hubungan beban tugas guru besar dan amalan … bin md... · 2.5 kajian-kajian lepas hubungan beban...
TRANSCRIPT
HUBUNGAN BEBAN TUGAS GURU BESAR DAN AMALAN PENYELIAAN
BERKESAN SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN GRED A
ZON BANDAR DAERAH PONTIAN, JOHOR
HAFIZUDDIN BIN MD SHAKHIH
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
HUBUNGAN BEBAN TUGAS GURU BESAR DAN AMALAN PENYELIAAN BERKESAN SEKOLAH KEBANGSAAN GRED A ZON BANDAR
DAERAH PONTIAN, JOHOR
SESI PENGAJIAN : 2011 - 2013
Saya HAFIZUDDIN BIN MD SHAKHIH
Mengaku membenarkan tesis (PSM /Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh : --------------------------------------- -----------------------------------------
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) NO. K.P : 870914-23-6001 DR. KHADIJAH BINTI DAUD Alamat Tetap:
No 8, Lorong Makmur, Pontian Besar, 82000 Pontian, Johor Tarikh : 24 JUN 2013 Tarikh : 24 JUN 2013
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau ּט disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) ”
Tandatangan : ....................................................................
Nama Penyelia : DR. KHADIJAH BINTI DAUD
Tarikh : 24 JUN 2013
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
HUBUNGAN BEBAN TUGAS GURU BESAR DAN AMALAN PENYELIAAN
BERKESAN SEKOLAH KEBANGSAAN GRED A ZON BANDAR
DAERAH PONTIAN, JOHOR
HAFIZUDDIN BIN MD SHAKHIH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
JUN 2013
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
“Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………….
Nama Penulis: : HAFIZUDDIN BIN MD SHAKHIH
No. Matriks : MP111167
Tahun : JUN 2013
DEDIKASI
BUAT YANG TERCINTA;
Isteri dan Anakku, Asmia Ayu Binti Alias
& Nur Iman Amani
BUAT YANG DIKASIHI SELALU;
Ayah dan Ibu,
Allahyarham Md Shakhih Bin Abd. Fatah &
Hamidah Binti Abdullah
Ayah dan Ibu Mertua, Alias Bin Saleh
& Che Ku Azimah Binti Che Ku Long
Adik Beradik,
Muhammad Faiz , Nur Atiqah Dan Nur Nazihah
Adik Beradik Ipar,
Azan Harizat, Almida Wahida, Ahmad Firdaus,
Aisa Hanim Dan Ainur Sharahiza
SETINGGI PENGHARGAAN BUAT;
Pensyarah Penasihat,
Dr. Khadijah binti Daud
SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIANUGERAHKAN KECINTAAN TERHADAP ILMU
SERTA KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
AMIN…
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian buat Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan tercinta dan mohon keampunan di atas segala dosa. Alhamdulillah setelah melalui pelbagai penulisan ini dapat dibukukan mengikut masa yang telah ditetapkan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada penasihat akademik saya, Dr. Khadijah Bt Daud atas segala cetusan idea, komentar, nasihat dan tunjuk ajarnya sepanjang penghasilan kajian ini. Segala ilmu yang dicurahkan, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya dengan memberikan yang terbaik buat Dr. Khadijah di masa-masa hadapan.
Tidak dilupakan juga buat semua pensyarah yang telah berkongsi ilmu pengetahuan kepada saya, Prof. Madya Dr. Hamdan bin Said, Dr. M. Al-Muzammil bin Mohd Yassin, Dr. Lokman bin Mohd Tahir, Prof. Ismail bin Kailani, Tn. Hj. Hassan bin Hushin, En. Abdul Razak bin Idris, Prof. Dr. Mohd Najib bin Abdul Ghafardan Prof. Madya Dr. Abdul Rahim bin Hamdan, jasamu akan dikenang selalu.
Sekalung ucapan penghargaan juga kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Pontian, guru-guru dan pihak yang terlibat di atas sumbangan bahan, idea dan kerjasama secara langsung mahu pun tidak dalam penyelidikan ini
Tidak dilupakan ucapan ingatan terima kasih jua buat seluruh ahli keluarga
dan individu-individu yang terlibat dan memberi sokongan.Akhir sekali jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi komitmen dan buah fikiran serta pengalaman yang amat bermakna. Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat
“Ku Doakan Semoga kalianmendapat balasan yang lebih baik di sisi Allah, Untuk
kalian ku hadiahkan kejayaan ini”
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji tahap hubungan bebantugas guru besar dan
amalan penyeliaan berkesan di sekolah-sekolah kebangsaan gred Azon Bandar di
daerah Pontian.Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif iaitu
ujiandeskriptif dengan menggunakan data yang dikumpulkan dari borangsoal selidik
yang telah diedarkan kepada175 responden. Kajian menggunakan borang soal selidik
berstruktur yang mengandungi 39 soalan dengan menggunakan instrumen soal
selidikbeban tugas guru besar Azlin (2004) yang dibangunkan oleh Juhana (2007)
bagi mengukur beban tugas guru besar dan menggunakan instrumen soal selidik
amalan penyeliaan berkesan Glikman (2004) yang dibangunkan oleh Rafisah (2009)
sebagai alat kajian.Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian
SPSS Versi 18.0.Hipotesis yang telah dibentuk diukur menggunakan ujian-T dan
pekali kolerasi Pearson. Ujian T digunakan untuk melihat samada terdapat perbezaan
diantara beban tugas guru besar dan amalan penyeliaan berkesan berdasarkan
kepada perbezaan jantina responden manakala pekali kolerasi pearson digunakan
untuk menentukan hubungan perkaitan di antara beban tugas guru besar dengan
amalan penyeliaan berkesan.Daripada ujian yang dijalankan didapati bahawa min
keseluruhan tahap beban tugas guru besar adalah 3.755 dan berada pada aras yang
tinggi. Begitu juga dengan min keseluruhan tahap amalan penyeliaan berkesan iaitu
4.039 juga berada di tahap yang tinggi.Dapatan Ujian-T menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap beban tugas guru besar
berdasarkan jantina dan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap amalan
penyeliaan berkesan guru besar berdasarkan jantina. Kajian mendapati bahawa
terdapat hubungan yang signifikan diantara tahap beban tugas guru besar dan amalan
penyeliaan berkesan guru besar di sekolah-sekolah kebangsaan gred A zon Bandar di
daerah Pontian.
ABSTRACT
This research was conducted to study the level, workload of headmaster and practice
of effective supervisionin grade A Primary Schools, Bandar Zone in Pontian District.
The methodology used in this research was quantitative methodology which is
descriptive assessment using data collected from forms given in the form of
questionnaires that were given to 175 respondents. This research used wokload of
headmater questionnaire format from Azlin (2004) developed by Juhana (2007) and
paractice of effective supervision questionnaire format from Glikman (2004)
developed by Rafisah (2009) as research tools. The data collected was analyzed
using SPSS Version (18.0 Version). The hypothesis, that was created was measured
using T-Test and also Pearson Correlations Coefficients. T-Test was used to observe
whether there were differences between headmaster workloadand effective
supervision practice based on the gender of the respondents The Pearson
Correlations Coefficientswas used to determine the relationship between headmaster
workload and effective supervision practice From the test conducted, the overall
mean level of headmaster workload was 3.755 and it was on the high scale. The
same thing was discovered for the overall effective supervision paracticemean level
which was 4.039 and it was on the high scale too. T-Test results showed that there
was no significant relationship on headmaster workload between the different
gender but there was a significant relationship on effective supervision practice
between the different gender. This research showed that there was a significant
relationship between headmaster workload and effective supervision
practicenationalprimary schools, grade A bandar zone in Pontian district.
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
1
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI SINGKATAN
SENARAI SIMBOL
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3.Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Skop Kajian
1.9 Batasan Kajian
1.10 Definisi Istilah
1.10.1 Beban Tugas Guru Besar
1.10.2 Penyeliaan
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xiii
xvi
xvii
xviii
xx
1
6
16
17
18
18
21
23
23
24
24
25
2
1.10.3 Penyeliaan Berkesan
1.10.4 Guru Besar dan Pengetua
1.10.5 Guru
1.11 Kerangka Teori Kajian
1.12 Kerangka Konsep Kajian
1.13 Kesimpulan
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Peranan Guru Besar dan Pengetua
2.2.1 Peranan Guru Besar Sebagai Pemimpin
Pentadbiran
2.2.2 Peranan Guru Besar Sebagai Pemimpin
Pengajaran
2.3 Konsep Beban Tugas
2.3.1 Teori dan Model Beban Tugas
2.3.1.1 Model Kepelbagaian Sumber
(Multiple Resource Model).
