hi ponim

6
Hiponim (Struktur Makna) Makna hiponim mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 540) ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain, misalnya kambing, lembu dan rusa adalah hiponim daripada binatang. Siti Hajar (2009) juga memberikan definisi yang sama merujuk kepada definisi yang dibuat oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Hiponim berasal dari bahasa Yunani Kuno anoma ‘nama’ dan hypo ‘di bawah’(modul BML3083). Abdullah Hassan (1980: 248, dlm. Darwis Harahap, 1994: 35) menyatakan hiponim ialah makna umum merangkumi makna khusus. Sementara Kamarudin dan Siti Hajar (1997: 69) menjelaskan Abdullah Hassan (1980: 248) mendefinisikan hiponim sebagai sesuatu kata yang mempunyai lingkungan atau pemeringkatannya dalam struktur makna. Walaupun kedua-dua pendapat oleh dua penulis di atas nampak berlainan bentuk pernyataannya, namun ia mendukung maksud yang sama bagi memberi huraian tentang takrif hiponim. Sebagai contoh, bunga ialah makna yang umum yang merangkumi nama jenis- jenis bunga sebagai makna yang khusus seperti cempaka, mawar, melati, kemboja dan sebaginya. Huraian seterusnya akan diambil dari modul BML3083 (2012). Hiponim adalah perkataan yang maknanya mencakupi makna beberapa perkataan lain dalam satu tata tingkat. Hal ini berlaku apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan lain (Abdullah Hassan, 2005:233). Asmah Osman (2000: 24) pula menyatakan hiponim ialah kata penggolong atau pemasukan sepenuhnya. Verhaar menyatakan hiponimi adalah ungkapan (biasanya berupa kata tetapi dapat juga berupa frasa atau kalimat) yang maknanya dianggap merupakan bagian dari makna suatu ungkapan lain (Abdul Chaer, 1990: 102). Istilah hiponimi berasal dari perkataan Greek yang bermaksud nama yang di bawah. Ia dapat dilihat terutamanya apabila kita menjalankan klasifikasi dalam bidang tertentu (Asha Doshi, 2004). Oleh yang demikian, perhubungan ini melibatkan sesetengah item leksikal yang mempunyai makna yang lebih luas daripada item leksikal yang lain. Terdapat dua jenis perhubungan hiponimi, iaitu hubungan hiponimi sejenis dan meronimi (Baskaran, 2003; Jackson dan Zé Amvela, 2000; Yule, 1994). Istilah ini dicipta oleh Bazell pada tahun 1955, tetapi kegunaannya mengikut pengertian ini diperkenalkan oleh Lyons pada

Upload: linda-md-akhir

Post on 11-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Hiponim (Struktur Makna)

