hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin dan … · keselamatan dengan disiplin kerja dan...
TRANSCRIPT
HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN DAN
STRES KERJA DALAM KALANGAN PEKERJA INDUSTRI
NOR HAYATIE BINTI ABDUL HALIM
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JUN 2015
v
ABSTRAK
Keselamatan di kawasan kediaman juga merupakan elemen penting dalam menjamin
kesejahteraan penduduk di perumahan flat Taman Cendana. Terdapat beberapa
masalah keselamatan yang berlaku iaitu dari segi keselamatan individu, keselamatan
harta benda dan keselamatan struktur bangunan. Majoriti penduduk di perumahan
flat itu adalah terdiri daripada pekerja-pekerja industri. Oleh itu, kajian ini dijalankan
untuk mengenalpasti tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu,
keselamatan harta benda dan keselamatan struktur bangunan dalam kalangan pekerja
industri serta mengenalpasti disiplin kerja dan tahap stres dalam kalangan pekerja
industri. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti hubungan antara tahap
keselamatan dengan disiplin kerja dan tahap stres penduduk yang bekerja di industri.
Responden yang terpilih terdiri daripada 113 orang penduduk perumahan Taman
Cendana yang bekerja di industri. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan
instrumen analisis borang soal selidik. Data yang dikumpulkan dan dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package of Sosial Science (SPSS) versi 20.0. Data
yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan statistik deskriptif iaitu pengiraan
min, peratusan dan Ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
tahap keselamtan penduduk di perumahan flat adalah rendah. Dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa tahap stres penduduk adalah rendah dan tahap disiplin kerja
pula adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat permasalahan yang besar
terhadap tahap keselamatan pekerja industri di perumahan flat ini. Kajian ini juga
dapat memberi pengetahuan kepada penduduk bahawa pekerja industri mengalami
tahap stres yang tinggi berikutan kepada beban tugas yang berat.
vi
ABSTRACT
The safety in the residential areas is the most important elements to ensure the well-
being of the residents at Taman Cendana. There are some safety issues that happened
in the residential area such as individual safety, safety of property and safety of
building structures. The majority of residents in the flat residential areas are
industrial workers and the safety issues had affected their discipline of work and
level of stress among the industrial workers. Therefore, this study was conducted to
determine the level of security in terms of individual safety, safety of property and
safety of building structures among the industrial workers and to identify the
discipline of work and stress level among the industrial workers. This study is also to
identify the relationship between the level of safety with the discipline of work and
stress levels among the industrial workers. The selected respondents consisted of 113
residents of Taman Cendana who work in the industry area. The study was
conducted by using the analysis of questionnaire. The data was collected and
analyzed by the Statistical Package of Sosial Science (SPSS) software version 20.0.
The data obtained from the questionnaire was using the descriptive statistical
calculations of mean score, percentages and Pearson Correlation test. The findings
showed that the level of safety of residents in the residential flats is low. The findings
also show that the stress levels low and the discipline of work is high. This showed
that there are no major problems with the the level of safety of industrial workers in
this flat residential areas. As a conclusion, this study can also provide knowledge to the
residents that industrial workers are experiencing with high levels of stress due to a
heavy workload.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Kepentingan Kajian 12
1.9.1 Pemaju Perumahan Flat 12
1.9.2 Majlis Bandaraya Pasir Gudang 12
1.9.3 Ahli Jawatankuasa Perumahan Flat Taman Cendana 13
1.9.4 Pekerja Industri Perumahan Taman Cendana 14
viii
1.10 Kerangka Konseptual Kajian 13
1.11 Definisi Operasional dan Istilah 15
1.11.1 Stres Kerja 15
1.11.2 Perumahan Flat Taman Cendana 15
1.11.3 Keselamatan 16
1.11.4 Disiplin Kerja 16
1.12 Rumusan 16
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Perumahan Flat 18
2.3 Keselamatan 19
2.3.1 Keselamatan Individu 21
2.3.2 Keselamatan Harta Benda 22
2.3.3 Keselamatan Struktur Bangunan 24
2.4 Stres 26
2.5 Penilaian Stres Mengikut Gejala Stres 27
2.6 Gejala-Gejala Stres 28
2.7 Disiplin Kerja 29
2.8 Pekerja Industri 31
2.9 Kajian-kajian berkaitan dengan keselamatan dan stres 32
2.10 Rumusan 33
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 34
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka bentuk Kajian 35
3.3 Populasi dan Persampelan Kajian 35
3.4 Sumber Data 36
3.5 Prosedur Kajian 37
3.6 Instrumen Kajian 39
3.6.1 Pembangunan Borang Soal Selidik 39
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 40
3.7.1 Kesahan 40
ix
3.7.2 Kebolehpercayaan 41
3.8 Kajian Rintis 42
3.9 Kaedah Analisis Data 43
3.9.1 Skor Min 44
3.9.2 Ujian Taburan Normal (Normaliti) 45
3.9.3 Korelasi 49
3.10 Rumusan 50
BAB 4 ANALISIS DATA 51
4.1 Pengenalan 51
4.2 Dapatan Kajian Bahagian A 52
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 52
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kenderaan 52
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 53
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempoh Menetap 53
4.3 Persoalan 1 : Apakah tahap keselamatan dalam aspek
keselamatan individu dalam kalangan pekerja industri?
54
4.4 Persoalan 2 : Apakah tahap keselamatan dalam aspek
keselamatan harta benda dalam kalangan pekerja
industri?
55
4.5 Persoalan 3 : Apakah tahap keselamatan dalam aspek
keselamatan struktur bangunan dalam kalangan pekerja
industri?
57
4.6 Persoalan 4 : Apakah tahap stres dalam kalangan pekerja
industri?
58
4.7 Persoalan 5 : Apakah tahap disiplin kerja dalam kalangan
pekerja industri?
61
4.8 Persoalan 6 : Adakah terdapat hubungan antara tahap
keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan
tahap stres dalam kalangan pekerja industri?
62
4.9 Persoalan 7 : Adakah terdapat hubungan antara tahap
keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda
dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?
63
x
4.10 Persoalan 8 : Adakah terdapat hubungan antara tahap
keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan
dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?
64
4.11 Persoalan 9 : Adakah terdapat hubungan antara tahap
keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan
tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?
65
4.12 Persoalan 10 : Adakah terdapat hubungan antara tahap
keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda
dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja
industri?
66
4.13 Persoalan 11 : Adakah terdapat hubungan antara tahap
keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan
dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja
industri?
67
4.14 Rumusan 68
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 69
5.1 Pendahuluan 69
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 69
5.2.1 Persoalan 1 : Apakah tahap keselamatan dalam
aspek keselamatan individu dalam kalangan pekerja
industri?
70
5.2.2 Persoalan 2 : Apakah tahap keselamatan dalam
aspek keselamatan harta benda dalam kalangan
pekerja industri?
71
5.2.3 Persoalan 3 : Apakah tahap keselamatan dalam
aspek keselamatan struktur bangunan dalam
kalangan pekerja industri?
72
5.2.4 Persoalan 4 : Apakah tahap stres dalam kalangan
pekerja industri?
72
5.2.5 Persoalan 5 : Apakah tahap disiplin kerja dalam
kalangan pekerja industri?
73
5.2.6 Persoalan 6 : Adakah terdapat hubungan antara 73
xi
tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
individu dengan tahap stres dalam kalangan pekerja
industri?
5.2.7 Persoalan 7 : Adakah terdapat hubungan antara
tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta
benda dengan tahap stres dalam kalangan pekerja
industri?
74
5.2.8 Persoalan 8 : Adakah terdapat hubungan antara
tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
struktur bangunan dengan tahap stres dalam
kalangan pekerja industri?
75
5.2.9 Persoalan 9 : Adakah terdapat hubungan antara
tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
individu dengan tahap disiplin kerja dalam
kalangan pekerja industri?
75
5.2.10 Persoalan 10 : Adakah terdapat hubungan antara
tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta
benda dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan
pekerja industri?
76
5.2.11 Persoalan 11 : Adakah terdapat hubungan antara
tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja
dalam kalangan pekerja industri?
