hbef2303(650929075509)
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
1/21
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI2012
HBEF2303 ( SMP KHAS )TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM
PENDIDIKAN_______________________________________
NO. MATRIKULASI : 650929075509001
NO. KAD PENGNEALAN : 650929075509
NO. TELEFON : 0174397433
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PPW KEDAH
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected] -
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
2/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 2
1.1 DIFINISI PERISIAN 3
2.0 OBJEKTIF 3
3.0 SKOP PERISIAN 4
4.0 KEPENTINGAN PERISIAN 4
5.0 METADOLOGI 5
6.0 KAEDAH PELAKSANAAN PERISIAN 6
6.1 MODEL ADDIE 6
7.0 REKA BENTUK SKRIN 11
8.0 KESIMPULAN 18
BIBLIOGRAFI 20
PERISIAN PANTUN PENCEMARAN ALAM
TAHUN 5
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
3/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2
1.0 Pengenalan
Bahan PPBK merupakan satu pendekatan yang berfaedah dan mempunyai
objektif yang baik kearah menjadikan suatu pengajaran dan pembelajaran itu lebih
berfokus dan menarik minat murid. Disamping itu juga membantu guru untuk mendalami
dan memahirkan guru mengunakan BBM yang menepati kehendak masa kini dan
mengikut perkembangan teknologi semasa.
Sistem Pendidikan Malaysia akan dan sedang mengalami perubahan di mana
keperluan penggunaan perisian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran akan diberi
penekanan (Cheah 2002). Jadi, guru mesti bersedia menerima perubahan paradigma ini
dan mula berusaha memahami serta menggunakan komputer dengan sebaiknya. Juga
sebagai satu paradigma yang perlu ditanam dalam kemahiran guru dewasa ini ialah
kebolehan minima untuk membina satu perisian mudah bagi sesuatu mata pelajaran yang
diajar. Hal ini adalah satu keperluan yang perlu dimiliki oleh seseorang guru agar tidak
terus ketinggalan dengan ledakan teknologi yang sentiasa berkembang pesat dan sentiasa
mendahului kemahiran penggunanya. Justeru,tanggungjawab menghasilkan perisian tidak seharusnya dilepaskan kepada pakar komputer sahaja kerana mereka tidak arif dalam
aspek pedagogi (Mohd. Jasmy et al. 2001).
Ini adalah kerana Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK)
dapat mendorong pelajar menanam sifat berdikari sewaktu mereka mempelajari dan
meneroka sesuatu bidang ilmu yang dibangunkan dan diterapkan dalam sesuatu proses p
&p.. Oleh itu, sumbangan dan penglibatan guru-guru dalam proses penghasilan bahan-
bahan PPBK bagi mata pelajaran yang diajar khususnya akan membantu
mempertingkatkan kualiti serta keberkesanan sistem pendidikan secara keseluruhannya
dan mempertingkatkan keilmuan penggunaan teknologi serta pembangunan perisian
amnya.
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
4/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3
1.1 Difinisi Pesisian
Capron (1997) mendefinisikan perisian sebagai suatu arahan atau aturcara yang
dirancang langkah demi langkah bagi menukarkan data kepada maklumat yang
menyebabkan computer berfungsi. Manakala, menurut Abd. Samad (1998), perisian latih
tubi ialah perisian yang dapat menyediakan latihan berulangkali dan berterusan dalam
usaha meningkatkan kemampuan melatih mengingat kembali fakta-fakta kefahaman,melatih kemahiran mengingat dan mengaplikasikan konsep berkenaan.
2.0 Objektif
Pembangunan perisian BBM bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5 mempunyai
beberapa objektif yang seperti yang digariskan di bawah:
i. Membangunkan satu modul perisian bahan bantu mengajar (BBM) yang bertajuk
PantunPencemaran Alam mengikut sukatan pelajaran Bahasa Malaysia tahun 5.Unit 4:
Manusia Prihatin Bumi Terpelihara
ii. Menambahkan bilangan perisian modul BBM berasaskan komputer bagi mata
pelajaran Bahasa Malaysia tahun 5.
iii. Menjelaskan dengan bantuan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, aminasi,
audio, dan video mengenai pencemaran alam .
iv .Menjelaskan kosa kata dalam pantunan
v Menjawab soalan- soalan pemahaman yang berkaitan dengan pantun Pantun
Pencemaran Alam
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
5/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4
3.0 Skop Perisian
Skop perisian modul BBM ini dibangunkan meliputi beberapa subtajuk bagi tajuk
Pantun Pencemaran Alam . Antara subtajuk yang terdapat dalam peris ian ini adalah:
1. Latihan kosa kata pantun
2. Gambar Pencemaran
3. Pantun
4. Info http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis-pencemaran/
5. Video Atuk Oh Atuk
Di samping itu juga, di dalam perisian ini juga turut disertakan penilaian di akhir
pembelajaran supaya guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar dari
semasa ke semasa.
