hbml4803 perbandingan tatabahasa melayu

18
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 PERBANDINGAN TATABAHASA MELAYU Jun 2009

Upload: muhammad-norrudin

Post on 28-Jun-2015

4.666 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PANDUAN PEMBELAJARAN

HBML4803 PERBANDINGAN TATABAHASA MELAYU Jun 2009

Page 2: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu
Page 3: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PANDUAN PEMBELAJARAN

HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Jun 2009 Disediakan oleh: Cik Norazlina Mohamad Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open University Malaysia Diterbitkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia Terbitan Pertama: Jun 2009 Hak Cipta @ Open University Malaysia (OUM). Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Presiden, Open University Malaysia (OUM).

3

Page 4: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu
Page 5: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Isi Kandungan Pengenalan Kursus................................................................................................... 6 Sinopsis Kursus............................................................................................... 6 Sasaran Kursus............................................................................................... 6 Hasil Pembelajaran Kursus ............................................................................. 6 Beban Kursus.................................................................................................. 6 Keperluan Kursus ..................................................................................................... 7 Pengetahuan Asas .......................................................................................... 7 Sumber dan Keperluan Kursus ............................................................................... 7 Buku Teks ....................................................................................................... 7 Rujukan Penting .............................................................................................. 7 Saranan Bacaan Tambahan ........................................................................... 8 Sumber Perpustakaan Digital OUM ................................................................ 8 Penilaian .................................................................................................................... 8 Format Penilaian ............................................................................................. 8 Penghantaran Tugasan Lewat........................................................................ 8 Panduan Pembelajaran Mingguan........................................................................... 9 Minggu 1.......................................................................................................... 9 Minggu 2........................................................................................................ 10 Minggu 3........................................................................................................ 11 Minggu 4........................................................................................................ 12 Minggu 5........................................................................................................ 13 Minggu 6........................................................................................................ 14 Minggu 7........................................................................................................ 15 Minggu 8........................................................................................................ 16 Minggu 9........................................................................................................ 17 Minggu 10...................................................................................................... 18

5

Page 6: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PENGENALAN KURSUS

Sinopsis Kursus Kursus ini akan memperkenalkan falsafah tatabahasa (Otto Jespersen, 1968), khususnya prinsip yang mendefinisikan bentuk dan fungsi tatabahasa sesebuah bahasa. Tumpuan akan diberi kepada unsur-unsur tatabahasa sejagat dan unsur-unsur khusus bahasa Melayu. Kemudian, pelajar akan meneliti tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan dan dibandingkan dengan tatabahasa-tatabahasa lain yang dikarang oleh Za’ba (1952), Asmah Hj. Omar (1993) dan Abdullah Hassan (2002). Di samping perbandingan dengan tatabahasa tempatan, kursus ini juga akan membandingkan tatabahasa pegangan dengan tatabahasa yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Barat.

Sasaran Kursus Sasaran kursus ini ialah:

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti Program Sarjana Muda Keguruan major bidang Bahasa Melayu dengan Kepujian (SMK).

Hasil Pembelajaran Kursus

Di akhir kursus ini, anda haruslah dapat:

1. Memahami susur-galur dan aliran di sebalik penulisan tatabahasa Melayu dari zaman Raja Ali Haji hingga hari ini;

2. Menjustifikasi perbezaan-perbezaan yang berlaku dalam penulisan tatabahasa Melayu;

3. Membandingkan pengkelasan morfologi bahasa Melayu daripada segi bentuk dan fungsi berdasarkan penulisan tatabahasa yang dibuat oleh ahli tatabahasa yang masyhur di Malaysia;

4. Membandingkan pengkelasan sintaksis bahasa Melayu daripada segi binaan, bentuk dan ragam sintaksis berdasarkan penulisan tatabahasa yang dibuat oleh ahli tatabahasa yang masyhur di Malaysia.