2.3.2 Beban Tugas Guru Besar
2.3.3 Kajian-Kajian Lepas Beban Tugas Guru
Besar.
2.3.3.1 Kajian Dalam Negara
2.3.3.2 Kajian Luar Negara
2.4 Konsep Penyeliaan
2.4.1 Tujuan Penyeliaan
2.4.2 Teori-Teori Penyeliaan
2.4.3 Model-Model Penyeliaan
2.4.4 Peringkat-Peringkat Penyeliaan
26
27
28
29
29
30
31
32
38
41
43
46
48
49
54
54
58
59
61
63
66
73
3
2.4.5 Peranan Guru Besar Sebagai Penyelia
2.4.6 Penyeliaan Berkesan
2.4.7 Halangan-Halangan Penyeliaan
2.4.8 Kajian-Kajian Lepas Penyeliaan
2.4.8.1 Kajian Dalam Negara
2.4.8.2 Kajian Luar Negara
2.5 Kajian-Kajian Lepas Hubungan Beban Tugas Dan
Penyeliaan Berkesan
2.6 Kesimpulan
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Pentadbiran Kajian
3.3 Reka Bentuk Kajian
3.4 Lokasi Kajian
3.5 Populasi dan Sampel Kajian
3.6 Instrumen Kajian
3.7 Kajian Rintis
3.8 Pembolehubah Kajian
3.9 Pengumpulan Data
3.10 Analisis Data
3.10.1 Kaedah Deskriptif
3.10.2 Kaedah Inferensi
3.11 Kesimpulan
81
83
87
91
91
94
95
99
100
101
102
103
104
106
109
112
113
114
114
115
117
4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Demografi
4.2.1 Jantina Guru
4.2.2 Jawatan Disandang
4.2.3 Pengalaman Mengajar
4.2.4 Jantina Guru Besar
4.3 Analisis Deskriptif
4.3.1 Objektif 1: Analisis Tahap Beban Tugas Guru
Besar
4.3.1.1 Tugasan Mesyuarat/Taklimat
4.3.1.2 Tugasan Kerja-Kerja Pejabat
4.3.1.3 Tugasan Meronda Sekolah
4.3.1.4 Konstruk Mengurus Hal Disiplin
Murid
4.3.1.5 Tugasan Menghadiri Kursus
4.3.1.6 Analisis Keseluruhan Beban Tugas
Guru Besar
......4.3.2 Objektif 2: Analisis Tahap Amalan
Penyeliaan Berkesan
4.3.2.1 Elemen Pengetahuan
4.3.2.2 Elemen Kemahiran Interpersonal
4.3.2.3 Elemen Kemahiran Teknikal
4.3.2.3 Analisis Keseluruhan Amalan
Penyeliaan Berkesan
4.4 Analisis Inferensi Ujian-T
4.4.1 Objektif 3: Perbezaan Tahap Beban Tugas
Antara Guru Besar Lelaki dan
Guru Besar Perempuan
118
119
119
120
120
121
122
122
123
125
127
128
130
131
132
133
136
139
142
143
143
5
4.4.2 Objektif 4: Perbezaan Tahap Amalan
Penyeliaan Berkesan Antara Guru
Besar Lelaki dan Guru Besar
Perempuan
4.5 Analisis Inferensi Kolerasi
4.5.1 Hubungan Beban Tugas Mesyuarat/Taklimat
Dengan Amalan Penyeliaan Berkesan
4.5.2 Hubungan Beban Tugas Kerja-Kerja Pejabat
Dengan Amalan Penyeliaan Berkesan
4.5.3 Hubungan Beban Tugas Meronda Sekolah
Dengan Amalan Penyeliaan Berkesan
4.5.4 Hubungan Beban Tugas Mengurus Hal
Disiplin Murid Dengan Amalan Penyeliaan
Berkesan
4.5.5 Hubungan Beban Tugas Menghadiri Kursus
Dengan Amalan Penyeliaan Berkesan
4.5.6 Objektif 5: Hubungan Beban Tugas Guru
Besar Dengan Amalan
Penyeliaan Berkesan
4.6 Rumusan
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan Kajian
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
5.3.1 Objektif 1: Tahap Beban Tugas Guru Besar
5.3.2 Objektif 2: Tahap Amalan Penyeliaan
Berkesan
5.3.3 Objektif 3: Perbezaan Tahap Beban Tugas
144
145
145
149
152
155
158
161
162
164
165
166
167
171
175
Guru Besar Lelaki dan Guru Besar
Perempuan
5.3.4 Objektif 4: Perbezaan Tahap Amalan
Penyeliaan Berkesan Guru Besar
Lelaki dan Guru Besar
Perempuan
5.3.5 Objektif 5: Hubungan Antara Beban Tugas
Guru Besar Dengan Amalan
Penyeliaan Berkesan
5.4 Cadangan Tindakan
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Kesimpulan
176
175
180
184
185
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
186
193
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
Jadual 3.1 Jadual 3.2 Jadual 3.3 Jadual 3.4 Jadual 3.5 Jadual 3.6 Jadual 3.7 Jadual 3.8 Jadual 3.9 Jadual 4.1 Jadual 4.2 Jadual 4.3 Jadual 4.4 Jadual 4.5 Jadual 4.6
Proses Pentadbiran Kajian Taburan Responden Mengikut Sekolah Nombor Soalan Mengikut Tugasan Nombor Soalan Mengikut Elemen Nilai Ketekalan Instrumen Keberkesanan Objektif Kajian dan Kaedah AnalisisDeskriptif Tahap Analisis Min Objektif Kajian dan Kaedah Analisis inferensi Klasifikasi Kekuatan Korelasi Jumlah dan Peratus Bilangan Responden Mengikut Jantina Guru Jumlah dan Peratus Bilangan Responden Mengikut Jawatan Disandang Jumlah dan Peratus Bilangan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar Jumlah dan Peratus Responden Mengikut Jantina Guru Besar Taburan Responden Tahap Beban Tugas Mengikut Tugasan Mesyuarat/Taklimat Taburan Responden Tahap Beban Tugas Mengikut Tugasan Kerja-Kerja Pejabat
101
105
108
108
111
114
115
116
116
119
120
120
121
123
125
Jadual 4.7 Jadual 4.8 Jadual 4.9 Jadual 4.10 Jadual 4.11 Jadual 4.12 Jadual 4.13 Jadual 4.14 Jadual 4.15 Jadual 4.16 Jadual 4.17 Jadual 4.18 Jadual 4.19 Jadual 4.20
Taburan Responden Tahap Beban Tugas Mengikut Tugasan Meronda Sekolah Taburan Responden Tahap Beban Tugas Mengikut Tugasan Mengurus Hal Disiplin Murid Taburan Responden Tahap Beban Tugas Mengikut Tugasan Menghadiri Kursus Analisis Keseluruhan Tahap Beban Tugas Guru Besar Taburan Responden Amalan Penyeliaan Berkesan Mengikut Elemen Pengetahuan Taburan Responden Amalan Penyeliaan Berkesan Mengikut Elemen Kemahiran Interpersonal Taburan Responden Amalan Penyeliaan Berkesan Mengikut Elemen Kemahiran Teknikal Analisis Keseluruhan Tahap Amalan Penyeliaan Berkesan Analisis Ujian-T Terhadap Tahap Beban Tugas Antara Guru Besar Lelaki dan Guru Besar Perempuan Analisis Ujian-T Terhadap Tahap Amalan Penyeliaan Berkesan Antara Guru Besar Lelaki dan Guru Besar Perempuan Korelasi antara mesyuarat/taklimat dengan amalan penyeliaan berkesan Korelasi antara mesyuarat/taklimat dengan elemen dalam amalan penyeliaan berkesan Korelasi antara kerja-kerja pejabat dengan amalan penyeliaan berkesan Korelasi antara kerja-kerja pejabat dengan elemen dalam amalan penyeliaan berkesan.
127
128
130
131
133
136
139
142
143
144
146
147
149
150
Jadual 4.21 sJadual 4.22 Jadual 4.23 Jadual 4.24 Jadual 4.25 Jadual 4.26 Jadual 4.27
Korelasi antara meronda sekolah dengan amalan penyeliaan berkesan Korelasi antara meronda sekolah dengan elemen dalam amalan penyeliaan berkesan Korelasi antara mengurus hal disiplin murid dengan amalan penyeliaan berkesan Korelasi antara mengurus hal disiplin murid dengan elemen dalam amalan penyeliaan berkesan Korelasi antara menghadiri kursus dengan amalan penyeliaan berkesan Korelasi antara menghadiri kursus dengan elemen dalam amalan penyeliaan berkesan Korelasi Antara Beban Tugas Guru Besar dengan Amalan Penyeliaan Berkesan Guru Besar.
