hegemoni vs weapon of the weak dalam pilihan raya

22
HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA UMUM 2008 Zaini Othman Nidzam Sulaiman PENDAHULUAN Barisan Nasional (BN) adalahparti pemerintah yang begitu hegemoni kedudukannya. Hal ini amat jelas malah turnt dipersetujui oleh para sarjana politik, sama ada dari dalam ataupun luar negeri yang mengkaji politik Malaysia'. Semenjak mencapai kemerdekaan padatahun 1957, diikuti dengan pembentukan Malaysia pada September 1963, dominasi dan hegemoni politik BN mengatasi parti-parti politik yang lain dalam setiap persaingan pilihan raya yang diadakan. Selepas itu, BN adalah satu-satunya parti politik yang berjaya menguasai tampuk pemerintahan. Oleh itu, persoalan hegemoni politik BN adalah suatu aspek yang amat menarik untuk diteliti, khususnya dalam konteks persaingan pilihan raya di antara BN dengan parti-parti pembangkang seperti Democratic Action Party (DAP), Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Oleh kerana BN adalah satu-satunya parti politik yang memerintah Malaysia semenjak tahun 1957 (Tanah Melayu ketika itu) hinggalah sekarang (2008), sebarang persaingan politik yang boleh menggugat hegemoni BN bakal dilihat oleh para pemerhati sebagai suatu perkembangan yang menarik perhatian ramai sama ada dari kalangan kelompok masyarakat awam atau komuniti akademik. Lebih menarik untuk diperhati serta dianalisis ialah setiap kali hegemoni politik BN tergugat atau disaingi secara hebat oleh parti-parti lain, BN berjaya mengembalikan kekukuhan hegemoni politik parti tersebut. Namun, keputusan pilihan raya umum ke-12 yang baharu berlangsung telah melahirkan keputusan yang agak mengejutkan ramai pihak. Bukan sahaja parti dominan seperti BN yang terkejut dengan kehilangan banyak kerusi malah dinafikan majoriti 2/3. Sementara pihak pembangkang seperti PAS, DAP dan PKRZ, secara sosiologinya juga tidak menyangka bahawa mereka (baca DAP, PAS dan PKR) mampu untuk menggugat hegemoni-politik BN, malahan berjaya menguasai empat buah negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor di samping negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS semenjak pilihan raya umum 1990. Dalam konteks ini, apakah mekanisme yang boleh digunakan bagi menjelaskan keputusan pilihan raya umurn ke-12 yang dilihat oleh ramai pengkaji

Upload: dokhuong

Post on 12-Jan-2017

257 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA UMUM 2008

Zaini Othman Nidzam Sulaiman

PENDAHULUAN

Barisan Nasional (BN) adalah parti pemerintah yang begitu hegemoni kedudukannya. Hal ini amat jelas malah turnt dipersetujui oleh para sarjana politik, sama ada dari dalam ataupun luar negeri yang mengkaji politik Malaysia'. Semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, diikuti dengan pembentukan Malaysia pada September 1963, dominasi dan hegemoni politik BN mengatasi parti-parti politik yang lain dalam setiap persaingan pilihan raya yang diadakan. Selepas itu, BN adalah satu-satunya parti politik yang berjaya menguasai tampuk pemerintahan.

Oleh itu, persoalan hegemoni politik BN adalah suatu aspek yang amat menarik untuk diteliti, khususnya dalam konteks persaingan pilihan raya di antara BN dengan parti-parti pembangkang seperti Democratic Action Party (DAP), Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Oleh kerana BN adalah satu-satunya parti politik yang memerintah Malaysia semenjak tahun 1957 (Tanah Melayu ketika itu) hinggalah sekarang (2008), sebarang persaingan politik yang boleh menggugat hegemoni BN bakal dilihat oleh para pemerhati sebagai suatu perkembangan yang menarik perhatian ramai sama ada dari kalangan kelompok masyarakat awam atau komuniti akademik.

Lebih menarik untuk diperhati serta dianalisis ialah setiap kali hegemoni politik BN tergugat atau disaingi secara hebat oleh parti-parti lain, BN berjaya mengembalikan kekukuhan hegemoni politik parti tersebut. Namun, keputusan pilihan raya umum ke-12 yang baharu berlangsung telah melahirkan keputusan yang agak mengejutkan ramai pihak. Bukan sahaja parti dominan seperti BN yang terkejut dengan kehilangan banyak kerusi malah dinafikan majoriti 2/3. Sementara pihak pembangkang seperti PAS, DAP dan PKRZ, secara sosiologinya juga tidak menyangka bahawa mereka (baca DAP, PAS dan PKR) mampu untuk menggugat hegemoni-politik BN, malahan berjaya menguasai empat buah negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor di samping negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS semenjak pilihan raya umum 1990.

Dalam konteks ini, apakah mekanisme yang boleh digunakan bagi menjelaskan keputusan pilihan raya umurn ke-12 yang dilihat oleh ramai pengkaji

Page 2: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

dan pemerhati politik Malaysia sebagai kehakisan hegemoni-politik BN dalana

pembangunan politik Malaysia semenjak 1957? Apakah keputusan pilihan raya umuni

ke-12 merupakan suatu keputusan yang bersifat bermusim? Dalam erti kata lain, satu

lagi keputusan pilihan raya seperti keputusan pilihan raya pada tahun 1969,1990 dan

1999. Atau, adakah keputusan pilihanraya tunum ke-12 ini merupakan satu keputusan

yang mencerminkan permulaan titik baharu dalam pembangunan politik Malaysia,

khususnya dari aspek tingkah laku politik rakyatnya? Bersandarkan kepada konsep

hegemoni oleh Antonio Gramcsi danweapon of the weak oleh James C Scott, artikel ini bertujuan untuk mengupas dan menganalisis persoalan-persolan tersebut.

GRAMSCI DAN PERSOALAN HEGEMONI

Hegemoni diperkenalkan oleh Gramsci buat pertama kali dalam karyanya, ̀Priso, i Notebooks' yang ditulis oleh beliau semasa berada di penjara dari tahun 1926 hingga 1937. Gramsci cuba menjelaskan kedudukan golongan bawahan yang didominasi

, ditindas dan dieksploitasi itu secara sosiologinya tidak sedar bahawa mereka sedang ditindas atau dieksploitasi. Malah, mereka merasakan bahawa mereka deserved berada di bawah dan golongan yang lebih dominan itu selayaknya berada di atas. ' Bagi Gramsci, hegemoni merupakan dominasi satu kumpulan terhadap kumpulan yang lain, yang lebih lemah, meskipun bilangannya lebih ramai. Dominasi ini boleh berlaku sama ada menggunakan tekanan (seumpamanya tekanan melalui peraturan-peraturan yang bersifat draconion laws) ataupun tanpa merasai sebarang tekanan (kelazimannya terbentuk dal" konteks sosialisasi politik atau sosialisasi budaya yang secara tidak sedar dikuasai atav dibentuk oleh pemerintah). Proses ini berlaku dengan halus tetapi benerusan sehingga idea dan nilai yang dibawa dan ditekan kumpulan penguasa yang dominan diterinna dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar oleh golongan yang didominasi.

Keadaan ini tidak sama dengan tekanan dan penindasan sahaja yang boleh berlaku dalam sesebuah masyarakat. Terdapat juga penguasa yang hanya menindas tanpa mahu menarik perhatian kelas bawahan. Dalam hegemoni, tekanan, perdaya, manipulasi dan sokongan berjalan seiring dan serentak. Apabila hat ini telah berlaku

maka kumpulan yang mendominasi berjaya mempengaruhi dan mengawal kumpulan

yang didominasi untuk menerima nilai moral, nilai politik dan budaya kumpulaq

yang dominan termasuk parti yang memerintah. Tidak hairanjika revolusi proletariat seperti yang diungkapkan oleh fikiran Marx itu tidak meletus. Golongan bawahan

sebaliknya menghormati malah suka mendekati golongan atasan. Pihak penguasa melaksanakan pelbagai usaha untuk melaksanakan

hegemoni ini. Segala jentera media dieksploitasi untuk mengukuhkan hegemoni ba. gi memperlihatkan bahawa merekalah pemerintah yang terbaik, dermawan, pemurak suka membantu, dekat dengan rakyat, menjadi pejuang bangsa, pembela agatna.

