2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
(a) Mengenal pasti pengaruh penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar
SMK Dato’ Mahmud Mat.
(b) Mengumpul dan mengelaskan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK
Dato’ Mahmud Mat.
(c) Membincangkan kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar
pada masa akan datang.
3
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini penting untuk
(a) mengetahui faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa slanga dalam
kalangan pelajar.
(b) mengetahui bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar.
(c) dijadikan panduan dalam pengajaran khususnya kesan penggunaan bahasa
slanga oleh pelajar pada masa akan datang
4
4.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar
Menengah Atas SMK Dato’ Mahmud Mat yang terdiri daripada tingkatan 4, 5, dan 6.
Bagi mencapai objektif kedua, pengkaji hanya menyenaraikan perkataan yang kerap
digunakan dalam kalangan pelajar. Bagi objektif ketiga, pengkaji membincangkan
kesan penggunaan bahasa slanga oleh pelajar pada masa akan datang.
5
5.0 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya berdasarkan penggunaan bahasa slanga yang sering digunakan oleh
pelajar menengah atas SMK Dato’ Mahmud Mat. Oleh itu, penggunaan bahasa slanga
yang digunakan hakikatnya berbeza mengikut keadaan dan ciri fizikal sesuatu
kawasan atau daerah. Selain itu, responden merupakan pelajar menengah rendah yang
masih tidak membezakan antara bahasa slanga dan bahasa kasar dan bahasa dialek.
Hal ini menyebabkan sebahagian maklumat borang soal selidik tidak dapat dianalisis
sepenuhnya kerana terdapat bahasa selain bahasa slanga telah dinyatakan.
6
6.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data dan maklumat sebagai
bahan kajian.
6.1 Mendapatkan bahan/data
(a) Kajian perpustakaan
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah ke perpustakaan. Pengkaji
memanfaatkan institusi seperti perpustakaan , laman sesawang, dan pelbagai
tempat lain yang mengandungi bahan bertulis atau bukan bertulis. Pengkaji
mendapatkan maklumat dengan cara merujuk buku teks dan buku rujukan di
perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan.
(b) Kajian lapangan
i. Soal selidik
Kaedah soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih
tepat. Soal selidik merupakan satu kaedah pengumpulan data daripada orang
ramai mengenai pendapat mereka, perasaan, kelakuan, kepercayaan, sosial, tabiat
dan latar belakang responden seperti umur, tahap pendidikan dan latar belakang
kewangan responden. Soal selidik juga ditakrifkan sebagai penerangan terhadap
suatu populasi. Kaedah ini mengira dan menerangkan apa yang terkandung dalam
populasi tersebut. Pengkaji memilih kaedah tinjauan iaitu dengan menggunakan
borang soal selidik. Borang soal selidik ini diedarkan kepada responden bagi
memperoleh data-data yang diperlukan. Dalam kajian ini, pengkaji telah
mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden secara rawak
terhadap pelajar menengah atas untuk memperoleh data secara spesifik.
7
Menurut Mohd Najib, (1999) instrumen soal selidik adalah sesuai untuk
pengukuran afektif bagi tujuan mengetahui kecenderungan, sikap, persepsi dan
sebagainya. Mohd Majid Konting, (1990) soal selidik adalah kaedah yang paling
mudah dan cepat untuk memperolehi maklumat penyelidikan.
6.2 Mengumpulkan Data
Kajian ini bermula dengan membuat pengumpulan maklumat melalui kajian
perpustakaan iaitu dengan proses membaca bahan bertulis seperti tulisan ilmiah,
buku, makalah, dan bahan tulis, dan sumber-sumber lain. Melalui cara ini,
pengkaji memperoleh idea dan buah fikiran tentang kajian serta maklumat tentang
bahasa slanga yang bakal dilaksanakan.
Seterusnya, pengkaji menggunakan laman sesawang yang berkaitan dengan
kajian untuk memperoleh maklumat yang lebih mendalam. Pengkaji meninjau
tulisan ilmiah, buku, akhbar, blog, dan bahan bertulis, untuk mendapatkan
maklumat yang lebih banyak dan mendalam. Hal ini demikian kerana, melalui
laman sesawang maklumat yang diperoleh lebih meluas berkaitan bahasa slanga
ini. Melalui kaedah ini, membolehkan pengkaji mendapat maklumat terkini
berkaitan tajuk yang dikaji dan membantu pengkaji menghasilkan kajian yang
baik.
