hikayat hang tuah

7
Menurut Hikayat Hang Tuah ketokohan Hang Tuah banyak diperincikan tentang kebolehannya mempertahankan Melaka menghadapi ancaman musuh. Keagungan Hang Tuah jjuga dikaitkan dengan kebahagiaan dan kegemilangan negeri Melaka. Peringkat kebesaran dan kejatuhan Melaka berhubung rapat dengan tokoh Hang Tuah. Sewaktu kerajaan Melaka mula mencipta nama, kerajaan Majapahit sudah wujud sebagai sebuah empayar yang besar. Melaka beruntung kerana dalam proses membina kedudukan inilah ia dikurniakan seorang tokoh yang bernama Hang Tuah. Sewaktu kerajaan Melaka mula mencipta nama, kerajaan Majapahit sudah wujud sebagai sebuah empayar yang besar. Melaka beruntung kerana dalam proses membina kedudukan inilah ia dikurniakan seorang tokoh yang bernama Hang Tuah. Kehadiran Hang Tuah sebagai pembesar kerajaan, akhirnya daoat mengharumkan nama Melaka sebagai pesaing utama kerajaan Majapahit. Menerusi Hikayat Hang Tuah dipaparkan bagaimana Melaka dan Majapahit yang merupakan dua bangsa yang mewakili bangsa Melayu dan Jawa bersaing sesama sendiri demi mempamerkan kejaguhan dan keagungan bangsa masing – masing. Pengulangan istilah “Melayu” yang kerap mencerminkan jati diri Melayu yang teguh pada diri Hang Tuah : Maka Tun Tuah melompat menyalahkan tikam penjurit itu, seraya katanya. Akulah hulubalang Raja Melaka, Syahdan akulah yang bernama Laksamana, hulubalang pada Tanah Melayu”

Upload: harris

Post on 18-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

HIKAYAT

TRANSCRIPT

Menurut Hikayat Hang Tuah ketokohan Hang Tuah banyak diperincikan tentang kebolehannya mempertahankan Melaka menghadapi ancaman musuh. Keagungan Hang Tuah jjuga dikaitkan dengan kebahagiaan dan kegemilangan negeri Melaka. Peringkat kebesaran dan kejatuhan Melaka berhubung rapat dengan tokoh Hang Tuah. Sewaktu kerajaan Melaka mula mencipta nama, kerajaan Majapahit sudah wujud sebagai sebuah empayar yang besar. Melaka beruntung kerana dalam proses membina kedudukan inilah ia dikurniakan seorang tokoh yang bernama Hang Tuah. Sewaktu kerajaan Melaka mula mencipta nama, kerajaan Majapahit sudah wujud sebagai sebuah empayar yang besar. Melaka beruntung kerana dalam proses membina kedudukan inilah ia dikurniakan seorang tokoh yang bernama Hang Tuah. Kehadiran Hang Tuah sebagai pembesar kerajaan, akhirnya daoat mengharumkan nama Melaka sebagai pesaing utama kerajaan Majapahit. Menerusi Hikayat Hang Tuah dipaparkan bagaimana Melaka dan Majapahit yang merupakan dua bangsa yang mewakili bangsa Melayu dan Jawa bersaing sesama sendiri demi mempamerkan kejaguhan dan keagungan bangsa masing masing.Pengulangan istilah Melayu yang kerap mencerminkan jati diri Melayu yang teguh pada diri Hang Tuah : Maka Tun Tuah melompat menyalahkan tikam penjurit itu, seraya katanya. Akulah hulubalang Raja Melaka, Syahdan akulah yang bernama Laksamana, hulubalang pada Tanah Melayu