77
5.3 Kesimpulan 77
5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 78
5.5 Penutup 79
RUJUKAN 80
LAMPIRAN 87
xii
SENARAI JADUAL
2.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) 21
2.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) dalam kajian
Macintyre et al.,(2002)
23
2.3 Jenayah harta benda yang dilaporkan kepada polis mengikut
jenis, Malaysia, 1999 – 2004
22
3.1 Pemarkahan item mengikut skala Likert (Konting,2004) 39
3.2 Pembahagian item dalam soal selidik 40
3.3 Jadual Nilai Alpha Cronbach 42
3.4 Nilai Alpha Cronbach 43
3.5 Ringkasan kaedah analisis yang digunakan terhadap persoalan
kajian
44
3.6 Tahap Penentuan Skor Min Kajian 45
3.7 Jadual Korelasi 46
3.8 Kekuatan nilai pekali korelasi 50
4.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 52
4.2 Analisis Responden Mengikut Kenderaan 53
4.3 Analisis Responden Mengikut Bangsa 53
4.4 Analisis Responden Mengikut Tempoh Menetap 54
4.5 Dapatan Kajian Aspek Keselamatan Individu 54
4.6 Dapatan Kajian dalam Aspek Keselamatan Harta Benda 56
4.7 Dapatan Kajian dalam Aspek Keselamatan Struktur Bangunan 57
4.8 Dapatan Kajian tahap stres dalam kalangan pekerja industri. 58
4.9 Dapatan Kajian tahap disiplin dalam kalangan pekerja industri. 61
4.10 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
individu dengan tahap stres
63
4.11 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan 63
xiii
harta benda dengan tahap stres
4.12 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
struktur bangunan dengan tahap stres
64
4.13 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
individu dengan tahap disiplin kerja
65
4.14 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
harta benda dengan tahap disiplin kerja
66
4.15 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja
67
xiv
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka Konseptual Kajian 14
2.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) 20
3.1 Prosedur Kajian 38
3.2 Perbandingan data yang normal dan tidak normal 45
3.3 Graf Histogram Data Kajian Aspek Keselamatan Individu 47
3.4 Graf Histogram Data Kajian Aspek Keselamatan Harta Benda 47
3.5 Graf Histogram Data Kajian Aspek Keselamatan Struktur
Bangunan
48
3.6 Graf Histogram Data Kajian Disiplin Kerja 48
3.7 Graf Histogram Data Kajian Stres 49
xv
SENARAI SINGKATAN
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
DEB - Dasar Ekonomi Baru
DRN - Dasar Perumahan Negara
KPKT - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
PAKR - Perumahan Awam Kos Rendah
PRMM - Perumahan Rakyat Mampu Milik
xvi
SENARAI LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik 87
B Borang Pengesahan Soal Selidik 96
C Kajian Rintis 107
D Kajian Sebenar 109
E Krejcie dan Morga 121
F Carta Gant 124
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
Keselamatan di kawasan kediaman juga merupakan elemen penting dalam
menjamin kesejahteraan penduduk. Menurut Abdullah (2011), keselamatan
bermaksud sesuatu keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana
atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan manakala dari
konteks keselamatan bangunan pula, ia merangkumi rumah yang selamat dari segi
rekabentuk, jiran tetangga yang terjamin dan persekitaran dalaman yang teratur. Ia
juga mencakupi rumah yang berkemampuan untuk menyediakan peluang
bersendirian, bersosialisasi dan privasi serta terletak dalam lingkungan masyarakat
dan tidak tersisih agar isirumah boleh berfungsi dalam institusi masyarakat (Sukimin,
2008). Selain itu, bangunan selamat juga bermaksud pembinaan persekitaran yang
melindungi penghuninya secara menyeluruh dari segi fizikal atau psikologi yang
bertujuan untuk mengurangkan kadar kecederaan dan kematian (Yau et al., 2008).
Perumahan flat atau blok bangunan flat juga dikenali sebagai rumah
bertingkat. Rumah bertingkat merupakan rumah yang dibina pada suatu tanah
tertentu dengan bilik yang berlapis secara menegak. Secara kasar boleh dikatakan
atau ditafsirkan dengan menumpukan rumah di atas rumah yang lain (Sardjono,
2007). Selain itu, rumah adalah sebagai bangunan untuk kediaman manusia. Seperti
yang kita semua tahu, rumah merupakan perkara asas yang diperlukan oleh setiap
individu. Menurut Mokhtar (2008), sesebuah rumah boleh ditakrifkan sebagai
2
pembangunan fizikal yangmemberi tempat berlindung atau tempat berteduh bagi
penggunanya.
Perumahan juga berkait rapat dengan sosio ekonomi, politik,kejiranan dan
persekitaran (Bourne, 1981). Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), satu keluarga perlu
memiliki sebuah rumah. Selain itu, dalam strategi pembangunan Rancangan
Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) adalah dimana memastikan kesejahteraan rakyat
dipertingkatkan dengan peningkatan kualiti kehidupan di kawasan perumahan
terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah. Oleh itu, pihak Kerajaan
Persekutuan menyalurkan pinjaman kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan
program perumahan kos rendah. Kerajaan telah menggariskan dasar untuk
menyediakan kediaman yang sesuai, mampu dimiliki dan berkualiti kepada rakyat
bagi semua tingkat pendapatan terutamanya golongan berpendapatan rendah (Dasar
Perumahan Negara, 2013). Perumahan sempurna akan memberi kesan positif
manakala perumahan yang tidak sempurna akan memberi kesan yang negatif kepada
kehidupan, kerana perumahan merupakan faktor penting yang menyumbang kepada
kesejahteraan hidup secara keseluruhannya (Vera-Toscano dan Esperanza ,2008).
Stres merupakan suatu perkara biasa yang perlu di hadapi oleh setiap individu
tidak kira tua atau muda. Walaubagaimanapun, individu sebegini perlu bijak dalam
menangani masalah stres ini supaya ia tidak membawa kepada kesan yang negatif,
contohnya seperti bunuh diri dan kemurungan. Stres atau tekanan berasal daripada
perkataaan Greek yang bermaksud stringere yang membawa maksud ‘ketat’ atau
‘tegang’. Selain itu, Musa (2003) ada menyatakan bahawa stres merupakan satu
gangguan emosi atau ancaman perasaan. Ini kerana stres yang tidak diatasi dengan
baik akan mendorong kepada perkara yang tidak diingini.
Menurut Jamsiah et al., (2010) menyatakan bahawa stres juga boleh
membawa kepada kesan yang berbeza terhadap individu, keluarga dan masyarakat
iaitu kesan positif dan juga kesan yang negatif kepada individu. Kesan positif adalah
apabila seseorang itu lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu tugasan dan
seterusnya dapat meningkatkan produktiviti dan lebih bijak mengendalikan stres
pada masa hadapan. Dari segi kesan negatif pula menyebabkan individu berdepan
dengan kebimbangan, kemurungan, tahap kesihatan yang tidak baik, dan perubahan
sikap individu. Oleh itu, stres boleh berlaku di kalangan penduduk perumahan juga
boleh berlaku sama ada tekanan terhadap masalah sosial, jiran tetangga atau kawasan
sekitar.
3
Walaubagaimanapun, stres terhadap keselamatan juga mendorong kepada
disiplin kerja penduduk di tempat kerja. Disiplin memainkan peranan penting dalam
meningkatkan sahsiah seseorang. Waji (2009) menyatakan bahawa disiplin berasal
dari bahasa latin Discere yang bermaksud belajar. Perkataan ini menimbulkan
perkataan Disciplina yang bermaksud pengajaran atau pelatihan. Menurut
Heidjrachman dan Husnan (2002) menyatakan bahawa disiplin adalah seorang atau
sekelompok yang patuh terhadap perintah dan berinisiatif untuk melakukan suatu
tindakan yang diperlukan. Disiplin adalah berkaitan dengan tatatertib, tatasusila,
kesopanan dan akhlak (Yahaya et al., 2007). Selain itu, Dr. James Ang Jit Eng
(2011) menyatakan disiplin adalah bentuk kawalan sosial yang mewujudkan suasana
tenteram dan baik dalam masyarakat mahupun di sekolah. Kerja atau kerjaya pula
membawa maksud setiap usaha (dibayar atau tidak dibayar) yang kita tunaikan untuk
membuat dunia menjadi tempat yang lebih baik, makin mendekati cara Allah
mengupayakan segala sesuatu (Widyamartaya, 2001). Menurut Landy dan Conte
(2004) pula, pekerjaan amat penting bagi manusia dewasa.
Kebiasaannya terdapat ramai pekerja industri atau pekerja swasta yang
menetap di perumahan flat jika dibandingkan dengan penduduk yang bekerja
kerajaan. Ini dapat dibuktikan dalam kajian Embong et al., (2011) yang menyatakan
bahawa perumahan kos rendah di Kuala Lumpur adalah terdiri daripada buruh
kilang, pengawal keselamatan, kerani, pengendali mesin cetak, pemandu lori dan
lain- lain lagi. Selain itu, Menurut Ismail (2000) menjelaskan bahawa dalam mana-
mana organisasi, baik organisasi awam atau swasta, golongan pekerja yang kerap
mengalami stres dan sering terdedah dengan punca-punca stres ialah golongan
pekerja yang bekerja di peringkat bawahan seperti pekerja di industri. Mereka yang
berada di posisi ini adalah golongan pekerja yang sentiasa terikat dengan kerja yang
memerlukan komitmen dan tumpuan.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Di Malaysia, terdapat banyak pembinaan rumah kos rendah telah dijalankan
bagi memenuhi keperluan masyarakat yang pelbagai. Menurut kenyataan Timbalan
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin
dalam perutusan Dasar Perumahan Negara (2013) menyatakan bahawa 1Malaysia:
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, adalah menjadi harapan kerajaan
membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang mampu untuk memiliki
tempat tinggal yang selesa.Ini selari dengan peningkatan pembinaan rumah kos
rendah dalam membantu masyarakat memiliki atau menyewa rumah yang lebih
selesa dan berkualiti.Ini dapat dibuktikan oleh Abdul Air (2005) yang menyatakan
bahawa kualiti perumahan sebagaimana yang disebutkan dalam Doktrin Perancangan
dan Pembangunan Sejagat seharusnya selesa, mesra, indah, berkualiti dan beridentiti,
mencukupi dan mampu dimiliki, bersih dan harmoni, lengkap dan selamat.
