hbef 1503masyarakat dan tamadun
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
1/14
Fakulti Pendidikan Dan Bahasa
SMP Khas Ambilan Mac 2011 Semester 3
HBEF 1503
Masyarakat Dan Tamadun
MATRICULATION NO : 680915106909001
IDENTITY CARD NO. : 680915106906
TELEPHONE NO. : 0126626202
E-MAIL : [email protected]
LEARNING CENTRE : Seremban, NSDK
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
2/14
Pengenalan
Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, yamuddunu, madinatan Madani adalah
sifat nama yang membawa erti sifat pembangunan, atau perbandaran serta keadaan budi
bahasa yang terpuji. Ini bererti pembangunan sifat kekotaan dan insaniah di dalam diri.
Maka, perkataan Madaniyat dalam Bahasa Arab bermaksud kota-kota, Profesor Madya
Dr. Lutfi Ibrahim menyatakan bahawa madaniyat ialah kemajuan yang dicapai oleh satu-
satu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di tahap
yang lebih tinggi, iaitu pencapaian dari segi kebendaan seperti alat teknologi dalampertanian, pengeluaran, pengangkutan dan sebagainya, seni bina dan lain-lain. Ia
merupakan hubungan dengan alam sekitarnya yang bersifat kebendaan.
Mengikut Kamus Dewan mendifenisikan tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan
atau pemikiran, budaya, sosial, poitik, peradaban dan lain- lain. Keadaan masyarakat
manusia yang dicirikan oleh taraf perkembangan pemikiran (sosial dan budaya) yang tinggi
peradaban. Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf perkembangan pemikiran
(sosial dan p budaya) yang tinggi. Budaya hidup atau cara hidup orang- orang (Negara,
kawasan atau sesuatu zaman) tertentu. Keadaan pemikiran (budaya dan sosial) yang halus.
Terdapat beberapa perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris ialah Culture,
Reneissance, Urbanization dan Civilazation. Adakah semua perkataan itu menyamai makna
perkataan tamadun dalam bahasa Arab. Secara umumnya, terdapat juga perbezaan antara
perkataan tersebut yang mencakupi makna dan skop perbahasan mengenainya walaupun
ada ciri dan perkaitan di antara satu sama lain. Culture, Urbanization dan Reneissance yang
mempunyai makna yang sempit dan Civilization di anggap mencakupi ketiga- tiga makna
tersebut.
Tetapi mengikut definisi tamadun menurut sarjana barat Arnold Toynbee, perkataan
Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Beliau menambah lagi
12
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
3/14
tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi plitik,
kesusasteraan, agama dan moral. (Mustafa Haji Daud: Tamadun Islam) atau dengan kata
lain tamadun ialah suatu system masyarakat yang dapat membantu manusia menambah
hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat unsure iaitu bahan- bahan
ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.
Maka, bagi pendapat A.S. Hornby dan E.C. Parnwell, mereka menyatakan dalam bukunya
The Progressive English Dictionary tamadun bermaksud meningkatnya pencapaian
hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi,
politik, moral dan sebagainya. Bagi maksud tamadun yang menurut sarjana Islam IbnuKhaldun pula menerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mediami sebidang
tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan
harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai
bidang.
Disamping itu, perkataan kebudayaan mengikut keterangan yang dikemukakan oleh
sesetengah sarjana adalah sama dengan maksud tamadun. Manakala pendapat yang lain
pula mengatakan kebudayaan ada sedikit perbezaan dengan tamadun. Oleh itu, definisi
kebudayaan akan dibincang selepas ini supaya dapat membezakan maksud kedua- dua
perkataan kebudayaan dengan tamadun.
Berdasar istilah- istilah tamadun dalam bahasa Inggeris, perkataan Civilization yang
bermaksud pengolahan akal budi dalam bentuk lahiriyah sahaja seperti mendirikan
bangunan pencakar langit, mengirim satelit ke angkasa dan lain- lain. Jadi civilization yang
bermaksud peradaban mengandungi erti hanya meningkatkan kemajuan dalam
perkembangan sosial semata- mata. Mengikut pentafsiran Nourouzzaman as Shiddiq M.A,
perkataan culture adalah bererti kebudayaan dan civilization yang bererti peradaban.
