hc dalam hubungan kerjasama... · mindanao dan palawan ... sebahagian kawasan di pulau borneo...
TRANSCRIPT
HC 441 J54 1997
Pusat Khiäeat MaklamtAkadea& UMVERSIT[ MALAYSIA SARAWAK
MALAYSIA DALAM HUBUNGAN KERJASAMA EKONOMI INTRA-WILAYAH ASEAN
(BIMP-EAGA) P. KNIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK
IlIh III 11IIIIIIIIIN 1000246038
JENNIKSON LOJEM
Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian
Kajian Antarabangsa (SSA)
PENGHARGAAN
Latihan ilmiah ini telah disiapkan hasil daripada gabungan tenaga dan nasihat
daripada ramai pihak. Syukur ke hadrat ilahi kerana atas rahmat dan berkatnya, siaplah latihan ilmiah
yang tidak sepertinya ini.
Setinggi-setinggi penghargaan saya tujukan kepada Encik Tan Was tunjuk ajar,
bimbingan serta kesabaran yang ditunjukkan sepanjang penyelarasan latihan ilmiah
ini .
Tanpa beliau, latihan ilmiah ini pastinya tidak akan sempurna.
Seterusnya, tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada keluarga tercinta
yang sentiasa mendoakan kejayaan dalam apa jua kerjaya yang saya ceburi.
Begitu juga ucapan penghargaan tidak terhingga saya tujukan kepada
kakitangan-kakitangan Pusat Sumber Unimas yang banyak membantu dengan sedaya
upaya dalam mendapatkan bahan bagi latihan ilmiah im.
Penghargaan khas turut saya tujukan buat Alicer A., di atas motivasi yang tidak
pernah pudar, kepada Michael, Raynoom, Juan, Ding S. Y dan M. Ali atas jasa yang
tidak terhingga nilainya yang berbentuk bantuan serta tunjuk-ajar teknikal yang
diberikan dengan penuh ikhlas dan sabar. Akhir sekali, salam hormat saya ajukan
kepada individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang secara langsung dan tidak
langsung membantu dalam menjayakan penulisan ini.
1
ABSTRAK
BIMP-EAGA merupakan kerjasama ekonomi intra wilayah ASEAN yang ketiga
selepas SIJORI dan IMT-GT. Kajian ini meninjau kerjasama Malaysia, khususnya
Malaysia Timur, dengan wilayah-wilayah yang terlibat dalam BIMP-EAGA.
Penglibatan Malaysia dalam segitiga pertumbuhan BIMP-EAGA akan dapat
memaksimakan potensi pembangunannya. la dapat direalisasikan dengan
mengembleng sumber-sumber ekonomi tempatan seperti sumber hutan, galian dan
kepakaran yang melengkapi sumber-sumber ekonomi di wilayah-wilayah lain dan
sebaliknya. Dalam konteks tersebut, Malaysia sedang dan terus merancang untuk
mewujudkan hubungan ekonomi dua hala dan pelbagai hala dengan semua wi. layah
dalam BIMP-EAGA. Setakat ini, Malaysia nampaknya melibatkan din secara aktif
dalarn bidang-bidang kerjasama BIMP-EAGA terutarnanya dalarn sektor
pelancongan, pembentukan kewangan, industri agro dan pembanýýunan suinbýr
manusia. Bagaimanapun, bidang-bidang lain turut diberi penekanan. Pada masa ini,
beberapa cabaran dalaman dan luaran sedikit sebanyak menghalang penglibatan
Malaysia secara menyeluruh dalam semua bidang kerjasama BIMP-EAGA
terutamanya dari aspek infrastruktur seperti kemudahan jalan pengangkutan dan
penghubungan dengan wiläyah-wilayah BIMP-EAGA yang lain. Dalam jangka masa
panjang, bagaimanapun, Malaysia dijangka mampu sebagai salah sebuah negara yang
memainkan peranan lebih aktif dan efektif dalam BIMP-EAGA yang seterusnya akan
merealisasikan projek ekonomi ASEAN di peringkat yang lebih besar seperti AFTA.
