heng guay looe...bahasa melayu dengan pencapaian di sekolah rendah heng guay looe ......

28
HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA PENGELOLAAN GURU TERHADAP KERJA RUMAH (HOMEWORK) BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 26-Feb-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA

PENGELOLAAN GURU TERHADAP KERJA RUMAH (HOMEWORK)

BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH

HENG GUAY LOOE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan
Page 3: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan
Page 4: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA

PENGELOLAAN GURU TERHADAP KERJA RUMAH (HOMEWORK)

BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH

HENG GUAY LOOE

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2008

Page 5: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

ii

Page 6: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

iii

Untuk suami yang tercinta

Terima kasih atas segala pengorbanan dan keperihatinan

Buat anakanda yang dikasihi

Semangat dan doa yang diberi

mendorong ibunda untuk meneruskan perjuangan

Teman-teman seperjuangan

Terima kasih atas segala dorongan dan bantuan

Memori indah bersama kalian

Tidak mungkin ku lupakan

Page 7: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas dan jutaan terima

kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Yeo Kee Jiar atas bimbingan, dorongan

dan nasihat yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan projek ini.

Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas

segala sokongan dan galakan yang diberikan supaya saya dapat teruskan perjuangan

tanpa kerisauan dan kerunsingan. Buat ketiga-tiga orang puteri saya, terima kasih

kerana sentiasa memberikan semangat dan mendoakan kejayaan saya.

Penghargaan kepada guru besar SJKC Layang dan SJKC Tuan Poon, Kluang

yang sudi memberi kerjasama kepada saya untuk mengendalikan borang soal selidik di

sekolah mereka.

Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas segala bantuan dan dorongan.

Seterusnya penghargaan ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 8: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

v

ABSTRAK

Kerja rumah merupakan suatu amalan biasa dalam kehidupan harian pelajar-

pelajar sekolah di Malaysia. Kerja rumah dipercayai memainkan peranan dalam

meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti

hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar

sekolah rendah. Tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu masa yang diperuntukan bagi

menyiapkan kerja rumah, jenis kerja rumah dan cara pengelolaan guru terhadap kerja

rumah telah dikaji. Seramai 90 orang pelajar tahun lima dari tiga buah Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina Daerah Kluang telah dijadikan sebagai responden dalam kajian ini.

Data kajian diperoleh melalui soal selidik. Semua data dianalisis dengan Statistical

Package for Social Science (SPSS). Analisis deskriptif (frekuensi dan peratus)dan

inferensi (Spearman’s rho dan Pearson Correlation Coefficient) digunakan dalam

tatacara menganalisis data. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa

tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa, kerja rumah jenis

persediaan dan peluasan pengetahuan, cara pengelolaan guru semasa pemberian kerja

rumah dengan pencapaian Bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat hubungan yang

signifikan antara jenis kerja rumah latihan dan cara pengelolaan guru (selepas kerja

rumah disempurnakan) dengan pencapaian. Secara umum, keberkesanan kerja rumah

terhadap prestasi pencapaian pelajar di sekolah rendah adalah kecil. Dapatan kajian ini

mencadangkan supaya guru memberi pelajar kerja rumah dalam bentuk latihan

pengukuhan dan pelajar diberi komen serta maklum balas terhadap prestasi mereka.

Page 9: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

vi

ABSTRACT

Homework is practiced in students’ daily routine in Malaysia. It is believed that

homework contributes to the academic achievement of students. This research focused

on the correlation between homework and achievement in Malay Language among the

primary school students. Three independent variables involved, namely time spent on

homework, types of homework and teacher’s supervision on homework. A total of 90

year five students from three different schools in Kluang were involved in this research.

The data was collected through questionnaire and analyzed using Statistical Package for

Social Science (SPSS). Descriptive statistics in the form of frequency, percentage and

inference in the form of Spearman’s rho and Pearson Correlation Coefficient were used

in data analyze. As a whole, the finding of this study showed no significant correlation

between time spent on homework, types of homework (preparation and extension) and

teachers’supervision (when homework was assigned) with students’ achievement in

Malay language. However, the finding showed that there’s a little significant correlation

between types of homework (practice) and teachers’ supervision on homework (after

homework was assigned) with the students’ achievement in Malay language. In general,

the effect of homework on achievement of primary school students appears to be small.