Oleh itu, istilah culture adalah lebih luas berbanding istilah civilization.
12
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
4/14
Perkataan culture yang membawa maksud kebudayaan dalam bahasa Inggeris, iaitu akal
manusia yang bersifat batiniah yang mendorong manusia mencipta sesuatu seperti
kesusasteraan, kesenian, agama, akhlak dan pembangunan yang lain untuk meningkatkan
pencapaian kehidupan manusia yang lebih baik. Jadi perkataan culture yang bermaksud
kebudayaan ini adalah perkembangan intelek yang memimpin ke dalam kehidupan dari
pelbagai lapangan. Malah, mengikut istilah kebudayaan bagi Professor Abu Bakar Hamzah,
tamadun adalah sama dengan kebudayaan. Ianya lahir seiring sejalan dengan
perkembangan kehidupan masyarakat setempat dari semasa ke semasa dalam bentuk
pemikiran dan kebendaan.
Berdasarkan pendapat-pendapat yang diperkatakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa
tamadun ialah suatu perubahan atau pembangunan atau kemajuan yang berlaku dalam
setiap bidang kehidupan masyarakat samada berbentuk fizikal, peraturan, pentadbiran atau
sebagainya dan juga pembangunan spiritual dari segi akhlak dan kemanusiaan. Ia
berterusan dan tidak terikat dengan sesuatu melainkan syarak. Tamadun Islam
mementingkan pencapaian kedua- dua aspek kehidupan namun pembangunan spiritual
adalah diutamakan.
Setelah meneliti semua definisi bagi perkatan tamadun dapat membawa konsep yang sangat
luas dan kompleks kerana ia merujuk kepada pencapaian menyeluruh manusia dalam
pembangunan pemikiran dalam bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, kepimpinan dan
undang- undang, agama, moral dan adat resam, kesusasteraan, sistem tulisan dan juga
perbandaran. Melalui kesan sejarah telah memperlihatkan kepada kita tentang ciri- ciri
tamadun yang sebenar. Setiap tamadun yang masyur mempunyai kemahiran daya reka cipta
bagi menyempurnakan lagi keselesaan hidup serta menyumbang kepada kemajuan
teknologi. Setiap tamadun juga mempunyai system pemerintahan yang teratur dalam
kegiatan kehidupan.
Definisi Kebudayaan
12
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
5/14
Mengikut teori ahli sejarah, budaya dan kesenian juga adalah salah satu ciri utama bagi
sesebuah tamadun. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati
falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estika yang dimiliki oleh setiap tamadun
membuktikan lagi penyataan ini. Untuk melengkapi jurang komunikasi bahasa maka
melahirkan bahasa serumpun dan sistem tulisan yang tersendiri bagi setiap tamadun.
Kemajuan bahasa dan tulisan menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian
dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.
Setelah memahami pengertian tamadun dan ciri-cirinya, kita telah mengetahui bahawa
budaya dan kesenian tidak dapat dipisahkan dalam kewujudan sesuatu tamadun, malahkebudayaan dan kesenian telah dibuktikan adalah merupakan komponen asas bagi
pembentukan sesuatu tamadun yang masyurdan terbilang. Dalam erti kata lain, tanpa
budaya dan kesenian yang tinggi tidak mungkin sesuatu pencapaian hidup masyarakat
dalam segala aspek kehidupan tanpa budaya dan kesenian akan dianggap sebagai tamadun
yang terbilang.
Selepas kita memahami lebih lanjut tentang kaitan tamadun dan peradaban manusia dengan
budaya dan kesenian kita juga perlu memahami konsep budaya dengan lebih jelas. Menurut
E.B Tylor budaya adalah merujuk kepada perkembangan dan pencapaian ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang dan adat resam.
Malinowsky mendefinisikan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan
manusia. Oleh itu, budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan yang merangkumi
aspek sejarah, kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dan agama atau
kepercayaan. Secara umumnya gaya kehidupan serta aktiviti harian sesebuah masyarakat
atau bangsa adalah budaya.
Dengan segala pendapat dan padangan di atas, kita boleh berkesimpulan sesebuah tamadun
lahir hasil daripada interaksi manusia atau masyarakatnya yang melahirkan satu cara hidup.