8
6.3 Menganalisis Data
Semua maklumat dan data yang diperoleh dikumpulkan melalui kaedah
perpustakaan, soal selidik dianalisis dengan mempersembahkan perkataan-
perkataan dalam jadual. Semua maklumat yang dicari digunakan untuk mencapai
semua objektif kajian.
9
7.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian secara terperinci. Bahagian ini
dibincangkan dengan lebih mendalam berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.
Bahagian pertama dimulai dengan mengenal pasti pengaruh penggunaan bahasa
slanga dalam kalangan pelajar, diikuti pengumpulan dan pengelasan bahasa slanga
mengikut tingkatan dan akhir sekali kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan
remaja.
7.1 Pengaruh Penggunaan Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar SMK Dato’
Mahmud Mat
Faktor-faktor Bilangan Peratusan (%)
Rakan 18 60
Keluarga 2 6.67
Lain-lain (Media massa) 10 33.33
JUMLAH KESELURUHAN 30 126.68
Jadual 1 : Pengaruh penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK
Dato’ Mahmud Mat
10
Rakan60%
Keluarga7%
Lain-lain33%
Pengaruh Penggunaan Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar SMK Dato'
Mahmud Mat
Rajah 1 : Peratusan Pengaruh Penggunaan Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat
Berdasarkan jadual dan rajah 1 di atas dapat dilihat pengaruh penggunaan
bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat secara keseluruhan.
Pengkaji mendapat maklumat ini dengan menggunakan kaedah soal selidik. Dalam
borang soal selidik tersebut, pengkaji menyenaraikan pilihan jawapan untuk dipilih
responden secara rawak. Pengkaji turut melampirkan contoh borang soal selidik di
bahagian lampiran 1.
Berdasarkan analisis maklumat yang dilakukan, pengkaji mendapati pengaruh
dominan pelajar menggunakan bahasa slanga ini ialah pengaruh rakan dengan
peratusan paling tinggi iaitu 60% . 18 0rang daripada responden memilih bahawa
rakan merupakan pengaruh utama mereka mengetahui atau menggunakan bahasa
slanga.
11
Rakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi gaya hidup atau cara
hidup seseorang. Segala perkataan, perbuatan dan tingkah laku rakan akan banyak
mempengaruhi pembentukan identiti individu. Ahli sosiologi mengistilahkan rakan
sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai
lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89). Kumpulan rakan sebaya
ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Rakan merupakan agensi tidak formal
yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada keluarga dan juga
di sekolah. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan
tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue
& Steinberg, 1995).
Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh rakan sebaya (Brown, 1990).
Berndt (1979) telah membuat suatu kajian tentang kecenderungan menurut seseorang
remaja. Beliau mendapati bahawa kecenderungan rakan sebaya paling tinggi pada
umur 14 hingga 15 tahun. Remaja lebih cenderung menurut pengaruh rakan sebaya
kerana mereka berada dalam proses membebaskan diri daripada pengaruh ibu bapa
dan mereka mula berfikir untuk diri sendiri. Hal ini secara tidak langsung
mempengaruhi percakapan dan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar.
Seterusnya, pelajar memilih pilihan jawapan lain-lain dengan peratusan 33%.
Pelajar memilih jawapan ini menyatakan penggunaan bahasa slanga dipengaruhi oleh
media massa. Media massa ialah alat yang digunakan dalam penyampaian maklumat
dari sumber kepada khalayak (menerima) dengan menggunakan alat-alat komunikasi
seperti surat khabar, filem, radio, dan televisyen (Cangara, 2002). Media massa ialah
media yang berorientasikan aspek penglihatan misalnya media cetak. Selain itu,
melalui pendengaran atau audio seperti radio, dan akhirnya pendengaran dan
penglihatan seperti televisyen dan video yang bersifat verbal visual (Liliweri, 2001).
12
Media massa yang banyak digunakan dalam kehidupan umumnya seperti surat
khabar, radio, televisyen.
Sebagai contoh, bahasa slanga yang digunakan dalam karya kreatif pada hari
ini adalah dalam menghasilkan novel atau cerpen yang menggunakan slanga
penyerapan kata baku kepada kata sebutan lisan seperti antar (hantar), amek (ambil).
Bahasa slanga bertujuan menambahkan kemesraan seperti camtu (macam itu),
kengkawan (kawan – kawan), slanga kata berirama seperti siniz (sini), seryuz (serius)
dan sebagainya.
Perkembangan bahasa slanga terutama melalui media massa yang mendapat
tempat dalam kalangan masyarakat khususnya dalam kalangan remaja amat
membimbangkan ahli bahasa dan pencinta bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana
bahasa ini dikatakan akan merencatkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa utama dan bahasa rasmi di negara kita. Kita tidak mahu bahasa slanga
berleluasa di negara kita dan secara tidak langsung menghakis keutuhan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi.
