he assgn

8
2.0 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENANGANI DAN MENGURUSKAN PERPADUAN ETNIK DI MALAYSIA Malaysia merupakan sebuah negara yang mashyur dengan pelbagai agama, budaya, tradisi, kepercayaan, adat resam dan nilai murni. Hal ini adalah kerana, negara kita mengamalkan konsep melting pot di mana, negara kita mempunyai komposisi pelbagai etnik seperti etnik India, Melayu, Cina, penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Sesebuah negara yang diduduki oleh pelbagai etnik yang berbeza dari segi agama, kepercayaan, adat resam dan nilai murni akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan bagi mengekalkan perpaduan anatara rakyat negara tersebut dan begitu juga senario yang berlaku di negara kita, di mana terdapat pelbagai cabaran dari segi aspek sosial, ekonomi, politik, nilai antara etnik, sikap penduduk Malaysia, dan cabaran luaran bagi menangani dan menguruskan perpaduan etnik di negara kita. 2.1 ASPEK SOSIAL Dari segi aspek sosial, terdapat pelbagai cabaran yang menjadi halangan bagi menangani dan menguruskan perpaduan antara etnik di negara kita dan antara cabarannya ialah, pemisahan fizikal, pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar, kontrak sosial dan perbezaan agama dan adat resam antara masyarakat Malaysia. 2.1.1 PEMISAHAN FIZIKAL Konsep pemisahan fizikal merupakan pengagihan masyarakat mengikut lokasi tempat tinggal di negara kita. Pada zaman pra merdeka, masyarakat negara kita menduduki sesebuah tempat tinggal mengikut etnik, sebagai contohnya, kebanyakan etnik India tinggal di estate, manakala etnik Melayu pula di kampung dan etnik Cina pula menduduki kawasan bandar. Hal ini adalah disebabkan oleh, mata pencariaan atau kerjaya mereka tertumpu di kawasan-kawasan tersebut. Walaupun begitu, pada zaman pasca kemerdekaan iaitu pada era ini, penduduk negara kita menduduki sesebuah tempat tinggal mengikut status dan kemampuan ekonomi, bukan itu sahaja, malah masyarakat Malaysia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu masyarakat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Walaupun negeri Sabah dan Sarawak hanya dipisahkan oleh sebatang Lautan China, kita, penduduk di Semananjung Malaysia menganggap negeri-negeri tersebut seperti sebuah negara asing bagi kita, namun hakikatnya, negeri Sabah dan Sarawak beratapkan bumbung yang sama seperti kita iaitu, Malaysia. Pemisahan masyarakat Malaysia kepada tiga bahagian menyebabkan mereka tidak mengenali dan

Upload: nanthini-suppiah

Post on 24-Apr-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

he assgnment...CABARAN CA

TRANSCRIPT

Page 1: he assgn

2.0 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENANGANI DAN MENGURUSKAN

PERPADUAN ETNIK DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang mashyur dengan pelbagai agama, budaya,

tradisi, kepercayaan, adat resam dan nilai murni. Hal ini adalah kerana, negara kita

mengamalkan konsep “melting pot” di mana, negara kita mempunyai komposisi pelbagai etnik

seperti etnik India, Melayu, Cina, penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak dan sebagainya.

Sesebuah negara yang diduduki oleh pelbagai etnik yang berbeza dari segi agama,

kepercayaan, adat resam dan nilai murni akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan

bagi mengekalkan perpaduan anatara rakyat negara tersebut dan begitu juga senario yang

berlaku di negara kita, di mana terdapat pelbagai cabaran dari segi aspek sosial, ekonomi,

politik, nilai antara etnik, sikap penduduk Malaysia, dan cabaran luaran bagi menangani dan

menguruskan perpaduan etnik di negara kita.

2.1 ASPEK SOSIAL

Dari segi aspek sosial, terdapat pelbagai cabaran yang menjadi halangan bagi

menangani dan menguruskan perpaduan antara etnik di negara kita dan antara cabarannya

ialah, pemisahan fizikal, pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar,

kontrak sosial dan perbezaan agama dan adat resam antara masyarakat Malaysia.