Masyarakatnya mampu berkembang daripada pelbagai sudut sosial dan sains. Melalui
perkembangan sosial dan sains, masyarakat sesebuah tamadun mewujudkan kesatuan
12
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
6/14
budaya dan kesenian yang mewakili ketemadunan mereka sendiri. Ketamaduan setiap
kumpulan manusia atau masyarakat mempunyai identity yang melambangkan jati diri dan
falsafah kehidupan yang maju dan selari dengan pegangan agama dan norma-norma
masyarakat. Masyarakat yang tidak mempunyai budi pekerti dan sopan santun yang tinggi
adalah masyarakat yang tidak bertamadun kerana ia meruntuhkan ketemadunan mereka
sendiri, ayat ini telah membukti kaitan antara tamadun dengan kebudayaan manusia.
Selepas kita membincang istilah tamadun yang dikemuka oleh ahli sejarah dan ahli
falsafah, konsep dan istilah tentang kebudayaan. Ini membolehkan kita lebih memahami
fungsi kebudayaan dalam perkembangan tamadun yang tertentu. Dalam kamus inggerisOxford, perkataan culture yang dapat membawa maksud kebudayaan dalam bahasa
Inggeris. Tetapi perkataan Culture adalah berasal dari bahasa Latin Cultura dan ia
digunakan bagi merujuk kepada maksud peradaban. Istilah culture juga membawa maksud
kepada sumbangan manusia dalam pelbagai bidang seperti penghasilan dalam bidang seni,
penghasilan buku dan sebagainya yang tidak ada kaitan dengan perkembangan masa.
Sarjan seperti Johann Gottfried von Herder pada abad 18 cuba mempertahankan perkataan
culture kerana istilah ini menekankan keunikan budaya bangsa Jerman dan tidak boleh
diadaptasikan dalam bahasan Inggeris daripada Jerman. Hal ini kerana culture dalam
bahasa Inggeris dan Perancis lebih merujuk kepada budaya. Budaya atau kebudayaan
(daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi,
yang bermaksud budi pererti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan
budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang
dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan perkara semula jadi yang
bukan diciptakan.
Secara umumnya perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan
Melayu, iaitu budhi dan daya. Perkataan budhi yang dipinjam daripada bahasa
Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya pula ialah perkataan melayu
yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dna pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua
perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa
12
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
7/14
menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963). Manakala, mengikut Kamus
Dewan (2005) memberikan maksud budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu
cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi system sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai murni.
Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J.
Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah
masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentu oleh kebudayaan yang dimiliki
masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia)sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. Herskovits juga berpandang
budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya
dan konsep ini disebut sebagai organik lampau.
Sementara itu, menurut Andreas Eppink, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai,
norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakat, keagamaan selain
penghasilan seni dan intelektual yang membentuk cirri-ciri khas sesebuah masyarakat.
Teori yang dikemuka oleh Andreas Eppink telah dipersetujui oleh seorang ahli falsafah,
Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit
yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang,
adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai
anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan
Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa
dan penciptaan di dalam masyarakat.
Dengan semua pengertian di atas, kebudayaan boleh disimpul sebagai keseluruhan cara
hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani
dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok
masyarakat.
12
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
8/14
Selain itu, budaya juga terdapat pelbagai jalinan unsur. Unsur-unsur budaya itu dapat
dikelas kepada beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan perbincangan serta
saling berkaitan antara satu sama lain. Antara unsure-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur
besar yang dikatakan budaya universal (cultural universal) yang dapat dibahagi kepada
budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, system sosial, bahasa,
kesenian dan agama. Dalam unsur-unsur besar termasuklah aktiviti budaya. Oleh itu,
budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota
masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, sperti norma,
nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini
adalah hasil proses serta melahirkan berbagai keunikan budaya. Dalam sistem masyarakat,manusia mengikut ajaran agama, adat resam yang terdapat dalam kebudayaan sendiri
supaya memperbaiki kelakuan seseorang.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan.
Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, senjata
dan sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai reka bentuk rumah yang berbeza
dengan orang Inggeris atau orang Eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan ialah
kepercayaan, adat istiadat tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya, dalam adat
perkahwinan masyarakat melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan
manakala bagi masyarakat india hantaran perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada
pihak lelaki. Dalam budaya melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja
dianggap sebagai satu sistem penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu
system kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai suatu perlembagaan hidup yang
meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alat komunikasi.
Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan
hidup bermasyarakat dan berbudaya.
Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama, membina imej
Negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identity; dan kedua, memupuk kesedaran
kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.
12
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
9/14
Budaya memberikan identity kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian
hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya
dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat
memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakat serta dapat menyesuaikannya dengan
keadaan sekeliling. (Ahli Sejarah Mohd Taib Osman, 1988)
Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan
antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan berkembang
dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan
apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongansebagai alternatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. Maka boleh dikatakan
bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut
perkembangan masyarakat itu sendiri (A. Aziz Deraman, 2001).
Melalui cara hidup masyarakat, kita juga akan melahirkan budaya masyarakat (contohnya
daripada aktiviti harian) yang melambangkan tamadun bangsanya sendiri yang membentuk
jati diri dan identi sesuatu tamadun. Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa,
agama dan budaya. Walau bagaimanapun, pertembungan antara tamadun telah
memperkayakan lagi nilai-nilai yang ada pada sesuatu tamadun. Proses asimilasi turut
berlaku semasa pertembungan antara tamadun iaitu pertindihan dua kebudayaan yang
berlainan.
Sebagai contohnya, ketamadunan Melayu merupakan peradaban manusia yang sangat unik
kerana budaya dan tamadun Melayu telah mencapai tahap kematangan akibat daripada
adunan dan pengaruh berbagai-bagai tamadun dunia seperti India, China, Islam dan Barat
hasil dari interaksi perdagangan, perkahwinan dan penjajahan. Tamadun Melayu
mempunyai sistem politik sejak zaman kesultanan Melaka, sistem ekonomi yang bersifat
tradisional dan sara diri, kepercayaan primitive dan agama Hindu, Buddha dan Islam.
Bahasa dan kesusasteraan (Peribahasa, pantun, syair) dan juga budaya dan kesenian yang
12
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
10/14
lahir dari cara hidup masyarakat tamadun Melayu. Ini dapat ditunjuk dengan keindahan
hasil karya seni masyarakat melayu.
Melihat dari sudut cara hidup masyarakat Melayu tradisional yang bertamadun mereka
mempunyai system kepercayaan primatif yang mempercayai kepada benda ghaib,
semangat, penunggu dan sebagainya yang boleh membawa kesan baik dan buruk kepada
mereka seperti Mak Yong. Mak Yong asalnya merupakan ritual menyembah semangat dan
roh, tetapi mengikut perubahan zaman, ia telah menjadi sejenis tarian tradisional di
tamadun Melayu. Walaupun kini aspek ritual dalam seni persembahan mak yong bukan
sahaja melambangkan falsafah budaya dan kesenian Melayu malah ianya mampu menjadisatu wakil kepada kesenian melayu yang serba lengkap kerana persembahannya
merangkumi teknologi pembuatan pakaian yang sangat indah, kemahiran penggunaan alat
muzik yang merdu, bahasa dan kesusasteraan yang halus yang terdapat pada setiap cerita,
lagu dan lawak yang dipersembahkan.
Selain itu, ilmu pengetahuan juga memakin peranan penting dalam suatu tamadun dan
kebudayaan. Ilmu pengetahuan merupakan asas kekuatan sesuatu bangsa dan tamadun.
Tetapi terdapat juga yang berpendapat factor terpenting itu adalah iman dan amalan
keagamaan, dan juga kekuatan ekonomi, dan ada pula yang menyarankan perpaduan atau
semangat kebangsaan. Maka iman atau agama yang tidak didasarkan kepada ilmu yang luas
dan mendalam, hanyalah seperti bangunan di atas pasir atau sekuat sarang lelabah; datang
rebut tumbanglah dia. Justeru itu Allah swt menegaskan bermaksud Bahawa hanya orang
yang berilmu berupaya mentaati Allah dengan sebaik-baiknya. Ini telah menyatakan
bahawa seorang yang berilmu (mengenai ilmu) lebih kuat menentang syaitan daripada
orang yang beribadat (kurang berilmu) kerana orang yang lebih berilmu dapat berfikir
dengan lebih luas dan secara rasional serta memain peranan penting dalam pembangunan
kebudayaan dan tamadun.
