hhhc9601-kepimpinan dan kerja berpasukan · web view... drama muzikal dan lain-lain lagi.semua...
TRANSCRIPT
HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
LAPORAN
“ENGLISH SPEAKING ZONE”
NAMA : WAN NOR ATIRA FASHA BINTI WAN ABDULLAH
NO MATRIK : A144727
NO KAD PENGENALAN : 940914-11-5534
PROGRAM : TERAPI CARAKERJA
TARIKH : 19/4/2014 – 14/5/2014
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
NO KELULUSAN JPPEL : DN00281/2014
PENGENALAN
“English Speaking Zone” diadakan untuk menggalakkan pelajar untuk mempraktikkan penggunaan bahasa inggeris melalui program-program yang sesuai . Program ini lebih difokuskan kepada pelajar yang mendapat keputusan muet band 1 dan band 2 .Aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk program ini ialah ‘mock interview’ , ‘Spell It Right” , drama muzikal dan lain-lain lagi.Semua aktiviti diadakan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantara.Aktiviti-aktiviti yang diadakan merupakan aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik pelajar menyertai aktiviti-aktiviti tersebut .Aktiviti-aktiviti yang diadakan bukan sahaja memberi faedah kepada pelajar band 1 dan band 2 tetapi juga pelajar-pelajar lain yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa inggeris .
MISI
“English Speaking Zone” bertujuan untuk menunjukkan kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua
VISI
“English Speaking Zone” diadakan untuk membolehkan pelajar menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris
PERANAN
Jawatan : Exco Program
Terdapat dua Exco Program bagi program “English Speaking Zone”.Saya merupakan salah seorang daripada Exco Program tersebut . Tugas utama saya dan pasangan saya sebagai Exco Program adalah menyediakan tentatif program untuk majlis perasmian pembukaan “English Speaking Zone” dan juga majlis penutupan “English Speaking Zone” .Selain itu , kami juga berperanan untuk memastikan kelancaran program.Bukan itu sahaja, kami juga perlu memberi kerjasama dengan exco-exco yang lain sepanjang program berlangsung. Di samping itu , kami juga ditugaskan untuk menjalankan tiga permainan mini .
1
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
PERANCANGAN
S urat JPPEL
2
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
CARTA ALIR PERJALANAN PROGRAM “ENGLISH SPEAKING ZONE”
3
mengisi borang untuk menjadi Exco atau ahli jawatankuasa
dipilih untuk menjadi
Exco Program
Mesyuarat Pertama
-berkenalan antara semua
organisasi "English Speaking
Zone"
Mesyuarat Kedua
-Pengarah menerangkan tugas-tugas setiap Exco
Mesyuarat mingguan diadakan
untuk membentangkan
gerak-kerja masing-masing
18 April 2014-Raptai penuh bagi majlis perasmian
pembukaan "English Speaking Zone"
19 April 2014
-Majlis Perasmian "English Speaking
Zone"
Mesyuarat diadakansetiap minggu untuk
membentangkan gerak kerja masing
Permainan Mini
-Fill The Next
(25/4/2014)-Phonetic(4/5/2014)-Scrabble(5/5/2014)
Raptai majlis penutupan "English Speaking
Zone" pada
-4/5/2014 -6/5/2014-7/5/2014-8/5/2014
-13/5/2014
Majlis Penutupan "English Speaking
Zone"pada
14/5/2014
Mesyuarat Post
Mortem17/5/2014
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
Bilangan
Aktiviti February
March April MayMinggu
1 Perbincangan mengenai aktiviti yang akan dialankan bersama Majlis Tertinggi
2 Pembentangan gerak kerja setiap exco
3 Menyediakan tentatif program bagi majlis perasmian
4 Menyediakan gerak kerja setiap exco yang terlibat dengan majlis perasmian dengan lebih terperinci
5 Menyediakan tentative program bagi majlis penutupan
6 Majlis Perasmian “English Speaking Zone”
7 Perbincangan mengenai aktiviti permainan mini bersama Pengarah
8 Aktiviti Permainan mini “Fill the Next”
9 Aktiviti Permainan mini “Phonetic”
10 Aktiviti Permainan mini “Scrabble”
11 Menyediakan gerak kerja setiap exco yang terlibat dengan majlis penutupan
12 Majlis Penutupan “English Speaking Zone”
CARTA GANTT DAN BATUKALA “ENGLISH SPEAKING ZONE”
4
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
MINIT MESYUARAT
MINIT MESYUARATENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)
SESI 2013/2014 KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Bil : 1 /2014Tarikh : 17 Februari 2014Masa : 8.00 p.m.Tempat : Bilik Konferens Felo,
Kolej Tun Syed Nasir,Universiti Kebangsaan Malaysia.