Di Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah
menggariskan empat aspek utama berkenaan piawaian dalam memenuhi keperluan
konsep perumahan yang sebenar iaitu menjamin keselamatan individu dan harta
benda; kemudahan prasarana; kesihatan fizikal dan mental; serta kesihatan
masyarakat (Yusof, 2012). Kawasan perumahan, blok bangunan flat dan rumah teres
adalah dikategorikan sebagai rumah kos rendah.Pada masa kini, terdapat banyak isu
permasalahan rumah kos rendah yang dihadapi oleh penduduk. Blok bangunan flat
adalah antara rumah kos rendah yang kerap berlaku masalah.Antara masalah yang
dihadapi adalah yang berkaitan dengan keselesaan, kebersihan,dan keselamatan
perumahan flat.
Pemaju perumahan perlu menitikberatkan keselesaan penduduk dari segi
kualiti pembinaan bangunan, keselesaan rekabentuk dan persekitaran.Aspek-aspek
ini harus diambil kira supaya pembangunan rumah kos rendah akan lebih berkesan
dan efisyen (Alias, 2010). Walaubagaimanapun, menurut Mohd Jan (2010),
keselesaan yang dialami oleh penghuni di perumahan kos rendah adalah rendah. Ini
kerana saiz rumah yang kecil biasanya didiami oleh bilangan keluarga yang besar. Ini
selari dengan Yusof (2012) yang menyatakan bahawa perumahan sempurna akan
memberi kesan positif manakala perumahan yang tidak sempurna akan memberi
5
kesan yang negatif kepada kehidupan, kerana perumahan merupakan faktor penting
yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup secara keseluruhannya.
Menurut Dasar Alam Sekitar Negara yang digubal dan dikuatkuasakan adalah
untuk memelihara dan melindungi alam sekitar supaya sentiasa dalam keadaan
bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan
(Portal Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,). Ini
menunjukkan bahawa setiap individu perlu menjaga kebersihan alam sekitar supaya
dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Walaubagaimanapun, bagi penduduk
perumahan flat pula, terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab
dalam menjaga kebersihan kawasan mereka kerana kebanyakan penghuni-penghuni
blok bangunan flat berhadapan dengan masalah kebersihan iaitu kebersihan dari segi
perparitan, perpaipan dan kebersihan sampah sarap. Menurut Abdullah (2010)
menyatakan bahawa banyak penyakit adalah berpunca daripada alam sekitar yang
tercemar. Ini jelas menunjukkan bahawa kawasan sekeliling yang tidak bersih akan
mendorong kepada penyakit yang merbahaya.
Pada masa kini, terdapat banyak kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak
sebagai mangsa.Contohnya seperti kes penculikan kanak-kanak. Keratan akhbar
Bernama.com bertarikh pada 24 Disember 2011 ada melaporkan bahawa terdapat
seorang wanita ditahan reman kerana disyaki suspek dalam kes penculikan dan
penderaan dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika sedang bermain di
kawasan rumah di flat Jalan Padang Tembak, Air Itam. Ini jelas membuktikan
bahawa kanak-kanak yang bermain di kawasan perumahan flat mempunyai
kemungkinan yang besar untuk berhadapan dengan penjenayah.
Sejak tahun 1970-an kes jenayah keganasan dan harta benda telah menghiasi
dada-dada akhbar, media elektronik dan menjadi bualan masyarakat. ( Mustaffa,
2007). Keselamatan harta benda ini perlu dititikberatkan kerana ia melibatkan
kerugian yang banyak. Melalui keratan artikel daripada Tranung Kita Online ada
menyatakan beberapa aduan atau luahan penduduk di kawasan perumahan flat
dimana mereka berdepan dengan kes kecurian yang kerap berlaku di kawasan
mereka. Walaubagaimanapun, masalah keselamatan harta benda ini boleh
dikurangkan melalui rukun tetangga, rondaan oleh penduduk sendiri dan aktiviti
gotong royong. Menurut Zainudin dan Abdul Malek (2010), kepentingan aspek
keselamatan ini juga sebenarnya telah diberi penekanan sebelumnya oleh Maslow
(1954) yang telah meletakkannya sebagai ukuran kedua selepas keperluan fisiologi
6
sebagai syarat untuk mencapai kualiti hidup yang baik. Ini menunjukkan bahawa
aspek keselamatan penting dalam menentukan kualiti hidup mereka.
Seterusnya adalah berkaitan dengan keselamatan infrastuktur bangunan
dimana menurut Yau et al., (2008) menyatakan bahawa “Bangunan Selamat”
bermaksud pembinaan persekitaran yang melindungi penghuninya secara
menyeluruh dari segi fizikal atau psikologi yang bertujuan untuk mengurangkan
kadar kecederaan dan kematian. Oleh itu, ia dapat menggalakan perkembangan
positif daripada penduduk. Ini menunjukkan bahawa keselamatan struktur bangunan
yang tidak baik akan mewujudkan kebimbangan dalam kalangan penduduk flat.
Menurut keratan artikel daripada Jaringan Rakyat Tertindas ada menyatakan bahawa
Penduduk Flat Taman Permata berdepan dengan beberapa masalah iaitu bangunan
retak, lubang di bawah blok, gas paip, sistem perparitan, kebersihan dan sistem
kumbahan. Ini menunjukkan dimana penduduk di flat ini berdepan dengan masalah
keselamatan struktur bangunan yang tidak baik sehingga menimbulkan
ketidakselesaan penduduk. Dalam keratan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 15
Januari 2001 melaporkan bahawa gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA) telah meminta Kementerian Tempatan supaya mengkaji semula reka
bentuk dan meningkatkan ciri-ciri keselamatan rumah kediaman terutamanya jenis
flat pangsapuri. Ini adalah penting untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini
berlaku.
Masalah keselamatan yang berlaku di kawasan perumahan memberi kesan
terhadap disiplin kerja dalam kalangan penduduk. Menurut Zainuddin et al., (2008)
tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan setiap keluarga. Dalam kajian
Ismail et al., (2008) menyatakan bahawa pekerja bermasalah dalam kedatangan
kerja, tidak menepati masa, kesilapan ketika membuat kerja, tidak berada di tempat
kerja dan mengganggu pekerja lain. Dalam Conger et al., (2000) ada menjelaskan
tentang kesan tekanan dimana salah satu tekanan tersebut adalah kekurangan yang
terdapat di tempat kediaman mempengaruhi tahap stres sesebuah keluarga. Ini jelas
menunjukkan bahawa masalah keselamatan keluarga mempengaruhi tahap disiplin
penduduk di tempat kerja. Menurut Mustafa (2007) menjelaskan bahawa tekanan
berlebihan boleh menjejaskan prestasi kerja dan kesihatan.
Walaubagaimanapun, penduduk yang bekerja di industri menghadapi tahap
stres yang tinggi. Ini selari dengan Shivaram et. al.,( 2012) yang menjelaskan
bahawa pekerja-pekerja industri terdedah kepada tekanan dan ketegangan kerana
7
sifat kerja mereka yang sukar. Pekerja yang menghadapi stres akan mengalami
beberapa gejala. Gejala mental seperti berasa hilang kawalan, risau dan bimbang,
gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan, perubahan perasaan atau
fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan
kegelisahan. Stres yang disebabkan oleh pekerjaan akan menimbulkan masalah
seperti ponteng (Mustafa, 2007). Selain itu, mana-mana organisasi, baik organisasi
awam atau swasta, golongan pekerja yang kerap mengalami stres dan sering terdedah
dengan punca-punca stres ialah golongan pekerja yang bekerja di peringkat bawahan
seperti pekerja di industri (Ismail, 2000).
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap
keselamatan dalam aspek keselamatan individu, harta benda dan struktur bangunan
dengan disiplin kerja dan stres dalam kalangan pekerja industri.