4.0 Kepentingan Perisian
Perisian BBM berasaskan komputer ini dibangunkan adalah bertujuan untuk
menyediakan satu perisian multimedia alternatif kepada guru bagi mempelbagaikan lagi
corak pengajaran mereka di samping meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi
pelajaran yang disampaikan dengan menggunakan kaedah yang lebih berkesan iaitu
penggunaan komputer. Ini secara tidak langsung akan menambahkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang berkaitan dengan pemahaman berkaitan
pantun yang selama ini selalunya sukar untuk difahami istilah atau kosa kata pantun.
http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis-pencemaran/http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis-pencemaran/http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis-pencemaran/ -
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
6/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5
Melalui perisian ini murid akan lebih tertarik dan berminat terhadap pantun dan
seterusnya memahami kosa kata dan maksud sebenar bagi membolehkan para pelajarmenjawab soalan pemahaman yang berkaitan pencemaran yang diselitkan dalam pantun
yang disediakan. .Segala masalah mengenai kosa kata dalam pantun dapat dihuraikan
agar segala yang agak abstrak akan menjadi lebih konkrit dengan bantuan audio, visual,
animasi, dan grafik yang menarik sebagaimana yang dipaparkan dalam perisian yang
dibangunkan. .Di samping itu, dengan adanya perisian ini mampu menyediakan sisstem
pembelajaran dan pengajaran multimedia dengan pendekatan yang menarik dan mudah
untuk difahami supaya pelajar dapat memahami dengan jelas sesuatu isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Ia juga turut menyumbang kepada proses pengeksploitasian
kegunaan multimedia komputer dalam pendidikan.
Dengan adanya perisian ini, di harapkan ianya dapat menjelaskan lagi konsep -
konsep dalam topik Pantun Pencemaran Alam yang agak mengelirukan pelajar dan
selain itu dapat menambahkan lagi bilangan ABM yang sediaada. dengan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah di Malaysia. Jika dilihat secara umum, perisian ini mampu
untuk menyediakan suatu elemen utama dalam kurikulum sekolah bestari iaitu
memproses dan mencari maklumat melalui teknologi komputer serta mampu
memperkembangkan kemahiran pelajar dalam memperolehi pengetahuan dan kemahiran
melalui daya usaha sendiri supaya pembelajaran itu lebih bermakna dan berkesan. Maka
secara tidak langsung melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran .
5.0 MetodologiPemilihan Model Reka Bentuk Perisian
Sebelum membangunkan sesebuah perisian multimedia, adalah penting bagi seorang
pembangun untuk menentukan apakah model reka bentuk pengajaran yang sesuai. Ia
dapat membantu pembangun menjalankan kerja-kerja pembangunan dengan lebih
sistematik.
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
7/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6
Terdapat pelbagai model reka bentuk pengajaran untuk dijadikan asas dalam
pembangunan perisian multimedia yang boleh dijadikan panduan oleh pembangun didalam menentukan susur galur modul perisian yang ingin dibangunkan. Antaranya ialah
Model ASSURE, Model Dick and Carey, Model Hanafin & Peck, Model Robert Glasea,
Model Waterfall, Model ADDIE, dan Model Rapid Prototypin.
Dalam membangunkan perisian multimedia ini, pembangun menggunakan model
ADDIE sebagai garis panduan dalam membangunkan perisian berbantukan komputer.
6.0 Kaedah Pelaksanaan Perisian Pantun Pencemaran Alam :
Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi asas
kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Ia mengandungi lima peringkat untuk
untuk dijadikan panduan kepada pembangun perisian supaya lebih terarah dan
bersistematik.
Model ADDIE merupakan model untuk pengajaran yang berstrategi dalam
mereka bentuk yang terdiri daripada lima peringkat iaitu Analisis ( Analysis
), Rekabentuk ( Design ), Pembangunan ( Development ), Perlaksanaan ( Implementation ) dan Penilaian
( Evaluation ). Model ini diaplikasikan dalam pembangunan majalah web Dunia
Matematik.