Berdasarkan analisis maklumat, pengkaji mendapati pengaruh keluarga kurang
mempengaruhi penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat
dibuktikan berdasarkan jadua l1 dan rajah 1 di atas. Peratusan pengaruh keluarga
hanya 7% secara keseluruhan maklum balas responden. Pengkaji berpendapat bahawa
pengaruh keluarga kurang mempengaruhi penggunaan bahasa slanga ini dalam
kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana bahasa slanga umumnya merupakan bahasa
yang digunakan oleh generasi muda atau golongan remaja. Hal ini menyebabkan
bahasa ini kurang difahami oleh golongan ibu bapa khususnya.
13
Harimurti Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga merupakan
bahasa yang tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja
tertentu sebagai ‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari luar kelompok
memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan. Hal ini jelas membuktikan
pengaruh keluarga khususnya ibu bapa kurang menggunakan bahasa ini dalam
komunikasi mereka dengan anak-anak. Hal ini seterusnya kurang mempengaruhi
pelajar menggunakan bahasa slanga.
14
7.2 Mengumpul dan mengelaskan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK
Dato’ Mahmud Mat.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pengkaji menyenaraikan bahasa slanga yang
sering digunakan dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat mengikut
tingkatan iaitu tingkatan 4, 5, dan 6. Pengkaji mengelaskan perkataan beserta maksud
yang telah disenaraikan oleh responden. Bagi sesetengah perkataan, pengkaji
menyatakan lebih daripada satu maksud kerana perkataan tersebut mempunyai makna
berbeza mengikut golongan pelajar. Pengkaji hanya memilih perkataan yang kerap
digunakan pelajar. Pengkaji turut menyatakan bilangan kekerapan perkataan tersebut
digunakan.
15
7.2.1 Tingkatan 4
Bil Perkataan Maksud Kekerapan
1. Sakai 1. Tidak mengetahui sesuatu
2. Serabut
4
1
2 Koya 1. Suka berangan
2. Mengarut
3. Perasan diri
2
1
1
3 Siot 1. Mengarut 3
4. Balak Teman lelaki 3
5. Mengepong Membonceng motosikal 3
6. Pane Lambat 2
7. Kemut Kedekut 2
8. Masyuk Pendapatan yang lumayan 2
9. Sumbat Bosan 3
10. Kerek Berlagak 2
11. Pokai Tidak mencukupi wang 2
12. Blah Perbuatan menghalau 2
13. Galak Terlalu gembira 2
Jadual 2 : Bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar mengikut tingkatan
16
7.2.2 Tingkatan 5
Bil Perkataan Maksud Kekerapan
1. Koya 1. Menunjuk-nunjuk
2. Suka berangan
1
1
2 Bolok 1. Punca masalah
2. Serabut
2
1
3 Sakai Serabut 4
4. Bajet Perasan diri hebat 3
5. Batak Beria-ria 3
6. Giler Sangat/paling 3
7. Gedik Mengada-ngada 2
8. Sengal Tidak ada tujuan 2
9. Mengepong Menunnggang moto 2
10. Sengkek Tidak mempunyai wang 2
11. Masyuk Pendapatan yang lumayan 2
12. Kantoi Pecah rahsia 2
Jadual 3 : Bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar mengikut tingkatan
7.2.3 Tingkatan 6
17
Bil Perkataan Maksud Kekerapan
1. Mengkarap 1. Tidak boleh diharap
2. Perbuatan mengarut
3. Tidak berguna
3
2
3
2. Koya 1. Beria-ria
2. Perasan diri
3. Selekeh
4
1
2
3. Poyo 1. Berlagak berpengetahuan
2. Menjengkelkan
1
2
4. Sakai 1. Beria-ria
2. Sifat pelik
3
3
5. Pana Tidak berpuas hati 3
6. Cun Cantik 2
7. Bro Singkatan (brother) / panggilan untuk rakan 4
8. Lu Awak 2
9. Gua Saya 2
10. Mamun Serabut 3
13. Giler Sangat/terlalu 4
14. Kuca Berterabur 4
15. Kedalul Tidak teratur 5
16. Bajet Perasan diri hebat 2
17. Sengal Menjengkelkan 3
Jadual 4 : Bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar mengikut tingkatan
7.3 Kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar.
18
1. Kedudukan bahasa Melayu akan terjejas
Tidak dinafikan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan amat baik.