Jelaslah penampilan sedemikian dikaitkan dengan kerajaan dan bangsa yang diwakilinya, iaitu Melaka dan Melayu yang dibandingkan dengan bangsa Jawa iaitu Majapahit. Menurut Noriah Mohamaed (2000) apabila disebut Tuah ia melambangkan manusia yang bertuah dalam meninggikan citra Melayu. Hang Tuah yang taat dan patuh kepada raja, ditonjolkan pula dengan sifat sifat kepahlawannannya serta sanggup berkorban demi bangsa dan negara. Perkara ini menjadikan Hang Tuah seorang yang unggul dengan berjaya mengatasi segala cabaran dan dugaan yang ditumpukan kepadanya. Jati diri Melayu Hang Tuah yang tinggi terhadap raja dan kerajaan Melaka menambahkan lagi rasa dengki kepada Seri Betara Majapahit. Tawaran yang disertai dengan menghadiahkan sebuah negeri dan beberapa orang gundik ditolak oleh Hang Tuah. Hal ini membuktikan bahawa bangsa Mekayu yang diwakili oleh Hang Tuah, tidak mudah dipujuk dengan kemewahan. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan bagi generasi kini yang sudah mula hilang budaya, hilang kepercayaan sebagai bangsa Melayu. (A. Wahab Ali)Di samping itu, peristiwa ini juga dapat memberi pengalaman pada keseluruhan masyarakat Malaysia dan pemimpin [emimpin melayu khasnya yang jelas negitu mudah menerima sogokkan dan mengamalkan rasuah. Menerusi Hikayat Hang Tuah lebih banyak diperincikan tentang kebolehannya mem[ertahankan Melaka menghadapi ancaman musuh. Pada bahagian Hikayat Hang Tuah dinyatakan semasa meningkat dewasa Hang Tuah bersama sama sahabatnya berjaya menghapuskan sekumpulan lanun. Kejayaan mereka menghapuskan kumpulan lanun tersebut mendapat perhatian Bendahara yang merasa bangga dengan keberanian lima bersaudara ini mempertaahankan keselamatan tanah air. Jelasnya dengan semangat kebangsaan yang tertanam sejak dari kecil lagi dalam diri Hang Tuah beserta empat sahabatnya, membuktikan kecintaan mereka pada bumi Melaka. Ini Hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat sangat kebaktian kepada tuannya.

Perkatan Tuan dalam maksud petikan diatas dirujuk pada raja dan setiap rakyat yang bergelar hamba mesti taat, patuh, setia pada rajanya. Raja berkedudukan sebagai penguasa tertinggi dan menjadi lambing negara dan bangsa yag teragung. Dengan berbakti pada negara dan bangsanya, seseorang hulubalang berbakti pada rajanya. Walau bagaimanapun tanpa watak Raja Melaka, Hang Tuah tidak dapat diperlihatkan dengan sebegaitu unggul dengan kebaktian kebaktian dan kesetiannya yang begitu menajubkan. Pada konteks zaman moden ini, perjuangan Hang Tuah dalam memperkukuhkan keseyiaannya pada raja hanya mengundang cemuhan cemuhan yang mengkritik kesetiaan seperti yang dipamerkan Hang Tuah. Pada zaman ini , keyakinan bangsa Melayu pada diri sendiri amat rendah sehingga meninggalkan bangsa ini jauh kebelakang dalam seala aspek. Bangsa melayu masih tercari cari acuan terbaik bagi membentuk peribadi, keluarga dan masyarakat. Tugas sebagai seorang duta kerajaan dijalankan oleh Hang Tuah dengan jayanya sehingga mengangkat maruah dan martabat kerajaan Melaka di mata dunia. Kebijaksanaan Hang Tuah memperdayakan orang orang Siam menjadikan jati diri Melayu yang dipegangnya dapat diserlahkan di peringkat antarabangsa. Hang Tuah tidak mudah tunduk dan terikut ikut dengan adat bangsa asing, tambahan pula jika sesuatu tindakan tersebut boleh mempamerkan kebodohan diri sendiri seperti mana adat merangkak semasa mengadap raja Siam. Ketika berada di negara Keling, Hang Tuah menunjukkan keperibadian Melayu yang bersopan santun dan berbudi bahasa sehingga mengagumkan ketua negara berkenaan. Sebenarnya apa yang lebih mengagumkan beliau adalah kepandaian Hang Tuah dalam menuturkan bahasa Keling. Perkara ini merangsang Kisna Rayan untuk mengetahui latar belakang Hang Tuah. Persoalannya adalah berkisar pada diri Hang Tuah iaitu sama ada tokoh ini mempunyai darah peranakan Keling . sehubungan dengan itu, Hang Tuah menegaskan bahawa Patik ini peranakan Melayu. Selanjutnya jati diri Hang Tuah diiktiraf oleh Kisna Rayan, yang melantik tokoh ini sebagai wakil kerajaan Keling ke negera China, sebagaimana yang dinyatakan dalam Hikayat Hang Tuah :Maka Kisna Rayan bertitah , Hai Bendahara, kita mengutuskan ke Benua China siapa dapat kita suruhkan? Maka sembah Bendahara, Daulat Tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia adapun daripada penglibatan patik, mengutuskan ke benua China itu pekerjaan besar kerana araja itu raja besar. Jikalau barang barang orang, jangankan bertemu raja itu dengan menterinya pun tiada dapat. Maka titah Kisna Rayan, Hai Laksamana dapatkah kita suruhkan ke benua China itu.