6.1 MODEL ADDIE
Peringkat 1: Fasa Analisis
Dalam fasa ini, masalah yang ingin diselesaikan akan dikenalpasti secara
keseluruhannya. Ia akan meliputi aspek-aspek utama perisian modul BBM yang ingin
dibangunkan seperti matlamat projek, objektif projek, kumpulan sasaran, dan skop isi
kandungan. Pembangun telah menjalankan temubual dengan beberapa orang guru
berpengalaman dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5 serta mendapatkan
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
8/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7
analisis topik-topik yang sukar difahami oleh pelajar dalam subjek ini. Fasa ini penting
bagi memastikan reka bentuk pengajaran yang dihasilkan akan menepati dan memenuhikeperluan pengguna yang sebenarnya.
Bagi fasa analisis juga didapati adalah sukar bagi murid-murid memahami pantun
seterusnya menjawab soalan-soalan pemahaman berasaskan pantun. Setelah menemui
dan meneliti masalah yang dihadapi, maka pembangun merancang membangun satu
perisian Pantun Pencemaran Alam untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5 dalam kelas selama satu jam.
Peringkat 2: Fasa Reka Bentuk
Fasa ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan siap dilaksanakan. Ia
menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan
pengajaran yang digunakan, teori-teori pembelajaran yang menjadi panduan, serta jenis-
jenis media yang terlibat dalam pembangunan perisian ini. Pembangun telah memilih
Teori Konstruktivism dan Teori Behaviorism sebagai teori pembelajaran yang dirujukkan
dalam pembangunan perisian ini. Elemen-elemen interaktiviti yang diterapkan seperti
teks, grafik, animasi, video dan audio, simulasi yang terdapat dalam perisian ini, dan
mesra pengguna adalah ciri-ciri yang dapat menggalakkan pengguna untuk melibatkan
diri secara aktif dalam proses penggunaan perisian modul BBM ini.
Peringkat 3: Fasa Development (Pembangunan)
Fasa Pembangunan Perisian mengandungi proses proses yang tersenarai dibawahiaitu:
proses mengarang dan menghasilkan bahan pengajaran
Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut
spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji
agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
9/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8
Fasa Pembangunan Berasaskan peruntukan kewangan yang telah disediakan,
sumber-sumber yang diperoleh, fungsi manusia yang memainkan peranan, masa yangada, perisian multimedia ini perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah
ditetapkan dalam fasa reka bentuk. Menurut Jamalludin e.t al (2001), dalam fasa
pembangunan ini juga seseorang pembangun menggunakan segala pendekatan atau reka
bentuk yang telah di persetujui dalam fasa reka bentuk, misalnya :-
i. Pengguna disediakan dengan panduan pengguna supaya pengguna tidak menghadapi
masalah apabila menggunakan perisian yang dibangunkan.
ii. Kandungan isi pelajaran dalam perisian mesti bersesuaian dengan tahap kebolehan,
umur, latar belakang pengguna, dan sebagainya.
iii. Latihan disediakan setelah menamatkan pembelajaran untuk menguji kefahaman
pelajar supaya boleh menentukan samada objektif pengajaran tercapai atau tidak.
iv. Rangsangan-rangsangan yang menarik seperti grafik yang pelbagai, kesan bunyi, dan
sebagainya disediakan agar pelajar tidak berasa bosan semasa menggunakan perisian
tersebut.
v. Juga disediakan maksud kosa kata pantun supaya pengguna dapat memahami
maksud pantun yang dibina serta dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan
pantun.
Peringkat 3 : Fasa Implementasi (Pelaksanaan)
Fasa ini dijalankan setelah selesainya fasa pembangunan perisian modul
BBM. Perisian yang telah siap dibangunkan perlu dipersembahkan untuk diujikeberkesanan di samping melihat masalah-masalah yang tidak disedari sewaktu fasa reka
bentuk dan fasa pembangunan yang mungkin wujud. Fasa ini dilaksanakan terhadap
sekumpulan pelajar tahun 5 ,dan juga melibatkan guru yang mengajar subjek Bahasa
Malaysia Tahun 5.
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
10/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9
Daripada hasil tinjauan dan perbincangan dengan guru subjek bahasa Malaysia
Tahun 5, maka dapatan-dapatan yang terhasil dapat dijalankan, proses penambahbaikandan pemulihan dapat dilakukan sebelum hasil akhir perisian disediakan.
Peringkat 4 : Fasa Penilaian
Penilaian adalah satu aspek yang penting dalam pembagunan suatu perisian.
Perkara-perkara yang perlu dinilai dalam suatu perisian adalah pencapaian objektif, kesan
perisian terhadap pembelajaran dan maklum balas tentang perisian.
Penilaian dijalankan secara interaktif supaya proses reka bentuk dan pembangunan
perisian dapat dinilai keberkesanannya. Fasa ini melibatkan penilaian formatif dan
penilaian sumatif.