______________________________________________________________________
KEHADIRAN
1. Norashiqin Shaari - Pengarah
2. Leong Cin Dee3. Nora Azyan Binti Mustaffa4. Amuthavalli Gangaya - Pencatat Minit5. Chai Yi Wen6. Nabilatulhuda Bt Ahmad7. Nur Syahira Atiqah Bt Arifin8. Wan Nor Atira Fasha Bt Wan Abdullah9. Faiznur Adha Bt Yusoff10. Fatin Amalina Bt Muhamad Ridza11. Lim Yee Vyon12. Lim Yan Yi13. Chong Kah Ying14. Kua Jee Min15. Evelyn Eu Sze Lin16. Nicole Law Wei Xin17. Masfara Wahidah Binti Abdul Rahman18. Norhamizah Binti Ideris19. Nur Amiera Binti Azlan20. Noor Syaffiera Mohd Sharif21. Amirah Aqilah Binti Abd Rahim22. Tang Hoe Ching23. Faizul Hafiz Bin Zulkifli Amin
5
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
MINIT MESYUARAT ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)
SESI 2013/2014 KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Bil : 2 /2014Tarikh : 24/ 2/ 2014Masa : 8.00 p.m.Tempat : Bilik konferens Felo,
Kolej Tun Syed Nasir,Universiti Kebangsaan Malaysia.
______________________________________________________________________
KEHADIRAN
1) Norashiqin Shaari - Pengarah2) Leong Cin Dee3) Nora Azyan Binti Mustaffa4) Amuthavalli d/o Gangaya - Pencatat Minit5) Nor Azimah Binti Zamri6) Faiznur Adha Binti Yusoff7) Nik Nurilham Fadhlin Binti Nordin8) Noor Syaffiera Binti Mohd Sharif9) Amirah Aqilah Binti Abd Rahim10) Nur Amiera Binti Azlan11) Masfara Wahidah Binti Abdul Rahman12) Gordon Pengiran Baru13) Tan Chiew Fong14) Loh Yih Lin15) Ngai Li Ying16) Chong Kah Ying17) Lim Yan Yi18) Nabilatulhuda Bt Ahmad19) Wan Nor Atira Fasha Bt Wan Abdullah20) Shaktypreya d/o Nadarajah21) Chai Yi Wen22) Mark Navin s/o Baliah Philemon23) Lim Ming Chiang24) Tang Hoe Ching
6
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
MINIT MESYUARAT ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)
SESI 2013/2014 KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Bil : 3/ 2014Tarikh : 4 Mac 2014Masa : 8.00 p.m.Tempat : Surau D,
Kolej Tun Syed Nasir,Universiti Kebangsaan Malaysia.
______________________________________________________________________
KEHADIRAN
1) Norashiqin Shaari - Pengarah2) Leong Cin Dee3) Nora Azyan Binti Mustaffa4) Amuthavalli d/o Gangaya - Pencatat Minit5) Faiznur Adha Binti Yusoff6) Nik Nurilham Fadhlin Binti Nordin7) Noor Syaffiera Binti Mohd Sharif8) Amirah Aqilah Binti Abd Rahim9) Nur Amiera Binti Azlan10) Masfara Wahidah Binti Abdul Rahman11) Gordon Pengiran Baru12) Nabilatulhuda Bt Ahmad13) Wan Nor Atira Fasha Bt Wan Abdullah14) Chai Yi Wen15) Lim Ming Chiang16) Tang Hoe Ching17) Nicole Law Wei Xin18) Evelyn Eu Sze Lin19) Kua Jee Min20) Fatin Amalina Bt Muhamad Ridza
7
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
MINIT MESYUARATENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)
SESI 2013/2014 KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Bil : 7 /2014Tarikh : 14 April 2014Masa : 8.00 p.m.Tempat : Bilik Konferens Felo,
Kolej Tun Syed Nasir,Universiti Kebangsaan Malaysia.