The finding suggests that homework should be build on practice (skills already learned)

and students should be given comment and feedback on their performance.

Page 10: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis 8

Page 11: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

viii

1.7 Rasional Kajian 9

1.8 Kepentingan Kajian 9

1.9 Skop Kajian 11

1.10 Kerangka Teori 12

1.10.1 Teori Behavourisme 12

1.10.2 Teori Kognitif 12

1.11 Kerangka Konsep 13

1.12 Definisi Istilah 13

1.12.1 Kerja Rumah 14

1.12.2 Peruntukan Masa dalam Kerja Rumah 14

1.12.3 Jenis Kerja Rumah 15

1.12.4 Cara Pengelolaan Guru terhadap Kerja 15

Rumah

1.12.5 Mata Pelajaran Bahasa Melayu 16

1.13 Penutup 16

2 SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Perkembangan yang berkaitan Kerja Rumah 17

2.2.1 Kajian Lepas Luar Negara

2.2.1.1 Peruntukan Masa dalam Kerja 18

Rumah dengan Pencapaian

Pelajar

2.2.1.2 Jenis Kerja Rumah dengan 22

Pencapaian Pelajar

Page 12: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

ix

2.2.1.3 Cara Pengelolaan Guru terhadap 24

Kerja Rumah dengan Pencapaian

Pelajar

2.2.2 Kajian Lepas dalam Negera 27

2.3 Teori yang Digunakan dalam Kajian 29

2.3.1 Teori Tingkah Laku (Behavourisme) 29

2.3.2 Teori Kognitif 31

2.4 Penutup 32

3 METODOLOGI KAJIAN 33

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Instrumen Kajian 34

3.3.1 Bahagian A 35

3.3.2 Bahagian B 35

3.4 Prosedur Pengumpulan Data 36

3.5 Pemboleh ubah Kajian 39

3.6 Populasi dan Sampel Kajian 39

3.7 Kajian Rintis 40

3.8 Penganalisisan Data 40

3.8.1 Analisis Deskriptif 41

3.8.2 Analisis Inferensi 41

3.9 Penutup 42

Page 13: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

x

4 DAPATAN KAJIAN 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis deskriptif 44

4.2.1 Taburan Pelajar mengikut Jantina 44

4.2.2 Taburan Pelajar mengikut Bangsa 45

4.2.3 Taburan Pelajar mengikut Pencapaian 45

Bahasa Melayu

4.2.4 Taburan Pelajar mengikut Peruntukan 46

Masa Untuk Menyiapkan Kerja

Rumah Bahasa Melayu Dalam Sehari

4.3 Analisis Inferensi 47

4.3.1 Hubungan antara Peruntukan Masa 47

untuk Menyiapkan Kerja Rumah

Bahasa Melayu dengan Pencapaian

Bahasa Melayu

4.3.2 Hubungan antara Jenis-Jenis Kerja 48

Rumah Bahasa Melayu dengan

Pencapaian Bahasa Melayu

4.3.2.1 Hubungan antara Kerja Rumah 48

Bahasa Melayu jenis Latihan

dengan pencapaian Bahasa

Melayu

4.3.2.2 Hubungan antara Kerja Rumah 49

Bahasa Melayu jenis Persediaan

dengan pencapaian Bahasa

Melayu

Page 14: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

xi

4.3.2.3 Hubungan antara Kerja Rumah 50

Bahasa Melayu jenis Peluasan

Pengetahuan dengan pencapaian

Bahasa Melayu

4.3.3 Hubungan antara Cara Pengelolaan 51

Guru terhadap Kerja Rumah dengan

pencapaian Bahasa Melayu

4.3.3.1 Hubungan antara Cara 52

Pengelolaan Guru Semasa

Pemberian Kerja Rumah

Bahasa Melayu dengan

pencapaian Bahasa Melayu

4.3.3.2 Hubungan antara Cara 53

Pengelolaan Guru Selepas

Kerja Rumah Bahasa Melayu

Disempurnakan dengan

pencapaian Bahasa Melayu

4.4 Penutup 54

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN 55

CADANGAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Perbincangan 55

Page 15: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

xii

5.2.1 Hubungan antara Peruntukan Masa 56

Menyiapkan Kerja Rumah dengan

Pencapaian

5.2.2 Hubungan antara Jenis Kerja Rumah 57

dengan Pencapaian

5.2.3 Hubungan antara Cara Pengelolaan 59

Guru dengan Pencapaian

5.3 Rumusan Kajian 60

5.4 Cadangan 61

5.4.1 Pelajar 62

5.4.2 Guru 63

5.4.3 Ibu Bapa 64

5.4.4 Pihak Sekolah 65

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.6 Penutup 66

BIBLIOGRAFI 68

LAMPIRAN : LAMPIRAN A - C 71-77

Page 16: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pembahagian item berdasarkan jenis kerja rumah dan

cara pengelolaan guru

35

3.2 Skala Likert 36

3.3 Klasifikasi kekuatan korelasi daripada Rowntree

(1981)

42

4.1 Taburan pelajar mengikut jantina 44

4.2 Taburan pelajar mengikut bangsa 45

4.3 Taburan pelajar mengikut pencapaian Bahasa Melayu 45

4.4 Taburan pelajar mengikut peruntukan masa untuk

menyiapkan kerja rumah Bahasa Melayu dalam

sehari

46

4.5 Analisis korelasi Pearson hubungan antara

peruntukan masa menyempurnakan kerja rumah

Bahasa Melayu dengan pencapaian Bahasa Melayu

47

4.6 Analisis korelasi Pearson hubungan antara kerja

rumah Bahasa Melayu jenis latihan dengan

pencapaian Bahasa Melayu

49

4.7 Analisis korelasi Pearson hubungan antara kerja

rumah Bahasa Melayu jenis persediaan dengan

pencapaian Bahasa Melayu

50

Page 17: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

xiv

4.8 Analisis korelasi Pearson hubungan antara kerja

rumah Bahasa Melayu jenis peluasan pengetahuan

dengan pencapaian Bahasa Melayu

51

4.9 Analisis korelasi Pearson hubungan antara cara

pengelolaan guru semasa pemberian kerja rumah

dengan pencapaian Bahasa Melayu

52

4.10 Analisis korelasi Pearson hubungan antara cara

pengelolaan guru selepas kerja rumah Bahasa Melayu

disempurnakan dengan pencapaian Bahasa Melayu

53

4.11 Keputusan penuh hipotesis dalam hubungan antara

kerja rumah Bahasa Melayu dengan pencapaian

pelajar

54

Page 18: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka konsep kajian 13

2.1 Konsep kerangka pengajaran terancang oleh Skinner 29

3.1 Proses pengumpulan data projek 37

Page 19: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

xvi

SENARAI SINGKATAN

EPRD -- Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

KPM -- Kementerian Pelajaran Malaysia

SJK (C) -- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Page 20: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 71

B Surat kelulusan dari EPRD 75

C Surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor 77

Page 21: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Menyedari kepentingan dalam pencapaian matlamat Wawasan 2020,

pembangunan modal insan turut diberi penekanan dan menjadi satu daripada enam teras

strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 yang dilancarkan

awal tahun 2007. Penetapan teras strategik itu sekaligus meletakkan peranan guru dalam

menjana modal insan menjadi semakin penting dan kritikal dalam menjayakan Misi

Nasional dan pelaksanaan PIPP ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020.