152
153
155
156
158
159
161
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
Rajah 1.1 Rajah 1.2 Rajah 2.1 Rajah 2.2 Rajah 3.6 Rajah 5.1
Kerangka Teori Kajian Kerangka Konsep Kajian Hubungan Tahap Beban Tugas Guru Besar Dengan Amalan Penyeliaan Berkesan
Model Teori Kepelbagaian Sumber Wickens’
(MRT) Model Penyeliaan Pembangunan Glikman (2004) Hubungan antara Pembolehubah Bebas dan Pembolehubah Bersandar Hirarki Organisasi Penyeliaan
29
29
48
84
112
179
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN KETERANGAN
MUKA SURAT
A
B
C
Surat permohonan menjalankan kajian
Dapatan Ujian SPSS
Borang soal selidik kajian
193
194
225
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
PIPP
PDP
BIL
KPM
KBSR
KBSM
SPBT
PIBG
NUTP
PPD
JPN
IPTA
IPTS
3K
GB
GPK
HEM
JPNJ
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Pengajaran Dan Pembelajaran Bilangan Kementerian Pelajaran Malaysia
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Skim Pinjaman Buku Teks Persatuan Ibu Bapa dan Guru National Union of the Teaching Profession
(Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) Pejabat Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Jabatan Pelajaran Negeri Institut Pengajian Tinggi Awam Institut Pengajian Tinggi Swasta Kebersihan Keceriaan dan Keselamatan Guru Besar Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Negeri Johor
SPSS
BPPP
Statistical Package for the Social Science for Windows Bahagian Perancangan Dasar Dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD)
SENARAI SIMBOL
SIMBOL KETERANGAN
SP
Thp
T
S
R
Ho ƒ
%
n
p r
>
<
Sisihan Piawai Tahap Tinggi Sederhana Rendah Hipotesis nol Kekerapan Peratus Jumlah Aras signifikan Nilai kolerasi Lebih besar Lebih kecil
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan. merupakan satu bidang yang sentiasa berhadapan dengan
cabaran-cabaran. yang mencabar sehingga memerlukan perancangan rapi,
bersistematik dan menyeluruh.Proses pemantauan, penilaian dan penambahbaikan
adalah merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam kitaran
perancangan bagi memajukan sistem pendidikan negara (PIPP, 2006).
Pendidikan merupakan agen perubahan dalam masyarakat (public
interests).Kualiti kepimpinan dan pengurus yang menerajui sistem persekolahan
amat perlu diberi penekanan. Oleh itu, pemilihan jawatan guru besar dan pengetua
sekolah dan presiden universiti di negara-negara maju adalah proses rapi rapi yang
dikendalikan melalui jawatankuasa pemilih (select committe) yang mengambilkira
pandangan masyarakat. Begitu juga apabila sesebuah institusi pendidikan
menghadapi masalah, langkah yang akan dilakukan ialah menggantikan pengurus
lama dengan pengurus baru yang lebih berkaliber ( Abdul Shukor, 2004).
Pengetua dan guru besar adalah peneraju utama di sekolah.Kata-katanya
adalah kata pemutus dan bicaranya adalah suara rasmi organisasinya.Justeru, dalam
arus perdana globalisasi hari ini, peranan dan fungsi pengetua masih menjadi fokus
dan perhatian umum (Ayob Jantan, 2005).
Menurut Ibrahim (1998) dalam Phoon (2011) Pengetua atau guru besar
sesebuah sekolah merupakan pemimpin, pengurus, dan pentadbir sekolah.Namun
begitu menurut Lim (1986) dalam Phoon (2011) peranan pengetua dan guru besar
bukan sahaja terhad sebagai pegawai pentadbir sekolah, tetapi juga sebagai seorang
pendidik dan pemimpin profesional kepada guru-guru di sekolahnya.Mereka turut
berperanan dalam membentuk falsafah sekolah, mengurus dan memotivasikan
kakitangan sekolah dan memimpin sekolah ke arah pencapaian matlamat organisasi
dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Howell (1981) melaporkan bahawa pihak atasan dalam hirarki pentadbiran
pendidikan berpegang kuat kepada kepercayaan bahawa para pengetua harus menjadi
pemimpin pengajaran tetapi keadaan di Malaysia dewasa ini adalah berbeza sama
sekali. Pengetua-pengetua lebih cenderung untuk menggunakan lebih banyak
waktunya dalam bidang pentadbiran. Hanya sedikit masa sahaja digunakan oleh
pengetua untuk tugas yang berunsur pengajaran (Willis; 1980 : Martin dan Willawer;
1981 : Mangien dan Arnn; 1985 dalam Hussain, 1997).
Tugas dan peranan pengetua dan guru besar semakin hari semakin mencabar
sesuai dengan perkembangandunia pendidikan dalam arus pemodenan ini. Mereka
adalah pemimpin disekolah yang mempunyai tanggungjawab yang amat penting
dalam sistem sekolah. Malahkejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah selalu
dikaitkan dengan kepimpinanseseorang pengetua atau guru besar.Hal ini menjadi
satu cabaran kepada mereka untuk membuktikan prestasi kerja mereka.Bidang
kepimpinanpengetua yang sungguh luas ini menuntut mereka untuk sentiasa
mempertingkatkan kualiti kerjamereka agar segala tindakan yang dilakukan dapat
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Juhana, 2007).
Sebagai pemimpin, pengetua menjadi individu paling penting dan
berpengaruhdi dalam sesebuah sekolah.Beliau ialah orang yang bertanggungjawab
terhadap semuaaktiviti yang berlaku di sekolah. Beliau juga ialah pakar runding,
penasihat dankoordinator bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di
sekolah dan perlujuga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti
profesional guru dan pelajardan bukan hanya bekerja semata-mata sebagai pengurus
dan pentadbir yang berkurungdi biliknya mengeluarkan arahan dan surat-surat siaran
(Hussein, 1993: Juhana, 2007). Kenyataan di atas memperlihatkan pengetua
sebenarnya menjalankan pelbagai tugas.Tugasnya berkaitan dengan aspek
pentadbiran, pengurusan, penyeliaan, kepimpinan,pendidikan dan sebagainya yang
berkaitan dengan perjalanan organisasi sekolah sebagaisatu institusi pendidikan yang
formal. Oleh itu, pengetua memainkan pelbagai tugas dan perananseperti pentadbir,
pengurus, pemimpin dan pendidik.
Di sekolah rendah guru besar bertindak sebagai ketua dan peneraju utama.
Segala kata-kata dan arahan yang datang daripada guru besar merupakan satu kata
putus dan maklumat rasmi dalam organisasi.Sebagai pemimpin sekolah guru besar
berperanan menjaga kualiti dan pencapaian kecemerlangan sekolah disamping
menjadi tunjang utama bagi setiap pencapaian yang dikecapi sekolah.Sekolah-
sekolah yang telah berjaya mencapai kecemerlangan yang tinggi dalam bidang
akademik khususnya kebiasaannya dipimpin oleh guru besar yang cemerlang dan
mempunyai kemahiran pengurusan yang berkesan.Kualiti kepimpinan yang tinggi
oleh pihak guru besar sangat diperlukan bagi mengurus dan mentadbir sekolah bagi
melahirkan modal insan yang berkualiti (Robiah, 1990).
Jatuh bangun dan maju mundurnya sesebuah sekolah bergantung penuh
kepada komitmen dan kesungguhan Guru Besar dan guru-guru dalam menjalankan
tugas mereka di sekolah.Ini adalah kerana semua tindakan dan kerjabuat serta aktiviti
yang berlaku di sekolah dicetuskan oleh Guru Besar dan ianya digerakkan oleh para
guru.Guru Besar tidak mampu menjalankan sebarang aktiviti atau program
bersendirian tanpa penyertaan para guru. Komitmen guru-guru terhadap tugas yang
diamanahkan kepada mereka adalah bermula dengan keselesaandan keseronokan
mereka bekerja. Semua tindakan mereka ini berpunca daripada beberapa faktoryang
membuatkan wujudnya suasana dan persekitaran kerja mereka di sekolah
termasuklah gaya kepimpinan guru besar sekolah (Adnan,2008).
Sekolah yang merupakan sebuah institusi pendidikan formal mempunyai
struktur organisasi yang diterajui oleh Guru Besar sebagai peneraju utama
kepimpinan di peringkat sekolah. Sebagai peneraju, individu ini akan menentukan
jatuh bangunnya sesebuah sekolah sekaligus memainkan peranan yang amat penting
dalam menentukan hala tuju kejayaan sesebuah sekolah.
