hikayat muhammad ali hanafiah

3
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah menceritakan perihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam , iaitu Muhammad Ali Hanafiah, pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam . Terdapat 2 manuskrip Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, iaitu:- Manuskrip "A": Cambridge University Library Ll.6.5. yang mengandungi perca dari teks keseluruhan. Tarikh ditulis sekitar 1580, pastinya sebelum 1624. Ia dipercayai didapati oleh Peter Floris di Aceh sekitar 1604 dari koleksi Erpenius yang didapati oleh Cambridge pada 1632. Manuskrip "B": Cambridge University Library Ll.6.5. yang mengandungi tek lengkap, bertarikh sebelum 1682. Didapati oleh William Mainstone pada tahun 1682, di Bantam, Jawa. Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang disebut dalam Sejarah Melayu , semasa pertahanan Melaka dari serangan Portugis , hikayat ini dikatakan telah diminta dari Sultan Melaka untuk dibacakan bagi menaikkan semangat pahlawan Melayu. Oleh itu ia jelas menunjukkan kehadirannya sebelum 1511 lagi. Dalam versi bercetak edisi 1987 terdapat 245,273 perkataan di dalamnya. Kisah pada malam sesudah Feringgi melancarkan serangannya yang pertama ke atas Melaka, seperti yang tersebut di bawah ini Maka Sultan ahmad pun menghimpunkan orang, dan suruh berhadir senjata. Maka hari pun malamlah, maka segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu dibalai rong. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, Apa kita buat bertunggu dibalai rong diam-diam sahaja? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya. Maka kata Tun Muhammad Onta, benar kata tuan-tuan itu, baiklah Tun Indera Sagara pergi memohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah , sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya. Kerana Feringgi akan melanggar esok hari. Maka Tun Indera Sagara pun masuk mengadap Sultan Ahmad. Maka segala sembah orang itu semuanya dipersembahkannya kebawah duli Sultan Ahmad. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahi Hikayat Amir Hamzah , maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, katakan kepada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti Muhammad Amir Hamzah pun padalah

Upload: malarvilee-elamkhovan

Post on 18-Jan-2016

282 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah menceritakan perihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu Muhammad Ali Hanafiah, pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam.

Terdapat 2 manuskrip Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, iaitu:-

Manuskrip "A": Cambridge University Library Ll.6.5. yang mengandungi perca dari teks keseluruhan. Tarikh ditulis sekitar 1580, pastinya sebelum 1624. Ia dipercayai didapati oleh Peter Floris di Aceh sekitar 1604 dari koleksi Erpenius yang didapati oleh Cambridge pada 1632.

Manuskrip "B": Cambridge University Library Ll.6.5. yang mengandungi tek lengkap, bertarikh sebelum 1682. Didapati oleh William Mainstone pada tahun 1682, di Bantam, Jawa.

Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang disebut dalam Sejarah Melayu, semasa pertahanan Melaka dari serangan Portugis, hikayat ini dikatakan telah diminta dari Sultan Melaka untuk dibacakan bagi menaikkan semangat pahlawan Melayu. Oleh itu ia jelas menunjukkan kehadirannya sebelum 1511 lagi. Dalam versi bercetak edisi 1987 terdapat 245,273 perkataan di dalamnya.

Kisah pada malam sesudah Feringgi melancarkan serangannya yang pertama ke atas Melaka, seperti yang tersebut di bawah ini Maka Sultan ahmad pun menghimpunkan orang, dan suruh berhadir senjata. Maka hari pun malamlah, maka segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu dibalai rong. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, Apa kita buat bertunggu dibalai rong diam-diam sahaja? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya. Maka kata Tun Muhammad Onta, benar kata tuan-tuan itu, baiklah Tun Indera Sagara pergi memohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya. Kerana Feringgi akan melanggar esok hari. Maka Tun Indera Sagara pun masuk mengadap Sultan Ahmad. Maka segala sembah orang itu semuanya dipersembahkannya kebawah duli Sultan Ahmad. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahi Hikayat Amir Hamzah, maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, katakan kepada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti Muhammad Amir Hamzah pun padalah maka kita beri Hikayat Hamzah. Maka Tun Indera Sagara pun keluarlah membawa Hikayat Hamzah, maka segala titah Sultan Ahmad itu semuanya disampaikannya pada segala anak tuan-tuan itu, maka semuanya diam, tiada menyahut. Maka kata Tun Isap pada Tun Indera Sagara, persembahkan ke bawah duli yang dipertuan, seperti Muhammad Hanafiah, patik-patik itu adalah seperti hulubalang berani. Maka oleh Tun Indera Sagara segala kata Tun Isap itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad, maka baginda pun tersenyum maka titah Sultan Ahmad, benar katanya itu. Maka dianugerahi pula Hikayat Muhammad Hanafiah.

Page 2: Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan pengaruhnya terhadap masyarakat Melayu

Hikayat Muhammad Ali Hanafyah (HMAH) merupakan salah sebuah karya yang disebut di dalam Sulatus Salatin. Persoalannya di sini, mengapakah dalam Sulatus Salatin, Sultan Melaka menitahkan agar pembesar Melaka memperdengarkan kepada rakyat Melaka yang pada masa sama terpaksa berhadapan dengan tentera Feringgi yang diketuai oleh Alfonso. HMAH merupakan sebuah karya timur tengah yang ditulis bertujuan untuk mengambarkan tentang kekuatan, kekuasaan, kepahlawanan keturunan dari Nabi Muhammad S.A.W. Kisahnya bermula dengan perlantikan baginda sebagai seorang rasul dan nabi bagi umat akhir zaman serta kehidupan yang dilaluinya sehingga beliau wafat. sebelum kewafatan baginda, baginda amat menyayangi cucunya iatu Hassan dan Hussin. Jibrail membawa satu perkhabaran peristiwa yang akan berlaku selepas kewafatan baginda, berkaiatan dengan masalah yang dihadapi oleh umat Islam, perebutan jawatan khalifah yang bermula dengan perlantikan Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali. Selepas kematian Ali, yang di bunuh dan penglibatan Aisyah dalam peperangan Sifin dan Muawiyah salah seorang sahabat nabi telah dilantik sebagai salah seorang khalifah Islam. Setelah kemangkatan Muawiyah, Yazid mengantikan bapanya sebagai Khalifah. Pemerintahan Yazid penuh dengan kekejaman dan pelanggaran hukum Islam. semasa pemerintahannya jugalah berlakunya peristiwa Karbala dan penangkapan keturunan Rasullulah dan mereka ini dipenjarakan. Pemenjaraan cicit kesayangan baginda telah sampai kepada saudara mara baginda seperti Muhammad Ali Hanafiah. Muhammad Ali Hanafiah apabila mendengar peristiwa yang berlaku terhadap Ali Akhbar anak Hussin, meratap kesedihan dan berikrar akan melepaskan anak saudaranya dari tawanan Yazid. Muhammad Ali Hanafiah bersama-sama dengan saudaranya telah mengambil masa selama 25 tahun untuk menentang Yazid dan penasihatnya Marwan Hakim sehinggalah Yazid dapat ditumpaskan. Persoalan disini bagaimanakah HMAH ini begitu berpengaruh sehingga Sultan Melaka mengarahkan ia diperdengarkan kepada rakyatnya. Apakah kelebihan karya ini sehingga ia menjadi pilihan utama Sultan Melaka pada masa itu?