Dalam kerjaya pendidikan, pengajaran guru amat penting untuk mencapai

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan adalah bersifat dinamik dan

mesti disampaikan dengan sebaik mungkin. Menurut Omardin (1999), kejayaan dan

Page 22: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

2

kegagalan dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada beberapa faktor di

antaranya yang terpenting ialah guru. Tugas guru menjadi semakin penting dan kritikal

bagi menyediakan generasi muda Malaysia, memperkembangkan potensi diri mereka,

melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran serta membentuk keperibadian

dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan serta mampu

memajukan negara pada mata dunia. Guru mesti melengkapkan dirinya selaku

penyelidik di bilik darjah untuk dapat mengenal pasti pencapaian pelajarnya, menilai

keberkesanan pengajarannya dan mengukur keberkesanan pembelajaran pelajarnya.

Kejayaan negara melahirkan modal insan yang memenuhi keperluan pada masa

depan amat bergantung kepada kemantapan sistem pendidikan negara. Kemantapan

sistem pendidikan pula bergantung kepada kecemerlangan guru melaksanakan peranan

masing-masing. Justeru itu, amanah yang dipikul guru amat penting.

Pelajar merupakan individu yang mengalami proses pembelajaran melalui

pengajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka ini berbeza-beza dari segi kognitif,

emosi dan psikomotor. Setiap individu mempunyai cara belajar masing-masing. Salah

satu strategi yang diamalkan oleh para pelajar dalam pembelajaran ialah amalan kerja

rumah yang diberi oleh guru samada berbentuk soalan latihan, lembaran kerja, kerja

bertulis, sebagai persediaan awal mahupun sebagai pengukuhan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kecemerlangan pendidikan seseorang pelajar diukur dari segi pencapaian gred

yang diperoleh dalam ujian di sekolah atau peperiksaan awam. Sijil, diploma dan ijazah

merupakan simbol yang amat dihargai oleh masyarakat sebagai pengiktirafan

pencapaian anak-anak muda dalam pendidikan (Dore, 1976). Hasilnya, Rahimah (1984)

mengatakan murid-murid sekolah digesa, ditekan, didesak supaya berusaha dengan

Page 23: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

3

sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan. Bagi guru-guru, prestasi sesebuah sekolah

diukur dengan kejayaan murid-murid dalam peperiksaan awam.

Bagi guru, peperiksaan merupakan satu alat penaksir tentang pengajarannya.

Guru-guru cuba menyemaikan semangat bersaing dan pelajar pula cuba mendapat

kedudukan sebaik mungkin daripada budaya bersaing ini. Peperiksaan merupakan

sasaran kepada semua aktiviti di sekolah. Ekoran daripada situasi ini, para pelajar

dikehendaki melebihkan masa belajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.

Kerja rumah sebagai satu daripada strategi pengajaran dan pembelajaran telah menarik

perhatian guru-guru sebagai saluran untuk melebihkan dan mengukuhkan pembelajaran

yang berlangsung di bilik darjah. Para pelajar dikehendaki melebihkan pembelajaran

mereka di luar waktu persekolahan rasmi untuk menyempurnakan kerja rumah.

Amalan memberi kerja rumah kepada pelajar bukanlah satu perkara baru. Ia

telah lama diamalkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah, di dalam dan di luar

negara. Tindak balas terhadap amalan ini adalah berbeza-beza daripada berbagai-bagai

pihak. Setengah golongan menyokong amalan pemberian kerja rumah untuk

meningkatkan taraf pencapaian pelajaran; segolongan yang lain pula mempertikaikan

dengan menganggap kerja rumah sebagai beban kepada para pelajar. Keadaan ini

menjadikan kerja rumah sebagai suatu isu dalam bidang pendidikan.

Bagi kebanyakan orang, kerja rumah merupakan satu cara belajar yang penting

kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan prestasi dan motivasi belajar. Kerja rumah

menjadikan peringkat persediaan kepada para pelajar untuk menghadapi pelajaran yang

sukar dilaksanakan di bilik darjah. Dengan melaksanakan kerja rumah, guru akan

mendapat maklum balas terhadap kerja-kerja pelajar yang seterusnya akan melibatkan

penambahbaikan dan bimbingan daripada guru.