Empat ciri utama bagi seseorang pemimpin yang cemerlang iaitu mestilah
seorang yang jujur, melakukan tugas dengan cekap, berpandangan jauh dalam
merangka strategi dan sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada semua orang
bawahannya (Punch & Tuetteman, 1996). Pemimpin yang cemerlang akan sentiasa
menjaga kualiti dan intergriti yang akan menjadi sumber kekuatan untuk berjaya
memperoleh kepercayaan, sokongan dan kesepakatan dalam bekerja daripada
anggota organisasi dan pada masa yang sama dapat meningkatkan komitmen dan
kesetiaan daripada pekerja.
Tugas pengetua menurut Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan dalam
Panduan Tugas Staf Sekolah Menengah (1996) meliputi tujuh bidang utama iaitu :
i. Pengurusan kegiatan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar.
ii. Pengurusan sekolah (pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan
perjawatan).
iii. Penyediaan kemudahan pengajaran-pembelajaran.
iv. Perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
v. Kemajuan sekolah.
vi. Pengajaran.
vii. Kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan.
Ketujuh-tujuh bidang utama ini perlu dibangunkan oleh pengetua dan guru
besar.Bagaimanapun, untuk tujuan kajian ini, salah satu aspek yang terdapat dalam
bidang kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan ialah aspek amalan
penyeliaan. Penyeliaan merupakan aspek penting bagi mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Mortimore (1995), Penyeliaan pengajaran dilihat sebagai salah satu
usaha penting dalam memantau keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah.Ini
bertujuan memastikan guru-guru dapat memperkembangkan potensi diri dan
mengatasi sebarang kekurangan sekiranya ada. Penyeliaan Pengajaran juga dilihat
sebagai satu usaha mendorong, menyelaras dan membimbing guru-guru dalam
proses pengajaran supaya mereka terus mampu berfungsi sejajar dengan
perkembangan semasa. Kenyataan ini disokong oleh Boardman, Douglas dan Bent
(1953) dalam Ramaiah (1995) menyatakan bahawa penyeliaan sebagai satu usaha
untuk mendorong dan membimbing guru dalam hal pengajaran supaya guru-guru
lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Penyeliaan juga
bertujuan meningkatkan kebolehan guru-guru dalam mendorong dan membimbing
perkembangan berterusan pelajar ke arah penyertaan cergas lagi efektif.
Kajian yang dilakukan oleh Sergiovanni (1977) dalam Radi (2007) juga
mendapati aspek penyeliaan pengajaran merupakan aktiviti yang paling rendah
dalam susunan kajian tersebut. Keadaan ini memperlihatkan bahawa aspek
penyeliaan pengajaran paling kurang dilakukan oleh pengetua. Faktor ini juga
disokong oleh dapatan kajian oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1987) dalam Hussain (1997) telah
menyatakan bahawa pengetua-pengetua telah banyak menghabiskan masa dalam
kerja-kerja pentadbiran terutama hal-hal berkaitan surat-menyurat dan perkhidmatan
serta kutipan data untuk pelbagai pihak.
Hal ini semua berlaku kerana pengetua dan guru besar berdepan dengan
pelbagai kekangan dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin pengajaran.
Konflik yang wujud antara guru besar dan pengetua dengan guru adalah disebabkan
pengetua dan guru besar gagal menjalankan penyeliaan dan melaksanakan
tanggungjawab sebagai pemimpin pengajaran. Arahan menjalankan penyeliaan
pengajaran sekurang-kurangnya dua kali setahun telah diabaikan kerana kekangan
masa, tenaga, dan kewangan yang tidak memungkinkan penyeliaan berjalan secara
berterusan (Ruhani, 2005).
1.2 LATARBELAKANG MASALAH
Sesungguhnya tiadasiapa dapat menafikan tentang betapa pentingnya peranan
guru besar dan pengetua terhadap kejayaan sesebuah sekolah, kecuali orang
berkenaan mempunyai sikap prejudis terhadap individu yang menjadi guru besar dan
pengetua (Ishak , 2004).
Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang
berkesan.Perananyang dimainkan oleh pengetua dan guru besar sangat penting bagi
menjadikan sekolah merekasebuah institusi pembelajaran yang berkesan.Dengan
keupayaan mereka menggembleng seluruhtenaga guru dan pelajar, matlamat
menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang akantercapai. Tumpuan pengurusan
sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlanganakademik akan
membolehkan guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran mereka
dengan lebih yakin, teratur dan berkesan. Keberkesanan pengajaran guru
perluditingkatkan dalam usaha untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah pusat
kecemerlangan iaitutempat penyebaran ilmu pengetahuan dan penyampaian pelbagai
jenis kemahiran sertapembentukan keperibadian pelajar.
Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan formal mempunyai struktur
organisasi yang diterajui oleh Guru Besar sebagai peneraju utama kepimpinan di
peringkat sekolah. Sebagai peneraju, individu ini akan menentukan jatuh bangunnya
sesebuah sekolah sekaligus memainkan peranan yang amat penting dalam
menentukan hala tuju kejayaan sesebuah sekolah (Adnan,2008).
Memandangkan betapa pentingkan guru besar dan pengetua dalam
mencorakka dan menentukan hala tuju dan kejayaan sesebuah sekolah, ramai
pengkaji melabelkan guru besar dan pengetua sebagai; “ Orang yang menentukan
jatuh bangunnya sesebuah sekolah” dan “orang yang menentukan suasana dan
halatuju sekolah”. Geleran sedemikian menunjukkan satu pengiktirafan yang tinggi
diberikan kepada masyarakat kepada golongan guru besar dan pengetua
(Ishak,2004).
Pengetua dan guru besar merupakan pemimpin di sekolah yang mempunyai
peranan penting untuk mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah sekiranya mereka berfungsi sebagai pemimpin pengajaran dan pengurus.
Namun,disebabkan oleh fungsi organisasi sekolah hari ini yang semakin kompleks,
pengetua biasanya terperangkap dengan kerja-kerja biasa dan rutin seperti melayan
tetamu, membaca dan menjawab surat. Kerja-kerja ke arah mempertingkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran hampir tidak termasuk dalam jadual kerja mereka
(Mohd Hasani, 1995 dalam Mohd Nor, 2004 ).
Menurut Ishak (2004) tugas seorang guru besar dan pengetua dalah rencam
lagi meluas yang meliputi aspek kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid,
pengurusan kewangan, pejabat, sumber manusiadan bukan manusia, pengurusan
kemudahan dan fizikal serta berurusan dengan komuniti, yang mana aspek-aspek ini
pula terikat terikat dengan peraturan dan undang-undang, maka kompetensi seorang
guru besar dan pengetua yang berkesan sepatutnya meliputi perkara-perkara berikut:
i. Nilai dan etika sebagai seorang guru dan guru besar atau pengetua.
ii. Kemahiran prefesional, iaitu kemahiran yang menjurus kepada ketelusan
dan kejujuran tanpa perlu dibuat penyeliaan rapi oleh pihak lain yang
mana kemahiran ini diikat pila oleh rasa tanggungjawab yang berteraskan
etika dan adab sopan sebagai seorang yang adil lagi saksama.
iii. Kemahiran bagi menjalankan fungsi organisasi.
Situasi hari ini, pengetua dan guru besar di sekolah bertanggungjawab
menjalankan pelbagaitugas dalam mengurus dan mentadbir sekolah. Terdapat juga
tugas-tugas bersifat ad-hoc yang dijangka akan menambah bebanan tugas pengetua
dan guru besar. Situasi ini dijangka akanmenjadikan pengetua dan guru besar sibuk
untuk mengurus dan mentadbir sekolah. Kesibukan ini akhirnya akan menjadikan
beban tugas mereka meningkat. Kesannya, tugas ikhtisasselaku pemimpin
pengajaran di sekolah kurang diberi penekanan.
Realiti kesibukan pengetua dengan beban tugas mengurus dan mentadbir
sekolah initelah dikaji oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,
KementerianPelajaran Malaysia pada tahun 1987. Kajian ini mendapati semua
pengetua di 6 buahsekolah yang dikaji di Wilayah Persekutuan dan Selangor
mengutamakan tugas-tugaspentadbiran pejabat termasuk urusan staf, kewangan,
surat-menyurat, melayan pelawatdan sebagainya. Pengetua juga terlibat dalam
memberikan penerangan, taklimat,bermesyuarat bersama-sama guru, staf dan
mengadakan perjumpaan dengan pelajar danibu bapa.Sebahagian besar masa
pengetua dihabiskan untuk melakukan tugas-tugaspengurusan dan pentadbiran. Oleh
itu, adakah pengetua mempunyai masa untukmelaksanakan penyeliaan di sekolah ?.