11
ABSTRACT
BIMP-EAGA is ASEAN's third intra-regional economic cooperation after SIJORI
and IMT-GT. This study examines the involvement of Malaysia (specifically East
Malaysia) with other states participating in BIMP-EAGA. East Malaysia will be able
to maximise its development potentials by participating in the growth triangle. This
can be achieved by a common pooling of domestic economic resources such as forest
resources, minerals and skills that complement the economics topography of other
areas involved in BIMP-EAGA. In this context, Malaysia is and plans to establish
bilateral and multilateral economic relations with other areas of BIMP-EAGA.
Hitherto, Malaysia appears to be actively involved in different areas of cooperations
in BIMP-EAGA, e. g; tourism, financial formation, agro-industry, human resource
development and others. At present, some internal and external constraints appear to
have restricted Malaysia's full involvement in all areas of cooperation in BIMP-
EAGA. In the long run, however, Malaysia is expected to play a more effective role
in BIMP-EAGA, hopefully to help contribute to the realisation of bigger ASEAN
economic project such as AFTA.
111
Pusat ICh3cýmat Ma U kiumatAýde ý[i7 MALAYSIA SARAýy, ý
KANDUNGAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
SENARAI JADUAL
SENARAI PETA DAN GAMBARAJAH
GLOSARI
SENARAI LAMPIRAN
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Kenyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Skop Kajian
1.5 Kaedah Kajian
1.6 Kajian Lepas
1.7 Rangka Teori
1.8 Limitasi Kajian
1
11
111
X
xi
XII
xv
1
6
6
7
7
9
12
14
iv
1.9 Sumbangan Kajian 15
BAB 2: BIMP-EAGA
2.1 Pengenalan 16
2.2 Struktur Organisasi 19
2.3 Bidang-Bidang Kerjasama 21
2.3.1 Pelancongan 22
2.3.2 Perhubungan Udara 23
2.3.3 Perkhidmatan Perkapalan Serta Pengangkutan Dan Perhubungan Laut 24
2.3.4 Kerjasama Perikanan 25
2.3.5 Industri Agro 25
2.3.6 Perhutanan 26
2.3.7 Bahan Binaan Dan Pembinaan 26
2.3.8 Perkhidmatan Kewangan Dan Formasi Modal 27
2.3.9 Tenaga 27
2.3.10 Telekomunikasi 27
2.3.11 Pembangunan Sumber Manusia 28
2.3.12 Mobiliti Penduduk 28
2.3.13 Pengurusan Dan Perlindungan Alam Sekitar 29
2.4 Bank Pembangunan Asia 30
2.5 Kesimpulan 31
BAB 3: KAWASAN-KAWASAN PERTUMBUHAN ASEAN AWAL (SATU PERBANDINGAN)
3.1 Pengenalan 33
3.2 Segi Tiga Pertumbuhan Singapura, Johor Dan Riau (SIJORI) 33
3.3 Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT-GT) 39
3.4 Kesimpulan 45
BAB 4: MALAYSIA DALAM BIMP-EAGA
4.1 Faktor-Faktor Yang Mendorong Penglibatan Malaysia 46
4.1.2 Kedudukan Geografi 46
4.1.3 Meningkatkan Hubungan Kerjasama Ekonomi 47
4.1.4 Persamaan Budaya Dan Sosial 48
4.1.5 Keperluan Untuk Meningkatkan Ekonomi 48
vi
4.1.6 Pertumbuhan Yang Memberangsangkan Dalam 49 SIJORI Dan IMT-GT
0
4.2 Pembangunan M-EAGA
4.2.1 Sarawak
4.2.2 Sabah
4.2.3 Labuan
4.3 Kesimpulan
BAB 5: PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM BIMP-EAGA
