hasrat strategik lhdnm final lowest -...
TRANSCRIPT
HASRATSTRATEGIKLHDNM2016 - 2020HASIL DAN ANDA DEMI KEMAKMURAN MALAYSIA
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
1BAB
Kenali LHDNM (ms 4-5)
Hasrat LHDNM (ms 6)
2BAB
Pendekatan LHDNM (ms 8
)
Risiko Stra
tegik
LHDNM (ms 9
-10)
3BABRasional Strategi
LHDNM (ms 12)
4BAB
Intipati M
atlamat
LHDNM (ms 1
4-18)
KEN
ALI
LHD
NM PENYUMBANG DANA
LHDNM bertindak sebagai ejen kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pesaka, duti setem dan cukai lain yang dipersetujui antara kerajaan dan LHDNM.
NASIHAT POLISI
Menasihati kerajaan tentang perkara-perkara berhubung dengan percukaian dan bekerjasama dengan kementerian dan badan berkanun mengenai perkara-perkara tersebut.
PEMUTUSAN DAN KETETAPAN KE ATAS PERUNDANGAN
Memberikan kepastian kepada pelanggan berhubung dengan hal ehwal cukai mereka dengan menyediakan garis panduan berkenaan tafsiran undang-undang cukai yang betul.
PENGURUSAN PEMATUHAN
Mengumpulkan maklumat mengenai aktiviti ekonomi, membuat tindakan susulan ke atas kegagalan pengemukaan borang dan hutang tertunggak serta menjalankan aktiviti audit dan siasatan cukai untuk memastikan pematuhan.
PROGRAM POLISI SOSIAL
Menyokong program polisi sosial kerajaan seperti memproses permohonan dan menguruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). LHDNM juga menjadi ejen pemungutan pinjaman pendidikan bagi pihak mana-mana badan di bawah undang-undang bertulis.
PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG
LHDNM bertanggungjawab mentadbir undang-undang berikut :
a. b. c. d. e. f.
M.S 4 | 20
Akta Cukai Pendapatan 1967;Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976;Akta Penggalakan Pelaburan 1986;Akta Setem 1949;Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967; danAkta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990.
FUNGSITERAS
Jumlah kutipan RM133.695 bilion
Kos operasi bagi setiap RM100 dipungut RM1.03
Bilangan kes diprosesCukai pendapatan 4,022,698 kes**
Bilangan dokumen disetem 13,827,303
Cukai Keuntungan Harta Tanah 992,906 kesBayaran balik 1,826,709 kes
FUNGSISOKONGAN
Pinjaman pelajaranRM147,207,577.65
BR1M8.11 juta permohonan
*Statistik sehingga 31 Disember 2014** Borang diterima
SKALA AKTIVITI
KOMUNITI
CUKAI
Hasilian 10,618
Pembayar CukaiKorporat - 603,630Individu - 6.2 jutaLain-lain - 745,344
Ejen Cukai 3,058
FUNGSITERAS
KEN
ALI
LHD
NM
M.S 5 | 20
HASRAT LHDNM
LHDNM berhasrat menjadi sebuah organisasi yang relevan dan bernilai kepada rakyat Malaysia. Aspirasi LHDNM adalah menjadi sebuah organisasi yang unggul di dalam negara dan di peringkat antarabangsa melalui penyusunan strategi pentadbiran percukaian yang dipercayai dan disegani.
LHDNM berazam memastikan pelaksanaan sistem percukaian yang adil, cekap dan berkesan supaya percukaian diiktiraf dan dihargai sebagai satu aspek penting oleh rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. LHDNM akan sentiasa menambah baik penyampaian perkhidmatan untuk memudahkan pembayar cukai yang patuh menjalankan tanggungjawab percukaian mereka. Di samping itu, LHDNM akan meningkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas pembayar cukai yang enggan patuh.
LHDNM memacu program transformasi menerusi perancangan pelan strategik yang mantap untuk merealisasikan visi dan misi organisasi. Matlamat dan strategi telah disusun dengan mengambilkira pendekatan pengurusan risiko strategik bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya. Selari dengan status LHDNM sebagai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan Sepenuhnya (Self-Financing Agency), LHDNM berazam untuk mengutamakan keberkesanan dalam setiap perancangan strategi dan inisiatif.
LHDNM menyahut seruan kepimpinan negara untuk membawa Malaysia mencapai status negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang digariskan untuk tempoh lima tahun mulai 2016 hingga 2020.