Pentadbir sekolah merupakan seorang guru yang perlu mengajar sekurang-
kurangnya lima waktu seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil.3/67 pindaan 1982).
Dengan demikian, seseorangpentadbir akan melaksanakan tanggungjawab
sebagaimana tugas seorang guru biasa khususnyadalam pengajaran dan
pembelajaran. Namun sebagai guru yang mengetuai sesebuah institusipendidikan
beliau juga bertanggungjawab dalam aspek pentadbiran dan pengurusan
sekolahkeseluruhannya.Pelbagai tekanan dan permasalahan yang dihadapi oleh guru
berhubung denganpermasalahan pelajar, pengajaran dan pembelajaran juga dihadapi
oleh pentadbir.
Kecenderungan ini menjadikan mereka terbeban dengan kesibukan sebagai
pengurus dan pentadbir danmemungkinkan mereka kurang memimpin pengajaran di
sekolah.Pengetua yang terbeban dengan kesibukan mengurus dan mentadbir sekolah
ini banyakmemberikan implikasi terhadap kepimpinannya di sekolah. Pengetua yang
efektif akanberupaya menangani pengurusan masanya dengan baik dengan hasil
kerja yangberkualiti dalam longgokan beban tugas yang semakin bertambah dari
semasa ke semasa(Andi, 2007).
Supaat, Mohamad dan Azman (2001) mendapati kesibukan tugas pengetua
dan guru besar dalam pengurusan sekolah telah memberikan pelbagai kesanyang
besar.Antaranya ialah pengabaian terhadap sebahagian tugas dan kerja pengetua dan
guru besar. Tugas mengajar selama lima waktu seminggu serta penyeliaan dan
pemantauan PDP gurutidak dapat dilaksanakan dan akhirnya terpaksa diserahkan
kepada guru lain untuk melaksanakannnya.
Howell (1981) melaporkan bahawa pihak atasan dalam hirarki pentadbiran
pendidikan berpegang kuat kepada kepercayaan bahawa para pengetua harus menjadi
pemimpin pengajaran tetapi keadaan di Malaysia dewasa ini adalah berbeza sama
sekali. Pengetua-pengetua lebih cenderung untuk menggunakan lebih banyak
waktunya dalam bidang pentadbiran.
Pelbagaitekanan kerja yang sememangnya wujud di kalangan pentadbir
sekolah namun tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan
manusia.Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang boleh berpunca
daripada peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan
psikologikal (Zaidatol Akmaliah, 1998).
Oleh sebab itu, kebanyakan pengetua akan menguatkuasakan
tanggungjawabterhadap kurikulum dan pengajaran jika terdapat kemerosotan yang
ketara dalam keduaduaaspek ini. Maka, untuk mengendalikan kesibukan tugas
mengurus dan dalam masayang sama tidak mengabaikan aspek kepimpinan
pengajaran, pengetua akan melakukanpengupayaan (empowerment)untuk memimpin
pengajaran di sekolah kepada guru-guru kanan mereka (Radi, 2007)
Selain daripada menyediakan visi dan misi sekolah yang mempunyai ciri-ciri
kecemerlangan, pengetua dan guru besar sebagai pemimpin instructional juga perlu
berkongsi komitmen dan tanggungjawab dengan guru.Oleh sebab itu, mereka perlu
sering berkomunikasi dengan mengemukakan pendapat dan sama-sama berbincang
bagi mencari idea dan kaedah yang terbaik bagi membantu pelajar bergerak ke arah
kecemerlangan yang diharapkan (Alimuddin, 2009).
Pengetua dan guru besar hendaklah sentiasa membuat penyeliaan dan
pencerapan terhadap guru, bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta menilai
kekuatan dan kekurangan yang ada pada diri mereka.Penyeliaan dan pencerapan
pencerapan terhadap guru di bilik darjah mestilah selalu dilakukan sam ada dengan
cara memantau kaedah pengajaran atau menyemak kerja-kerja yang diberikan kepada
pelajar. Melalui aktiviti ini guru akan mendapat bimbingan secara terus daripada
pengetua dan guru besar. Melalui aktiviti ini membolehkan guru sentiasa bersiap
sedia untuk dinilai atau dicerap dan kaedah ini boleh memberikan maklumat yang
tepat dan lengkap mengenai prestasi pengajaran guru (Alimuddin, 2009).
Mohd. Salleh (2000) pula menyatakan bahawa penyeliaan dalam konteks
pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadi
tugas pentadbir kerana penyeliaan adalah sebahagian dimensi pentadbiran sekolah
dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang professional pengurusan.
Menyedari pentingnya penyeliaan dalam menentukan keberkesanan pelaksanaan
pengurusan kurikulum, kebanyakan sekolah telah menjadikan proses penyeliaan
sebagai salah satu daripada tugas utama yang dijalankan oleh pentadbir. Tetapi
persoalannya adakah guru faham dan bersedia untuk diselia pengajaran mereka. Bagi
pentadbir pula, adakah amalan penyeliaan yang dijalankan oleh mereka
menggunakan langkah dan pendekatan yang betul. Jikalau pun penyeliaan telah di
buat oleh guru besar mengikut masa yang dijadualkan, timbul juga persoalan adakah
penyeliaan itu memberi kesan terhadap profesionalisme guru dan seterusnya
memberi impak kepada prestasi murid.
Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan
Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak
(1956) yang menyarankan penubuhan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan yang
berfungsi sebagai satu badan profesional yang bebas, bertanggungjawab memeriksa
sekolah-sekolah dan menyelia pengajaran diseluruh negara (Mok Soon Sang, 2006).
Maka sekitar 1950an dan awal 1960an, penyeliaan berfungsi sebagai pendekataan
untuk memeriksa sekolah, memerhati aktiviti-aktiviti di sekolah dan pembelajaran
(seksyen 96a Akta Pelajaran 1961).Secara ringkasnya penyeliaan ialah pemeriksaan
dan penyelia adalah pemeriksa (Radi, 2007).
Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987 merupakan
arahan pelaksanaan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah oleh
pengetua sekolah dan diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran di bilik darjah
merupakan satu tugasan yang penting.Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah,
tanggungjawab utama pengetua ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan
kurikulum di sekolahnya.Meskipun terdapat arahan yang jelas tentang pelaksanaan
penyeliaan pengajaran dan pembelajaran tetapi yang ada itu hanyalah sebagai
panduan sahaja.
Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 juga dinyatakan bahawa
penyeliaan pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan berdasarkan prinsip-
prinsip yang telah ditetapkan:
i. Penyeliaan pengajaran pembelajaran di kelas dijalankan oleh Pengetua ke
atas semua guru.
ii. Rekod penyeliaan pengajaran pembelajaran di kelas hendaklah dicatat
dengan ringkas dan tepat.
iii. Penyeliaan pengajaran pembelajaran hendaklah dirancang dengan
seimbang dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan / tahun dan guru.
iv. Tugas penyeliaan boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan
Penyelia Petang.
v. Penyeliaan pengajaran pembelajaran di kelas perlu dijalankan secara
sistematik dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru
dan bukan untuk mencari kesalahan guru. Dalam usaha
mempertingkatkan prestasi pengajaran pembelajaran di kelas, Pengetua
perlu mendapat maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat
digunakanoleh pengetua sebagai asas perbincangan dengan guru-guru
(Surat Pekeliling Ikhtisas,Kementerian Pelajaran Bil.3/1987:
LAMPIRAN A).
Menurut Shamsuddin (2011) sebagai penyelia pendidikan pengetua dan guru
besar mempunyai tugas dan peranan yang merupakan amanah yang perlu
diselesaikan. Namun begitu, kerap kali berlaku amanah penyeliaan ini gagal untuk
dilaksanakan seperti yang sepatutnya disebabkan kekangan-kekangan seperti
kesuntukan masa dan kesibukan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang lain. Hal
ini berlaku mengkin kerana penyelia khusunya pentadbir disekolah belum dapat
menghayati falsafah diebalik proses penyeliaan itu sendiri.
AL Ramaiah (1991) menyebutkan tugas-tugas pengetua dan guru besar yang
banyak berubah dan lebih birokratik menyebabkan peranan mereka dalam
kepimpinan pengajaran semakin berkurangan.
Andi (2007) menyatakan bahawa pengetua dan guru besar yang terbeban
dengan kesibukan mengurus dan mentadbir sekolah ini banyak memberikan
implikasi terhadap kepimpinan termasuklah penyeliaan di sekolah. Pengetua dan
guru besar yang efektif akan berupaya menangani pengurusan masanya dengan baik
dengan hasil kerja yang berkualiti dalam longgokan beban tugas yang semakin
bertambah dari semasa ke semasa.