5.1 Pengenalan
5.2 Bidang-Bidang Kerjasama
50
52
61
67
73
74
74
5.2.1 Perkhidmatan Kewangan Dan Formasi Modal 74
5.2.2 Pelancongan
5.2.3 Pembangunan Sumber Manusia
5.2.4 Perkhidmatan Perkapalan, Pengangkutan Dan Perhubungan Laut
5.2.5 Kerjasama Perikanan
5.2.6 Industri Agro
5.2.7 Perhutanan
75
78
82
83
84
86
Vll
5.2.8 Tenaga
5.2.9 Telekomunikasi
5.2.10 Perhubungan Udara
5.2.11 Mobiliti Penduduk
88
89
90
91
5.2.12 Pengurusan Alam Sekitar 92
5.3 Agensi-Agensi Yang Terlibat Dalam Aktiviti BIMP-EAGA 93
5.4 Kesimpulan 98
BAB 6: BIMP-EAGA - SERAMPANG DUA MATA
6.1 Pengenalan
6.2 Kesimpulan
BAB 7: CABARAN DAN PROSPEK
7.1 Pengenalan
7.1.1 Fungsi Dan Struktur Ekonomi
7.1.2 Sumber Manusia
7.1.3 Infrastruktur Fizikal
7.1.4 Sumber Semulajadi
100
104
107
107
108
109
109
V111
7.2 Prospek 110
7.2.1 Peluang-Peluang Pelaburan Dan Usahasama 110
7.2.2 Hubungan Perdagangan Yang Lebih Luas 112
7.3 Kesimpulan 113
BAB 8: KESIMPULAN
LAMPIRAN
BIBLIOGRAFI
114
120
128
ix
SENARAI JADUAL
Jadual 1.1 Keluaran Dalam Negara Kasar Mengikut Negeri, 1990-200 4
Jadual 2.1 Bidang-Bidang Kerjasama BIMP-EAGA 20
Jadual 3.1 Luas Dan Jumlah Penduduk Dalam IMT-GT 41
Jadual 4.1 Petunjuk Tingkat Upah - EAGA Dan Perbandingan 50
Jadual 4.2 Petunjuk-Petunjuk Ekonomi Dan Sosial BIMP-EAGA 52
Jadua14.3 Peruntukan Dan Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Perkekutuan Mengikut Negeri, 1991-2000 53
Jadual 4.4 Infrastruktur Perindustrian Sarawak 56
Jadual 4.5 Peruntukan Aktiviti Dalam KKIP 64
Jadua15.1 Kementerian Yang Bertanggungjawab Bagi Pengurusan
Bidang-Bidang Kerjasama BIMP-EAGA Di Malaysia 95
Jadual 5.2 Agensi-Agensi Negeri Sarawak Yang Terlibat Dalam
BIMP-EAGA 98
Jadual 6.1 Anggaran Pelaburan Berdasarkan MoU-MoU Yang Telah Ditandatangani Dengan Firma Malaysia Dalam Kawasan BIMP-EAGA 112
X
SENARAI PETA
Peta 1: Peta menunjukkan Kedudukan Geografi Malaysia Barat Dan Malaysia Timur 2
Peta 2: Kawasan BIMP-EAGA 17
SENARAI GAMBARAJAH
Gambarajah 2.1: Proses Aktiviti Dalam BIMP-EAGA 22
X1
GLOSSARI
1. ADB - Asian Development Bank
2. AFTA - ASEAN Free Trade Area
3. ARMM - Autonomous Region of Muslim Mindanao
4. ASEAN - Association of South East Asian
5. BIMP-EAGA - Brunei-Indonesia-Malaysia-Philiipine-East ASEAN Growth Area
6. CEPT - Common Effective Preference Tariff
7. EU - Eropean Union
8. FAMA - Federal Agricultural Marketing Authority
9. F-EAGA - Mindanao dan Palawan (Filipina - EAGA)
10. GATT - General Aggreement on Trade and Tarrif
11. I-EAGA - Kalimantan Barat Dan Timur, Sulawesi Utara (Indonesia - EAGA)
12. IMT-GT - Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle
13. IOFC - International Offshore Financial Corporation
14. ISIS - Institut of Strategic and International Studies
15. ITM - Institut Teknologi Mara
16. KDNK- Keluaran Dalam Negara Kasar
X11
17. KKIP- Kota Kinabalu Industrial Park
18. LDA - Labuan Development Authority
19. LNG - Liquid Natural Gas
20. MARDI - Malaysian Agriculture Researh Development