Namun begitu sejak kebelakangan ini bahasa yang kita agungkan ini mula dicemari
oleh anasir –anasir luar. Jika ditinjau penggunaan bahasa seperti di atas amat jelas
kepada kita bahawa kedudukan bahasa Melayu kini nampak seolah - olah semakin
rendah nilainya akibat penggunaan bahasa kita sendiri.
2. Implikasi kepada generasi pelapis negara
Kerosakan bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar dalam masyarakat dan
negara kita. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu bahasa yang kita perjuangkan mula
terabai. Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan
individu yang memahami bahasa. Akibat dari kegagalan itu, akan lahirlah cerdik
pandai dan modal insan yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul dengan
baik dan berkesan, samada secara lisan ataupun bahasa tulisan. Apabila mereka
menjawat bidang pekerjaan swasta atau kerajaan maka lahirlah pekerja atau pegawai
yang tidak dapat menulis atau bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.
Sehubungan itu, timbulnya penggunaan bahasa yang dicampuradukan dengan bahasa
lain.
3. Pengaruh persekitaran
19
Bahasa yang dituturkan oleh penutur mampu dipengaruhi oleh persekitaran kita.
Sebagai contoh, pengaruh daripada media massa iaitu dalam rancangan televisyen,
penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama dan filem
banyak menjadi ikutan dan menular dalam kehidupan masyarakat.
8.0 RUMUSAN KAJIAN
20
Sebagai kesimpulannya, dapat dibuktikan penggunaan bahasa slanga semakin
menular dalam kalangan remaja khususnya dalam kalangan pelajar SMK Dato’
Mahmud Mat. Penggunaan bahasa slanga ini banyak dipengaruhi oleh rakan mereka
dengan peratusan paling tinggi iaitu 60%. Media massa merupakan pengaruh kedua
dengan peratusan 33%. Keluarga merupakan pengaruh paling sedikit iaitu dengan 7%.
Hal ini boleh dibuktikan berdasarkan jadual 1 dan rajah 1 di atas.
Pengkaji berpendapat kesan penggunaan bahasa slanga ini dapat menjejaskan
kedudukan bahasa Melayu khususnya dalam kalangan remaja. Bagi golongan remaja,
apabila mereka berkomunikasi dalam kalangan mereka, mereka perlu mengetahui
istilah tertentu untuk mengelakkan perbualan mereka difahami oleh khalayak.
Harimurti Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga adalah bahasa yang
tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja tertentu
sebagai ‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari luar kelompok
memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan. Bagi Teo Kok Seong pula,
bahasa slanga ialah gaya atau fesyen pertuturan oleh sesuatu kumpulan atau golongan.
Kesan penggunaan bahasa slanga seterusnya ialah memberi implikasi kepada
generasi akan datang. Generasi pelapis ini tidak mampu untuk menggunakan dan
mempraktikkan bahasa Melayu dengan baik dalam kehidupan mereka. Kegagalan itu
akan menyebabkan lahirnya cerdik pandai dan modal insan yang tidak mampu
menggunakan bahasa yang betul dengan baik dan berkesan, sama ada secara lisan
atau bertulis.
9.0 PENUTUP
21
Hasil kajian di atas dapat membuktikan bahawa bahasa slanga semakin
menular dalam kalangan remaja khususnya dalam kalangan pelajar SMK Dato’
Mahmud Mat. Pelajar perlu menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai
terutamanya dalam berkomunikasi. Pelbagai kajian perlu dilakukan, sebagai contoh
cara atau kaedah yang sistematik agar penggunaan bahasa slanga ini dapat
dikurangkan dalam komunikasi. Kajian tersebut bukan sahaja penggunaan bahasa
slanga tetapi juga penggunaan bahasa Melayu yang telah bercampuraduk dengan
bahasa asing. Penyelidik berharap agar kajian seperti ini dapat diteruskan pada masa
akan datang.
BIBLIOGRAFI
22
Buku:
Hj Muhammed Salehudin Aman, 2008. Mari Kita Berbahasa Jilid 1. Kuala Lumpur :
Citra Kurnia Enterprise.
Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007. Bahasa Melayu Apa Sudah Jadi. Kuala Lumpur :
PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Nik Safiah Karim, 1986. Bahasa Melayu Persoalan dan Pergolakan. Kuala Lumpur :
Gateway Publishing House Sdn Bhd.
Raminah Hj Sabran, 1993. Kesekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Bahan Internet:
Zin Mahmud. 2009. Isu keracunan bahasa. Diakses pada 30 Julai 2013, daripada
http : //abihulwa.blogspot.com/2009/isu-keracunan-bahasa.html
23