2.1.1 PEMISAHAN FIZIKAL

Konsep pemisahan fizikal merupakan pengagihan masyarakat mengikut lokasi

tempat tinggal di negara kita. Pada zaman pra merdeka, masyarakat negara kita menduduki

sesebuah tempat tinggal mengikut etnik, sebagai contohnya, kebanyakan etnik India tinggal di

estate, manakala etnik Melayu pula di kampung dan etnik Cina pula menduduki kawasan

bandar. Hal ini adalah disebabkan oleh, mata pencariaan atau kerjaya mereka tertumpu di

kawasan-kawasan tersebut. Walaupun begitu, pada zaman pasca kemerdekaan iaitu pada era

ini, penduduk negara kita menduduki sesebuah tempat tinggal mengikut status dan kemampuan

ekonomi, bukan itu sahaja, malah masyarakat Malaysia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

masyarakat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Walaupun negeri Sabah dan

Sarawak hanya dipisahkan oleh sebatang Lautan China, kita, penduduk di Semananjung

Malaysia menganggap negeri-negeri tersebut seperti sebuah negara asing bagi kita, namun

hakikatnya, negeri Sabah dan Sarawak beratapkan bumbung yang sama seperti kita iaitu,

Malaysia. Pemisahan masyarakat Malaysia kepada tiga bahagian menyebabkan mereka tidak

Page 2: he assgn

mengenali dan memahami antara satu sama lain, justeru merenggangkan lagi perpaduan

dalam kalangan masyarakat negara kita. Konsep pemisahan fizikal bukan sahaja boleh

merenggangkan hubungan dan interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan

kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota yang seterusnya menimbulkan prasangka,

streotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan etnik terhadap etnik yang lain.

2.1.2 PENDIDIKAN YANG BERASINGAN

Pendidikan di negara kita terbahagi kepada tiga iaitu, pendidikan di sekolah

rendah, menengah dan tertinggi. Walaupun pendidikan diberikan secara sama rata kepada

rakyat negara kita tetapi konsep sekolah vernikular masih diguna pakai dalam sistem

pendidikan negara kita walaupun konsep ini telah lama dimansuhkan, di mana bahasa ibuanda

digunakan sebagai bahasa pengantar dalam Sekolah Kebangsaan (SK) mahupun Sekolah

Jenis Kebangsaan (SJK) dan penggunaan bahasa pengantar ini akan mengurangkan

perpaduan di antara etnik negara kita. Hal ini adalah kerana, para pelajar akan fasih bertutur

dan memahami bahasa ibuanda masing-masing, justeru komunikasi antara etnik yang berlainan

akan berkurangan dan merenggangkan perpaduan antara etnik. Disamping itu, sekolah rendah

yang terbahagi kepada SK dan SJK juga menjadi halangan kepada perpaduan rakyat negara

kita kerana kebanyakan para pelajar SJK Tamil dan Cina terdiri daripada etnik masing-masing

dan interaksi hanya akan berkisar dalam kalangan etnik yang sama, justeru akan

mengurangkan jurang perpaduan antara etnik di negara kita.

2.1.3 POLARISASI DALAM KALANGAN PELAJAR

Polarisasi dalam kalangan pelajar bermaksud amalan ‘bergang” iaitu hanya

berkawan, bertegur sapa dan berinteraksi antara etnik masing-masing yang wujud diantara para

pelajar di Malaysia. Situasi ini berlaku di setiap sekolah mahupun SK dan SJK dan Institut

Pengajian Tinggi (IPT) Awam mahupun Swasta. Kerajaan telah memperkenalkan sebuah

program bagi membentuk perpaduan antara pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik dan

program ini dikenali sebagai, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Walaupun

rancangan sebegini telahpun diwujudkan, namun pelajar negara kita masih mengamalkan

polarisasi dalam kalangan mereka, maka usaha untuk mengeratkan perpaduan antara rakyat

negara kita akan terbantut disebabkan oleh amalan polarisasi dalam kalangan pelajar.