21. M-EAGA - Sabah, Sarawak dan Labuan (Malaysia EAGA)
22. MID - Ministry of Industrial Department
23. MoU - Memorandom of Understanding
24. NSTP - New Straits Times Press
2'S. PORIM - Palm Oil Reseach Institute of Malaysia
26. RRJPs- Rangka Rancangan Jangka Panjang
27. SAEAGA - Syarikat Penerbangan SAEAGA
28. SAFMA - Sabah Fisheries Marketing Authority
29. SAFODA - Sabah Forest Development Authority
30. SALCRA - Sarawak Land Consilidation and Rehabitation Authority
31. SEDCO - Sabah Economic Development Corporat
32. SEDC - Sarawak Economic Development Corporation
33. SESCO - Sarawak Electrical Suply Corporation
34. SIJORI - Singapore-Johor-Riau Growth Triangle
X111
35. SIMP - Sabah Industrial Master Plan
36. SITTDEC- South Investment Trade and Data Exchange Center
37. Unimas - Universiti Malaysia Sarawak
38. UPE - Unit Perancang Ekonomi
39. WTO - World Trade Organisation
xiv
SENARAI LAMPIRAN
1. Peta: Sumber Tenaga BIMP-EAGA
2. Jadual: Sokongan Malaysia Dalam BIMP-EAGA
3. Jadual: Pelancongan Dalam EAGA-Peranan Pelengkap Dan Sokongan Wilayah-Wilayah
4. Jadual: Ringkasan Bagi Masalah "Ekonomi" Utama M-EAGA
5. Jadual: Peluang-Peluang Pelaburan Dalam Sektor Pertanian, Perikanan Dan Perhutanan Dalam M-EAGA
6. Jadual: Indicative Peluang-Peluang Pelaburan Jangka Pendek Dan Sederhana Bagi Sektor Swasta M-EAGA Dengan Wilayah-Wilayah Lain EAGA
7. Jadual: Ringkasan Peluang Pelaburan Dan Kerjasama Industri Dalam M-EAGA
8. Jadual: Ringkasan Ciri-Ciri Infrastruktur Utama M-EAGA
120
121
122
123
124
125
126
127
xv
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia, sebuah negara yang terletak di kawasan Asia Tenggara
mempunyai keluasan 127,316 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 21
juta orang. Entiti politik im unik dalam erti kata, is mempunyai kawasan pentadbiran
yang dipisahkan oleh lautan. Kawasan Malaysia pada keseluruhannya meliputi
selatan tanah Semenanjung Malaysia dengan keluasan 50,800 kilometer persegi dan
sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan 76,510 kilometer persegi.
Kedua-dua dataran ini dipisahkan oleh Laut China Selatan sejauh kira-kira 650
kilometer (Britannica, 1993: 728) (rujuk Peta 1). Negara Malaysia dihahagikan
kepada 14 unit pentadbiran atau negeri termasuk wilayah persekutuan Labuan dan
Kuala Lumpur. Kebanyakan negeri-negeri, iaitu 11 buah, terletak di Semananjung
Malaysia (Malaysia Barat) yang terdiri daripada Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor termasuk
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan terletak di kawasan kepulauan Borneo. Dengan jumlah
penduduk dan keluasan yang ada, Malaysia bukan sahaja dihuni oleh seramai lebih
kurang 67 kumpulan etnik yang berlainan tetapi juga di kurniakan dengan kekayaan
sumber semulajadi yang mempunyai taburan yang berbeza-beza di setiap kawasan
darat dan perairan negeri-negeri (Buku Maklumat Tahunan Malaysia, 1996: 55).
Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan kayu balak,
sumber galian seperti gas dan petroleum serta sumber perlombongan seperti arang
batu, arang kayu, emas, timah dan perak merupakan penyumbang utama kepada
pertumbuhan awal ekonomi Malaysia. Seterusnya, kemunculan kegiatan
perindustrian yang juga merupakan usaha kerajaan untuk mempelbagaikan kegiatan
ekonomi telah turut memainkan peranan penting dalam membantu pertumbuhan
1
Peta 1
PETA MENUNJUKAN KEDUDUKAN GEOGRAFI MALAYSIA BARAT DAN MALAYSIA TIMUR
Sumber: Malaysia's Homepage
3
ekonomi negara dengan wujudnya industri-industri berat dan ringan seperti
pemasangan kereta, perkapalan, elektronik, pemprosesan makanan dan pakaian.
Malaysia mampu mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi pada kadar purata
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.7 peratus pada
tahun 1970-1991. Ekonomi negara terus berkembang pada tahun-tahun berikutnya
dengan kadar pertumbuhan 8.7 peratus dalam tempoh 1991-1995. Pertumbuhan
KDNK negara pada kadar 8.2 peratus pada 1996 merupakan perkembangan mapan
untuk tahun kesembilan berturut-turut ekonomi Malaysia (Manimaran, 1997: 1).
Pencapaian tersebut juga yang tertinggi jika dibandingkan dengan negara anggota
BIMP-EAGA yang lain iaitu Brunei (3.0%), Indonesia (7.6%), dan Fillipina (5.9%)
(World Economic Outlook, September 1996). Seterusnya, Malaysia telah berusaha
untuk mengekalkan pertumbuhan ekonominya pada kadar 8.0 peratus sepanjang
tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996: 5).
Pencapaian pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan menjadikan Malaysia
sebagai salah sebuah negara yang mencapai pertumbuhan ekonomi terbaik di
kalangan negara-negara membangun khasnya di rantau ASEAN.
Bagaimanapun, di peringkat domestik, terdapat ketidakseimbangan
pertumbuhan ekonomi di kalangan negeri-negeri di Malaysia. Rata-ratanya, negeri-
negeri di pantai barat mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih baik jika
dibandingkan dengan negeri-negeri di pantai timur dan juga di Malaysia Timur iaitu
di Sabah, Sarawak dan Labuan (rujuk Jadual 1.1). Bagi mengatasi masalah tersebut,
pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan bagi mewujudkan keadaan
pembangunan yang seimbang di setiap negeri di Malaysia sama ada di peringkat
domestik seperti mempelbagaikan kegiatan ekonomi dengan mempergiatkan kegiatan
perindustrian dan perkilangan serta di peringkat antarabangsa melalui kerjasama-
kerjasama pengeluaran transnational di peringkat ASEAN.
4
Jadual 1.1
Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Negeri, 1990-2000 (mengikut harga 1978)
Nisbah KDNK PerKapita KDNK Per Kapita kepada Purata Negara
1990 1995 2000 Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) 1991-'95 '96-2000 1990 1995 2000
Johor 4,082 5,654 7,831 6.7 6.7 0.92 0.97 1.03 Kedah 2,612 3,791 5,423 7.7 7.4 0.59 0.65 0.71 Kelantan 1,727 1,998 2,411 2.9 3.9 0.39 0.34 0.32 Melaka 3,723 5,439 7,933 7.9 7.8 0.84 0.94 1.04 Negeri Sembilan 3,744 5,131 7,315 6.5 7.3 0.85 0.88 0.96 Pahang 3,648 4,610 6,067 4.8 5.6 0.82 0.79 0.80 Perak 3,532 4,808 6,937 6.4 7.6 0.80 0.83 0.91 Perlis 2,936 3,764 5,029 5.1 6.0 0.66 0.65 0.66 Pulau rinang 5,246 7,89 10,867 8.2 6.9 1.19 1.34 1.43 Sabah 3,695 3,556 3,720 -0.8 0.9 0.83 0.61 0.49 Sarawak 3,892 4,656 5,950 3.7 5.0 0.88 0.80 0.78 Selangor 6.341 8,687 11,093 6.5 5.0 1.43 1.49 1.46 Terengganu 6,993 8,736 11,209 4.6 5.1 1.58 1.50 1.48 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 8,501 11,610 15,329 6.4 5.7 1.92 2.00 2.02 Malaysia 4,426 5,815 7,593 5.6 5.5 1.00 1.00 1.00
Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh Nota: I termasuk Wilayah Persekutuan Labuan
Usaha membangunkan ekonomi negeri-negeri di Malaysia di peringkat
ASEAN dilakukan dengan menyertai kerjasama-kerjasama pertumbuhan sub-regional
atau lebih dikenali sebagai segi tiga pertumbuhan. Segi tiga pertumbuhan ini
merupakan zon-zon ekonomi transnasional yang dikembangkan ke kawasan-kawasan
yang mempunyai kedudukan geografi yang berdekatan dan ia melibatkan biasanya
tiga atau lebih negara. Perbezaan dalam kuantiti serta jenis kurniaan sumber-sumber
ekonomi di kalangan kawasan-kawasan terlibat mewujudkan konsep saling
melengkapi (complimentary) dan faedah bandingan (comparative advantage).
