hbef 2803 t2a1
DESCRIPTION
Tugasan EpicTRANSCRIPT
Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumasan Ceramah Tajuk 1 (T2A1)
Program Pensiswazahan Guru anjuran Universiti Terbuka Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan untuk
memberi peluang kepada guru-guru lepasan diploma untuk mendapatkan ijazah sarjana muda
perguruan. Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan untuk melahirkan
lebih ramai guru-guru lepasan ijazah. Guru-guru dari seluruh negara telah menyahut cabaran ini
dengan matlamat untuk memajukan diri masing-masing.
Setakat ini, lebih kurang 52 000 orang guru di seluruh negara sedang mengikuti Program
Pensiswazahan Guru. Berdasarkan jumlah ini, jelas menunjukkan betapa guru-guru mempunyai
kesedaran dan rasa kebertanggungjawaban untuk memajukan diri masing-masing. Sepertimana
yang telah dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin bin Basar, sebagai seorang pendidik, guru
mempunyai pilihan untuk memajukan diri masing-masing. Guru bertanggung jawab sepenuhnya
terhadap dirinya untuk maju ke hadapan. Kecemerlangan kerjaya seseorang guru adalah hasil
daripada inisiatifnya sendiri.
Terdapat empat isu yang dibentangkan oleh penceramah dalam seminar tersebut. Isu-isu
tersebut adalah konsep pembangunan profesionalisme, bagaimana inisiatif guru dalam
memajukan profesionnya sebagai pendidik, kebertanggungjawaban guru dan isu terakhir adalah
potensi guru yang wujud sepanjang laluan kerjayanya.
Guru pada zaman sekarang berbeza dengan guru pada zaman dahulu kerana guru pada
zaman sekarang perlu berfikiran jauh ke hadapan. Tugas dan tanggung jawab guru tidak sekadar
tahu mengajar di dalam bilik darjah sahaja. Guru perlu berusaha memajukan dirinya agar kekal
releven seiring dengan keperluan semasa. Konsep belajar seumur hidup yang sering ditekankan
oleh Kementerian Pendidikan secara langsung menjadi penyuntik semangat kepada guru untuk
memejukan diri dengan merebut peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi. Situasi ini secara langsung akan dapat meningkatkan profesionalisme guru tersebut.
Kementerian Pendidikan telah memberi banyak insentif dan kemudahan kepada guru-
guru sepanjang mengikuti kursus pensiswazahan. Antara insentif yang disediakan oleh
Kementerian Pendidikan adalah seperti pengecualian yuran pengajian, dan kemudahan cuti
belajar sepanjang mengikuti pengajian. Masa depan guru yang berjaya menghabiskan kursus
juga lebih cerah dengan peluang kenaikan gred yang lebih tinggi.
Guru yang berilmu pengetahuan tinggi merupakan salah satu kriteria yang diperlukan untuk
merealisasikan hasrat kerajaan.
Selain daripada tugas utamanya mengajar di dalam bilik darjah, guru perlu berusaha
, guru dengan sendirinya telah berusaha selangkah ke hadapan untuk memperbaiki dirinya, bukan
sahaja dari sudut kemaju