Sergiovanni (1977) mendapati aspek penyeliaan pengajaran merupakan
aktiviti yang paling rendah dalam susunan kajian yang dilakukan. Keadaan ini
memperlihatkan bahawa aspek penyeliaan pengajaran paling kurang dilakukan oleh
pengetua. Faktor ini juga disokong oleh dapatan kajian oleh Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1987) dalam
Hussain (1997) telah menyatakan bahawa pengetua-pengetua telah banyak
menghabiskan masa dalam kerja-kerja pentadbiran terutama hal-hal berkaitan surat-
menyurat dan perkhidmatan serta kutipan data untuk pelbagai pihak.
Menurut Bahagian Sekolah KPM (2007) berdasarkan Buku Perancangan
Strategik Jemaah Nazir Sekolah 2001-2010, antara dapatan pemeriksaan yang
menyebabkan pengurusan sekolah tidak berkesan ialah kurangnya pemantauan dan
penyeliaan dilkasanakan oleh pengetua dan guru besar sama ada dalam pengurusan
program pendidikan mahupun dalam pemantauan dan penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran. Amalan negatif ini berlaku kerana terdapat dikalangan penyelia yang:
i. Tidak melaksana dan membuat penilaian
ii. Tidak memahami peraturan (berdasarkan garis panduan atau surat-surat
pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM) yang dapat memandu mereka
melaksanakan pemanatauan dan penyeliaan dengan betul.
iii. Melaksanakan pemantauan tetapi tidak tepat atau tidak menilai perkara
yang sepatutnya sebagaimana yang dikehendaki dalam peraturan yang
ditetapkan sehingga membawa impak yang negatif.
iv. Menurunkan kuasa (empowerment) memantau kepada kepada
subordinates tanpa bimbingan yang betul. Tidak berlaku perkongsian
ilmu dalam proses memantau dan menyelia diantara kedua belah pihak.
Kerap berlaku abdication of power pengetua dan guru besar kepada guru-
guru penolong kanan dan ketua-ketua bidang.
v. Tiada ilmu, kemahiran dan pengalaman memantau secara berfokus dan
berstruktur.
vi. Tiada ruang dan peluang untuk mereka mendapat ilmu dan kemahiran
atau mengikuti kaedah dan cara memantau atau menyelia yang betul dan
berkesan dari mana-mana institut latihan KPM.
Dalam pengurusan kurikulum, penyeliaan adalah penting dalam memantau
keberkesananpengajaran di sesebuah sekolah. Penyeliaan oleh pihak pengurusan
sekolah amat perlu dalammemastikan kecemerlangan kerja guru secara berterusan.
Penyeliaan akan dapat membantu gurumenyelaraskan aktiviti pengajaran dan
merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yangcemerlang serta dapat
memperkembangkan potensi diri dan mengatasi sebarang kekurangansekiranya ada.
Menurut Alimuddin (2006), penyeliaan oleh guru besar dapat membantu
gurumeningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan.
Menurutnya lagi, denganpenyeliaan, guru besar dapat melihat dengan lebih dekat
lagi apa yang sebenarnya berlaku dalam bilik darjah agar kelemahan dapat diperbaiki
dan amalanamalan yang baik dapat dikukuhkan.
Hasil kajian Nazaruddin et al (1992), mendapati guru-guru menjangkakan
penyeliaan dapat membantu mereka untuk mengajar dengan lebih berkesan serta
melicinkan tugas-tugas pengajaran. Jangkaan guru ini hanya akan dicapai jika
Pengetua atau penyelia mempunyai kepimpinan pengajaran yang tinggi dan memiliki
pengetahuan serta kemahiran yang lebih baik daripada guru yang diselia.
Dalam menjalankan penyeliaan di bilik darjah, pengetua dan guru besar
perlu mempunyai pengetahuanyang cukup serta kemaskini tentang perubahan
sukatan pelajaran. Pengetua dan guru besar juga harusmempunyai kemahiran dan
kecekapan dalam mengesan masalah-masalah pedagogi yang timbuldalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengemukakan cadangan-cadanganyang
munasabah untuk membaiki kelemahan yang dikesaninya. Justeru, guru besar juga
perlumempunyai kebolehan untuk berkomunikasi agar dapat mempengaruhi guru
yang diselianyauntuk mengubah cara dan sikap dalam menjalankan tugas.
Menurut Asnah (1995), gaya gurubesar berinteraksi dalam penyeliaan
mempengaruhi guru dalam menjalankan tugas terutamanyaselepas penyeliaan
dilakukan. Contohnya, sokongan dan cara arahan serta penerangan yang positifdapat
membantu guru meningkatkan pengajarannya. Interaksi yang baik sudah tentu
dapatmengelakkan wujud pertembungan antara guru dan guru besar dan ini sudah
tentu akanmewujudkan ketidaksefahaman haluan.
Peningkatan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat
ditonjolkan lagi melalui proses penyeliaan dan penyeliaan kurikulum kerana
keberkesanannya dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Ellet & Tedlie, 2003: Danielson & Mcgreal, 2000). Penyeliaan pengajaran
mengandungi komponen-komponen seperti perkembangan profesional, kaedah
pengajaran, komuniti pembelajaran dan penilian guru.
Menurut Glatthorn (1990), penyeliaan adalah satu proses memudahkan
perkembangan profesionalisme seorang guru, terutamanya dalam memberikan
maklumbalas mengenai pengajaran di dalam kelas dan membantu guru menggunakan
maklum balas itu untuk meningkatkan kualiti keberkesananpengajaran di dalam
kelas.Menurut Abdul Raof dan Subahan, (1991) tujuan penyeliaan adalah
untukmemberi bimbingan supaya guru pelatih mencapai tahap kemahiran yang sama
ataulebih baik daripada guru yang berpengalaman.
Kesimpulannya, dalam memenuhi aspirasi negara, proses penyeliaan haruslah
berkualiti serta bersifat telus supaya segala masalah dapat diselesaikan dan
kecemerlangan dapat dicapai. Pengetua dan guru besar atau sesiapa sahaja yang
berperanan sebagai penyelia perlu mempersiapkan diri sepenuhnya dengan ilmu
penyeliaan agar satu demensi baru tentang penyeliaan dapat dihasilkan.
1.3 Penyataan Masalah
Menurut Buletin (bil.1) yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (2011) terdapat perbezaan semulajadi terhadap ciri-ciri dan kebolehan-
kebolehan tertentu diantara lelaki dan perempuan. Antara perbezaannya ialah
perempuan sanggup duduk lama dengan tekun untuk menyelesaikan sesuatu tugasan
berbanding lelaki yang lebih suka mengembara dan meneroka yang memerlukan
mereka kerap bergerak.
Menurut Andi (2007) dalam kajiannya menyatakan bahawa terdapat
perbezaan persepsi antara guru lelaki dan guru perempuan mengenai kepimpinan
pengajaran pengetua. Kepimpinan pengajaran meliputi aspek penyeliaan di sekolah.
Juhana (2007) pula menyatakan dalam kajian bahawa terdapat perbezaan
persepsi guru-guru terhadap kesibukkan pengetua lelaki dan pengetua perempuan di
sekolah. Kesibukkan pengetua ini membawa kepada peningkatan beban tugas
pengetua di sekolah.
Berdasarkan latar belakang masalah kajian ini dan juga pernyataan berkaitan
jantina di atas, jelaslah bahawa beban tugas guru besardan amakan penyeliaan
berkesan memerlukan kajian yang teliti. Beban tugas guru besar dalam mengurus
sekolah akan memberikan kesan terhadap keberkesanan penyeliaan yang diamalkan.
Oleh itu, kajian ini akan meneliti hubungan tahapbeban tugas guru besar
mengurusdan mentadbir sekolah-sekolahkebangsaan gred A zon Bandar
dankeberkesanan penyeliaan yang amalkan. Kajian ini juga akan meneliti hubungan
beban tugas guru besar terhadap penyeliaan berkesan yang diamalkan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan secara khusus adalah:
i. Mengenalpasti tahap beban tugas guru besar berdasarkan tugasan-
tugasannya.
ii. Mengenalpasti tahap amalan penyeliaan berkesan guru besar berdasarkan
fungsi-fungsinya.
iii. Mengenalpasti perbezaantahap beban tugas guru besar lelaki dan guru
besar perempuan dalam mengurus sekolah.
iv. Mengenalpasti perbezaan tahap amalan penyeliaan berkesan guru besar
lelaki danguru besar perempuan.
v. Mengenalpasti hubungan antara beban tugas guru besar dan amalan
penyeliaan berkesan guru besar .