Makna hiponim mengikutKamus Dewan Edisi Keempat (2007: 540) ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain, misalnya kambing, lembu dan rusa adalah hiponim daripada binatang. Siti Hajar (2009) juga memberikan definisi yang sama merujuk kepada definisi yang dibuat oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (2007).Hiponim berasal dari bahasa Yunani Kunoanomanama danhypodi bawah(modul BML3083). Abdullah Hassan (1980: 248, dlm. Darwis Harahap, 1994: 35) menyatakan hiponim ialah makna umum merangkumi makna khusus. Sementara Kamarudin dan Siti Hajar (1997: 69) menjelaskan Abdullah Hassan (1980: 248) mendefinisikan hiponim sebagai sesuatu kata yang mempunyai lingkungan atau pemeringkatannya dalam struktur makna. Walaupun kedua-dua pendapat oleh dua penulis di atas nampak berlainan bentuk pernyataannya, namun ia mendukung maksud yang sama bagi memberi huraian tentang takrif hiponim. Sebagai contoh,bungaialah makna yang umum yang merangkumi nama jenis-jenis bunga sebagai makna yang khusus seperticempaka,mawar,melati,kembojadan sebaginya.Huraian seterusnya akan diambil dari modul BML3083 (2012). Hiponim adalah perkataan yang maknanya mencakupi makna beberapa perkataan lain dalam satu tata tingkat. Hal ini berlaku apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan lain (Abdullah Hassan, 2005:233). Asmah Osman (2000: 24) pula menyatakan hiponim ialah kata penggolong atau pemasukan sepenuhnya. Verhaar menyatakan hiponimi adalah ungkapan (biasanya berupa kata tetapi dapat juga berupa frasa atau kalimat) yang maknanya dianggap merupakan bagian dari makna suatu ungkapan lain (Abdul Chaer, 1990: 102). Istilah hiponimi berasal dari perkataan Greek yang bermaksud nama yang di bawah. Ia dapat dilihat terutamanya apabila kita menjalankan klasifikasi dalam bidang tertentu (Asha Doshi, 2004). Oleh yang demikian, perhubungan ini melibatkan sesetengah item leksikal yang mempunyai makna yang lebih luas daripada item leksikal yang lain. Terdapat dua jenis perhubungan hiponimi, iaitu hubungan hiponimi sejenis dan meronimi (Baskaran, 2003; Jackson dan Z Amvela, 2000; Yule, 1994). Istilah ini dicipta oleh Bazell pada tahun 1955, tetapi kegunaannya mengikut pengertian ini diperkenalkan oleh Lyons pada tahun 1963 (Ruth M.Kemson dalam Zaiton Ab. Rahman, 1991: 103). Hubungan kehiponim dalam pasangan kata adalah hubungan antara lebih kecil (secara ekstensional) dan yang lebih besar.Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 540) menyatakan hiponimi adalah hubungan antara hiponim dengan superordinatnya. Superordinat ialah makna am kerana merupakan pengelompokan kata iaitu merangkumi sesuatu makna perkataan-perkataan lain yang ingin dihuraikan. Superordinat atau dikenali juga sebagai hipernim ialah makna umum iaitu merangkumi makna yang lebih luas. Superdinat pula membawa makna khusus kerana menghuraikan makna superordinat. Contoh: Hipernim: Kenderaan (superordinat/ makna am) Hiponim : Perahu, kapal terbang, lori, van, bas, kereta (makna khas/ superdinat)Relasi makna juga dapat dilihat dari aspek hiponim selain dari aspek sinonim, antonim, polisem, homonim, ambiguiti, dan pertindihan makna. Relasi makna bermaksud hubungan semantik yang tedapat antara satuan bahasa yang satu dengan satuan bahasa yang lain. Satuan bahasa mungkin berupa kata frasa dan ayat. Relasi makna dapat menyatakan: (i) Kesamaan makna (ii) Pertentangan makna (iii) Jangkauan makna (iv) Kegandaan makna (v)Kelebihan maknaRelasi makna ini dapat difahami umpamanya kata mawar ialah hiponim terhadap kata bunga kerana mawar termasuk dalam kata bunga. Mawar memanglah bunga tetapi bunga bukan hanya mawar, melainkan termasuk tanjung, matahari, cempaka, melur, raya, kenanga, kasturi, ros, melati, dan sebagainya.Hubungan hiponimi sejenis adalah hubungan hirarki yang mana item leksikal yang di atas mempunyai makna yang paling umum dan boleh digunakan untuk merujuk item-item leksikal yang di bawahnya. Ia juga dikenali sebagai superordinat. Item-item leksikal yang di bawahnya pula mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai unsur makna item leksikal yang di atasnya. Item-item leksikal ini dikenali sebagai subordinat atau hiponim. Hubungan di antara hiponim-hiponim ini dikenali sebagaiko-hiponimi (Asha Doshi, 2004; Jackson dan Z Amvela, 2000). Antara contoh hubungan hiponimi yang terdapat dalam bidang tata hias adalah seperti berikut:Hiponim warna (rona)Hirarki dalam contoh di atas adalah tidak sempurna atau lengkap kerana terdapat pelbagai jenis warna di dunia ini dan setiap satu jenis itu terdapat pelbagai tona. Walau bagaimanpun, secara asasnya, kita dapat lihat bahawa item leksikal yang paling atas, iaitu superordinat, dalam hirarki ini (warna) adalah makna yang paling umum dan boleh digunakan bagi merujuk semua item leksikal yang di bawahnya. Item-item leksikal di bawah dan paling hampir dengan superordinat ini (biru, hijau, kelabu, merah, perang dan kuning) adalah hiponimnya. Sebagai contoh, biru adalah hiponim bagi warna, tetapi biru adalah superordinat bagi hiponim-hiponim biru kapur, biru merah dan biru merak. Jika di lihat dari bawah hirarki ini, merah jambu adalah sejenis merah, yang mana merah adalah sejenis warna.Meronimi pula adalah hubungan hirarki antara item leksikal di mana item leksikal yang di bawah (subordinat atau juga dikenali sebagai meronim) adalah sebahagian daripada item leksikal yang di atas (superordinat). Item leksikal superordinat adalah merujuk kepada keseluruhan entiti yang dirujuk dan subordinat adalah merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu kepada entiti ini (Baskaran, 2003; Jackson dan Z Amvela, 2000). Antara contoh meronim yang terdapat dalam konteks tata hias ini adalah seperti berikut:Contoh: Meronim bagi kediaman (rumah)