Beban Kursus Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

6

Page 7: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Jam Pembelajaran

Membaca modul dan menyiapkan latihan 60

Menghadiri 5 sesi tutorial ( 2 jam setiap sesi) 10

Perbincangan atas talian 15

Menyiapkan tugasan 20

Ulangkaji 15

Total 120 KEPERLUAN KURSUS

Pengetahuan Asas Dalam silibus pengajian, pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap pengetahuan asas yang bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya. Contoh:

SUMBER DAN KEPERLUAN KURSUS

Buku Teks Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS

Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Penting 1. Alisjahbana, S.T. (1964). Tatabahasa Baru Bahasa Melayu/Indonesia 1 &2. Kuala Lumpur: Zaman Baru Limited.

2. Arbak Othman (1984). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana.

3. Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpu: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Asraf Abdul Wahab (1985). Tatabahasa Bahasa Melayu Baku. Kuala Lumpur: Sasbadi.

7

Page 8: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Saranan Bacaan Tambahan 1. Zainal Abidin Ahmad (1965). Pelita Bahasa Melayu I – III. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

2. Moeliono, A. et al (1988). Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia. Jakarta : Balai Pustaka.

3. Jespenson, O. (1968). The Philosophy of Grammar. London : Ceorge, Allen and Unwin Ltd.

Sumber Perpustakaan Digital OUM Para pelajar OUM juga disediakan dengan kemudahan menggunakan Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi yang menawarkan akses seperti:

1. OPAC – Enjin carian bagi pelajar mencari buku-buku, jurnal, artikel, kamus digital, soalan-soalan peperiksaan lepas, panduan perpustakaan dan bahan bacaan lain yang dimuatkan di perpustakaan digital ini.

2. i-TOOLS – menyediakan perkhidmatan yang merangkumi koleksi digital seperti e-Jounals dan e-Books.

3. Library Community – soalan interaktif yang menghubungkan pelajar dengan komuniti OUM melalui Blog@OUM, TSDASL Facebook, PERPUN, PPM dan IFLA.

4. Online Newspapers – membolehkan pelajar mendapatkan berita-berita terkini melalui Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, New Straits Times, The Star dan termasuk juga blog seperti Agenda Daily.com.

5. MyLibrary Bulletin – maklumat terkini dari masa ke semasa mengenai perkembangan perpustakaan digital TSDAS dan informasi-informasi berguna mengenai perpustakaan digital ini.

6. Recommended Reading – cadangan buku-buku terkini berkaitan dengan pembelajaran pelajar lengkap dengan informasi seperti ringkasan kandungan buku, OUM ID, katalog, penerbit dan sebagainya.

PENILAIAN

Format penilaian Sila rujuk MyLMS

Penghantaran Tugasan Lewat Tugasan yang tidak dihantar menjelang atau pada tarikh akhir tanpa mendapat kebenaran rasmi untuk tempoh penghantaran tambahan daripada tutor kursus akan menyebabkan tugasan tersebut dikenakan penalti.

8

Page 9: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN MINGGUAN Minggu 1

Topik 1: Falsafah Tatabahasa – Bentuk dan Fungsi

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

− Topik 1 menjelaskan tentang ciri-ciri penting dalam tatabahasa; pendapat tentang

tatabahasa; pengertian tatabahasa; sistem, fungsi dan tugas tatabahasa serta rumusan pengertian tatabahasa.

− Tatabahasa atau dahulunya dikenali sebagai ‘nahu’ adalah bermula dengan perkataan-perkataan yang boleh terbina secara semulajadi sebagai perkataan atau dibina dengan imbuhan kepada perkataan lain, atau dengan menggabungkan dua perkataan berlainan menjadi sebuah perkataan baharu. Perkataan-perkataan yang mempunyai makna ini kemudiannya disusun menjadi ayat-ayat yang bermakna.

− Terdapat pelbagai konsep tatabahasa yang dikategorikan sebagai tatabahasa pegangan dan tatabahasa pedagogi.

− Tatabahasa pegangan adalah tatabahasa yang dipilih oleh pihak berwajib bagi menentukan sesuatu tatabahasa itu dijadikan pedoman umum untuk semua sekolah, institut perguruan dan universiti.