50

Page 3: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Hegemoni vs Weapon of The Weak

pendukung hak orang ramai dan sebagainya. Jika orang mula mengkritik mereka, maka pengkritik tersebut akan dituduh sebagai petualang negara atau anasir subversif malah pada satu-satu tahap disebut sebagai penderhaka. '

WEAPON OF THE WEAK DAN PERSOALAN HIDDEN TRANSCRIPT

Konsep ini dipopularkan secara akademis oleh James C. Scott' (1976; 1985; 1990),

seorang sarjana dalam bidang antropologi politik. Beliau menggunakan konsep weapon ojthe weak untuk menjelaskan bagaimana dalam sebuah negara yang begitu autoritarian sifatnya dan autoriti begitu dominan dalam urusan kenegaraan dan kemasyarakatan; masyarakat yang tertekan atau yang didominasi atau dalam istilah Scott dinamakan sebagai masyarakat subaltern, beroposisi dengan pemerintah. Dalam

erti kata lain, melalui konsep ini Scott menghuraikan bahawa dalam masyarakat atau negara yang tinggi dominasi pemerintah, tidak bermakna pemerintah mempunyai kawalan sepenuhnya, sama ada dalam bentuk intelektual atau bukan intelektual ke atas masyarakatnya, khususnya terhadap masyarakat subaltern tersebut.

Menurut Scott, masyarakat subaltern ini mempunyai pelbagai kaedah yang tersendiri dalam proses oposisi mereka terhadap dominasi pemerintah dan dalam kepelbagaian bentuk oposisi tersebut tersulam sebagai bentuk oposisi yang digelar

oleh Scott sebagai non-violent resistence atau oposisi tanpa penggunaan kekerasan. Oposisi terhadap dominasi pemerintah ini dizahirkan oleh masyarakat subaltern ini secara subsistem iaitu tidak dizahirkan oposisi tersebut secara keterbukaan yangjelas dapat dilihat oleh pihak pemerintah. Umpamanya yang diberikan oleh Scott adalah aktiviti boycott atau pemulauan sesuatu aktiviti yang dianjurkan oleh pemerintah. Aktiviti pemulauan inipun menurut Scott dilakukan secara halus iaitu tanpa jelas menunjukkan bahawa wujudnya oposisi terhadap akitiviti tersebut, dalam erti kata lain dilakukan dengan cara yang berhemat.

Situasi oposisi yang sedemikian wujud dalam kalangan masyarakat subaltern, jelas Scott lagi adalah disebabkan oleh kedudukan masyarakat subaltern itu sendiri yang sendiri yang tidak "berupaya" untuk menyanggah hegemoni pihak pemerintah. Mereka (baca masyarakat subaltern) tidak memiliki "alat" atau "medium" yang boleh menzahirkan oposisi meeka secara terbuka. Oleh itu, oposisi dizahirkan secara subsistem dalam konteks menyanggah dominasi pemerintah ke atas mereka. Analisis Scott ini amat bertepatan kerana yang diteliti oleh beliau itu adalah masyarakat tani yang jelas sekali kebergantungan sosioekonomi mereka terhadap golongan pemerintah. Namun, jika dilihat dalam konteks masyarakat subaltern hari ini, konsep weapon of the weak Scott memerlukan sedikit pengubahsuaian dalam menjelaskan perkembangan dan perubahan tingkah laku politik atau budaya politik masyarakat Malaysia hari ini.

51

Page 4: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Apapun, mclalui konsep weapon ojthe weak, Scott cuba secara intekktualnyu

untuk bertentangan dengan Gramsci bahawa dalam masyarakat yang dominasi

pemerintahnya begitu tinggi dalam setiap sektor masyarakat; tidak bermakna bahav. -A masyarakat khususnya golongan bawahan atau golongan bukan pemodal atau dalatn

istilah Scott disebut sebagai golongan lemah; dikawal dan bersetuju atau bera"

sepenuhnya di bawah kawalan ideologi pemerintah. Pertentangan intelektual antara Gramsci dan Scott akan cuba diaplikasikan dalam usaha kertas ini menghurai situatsi semasa politik Malaysia khususnya keputusan pilihan raya umum ke-12 tahun 2008.

BN DAN HEGEMONI POLITIK MALAYSIA

Bagi memperoleh kefahaman yang konstruktif berhubung dengan hal yang dibangkitkan di atas, amat perlu sekali kita memahami hubungan sosiologikal tiga scrangkai antara BN-Hegemoni-Masyarakat Malaysia. Hubungan tiga serangkai ini pula mesti difahami melalui penelusuran sejarah BN dan perkembangan politik Malaysia secara amnya. Dari segi sejarah, BN (dikenali sebagai Perikatan antaM tahun 1952 hingga 1970) adalah gabungan beberapa parti pelbagai kaum (pada peringkat awal pembentukannya itu pada tahun 1952, pakatan ini terdiri dari patli Malaysian Chinese Association (MCA) yang mewakili kaum Cina, Malaysian Indian Association (MIC) mewakili kaum India dan UMNO mewakili kaum Melayu.

Rata-rata pemimpin yang mewakili BN terdiri dari kelompok aristokrat bagi UMNO dan berpendidikan inggeris bagi MIC dan MCA justeru sewaktu tuntutan kemerdekaan digerakkan oleh masyarakat di Malaysia (Tanah Melayu ketika itu),. pihak British memberikan kerjasama rapat terhadap golongan ini yang dianggap oleh British sebagai konservatif dan berfahaman kann, berbanding dengan kelompok nasionalis yang dipimpin oleh individu-individu yang berfahaman Uri. Kemerdekaan yang diperoleh oleh Tanah Melayu adalah kerjasama yang rapat serta hubungan yang harmonis ant; kra kelompok aristokrat Melayu dan golongan berpendidikan Inggeris bukan-Melayu dengan pihak British.

Bertolak daripada saat itulah kerjasama tersebut telah dipcrkukuh dar,

membentuk rangkaian elit politik dalam kerangka gabungan BN. Semenjak

terbentuknya rangkaianelit politik sehinggalah kepada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008 seperti yang telah dijelaskan sepintas lalu di alas tadi, satu-satunya parti politik yang bukan sahaja menguasai tampuk pemerintahan, malah memenangi kesemua 12 pilihan raya umum yang telah diadakan. Semenjak itu jugalah penguasaan dan hegemoni

politý7c BN kekal utuh dan sukar digugat oleh lain-lain parti politik di negara ini.. Idea demokrasi seperti pilihana raya dan pemilihan perwakilan adalah suatu bentuk idea

pemerintahan yang diperkenalkan oleh Barat (baca British) ke dalam orientasi budaya Politik masyarakat di Malaysia. Situasi ini tidak bemiakna bahawa pendedahan idea

52

Page 5: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Hegemoni vs Weapon of The Weak

pemerintahan yang berasaskan kepada demokrasi tersebut sama sekali telah mengubah orientasi budaya politik feudal yang telah sekian lama bertapak dan bertunjang dalam

nilai dan norma politik masyarakat Malaysia hari ini. Malah, idealisme pemerintahan demokrasi yang diamalkan di Malaysia selepas era-kolonial dilihat `diadun' bersama dengan nilai dan norma politik yang bersifat feudal.

Fenomena tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui perkembangan dan pembangunan demokrasi di Malaysia di bawah kepimpinan politik BN. Pemerintah BN

umpamanya, selepas memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957, dalam konteks

penguru. san negara dan masyarakat sama ada dalam aspek ekonomi, politik dan sosial, mempromosi idealisme patronaged democracy. Menerusi idealisme patronaged democracy, eilt politik melalui pembentukan PERIKATAN (kemudiannya dikenali sebagai BN), idea parti vanguard diserlahkan dalam konteks orientasi politik masyarakat. UMNO sebagai salah satu parti komponen BN, amat jelas mempraktikkan idea ini dalam konteks

orientasi budaya politýk masyarakat Melayu selepas merdeka. UMNO, dalam usaha untuk memperoleh sokongan politik masyarakat Melayu meletakkan parti tersebut sebagai parti yang mewakili kepentingan politik masyarakat Melayu di Malaysia. Dalam erti kata lain, UMNO memberikan mesej politik kepada masyarakat Melayu bahawa kesejahteraan,

perlindungan hak Melayu di Malaysia serta pembangunan sosioekonomi bergantung kepada kesetiaan sokongan politik terhadap UMNO6.

Tuntutan terhadap kesetiaan sokongan politik bukan sahaja menyerlahkan penerusan nilai dan norma feudal yang terkandung dalam konteks feudalisme masyarakat Melayu pada era pemerintahan beraja (monarki) tetapi juga menyingkap hegemoni intelektual UMNO ke atas masyarakat Melayu dalam konteks amalan sistem pemerintahan demokrasi era selepas kolonial. Fenomena hegemoni-intelektual UMNO ke atas perkembangan dan pembangunan orientasi budaya politik masyarakat Melayu pascakolonial merupakan faktor abstrak yang menyumbang kepada keupayaan UMNO dan meletakkan parti tersebut sebagai imej parti vanguard dalam melindungi kepentingan politik masyarakat Melayu, seterusnya menerima kesetiaan sokongan politik.