Semangat kebangsaan atau perpaduan, jika tidak dikembangkan dengan dasar-dasar ilmu,
akan menjadi alat bagi pemimpin-pemimpin palsu uutuk memerintah dengan kuku besi.
12
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
11/14
Malangnya, semangat kebangsaan sedemikian tidak akan mempunyai tujuan kemanusiaan
luhur, malah ianya mungkin melahirkan chauvanisme yang amat sempit dan merbahaya
seperti yang telah ditunjukkan oleh faham fasisme di Jerman, Itali dan Jepun menjelang
Peperangan Dunia Kedua. Kesedaran manusia tentang kepentingan, arah dan isi perpaduan
dan semangat kebangsaan memerlukan ilmu. Oleh itu, dengan ilmu seseorang dapat
memupuk semangat kebangsaan yang beriman dan sanggup bertolak ansur antara orang dan
mendirikan satu kebudayaan yang beriman serta membangun satu tamadun yang
cemerlang.
Tidak dinafikan kebudayaan dan ketamadun mempunyai definisi tersendiri masing-masing.Ilmu merupakan factor yang penting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan
serta kekuatan sesuatu bangsa dan Negara. Semua agama dan system sosial manusia
menganjurkan ahlinya kea rah ilmu pengetahuan sekurang-kurangnya sebagai satu factor
penerusan agama, kepercayaan atau warisan dari satu generasi ke generasi yang lain. Untuk
mencapai matlamat penerusan nilai budaya antara generasi dan untuk kebahagian inilah
maka pendidikan, sama ada secara formal, tidak formal dan informal, dilakukan oleh pihak-
pihak berkenaan dalam setiap masyarakat sepanjang sejarah manusia. Kesimpulannya, hasil
karya manusia akan melahirkan suatu kebudayaan atau teknologi yang nantinya akan
berguna untuk melindungi ataupun membantu masyarakat untuk mengolah alam yang bias
bermanfaat bagi masyarakat itu sendiri. Oleh itu, manusia dibezakan daripada haiwan
kerana mempunyai budaya dan tamadunnya kerana manusia tahu berfikir dan berbudaya.
(2632 perkataan)
12
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
12/14
Rujukan:
Foster, Anderson (1986).Antropologi Kesehatan. Jakarta. Grafiti
Glik, L.B. (1967).Medicine as an Ethnographic Category: The Gimi of NewGuinea Highlands. Etnology Buletine.
Joordaan, Roy E. (1985).Folk Medicine In Madura. Dissertation, Faculty ofSocial Science, University of Leiden.
Kalangie, Nico S. (1994).Kebudayaan dan Kesehatan: PengembanganPelayanan Kesehatan Primer melalui Pendekatan Sosiobudaya. Jakarta. PT.
Kesaint Blanc Indah Corp.
Keesing, Roger M. (1992)Antropologi Budaya: Suatu PerspektifKontemporer. Jilid 1, 2. Jakarta, Erlangga Penerbit.
12
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
13/14
Koentjaraningrat, (1994)Irian Jaya: Membangun Masyarakat Majemuk.
Jakarta. Jambatan.
Morin, Jack (1998).Profil Masyarakat Towe. Jayapura. Yayasan Kesehatan
Bethesda.
Muzaham, Fauzi. (1995) Sosiologi Kesehatan. Jakarta. UI Press.
Sarwono, R. (1992).Personalistics Belief In Health: A Case of West Java,
Leiden. Workshop on Health Care in Java.
Sarwono, S. (1993). Sosiologi Kesehatan: Beberapa Konsep Beserta
Aplikasinya. Yogyakarta. Gajah Mada Press.
A.Aziz Deraman, 1994. Masyarakat dan Budaya Malaysia, Kuala Lumpur:
Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd.
Azhar Haji Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd.
Rahman (ed), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti, Sdn. Bhd., 2000.
Tamadu Islam Dan Tamadun Asia, 2001. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
12
-
7/28/2019 HBEF 1503Masyarakat Dan Tamadun
14/14
12