Perancangan strategik ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan LHDNM dengan rakyat, meningkatkan produktiviti Hasilian di samping menuntut sikap keterbukaan dan kesediaan Hasilian untuk berubah. Pernyataan hasrat ini menyuarakan keazaman dan pendekatan pengurusan LHDNM dalam menyelaraskan strategi, budaya dan keupayaan LHDNM untuk menjadi Pentadbir Cukai Terunggul.
KEN
ALI
LHD
NM
M.S 6 | 20
PEN
DEK
ATAN
LH
DN
M
M.S. 8 | 20
1. M
enin
gkat
kan
pem
atuh
an c
ukai
sec
ara
suk
arel
a2.
Men
gura
ngka
n ke
tiris
an c
ukai
3. M
eman
tapk
an p
engu
rusa
n hu
tang
cuk
ai4.
Mem
perlu
aska
n as
as c
ukai
1. M
emas
tika
n ke
saks
amaa
n da
n ke
adila
n
s
iste
m p
ercu
kaia
n2.
Men
ingk
atka
n pe
nyam
paia
n
per
khid
mat
an k
epad
a pe
lang
gan
3. M
emas
tika
n ke
sela
mat
an a
set
dan
m
aklu
mat
per
cuka
ian
4. M
emel
ihar
a re
puta
si d
an im
ej k
orpo
rat
1. M
elak
sana
kan
orga
nisa
si y
ang
m
empu
nyai
sai
z pe
njaw
atan
dan
str
uktu
r yan
g op
tim
um2.
Mem
bang
unka
n su
mbe
r man
usia
yan
g ko
mpe
ten
dan
prof
esio
nal
3. M
enye
diak
an p
erse
kita
ran
kerja
yan
g
kon
dusi
f4.
Mem
perk
ukuh
kan
kepi
mpi
nan
1. M
emba
ngun
kan
dan
mem
anta
pkan
sis
tem
tek
nolo
gi m
aklu
mat
dan
kom
unik
asi
2. M
enin
gkat
kan
kece
kapa
n da
n
keb
erke
sana
n ko
s3.
Men
amba
h ba
ik p
rose
dur k
erja
4. M
embu
daya
kan
peng
urus
an ri
siko
dal
am p
rose
s ke
rja
MA
TLA
MA
T
LHD
NM
pe
nyum
bang
uta
ma
kem
akm
uran
ne
gara
dan
ke
seja
hter
aan
raky
at
Pent
adbi
r si
stem
pe
rcuk
aian
yang
diy
akin
ira
kyat
LHD
NM
seba
gai m
ajik
anpi
lihan
Sist
emda
n pr
osed
urke
rja
yang
cek
apda
n be
rkes
an
VISI
Pent
adbi
r Cu
kai
Teru
nggu
l
MIS
I
Mem
berik
an p
erkh
idm
atan
pe
rcuk
aian
yan
g be
rkua
liti k
e ar
ah p
emat
uhan
cuk
ai
seca
ra s
ukar
ela
RISI
KO S
TRAT
EGIK
LH
DN
M
PENGURUSAN RISIKO STRATEGIK
LHDNM menyediakan penyataan risiko strategik untuk diselaraskan dengan Rangka Kerja Pengurusan Risiko LHDNM. LHDNM sentiasa memantau kawalan ke atas risiko untuk memastikan semua risiko diurus dengan cekap dan berkesan. Pelan tindakan pengurusan risiko diambilkira dalam merangka inisiatif Perancangan Strategik 2016-2020.
SUMBER MANUSIALHDNM mempunyai sumber manusia yang kompeten, profesional dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai aspek percukaian.
TEKNOLOGI MAKLUMATLHDNM perlu mempertingkatkan dan memantapkan keupayaan ICT untuk mengoptimumkan automasi proses kerja dan penyampaian perkhidmatan.
REPUTASILHDNM perlu mengekalkan prestasi yang cemerlang demi meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pihak berkepentingan terhadap LHDNM. Seterusnya keyakinan dan kepercayaan tersebut direalisasikan melalui peningkatan pematuhan cukai serta pertambahan pungutan hasil kepada negara.
M.S. 9 | 20
KEWANGANLHDNM memastikan pembiayaan pentadbiran mencukupi dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan serta mempunyai dasar kewangan yang berkesan untuk masa hadapan.
PENGURUSAN HASILLHDNM perlu mentadbir semua cukai langsung untuk mengoptimumkan pendapatan dan sumbangan dana yang menyokong aspirasi kerajaan.
FAKTOR LUARANLHDNM perlu memastikan urusan dengan pihak luaran dijalankan secara profesional supaya strategi yang dirancang dapat dilaksanakan selaras dengan visi LHDNM sebagai Pentadbir Cukai Terunggul.