Idealisme yang sama turut terserlah dipraktikkan oleh parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA, MIC, Parti GERAKAN, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) di Sarawak dan UMNO Sabah. Kesemuanya mempraktikkan idealisme parti vanguard melalui hegemoni intelektual terhadap kelompok penyokong politik dalam usaha untuk meraih kesetiaan sokongan politik. Maka, tidak hairanlah kalau diperhatikan, amalan demokrasi khususnya pilihan raya selepas pascamerdeka lebih menonjolkan pemilihan dan persaingan politik yang berteraskan intelektualisme kaum atau orientasi etnik.

Fenomena ini tidak hanya tertumpu dalam aspek politik. Perluasan imej parti vanguard dan hegemoni intelektual pemerintah turut diperluaskan dalam konteks

53

Page 6: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Zarr Odpwm d Ns&an Su/tnnnnn

orientasi pembangunan ekonomi. Dengan bersandarkan kepada strategi kestabilan dan keharmonian kaum, pemerintah BN di Malaysia, khususnya selepas tragedi 13 Mei 1969' telah mengimplementasi dasar pembangunan ekonomi yang bertunjangkan idealisme pemerintah berorientasikan pembangunan (developmentalist state) yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pendekatan pemerintah berorientasikan

pembangunan ini mempunyai ciri-ciri asas yang tertentu, pemerintah memainkan peranan yang utama dalam menentukan citra pembangunan ekonomi yang hendak dijalankan dan orientasi pembangunan yang digerakkan oleh pemerintah adalah bersifat kepentingan nasional (national interest), perlindungan (protection) dan kawalan dasar (policy control).

Oleh itu, dalam konteks inilah dapat kita perhatikan sekitar tahun 1960-an dan juga 1970-an, muncul semacam suatu semangat optimis terhadap pendekatan ini, khususnya dalam membangunkan ekonomi di negara-negara yang sedang membangun, termasuk Malaysia iaitu melalui DEB. DEB mula diperkenalkan melalui Rancangan Malaysia ke-2 (1971 hingga1976) sebagai satu strategi untuk meningkatkan penyertaan masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dalarn proses pembangunan ekonomi Malaysia. Pihak pemerintah BN (PERIKATAN pada waktu itu), khususnya UMNO menyatakan bahawa punca utama kepada tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah kerana begitu terpinggirnya masyarakat Melayu dalan, aktiviti ekonomi di negara ini. Berdasarkan kepada alasan tersebut, DEB yang terkandung di dalamnya dua matlamat yang utama iaitu pertama, membasrni kemiskinan dan jurang perbezaan kelas dalam kalangan masyarakat Malaysia; dar, kedua menstrukturkan semula masyarakat Malaysia berasaskan kaedah pengimbangan ekonomi diperkenalkan dengan pemerintah Malaysia yang diterajui oleh BN memainkan peranan yang penting.

Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah selepas DEB dilancarkan pada tahun 1971, terbukti jelas akan peranan pemerintah (baca Kerajaan BN) dalam konteks pembangunan ekonomi politik Malaysia selepas 1971. Bukti empirikal terhadap fenomena tersebut dapat diteliti melalui penubuhan institusi-institusi pembangunan ekonomi seperti Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pembangunan Industri Pekebun-pekebun Kecil Getah Malaysia (RISDA). Sementara di peringkat pemerintati negeri dibentuk institusi-institusi ekonomi politik yang berperanan sebagai sayap ekonomi (the money making arms) untuk pemerintah peringkat negeri seperti Perbadanan lktisad atau Perbadanan Ekonomi Negeri'.

Penubuhan institusi-institusi pemerintah yang sedemikian bukan sahaja menggambarkan peranan pemerintah yang begitu terpusat dalam proses pembangunan ekonomi dan politik Malaysia, tetapi juga harus diakui bahawa dari sudut sosiopolitiknya mempunyai matlamat untuk menyerap masyarakat Malaysia yang

54

Page 7: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Hegemoni vs Weapon of The Weak

terpinggir (khususnya masyarakat Melayu) ke dalam sistem ekonomi kapitalis. Hal

yang lebih implisit ialah bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan kekayaan

antara kaum di Malaysia. Secara tidak langsung, usaha ini turut membantu memobilisasi masyarakat di Malaysia untuk lebih berinteraksi dalam kerangka sistem pembangunan ekonomi politik Malaysia.

Maka, tidak hairanlah sekitar awal tahun 1980-an dan pertengahan tahun 1980-an, pemerintah Malaysia menerokai konsep pembangunan ekonomi dari yang berasaskan pertanian komersial kepada penggantian import (import-subtitutions) dan juga industri pembuatan (manufacturing industry). Semenjak pemerintah Malaysia mengamalkan pendekatan berorientasikan pembangunan, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan yang begitu baik dalam konteks

pertumbuhan ekonomi dunia. Namun, di sebalik pendekatan yang dikatakan bertujuan

untuk melindungi kepentingan nasional dan masyarakat keseluruhannya, seperti yang telah disentuh secara sepintas lalu pada awal perbincangan, ia juga telah memberi impak timbal balik terhadap perkembangan demokrasi dan orientasi budaya politik dalam kalangan masyarakat.

Keterlibatan pemerintah Malaysia yang begitu dominan dalam konteks

pembangunan ekonomi-politik Malaysia telah memberi ruang politik yang dominan kepada BN selaku pemerintah Malaysia semenjak tahun 1957 untuk mengkonstruksi suatu bentuk ideologi populis terhadap masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Malaysia. Melalui pendekatan pemerintah dan pembangunan ini, pemerintah telah berjaya menanam suatu bentuk orientasi budaya politik bahawa hanya pemerintah yang sedia ada mampu mewujudkan kestabilan ekonomi-politik di Malaysia. Rancangan

pembangunan ekonomi seperti FELDA, FAMA, FELCRA dan HICOM umpamanya telah begaya mengawal sebarang bentuk penentangan politik (political resistence) dan

pemulauan sokongan politik (political boycott) daripada majoriti masyarakat'. Ideologi populis telah dimanipulasikan secara baik dalam konteks persaingan

politik dalam pilihan raya. Kempen-kempen pilihan raya oleh Parti BN akan sentiasa dilihat sebagai suatu bentuk imej 'kerajaan'. Jika dibuat analisis dalam konteks siri pilihan raya yang telah diadakan di Malaysia semenjak tahun 1955, pendekatan ideologi populis telah 'dialatkan' sebagai suatu bentuk mekanisme untuk Parti BN meraih sokongan politik. Kerap kali dilihat dalam konteks pilihan raya di Malaysia, pilihan raya bukan sahaja sebagai suatu medium untuk rakyat mempraktik hak demokrasi, tetapi turut digunakan sebagai platform oleh Parti BN untuk mengisytiharkan dasar-dasar kerajaan dan program- program pemerintah.

Dalam konteks ini, pengisytiharan dasar atau program pembangunan kerajaan melalui pilihan raya sebagai platform telah dilihat oleh rakyat sebagai program parti iaitu BN. Misalnya, dalam pilihan raya DUN Indera Kayangan pada 19 Januari 2002, pelbagai bentuk pengisytiharan populis telah dibuat oleh pihak

55

Page 8: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

pemerintah BN seperti pengis>tiharan peruntukan tambahan untuk menaik taraf Majlis

Perbandaran Kangar sebanyak too juta ringgit, pengumuman pembinaan universiti

aliran Tamil oleh Dato' Seri Samy Vellu di Kedah serta pelbagai pengumuman

peruntukan kecil yang telah dibuat dalam kempen pilihan raya tersebut. 10

Orientasi populis sedemikian bukan sahaja bertujuan untuk rrteraih sokongan

politik daripada pengundi dalam masa terdekat, tetapi dalam konteks yang lebih

tuas, bertujuan untuk memperkukuhkan kawalan hegemoni intelektual pemerintah terhadap masyarakat. Melalui penguasaan faktor ekonomi (dasar) dan juga kawalan

politik, parti pemerintah berjaya mengkonstruksikan serta meletakkan tahap kesedaran

palsu (false consciousness) dalam minda masyarakat berhubung dengan pengertian dan perbeiaan antara dasar pemerintah dan program part il I. Walhal, dalam pengertian

yang sebenar program atau aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah parti politik itu

merupakan sebahagian daripada sistem politik yang lebih luas ruang lingkupnya_

Kekeliruan ini menjadi bertambah serius apabila sesuatu pilihan raya diadakan. Parti

yang mempertahankan kuasa atas prinsip kerajaan sementara (caretaker government), akan menggunakan aparat-aparat pemerintah untuk memperkukuhkan ideologi

populis dan seterusnya mengawal hegemoni intelektual dalam kalangan masyarakat_

PILIHAN RAMA UMUM KE-12: HADIAH JUBLI EMAS MALAYSIA?