Page 3: he assgn

2.1.4 KONTRAK SOSIAL

Kontrak sosial ialah satu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan

kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli sebagai ganti untuk pemberian hak

keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan asli. Persefahaman penduduk rakyat Malaysia

tentang kontrak sosial telah menimbulkan hura-hara dalam kalangan rakyat dan menjejaskan

perpaduan etnik di negara kita seperti yang berlaku pada tahun 2008 iaitu perhimpunan haram

Hindraf yang menyoalkan tentang kontrak sosial tersebut. Perhimpunan haram ini telah

menjejaskan perpaduan etnik di negara kita di mana, kontrak sosial ini telah menimbulkan suatu

perasaan aneh iaitu etnosentrisme dan rasisme dalam kalangan penduduk Malaysia dan

menjadi halangan dalam menangani dan mengekalkan perpaduan antara etnik di Malaysia.

2.1.5 PERBEZAAN AGAMA DAN ADAT RESAM

Seperti yang sedia maklum, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik,

justeru negara ini kaya dengan pelbagai agama dan adat resam. Kepelbagaian agama dan adat

resam akan memisahkan rakyat kita kepada kumpulan etnik mereka yang tersendiri dan

menjurangkan perpaduan antara mereka. Selain itu, perselisihan faham antara agama dan adat

resam etnik lain akan mengujudkan salah faham antara etnik dan menjejaskan perpaduan etnik

di negara kita. Setiap agama dan adat resam perlulah dihormati bagi mengurangkan jurang

sosial antara etnik di negara kita.

2.2 ASPEK EKONOMI

Dari segi aspek ekonomi, terdapat pelbagai cabaran yang menjadi halangan bagi

menangani dan menguruskan perpaduan antara etnik di negara kita dan antara cabarannya

ialah, dominasi ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi antara

masyarakat Malaysia.

2.2.1 DOMINASI EKONOMI

Dominasi ekonomi merujuk kepada penguasaan ekonomi oleh sesetengah etnik

dan dominasi ini akan mengujudkan jurang yang lebih luas antara etnik di Malaysia. Dasar

pecah dan perintah yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan penjajah British telah memberikan

kesan kepada penduduk negara kita sehingga kini di mana, pada zaman penjajahan,

masyarakat dibahagikan kepada sektor ekonomi – orang Melayu dalam pertanian, orang India

terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit dan orang Cina menguasai sektor

Page 4: he assgn

yang lebih maju berbanding dengan etnik yang lain. Selepas zaman pasca kemerdekaan,

dominasi dalam sektor ekonomi ini telah berubah kepada bumiputera dan bukan bumiputera, di

mana, penduduk bumiputera menguasai ekonomi negara kita dalam sektor primary, secondary

dan tertiary sebanyak 136.3 peratus dan bukan bumiputera pula dengan 163.7 peratus

(Sumber: Malaysia, 1990). Dominasi sesetengah etnik dalam ekonomi negara akan melahirkan

ketidakpuas hati etnik yang lain kerana mereka akan berasa kedudukan mereka tergugat,

justeru sifat etnosentrism dan kekitaan akan wujud lalu menjadi halangan kepada hasrat kita

untuk mengekalkan perpaduan antara etnik.

2.2.2 PERBEZAAN PEKERJAAN BERDASARKAN SEKTOR EKONOMI

Cabaran ini memberikan implikasi yang sama dengan cabaran dominasi

ekonomi tetapi cabaran perbezaan perkerjaan berdasarkan sektor ekonomi merupakan cabaran

yang menjadi dilemma penduduk negara kita pada masa kini, di mana pendapatan rakyat

Malaysia berbeza mengikut pekerjaan mereka. Situasi ini mengujudkan jurang perbezaan

ekonomi rakyat yang terbahagi kepada orang kaya dan orang miskin. Jurang perbezaan ini

akan mengujudkan benteng antara perpaduan etnik di Malaysia, misalnya, pergaulan dan

interaksi antara orang kaya hanyalah dengan golongan elit sahaja dan mereka tidak akan

bercampur gaul sesama orang miskin. Ini bukan pernyataan streotaip tapi inilah situasi yang

sedang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia. Situasi ini akan mengujudkan rasisme

dan perasaan kekitaan yang akan menjadi cabaran untuk menangani dan menguruskan

perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat kita. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia

Kedua ada menyatakan bahawa perpaduan negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan

keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui

penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada

permodenan dan pertumbuhan ekonomi.