RISI
KO S
TRAT
EGIK
LH
DN
M
M.S. 10 | 20
RASI
ON
AL
STRATE
GI L
HD
NM Perancangan Strategik 2012-2015 menjadi pengukur kepada pencapaian
LHDNM bagi tempoh tersebut. Pemantauan ke atas strategi dan inisiatif yang disusun membolehkan LHDNM merangka perancangan strategik yang seterusnya. Perancangan Strategik 2016-2020 ini bakal membawa LHDNM ke tahap yang lebih tinggi dengan pelaksanaan strategi secara lebih fokus dan menepati sasaran yang sepatutnya sama ada dalam meningkatkan kutipan hasil, menambah baik penyampaian perkhidmatan, memperkukuhkan sistem dan prosedur kerja mahupun merealisasikan LHDNM sebagai majikan pilihan.
LHDNM berazam untuk terus menjadi penyumbang terbesar hasil kerajaan demi menyokong pembangunan negara untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Oleh itu, LHDNM merangka strategi untuk menggandakan lonjakan kutipan dan mengurangkan ketirisan hasil.
LHDNM perlu memastikan kelangsungan perkhidmatan dengan mengambil kira kehendak pembayar cukai dalam persekitaran yang dinamik yang memberi kesan ke atas perkhidmatan percukaian. LHDNM akan meng- hadapi cabaran ini dengan penggunaan kemajuan teknologi yang mampu memberi capaian yang lebih luas serta menyampaikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan mesra pengguna.
LHDNM komited dalam meningkatkan dan membudayakan pematuhan cukai secara sukarela setanding dengan kadar pematuhan cukai negara maju. Bagi tujuan ini, penekanan diberikan kepada strategi memantapkan program pendidikan cukai dan mempermudahkan kepatuhan cukai.
LHDNM menjamin keadilan dalam tindakan penguatkuasaan undang-undang percukaian yang tegas ke atas mereka yang enggan patuh. Pendekatan yang digunakan dalam merangka aktiviti pematuhan adalah berasaskan pengurusan risiko yang mengambilkira punca dan akibat ketidakpatuhan cukai digunakan dalam merangka aktiviti pematuhan.
LHDNM bertekad untuk meneruskan operasi dengan pengurusan kos yang cekap dan berkesan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan. Strategi yang dirangka mengambilkira perubahan dan cabaran yang dihadapi selaras dengan pelaksanaan LHDNM sebagai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan Sepenuhnya.
LHDNM berhasrat menjadi majikan pilihan individu yang berkaliber tinggi dan mempunyai kepakaran yang relevan seiring dengan persekitaran percukaian yang dinamik. Ini dilakukan dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, faedah dan ganjaran yang kompetitif serta laluan kerjaya yang berdaya saing.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
M.S. 12 | 20
INTI
PATI
MAT
LAM
AT
LHDNM adalah penyumbang utama hasil kerajaan bagi mendanai pem- bangunan negara demi kesejah- teraan rakyat. Sejak 2011, hasil kutipan LHDNM adalah melebihi 55% daripada keseluruhan hasil negara. Kedudukan kewangan negara yang kukuh menjamin keupayaan kerajaan mengurus keperluan rakyat dengan baik.
Taraf sosioekonomi rakyat yang meliputi kos sara hidup, peluang pekerjaan, kemudahan pendidikan, jaminan keselamatan dan perkhid- matan kesihatan dapat ditingkat- kan. Di samping itu, kemudahan infrastruktur yang lebih berkualiti juga dapat disediakan. Justeru, kekayaan dan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.
LHDNM komited untuk mereali- sasikan hasrat kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat. Kesinambungan kutipan hasil yang memberangsangkan perlu dikekal- kan melalui pelaksanaan strategi- strategi yang telah dirancang iaitu meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela, mengurangkan ketirisan cukai, memantapkan pengurusan hutang cukai dan membesarkan asas cukai.
LHDNM PENYUMBANG UTAMA KEMAKMURAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Pematuhan cukai secara sukarela dimaksimumkan dengan program pematuhan yang seimbang dan fokus berasaskan risiko, ketelusan dan sikap pematuhan pembayar cukai. LHDNM mempelbagaikan usaha memudahkan urusan percukaian dan mengurangkan kos pematuhan pembayar cukai yang sentiasa bersedia untuk mematuhi tanggungjawab percukaian mereka.
Dalam usaha menjamin pelaksanaan yang adil kepada semua, tindakan penguatkuasaan yang tegas dike- nakan ke atas pembayar cukai yang enggan mematuhi undang-undang percukaian. LHDNM merancang dan menyasarkan aktiviti pematuhan menggunakan pendekatan penguru- san risiko yang mengambilkira punca dan akibat ketidakpatuhan cukai.