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah tahap beban tugas guru besar berdasarkan tugasan-tugasannya.
ii. Apakah tahap amalan penyeliaan berkesan guru besar berdasarkan fungsi-
fungsinya.
iii. Adakah terdapat perbezaan tahap beban tugas guru besar lelaki dan guru
besar perempuan dalam mengurus sekolah.
iv. Adakah terdapatperbezaan tahap amalan penyeliaan berkesan guru besar
lelaki dan guru besar perempuan.
v. Adakah terdapat hubungan antara beban tugas guru besar dan amalan
penyeliaan berkesan.
1.6 Hipotesis Kajian
a) Perbezaan
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap beban tugas guru
besar berdasarkan jantina.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap amalan penyeliaan
berkesanguru besar berdasarkan jantina.
b) Hubungan
Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antarabeban tugasguru besar
danamalan penyeliaan berkesanguru besar
Ho3A: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas
mesyuarat/taklimat dengan amalan penyeliaan berkesan.
Ho 3A(1): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas
mesyuarat/taklimatdengan elemen pengetahuan.
Ho 3A(2): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas
mesyuarat/taklimat dengan elemen kemahiran interpersonal.
Ho 3A(3): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas
mesyuarat/taklimat dengan elemen kemahiran teknikal.
Ho 3B: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas kerja-kerja
pejabat dengan amalan penyeliaan berkesan.
Ho 3B(1): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas kerja
kerja pejabat dengan elemen pengetahuan.
Ho 3B(2): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas kerja-
kerja pejabat dengan elemen kemahiran interpersonal.
Ho 3B(3): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas kerja-
kerja pejabat dengan elemen kemahiran teknikal.
Ho 3C: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas meronda
sekolah dengan amalan penyeliaan berkesan.
Ho 3C(1): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas
meronda sekolahdengan elemen pengetahuan.
Ho 3C(2): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas
meronda sekolahdengan elemen kemahiran interpersonal.
Ho 3C(3): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas
meronda sekolahdengan elemen kemahiran teknikal.
Ho 3D : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas mengurus hal
disiplin murid dengan amalan penyeliaan berkesan.
Ho 3D(1): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas
mengurus hal disiplin murid dengan elemen pengetahuan.
Ho 3D(2): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas
mengurus hal disiplin murid dengan elemen kemahiran
interpersonal.
Ho.3D(3): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas
mengurus hal disiplin murid dengan elemen kemahiran teknikal.
Ho 3E: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas menghadiri
kursus dengan amalan penyeliaan berkesan.
Ho 3E(1): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas
menghadiri kursusdengan elemen pengetahuan.
Ho 3E(2): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas
menghadiri kursus dengan elemen kemahiran interpersonal.
Ho 3E(3): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas
menghadiri kursus dengan elemen kemahiran teknikal.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan terhadap guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan gred
A zon Bandar daerah Pontian. Kajian ini sangat berkepentingannya kepadamereka
yang terlibat dengan bidang penyeliaan di sekolah iaitu Kementerian Pelajaran
Malaysia, guru besar, guru-guru dan pengkaji-pengkaji akan datang. Berikut adalah
kepentingannyakepada pihak-pihak tersebut:
i. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Kebanyakan masalah yang timbul di sekolah berpunca daripada terlalu
banyak beban tugas yang dihadapi guru besar dan kelemahan amalan penyeliaan
yang dilakukan dalam menyumbang kepada pencapaian matlamat sekolah. Oleh itu
pihakKPM perlu merangka satu perancangan yangberkesan untuk disampaikan
kepada guru besar. Diharapkan dengan dapatan kajian ini, KPM akan merangka satu
garis panduan untuk guru besar tentang peranan tugas mereka dan pengamalan
penyeliaan berkualiti disekolah. Garis panduan ini juga boleh diperkemaskan dengan
satu rangka kerja yang mantap danmenyeluruh dengan tujuan untuk membimbing
guru besar untuk mengamalkan penyeliaan berkualiti demi pencapaian matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
ii. Guru besar
Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, diharapkan guru besardapat melakukan
refeleksi untuk menilai kekuatan dan kelemahan mereka sebagai penyelia di sekolah.
Guru besarakan menggunakan kekuatan yang ada untuk memperbaiki kualiti
penyeliaan di sekolah. Kekuatan ini juga menjadi peluang kepada guru besar untuk
memperbaiki kelemahan-kelemahan yang berlaku semasa proses penyeliaan
dijalanakan. Disyorkan kepada guru besar membaca kajian-kajian lepas,membuat
kajian sendiri, berbincang, meminta pandangan guru dalam usaha untukmemperbaiki
kelemahan mereka.Guru besar juga boleh merujuk pejabat pelajaran daerah
ataujabatan pelajaran negeri untuk mendapatkan bantuan. Penyeliaan juga perlu
dilakukanoleh pengetua untuk mengesan prestasi pengajaran yang berlaku di kelas
kerana denganpenyeliaan, maklumat akan diperoleh secara langsung selain
menjadikan guru besar.sentiasa peka dan sensitif dengan apa yang berlaku di
sekolahnya.
iii. Guru
Secara tidak langsung hasil kajian ini dapatmemberikan kepentingan kepada
guru-guru.Guru- guru akan lebih memahami corak penyeliaan guru besar.Mereka
akan mengenal pasti tingkah- laku penyeliaan yangdiamalkan. Oleh itu, guru-guru
dapatmewujudkan satu kerjasama antara mereka dan guru besar dengan visi dan
misiyang sama. Pihak panatia juga disarankan agar kerap menjalankan kajian dan
tindakanuntuk menyelesaikan masalah pengajaran yang timbul di sekolah.Dengan
sokongan guru besar, hasil kajian tindakan ini boleh diaplikasikan oleh semua guru
untukkecemerlangan pengajaran di sekolah.
iv. Pengkaji akan datang
Kajian ini dapat dijadikan literatur tambahan untuk pengkaji-pengkaji akan
datangyang mengkaji topik yang sama atau yang berkaitan dengannya. Mungkin juga
kajian iniakan disambung oleh pengkaji akan datang untuk melihat hubungan yang
seterusnya.
1.8 Skop Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis beban tugas guru besar dan
hubungannya dengan amalan penyeliaan berkesan yang diamalkan di sekolah.
Beban tugas guru besar dan jantina guru besarbertindak sebagai pemboleh ubah
bebas dan amalan penyeliaan guru besarsebagai pembolehubah bersandar.Kajianini
dijalankan di sekolah-sekolah kebangsaan gred A zon Bandar daerah Pontian sahaja.
Oleh itu, kajian tidak menggambarkan secara keseluruhan tahap beban tugas guru
besardan amalan penyeliaan berkesan di zon, daerah dan negeri lain.
1.9 Batasan Kajian
Hanya sebilangan sekolah rendah di daerah Pontian yang dilibatkan dalam
kajianini iaitu sekolah-sekolah kebangsaan gred A dizon Bandar daerah Pontian
sahaja. Kajian ini juga tidak melibatkansekolah jenis kebangsaan atau sekolah
persendirian. Justeru, dapatan kajian ini hanyamewakili sebahagian sampel sahaja
daripada keseluruhan populasi guru-guru di sekolah-sekolahkebangsaan seluruh egeri
Johor. Maka, dapatan tidak menggambarkankeseluruhan keadaan.
Beban tugas guru besar diukur berdasarkanaktiviti-aktiviti pengurusan yang
sentiasa dilakukan oleh guru besar setiap minggu.Skop tingkahlakupenyeliaan juga
difokuskan kepada penyeliaanpengajaran sahaja yangbertindak sebagai pemboleh
ubah bersandar untuk mengukur keberkesanan penyeliaan.
1.10 Definisi Istilah
Istilah-istilah yang digunapakai dalam kajian ini didefinasikan seperti berikut:
1.10.1 Beban Tugas Guru Besar
Menurut Kamus Dewan (2006) mendefinisikan beban sebagai barang yang
dibawa atau tanggungan yang berat.Manakala tugas pula didefinikan sebagai
kewajipan sesuatu kerja yang perlu dilakukan atau sesuatu yang ditentukan untuk
dikerjakan.
Menurut Komaruddin (1996) dalam AdilKurnia (2010) beban tugas adalah
proses untuk menetapkan jumlah jam kerja orang yang digunakan atau diperlukan
untuk menyelesaikan suatu pekerjaan dalam waktu tertentu.
Munurut Shukri (1998) dalam Khuzaimah et.al (2012) beban tugas
bermaksud tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan oleh para guru sama
ada tangungjawab di dalam kelas mahupun di luar kelas untuk menyelesaikan kerja-
kerja sekolah. Beban tugas ini boleh diukur dengan melihat jumlah masa yang
diperuntukkan untuk menyelesaikannya.