______________________________________________________________________
KEHADIRAN
1. Norashiqin Shaari - Pengarah
2. Leong Cin Dee3. Amuthavalli Gangaya - Pencatat Minit4. Chai Yi Wen5. Nabilatulhuda Bt Ahmad6. Wan Nor Atira Fasha Bt Wan Abdullah7. Lim Yee Vyon8. Lim Yan Yi9. Chong Kah Ying10. Kua Jee Min11. Tung Mei Xin12. Loh Yih Lin13. Masfara Wahidah Binti Abdul Rahman14. Norhamizah Binti Ideris15. Nur Amiera Binti Azlan16. Ng Li Ying17. Amirah Aqilah Binti Abd Rahim18. Agnes Ngu Chien Ying19. See Xiao Xu20. Gordon Pengiran Baru21. Yew Kar Meng22. Joyce Tan Chu Yee23. Tan Chiew Fong
8
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
MINIT MESYUARAT ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)
SESI 2013/2014 KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Bil : 8/ 2014Tarikh : 24 April 2014Masa : 8.00 malamTempat : Perpustakaan,
Kolej Tun Syed Nasir,Universiti Kebangsaan
Malaysia.______________________________________________________________________
KEHADIRAN
1) Norashiqin Shaari - Pengarah2) Nora Azyan Binti Mustaffa3) Amuthavalli d/o Gangaya - Pencatat Minit4) Faiznur Adha Binti Yusoff5) Nik Nurilham Fadhlin Binti Nordin6) Noor Syaffiera Binti Mohd Sharif7) Nur Amiera Binti Azlan8) Masfara Wahidah Binti Abdul Rahman9) Gordon Pengiran Baru10) Nabilatulhuda Bt Ahmad11) Wan Nor Atira Fasha Bt Wan Abdullah12) Fatin Amalina Bt Muhamad Ridza13) Lim Yan Yi14) Ngai Li Ying15) Joyce Tan Chu Yee16) Choong Cing Yee17) Faiznur Adha Binti Yusoff18) Lim Yee Vyon19) Kua Jee Min20) Chong Kah Ying21) Lim Yan Yi
9
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
PELAKSANAAN
Setiap minggu , mesyuarat akan diadakan untuk membincangkan perkembangan gerak-
kerja masing-masing . Setiap kali sebelum mesyuarat , saya akan pastikan tugas saya
diselesaikan . Saya juga akan menyenaraikan masalah-masalah yang perlu diselesaikan untuk
dibincangkan dalam mesyuarat . Bukan itu sahaja , saya juga akan membawa material yang
diperlukan untuk mesyuarat . Sebagai Exco Program , saya perlu menyediakan tentatif
program . Oleh itu , sebelum mesyuarat saya akan mencetak tentative tersebut kepada
beberapa salinan untuk diagihkan kepada Majlis Tertinggi seperti Pengarah “English
Speaking Zone” agar mereka lebih jelas dengan perjalanan projek . Sewaktu mesyuarat
berlangsung , saya akan mencatat segala perkara yang penting.Selain itu , saya juga
mendengar dengan aktif setiap perbentangan exco-exco yang lain untuk memahami dengan
jelas perjalanan program . Di samping itu , saya juga akan bertanya perkara-perkara yang
kurang jelas sewaktu mesyuarat agar tugas saya dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan
tidak timbul masalah pada masa akan datang . Bukan itu sahaja , saya juga turut memikirkan
jalan penyelesaian untuk exco-exco lain sekiranya mereka menghadapi masalah dalam
menjalankan tugasan mereka .