Pengurusan hutang cukai diperke- maskan dengan memberi tumpuan kepada pencegahan hutang, menge- nal pasti punca yang boleh menyebabkan keberhutangan dan melaksanakan kaedah kutipan hutang yang cekap dan berkesan.
Strategi memperluaskan asas cukai adalah penting demi memastikan kelangsungan kutipan hasil yang mampan. Oleh itu, LHDNM mengam- bil langkah meningkatkan kesedaran cukai melalui pemerkasaan aktiviti pendidikan cukai serta memantapkan perkongsian maklumat melalui jaringan kerjasama dengan agensi lain.
1
M.S. 14 | 20
INTI
PATI
MAT
LAM
AT
LHDNM mahu rakyat terus yakin dengan sistem percukaian negara. Sistem percukaian yang diyakini haruslah mempunyai perundangan yang adil dan mudah difahami. Sistem ini perlu disokong oleh pelaksanaan yang telus dan sak- sama serta pengurusan maklumat yang berintegriti. Strategi LHDNM adalah memastikan kesaksamaan dan keadilan sistem percukaian, meningkatkan penyampaian perkhid- matan pelanggan, memastikan keselamatan aset dan maklumat percukaian serta memelihara reputasi dan imej korporat.
LHDNM menjalankan kajian ber- terusan secara proaktif bagi memastikan undang-undang percu- kaian Malaysia sentiasa terkini dan menyeluruh. Akta-akta yang ber- kaitan cukai sentiasa ditambah baik selari dengan perkembangan isu percukaian semasa dan mengambil kira dasar yang ditetapkan kerajaan.
Panduan percukaian dikeluarkan bagi memudahkan pembayar cukai mema- hami hak-hak mereka seterusnya mengurangkan kadar kesilapan dan meningkatkan pematuhan. Ini dapat membantu pembayar cukai meran- cang serta mengurus cukai mereka dengan lebih teratur sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan LHDNM dalam memudahkan pengurusan cukai mereka.
PENTADBIR SISTEM PERCUKAIAN YANG DIYAKINI RAKYAT
Amalan terbaik pentadbir cukai lain sentiasa dirujuk untuk memastikan sistem percukaian Malaysia berada di tahap yang setanding dengan pentadbir cukai antarabangsa. Strategi ini perlu bagi memastikan amalan percukaian yang konsisten di dalam usaha LHDNM untuk berlaku adil kepada pembayar cukai tertakluk kepada bidang kuasa cukai yang berbeza di dalam suatu masa.
Untuk tujuan ini, LHDNM mengambil bahagian dalam kerjasama, perkong- sian pintar dan perjanjian dengan pentadbir cukai negara-negara lain bagi menangani cabaran berhubung dengan halangan kepada ketelusan maklumat.
LHDNM komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, menepati kehendak semasa dan telus. Sistem teknologi maklumat dimanfaatkan secara meluas dan inovatif sebagai pemangkin dalam penyampaian perkhidmatan. LHDNM menyasarkan peningkatan perkhid- matan atas talian menjelang 2020 selaras dengan penggunaan internet sebagai saluran penyampaian perkhidmatan utama.
Penambahan rangkaian perkhidmatan layan diri yang menyeluruh dan automatik dapat menjimatkan masa berurusan pembayar cukai dengan LHDNM seterusnya mengurangkan kos pematuhan.
2
M.S. 15 | 20
INTI
PATI
MAT
LAM
AT
M.S. 16 | 20
Keselamatan sistem maklumat dan fasiliti adalah kritikal di dalam memastikan kerahsiaan maklumat pembayar cukai. LHDNM mengam- bil langkah keselamatan sewajar- nya untuk melindungi sistem maklumat dan fasiliti daripada sebarang ancaman pencerobohan dan kebocoran maklumat.
LHDNM turut menekankan nilai integriti yang tinggi ke atas semua Hasilian. Pelan Integriti LHDNM berteraskan nilai bijak, benar, amanah, telus, adil dan bersyukur bertujuan untuk memelihara repu- tasi dan imej korporat malah dapat menambah keyakinan pembayar cukai terhadap LHDNM.
PENTADBIR SISTEM PERCUKAIAN YANG DIYAKINI RAKYAT2
INTI
PATI
MAT
LAM
AT
M.S. 17 | 20
SISTEM DAN PROSEDUR KERJA YANG CEKAP DAN BERKESAN3LHDNM akan sentiasa menambah baik piawaian perkhidmatan bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan prestasi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Strategi LHDNM ialah membangun- kan dan memantapkan sistem teknologi maklumat dan komunikasi, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos, menambah baik prosedur kerja dan membudayakan pengurusan risiko dalam proses kerja.