2.3 ASPEK POLITIK

Dari segi aspek politik, terdapat pelbagai cabaran yang menjadi halangan bagi

menangani dan menguruskan perpaduan antara etnik di negara kita dan antara cabarannya

ialah, kepimpinan ketua, parti politik berasaskan kaum, tiada kesatuan politik, dan visi politik

yang berbeza.

Page 5: he assgn

2.3.1 KEPIMPINAN KETUA

Kepimpinan seseorang ketua amat penting untuk mengujudkan serta

mengekalkan perpaduan antara etnik. Seseorang ketua itu adalah aset penting dan tulang

belakang sesebuah negara. Corak dan cara pemerintahan yang digunakan oleh setiap

pemimpin negara kita akan memberikan impak kepada perpaduan negara kita. Sebagai

contohnya, pemimpin negara kita akan berubah setiap lima tahun dan corak dan cara

pemerintahan beliau akan memberikan impak positif atau negatif terhadap perpaduan etnik

bergantung kepada sifat dan sikap seorang ketua negara semasa memerintah.

2.3.2 PARTI POLITIK BERASASKAN KAUM

Parti politik yang berasaskan kaum akan menjadikan keadaan lebih parah

apabila isu-isu perkauman diperalatkan untuk kepentingan sesuatu pihak bagi mendapatkan

sokongan rakyat. Parti politik sebegini akan mengungkitkan rusuhan kaum yang akan

menggugatkan perpaduan etnik dalam kalangan masyarakat negara kita. Rusuhan kaum

berlaku disebabkan oleh unsur rasisme yang diungkitkan oleh parti politik yang tidak

bertanggungjawab dan menyebabkan pertelagahan antara etnik yang berbeza seperti peristiwa

13 Mei 1969 yang berlaku disebabkan oleh parti berasaskan perkauman. Selain itu, rusahan

kaum pada masa kini pula berubah bentuk kepada demonstrasi seperti demonstrasi yang

dijalankan secara besar-beasar iaitu, demonstrasi bersih yang berlaku pada tahun 2011.

Demonstrasi-demonstrasi sebegini akan menggugat perpaduan etnik di negara kita.

2.3.3 TIADA KESATUAN POLITIK DAN VISI POLITIK YANG BERBEZA

Perpaduan ialah tangga utama untuk kejayaan sesebuah negara, justeru, untuk

menangani dan menguruskan perpaduan etnik di negara kita, semua pihak perlulah bersatu

terutamanya, pihak politik perlulah bersatu untuk menyatupadukan etnik di negara kita.

Kesatuan politik akan mengujudkan visi politik yang sama dan perkara ini akan mengeratkan

lagi perpaduan antara kaum di negara kita. Selain itu, visi pihak politik yang sama tidak akan

mengelirukan penduduk negara kita dan perkara ini dapat menghalang perpecahbelahan rakyat

kita mengikut visi politik masing-masing, sebagai contohnya, terdapat pelbagai parti politik di

negara kita seperti parti Barisan Nasional (BN), Parti Rakyat Malaysia (PKR) dan Parti Liberal

Demokratik (LDP) dan mempunyai visi yang berbeza serta tidak bersatu untuk mengujudkan

perpaduan antara etnik di negara kita.

Page 6: he assgn

2.4 ASPEK NILAI ANTARA ETNIK

Cabaran yang seterusnya ialah nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi

bahasa, nilai dan kebudayaan yang lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu,

Cina, India dan penduduk Sabah Sarawak mempunyai bahasa, nilai dan kebudayaan yang

berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa,

nilai dan kebudayaan mereka sendiri. Ini akan mengakibatkan anggota etnik lebih

mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat. Perkara ini seolah-

olah sudah menjadi tegal atau “taboo” kerana perkara ini memang sukar untuk diubah walaupun

menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai

perasaan hormat menghormati dengan nilai, bahasa dan budaya etnik-etnik yang lain.

Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan

di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka yang mempunyai masalah untuk

berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Golongan etnik-etnik ini tentunya

sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walaupun

perkara ini akan memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.

2.5 ASPEK SIKAP PENDUDUK MALAYSIA

Dari segi aspek sikap penduduk Malaysia, terdapat pelbagai cabaran yang menjadi

halangan bagi menangani dan menguruskan perpaduan antara etnik di negara kita dan antara

cabarannya ialah, sikap mementingkan diri sendiri dan prasangka serta prejudise yang menebal

dalam diri setiap etnik.