Dalam konteks pembangunan politik Malaysia, proses pembinaan dan dominasi politik 13N telah berjalan lama. Dalam membincangkan pelbagai faktor pembinaan begemoni ini, salah satu elemen utama yang memainkan peranan ialah media. Seperti yang dinyatakan di atas, pelbagai faktor saling mempengaruhi pembentukan hegemoni ini seperti agensi state, propaganda, hiasan gelaran bintang dan kebesaran dan sebagainya, Namun, peranan media temyata amat terserlah. Dalam mang yang agak terbatas in j, makalah ini lebih menumpukan peranan media. Sejak sebelum merdeka, media di Malaysia adalah amat terkawal. Pemerintah atau state meletakkan pelbagai laranga, n atau undang-undang bagi membatasi kebebasan media. Akta Cetak dan Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Akta Multimedia dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semuanya dimanfaatkan untuk mengawal kebebasan ini. Sebaliknya, media yang mendukung status quo diberi sepenuh kebebasan, diutamakan malah dipelihara. Editor kepada media perdana dikuasai oleh pemerintah.

Apabila dikuasai oleh pemerintah, proses hegemoni dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Media sentiasa menjalankan peranan sebagai agen hegemoni. Usaha dalam manufacturing consent (Chomsky) dibuat tanpa henti, walau bukaq

musim pilihan raya. Media dieksploitasi bagi mengkonstruksi pemikiran orang awa. rn bahawa kerajaan yang terbaik, penyayang manakala parti lain sebagai perosak, pengkhianat dan sebagainya. Pemimpin dalam dunia hegemoni ini bijak menca. rti

56

Page 9: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Hegemoni vs Weapon of The Weak

kesempatan. Apabila saham atau ekonomi melonjak naik, mereka akan mendakwa pemimpin yang membawa kemajuan itu Namun, apabila berlaku bencana seperti banj ir, kemalangan, kebakaran atau sebarang malapetaka, maka mereka jugalah yang segera mengambil kesempatan, dengan setiausaha politik tidak henti mengingatkan media agar hadir ke acara penyampaian derma atau subsidi. Acara disiar di akhbar atau televisyen bagi menonjolkan seolah derma itu merupakan sumbangan peribadi. Hegemoni berjalan rancak hinggalah Malaysia meraikan jubli emasnya.

Namun, pada tahun 2008 dan pilihan raya ke-2 Malaysia sudah menunjukkan perubahan besar. Keputusan pilihan raya seolah-olah memperlihatkan hegemoni tercabar. Setelah sekian lama kukuh di persada, bagaimana pula boleh goyah? Apakah yang menjadikannya semakin lemah? Dalam konteks ini, konsep weapon ofthe weak oleh Scott dilihat mampu untuk menjawab persoalan ini.

Jadual 1: Keputusan pilihan raya 2008

PARLIMEN DUN NEGERI BN PEMBANGKAN BEBAS BN PEMBANGKANG BEBAS

W. P. KL 1 10 0 0 0 0

W. P. PUTRAJAYA 1 0 0 0 0 0 W. P. LABUAN 1 0 0 0 0 0 PERLIS 3 0 0 14 1 0

KEDAH 4 11 0 14 21 1

PENANG 2 11 0 11 29 0 PERAK 13 11 0 28, 31 0

SELANGOR 5 17 0 20 36 0 NEGERI SEMBILAN 5 3 0 21 15 0 MELAKA 5 1 0 23 5 0

JOHOR 25 1 0 50 6 0 KELANTAN 2 12 0 6 39 0

TERENGGANU 7 1 0 24 8 0 PAHANG 12 2 0 37 4 1 SARAWAK 30 1 0 0 0 0 ABAH S 24 1 0 59 1 0 UMLAH 140 82 0 307 196

- 2

umber: Berita Harian, 10 Mac 2008)

57

Page 10: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

ýa7n1 Odwan d Autan Su/aman

Keputusan pilihan raya umum ke-12 Malaysia yang diadakan pada 8 Mac

2008 merupakan keputusan terburuk yang pemah diperoleh oleh pari pakatan BN

semenjak menguasai politik Malaysia dari tahun 1957 sehingga kini. Keputusan ini

adalah suatu kenyataan yang tidak boleh disangkal apatah lagi keputusan tersebut

telah menidakkan penguasaan majoriti 2/3 BN di Parlimen iaitu BN hanya memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Vl'alaupun

sebenarnya dalam konteks sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh Malaysia, kemenangan 140 kerusi tersebut cukup untuk membolehkan BN mengurus K erajaan M alaysia datiam keadaan per9ek8aran workable majority j ika d il ihat kepada

sejarah politik BN semenjak tahun 1957, pemimpinnya amat menekankan matlamat kemenangan pilihan raya yang melebihi 2/3. Dalam erti kata lain, kemenangan 140

kerusi Parlimen tersebut menggambarkan kepada kehakisan hegemoni politik BN

dan itu adalah manifestasi kepada persekitaran politik yang menggusarkan dominasi

BN dalam sejarah pembangunan politik Malaysia. 12 Jika keputusan pilihan raya umum ke-12 tersebut dianalisis dengan lebih

konstruktif, realiti menunjukkan bahawa daripada 165 kerusi Parlimen yang terdapat di Semenanjung Malaysia, BN hanya memenangi sebanyak 85 kerusi, manakala

parti pembangkang memperoleh sebanyak 80 kerusi. Suatu keadaan yang benar_

benar membimbangkan hegemoni BN dalam konteks lokaliti di Semenanjung- Demikian juga jika kita perhatikan kepada jumlah negeri yang berjaya ditawan

oleh pembangkang. Rata-rata berpendapat dan menyatakan pembangkang berjaya

menawan empat negeri di samping Kelantan yang berjaya dikekalkan oleh PAS,

namunjika dilihat dalam konteks Wilayah Persekutuan, daripada 11 kerusi Parlimen, 10 dimenangi oleh pambangkang. Dalam eri kata lain, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang boleh dianggap sebagai the jewel in the crown, sebenamya turut terlepas dari genggaman politik BN sepenuhnya. Secara terperincinya daripada jumlah 497,741 ribu undi di Wilayah Persekutuan, BN hanya berjaya memperoleh 188,875 undi atau 37.9 peratus manakala pembangkang berjaya meraih 308,377

undi atau 62 peratus. " Selain itu, dari sudut perolehan undi popular, BN mengalami kemerosota. n

yang amat jelas seperti di negeri Kedah kemerosotan sebanyak 46.6 peratus, Pulau

Pinang 40 peratus,. Perak 46.2 peratus dan Selangor 43 peratus. Hal yang lebih

menggusarkan BN adalah daripada 30 kerusi Parlimen yang dimenanginya adalah

melalui majoriti yang kecil iaitu setipis 51 undi di Parlimen Sarikei Sarawak dan

sebanyak 3070 undi di kerusi Parlimen Stampin juga di Sarawak, iaitu 30 kerusi

tersebutjika digabungkan keseluruhanjumlah undi yang diperoleh oleh BN hanyatah

berjumlah 56,822 majoriti undi. Dalam eri kata lain, untuk pembangkang (yang

memperoleh 80 kerusi Parlimen) membentuk kerajaan perbezaannya adalah sebanyak 56,822 undi sahaja. Daripada 30 kerusi Parlimen yang marjinal dimenangi oleh BN

58

Page 11: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Hegemop! vs Weapon of The Weak

itu, 22 kerusi adalah di Semenanjung dan selebihnya adalah di Malaysia Timur. Sementara itu, daripada 22 kerusi tersebut, sembilan adalah di negeri Perak dan tiga di Pulau Pinang. "