Kerja rumah mempunyai potensi untuk meningkatkan standard, melanjutkan

penghabisan kurikulum dan memperbaiki prestasi pelajar (Eddy, 1984). Tugasan yang

Page 24: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

4

dibuat di rumah yang merupakan juga lanjutan kepada tugasan-tugasan di bilik darjah

adalah dianggap sebagai sumbangan yang amat berharga kepada proses pembelajaran,

dan penggubalan sesuatu polisi untuk menguruskan kerja rumah sudah pasti akan

menjadi satu pengalaman pendidikan yang berkualiti untuk para pelajar (Jim Hackney,

1977). Tamir (1985) telah menyenaraikan kesan pemberian kerja rumah kepada para

pelajar. Antara faedah yang ditemui dari amalan ini ialah para pelajar dapat menguasai

isi pelajaran dengan baik. Kerja rumah juga memberi peluang kepada pelajar untuk

belajar dari berbagai-bagai sumber dan dengan cara ini, para pelajar akan memperbaiki

kelemahan mereka di bilik darjah.

Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia adalah Bahasa Melayu dan ia

menjadi bahasa perpaduan dan bahasa ilmu pengetahuan yang utama di Malaysia.

Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1963), Akta Bahasa Kebangsaan (1961)

dan Pindaan (1971), Laporan Kabinet (1978), Falsafah Pendidikan Negara (1980) dan

Akta Pendidikan (1995) menyatakan dengan jelas tentang kedudukan dan peranan

bahasa Melayu dan bahasa-bahasa asing dalam sistem pendidikan kebangsaan. Bahasa

Melayu secara rasmi bertindak sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan

negara.

Keadaan dilema dan kekangan bahasa ini amat dirasai kanak-kanak kerana setiap

pelajar di sekolah diwajibkan mempelajari dan menduduki peperiksaan mata pelajaran

bahasa Melayu. Calon harus lulus dengan baik mata pelajaran Bahasa Melayu untuk

layak belajar di sekolah asrama penuh ataupun sekolah bantuan penuh kerajaan. Ramai

kanak-kanak sekolah rendah terutamanya dari Sekolah Jenis Kebangsaan tidak mahir

menguasai bahasa Melayu seperti yang dituntut dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

KBSR. Himpitan kurikulum yang berterusan ini menjadikan pelajar merasakan diri

mereka menjadi mangsa penindasan kurikulum. Dilema guru-guru yang mengajar

Bahasa Melayu amat ketara sekali.

Page 25: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

5

Semua guru hendaklah peka pada Bahasa Melayu dan penggunaan Bahasa

Melayu baku dengan berkesan. Takrif baku merangkumi semua aspek bahasa iaitu

tatabahasa, ejaan, istilah, struktur ayat, sebutan, intonasi dan laras mengikut konteks dan

situasi. Guru hendaklah membetulkan kesalahan bahasa yang dilakukan pelajar dalam

semua mata pelajaran dan situasi.

1.3 Penyataan Masalah

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa membuat kerja rumah adalah suatu

amalan yang membazirkan masa. Menurut kumpulan penyelidik dari Australia dalam

artikel “Australian Principle : Homework a waste of time,” pada 28 Julai 2004 telah

menyatakan pelajar di Malaysia memperuntukkan purata sebanyak 3.8 jam dalam sehari

untuk menyiapkan kerja rumah dianggap suatu tindakan yang membazirkan masa. Ini

disebabkan daripada kajian yang dilakukan oleh Australian Council for Educational

mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa

yang banyak untuk menyiapkan kerja rumah dengan pencapaian mereka.

Beberapa kajian yang berkaitan dengan amalan kerja rumah sebagai satu proses

pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan. Antaranya kajian yang menunjukkan

bahawa jumlah masa yang digunakan oleh pelajar masih lagi di tahap yang rendah.