− Tatabahasa pedagogi pula adalah tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Soalan-soalan Pembelajaran

1. Beri definisi tatabahasa.

2. Apa perbezaan antara tatabahasa pegangan dan tatabahasa pedagogi?

3. Bagaimana tatabahasa pedagogi memperlengkap Tatabahasa Dewan?

4. Bincangkan contoh-contoh pengajaran aspek tatabahasa seperti dihuraikan dalam Tatabahasa Dewan yang diubahsuai untuk keperluan pengajaran bahasa Melayu?

9

Page 10: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 2

Topik 2: Susur Galur Perkembangan Penulisan Tatabahasa Melayu

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

− Topik 2 menjelaskan tentang susur galur dan peringkat-peringkat perkembangan penulisan

tatabahasa Melayu di samping jenis-jenis tatabahasa seperti tatabahasa formal, deskriptif, nosional, preskriptif, bebas konteks dan fungsional.

− Tatabahasa adalah merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa, iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan.

− Buku Tatabahasa Dewan telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia supaya digunakan sebagai tatabahasa pegangan. Ini bermakna rumus-rumus tatabahasa yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan hendaklah dijadikan pedoman bagi mengajarkan tatabahasa Melayu di sekolah, institut perguruan dan universiti.

Soalan-soalan Pembelajaran

1. Melalui susur galur bahasa Melayu, bagaimanakah anda mengaitkan perumpunan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain?

2. Jelaskan jenis-jenis tatabahasa.

3. Mengapakah kita perlu mengetahui jenis-jenis dan perbezaan-perbezaan tatabahasa itu?

4. Apakah unit-unit bahasa yang terlibat dalam analisis tatabahasa?

10

Page 11: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 3

Topik 3: Tokoh dan Aliran Dalam Tatabahasa Melayu

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

− Tokoh dan aliran dalam tatabahasa Melayu turut dibincangkan dalam Topik 3. Antara

sarjana-sarjana Barat yang dimuatkan dalam topik ini ialah seperti W.Marsden dan R. O. Winstedt manakala sarjana-sarjana tempatan yang dibincangkan ialah seperti Pendeta Za’ba, Asmah Haji Omar dan Abdullah.

− Antara faktor yang menjadikan sarjana-sarjana Barat ini sebahagian daripada sejarah perkembangan bahasa Melayu dan turut dimuatkan dalam kandungan mata pelajaran bahasa Melayu adalah kerana sumbangan-sumbangan mereka yang tidak dapat dinafikan. Dalam zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, bahasa Melayu telah digunakan untuk tujuan rasmi di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Eropah (Inggeris) yang bertugas di negeri-negeri Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan wajib lulus peperiksaan bahasa Melayu sebagai syarat pengesahan jawatan. Faktor inilah yang telah menarik minta yang tinggi terhadap bahasa Melayu di kalangan pegawai-pegawai Inggeris sehingga menjadikan mereka sarjana bahasa Melayu yang terkenal seperti Marsden dan Winstedt misalnya.

− Baik sarjana Barat mahupun sarjana tempatan, masing-masing mempunyai aliran tatabahasa yang mereka pegang dalam memartabatkan bahasa Melayu.

− Selain daripada itu, peranan dan sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabat dan memperkukuhkan bahasa Melayu turut dibincangkan.

Soalan-soalan Pembelajaran

1. Senaraikan tokoh-tokoh penting yang terlibat dalam memartabatkan bahasa Melayu.

2. Apakah aliran-aliran tatabahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu?

3. Apakah perbezaan antara aliran-aliran yang dipegang oleh tokoh-tokoh bahasa?

4. Apakah sumbangan utama Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa Melayu sehingga ke hari ini?

11

Page 12: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 4

Topik 4: Tatabahasa Tradisional

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

− Topik 4 hingga 6 menumpukan kepada bentuk-bentuk tatabahasa. Penumpuan Topik 4

adalah kepada Tatabahasa Tradisional. Ciri-ciri tatabahasa ini adalah mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani.

− Tatabahasa Tradisional boleh diaplikasikan kepada tatabahasa lain dan bercirikan kajian bahasa sebelum linguistik moden. Selain itu, apsek-aspek lain yang dibincangkan ialah seperti tatabahasa preskriptif, dan rumus-rumus yang menentukan penggunaan bahasa dalam konteks sosial.