2.5.1 SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Kebanyakan penduduk di negara kita mementingkan diri sendiri, di mana

mereka tidak sudi untuk bertegur sapa dan beramah mesra dengan penduduk yang lain, justeru

mengujudkan jurang antara penduduk negara kita. Selain itu, mereka tidak mempunyai minat

untuk bersosial dan berinteraksi dengan penduduk negara kita yang lain dan tidak sudi untuk

tolong-menolong antara satu sama lain, maka mereka tidak mempunyai persefahaman dan

komunikasi yang sihat di antara satu sama lain, justeru merenggangkan hubungan antara

mereka dan jurang ini akan menjadi titik utama dalam melonggarkan perpaduan antara etnik di

Malaysia.

Page 7: he assgn

2.5.2 PRASANGKA DAN PREJUDISE YANG MENEBAL

Prasangka dan prejudise antara etnik akan menjadi cabaran yang paling hebat

bagi menangani dan mengekalkan perpaduan etnik dalam negara kita. Prasangka dan

prejudise yang timbul antara kaum ini akan memjejaskan perpaduan etnik dan prasangka serta

prejudise akan mengungkitkan sifat rasisme dan etnosentrisme antara etnik tersendiri, justeru

memisahkah etnik yang berlainan untuk kekal bersatu padu di negara ini.

2.6 ASPEK CABARAN PENGARUH LUARAN

Dari segi aspek cabaran pengaruh luaran terdapat pelbagai cabaran yang menjadi

halangan bagi menangani dan menguruskan perpaduan antara etnik di negara kita dan antara

cabarannya ialah, politik antarabangsa dan globalisasi.

2.6.1 POLITIK ANTARABANGSA

Dalam era pasca perang dingin dan berakhirnya dunia bipolar pada akhir 1980-

an, kini dunia telah menjadi unipolar di mana, Amerika dan sekutunya telah mendominasi politik

antarabangsa dan penguasaan mereka bukan sahaja dalam konteks Pertubuhan Bangsa

Bersatu tetapi penguasaan ini juga adalah untuk menjaga kepentingan mereka di mana-mana

sahaja, justeru negara kita perlulah berwas-was dalam situasi sebegini kerana pengaruh politik

luar dapat menggangu perpaduan di negara kita, sebagai contohnya, peristiwa Lahad Datu

yang hangat berlaku di negeri Sabah, di mana berlaku pemberontakkan Orang Sulu disebabkan

pengaruh politik luar negara dan peristiwa ini akan menjadi ancaman kepada perpaduan antara

etnik di negara kita. Pemberontak-pemberontak Orang Sulu dapat mengungkitkan rusuhan etnik

dalam negara kita semata-mata untuk mendapat apa-apa yang mereka hajati dan perkara ini

akan merosakkan serta memecah belahkan rakyat pelbagai etnik di negara kita.

2.6.1 ASPEK GLOBALISASI

Aspek globalisasi terbahagi kepada teknologi dan sains dan pembaratan corak

hidup. Pencipataan teknologi dan sains juga telah menjurangkan lagi perpaduan antara etnik di

negara kita. Dari sudut yang positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan

menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik dan menyebabkan

Malaysia menjadi seperti yang kita dapat rasai kini. Namun demikian, pengaruh Barat atau

dikenali sebagai pembaratan corak hidup ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang

negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyusur dalam

Page 8: he assgn

para remaja yang akan menjadi bakal pemimpin negara lenyap disebabkan oleh budaya kuning

yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat

dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas.

Dari segi sains dan teknologi, para remaja yang terdiri daripada pelbagai etnik terdedah dengan

pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan moral remaja itu sendiri dan

memusnahkan kebanyakan golongan remaja. Jelasnya di sini dapat dilihat bahawa kehalusan

dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus kerana pengaruh Barat bagi merealisasikan

wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga disebabkan oleh tiadanya

insan yang ingin menjaganya daripada lupus dilendak oleh arus pemodenan zaman dan

pembahuruan terhadap corak hidup ataupun dikenali sebagai globalisasi akan menjadi

ancaman kepada perpaduan etnik di negara kita.