Dalam bulan April 1983, National Commission On Excellence in Education di Amerika

Syarikat melalui buku yang bertajuk “ A Nation At Risk” melaporkan pandangan tentang

cara untuk mengatasi krisis dan cabaran dalam pendidikan. Antara laporan ini ada

menyebut, pelajar-pelajar di sekolah tinggi menggunakan masa kurang daripada 1 jam

sehari untuk tujuan menyiapkan kerja rumah. Ianya didapati tidak mencukupi sehingga

mengakibatkan pencapaian pelajar merosot.

Kerja rumah amat penting untuk memupuk motivasi kendiri (Skinner, 1984:461).

Begitu juga pandangan yang disuarakan oleh ibu bapa dan masyarakat tentang betapa

Page 26: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

6

pentingnya kerja rumah, seperti memberi gambaran kepada ibu bapa tentang apa yang

dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah, melatih pelajar-pelajar melakukan kerja

sendiri mengikut arahan, melatih pelajar-pelajar mengurus masa lapang dengan baik.

Terdapat juga pandangan-pandangan para ibu bapa yang agak negatif tentang penekanan

kerja rumah dengan alasan kerja rumah merampas masa kanak-kanak untuk berkembang

dari segi jasmani, mengurangkan minat pelajar terhadap pelajaran akan datang, ibu bapa

memerlukan masa yang banyak untuk membimbing anak membuat kerja rumah.

Mengikut Robert J. Lumsden (1996), salah satu rahsia kejayaan adalah sentiasa

ada sesuatu yang dikerjakan. Menurutnya, kerja rumah adalah satu tugasan yang

menyebabkan pelajar-pelajar selalu belajar dan membuat latihan. Ia telah terbukti

membawa kejayaan kepada pelajar-pelajar yang lulus peperiksaan mereka dengan

cemerlang.

Keberkesanan kerja rumah biasanya mempunyai hubungan secara langsung atau

tidak langsung dengan faktor seperti peruntukan masa untuk pelajar menyiapkan kerja

rumah, jenis kerja rumah, kuantiti kerja rumah, cara pengelolaan guru dalam pemberian

kerja rumah, penglibatan ibu bapa dalam membimbing anak menyiapkan kerja rumah

dan juga persekitaran semasa menyiapkan kerja rumah.

Daripada faktor-faktor yang dikenalpasti, penyelidik ingin mengupas tiga faktor

iaitu peruntukan masa untuk pelajar menyiapkan kerja rumah, jenis kerja rumah dan cara

pengelolaan guru dalam pemberian kerja rumah. Adakah fakor-faktor tesebut

mempunyai hubungan dengan pencapaian pelajar di sekolah rendah terutamanya subjek

Bahasa Melayu.

Page 27: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara

peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah bagi mata

pelajaran Bahasa Melayu dengan pencapaian pelajar tahun lima dalam mata pelajaran

tersebut. Objektif khusus kajian ialah :

1.4.1 mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa dalam menyiapkan

kerja rumah Bahasa Melayu dengan pencapaian.

1.4.2 mengenal pasti hubungan antara jenis kerja rumah Bahasa Melayu

dengan pencapaian.

1.4.3 mengenal pasti hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja

rumah Bahasa Melayu dengan pencapaian.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan di bawah:

1.5.1 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa

menyempurnakan kerja rumah Bahasa Melayu dengan pencapaian

Bahasa Melayu?

1.5.2 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah Bahasa

Melayu jenis latihan dengan pencapaian Bahasa Melayu?

1.5.3 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah Bahasa

Melayu jenis persediaan dengan pencapaian Bahasa Melayu?

Page 28: HENG GUAY LOOE...BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH HENG GUAY LOOE ... Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas ... strategik Pelan

8

1.5.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah Bahasa

Melayu jenis peluasan pengetahuan (extension) dengan pencapaian

Bahasa Melayu?

1.5.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru

semasa pemberian kerja rumah Bahasa Melayu dengan pencapaian

Bahasa Melayu?

1.5.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru

selepas kerja rumah Bahasa Melayu disempurnakan dengan pencapaian

Bahasa Melayu?