Soalan-soalan Pembelajaran

1. Berikan definisi tatabahasa tradisional.

2. Apakah perbezaan antara tatabahasa tradisional dan tatabahasa preskriptif?

3. Mengapakah Latin dan Yunani dikaitkan dengan tatabahasa tradisional?

4. Apakah yang dimaksudkan dengan linguistik moden?

12

Page 13: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 5

Topik 5: Tatabahasa Struktural

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

− Dalam Topik 5, aspek-aspek penting yang dibincangkan ialah definisi Tatabahasa Struktural

dan konstituen dalam ayat. Konsep ayat seperti konsep struktur permukaan seperti yang dipegang oleh penganut aliran struktural turut ditekankan dalam topik ini. Hal ini adalah kerana ramai yang mengguna dan memahami struktur bahasa pada tahap struktur permukaan daripada tahap struktur dalaman.

− Tatabahasa Struktural menganggap bahasa sebagai struktur dan unsur-unsur yang membentuk struktur itu mempunyai hubungan dan sifat tertentu. Unsur-unsur ini juga digunakan untuk menjana ayat dan menentukan struktur konstituennya.

Soalan-soalan Pembelajaran

1. Berikan definisi lengkap tatabahasa struktural.

2. Apakah unsur-unsur yang membentuk struktur tatabahasa struktural?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman?

4. Apakah yang menentukan konstituen dalam ayat?

13

Page 14: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 6

Topik 6: Tatabahasa Generatif (TG)

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

− Topik 6 pula membincangkan tentang Tatabahasa Generatif (TG) dari aspek rumus struktur

frasa (dalaman) bahasa Melayu, rumus transformasi dan ayat terbitan serta proses penyusunan semula.

− Kerangka asas TG yang membezakannya dengan teori lingusitik yang lain seperti struktural

ialah TG beranggapan bahawa bahasa terdiri daripada beberapa set rumus. Dengan kata lain, rumuslah yang telah membentuk sesuatu kata dan ayat dalam sesuatu bahasa. Hal ini berlaku kerana TG beranggapan bahawa proses penambahan, pengguguran dan penukaran merupakan antara proses semulajadi yang berlaku dalam sesuatu bahasa.

− Dalam teori Tatabahasa Generatif diandaikan bahawa setiap ayat mestilah mempunyai

subjek sepanjang ia diterbitkan dari struktur dalaman ke struktur luaran. Selain itu, cara menganalisis sesetengah struktur ayat ialah dengan menggunakan struktur ayat pasif.

− Tatabahasa ini telah dipelopori oleh Noam Chomsky pada tahun 1957. Menurut TG, ayat

dilihat sebagai unit asas yang mempunyai stuktur luaran dan struktur dalaman dimana hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa dan pemerian bahasa pula menggunakan Rumus Transformasi.

Soalan-soalan Pembelajaran

1. Berikan definisi tatabahasa generatif.

2. Bagaimanakah tatabahasa generatif berbeza daripada tatabahasa sruktural?

3. Jelaskan penggunaan Rumus Struktur Frasa dalam analisis hubungan linguistik dalam ayat.

4. Huraikan Rumus Transformasi.

14

Page 15: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 7

Topik 7: Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

− Topik 7 membincangkan tentang pembentukan kata bahasa Melayu yang melibatkan aspek

morfologi seperti penggolongan kata, proses penerbitan kata, dan proses-proses lain.

− Terdapat beberapa cara membentuk perkataan. Antaranya ialah melalui proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Melalui proses pembentukan kata ini, bentuk-bentuk yang terhasil adalah seperti bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

Soalan-soalan Pembelajaran

1. Mengapakah aspek morfologi dikaitkan dengan proses pembentukan kata bahasa Melayu?

2. Apakah perbezaan antara struktur kata dan penggolongan kata?

3. Berapakah jenis penggandaan yang terdapat dalam bahasa Melayu?

4. Apakah jenis-jenis imbuhan dalam bahasa Melayu?

15

Page 16: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 8

Topik 8: Penggolongan Kata Bahasa Melayu

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

− Aspek morfologi didalami lagi dengan membicangkan topik penggolongan kata bahasa

Melayu dalam Topik 8. Terdapat empat golongan perkataan utama yang dikelaskan dalam buku Tatabahasa Dewan iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

− Kata nama yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara mempunyai tiga subgolongan di bawahnya.