Dalam pada itu, gambaran umum keputusan pilihan raya umum ke-12 jelas

menunjukkan bahawa tingkah laku pengundi (voting behaviour) pada kali ini langsung tidak mencerminkan sikap atau tingkah laku yang terdahulu. Tingkah laku undian menunjukkan bahawa ribuan pengundi Melayu mengundi Parti DAP dan ribuan pengundi Cinadan India mengundi calon daripada Parti PAS. Parti PKR menunjukkan peningkatan kekuatan politik yang mendadak daripada hanya sebuah parti dengan

satu kerusi Parlimen pada tahun 2004, PKR kini memenangi 31 kerusi Parlimcn dengan perolehan undi popular sebanyak 18.4 peratus, menjadikan parti tersebut parti kedua terbesar selepas UMNO. "

Jika disandarkan kepada statistik yang diutarakan di atas, keputusan tersebut amat menggusarkan hegemoni politik dalam kalangan parti komponen BN, khususnya UMNO selaku parti tulang belakang kepada pakatan tersebut. Dalam konteks itulah, rata-rata pengkaji politik termasuk kepimpinan politik BN mencari punca-punca sosiologikal yang membawa kepada tercetusnya tsunami politik dalam pilihan raya umum ke-12 pada tanggal 8 Mac 2008 yang lalu. Oleh itu, makalah ini berpendapat bahawa analisis Scott menggunakan konsep weapon of the weak mampu untuk menjelaskan secara sosiologikal kemerosotan dominasi BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang baru lalu. Seperti yang telah dijelaskan secara ringkas di bahagian awal makalah ini, Scott (1985) menghuraikan bahawa dalam sistem negara yang kuat dikawal oleh pemerintah, golongan lemah atau subaltern society akan mencabar dominasi golongan pemerintah melalui kepelbagaian kaedah yang bersifat tanpa kekerasan seperti pemulauan misalnya yang ditunjukkan oleh golongan Tani di Kedah. Namun, oposisi sedemikian (dalam konteks masyarakat Tani) yang dikaji oleh Scott, hanya bersifat oposisi yang tidak dilihat dengan jelas oleh pemerintah. Kebimbangan akan kemungkinan tindakan kekerasan oleh pihak pemerintah menyebabkan tindakan oposisi tersebut bersifat hidden transcript atau tersembunyi di sebalik tindakan yang tidak jelas. Dalam masyarakat Tani, oposisi terhadap dominasi pemerintah secara hidden transcript itu amat perlu untuk menjamin kelangsungan sosiopolitik golongan lemah dalam konteks sistem yang bersifat neither authoritarian nor democratic.

Oleh itu, dalam menganalisis perkembangan atau pembangunan politik Malaysia pasca DEB dan keputusan pilihan raya umum ke-12 yang lalu, penggunaan konsep weapon of the weak oleh Scott memerlukan sedikit pengubahsuaian (seperti yang dijelaskan secara ringkas di atas) berasaskan kepada perkembangan semasa sosioekonomi dan worldview masyarakat Malaysia kini. Negara Malaysia, selepas 50 tahun merdeka tidak dinafikan sudah berkembang maju sama ada secara modeniti danjuga modenismenya. Kemajuan dari sudut modeniti tidak syak lagi turnt terkesan

59

Page 12: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

(sama ada secara fizikal atau sosiologikal) bukan sahaja kepada golongan atasan

tetapi juga kepada golongan subaltern. Kemunculan teknologi maklumat seperti internet, laman web. e-mel, bloggers clan pelbagai lagi yang seumpamanya telah

merubah landskap budaya politik Malaysia bukan sahaja dari sudut "mang" demokrasi

yang kuat dikawal oleh pemerintah sebelum ini, tetapi secara langsungnya telah

mengkonsolidasi aktiviti oposisi golongan lemah terhadap dominasi BN selama ini.

Kebebasan berpendapat di Malaysia selama ini dapat dikawal clan dipengamhi oleh pemerintah, namun dengan perkembangan ini (dan secara kebetulan

pula disokong oleh pemerintah sendiri dengan pembinaan Multimedia Super Condor

(MSC)) telah mempercepat dan memesatkan pembangunan demokrasi, khususnya

dafi aspek mang demokrasi. Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir

Mohamad dapat dianggap sebagai individu yang bertanggungjawab kepada

perkembangan ini apabila beliau berusaha meningkatkan penggunaan IT dalanrl

masyarakat dengan melancarkan suatu projek yang dinamakan sebagai MSC. Antara lain projek ini adalah suatu usaha untuk membangunkan penggunaan IT seperti yang digambarkan di dalam akhbar berikut:

It is Dr. ilfahathir who is most responsible for making the internet accessible to ordinary Malaysians. In 1996, the technology-loving premier launched the Multimedia Super Corridor, an ambitious plan to wire a strip of real estate with telecommunications powerful enough to support "smart" schools, a paperless government, telemedicine and a center for software development, among other things (Asian Wall Street Journal [AWSJJ 30 March 1999).

Internet di Malaysia umpamanya mula berkembang semenjak awal 1990-ar, iaitu di sekitar tahun 1993. IT sebenarnya tidak tertakluk kepada internet dan e-mel sahaja tetapi juga melibatkan pelbagai alat teknologi maklumat lain seperti yang dinyatakan di atas. Bagaimanapun, artikel ini lebih banyak menumpukan kepada peranan internet dan e-mel memandangkan perkembangan itu yang sukar disekat dan meledakkan penyebaran maklumat kini. Usaha ini kelihatan membuahkan hasil dengan bertambahnya bilangan penduduk yang menggunakan khidmat ini. Daripada keseluruhan 2 juta

penduduk, didapati pada tahun 1999 dianggarkan seramai 480,000 orang telah

menggunakan khidmat internet dan bilangan ini semakin bertambah dari masa ke semasa (AWSJ, 30 Mac 1999).

Kehadiran internet telah memudahkan penyebaran maklumat kepada

pelbagai pihak termasuk pemerintah, organisasi Politik mahupun individu. Parti politik telah memanfaatkan IT menerusi pembinaan laman sawangnya dengan memberikan

60

Page 13: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Hegemoni vs Weapon of The Weak

pelbagai maklumat serta menyediakan pelbagai ruang interaksi dan pandangan. Demikian juga NGO lain, kesempatan ini adalah sesuatu yang menguntungkan dan

memudahkan kerja mereka. Di samping laman sawang, aktivis serta orang ramai boleh berhubung sesama mereka menggunakan kemudahan ini dengan lebih cepat dan cekap. Bagaimanapun, penggunaan IT ini didapati begitu pesat berkembang

selepas meletusnya insiden penahanan bekas TPM Malaysia Anwar Ibrahim dan

muncul gerakan reformasi muncul di Malaysia. Laporan media antarabangsa menyatakan kes ini dimanfaatkan oleh penyokong beliau untuk mendedahkan kepada

masyarakat terhadap perkara yang berlaku seperti yang berikut:

At 9 pm on September 10,1998, when masked policemen armed with submachine guns stormed into the home of Malaysia's

sacked Deputy Premier Anwar Ibrahim, it was not the local

television stations or even CNN which were thefirst to break the news of the historic arrest. Just minutes after the arrest, an email alert from a supporter present at the house was sent out to newsgroups and discussion lists on the Internet, giving thousands of Malaysians access to vivid details of the events that night. It

signaled a crucial turning point in Malaysia's political landscape-the Internet had arrived (Sabri Zain, 6 Ogos 99).

Pelbagai laman sawang khususnya yang bersimpati dan tidak berpuas hati

serta yang menyokong kepimpinan bekas TPM ini telah diwujudkan dalam internet. Sejak 2 September 1998 bekas TPM itu, ditahan telah muncul lebih 50 laman internet

yang disediakan bagi melahirkan pandangan alternatif kepada media aliran perdana. Jurucakap TMNet (pemilik khidmat internet terbesar di Malaysia) pula menyatakan jika sebelum ini hanya lebih kurang 9,000 permohonan baharu diterima dalam sebulan untuk melanggan mereka, namun sejak kes tersebut meletus, permohonan telah mendadak bertambah secara kepada 14,000 sebulan (AWSJ, 30 Mac 1999). Rata-

rata pelanggan baharu ini adalah golongan pendukung kepada gerakan reformasi di Malaysia. Pada peringkat awal perkembangan isu reformasi ini antara laman sawang yang pertama ditubuhkan ialah Anwar. com, Anwar on-line, Laman Reformasi, Konspirasi, Reformasi. com dan Anwar org. Apabila kebanyakan akhbar harian yang dikuasai oleh parti pemerintah melahirkan pelbagai kenyataan memburukkan pemimpin idola orang ramai ini maka laman Anwar Online segera ditubuhkan dua hari sahaja selepas beliau ditahan untuk menafikan segala dakwaan dan menonjolkan kebenaran mereka (AWSJ, 30 Mac 99). Beberapa hari kemudian berpuluh-puluh laman baharu yang dicipta khas untuk melahirkan aspirasi yang sama. Setiap satu mudah dikesan apabila laman ini merangkaikan hubungan mereka melalui bahagian link di dalam laman tersebut.