Majlis perasmian “English Speaking Zone” diadakan pada 19 April 2014 . Sehari
sebelum majlis berlangsung , raptai telah diadakan untuk memastikan kelancaran program,
tersebut . Sebagai Exco Program , saya hendaklah memastikan kelancaran program tersebut .
Sebelum raptai bermula , saya menerangkan terlebih dahulu tentatif program kepada yang
terlibat terutama pengiring-pengiring VIP bagi memastikan mereka jelas dengan perjalanan
program . Saya dan kawan saya yang juga Exco Program juga turut menjelaskan kepada Exco
Multimedia mengenai tugas mereka dengan lebih terperinci . Sewaktu raptai , kami
memerhati setiap perjalanan majlis agar tidak berlaku kesilapan sewaktu majlis sebenar
10
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
berlangsung . Saya juga turut membantu Exco Multimedia. Contohnya , saya akan memberi
isyarat kepada mereka untuk memainkan muzik ketibaan VIP bila tiba masanya . Selain itu ,
saya juga akan mengingatkan mereka untuk memainkan lagu Negaraku dan Varsiti Kita
setelah VIP tiba di tempat masing-masing . Begitu juga dengan langkah-langkah seterusnya .
Sewaktu raptai dijalankan , kami mendapati pengiring VIP tidak mencukupi . Oleh hal yang
demikian , saya mencadangkan untuk menambah seorang lagi pengiring . Lantaran itu , saya
meminta pertolongan daripada rakan saya untuk menjadi pengiring. Selain itu , kami juga
menghadapi masalah mengenai bahagian cenderamata. Oleh itu , saya telah menawarkan diri
saya untuk membantu mereka . Pada hari kejadian , majlis perasmian berjalan dengan lancar .
Sewaktu majlis , saya telah menghulurkan bantuan kepada Exco Multimedia kerana mereka
menghadapi masalah untuk membawa mikrofon daripada satu komputer riba kepada
komputer riba yang lain kerana jarak computer riba tersebut yang sedikit jauh . Hal yang
demikian menyebabkan masa yang diambil lebih panjang jika tidak bertindak pantas.Oleh itu,
saya membantu mereka untuk membawa mikrofon tersebut .
Tarikh majlis penutupan “English Speaking Zone” telah ditunda kepada 14 Mei 2014 .
Hal yang demikian memerlukan kami untuk menambah aktiviti-aktiviti lain. Oleh itu , kami
sebagai Exco Program telah menjalankan tiga pertandingan mini iaitu “Fill the Next” ,
“Phonetic” dan “Scrabble” .Pertandingan “Fill The Next” dan “Phonetic” telah dicadangkan
oleh pengarah kami sendiri dan kami menerima cadangan tersebut kerana merasakan
cadangan tersebut sangat sesuai . Kami telah mencari beberapa AJK untuk menjalankan tiga
pertandingan mini ini . Kami juga meminta Exco Publisiti untuk menghebohkan mengenai
pertandingan mini ini kepada seluruh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala
Lumpur . Ketiga-tiga pertandingan mini ini berjaya berjalan dengan lancar dan mendapat
sambutan yang hangat daripada pelajar-pelajar . Pengarah juga berpuas hati dengan tugasan
yang kami lakukan.
11
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
Seterusnya persediaan bagi majlis penutupan pula . Persediaan untuk majlis penutupan
dijalankan dengan lebih teliti . Dalam majlis penutupan ,terdapat drama muzikal . Sebagai
Exco Program , kami harus sentiasa memantau mereka yang terlibat dengan drama muzikal .
Raptai juga telah dijalankan dengan lebih kerap untuk membetulkan kesilapan yang tidak
disedari bagi memastikan kelancaran majlis tersebut . Selain itu , saya dan rakan saya telah
menawarkan untuk menyediakan hadiah dan persiapan bagi cabutan bertuah . Oleh itu ,
dalam melakukan persiapan tersebut , kami meminta bantuan Exco Tugas-Tugas Khas untuk
membantu kami menyediakan nombor-nombor bagi cabutan bertuah.