1 Penilaian Formatif
Penilaian formatif dijalankan sepanjang proses reka bentuk dan pembangunan
perisian modul BBM dijalankan. Tujuannya adalah dapat mengenalpasti kekurangan serta
kelemahan perisian modul BBM ini daripada peringkat awal pembangunan lagi.
Penilaian formatif dijalankan sebagai sebahagian daripada perjumpaan dengan penyelia
pada setiap dua minggu dan penilaian terhadap rakan-rakan sekuliah juga guru-guru yang
mengajar subjek Bahasa Malaysia.
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
11/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10
2 Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif merupakan penilaian yang dijalankan pada penghujung proses
pembangunan projek ini. Ia dapat mengelakkan sebarang masalah besar yang hanya di
kenal pasti selepas hasil akhir perisian dibangunkan. Penilaian sumatif dijalankan sebagai
sebahagian daripada penilaian pengguna. Tujuannya adalah untuk mengetahui kebaikan
serta keburukan perisian modul BBM dan pengubahsuaian dapat dijalankan pada perisian
supaya ia lebih menepati objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Ia juga
digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan perisian modul BBM.Perbincangan
Inisiatif untuk menghasilkan satu modul perisian BBM ini merupakan satu usaha untuk
memperkayakan koleksi perisian BBM yang bertajuk Pantun Pencemaran Alam yang
bermutu dari segi penyampaian isi kandungan serta memperbanyakkan elemen-elemen
multimedia yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar. Penggunaan Microsoft
Powerpoint 2003 dalam menghasilkan perisian ini kelihatan mudah namun keupayaannya
adalah terhad. Oleh itu, pembangun adalah wajar menguasai pelbagai penggunaan
perisian multimedia yang lain supaya media-media seperti audio, video, dan visual yang
bersesuaian serta berkualiti dapat digunakan dapat digunakan dalam pembangunan
perisian multimedia yang berasaskan Microsoft Powerpoint 2003.
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
12/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
11
7.0 Reka bentuk skrin
PANTUN
PENCEMARAN ALAM
GAMBAR PANTUN
LATIHAN
DAN KOSA
KATA
KELUAR INFO
Pada slaid pertama pembangun perisian memasukkan elemen-elemen interaktif
dimana guru dapat menggunakan perisian ini dalam pengajaran dan pembelajarana
Bahasa Malaysia Tahun 5 selama satu jam .
Guru dapat memulakan pengajaran dengan memulakan set induksi selama 8
minit dengan klik video yang dipaparkan dan akan terus link kepada klip video lagu
Atuk Oh Atuk sebagaimana yang digambarkan dibawah:
Atuk oh Atuk.flv
http://pencemaran/Atuk%20oh%20Atuk.flv -
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
13/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12
Langkah seterusnya guru memulakan pengajaran dengan menunjukkan
contoh-contoh pencemaran yang berlaku di atas muka bumi ini dengan klik pada butang
interaktif dan seterusnya berbincang dan bersoal jawab berkaitan gambar
yang dipertontonkan kepada murid-murid. Jumlah masa yang disarankan 10 minit.
Guru menggunakan kaedah kuliah bagi menerangkan secara keseluruhan konsep
pencemaran alam.
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
14/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13
GAMBAR-GAMBAR PENCEMARAN
( SLAID 1 )
PENCEMARAN AIR
( SLAID 2 )
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
15/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
14
( SLAID 3)
PENCEMARAN ALAM
Langkah pengajaran seterunya ialah guru memaparkan pantun yang dibina berkaitan alam
sekitar dengan klik pada ikon
(slaid 1)
Bunga-bunga harum mewangi,Tumbuh segar di tepi telaga;
Bersamalah kita memelihara bumi,Alam bersih kesihatan terjaga.
LATIHAN
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
16/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15
Bunga-bunga harum mewangi,Tumbuh segar di tepi telaga;
Bersamalah kita memelihara bumi,Alam bersih kesihatan terjaga.
LATIHAN
Sampah sarap bahan buangan,Dikutip, dikumpul,dikitar semula;
Pembakaran terbuka jangan diamalkan,Asap terbendung udara terbela.
LATIHAN
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
17/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
16
Guru dan murid berbincang tentang pantun yang ditunjukkan seterusnya guru bolehmenilai murid dengan klik pada butang
1. Siapakah yang sepatutnya memeliharabumi ?
2. Mengapakah pembakaran terbuka perludielakkan?3. Nyatakan punca kemusnahan ikan dan
khazanah lautan?4. Berikan alternatif lain sekiranya sumber
protin di air musnah akibat pencemaranalam.