− Kata adjektif ialah kata yang memberi sifat kepada sesuatu benda, orang dan perkara.

− Kata kerja yang mengandungi makna perbuatan pula terdiri daripada dua jenis, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

− Berlainan pula dengan kata kerja, kata tugas adalah perkataan-perkataan yang tidak mempunyai makna sendiri tetapi melakukan tugas-tugas atau fungsi tatabahasa seperti kata adverba, kata sendi dan kata hubung.

− Topik 8 ini menumpukan kepada golongan kata dan proses penerbitan kata.

Soalan-soalan Pembelajaran

1. Huraikan tiga subgolongan kata nama.

2. Jelaskan perbezaan antara kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

3. Terangkan perbezaan antara kata kerja dan kata tugas.

4. Huraikan tugas dan fungsi kata adverba.

16

Page 17: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 9

Topik 9: Penjenisan dan Pengkelasan Frasa Bahasa Melayu

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

− Penjenisan dan pengkelasan frasa Bahasa Melayu dalam Topik 9 ini membincangkan

tentang frasa dan klausa. Terdapat dua jenis frasa yang dibincangkan iaitu frasa nama dan frasa kerja.

− Frasa ialah unsur yang menjadi sebahagian daripada ayat yang terdiri daripada satu perkataan ataupun sekumpulan perkataan yang digabungkan menurut rumus tatabahasa Melayu bagi membawa makna. Apa yang penting, setiap frasa mesti mempunyai inti kerana intilah yang sebenarnya membina struktur frasa.

− Terdapat empat jenis frasa iaitu: frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi. Namun begitu, Topik 9 akan menumpukan perbincangan kepada frasa nama dan frasa kerja sahaja.

− Frasa dan klausa adalah kedua-duanya unsur dalam ayat. Sebuah ayat mempunyai subjek dan predikat dan begitu jugalah dengan klausa yang mempunyai subjek dan predikat. Oleh itu, frasa boleh dirumuskan sebagai ayat dalam ayat. Maka tidak hairanlah apabila Za’ba menggelar klausa sebagai ayat kecil.

Soalan-soalan Pembelajaran

1. Huraikan perbezaan antara frasa dan klausa.

2. Jelaskan perbezaan fungsi frasa nama dan frasa kerja.

3. Bagaimana klausa boleh membentuk ayat majmuk?

4. Apakah perbezaan diantara objek dan pelengkap?

17

Page 18: HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

18

PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 10

Topik 10: Penjenisan dan Pengkelasan Ayat Bahasa Melayu

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

− Bab terakhir memfokus kepada golongan jenis ayat dan pola ayat seperti ayat dasar, ayat

terbitan, ayat tunggal, ayat aktif dan ayat pasif. Apabila dua perkataan digabungkan maka terbentuklah ayat apabila ia mengandungi subjek dan predikat yang bermakna.

− Ayat mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa, dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan. Ini menunjukkan bahawa ayat terletak pada peringkat susunan yang tertinggi dalam tatabahasa kerana mengandungi makna yang lengkap.

− Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Jika dikaji binaan sesuatu ayat itu maka boleh dikesan rangka dasarnya berasal daripada beberapa pola tertentu. Pola-pola rangka ayat itulah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa.

− Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, seperti ayat-ayat jenis lain, ayat tunggal juga terbit daripada ayat dasar dan binaan ayat tunggal adalah menyamai ayat dasar.

− Ayat tunggal dalam bahasa Melayu juga boleh dibahagikan kepada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

− Ayat pasif pula boleh dibahagikan kepada ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua dan ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

− Ayat terbitan pula ialah hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi, yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.

Soalan-soalan Pembelajaran

1. Adakah ayat dasar dan ayat tunggal terdiri daripada jenis ayat yang sama?

2. Apakah yang anda faham dengan konsep bahawa pembentukan semua jenis ayat adalah terdiri daripada jenis ayat dasar?

3. Jelaskan perbezaan antara ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

4. Huraikan jenis-jenis ayat pasif.