1.3 Pernyataan Masalah
Isu penduduk di perumahan flat yang sering dihadapi adalah dari aspek
keselamatan individu, harta benda dan infrastuktur bangunan. Ini adalah selari
dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk perumahan di Taman Cendana.Dari
aspek keselamatan individu yang berkait rapat dengan keselamatan kanak-kanak
dimana kanak-kanak berhadapan dengan beberapa situasi contohnya kes penculikan
dan kemalangan jalan raya. Dalam akhbar Bernama.com bertarikh 24 Disember 2011
ada melaporkan tentang penculikan dan penderaan kanak-kanak yang berlaku di
kawasan perumahan flat. Kecuaian ibu bapa dengan tidak memantau pergerakan
anak – anak mereka akan mendorong anak-anak untuk mengikuti orang yang mereka
tidak kenali. Keselamatan individu juga melibatkan keselamatan penduduk setempat
yang melalui lorong yang gelap dan berisiko untuk berdepan dengan
penjenayah.Seterusnya dari aspek keselamatan harta benda, penduduk mengalami
masalah kecurian yang kerap berlaku lebih –lebih lagi pada musim perayaan dan
musim cuti persekolahan. Kamalruddin (2006) mendedahkan bahawa kebanyakan
kes jenayah yang melibatkan harta benda masih mengalami peningkatan kadar
walaupun Program Bandar Selamat telah dilaksanakan.
Kebiasaannya, penduduk mengalami kecurian pakaian, duit, kereta, dan
motosikal yang dilakukan oleh penduduk di kawasan itu sendiri yang berdepan
8
dengan masalah kemiskinan dan juga golongan muda yang tidak bermoral.Terdapat
juga penduduk yang berdepan dengan masalah dimana cermin kenderaan mereka
dipecahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Dalam statistik jenayah
harta benda (Polis Diraja Malaysia, 2005) menunjukkan bahawa kecurian kenderaan
merupakan jenayah harta benda tertinggi dilaporkan Oleh itu, penduduk terpaksa
menanggung kerugian yang banyak. Ini dapat dibuktikan oleh Mustaffa (2007)
menyatakan bahawa kes jenayah keganasan dan harta benda telah menghiasi dada-
dada akhbar, media elektronik dan menjadi bualan masyarakat. Selain itu, masalah
yang dihadapi dari aspek keselamatan struktur bangunan pula adalah dimana
penduduk terpaksa berdepan dengan masalah keretakan pada bangunan. Ini dapat
dibuktikan melalui keratan artikel daripada Jaringan Rakyat Tertindas ada
menyatakan bahawa Penduduk Flat Taman Permata berdepan dengan beberapa
masalah iaitu bangunan retak, lubang di bawah blok, gas paip, sistem perparitan,
kebersihan dan sistem kumbahan. Oleh yang demikian, masalah ini memerlukan
jangka masa yang panjang untuk diselesaikan kerana ia melibatkan sebuah bangunan
dan memerlukan kos yang tinggi.
Masalah-masalah keselamatan ini telah memberi kesan kepada pekerja
industri yang menetap di perumahan Taman Cendana ini iaitu dari segi disiplin kerja
mereka dimana mereka akan berdepan dengan pelbagai implikasi yang negatif dan
sekaligus disiplin kerja mereka menurun. Pekerja-pekerja industri terdedah kepada
tekanan dan ketegangan kerana sifat kerja mereka yang sukar (Shivaram et al.,
2012). Berdasarkan masalah yang dikaji di atas, pengkaji ingin mengkaji tahap
keselamatan penduduk dan hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin kerja
dan stres di kalangan pekerja industri di flat Taman Cendana. Justeru itu, tahap
keselamatan amat penting untuk dikaji untuk menjamin kesejahteraan dan keselesaan
penduduk.
9
1.4 Objektif Kajian
1) Mengenalpasti tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu,
keselamatan harta benda dan keselamatan struktur bangunan dalam kalangan
pekerja industri.
2) Mengenalpasti tahap stres dalam kalangan pekerja industri.
3) Mengenalpasti tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri.
4) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
individu dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.
5) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
harta benda dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.
6) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
struktur bangunan dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.
7) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
individu dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri.
8) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
harta benda dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri.
9) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan
struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja
industri.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, persoalan-persoalan yang ingin dikupas adalah :
1) Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dalam kalangan
pekerja industri?
2) Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dalam
kalangan pekerja industri?
3) Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan
dalam kalangan pekerja industri?
4) Apakah tahap stres dalam kalangan pekerja industri?
10
5) Apakah tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?
6) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek
keselamatan individu dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?
7) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek
keselamatan harta benda dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?
8) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek
keselamatan struktur bangunan dengan tahap stres dalam kalangan pekerja
industri?
9) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek
keselamatan individu dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja
industri?
10) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek
keselamatan harta benda dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja
industri?
11) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek
keselamatan struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan
pekerja industri?
1.6 Hipotesis Kajian
H0(1): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam
aspek keselamatan individu dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.
H0(2): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam
aspek keselamatan harta benda dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.
H0(3): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam
aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap stres dalam kalangan pekerja
industri.
H0(4): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam
aspek keselamatan individu dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja
industri.
11
H0(5): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam
aspek keselamatan harta benda dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja
industri.
H0(6): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam
aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan
pekerja industri.
1.7 Skop Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji telah memberi tumpuan kepada sebuah taman
perumahan yang melibatkan 49 buah blok bangunan yang terdiri dari 50 hingga 80
buah unit rumah pada setiap blok. dan dikenali sebagai Taman Cendana yang terletak
di Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.Ianya berkonsepkan Rumah Pangsa lima
tingkat. Penempatan ini terdapat 49 buah blok yang terdiri dari 50 hingga 80 buah
unit rumah pada setiap blok. Skop kajian adalah kepada penduduk yang
berkemahiran.
Taman Cendana ini telah disasarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008 menerusi
Projek Rakan Komuniti Khidmat Masyarakat UTHM 2014-2016 dengan menjadikan
Taman Cendana, Pasir Gudang, sebagai sebuah Taman Contoh. Antara elemen-
elemen penting yang akan diaplikasikan dalam projek ini adalah iaitu kelestarian, kos
yang rendah, dan kesan yang amat tinggi kepada masyarakat.Menurut laman
sesawang E-warga Sains @ UPM capaian pada 1 December 2014 menyatakan
bahawa MS ISO 9001:2008 bermaksud satu standard bertulis yang menjelaskan garis
panduan dan keperluan asas dalam satu sistem pengurusan kualiti.
Pemilihan Perumahan Taman Cendana ini adalah untuk mengkaji tentang
penduduk di kawasan ini dalam aspek keselamatan harta benda, struktur bangunan
dan individu .Pemilihan kawasan kajian ini adalah berdasarkan kepada beberapa
masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Cendana berkenaan dengan
keselamatan penduduk di perumahan . Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk
mengenalpasti kaitan tahap keselamatan dengan disiplin kerja dan stres dalam
kalangan pekerja industri.
12
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa batasan iaitu responden kajian ini hanyalah
untuk penduduk yang tinggal di kawasan perumahan flat Taman Cendana, Pasir
Gudang. Selain itu, terdapat segelintir penduduk yang tidak memberi kerjasama
semasa proses mendapatkan soal selidik daripada mereka. Terdapat juga penduduk
yang keluar bekerja dan rumah tidak berpenghuni. Walaubagaimanapun, bilangan
responden yang diperlukan mencukupi.
Hasil dapatan kajian ini adalah bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan
responden ketika menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, penyelidik
menganggap bahawa semua maklumat yang diberikan oleh responden adalah tepat.
1.9 Kepentingan Kajian
Kajian yang dilakukan ini, secara amnya dilihat dapat memberi manfaat serta
kepentingan kepada beberapa pihak yang terlibat iaitu :
1.9.1 Pemaju Perumahan Flat
Kajian ini memberi kepentingan kepada pemaju untuk memilih kontraktor yang lebih
berpengalaman dalam membina bangunan flat perumahan tersebut. Pemaju akan
lebih membuat penilaian yang terperinci dalam menentukan struktur bangunan
supaya lebih selamat dan sistematik.
1.9.2 Majlis Bandaraya Pasir Gudang
Kajian ini juga dapat memberi peluang kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang untuk
meningkatkan lagi perkhidmatan mereka penduduk Taman Cendana. Mereka juga
dapat mengetengahkan masalah penduduk yang berkaitan dengan perkhidmatan dan
pengurusan yang diberikan oleh majlis bandaraya. Contohnya seperti kawalan
bangunan, papan tanda dan iklan, pengurusan lalulintas, penyediaan kemudahan
13
awam, kawalan kebersihan bandaraya serta dapat mengawal pembinaan bangunan
dari segi struktur bangunan.