Sumber-sumber tersebut dieksploitasi bagi mempertingkatkan perdagangan luar
disamping menggalakkan kegiatan pelaburan di kalangan kawasan-kawasan yang
terlibat. Persamaan konsep segi tiga pertumbuhan dapat juga dilihat dengan huraian
Ariff (1996, cf. Acharya, 1995: 74) yang menerangkan bahawa:
Pusat K6idmat Maklumat Akademik I nvNERSITi MALAYSIA SA RAWAK
Growth triangle act as a "production bloc" within which labour, capital and technology move freely. The main purpose is to minimise costs and maximise returns, to render the triangle an attractive centre for investments and its products competitive internationally
5
Sebenarnya, pembentukan segitiga pertumbuhan seumpamanya turut
dipraktikkan di rantau Asia yang lain. Segi tiga-segi tiga pertumbuhan tersebut adalah
seperti Segitiga Pertumbuhan China Selatan yang meliputi Hong Kong, Taipei dan
China; Segitiga Pertumbuhan Kawasan Sungai Turnen yang melibatkan Korea
Selatan, Russia dan China (Dillon, 1996: 49).
Bermula dengan Segitiga Pertumbuhan Singapura-Johor-Riau (SIJORI) dan
seterusnya Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), Malaysia
terus menunjukkan penglibatan aktif dalam segitiga perturnbuhan ASEAN dengan
menyertai BIMP-EAGA yang melibatkan kesemua negeri-negeri di Malaysia Timur.
Penglibatan dalam BIMP-EAGA juga merupakan antara usaha yang dilakukan oleh
Kerajaan Malaysia untuk memperbaiki pertumbuhan ekonomi Sabah, Sarawak dan
Labuan yang rata-ratanya mengalarni kadar pertumbuhan KDNK yang rendah.
Kekayaan sumber alam yang banyak terutamanya di Sabah dan Sarawak ditambah
dengan kepesatan kegiatan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri di ketiga-tiga kawasan tersebut telah membantu mewujudkan
konsep keadaan saling melengkapi dan lebihan bandingan bagi kerjasama
perdagangan dan pelaburan dengan kawasan-kawasan BIMP-EAGA yang lain.
Kerajaan peringkat persekutuan dan negeri telah memainkan peranan penting
dalam menggalakkan kegiatan perdagangan dan pelaburan di kawasan segitiga
pertumbuhan tersebut dengan menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur asas
seperti sistem pengangkutan darat, air dan udara dan telekomunikasi selain
mewujudkan insentif-insentif dan polisi-polisi pelaburan yang menarik bagi pelabur-
pelabur asing dan tempatan seperti pemberian taraf perintis dan polisi-polisi
percukaian.