61

Page 14: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Zaa OrMim & AS&-an SiJmnan

Maka, dalam konteks ini kemunculan IT secara langsungnya telah bertindak

sebagai "alat" kepada golongan lemah untuk beroposisi dengan pemerintah dalam arena

yang bukan lagi bersifat hidden transcript seperti sebelum ini stau seperti yang ditunjukkan oleh Scott dalam kajian beliau terhadap masyarakat Tani di negeri Kedah.

IT sebagai satu bentuk kemajuan modeniti di Malaysia telah menyuburkan proses

pendemokrasian maklumat di Malaysia. Kemunculan internet, laman-laman blog clan YouTube umpamanya, secara dramatik telah meningkatkan capaian dan ketelusan

maklumat yang bersifat alternatif kepada media pemerintah. Misalnya, pada malam

pengiraan undi pilihan raya umum 2008 tersebut dilaporkan laman web Malaysiakini

tidak berupaya mengendalikan "trafik" yang begitu tinggi kunjungan dan capaiannya. Dilaporkanjuga, sepanjang kempen pilihan raya umum ke-12 berlangsung selama 13

harf, laman sesawang Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra merupakan laman sawang yang dicapai secara konsisten oleh para pengunjung media alternatif manakala YouTube pula telah digunakan bukan sahaja sebagai arena persaingan, tetapi juga ribuan

masyarakat menggunakannya untuk menonton ceramah dan kempen politik yang dianjurkan

oleh parti pembangkang yang tidak dapat dihadiri oleh mereka secara fizikal. " Situasi ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kehadiran IT khususnya

internet bukan sahaja memungkinkan kepada pendemokrasian maklumat dalam

pembangunan politik Malaysia, tetapi juga mengangkat kekuatan politik golongan lemah untuk beroposisi dengan pihak pemerintah bukan lagi dalam subsistem yang tersembunyi di bawah paras pengetahuan pemerintah, malah dalam aras sistem yang terbuka. Golongan bloggers yang muncul dalam blog-blog tertentu internet secara berani melontar pandangan mereka terhadap sebarang persoalan politik yang bersangkut paut dengan tadbir urus negara yang pada pendapat mereka tidak bertepatan apatah lagi bertentangan dengan norma demokrasi. Misalnya semenjak setengah dekad yang lalu, golongan bloggers seperti Sang Kelambai, Blog Kadir Jasin, Blog Pak Rustam Sani (Allahyarham), Blog Ruhanie Ahmad, RockyBru; kesemuanya secara "berani" meluahkan oposisi mereka terhadap polisi atau tingkah laku pemerintah yang tidak seiring dengan budaya demokrasi. "

Di samping itu, kehadiran WI-F1 atau jalur lebar tanpa talian ke dalarn kehidupan masyarakat di Malaysia pada hari ini juga tidak dinafikan kepentingannya.

WI-Fl telah membentuk satu budaya atau gaya hidup baharu dalam kalangan

masyarakat atau generasi muda dalam capaian maklumat dan gaya interaksi sosial mereka. Di lokasi-lokasi seperti Starbucks, McDonald, A&W, Secret Recipe, diiringi

dengan komputer riba masing-masing, komuniti ini menzahirkan pandangan dunia

mereka terhadap sebarang isu atau persoalan kemasyarakatan tanpa rasa ketakutan

politik atau kekangan pemerintah. Dalam erti kata lain, boleh diungkapkan di sini bahawa kemunculan IT yang

begitu drastik ke dalam struktur sosial masyarakat Malaysia, secara langsung telah

62

Page 15: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Hegemoni vs Weapon of The Weak

mendemokrasikan dan mengkonsolidasikan keazaman politik mereka tanpa perlu berselindung atau berhemah seperti yang pernah dijelaskan oleh Scott dalam kajian di Kedah suatu ketika dahulu. Perkembangan ini turut diakui sendiri oleh pihak pemerintah, misalnya Dato' Ahmad Shaberry Chik, Menteri Penerangan Malaysia dalam kabinet baharu selepas pilihan raya umum ke-12, secara jelas menyatakan bahawa komuniti bloggers adalah antara segmen masyarakat yang mencabar hegemoni politik BN dalam pilihan raya umum tersebut. Kenyataan beliau itu terungkap betapa media alternatif adalah antara a new political force yang perlu diberi perhatian serius pada masa kini. Secara tidak langsung, hal ini telah mendedahkan kepada kita bahawa perkembangan teknologi dalam sistem penyebaran maklumat telah melahirkan suatu bentuk kuasa baharu dalam kehidupan sosial masyarakat Malaysia iaitu kuasa siber. Kuasa siber yang muncul ini mempunyai ciri dan kekuatan konsepsi seperti bentuk-bentuk kuasa konvensional yang lain. Kuasa siberjuga memiliki elemen menguasai (possession) dan elemen selari dengan konsep kuasa yang pernah diutarakan oleh ahli sosiologi Jerman iaitu Max Weber (986: 29) yang menjelaskan konsep kuasa sebagai, "In general, we understand by 'power' the chance of a man or of a number of men to realize their own will in the action ".

Sekiranya diperhatikan dalam konteks perbincangan di atas, amat jelas kepada kita bahawa elemen menguasai terpancar dalam kuasa siber yang sedang berkembang. Perkembangan penguasaan ini nampaknya bukan hanya berlaku terhadap aspek-aspek fizikal seperti pemilikan alat-alat teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat tetapi juga penguasaan dari sudut nilai dan pemikiran masyarakat itu sendiri. Yang menariknya, perkembangan penguasaan nilai dan pemikiran oleh kuasa siber ini sedang bertembung dan menggugat pengaruh kuasa pemerintah yang telah sekian lama mencorak, membentuk dan mengawal perkembangan nilai dan pemikiran masyarakat di negara ini. Perkembangan ini sememangnya membimbangkan pemerintah. Hal ini secara tersirat pernah diakui sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang dipetik menyatakan seperti berikut:

"Tidak boleh disekat... ada cubaan sekat tapi keluar yang barn... Ada juga perkembangan yang kurang sihat apabila ada laman yang mengeluarkan pandangan secara tidak sopan dengan bahasa kesat, caci dan cela... ". I thought the Internet will be good for people to give opinions, " Dr. Mahathir said recently, "but now it is being used to spread lies" (AWSJ-30 Mac 99).

Kuasa siber yang sedang berkembang ini turut memiliki elemen aturan sosial (social order). Dalam erti kata lain, aturan sosial yang dicorak dan dibentuk oleh kuasa pemerintah selama ini telah mula diatur semula oleh kuasa siber. Walaupun

63

Page 16: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Zain1 Othman & N1&-am Sulaiman

kuasa siber ini wujud dalam bentuk maya (virtual), kuasa siber tetap melahirkan

suatu bentuk interaksi sosial yang bersifat maya (virtual social interaction) dalam

kalangan masyarakat dengan perbincangan yang berkisar terhadap aturan-aturan sosial

baharu dan lebih demokratik sifatnya. Hal ini dapat dilihat melalui isu-isu sosiopolitik

yang dibincangkan di kebanyakan laman sawang. Hampir 90 peratus daripada isu-

isu sosial yang dibincangkan dalam laman sawang tersebut merupakan isu-isu sosial

yang bersifat pengetahuan, tanggungjawab individu dan masyarakat dalam konteks

sistem demokrasi Malaysia. Isu-isu sosial sedemikian ironinya langsung menyentuh isu-isu sosial yang bersifat pre-mordial yang selama ini dibentuk dan digarap oleh

pemerintah dalam konteks perkembangan nilai dan norma masyarakat Malaysia.

Perkembangan ini secara langsung semacam telah mendidik kembali pemikiran dan

norma masyarakat Malaysia terhadap persoalan kehidupan bernegara dan

bermasyarakat melangkaui batasan dan lingkungan pemikiran yang bersifat kaum

atau kelompok tertentu. Secara konseptualnya, perkembangan tersebut (kuasa siber dan aturan sosial) bertepatan dengan takrifan konsep kuasa yang pernah disentuh

oleh ahli sosiologis Britain iaitu Barry Barnes:

Any specific distribution of knowledge confers a generalised capacityfor action upon those individuals who carry and constitute it, and that capacityfor action is their social power, the power of the society they constitute by bearing and sharing the knowledge in question. Social power is the added capacityfor action that

accrues to individuals through their constituting a distribution of knowledge and therby a society (Barnes, 1988: 56-7).