1.9.3 Ahli Jawatankuasa Perumahan Flat Taman Cendana
Kepentingan kajian ini kepada ahli jawatankuasa perumahan flat Taman Cendana
adalah dimana dapat memberi kemudahan kepada AJK untuk mengenalpasti
masalah-masalah keselamatan yang dihadapi oleh penduduk Taman Cendana.
Seterusnya memudahkan AJK mengambil tindakan terhadap masalah-masalah yang
dihadapi oleh penduduk Taman Cendana.
1.9.4 Pekerja Industri Perumahan Taman Cendana
Kajian ini dapat membantu penghuni perumahan flat Taman Cendana untuk
menjalani kehidupan seharian dengan selamat, tenang dan selesa tanpa menghadapi
masalah yang berkaitan dengan aspek keselamatan iaitu keselamatan harta benda,
keselamatan struktur bangunan dan keselamatan individu.Selain itu, kajian ini juga
dapat membantu masyarakat setempat meningkatkan lagi tanggungjawab mereka
dalam bersama-sama menjaga keselamatan di kawasan perumahan flat Taman
Cendana. Secara tidak langsung, kajian ini dapat mengurangkan stres penduduk serta
meningkatkan disiplin kerja mereka.
1.10 Kerangka Konseptual Kajian
Rajah 1.1 di bawah menunjukkan kerangka konseptual yang telah dibuat
berdasarkan kepada kajian-kajian yang terdahulu mengenai masalah yang dihadapi
oleh penduduk di perumahan flat serta stres di tempat kerja. Dalam kajian Zainuddin
(2010) membincangkan tentang isu keselamatan yang sering berlaku kepada
penduduk di perumahan flat.Aspek keselamatan ini menfokuskan kepada
keselamatan diri dan harta benda penduduk di kawasan perumahan dimana
peningkatan isu jenayah yang berleluasa.Selain itu, dalam kajian Ramli et al., (2013)
14
pula memfokuskan kepada faktor yang menyumbang kepada prestasi keselamatan
dan kesihatan perumahan kos rendah di Malaysia. Kajian ini juga ada
membincangkan tentang beberapa isu yang berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan bangunan yang banyak memudaratkan penduduk di perumahan kos rendah
tersebut. Ini menunjukkan keselamatan struktur bangunan penting untuk memastikan
kesejahteraan penduduk di kawasan perumahan. Dalam kajian Ismail et al., (2003)
membincangkan tentang jenis-jenis pekerja bermasalah iaitu prestasi kerja iaitu
masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas (contohnya kegagalan mencapai
sasaran kerja, berprestasi minimum dan tidak menepati masa), masalah sikap adalah
berkaitan dengan sikap negatif pekerja (contohnya tidak datang kerja tanpa sebab,
sikap tidak bertanggungjawab dan tidak mengikut arahan) dan disiplin serius adalah
kelakuan yang belum mencapai tahap kategori serius (contohnya tidur pada waktu
kerja, menipu dan kurang memberi kerjasama kepada ketua).
Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian
Diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian Ramli et al,(2013), Zainuddin (2010) dan
Ismail et al, (2003)
Dalam rajah 1.1 di atas menunjukkan bahawa input adalah merupakan responden
dimana responden kajian ini adalah penduduk di perumahan flat Taman Cendana.
Hasil kajian terdahulu iaitu kajian Ramli et al., (2013) dan Zainuddin (2010)
digunakan untuk mengenalpasti tahap keselamatan penduduk di perumahan flat
Pekerja Industri
perumahan flat
Taman Cendana
Aspek Keselamatan
Individu
Harta Benda
Struktur
Bangunan
Disiplin Kerja
Tahap Stres
Hubungan antara
tahap keselamatan
dengan disipin dan
stres kerja
15
Taman Cendana dari aspek keselamatan beserta dengan kajian tentang disiplin kerja
manakala output adalah hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin
kerjadan tahap stres di kalangan pekerja industri.
1.11 Definisi Operasional Dan Istilah
1.11.1 Stres Kerja
Stres bermaksud sebagai interaksi antara permintaan persekitaran dengan keupayaan
individu untuk menangani permintaan tersebut tanpa melebihi hadnya atau boleh
ditafsir sebagai kuasa luar atau desakan yang mempengaruhi fizikal individu
(Jamsiah M, Rosnah S dan Noor Hassim I ,2010). Stres juga boleh dimaksudkan
dengan suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang yang disebabkan oleh
sesuatu bebanan yang menimpanya.Stres perlu ditangani dengan baik supaya dapat
mendorong kepada kesan stres yang positif yang dipanggil “eustress” dan akan
mendorong kepada kesan yang negatif iaitu “distress” jika tidak ditangani dengan
baik.
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap stres dalam kalangan pekerja
industri serta hubungan antara tahap keselamatan dengan tahap stres.
1.11.2 Perumahan Flat Taman Cendana
Melalui Portal Jabatan Perangkaan Malaysia (2014) , perumahan flat adalah
bangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan.
Selain itu, perumahanini adalah lebih kurang sama dengan kondominium dan rumah
pangsa tetapi kemudahan dan saiz perumahan flat tidak sebesar unit kondominium.
Perumahan flat ini biasanya terletak di tengah-tengah bandar besar dan harganya
lebih murah berbanding kondominium.
Perumahan flat dalam kajian ini adalah perumahan flat Taman Cendana yang
melibatkan 49 buah blok bangunan dimana ia memuatkan penduduk dari pelbagai
bangsa dan agama.
16
1.11.3 Keselamatan
Keselamatan bermaksud sesuatu keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada
bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan
(Abdullah,2011).Mengikut kamus dewan pula, keselamatan ialah suatu perkara atau
langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak
diingini seperti kecederaan atau kehilangan nyawa.
Oleh itu, dalam kajian ini aspek keselamatan yang dimaksudkan adalah
keselamatan individu, struktur bangunan dan keselamatan harta benda di kawasan
perumahan flat Taman Cendana.
1.11.4 Disiplin Kerja
Disiplin memainkan peranan penting dalam meningkatkan sahsiah seseorang.
Disiplin berasal dari bahasa latin Discere yang bermaksud belajar (Waji, 2009).
Perkataan ini menimbulkan perkataan Disciplina yang bermaksud pengajaran atau
pelatihan. Oleh itu, disiplin kerja adalah suatu alat yang digunakan pengurus untuk
berkomunikasi dengan pekerja supaya mereka dapat mengubah sesuatu perilaku
serta sebagai suatu usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kesediaan seseorang
untuk mentaati semua peraturan di organisasi mereka (Rivai, 2004)
1.12 Rumusan
Dalam bab ini, pengkaji telah menjelaskan mengenai masalah kajian, objektif kajian,
persoalan kajian, skop kajian, dan kerangka konsep yang digunakan serta definisi
istilah yang digunakan dalam persoalan kajian.
17
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan mengenalpasti teori-teori dan kajian-kajian lepas yang
berkaitan untuk dijadikan panduan agar dapat dijadikan sokongan kepada kajian ini.
Fokus kajian adalah berkaitan dengan perumahan flat, keselamatan, keselamatan
individu, keselamatan harta benda, keselamatan struktur bangunan, disiplin kerja,
dan kajian-kajian yang berkaitan dengan keselamatan dan stres. Setiap topik akan
dibincangkan serta diperincikan mengikut kesesuaian kajian yang akan dilakukan
oleh penyelidik untuk memantapkan lagi kajian penyelidik. Dalam bab ini juga boleh
menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam bab 1.
18
2.2 Perumahan Flat
Sesebuah rumah boleh ditakrifkan sebagai pembangunan fizikal yang
memberi tempat berlindung atau tempat berteduh bagi penggunanya (Mokhtar,
2008). Ini kerana rumah merupakan salah satu keperluan asas manusia selain
daripada makanan. Ini turut disokong oleh dengan Lawrence (2004) yang
menyatakan persekitaran yang terbina pada hari ini tidak hanya berfungsi sebagai
tempat tinggal, tetapi juga merupakan keperluan asas manusia. Perumahan flat atau
blok bangunan flat juga dikenali sebagai rumah bertingkat atau juga dipanggil
sebagai perumahan kos rendah. Ini selari dengan Sardjono (2007) yang menjelaskan
bahawa rumah bertingkat merupakan rumah yang dibina pada suatu tanah tertentu
dengan bilik yang berlapis secara menegak. Secara kasar boleh dikatakan atau
ditafsirkan dengan menumpukan rumah di atas rumah yang lain.
Selain itu, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) diwujudkan bertujuan
untuk menyediakan kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan
berpendapatan rendah di luar bandar dan pinggir bandar di samping kemudahan-
kemudahan asas dan sosial (Che Ibrahim ,2005). Ini juga selari dengan Ramli et. al.,
(2013) yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah merancang pelbagai
Rancangan Malaysia untuk memberikan perumahan kos rendah yang berkualiti,
mencukupi dan mampu milik untuk keperluan perumahan negara. Ini menunjukkan
bahawa perumahan kos rendah seperti perumahan flat adalah untuk membantu
golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang mampu milik dan
berkualiti.
Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai isu cabaran yang berkaitan
perumahan perlu ditangani dengan berkesan. Menurut Dasar Pembangunan Negara
(2012), antara isu-isu utama yang dikenalpasti ialah:
i. Kualiti rumah yang dibina
ii. Projek perumahan terbengkalai
iii. Kemampuan serta aksebiliti rakyat untuk membeli atau menyewa rumah yang
disediakan.
iv. Permintaan yang melebihi penawaran bagi rumah kos rendah dan kos
sederhana.
19
v. Pembangunan Perumahan Rakyat Mampu Milik (PRMM) di lokasi yang
tidak strategik
vi. Isu pengagihan Perumahan Rakyat Mampu Milik (PRMM)
Bagi menangani isu-isu perumahan ini secara menyeluruh, Dasar Pembangunan
Negara (DRN) dapat dijadikan sebagai asas bagi memandu, mengurus dan
menyelaras perancangan dan pembangunan sector perumahan agar lebih efisien dan
sistematik. DRN digubal dengan tujuan untuk memastikan sektor perumahan dapat
mengatasi cabaran-cabaran yang sedang dan akan dihadapi, serta terus menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi Negara pada masa akan datang.
Kualiti perumahan menurut Bujang (2010) merangkumi aspek fizikal dan
bukan fizikal. Aspek fizikal mencakupi lokasi, rekabentuk rumah, jenis rumah dan
keselesaan penduduk. Manakala bagi aspek bukan fizikal pula seperti sosioekonomi,
penduduk setempat dan kadar jenayah. Ini juga selaras dengan Toscano dan
Esperanza (2008) yang menyatakan bahawa perumahan sempurna akan memberi
kesan positif manakala perumahan yang tidak sempurna akan memberi kesan yang
negatif kepada kehidupan, kerana perumahan merupakan faktor penting yang
menyumbang kepada kesejahteraan hidup secara keseluruhannya seperti dalam
kajian Zainudin (2010) yang membincangkan tentang keberkesanan program Bandar
Selamat kepada penduduk dalam meningkatkan tahap keselamatan penduduk. Ini
juga bertepatan dengan kajian Sidek (2011) yang turut mengkaji tentang pelaksanaan
program Bandar selamat yang juga untuk mengatasi peningkatan kadar jenayah di
kawasan perumahan.
2.3 Keselamatan
Keselamatan bermaksud sesuatu keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada
bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan
(Abdullah ,2011).
20
Rajah 2.1 : Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954)
Rajah 2.1 di atas menunjukkan Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) dalam Abu
Bakar (2002),mengkelaskan keperluan asas manusia kepada lima keperluan
mengikut hierarki. Keperluan tersebut ialah keperluan fisiologi, keselamatan, kasih
sayang, penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri.
Jadual 2.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954), Abu Bakar (2002)
Keperluan Fisiologi Merupakan keperluan untuk makanan, air, oksigen, tidur, aktiviti, seks
dan kepuasan deria.
Keperluan Keselamatan
Setiap individu memerlukan keselamatan. Mereka memerlukan
perasaan selamat dan jaminan keselamatan yang lahir dari keadaan
yang berstruktur dan konsisten.
Keperluan Kasih Sayang
Apabila keperluan fisiologi dan keselamatan telah dipuaskan, maka
keperluan termilik dan memberikan serta menerima kasih sayang akan
muncul sebagai tahap kepentingan yang seterusnya.
Keperluan Penghargaan
Setiap orang memerlukannya berasaskan tetap dan yang tertinggi itu
ialah menghormati dirinya sendiri dan orang lain serta penghargaan dari
orang lain dan menghargai orang lain.
Keperluan Ekstetik
Keperluan ini hanya muncul pada sesetengah individu yang
telahmatang. Tetapi boleh juga diperlihat pada kanak-kanak yang
sihat.Keperluan ini merupakan keinginan untuk keindahan dan
kecantikan.
21
Kepentingan aspek keselamatan ini juga sebenarnya telah diberi penekanan
sebelumnya oleh Maslow (1954) yang telah meletakkannya sebagai ukuran kedua
selepas keperluan fisiologi sebagai syarat untuk mencapai kualiti hidup yang baik. Ia
termasuklah keselamatan dari segi fizikal, emosi dan dan jaminan kewangan.Dari
sudut keselamatan perumahan flat pula, keadaan hidup sepatutnya selamat dengan
struktur rumah yang baik dan sesuai. Selain itu, kebanyakan penduduk lebih
menyukai persekitaran kediaman yang terancang dan teratur di mana mereka akan
merasa selamat untuk hidup dalam komuniti perumahan tersebut. Ia bermakna satu
persekitaran yang selamat perlu bebas dari ancaman jenayah dan risiko pengusiran.
2.3.1 Keselamatan Individu
Keselamatan individu di perumahan flat adalah merangkumi keselamatan ahli
keluarga dan fokus utama adalah kepada keselamatan anak-anak.Dalam kajian Md
Sakip (2013) yang menegaskan bahawa penduduk yang sudah berkahwin
mempunyai ketakutan yang lebih tinggi daripada jenayah kerana mereka lebih
prihatin tentang keselamatan keluarga dan anak-anak mereka. Ini kerana terdapat
banyak kes jenayah yang berlaku di kawasan perumahan flat dan salah satunya
adalah kes penculikan kanak-kanak. Menurut Renauer (2007) mengatakan bahawa
perasaan takut terhadap jenayah telah menjadi satu masalah sosial yang serius yang
membawa kepada pemahaman saintifik dan reaksi sosial.
Berdasarkan kepada Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) dalam kajian
Macintyre et al.,(2002) menghasilkan lima ciri-ciri untuk kawasan perumahan seperti
jadual 2.2 yang ditunjukkan :
22
Jadual 2.2 :Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) dalam kajian Macintyre
et al.,(2002)
Bil Ciri-ciri kawasan perumahan
Contoh
1 Ciri-ciri fizikal persekitaran yang dikongsi oleh
semua penduduk.
Kualiti udara dan air minum dan
landskap dan suhu luar.
2 Kewujudan daripada persekitaran yang sihat sama
ada di rumah, di tempat kerja dan tempat permainan.
Peruntukan perumahan yang baik dan
tempat permainan kanak-kanak yang
selamat.
3 Perkhidmatan disediakan kepada orang awam atau
secara peribadi untuk membantu orang dalam
kehidupan seharian.
Satu perkara baik yang dikekalkan
kepada persekitaran luar, pembersihan
jalan, lampu yang mencukupi dan
perkhidmatan kesihatan.
4 Kejiranan sebagai salah satu ciri sosiobudaya.
Termasuk sejarah kejiranan.
5 Reputasi kawasan yang boleh mempengaruhi
keyakinan penduduk dan kesan kepada sesiapa yang
berpindah masuk dan berpindah keluar dari
perumahan .
-
Ciri kedua Macintyre et al.,(2002) di atas ada menyatakan tentang ciri mewujudkan
persekitaran yang sihat sama ada di rumah, di tempat kerja dan tempat permainan
dan penekanan diberikan kepada keselamatan kanak-kanak di tempat permainan. Ini
menunjukkan bahawa keselamatan anak-anak perlu dipandang serius kerana ia
melibatkan nyawa dan maruah.
2.3.2 Keselamatan Harta Benda
Dalam kajian Zainuddin (2010) membincangkan tentang isu keselamatan
yang sering berlaku kepada penduduk di perumahan flat. Aspek keselamatan ini
menfokuskan kepada keselamatan diri dan harta benda penduduk di kawasan
perumahan dimana peningkatan isu jenayah yang berleluasa. Oleh itu, daripada
kajian beliau,terdapat beberapa langkah-langkah keselamatan yang telah dibuat iaitu:
1. Pengasingan laluan pejalan kaki dari jalan bermotor
2. Penyediaan Bollard
3. Mengawal tanaman landskap di laluan pejalan kaki
4. Pondok Polis
23
5. Mengemaskan kawasan semak dan terlindung
6. Tempat letak motosikal berkunci
7. Pemasangan lampu di kaki lima premis perniagaan
8. Tidak membenarkan perniagaan dan meletak kenderaan di kaki lima dan
laluan pejalan kaki
9. Menjanakan aktiviti perniagaan
10. Perkhidmatan pengawal keselamatan swasta
11. Pendidikan
12. Pemasangan lampu di lorong tepi, depan dan belakang rumah
13. Menyediakan risalah jenayah komuniti
14. Meningkatkan rondaan kawasan perumahan
Walau bagaimanapun, Kamalruddin (2006) mendedahkan bahawa
kebanyakan kes jenayah yang melibatkan harta benda masih mengalami peningkatan
kadar walaupun setelah Program Bandar Selamat telah dilaksanakan. Ini
menunjukkan bahawa kadar jenayah harta benda masih menular dan meningkat
walaupun langkah-langkah keselamatan dibuat. Ini juga dapat dibuktikan dalam
jadual 2.2 yang menunjukkan jenayah harta benda yang dibahagikan kepada empat
jenis iaitu pecah rumah dan curi, kecurian kenderaan, ragut dan lain-lain kecurian.