6
1.2 Kenyataan Masalah
Malaysia merupakan salah satu daripada negara ASEAN yang melibatkan diri
secara aktif dalam kawasan segitiga pertumbuhan. Ini dibuktikan dengan
penglibatan nya dalam kawasan pertumbuhan ASEAN yang terbaru iaitu BIMP-
EAGA selain daripada SIJORI dan IMT-GT. Bagaimanapun, adalah didapati bahawa
maklumat serta huraian mengenai penglibatan Malaysia dalam BIMP-EAGA yang
merangkumi Sabah, Sarawak dan Labuan masih terhad. Jika ada pun, perbincangan
mengenai Malaysia biasanya merupakan perbincangan secara umum dan tiada
pengkhususan penerangan yang terperinci mengenai penglibatan Malaysia dalam
kawasan pertumbuhan tersebut. Ini mungkin menimbulkan masalah atau kesukaran
kepada individu atau kumpulan-kumpulan individu yang ingin mengetahui dengan
lebih lanjut sejauh manakah kerja sama yang sedang dan yang boleh dilakukan oleh
Malaysia dalam BIMP-EAGA.
1.3 Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menerangkan lebih lanjut berkenaan
penglibatan Malaysia dalam BIMP-EAGA. Kajian ini cuba menerangkan dengan
lebih mendalam mengenai penglibatan Malaysia dalam bidang-bidang kerjasama
yang terdapat dalam BIMP-EAGA yang difokuskan kepada Sabah, Sarawak dan
Labuan. Dalam erti kata lain, penerangan yang akan dilakukan adalah berhubung
dengan aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Malaysia melalui
ketiga-ketiga negeri tersel, ut dalam 13 bidang kerjasama yang telah dipersetujui oleh
kerajaan-kerajaan dalam BIMP-EAGA. Tujuan-tujuan lain kajian ini adalah untuk
melihat:
1. Faktor-faktor yang mendorong penglibatan Malaysia dalam BIMP-EAGA;
2. Perbandingan M-EAGA dengan M-SIJORI dan juga M-IMT; 3. Kesan secara tidak langsung pembentukan BIMP-EAGA ke atas hubungan
politik luaran Malaysia; clan
7
4. Cabaran serta prospek Malaysia dalam BIMP-EAGA.
Kajian teknikal yang dilakukan oleh Bank Pembangunan Asia (ADB)
berhubung potensi kerjasama Malaysia dalam BIMP-EAGA pada masa depan turnt
disentuh. Penglibatan sektor-sektor awam dan swasta dalam projek-projek
pembangunan BIMP-EAGA turnt dibincangkan.
1.4 Skop Kajian
Pemerhatian kajian ini akan ditumpukan kepada satu jangka masa yang agak
singkat, iaitu dari akhir 1980an hingga awal 1997. Jangka waktu tersebut diambil
kerana dalam tempoh tersebutlah Malaysia telah melibatkan diri dalam tiga kawasan
Segitiga Pertumbuhan ASEAN yang dimulai dengan SIJORI (1990), 1MT-GT (199 1)
dan seterusnya BIMP-EAGA (1994). Tempoh akhir 1980an juga memperlihatkan
pertumbuhan ekonomi negara yang menggalakkan beserta dengan peningkatan dalam
jumlah dagangan yang memberangsangkan antara Malaysia dengan negara-negara
ASEAN. Selain daripada itu, jangka waktu tersebut juga memperlihatkan hubungan
politik Malaysia dengan negara-negara ASEAN terutama sekali dengan Brunei,
Indonesia dan Filipina yang sedikit tergugat terutama sekali akibat daripada isu
tuntutan sempadan dan kawasan-kawasan tertentu yang masih dalam dilema hingga ke
hari ini.
1.5 Kaedah Kajian
1.5.1 Kajian Perpustakaan
Memandangkan BIMP-EAGA adalah satu bentuk pakatan ekonomi ASEAN
yang terkini dan melibatkan Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina, maka masih
belum lagi terdapat penulisan-penulisan khusus berkenaan penglibatan Malaysia
dalam pakatan ekonomi tersebut. Oleh itu, kajian tajuk ini secara keseluruhan adalah
berasaskan kepada penyelidikan perpustakaan melibatkan penggunaan media cetak