Kadar pematuhan dapat diperting- katkan dengan adanya kemudahan capaian kepada maklumat yang cepat, tepat dan boleh diperolehi pada bila-bila masa. Pemantapan aplikasi sistem percukaian dibuat supaya ia boleh dicapai dari pelbagai lokasi dan peranti elek- tronik mudah alih.
Penggunaan alat analisis data dan penambahan automasi dibuat untuk menambah baik proses kerja sedia ada. Ini menyumbang kepada keberkesanan kos dalaman dengan pengagihan sumber yang strategik.
Prosedur kerja diperkemas secara berterusan bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan memperce- patkan proses membuat keputusan. Inisiatif-inisiatif yang bertujuan mempertingkatkan keberkesanan fung- si sistem teknologi maklumat akan dilaksanakan di bawah strategi ini.
LHDNM juga membudayakan penguru- san risiko dalam semua proses kerja bagi meminimakan ancaman yang boleh menjejaskan keupayaan men- capai matlamat. Profil risiko dibangunkan dan risiko dipantau dalam inisiatif-inisiatif perancangan strategik bagi membolehkannya di- urus dengan cekap dan berkesan.
INTI
PATI
MAT
LAM
AT
M.S. 18 | 20
LHDNM berhasrat menjadi majikan pilihan individu yang berkaliber tinggi dan mempunyai kepakaran yang relevan seiring dengan persekitaran percukaian yang semakin dinamik. Dalam usaha mencapai matlamat ini, LHDNM memberi tumpuan kepada empat strategi iaitu melaksanakan organisasi yang optimum, menye- diakan persekitaran kerja yang kondusif, membangunkan sumber manusia yang kompeten dan profesional, dan memperkukuhkan kepimpinan.
Tadbir urus sumber manusia diperkukuhkan melalui pelaksa- naan organisasi yang mempunyai saiz perjawatan dan struktur yang optimum dengan meningkatkan tahap kecekapan di samping mengurangkan pembaziran sumber manusia.
Pengambilan tenaga kerja baharu diperkemaskan dengan penekanan kriteria pemilihan yang khusus dalam memastikan hanya calon yang terbaik diterima sebagai Hasilian.
Setiap inisiatif yang dirangka menterjemahkan komitmen LHDNM untuk menyediakan persekitaran kerja yang kondusif berlandaskan konsep Feel Good At Work.
LHDNM SEBAGAI MAJIKAN PILIHAN
LHDNM menawarkan imbuhan perkhid- matan serta laluan kerjaya yang kompetitif. Peluang kerjaya bersama LHDNM juga memberikan pengalaman dan kepakaran percukaian yang terbaik.
Penekanan diberi untuk menggalakkan keseimbangan di antara kerja pejabat dengan kehidupan peribadi. Budaya kerja yang sihat dan selamat diamalkan untuk menjamin keselesaan dan kesejahteraan Hasilian.
LHDNM memahami pentingnya Hasilian yang kompeten dan profesional dalam memberikan perkhidmatan percukaian yang berkualiti. Hasilian diberi peluang latihan di dalam dan luar negara untuk mempertingkatkan kemahiran, penge- tahuan dan kepakaran mereka selaras dengan kemajuan semasa.
Salah satu elemen organisasi yang berjaya adalah keupayaan untuk berubah mengikut keperluan persekitaran semasa. Untuk menja- yakan sesuatu transformasi memer- lukan kepimpinan yang mampu menerajui perubahan serta menetap- kan matlamat yang jelas kepada semua Hasilian.
LHDNM akan terus melaksanakan program pembangunan bagi memper- kukuhkan kepimpinan LHDNM. Ini dilakukan melalui pemantapan penge- tahuan dan kemahiran pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka dapat memacu Hasilian ke arah pencapaian matlamat organisasi.
4
KO
MIT
MEN
LH
DN
M
M.S. 19 | 20
LHDNM komited untuk melaksanakan tanggungjawab dalam menyokong matlamat kerajaan ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Pelan Strategik 2016-2020 yang dirangka mendokong penuh nilai-nilai yang digariskan dalam memartabatkan prinsip rukun negara, menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti, memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan memastikan pematuhan cukai secara sukarela. Ini secara holistik akan meningkatkan imej LHDNM dan menjadikannya sebuah pentadbir cukai bertaraf dunia.