Kecurian kenderaan merupakan jenayah harta benda tertinggi dilaporkan. Ianya
semakin meningkat iaitu dari 53,069 kes pada tahun 1999 kepada 65,076 kes pada
tahun 2004 dan jenis kenderaan yang sering dicuri ialah skuter. Jenayah pecah rumah
dan curi didapati semakin menurun daripada 35,936 kes pada tahun 1999 kepada
24,904 kes iaitu dengan penurunan sebanyak 31 peratus. (Rujuk jadual 2.3)
24
Jadual 2.3 : Jenayah harta benda yang dilaporkan kepada polis mengikut jenis,
Malaysia, 1999 – 2004 (Polis Diraja Malaysia, 2005)
Jenis Jenayah
1999 2000 2001 2002 2003 2004
Jumlah
147,958 145,569 136,079 128,199 133,525 134,596
Pecah rumah
dan curi
35,936 32,913 28,452 25,265 25,789 24,904
Siang hari
9,401 8,675 7,449 6,821 6,928 6,550
Malam hari
26,535 24,238 21,003 18,444 18,861 18,354
Kecurian
kenderaan
53,069 57,775 60,049 74,891 64,300 65,076
Lori/Van
3,485 3,698 4,306 4,570 5,551 4,892
Kereta
6,196 7,278 8,520 8,544 8,537 8,624
Motosikal/skuter
41,905 45,903 47,723 47,137 50,212 51,620
Basikal
1,483 896 - 14,640 - -
Ragut
- - 14,368 - 15,798 11,536
Lain-lain
kecurian
58,953 54,881 33,210 28,043 27,638 33,080
2.3.3 Keselamatan Struktur Bangunan
Keselamatan struktur bangunan ini bermaksud perlindungan kepada penghuni
daripada sebarang ancaman kemalangan ketika berada didalam sesebuah bangunan.
Ini juga selari dengan kajian Yau et al., (2008) yang menyatakan bahawa bangunan
selamat juga bermaksud pembinaan persekitaran yang melindungi penghuninya
secara menyeluruh dari segi fizikal atau psikologi yang bertujuan untuk
mengurangkan kadar kecederaan dan kematian. Oleh itu, tujuan prestasi bangunan
penilaian adalah untuk mengukur kualiti perumahan menggunakan petunjuk prestasi
yang perlu dipertimbangkan dalam meningkatkan kualiti alam bina (Ho et. al., 2010).
Dalam kajian Zakaria (2010), terdapat beberapa peraturan, akta dan amalan
piawaian tempatan atau antarabangsa berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
bangunan telah diwujudkan. Di bawah ini disenaraikan beberapa peraturan dan
piawaian yang berkaitan keselamatan dan kesihatan dalam bangunan :
80
RUJUKAN
Abd Kadir, H. (2005). Pekerja Industri : Isu dan Teknik Penyelesaian. Dicapai pada
5 April 2015,
https://books.google.com.my/books?id=DoZ_hmutuxYC&pg=PP5&lpg=PP
5&dq=ciri-ciri+pekerja+industri&source=bl&ots=kvPEIRlj_H&sig=t-
kp60G87dFjfHzmkoRflK8k_cQ&hl=en&sa=X&ei=dYxgVYSzD46huQSd6
oHQAw&redir_esc=y#v=onepage&q=ciri-
ciri%20pekerja%20industri&f=false
Abdul Air, I. (2005). Kadar Ketersediaan Tanah untuk Pembangunan Perumahan di
Kawasan Bandar Menurut Rancangan Tempatan Daerah:Keberkesanannya
dari Perspektif Pemaju. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana.
Abdul Ghafar, M. N. (1999). Peyelidikan Pendidikan. Skudai. Fakulti Pendidikan,
UTM.
Abdul Ghafar, M. N. (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal selidik Pendidikan. Skudai:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Jalal, B. & Ismail, I. (2010). Pengurusan Stres Secara Holistik. Kementerian
Kewangan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah, A. A. L. (2011). Pengurusan Keselamatan Menyeluruh Di Tapak Bina.
Fakulti Kejuruteraan Awam. UniversitiTeknologi Malaysia.
Abdullah, H.A., Pawanteh, L., Syed Abdullah, S.M., & Mustaffa, N. (2010).
Kesedaran dan Sikap Komuniti dalam Pengurusan Persekitaran Di Wilayah
Iskandar, Johor. Jurnal Melayu. 2010. 5: 71-86.
Abrams, Charles.(1964). Man’s Struggle for Shelter In An Urbanizing World.
London : Cambridge.
Abu Bakar, A. (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam. Karisma
Publications Sdn. Bhd.
81
Ahmad, R. & Mustaffa, M.S. (2002).Keperluan Kaunseling dalam Organisasi pada
Alaf 21. Dicapai pada 5 April 2015:
http://www.academia.edu/1842170/KEPERLUAN_KAUNSELING_DALA
M_ORGANISASI_DI_ALAF_21
Alias, L. J. (2010). Kepuasan Penghuni Terhadap Kawasan Kejiranan Yang Didiami
Di Kawasan Perumahan Kos Rendah 1 Tingkat, Taman Universiti, Skudai,
Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
Azmi, I. B. & Ahmad, W. S. (2008). Pengaruh Sikap dan Demografi ke atas
Produktiviti Kerja Pensyarah Muslim: Lakian di Universiti Malaya. Jurnal
Syariah, 16(2), 321-344.
Bourne, L. S. (1981). The Geography of Housing. New York: Edward Arnold.
Bujang, A. A. (2010). Role of Local Authority in Providing Quality Housing for
Lower Income Group in Kuala Lumpur City Hall. Dicapai pada 20 Januari
2015 : http://teknologimalaysia.academia.edu
Che Ibrahim, N. A. (2005). Kajian Terhadap Projek Perumahan Di Kelantan.
Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
Chua, Y. P. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Edisi ke-2. Malaysia. McGraw Hill
Sdn. Bhd.
Cooper, D. R. & Schindler, P. S. (2006). Business Research Methods(9th edition).
USA: McGraw-Hill.
Dasar Perumahan Negara. (2012). Jabatan Perumahan Negara. Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dicapai pada 30 Disember 2014,
http://www.kpkt.gov.my/kpkt_2013/fileupload/dasar/DRN_BM.pdf
Dr. James Ang Jit Eng. (2011). Pengurusan Disiplin Murid Edisi Kedua. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd., Selangor.
Effendi, M. (2001). Stres Akibat Kerja Yang Dihadapi Oleh Guru. Jurnal Pendidikan
dan Kebudayaan. 2001. 43:1-9.
Embong, A.R., Abdullah, H., Abdul Samad, R., Abdul Hadi, A.S., Shari, I. & Woon,
T.K. (2011). Pembandaran di Kalangan Kelas Bawah di Kuala Lumpur.
Universiti Kebangsaan Malaysia. Jabatan Antropologi dan Sosiologi dan
Jabatan Geografi dari Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan dan
Jabatan Ekonomi Pembangunan dan Perancangan dan Jabatan Perangkaan
dan Analisa Kuantitatif dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Gujarati, Damodar. 2006. Dasar-Dasar Ekonometrika.Jakarta: Erlangga.
82
Hasibuan, M. S.P. (2012). Manajemen Sumber Daya Manusia. Edisi Revisi. Cetakan
Keenam Belas. Jakarta: PT. Bumi Aksara.
Heidjrachman, R. & Husnan, S. (2002). Manajemen Personalia. Yogyakarta: BPFE
Ho, D. C.-W., Chau, K.-W., King-Chung Cheung, A., Yau, Y., Wong, S.-K., Leung,
H.-F., Siu-Yu Lau, S., et. al,. (2008). A survey of the health and safety
conditions of apartment buildings in Hong Kong.Building and Environment,
43(5), 764-775. doi:10.1016/j.buildenv.2007.01.035
Info Pilihan Siri 4.(2005). Departments Of Statistics Malaysia. Dicapai pada 20
November 2014 dari
http://statistics.gov.my/portal/download_Labour/files/BPTMS/PST-
Siri4.pdf
Ismail, N. (2000). Stres dan mekanisme daya tindak di kalangan operator
pengeluaran : Satu Kajian di Omron Malaysia Sdn. Bhd. Universiti Malaya.
Tesis : Sarjana.