Salah satu tugas pengetua dan guru besar di sekolah ialah memastikan
segala dasar dan undang-undang tersebut dipatuhi. Pengetua dan guru besar sebagai
pemimpin di sekolah seolah-olah mempunyai kuasa yang terbatas. Ini bermakna
pengetua dan guru besar harus melaksanakan segala dasar-dasar baru yang diarahkan
kepadanya oleh pihak atasan berdasarkan kebijaksanaannya, misalnya perlaksanakan
KBSR, KBSM, Sekolah Bestari, Sekolah Berkesan dan sebagainya.(Abd Razak
Wahid,2001).
Tugas pengetua dan guru besar sekarang lebih tertumpu kepada proses kuasa
daripada proses dalaman iaitu ramai pengetua dan guru besar yang terlibat dengan
tugas- tugas di luar sekolah (Abdul Shukur, 1996).
Beban tugas guru besar dalam kajian ini merujuk kepada beban tugas guru
besar dalam melakukan tugas dan aktiviti dalam mengurus dan mentadbir sekolah.
Azlin (2004) menyatakan bahwa guru besar perlu melakukan tugasan seperti
menyuarat dan taklimat, kerja-kerja pejabat, meronda sekolah, mengurus hal disiplin
murid dan menghadiri kursus.
1.10.2 Penyeliaan
Menurut Wiles dan Bond (2000) dalam Abdul Rahman (2011) menyatakan
terdapat lapan bidang generik berkaitan penyeliaan, iaitu pembangunan manusia,
memperkembangkan kurikulum, pengkhususan instruktional, perhubungan manusia,
pembangunan kakitangan, asas pentadbiran, pengurusan perubahan dan penilaian.
Menurut Glickman (1998) adalam Radi (2007) berpendapat bahawa
penyeliaan pengajaran adalah sejenis penyeliaan dinamik dalam proses pendidikan
yang bertujuan mempertingkatkan mutu pengajaran.
Menurut Mohd. Salleh (2000) menyatakan bahawa penyeliaan dalam
konteks pendidikan adalah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Penyeliaan menjadi tugas pentadbir kerana penyelia adalah sebahagian dimansi
pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang profesional
pengurusan.
Menurut Ramaiah(1999)dalam Radi (2007) menyatakan penyeliaan sebagai
satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing guru dalam hal
pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan
pengajaran.
Penyeliaan dalam kajian ini adalah penyeliaan yang dialkukan oleh guru
besar di sekolah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan juga guru-guru.
1.10.3 Penyeliaan Berkesan
Armino dan Creamer (2001) menyatakan penyeliaan berkesan sebagai satu
usaha yang yang dipamerkan oleh penyelidik melalui amalan pengetua yang
befokuskan kepada keperluan organisasi dan individu. Oleh itu, penyeliaan
berkesanakan membawa kepada kelangsungan kualiti di sekolah. Crosby (1996)
mendefinisikan berkesan sebagai menepati keperluan dan berupaya memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan serta pihak yang kepentingan.
Menurut Radi (2007) Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan
aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan
kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik dari pihak
pengetua sekolah itu.
Ukuran penyeliaan berkesan bagi kajian ini adalah berlandaskan kepada
elemen prasyarat yang perlu ada dan dipertanggungjawabkan dalam diri seseorang
penyelia seperti mana yang dinyatakan dalam kerangka konsep kajian, iaitu
berpengetahuan luas, mempunyai kemahiran interpersonal, dan kemahiran teknikal
yang tinggi serta sebagaimana yang disarankan dalam model penyeliaan
pembangunan (Glickman 2004). Ketiga-tiga faktor ini saling melengkapi bagi
mencapai penyeliaan yang berkesan.
1.10.4 Guru Besar Dan Pengetua
Guru besar ialah ketua eksekutif dalam organisasi sekolah rendah yang
berperanan sebagai pemimpin utama sekolah rendah. Jawatan ini dilantik secara
rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengetuai sesebuah sekolah
rendah dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus, mentadbir dan memimpin
sekolah (Mohd Nor, 2004).
Pengetua ialah pemimpin utama di sekolah menengah. Tanggungjawab serta
kepemimpinan pengajaran mereka mereka adalah sama seperti guru besar di sekolah
rendah (Mohd Nor, 2004).
Pengetua sekolah ialah orang yang dilantik untuk mengetuai, memimpin dan
mengawasi sekolah yang terdiri dari elemen manusia ( guru, murid, pekerja) dan juga
elemen bukan manusia (kawasan, bangunan, alatan). Secara lebih khusus ia menjadi
pengurus dan pentadbir kepada apa jua yang terdapat di dalam sekolah. Pengetua
merupakan orang yang terkedepan dalam semua hal yang berkaitan sekolah.Dia juga
mesti mendahului orang lain dalam ilmu pengetahuan, selok belok pengajaran,
kebolehan menyelesaikan masalah dan dedikasi terhadap tugasnya (Ibrahim Mamat,
2001).
Dalam kajian ini, terutamanyadalam bab satu hingga tiga, istilah istilah guru
besar digunakan kepada pemimpin utama sekolah rendah dan pengetua digunakan
kepada pemimpin utama sekolah menengah. Dalam babempat dan lima, istilah guru
besar digunakan secara meluas kerana fokus kajian ini ialah di sekolah kebangsaan
gred A zon Bandar di daerah Pontian.
1.10.5 Guru
Akta Pendidikan (1996) menyatakan guru ialah adalah individu yang
mengajar murid di sesebuah institusi pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran
atau memeriksa jawapan yang dikembalikan dan termasukla guru besar dan
pengetua.
Menurut Roslan (2004) guru ialah individu yang bertauliah dalam profesion
pendidikan yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar menerusi proses
pembelajaran dan pengajaran serta bermotifkan perubahan jasmani, emosi, rohani
dan intelek.
Guru-guru dalam kajian ini ialah guru-guru di sekolah sekolah kebangsaan
gred A zon Bandar di daerah Pontian.
1.11 Kerangka Teori Kajian
Rajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian
Teori Beban Tugas
Guru Besar
(Azlin, 2004)
Model Penyeliaan
Pembangunan
(Glikman, 2004)
PENYELIAAN BERKESAN
BEBAN TUGAS
1.12 Kerangka Konsep Kajian
Rajah 1.1 dan rajah 1.2 menunjukkan kerangka teori kajian dankerangka
konsep kajian.Kerangka teori kajian menunjukkan teori utama yang digunakan oleh
penyelidik dalam mengkaji hubungan antara beban tugas guru besar dan amalan
penyeliaan berkesan.
Kerangka konsep menunjukkan hubungan antara beban tugas guru besardan
amalan penyeliaan berkesan.Beban tugas guru besar dikategorikan kepada
limatugasan(mesyuarat/taklimat, kerja-kerja pejabat, meronda sekolah, mengurus hal
disiplin murid dan menghadiri kursus) yang sering dilaksanakan oleh guru
besar.Penyeliaan berkesan pula diukur dalam tiga elemen utama (pengetahuan,
kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal)yang dapat menentukan
keberkesanan penyeliaan.
Teori-teori yang digunakan penyelidik dalam kajian ini akan dijelaskan
secara terperinci oleh penyelidik dalam bab 2 kajian.
BEBAN TUGAS GURU BESAR (Azlina, 2004)
Tugasan 1 Mesyuarat/ taklimat Tugasan 2 Kerja-kerja Pejabat Tugasan 3 Meronda Sekolah Tugasan 4 Mengurus Hal Disiplin
Murid Tugasan 5 Menghadiri Kursus
ELEMEN PENYELIAAN BERKESAN
(Glikman, 2004)
1 Pengetahuan
2 Kemahiran Interpersonal
3 Kemahiran Teknikal
Rajah 1.2 : Kerangka Konsep KajianHubungan Tahap Beban Tugas Guru Besar Dengan Amalan Penyeliaan Berkesan
1.13 Kesimpulan
Tanggungjawab dan peranan guru besardan pengetua sebagai pengurus dan
pentadbir sekolah sangat besar bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar dan berkesan. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang sistemetik
digunakan untuk mencapai matlamat tersebut.Daripada menyemak buku rekod
mengajar, menyemak buku latihan murid hinggalah kepada penyeliaan pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perlaksanaan proses penyeliaan ini telah
ditegaskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 3/1987. Bagi memastikan penyeliaan yang dilakukan adalah berkesan, model
benyeliaan berkesan Glickman (2004) yang menekankan aspek pengetahuan,
kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal boleh dijadikan rujukan semasa
melakukan proses penyeliaan