Dalam contoh di atas, jika dianalisa dari bawah hirarki ini, dapur basah dan dapur kering adalah sebahagian dari dapur dan dapur pula adalah sebahagian dari rumah. Item leksikal superordinat di sini (rumah) tidak merujuk kepada maksud umum bagi meronim di bawahnya seperti hiponim, tetapi mewakili entiti keseluruhannya. Ringkasnya, ruang tamu bukanlah sejenis rumah tetapi sebahagian daripada rumah.(Dipetik daripada................................)

Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat (O Grady, 2000: 119-120). Lihat rajah dibawah.

Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan (Abdullah Hassan, 2006: 233). Dalam sesetengah bahasa lain, golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika anda dapat meneliti struktur tatatingkatnya. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, saya mendedahkan kepada anda dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguistik makna, iaitu berdasarkan jadual di bawah.Jadual 4:Jenis HiponimHiponim TulenPadi ialah perkataan yang mencakupi dua perkataan yang segolongan dengannya, iaitu beras dan nasi.

Hiponim UmumHiponim ini bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum, seperti rumah teres dan rumah banglo. Ini bererti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponnen kata nama am.

(Dipetik daripada .............................................)(i) Hiponim tulenStruktur makna hiponim tulen berlaku apabila ada satu perkataan yang mempunyai makna yang luas dan umum mencakupi makna dua atau lebih perkataan lain (Abdullah Hassan, 2005: 234). Contoh hiponim tulen dalam bahasa Melayu dapat dilihat dalam perkataan padi. Perkataan padi mempunyai dua perkataan dalam golongannya, iaitu beras dan nasi. Dalam hal ini makna beras dan nasi tercakup dalam makna perkataan padi dan mempunyai maksud kata yang tersendiri. Contoh rajah dibawah:Oleh itu, dalam bahasa Melayu membezakan perkataan padi dari beras dan nasi. Padi merupakan bijian yang belum dibuang kulitnya. Setelah padi diproses, menjadi beras yang kemudiannya dimasak menjadi nasi. Namun, dalam bahasa Inggeris iaituricemembawa pengertian segala-galanya kepadapadi,berasdannasi. Oleh itu, kataricetidak seimbang dengan makna dalam bahasa Melayu.(ii) Hiponim umumMenurut Abdullah Hassan (2005: 235), hiponim umum berlaku apabila terdapat satu perkataan yang menjadi nama umum. Kata nama itu kemudian boleh dicantumkan dengan perkataan yang menjadi komponen maknanya. Perkataan bunga memberi nama kepada semua jenis bunga. Ada bunga melur, bunga kenanga, bunga cempaka, bunga raya, dan sebagainya. Perkataan bunga adalah umum. Oleh itu, perkataan bunga mesti digabungkan dengan sesuatu jenis bunga tertentu bagi menamakan jenis bunga tertentu, contohnya seperti bunga raya. Situasi ini menjadi lebih jelas apabila dirajahkan seperti berikut:Hal ini menunjukkan perkataan bunga adalah nama kepada satu golongan kata nama dan perkataan cempaka, mawar melur, raya, dan seterusnya sama ada matahari, tanjung, ros dan sebagainya adalah ahli anggotanya. Dalam hal ini, anggota bunga banyak dan tidak terhad bilangannya. Oleh itu, kata bunga tidak terhad kepada satu-satu jenis bunga yang terkandung didalamnya. Dalam sesetengah bahasa lain, golongan perkataan seperti ini jelas kelihatan struktur tata tingkatnya.(Dipetik daripada......................................)Hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-katayang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata khusus. Kesimpulannya, hiponim boleh dimaksudkan sebagai kata yang merangkumi makna-makna yang terkandung di dalamnya. Sesuatu konsep makna yang terkandung dalam sesuatu kata yang lebih besar. Oleh itu, hiponim bermaksud ungkapan yang maknanya dianggap sebahagian daripada makna suatu ungkapan lain.