5. Tuliskan lima nilai-nilai dan pengajaranyang boleh didapati dari puisi di atas. Tulisdalam satu perenggan.
Pantun 1 Pantun 2 Pantun 3
Masa yang disarankan untuk aktiviti pantun dan latihan ialah 20 minit. Guru
boleh memantau latihan murid dan memperjelaskan kosa kata pantun dengan klik pada
butang ,seterusnya murid-murid dapat mengikuti pengajaran yang
disampaikan guru dengan lebih lancar.
Kosa Kata
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
18/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
17
Bagi memperkukuhkan lagi lagi kefahaman murid berkaitan pencemaran alamsekitar pembangun perisian ini juga menyediakan hyperlink kepada info tambahan
berkaitan pencemaran alam dengan klik kepada dan akan terus link kepadasumber internet di alamat http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis-pencemaran/ . Murid dapat maklumat tambahan berkaitan pencemaran alam denganmelawat laman yang telah disediakan.
Musik latar bagi persembahan slaid Pantun Pencemaran Alam juga dibinabertujuan menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan moodyang harmoni.
Saff One-Perjuangan.MP3
http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis-pencemaran/http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis-pencemaran/http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis-pencemaran/http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis-pencemaran/http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis-pencemaran/ -
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
19/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
18
8.0 Kesimpulan
Satu modul perisian bahan bantu mengajar (BBM) yang bertajuk
Pantun Pencemaran Alam mengikut sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5, untuk
tempoh satu jam pengajaran dan pembelajaran telah berjaya dibangunkan dengan
menggunakan Microsoft Powerpoint 2007 serta perisian sokongan pembangunan
multimedia yang lain. Objektif pembangunan perisian modul ini telah dapat
direalisasikan.
Dengan terhasilnya perisian modul BBM ini, bilangan BBM yang menggunakanpendekatan pantun dalam penyampaian isi pelajaran telah bertambah. Perisian yang telah
dibangunkan ada bertujuan mempelbagaikan bahan rujukan guru bahasa Malaysia khasnyadan
juga buat rujukan murid-muird amnya.
Perisian ini yang turut dilengkapi dengan elemen-elemen multimedia seperti teks,
video, grafik, serta audio diharap dapat mengukuhkan lagi pemahaman pelajar dan
diharap mampu menarik minat mereka untuk mempelajari pantun yang bertajuk Pantun
Pencemaran Alam .
Pembinaan sesuatu perisian bagi kegunaan guru untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas kini bukanlah sesuatu halangan atau rintangan bagi guru
kerana dewasa ini banyak perisian yang dapat digunakan oleh guru untuk
membangunkan satu perisian bagi tujuan pengajaran dalam kelas berfokuskan subjek
yang diajar.
Walaubagaimana pun adalah menjadi tanggungjawab guru untuk melakukan
sedikit penyelidikan bagi keperluan pembinaan sesuatu perisian yang bakal
dibangunkan. Guru boleh menjadikan Model ADDIE sebagai rujukan utama dalam
membangun sesuatu perisian.
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
20/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
19
Penggunaan model ADDIE dalam rekabentuk instruksional sebenarnya dapat
membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik berbanding kaedah pengajaran tradisional. Model ADDIE bukan sahaja mudah untuk
difahami, malahan mudah untuk diamalkan oleh guru dan pelajar. Cadangan saya,
rekabentuk instruksional dan penggunaan model ADDIE ini amat wajar
diperkenalkan kepada semua guru-guru di Malaysia sebagai asas kepada guru-guru
mengenali dunia rekabentuk instruksional bagi tujuan pendedahan dunia teknologi dan
pembangunan perisian untuk bahan BBM.
-
7/31/2019 hbef2303(650929075509)
21/21
HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
20
RUJUKAN / REFERENSI
Pusat Perkembangan Kurikulum , (2008), Huraian Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 5 ,Kuala Lumpur Dewan
Bahasa Dn Pustaka .
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam pendidikan. Bentong:
PTS Publication
Cheah Eng Joo. 2002. Enhancing teaching and learning Science through ICT. Kertaskerja Asia Pacific symposium on ICTinCERD 2002. Pusat PerkembanganKurikulum, Kuala Lumpur, 28-30 Mac.
Mohd. Jasmy Abd. Rahman, Mohd. Arif Hj. Ismail, Shahidah Ibrahim & Rosnaini Hj
Mahmud. 2001. Penilaian teknologi instructional terhadap perisian multimedia:
Kepelbagaian dalam teknologi instructional, isu dan cabaran. Hotel Goldcourse,
Kelang, 11-14 .Sep.
Abd. Samad Hanif. 1998. Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaransekolah rendah. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.