Fenomena konsep kuasa yang dijelaskan oleh Barnes tersebut sedang berkembang dalam konteks perkembangan teknologi maklumat di Malaysia. Walaupun penyebaran maklumat tersebut wujud dalam bentuk maya, hakikatnya keupayaan kuasa siber untuk muncul sebagai kuasa sosial yang mengatur dan

menyebarkan pengetahuan dan kemudiannya dimanifestasikan melalui tingkah laku

sosial harian adalah sesuatu yang menarik untuk diteliti dalam konteks perkembangan sosiopolitik di Malaysia khususnya sistem demokrasi. Mungkin masih ada orang yang tidak yakin kepada pengaruh kuasa siber dalam mempengaruhi sikap dan

tindakan orang ramai. Namun, cuba imbas kembali isu khabar angin yang menyatakan

akan meletus rusuhan di Chow Kit pada Ogos 1999. Situasi tersebut dilaporkan seperti

yang berikut:

A rumor, first started on the Internet, was to send city residents in a frenzy of provision-stocking panic. Machete-wielding

64

Page 17: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Hegemoni vs Weapon of The Weak

Indonesian immigrants were said to be rioting in the Chow Kit district of capital city Kuala Lumpur. One office worker recalls going home in a taxi and having to squeeze herself among literally hundreds of packets of instant noodles in the back seat of the terrified driver's vehicle. In the end the only machete- wielding Indonesians in the city were the fruit-sellers cutting open durians for hungry customers (Sabri Zain, 6 Ogos 1999).

Hal menarik untuk diteliti dan dianalisis berkenaan perkembangan teknologi maklumat dan kuasa siber adalah dari sudut pendemokrasian dan pengukuhan konsep

masyarakat sivil dalam konteks sistem demokrasi di Malaysia. Selama lima dekad antara aspek yang sering diteliti, dibahas dan dibincangkan mengenai demokrasi di Malaysia ialah aspek ruang demokrasi yang terhad serta terkawal (masyarakat sivil dan penyertaan politik) dan dominasi pemerintah dalam pengurusan demokrasi tersebut. Analisis hubungan timbal balik di antara ruang demokrasi yang terhad dengan dominasi pemerintah, menyebabkan ramai sarjana politik Malaysia yang mengklasifikasikan sistem demokrasi di Malaysia dalam pelbagai bentuk dan sifat yang berbeza seperti antara demokrasi dan autoritarian (Crouch, 1996), semi demokrasi (Case, 1993), statist demokrasi (Jesudason, 1995), quasi-demokrasi (Zakaria Hj. Ahmad, 1989). Dalam konteks sistem demokrasi yang sedemikian rupa, agak sukar umpamanya perluasan ruang demokrasi wujud. Perkara ini wujud seperti yang telah dijelaskan kerana pemerintah menguasai ruang tersebut melalui kawalan

undang-undang dan proses sosialisasi politik. Dalam erti kata lain, ruang demokrasi yang wujud dan dibenarkan oleh

pemerintah itu adalah ruang yakni pemerintah sama ada secara fizikal dan yang lebih penting nilai dan pemikiran berada di bawah pengaruh pemerintah. Oleh itu, j ika diperhatikan selama lima dekad yang lepas, masyarakat sivil yang wujud tidak mampu untuk melepaskan diri dari pengaruh dan dominasi intelektual pemerintah maka masyarakat sivil yang wujud dalam ruang demokrasi yang terhad tersebut tidak mampu untuk melakukan suatu proses revolusi budaya (cultural revolution) dalam kalangan masyarakat khususnya budaya politik. Keadaan ini amat bertepatan dengan pemikiran Antonio Gramsci (1920) yang menyatakan bahawa kegagalan sesebuah masyarakat untuk bersaing dengan hegemoni pemerintah berkait rapat dengan ketidakupayaan masyarakat itu sendiri untuk melakukan revolusi budaya yang berasaskan kepada kebebasan intelektual yang bebas daripada hegemoni intelektual pemerintah.

Perkembangan teknologi penyebaran maklumat yang secara langsungnya juga telah melahirkan kuasa siber yang telah diguna sebaik mungkin oleh subaltern society di Malaysia untuk memberi laluan kepada kemunculan dan perluasan ruang

65

Page 18: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Zaini Odunan & Ni&rnn Sulaiman

demokrasi. Bermakna, dalam mang demokrasi yang dikembangkan oleh kuasa siber ini adalah bersifat bebas daripada hegemoni intelektual pemerintah. Hal ini secara

tidak langsung mampu memperkukuhkan sistem demokrasi serta memperkasa politik kelompok lemah atau golongan lemah serta masyarakat sivil yang wujud di Malaysia.

Perkembangan inilah yang telah dizahirkan dalam konteks weapon of the weak (golongan lemah) beroposisi dengan hegemoni politik BN dalam keputusan pilihan

raya umum ke-12 pada tanggal 8 Mac 2008, yang telah memberi impak Politik yang disebut sebagai tsunami dalam politik dalam kerangka pembangunan politik Malaysia

secara holistiknya. Tidak keterlaluan untuk diungkapkan di sini bahawa keputusan

pilihan raya umum tersebut adalah satu hadiah 'Jubli Emas' kepada kelompok

masyarakat Malaysia yang jika dilihat dari sisi intelektual James C. Scott sebagai

subaltern society yang selama ini secara intelektualnya tertindas dan dinafikan oleh hegemoni politik dominasi BN.

KESIMPULAN

Artikel ini cuba untuk mengupas dan menunjukkan hubungan timbal batik yang lahir kesan daripada perkembangan sistem teknologi maklumat, kuasa siber dan demokrasi di Malaysia terhadap hegemoni politik BN dalam ruang demokrasi

Malaysia. Dalam meneliti aspek-aspek tersebut, makalah ini telah membahaskan bahawa perkembangan teknologi maklumat dan kemunculan kuasa siber secara konseptualnya telah memberikan dua kesan sosiopolitik yang besar terhadap perkembangan demokrasi di Malaysia. Pertama, perkembangan sistem teknologi dan kuasa siber bukan sahaja telah memperluaskan ruang demokrasi di Malaysia tetapi secara langsungnya juga memperkasakan politik golongan lemah. Walaupun ruang demokrasi yang diperluaskan itu adalah dalam bentuk maya (virtual), secara konsepsi teknologi dan kuasa siber membuka peluang penyertaan politik kepada masyarakat subaltern secara keseluruhannya untuk beroposisi dengan pihak pemerintah dalarn

aspirasi psikologi yang bersifat less fear. Hal ini banyak berkait rapat dengan sifat ruang demokrasi yang baharu ini yang boleh disifatkan berada di luar kawalan dan dominasi pemerintah sama ada secara perundangan ataupun pemikiran. Kedua,

perkembangan sistem teknologi penyebaran maklumat dan kuasa siber ini juga bukan

sahaja telah meluaskan ruang demokrasi dan memperkasakan politik golongan lemah

tetapi juga mampu untuk melepaskan ikatan serta bebas daripada hegemoni intelektual

pemerintah seperti yang terdapat dalam ruang demokrasi Malaysia yang terhad. Perkara ini terbukti dengan kewujudan pelbagai laman dan blog ruang politik yang aktif seperti Malaysia Kini, Malaysian Today, Just Malaysia, The Other 's Malaysia" dan pelbagai lagi yang secara langsungnya menyumbang kepada perluasan ruang demokrasi Malaysia.

66

Page 19: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Hegemoni vs Weapon of The Weak

NOTA

' Banyak penjelasan dan perbahasan yang telah dibuat bagi menghuraikan fenomena

tersebut. Kebanyakan sarjana seperti Barraclough (1984), Case (1993), Jesudason (1995), Anne-Munro (1996) dan Crouch (1996) menghujahkan bahawa kejayaan Barisan Nasional (BN) menguasai tampuk pemerintahan dan seterusnya memenangi setiap pilihan raya yang diadakan disebabkan oleh dasar-dasar purposive- depoliticization yang diamalkan oleh Kerajaan BN seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan (AH), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Pendaftaran Pertubuhan (APP) dan penguasaan BN ke atas aparat-aparat pemerintah seperti Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Pentabiran Awam (PA), Jabatan Penerangan, Pasukan Keselamatan dan lain-lain agensi yang berkaitan. Bentuk dasar tersebut telah memberi kelebihan kepada BN untuk menghatang saingan politik yang diwujudkan oleh pihak pembangkang khasnya dalam pilihan raya dan seterusnya mengekalkan status quo.