Sewaktu majlis penutupan , saya telah membantu Exco Protokol untuk melaporkan
mengenai ketibaan VIP kepada bahagian-bahagian yang berkaitan seperti pengerusi majlis
dan sebagainya.Saya dan rakan saya juga sentiasa memberi perhatian kepada exco-exco yang
terlibat sebelum majlis berlangsung termasuk pengerusi majlis . Majlis penutupan “English
Speaking Zone” telah mendapat sambutan yang hangat disebabkan oleh drama muzikal yang
sangat menarik di samping kehadiran Ms Lina Tan yang merupakan pengarah bagi syarikat
Red Communication .
12
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
REFLEKSI
Jawatan sebagai Exco Program ini merupakan satu cabaran baru kepada saya . Pendedahan
kepada jawatan ini banyak mengajar saya dengan nilai kepimpinan dan kerja berpasukan .
Nilai kepimpinan dan kerja berpasukan merupakan nilai yang perlu ada dalam diri setiap
pelajar. Nilai ini penting untuk membina keyakinan diri dalam memimpin dan bekerja dalam
sesebuah organisasi suatu hari nanti .
Pelbagai perkara yang saya pelajari sepanjang bergelar Exco Program bagi program
“English Speaking Zone” . Antaranya ialah kerjasama dalam berpasukan . Contohnya , kami
bekerjasama dengan Exco Protokol , Exco Teknikal , Exco Multimedia dan Exco
Persembahan dalam menjalankan raptai bagi majlis perasmian dan penutupan “English
Speaking Zone” . Dengan kerjasama ini , raptai dapat berjalan dengan lancar sekaligus
melancarkan perjalanan kedua-dua majlis.Hal ini membuktikan bahawa kerjasama akan
membawa kejayaan seperti pepatah “berat sama dipikul , ringan sama dijinjing” .
Selain itu , saya juga belajar untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan .
Menambah aktiviti bagi memenuhi masa yang ada disebabkan penangguhan majlis
penutupan “English Speaking Zone” adalah salah satu perkara yang diselesaikan . Selain itu ,
saya juga belajar membuat keputusan dalam memilih jenis permainan mini .
Di samping itu , saya juga belajar untuk berfikiran lebih terbuka dan menghormati orang
lain . Perkara ini penting untuk digunakan pada masa hadapan apabila terdedah dengan lebih
ramai masyarakat. Sebagai contoh , Majlis Eksekutif Pelajar telah mencadangkan untuk
mengadakan pertandingan mini di perpustakaan kerana dapat melibatkan lebih ramai pelajar
untuk menyertai pertandingan tersebut. Hal yang demikian menyebabkan kami menukar
tempat dari bilik oren yang saiznya kecil kepada perpustakaan yang lebih besar .
13
A144727 [HHHC9601-KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN]
Sudah menjadi lumrah di dunia ini apabila melakukan sesuatu usaha , maka akan ada
masalah-masalah yang muncul. Namun begitu , setiap masalah pasti akan ada jalan
penyelesaian. Bagi menanam nilai kepimpinan dan kerja berpasukan , pelajar khususnya
hendaklah mendedahkan diri dengan pelbagai program dan memegang pelbagai jawatan. Hal
ini kerana nilai ini perlu dipelajari bukannya lahir secara semulajadi .
Pembelajaran nilai kepimpinan dan kerja berpasukan bukan sahaja memberi kebaikan
kepada individu dan pelajar malah turut memberi kesan kepada komuniti. Hal ini kerana
sekiranya kepimpinan kita berkesan dan wujudnya kerja berpasukan dalam sesebuah
organisasi maka komuniti akan lebih harmoni.Bukan itu sahaja , komuniti juga akan belajar
untuk menghormati pemimpin sekiranya pimpinan yang berkesan dilaksanakan di samping
kecekapan dalam kerjasama antara pasukan dalam sesebuah organisasi.
Kesimpulannya , nilai kepimpinan dan kerja berpasukan merupakan perkara yang sangat
penting yang perlu ada dalam diri setiap insan terutamanya rakyat Malaysia agar pentadbiran
negara ini lebih sistematik dan teratur agar Negara ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun , Amerika Syarikat dan
Singapura.
14