Pengiktirafan terhadap Hang Tuah bagi mengunjungi sebuah kerajaan besar seperti China membuktikan bahawa tokoh Melayu itu bertaraf antarabangsa. Semasa berada di China Hang Tuah mempamerkan banyak kecemerlangan dalam menjalankan tugasnya sebagai diplomat di saming memperlihatkan kebijaksanaannya. Hang Tuah menggunakan alasan bahawa semua orang Keling yang menjadi pengiringnya tidak boleh makan daging dan ikan. Oleh itu, mereka hanya makan sayur kangkung anpa dipotong dan dikerat. Sehubungan itu, Hang Tuah berjaya melihat wajah maharaja China yang duduk dalam mulut naga bersisisk emas. Jelasnya dengan jati diri Melayu yang dimiliki dan dipamerkan oleh Hang Tuah, beliau daooat neletakkan kedudukan bangsa Melayu yang lebih tinggi daripada bangsa bangsa lain. Melalui jati diri Hang Tuah dalam memperlihatkan kesungguhannya menuntut ilmu bahasa, ilmu pahlawanan dan ilmu agama menjadikan tokoh ini berjaya dengan tugasnya sebagai diplomat. Penampilan sedemikian melambangkan jati idiri Melayu yang mampu dihormati dan dikagumi oleh kuasa besar dunia ketika itu seperti Kerajaan China, Majapahit dan Rom. Perkara ini antara kain menjelaskan kemampuan bangsa Melayu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa bangsa lain di dunia ini. Hanaya menerusi keyakinan diri, persatuan yang teguh dan tradisi ilmu yang unggul dapat menjadikan cita cita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu menjadi kenyataan. Menerusi penelitian Hikayat Hang Tuah ternyata memiliki jati diri sebagai bangsa Melayu yang terpuji. Sesungguhnya peribadi dan akhlak yang terpuji dimiliki oleh Hang Tuah diharapkan dapat diteladani dan dicontohi oleh generasi sekarang. Jati diri Melayu ini mencakupi sudut kepahlawanan, keimuan , peribadi dan akhlak yang mulia. Tegasnya Hang Tuah mampu menempatkan dirinya sebagai seorang manusia Mleayu yang bertaraf dunia dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Keunggulan Hang Tuah bukan setakat hebat di medan perang tetapi lebih menyerlah sebagai seorang yang bijak dan fasih berkata kata semasa membuat hubungan diplomatik. Kemuliaan dan ketinggian martabat sesebuah negara banyak bergantung pada komitmen dan kejayaan mengatur tugas diplomatik. Hang Tuah merupakan teladan wira bangsa Melayu. Kepadanya digantungkan cita cita, harapan dan sebagai pencetus semangat kebangsaan Melayu. Krisis moral yang dihadapi oleh masyarakat Melayu Malaysia [ada masa kini adalah krisis jati diri. Ini kerana mereka tidak mengenal jati diri bangsa yang sebenarnya dan tiadanya kesinambungan warisan nilai murni antara generasi dengan generasi berikutnya. Hasil yang dikutip adalah gejala gejala negatif yang melemahkan tamadun bangsa seperti kemerosotan akhlak dan hilangnya semangat cintakan negara. Inilah barah yang menajdi wabak hasil daripada sifat individualistik untuk berlumba lumba mengejar kemewahan yang diiktidarkan sebagai kemajuan diri dan bangsa. Krisis jati diri dapat disembuhkan menerusi pemaparan warisan jati diri Melayu yang sebenar. Pencitraan watak Hang Tuahn menerusi Hikayat Hang Tuah lebih cenderung memaparkan keteguhan dan kekuatan bangsa Melayu menerusi jati dirinya. Oleh itu, dalam bahagian akhir Hikayat Hang Tuah dinyatakan kata orang bahawa Hang Tuah tidak mati dan kenyataan ini sejajar dengan ungkapan Takkan Melayu hilang di dunia. Tegasnya kenyataan ini menunjukkan bangsa Melayu tidak akan ketinggalan atau tercicir dalam menghadapi arus globalisasi dunia ketika ini. Sekiranya orang Melayu masih berkeyakinan serta berpegang teguh dengan jati diri melayu Islam, mereka akan menyerlah setanding dengan bangsa lain di dunia ini.