Jamsiah, M., Rosnah, S., & Noor Hassim, I. (2010). Stres dalam kalangan penduduk
dewasa luar bandar,daerah Hulu Langat, Selangor. Jurnal Kesihatan
Masyarakat, 16 (1). pp. 2-9. ISSN 1675-1663.
John Wiley and Sons,Inc .(1991). Regression Analysis By Example (2nd edition). A
Wiley –Interscience Publication
Kamalruddin, S. (2006). Pencapaian perlaksanaan program Bandaraya Shah Alam.
Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Bandar 2006. Anjuran
Majlis Bandaraya Shah Alam. Subang Jaya, 4-5 September.
Konting, M. M. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Krejcie, R.V. dan D.W. Morgan. (1970). Determining Size for Research Activities.
Educational and Psychological.
Laman Web Khas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dicapai pada 5
November 2014 di http://kklw.bernama.com/news.php?id=464271
Landy, F. J., & Conte, J. M. (2004). Work in 21st Century. An Introduction to
Individual and Organizational Psychology. New York: McGraw Hill.
Lawrence, R. J. (2004). Housing, health and well-being: Moving forward. Reviews
on Environmental Health, 19(3/4), 161–176
Leila, G (2002). Stres dan Kepuasan Kerja. Sumatera :Universitas Sumatera Utara.
83
Md Sakip, S.R., Abdullah,A., & Mohd Salleh, M. N. (2013). Fear of Crime in
Residential Areas Faculty of Architecture, Planning & Surveying,
University Technology Mara Perak, Malaysia. 3 School of Housing,
Building & Planning. Univsersity Science of Malaysia, Malaysia.
Meyer, J.P., Becker, T.E. & Vandenberghe, C. (2004). Employee Commitment And
Motivation : A Conceptual Analysis And Integrative Model. Journal of
Applied Psychology. 89(6): 991-1007.
Mohamed, N.H. (2004).Pembinaan E-Modul Mata Pelajaran Hidrologi : Kajian Di
Politeknik Shah Alam. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Mohd Jan, R. (2010). Rumah Kos Rendah (Council Homes) Dalam Membantu
Meningkatkan Tahap Kualiti Hidup Masyarakat. Kajian Kes: Perumahan
Rakyat MPSJ. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
Mokhtar, R. (2008). Persepsi Penghuni Terhadap Keselesaan di Kawasan
Perumahan Kos Rendah Awam dan Swasta Kajian Kes: Perumahan Awam
Kos Rendah Taman Cendana dan Taman Scientex, Pasir Gudang.
Universiti Teknologi Malaysia. Tesis : Projek Sarjana Muda.
Musa, M. M. (2003). Tekanan dan Psikologi. Universiti Utara Malaysia.
Mustafa, S.A.(2007). Aplikasi Ergonomik Dalam Sistem Kerja Untuk Kesejahteraan
Motivasi Pekerja Menggunakan Terminal Paparan Visual. . Universiti
Sains Malaysia.Tesis :Master.
Mustaffa, J. (2007). Aspek Keselamatan Awam Dalam Pembentukan Bandar Selamat
Di Malaysia: Kajian Kes Alor Star, Kedah. Universiti Sains Malaysia.Tesis
Ph.D.
Nasution, M. (2000). Manajemen Personalia. Jakarta : Djambatan
Official Portal of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (2009). Dicapai pada 1
Disember 2014 di
http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/1398/251/lang,en/.
Portal Rasmi Majlis Bandaraya Ipoh. Dicapai pada 22 Oktober 2014 (Rabu) di
http://www.mbi.gov.my/web/guest/fungsi.
Ramli, A., Akasah, Z. A., & Mohd Masirin, M. I. (2013). Assessing Safety and
Health Factors Influecing Performance of Malaysian Low-Cost Housing.
84
Faculty of Civil and Environmental Engineering. Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM).
Renauer, B. C. (2007). Reducing Fear of Crime: Citizen, Police or Government
Responsibility?.Journal Police Quarterly, 10(1), 41-62.
Rivai, V. (2004). Manajemen Sumber Daya Manusia Untuk Perusahaan. Cetakan
Pertama. PT. Raja Grafindo. Jakarta
Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sosial. Edisi Pertama Petaling Jaya:
Prentice Hall Pearson Malaysia.
Salleh, M. R. (2010). Pengendalian Stres dan Kebimbangan (Penilaian Kognitif dan
Tingkah Laku). Dicapai pada 2 Mac 2015,
https://books.google.com.my/books?id=VhhABAAAQBAJ&pg=PT49&dq
=PENILAIAN+STRES+PEKERJAAN&hl=en&sa=X&ei=FTVgVdKNJZC
JuASnnoHYBQ&redir_esc=y#v=onepage&q=PENILAIAN%20STRES%2
0PEKERJAAN&f=false
Sardjono, A. B. (2007). Anika Desain Rumah Bertingkat.
Sastrohadiwiryo B.S. (2001). Manajemen Tenaga Kerja Indonesia. Pendekatan
Administratif dan Operasional. Bandung: PT. Bumi Aksara.
Sekaran, U. (2006). Research methods for business: A skill building approach.
Wiley.com.
Sidang Pengarang. ( 2000 ). Tekanan dan Cara Mengendalikannya Dengan
Berkesan. Skudai Post: UniversitiTeknologi Malaysia, Skudai ( Januari ).
Sidek, H. (2011). Pelaksanaan Program Bandar Selamat Di Kuala Lumpur. College
of Business, Universiti Utara Malaysia.
Sipon, S. (2010). Pengurusan Stres. Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. Universiti
Malaysia Sabah (UMS)
Sukimin, S. (2008). Persepsi Terhadap Kualiti Dan Kepuasan Perumahan Dalam
Kalangan Pemilik Rumah Kos Rendah Di Kota Kinabalu Sabah Malaysia.
Universiti Putra Malaysia.
Sutrisno, E. (2011). Manajemen Sumber Daya Manusia. Cetakan Ketiga. Jakarta:
Kencana Prenada Media Group
Tety, A. (2006). Pengaruh Pengawasan terhadap Disiplin Kerja pada Kantor Badan
Kepegawaian Daerah Kabupaten Brebes. Skripsi Jurusan Ekonomi
Universitas Negeri Semarang.
85
Udin, Y. (2006). Pendekatan Pasukan Polis dalam Pencegahan Jenayah Bandar.
Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Bandar 2006. Anjuran
Majlis Bandaraya Shah Alam. Subang Jaya, 4-5 September.
Utah, R. (2013). IBM SPSS Statistics For Window. Pejabat Teknologi Maklumat.
Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Utusan Malaysia (15 Januari 2001). Perumahan Negara Mampu Milik di capai pada
15 Disember 2014 di
http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/521fb206a8dbd0a34825697400224d
ef/abcf2053061cb794482569ff0003e581?OpenDocument.
Utusan Online Johor (2010). Dicapai pada 1 Disember 2014 di http://warga-
felda.blogspot.com/2014/06/utusan-online-johor_3.html.
Vera-Toscano & Esperanza. (2004). The impact of chilean fruit sector development
on female employment and household income.
Waji, S. (2009). Pengertian Kedisiplinan. Dicapai pada 20 Mac 2015 di
http://starawaji.wordpress. com/2009/04/19/pengertian-kedisiplinan.
Widyamartaya, A. (2001). Spirituality@work: 10 ways to balance your life on the
job. Edisi bahasa Indonesia.
Wiersma, W. (2005). Research Methods In Education: An Introduction. Boston:
Allyn and Bacon.
Yahaya, A., Hashim, S., Ramli, J., Boon, Y., & Hamdan, A.R. Menguasai
Penyelidikan Dalam Pendidikan. 1st Ed.Malaysia: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Yahaya, A., Ramli, J. & Karuppaya, K. S. (2007). Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Di Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Yau, Y., Wing .D.C & Chau. K. W .(2008). Determinants of the Safety
Performance of Private Multi-storey Residential Buildings in Hong Kong.
Department of Public and Social Administratio. City University of Hong
Kong, Tat Chee Avenue, Kowloon Tong, Kowloon, Hong Kong SAR,
People’s Republic of China.
Yusof, M. (2012). Kepuasan penduduk program perumahan rakyat terhadap kualiti
perumahan : kajian kes : projek perumahan rakayat Sri Iskandar, Pasir
Pelangi, Johor Baharu dan projek perumahan rakayat desa Mutiara,
Tebrau, Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.
86
Zainuddin, S., Md Salleh, A. & Syed Mansor, S. M. (2008). Ciri-Ciri Tekanan Dan
Kaedah Pengurusan Tekanan Dalam Keluarga. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
Zainudin, A. Z. & Abdul Malek, J. (2010). Keberkesanan Program Bandar Selamat
Dari Persepsi Penduduk Kajian Kes :Bandaraya Shah Alam. Jabatan
Pentadbiran Tanah, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti
Teknologi Malaysia & Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan
Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.