2 PAS (Parti Islam se-Malaysia), sebuah parti yang mendukung pemerintahan Islam. Parti ini telah ditubuhkan sejak tahun 1950-an. Parti DAP atau Democratic Action Party merupakan parti warisan PAP yang telah keluar darf Malaysia apabila Singapura menubuhkan kerajaan sendiri di pulau itu. Parti ini berpegang kepada konsep Malaysian Malaysia" yang menolak sebarang perbezaan status atau layanan kepada kaum tertentu. PKR stau Parti Keadilan Rakyat Malaysia merupakan gabungan antara Parti Keadilan yang ditubuhkan sebagai penerus dan mendukung perjuangan Anwar Ibrahim dengan Parti Rakyat Malaysia yang telah lama ditubuhkan untuk menegakkan pemerintahan sosialisme di negara ini. Melalui

gabungan ini, kedua-dua parti telah menyesuaikan dasar perjuangan masing-masing agar diterima oleh kedua-dua penyokong dan pemimpin serta orang ramai.

' Gramsci lahir pada 22 Januari 1891 di Ales, wilayah Cagliari, Sardinia. Beliau mula menjadi penulis akhbar 1l Grido del Popolo dan kemudian menjadi penolong editor akhbar Avanti!, iaitu lidah rasmi Parti Sosialis Italy. Gramsci telah mengasaskan kumpulan L'Ordine Nouvo (The New Order) yang kemudian menjadi Parti Komunis Itali. Pada 9 November 1926, Kerajaan Fasis telah bertindak melancarkan operasi menghapuskan gerakan komunis dan hasil dari gerakan ini Gramsci telah ditangkap. Beliau pada mulanya telah dipenjara selama lima tahun dan kemudian ditambah 20 tahun lagi di Turin. Pada 27 April 1937, Gramsci telah meninggal dunia. Walaupun pihak kerajaan mendakwa beliau meninggal dunia akibat penyakit lumpuh, ramai penyokongnya mempercayai kematiannya disebabkan layanan buruk di penjara.

67

Page 20: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Zaini Odeman & Nictam Snlaiman

" Dalam konteks pembangunan politik Malaysia, fenomena yang sama telah wujud lama sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Konsep "Daulat-Setia-Pantang Derhaka" merupakan konsep utama dalam menjelaskan politik masyarakat pada masa itu. Perjanjian Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba dihuraikan dalam Sejarah

Melayu secara terperinci bagi menjamin sokongan atau kesetiaan rakyat tidak berbelah

bagi. Sementara itu, pada zaman kolonial hegemoni tetap diteruskan. Zaman

pemerintahan Inggeris merupakan penerusan kepada pendewaan golongan elit, bangsawan dan istana. Inggeris hanya berbincang dengan bangsawan dan golongan istana sekali gus mengetepikan pemimpin aliran kiri. Penggunaan undang-undang represif memperkukuh hegemoni ini.

James C. Scott (lahir pads tanggal 2 Disember 1936) adalah Profesor Sterling dalam bidang Sains Politik di Universiti Yale. Kaj ian beliau banyak tertumpu kepada bagaimana masyarakat bawahan beroposisi dengan dominasi pemerintah. Antara kajian beliau yang tersohor dan mendapat banyak liputan dan perhatian dalam kalangan ahli akademik ialah The Moral Economy of the Peasant: Subsistence and Rebellion in Southeast Asia (1976); Weapons of the Weak: Everyday Forms of Peasant Resistance (1985 yang dilakukan di negeri Kedah dan Domination and Arts of Resistance: The Hidden Transcript of Subordinate Groups (1990).

s Aspek ini sebenarnya pernah disentuh dan dibahaskan oleh Chandra Muzaffar. 1970. Protector. Aliran: Pulau Pinang.

' Untuk keterangan lanjut berhubung latar belakang peristiwa 13 Mei dan pelaksanaan DEB sila lihat, umpamanya, Selvaratnam. 1982. ̀Towards National Harmony' in A Year of Political transition', Southeast Asian Affairs, Singapore: ISEAS.

I Untuk perbincangan yang menarik berhubung dengan hal ini lihat, Richard Leete. 1996. Malaysia's Demographic Transition: Rapid Development, Culture, and Politics. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

9 Sila IihatAnne-Munro Kua (1996).

10 Untuk keterangan lanjut sila lihat laporan akhbar Berita Harian bertarikh 17 Januari 2002.

" Aspek ini-penguasaan dan penggunaan faktor ekonomi dan politik dalam meraih

sokongan politik massa sebenarnya cuba menjelaskan bagaimana dalam sesebuah sistem politik itu khususnya di negara-negara sedang membangun atau miskin yang

68

Page 21: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Hegemoni vs Weapon of The Weak

rata-rata masyarakatnya masih mempunyai tahap pendidikan yang rendah-wujud kekeliruan dalam kalangan masyarakat terhadap falsafah dan fungsi sistem politik iaitu mereka menjadi sebahagian daripada ahlinya. Kerap terjadi dalam kalangan

masyarakat melihat sistem politik itu sebagai suatu sistem yang berpayungkan kepada

aktiviti dan program yang dijalankan oleh parti-parti politik yang bersaing untuk mendapatkan kuasa memerintah.

12 Data-data ini adalah bersandarkan kepada analisis yang diperoleh melalui kerja- lapangan pilihan raya umum ke-12 yang dijalankan oleh penyelidik bermula daripada I Februari 2008 hingga 30 April 2008.

" Data hasil analisis kerja lapangan pilihan raya umum ke-12,1 Februari 2008 hingga 30 April 2008.

14 Data kerja lapangan pilihan raya umum ke-12,1 Februari 2008 hingga 30 April 2008.

'S Data perolehan kerja lapangan pilihan raya umum ke-12 darf I Februari 2008 hingga 30 April 2008.

16 Sila lihat rekod capaian laman web ini seperti yang terdapat dalam laman sawang Malaysia Today pada 9 Mac 2008. Laman web Malaysia Today boleh dicapai

menggunakan carian enjin Google atau terus ke alamat laman tersebut.

" Blog-blog ini adalah ruang politik yang paling aktif mengetengahkan luahan politik golongan lemah.

RUJUKAN

Anne Munro-Kua. 1996. Authoritarian Populism in Malaysia. London: Macmillan Press. Barraclough, S. 1985. The Dynamic of Coercion in the Malaysian Political Process.

Modern Asian Studies. 19(4): 797-822. Barnes, B. 1988. The Nature of Power. Cambridge: Polity Press. Case, W. 1993. Malaysia: Semi-Democracy in Withstanding the Pressures for

Regime Change. Pacific Affairs. 66(2): 183-205.

. 1996. Elite and Regimes in Malaysia: Revisiting a Consociational Democracy in Malaysia. Clayton: Monash Asia Institute.

Chandra Muzaffar. 1970. Protector. Aliran: Pulau Pinang. Crouch, H. 1993. Malaysia: Neither Authoritarian nor Democratic. Dlm. Hewison,

K., Robinson, R. & Rodan, Ca Southeast Asia in the 1990 c: Authoritarianism

69

Page 22: HEGEMONI VS WEAPON OF THE WEAK DALAM PILIHAN RAYA

Zmro Oriuem & Nid<an Sulaiman

and Democracy, him. 135-157. Sydney: Allen and Unwin.

. 1996. Government and Society in Malaysia. St. Leornards: Allen and Unwin.

Leete, R. 1996. Malaysia's Demographic Transition: Rapid Development, Culture,

and Politics. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Scott, James C. 1998. Seeing Like a State: How Certain Schemes to Improve the Human

Condition Have Failed. USA: Yale University Press.

. 1990. Domination and the Arts of Resistance: Hidden Transcripts. USA:

Yale University Press.

. 1985. Weapons of the Weak Everyday Forms of Peasant Resistance. USA: Yale University Press.

. 1979. The Moral Economy of the Peasant: Rebellion and Subsistence in

Southeast Asia. USA: Yale University Press. Selvaratnam. 1982. ̀ Towards National Harmony' in A Year of Political Transition',

Southeast Asian Affairs. Singapore: ISEAS. Weber, M. 1986. Domination by Economic Power and by Authority, dim. Lukes, S

(ed). Power: Readings in Social and Political Theory. Oxford: Blackwell.

Akhbar dan Majalah

Berita Harian, 17 Januari 2002.

Berita Harian, 10 Mac 2008.

Asian Wall Street Journal, 30 MAC 1999

Sabri Zain, 6 Ogos 99, dim. Economic Review.

70